• Tidak ada hasil yang ditemukan

ZAKAT DAN SEDEKAH KEPADA BUKAN ISLAM: KEHARUSAN INTERAKSI MENURUT ISLAM.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "ZAKAT DAN SEDEKAH KEPADA BUKAN ISLAM: KEHARUSAN INTERAKSI MENURUT ISLAM."

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

721

ZAKAT DAN SEDEKAH KEPADA BUKAN ISLAM: KEHARUSAN INTERAKSI MENURUT ISLAM.

ABDUL HAKIM BIN BAHARUDIN @ ISMAIL NIK MOHD NABIL BIN IBRAHIM @ NIK HANAFI

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

ABSTRAK

Zakat dan sedekah merupakan satu bentuk perkongsian harta yang dianjurkan dalam Islam. Kedua-duanya adalah ibadah maaliyyah iaitu mengeluarkan sebahagian harta kepada pihak tertentu dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Namun begitu, ia selalunya dikhususkan kepada individu atau institusi Islam sahaja tanpa dilihat kepada keharusan memberikannya kepada golongan bukan Islam. Justeru itu, penulisan ini mengenengahkan perbincangan hukum dan maslahahnya berpandukan kepada dalil-dalil Al-Quran dan hadis serta pandangan para ulamak terhadap keharusan memberikan zakat dan sedekah kepada bukan Islam. Melalui hujahan dan penilaian yang dilakukan, silap faham masyarakat terhadap isu ini dapat dirungkaikan.

Kata kunci: Zakat , sedekah, bukan Islam, pendekatan dakwah

Pendahuluan

Zakat dan sedekah merupakan amalan ibadah maaliyyah yang banyak membantu meningkatkan taraf ekonomi umat Islam serta mengurangkan jurang sosioekonomi sesama mereka. Sikap memberikan bantuan dan berkongsi rezeki yang dilimpahkan oleh Allah S.W.T juga mengukuhkan jalinan persaudaraan sesama Islam selain daripada ganjaran yang besar disediakan oleh Allah S.W.T. Lantaran kelebihan dan manfaat tersebut, umat Islam kebiasaannya tidak keberatan untuk mengagihkan sebahagian harta kepada sesama mereka di atas nama zakat dan sedekah. Manakala bantuan kewangan kepada bukan Islam pula jarang dilihat sebagai satu tuntutan menurut Islam, bahkan ia hanya disandarkan pada rasa belas ihsan dan kemanusian.

Hakikatnya, Islam tidak pernah mengabaikan keperluan memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan sekalipun mereka dikalangan orang bukan Islam. Al-Quran dan hadis menjadi bukti bahawa mendekati bukan Islam dengan menginfaqkan sebahagian harta adalah satu tuntutan di dalam Islam. Ia tidak hanya menjadi medium seruan manusia kepada agama Allah, bahkan juga dijanjikan ganjaran yang baik sebagaimana zakat dan sedekah yang diberikan kepada orang-orang yang beriman.

Justeru itu, beberapa perkara utama yang berkaitan dengan tajuk yang dikemukakan akan dibincangkan di sini, iaitu berkenaan asas interaksi dengan bukan Islam dan agihan

(2)

722

zakat serta sedekah kepada mereka. Perbincangan yang bakal dikemukakan juga hanya mencari asas keharusan dalam pemberian zakat dan sedekah kepada bukan Islam dan bukannya menonjolkan keutamaan agihan kepada mereka berbanding orang-orang Islam.

2. Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif iaitu dengan membuat carian maklumat daripada beberapa sumber rujukan utama dan sumber-sumber yang berkaitan. Seterusnya maklumat tersebut dianalisis serta dilakukan penilaian yang sewajarnya bagi memperolehi dapatan yang sesuai dengan tanggapan awal.

3. Asas Interaksi dengan Bukan Islam

Islam mengiktiraf naluri semulajadi manusia yang dilengkapi dengan perasaan ingin bermasyarakat dan berhubung antara mereka. Perkembangan tamadun manusia telah menyaksikan keperluan interaksi antara manusia yang membolehkan mereka saling bantu membantu dan saling melengkapi keperluan antara satu sama lain. Biarpun berbeza pegangan dan agama, Islam tidak menghalang interaksi tersebut untuk terus belaku, bahkan banyak ruang- ruang interaksi yang dianjurkan dalam Islam antaranya ialah :

 Saling mengenali antara manusia.

Allah S.W.T telah mencipta manusia dari bangsa, kaum, warna kulit dan bahasa yang berbeza. Perbezaan ini perlu dimanfaatkan oleh manusia untuk saling mengenali antara mereka.

Firman Allah Taala dalam Surah Al- Hujurat, ayat 13 :

۝

Maksudnya :

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak,

(3)

723

supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).

 Perbincangan agama

Seruan ini dinyatakan oleh Allah S.W.T melalui surah Ali Imran: 64.

۝

Maksudnya :

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (ahli kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam".

 Muamalah harian

Dalil yang selalu dijadikan panduan dalam keharusan bermuamalah dengan orang bukan Islam ialah Rasulullah S.A.W pernah menggadaikan baju besi baginda S.A.W kepada orang yahudi untuk mendapatkan makanan. Sebagaimana hadis yang telah diriwayatkan oleh Aisyah R.A :

Maksudnya :

Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah membeli makanan daripada seorang yahudi secara hutang dan menjadikan pakaian perangnya sebagai cagaran.

(4)

724

 Memelihara hubungan kekeluargaan

Perbezaan agama tidak memutuskan hubungan kekeluargaan dengan sebab pertalian darah seperti anak dengan ibu bapanya. Hadis berkenaan Asma binti Abu Bakar dengan ibunya menjadi panduan dalam hal ini (Nidzam: 2009). Suatu hari ibunya datang mengunjungi beliau dan memohon bantuan. Lalu Asma’ meminta izin daripada Rasulullah S.A.W sambil bertanya adakah beliau boleh menyambung silaturrahim dengan ibunya. Jawab Baginda S.A.W, “Sambunglah silaturrahim dengannya”.

(Riwayat Bukhari & Muslim)

3. Zakat dan ‘Muallafah Qulubihim’

3.1 Definisi

Menurut Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah, zakat pada bahasa adalah subur, keuntungan dan bertambah. Manakala di dalam Al-Mu’jam Al-Wasit ia bermaksud berkat, subur, suci dan baik. Pada istilah pula ulamak Hanafiyyah mentakrifkannya kepada memilikkan satu bahagian harta tertentu daripada harta tertentu kepada individu tertentu sebagaimana ditentukan syara’ kerana Allah Taala.

Pengertian zakat dalam mazhab Maliki adalah mengeluarkan satu juzu’ tertentu daripada harta yang cukup kadar bagi gologngan yang berhak sekiranya sempurna milikan dan tempoh setahun kecuali bagi harta galian dan tanaman (Wahbah Az-Zuhaily, 2008). Ulamak Syafieyyah pula memilih pengertian zakat sebagai nama bagi mengambil sesuatu yang tertentu daripada harta tertentu, dengan sifat tertentu dan untuk golongan tertentu (Muhammad Az-Zuhaily, 2007) .

Berdasarkan beberapa takrif di atas, boleh disimpulkan bahawa zakat terdiri daripada tiga elemen; pertama, ia adalah sebahagian harta yang diambil daripada harta tertentu. Kedua, harta yang diambil perlu memenuhi syarat tertentu dan ketiga ia perlu diberikan kepada golongan tertentu yang berhak.

(5)

725

Surah At- Taubah ayat 60 menjadi asas yang penting dalam menentukan golongan yang berhak memperolehi agihan zakat. Terdapat lapan golongan asnaf yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T sebagai penerima zakat iaitu, orang fakir, miskin, amil, muallaf, hamba yang ingin memerdekakan diri, orang berhutang, golongan yang berada di jalan Allah dan orang yang bermusafir yang terputus bekalan. Lapan golongan ini boleh diklasifikasikan kepada tiga kelompok besar menurut Mujaini (2011) :

1. Agihan mengikut keperluan yang melibatkan orang fakir, miskin, hamba, penghutang dan orang yang bermusafir.

2. Agihan yang bertujuan dakwah dan galakan kepada hidup beragama dan moral iaitu kepada muallaf dan fi sabilillah.

3. Agihan berdasarkan kepada insentif dan motivasi kepada pengurus zakat iaitu amil.

3.3 Asnaf Muallafah Qulubihim

Salah satu daripada 8 golongan yang disebutkan dalam ayat 60 surah At- Taubah ialah “ ” yang bermaksud orang yang dilembutkan hatinya. Al- Qaradhawi (1973) telah mencadang beberapa keadaan dan golongan yang boleh diberikan zakat dengan tujuan melembutkan hati mereka sama ada untuk memeluk agama Islam, kekal bersama dengan Islam dan pemerintahnya atau menghalang kejahatan mereka. Kategori tersebut ialah :

1. Individu yang diharapkan pengikut dan keluarganya untuk memeluk Islam.

2. Golongan yang ditakuti kejahatannya dan berikan zakat supaya tidak melakukan kejahatannya ke atas umat Islam.

3. Golongan yang baru masuk Islam dan diberikan zakat supaya ia kekal dalam Islam. 4. Ketua- ketua kaum yang mempunyai teman- teman dari kalangan bukan Islam. Maka diberikan zakat supaya teman- teman mereka tertarik kepada Islam.

5. Pemimpin Islam yang dihormati oleh kaum mereka tetapi mempunyai iman yang lemah. Mereka mengharapkan bantuan kewangan supaya dikuatkan iman dan kekal dalam Islam.

6. Orang Islam yang berada berhampiran sempadan negara musuh. Zakat diberikan kepada mereka supaya mereka mempertahankan perbatasan jika diserang oleh

(6)

726 musuh.

7. Orang Islam yang diharapkan bantuan mereka supaya mengutip zakat daripada golongan yang ingkar menunaikan zakat melainkan dengan cara kekerasan. Maka zakat diberikan kepada mereka supaya terus dapat membantu pemerintah.

Walaupun pada keseluruhan kategori tersebut tidak dapat dipastikan dalil yang jelas ianya adalah perbuatan Rasulullah S.A.W. yang mengagihkan sebahagian harta daripada bahagian zakat, apa yang digariskan oleh Al-Qardhawi boleh dilihat daripada maksud umum ‘muallafah qulubihim’ dan perbuatan memberikan bantuan kewangan yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. untuk menjinakkan hati manusia pada situasi- situasi tertentu yang mungkin datang daripada sumber yang pelbagai.

Umumnya asnaf muallafah qulubihim ini boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu Islam dan kafir. Kategori yang pertama merujuk kepada orang yang baru masuk Islam dan keyakinannya masih lemah. Zakat diberikan kepada mereka sebagai satu galakan beramal dan menguatkan pegangan mereka.

Manakala pemberian zakat terhadap mereka yang belum memeluk agama Islam, ulamak telah terbahagi kepada dua pandangan, iaitu :-

Pertama :

Ulamak Maliki dan Hambali berpandangan bahawa golongan ini harus diberikan zakat kepada mereka untuk menjinakkan hati mereka kepada Islam.

Al-Qardhawi (1973) melihat lafaz “muallafah qulubihim” pada ayat 60 surah At-Taubah tidak dikhususkan kepada orang Islam sahaja, bahkan termasuk dikalangan musyrikin dan kafir. Pandangan beliau dikuatkan dengan kata- kata Qatadah yang menyatakan “golongan arab Badawi adalah dikalangan orang yang dijinakkan hati mereka dan Rasulullah S.A.W menjinakkan hati mereka dengan pemberian”.

Kedua :

Ulamak Hanafi dan Syafie pula berpandangan bahawa mereka tidak seharusnya diberikan zakat. Antara hujjah yang dipegang oleh kumpulan ini adalah kerana zakat merupakan harta yang dikutip daripada orang Islam dan diagihkan kepada orang Islam juga. Ini dijelaskan oleh

(7)

727

Rasulullah S.A.W kepada Muaz bin Jabal apabila ingin mengutuskannya ke Yaman (Wahbah: 2007).

Maksudnya :

Daripada Abdullah bin Abbas, sesungguhnya Rasulullah S.A.W berkata kepada Muaz apabila ingin mengutuskannya ke Yaman, “Aku memberitahu mereka, sesungguhnya ke atas mereka sedekah (zakat) yang diambil daripada yang kaya dan diberikan kepada yang miskin”.

Seterusnya, ulamak juga berbeza pandangan dalam menentukan samada muallafah qulubihim masih layak menerima zakat atau pun tidak pada zaman kini. Golongan yang menyatakan bahagian zakat untuk kelompok ini sudah tidak wujud kerana berpegang dengan tindakan Umar Al-Khatab yang telah menggugurkan bahagian zakat kepada asnaf ini di zaman pemerintahannya. Beliau berpandangan bahawa Islam pada waktu itu sudah kuat dan digeruni oleh musuh maka zakat tidak perlu dikeluarkan untuk menjinakkan hati manusia kepada Islam. Berbeza dengan zaman Rasulullah S.A.W, Islam berada dalam keadaan lemah (Abu Laith, 2011).

4. Dorongan Memberikan Sedekah Kepada Bukan Islam.

Sedekah yang dimaksudkan di sini adalah pemberian harta secara sukarela dan ingin mendapatkan ganjaran pahala daripada Allah S.W.T. Berbanding zakat, ia adalah pemberian wajib yang telah ditetapkan syarat dan kadarnya. Terdapat banyak nas Al-Quran dan Hadis yang menjelaskan tuntutan bersedekah dan kelebihannya di sisi Allah Taala. Cuma beberapa nas yang boleh dijelaskan di sini yang boleh dikaitkan dengan pemberian zakat kepada bukan Islam.

(8)

728

۝

Maksudnya:

“Mereka juga memberi makan daripada bahan- bahan yang mereka sukai kepada orang- orang miskin, anak yatim dan orang tawanan”.

Ayat di atas menjelaskan amalan- amalan hamba Allah yang soleh yang akan dikurniakan nikmat dapat meminum sejenis minuman daripada mata air syurga. Diantara amalan yang dilakukan oleh mereka ialah memberi makan dan minum kepada tawanan perang. Tawanan yang dimaksudkan ialah kafir harbi iaitu golongan yang memerangi umat Islam di dalam peperangan dan kemudiannya mereka berjaya ditangkap oleh tentera Islam. Perbuatan memberi makan tersebut mendapat pujian daripada Allah S.W.T dan diberikan ganjaran yang baik di syurga (At- Tabari: 2000).

Begitu juga kisah yang masyhur daripada hadis Rasulullah S.A.W berkenaan lelaki yang memberikan minuman kepada anjing yang dahaga wajar dijadikan renungan dalam memahami isu ini.

(Riwayat Bukhari & Muslim)

Hadis ini menceritakan keadaan seorang lelaki yang kehausan, lalu turun ke dalam perigi untuk mendapatkan air. Apabila dia keluar daripada perigi tersebut, dia mendapati seekor anjing yang kehausan dan berkata kepada dirinya: “Anjing ini telah kehausan sebagaimana aku kehausan tadi”. Kemudian lelaki itu memenuhkan kasutnya dengan air dan digigit kasutnya untuk memudahkannya memanjat naik dari dalam perigi dan diberi minum anjing itu. Rasulullah S.A.W. menyatakan Allah S.W.T telah memberikan keampunan kepada lelaki

(9)

729

tersebut. Para sahabat yang mendengar kisah ini bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah kebaikan yang kami lakukan kepada haiwan akan mendapat pahala?” Jawab baginda: “Pada setiap hati yang basah ada pahala”. Iaitu dengan maksud, setiap kebaikan yang dilakukan kepada benda hidup akan memperolehi ganjaran pahala.

Kesimpulan

Islam tidak menghalang umatnya daripada melakukan kebaikan kepada penganut agama lain. Biarpun ada sesetengah pihak hanya melihat kebaikan semata-mata atas nama dakwah, tetapi kebaikan yang dihulurkan itu tiada salahnya jika kerana mengenang budi, persahabatan, kemanusian mahupun alasan-alasan yang lain. Allah Taala ada berfirman dalam surah Al- Mumtahanah ayat 8 :

۝

Maksudnya :

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang- orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Begitu juga sirah Rasulullah S.A.W. telah menunjukkan contoh yang terbaik dalam pergaulan Baginda bersama dengan orang kafir. Antara perlakuan baginda yang memberikan sejumlah harta kepada orang kafir ialah dalam peristiwa Hunain. Selepas umat Islam berjaya memenangi peperangan, Rasulullah S.A.W telah membahagikan harta rampasan perang kepada para sahabat terutama dikalangan mereka yang baru sahaja memeluk agama Islam. Walaubagaimanapun salah seorang daripada mereka pada waktu itu belum lagi memeluk agama Islam, iaitu Safwan bin Umayyah (Ibnu Mulqin: 2004).

(10)

730 Maksudnya :

Rasulullah S.A.W telah memberikan 100 (harta rampasan perang) kepada Abu Sufyan bin Harb, Safwan bin Umayyah, Uyainah bin Hasn, Al- Aqra’ bin Habis dan Ilqimah bin ‘Alathah, manakala Abbas bin Mirdas kurang daripada itu…

(Riwayat Muslim)

Rujukan

Buku

Al-Qaradhawi, Yusuf. 1973. Al-Fiqh Az-Zakah Dirasah Muqaranah Li Ahkamiha Wa Filsafatiha Fi Dhaui AL-Quran Wa As-Sunnah. (Beirut: Muassasah Ar-Risalah). At-Tabari, Muhammad. 2000. Al-Jamei’ Li Ahkam Al-Quran. (Muassasah Ar-Risalah). Az-Zuhaily, Wahbah. 2009. Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu. (Dimasyq, Dar Al-Fikr). Az-Zuhaily, Wahbah. 2007. At-Tafsir Al-Munir. (Dimasyq: Dar Al-Fikr).

Az-Zuhaily, Muhammad. 2007. Muktamad fi Fiqh As-Syafie. (Dimasyq, Dar Al-Qalam).

Ibnu Mulqin, Umar bin Ali As-Syafei Masri. 2004. Badr Munir fi Takhriji Al-Ahadith Wa Al-Athar Al-Waqiah fi Syarh Al-Kabir. (Riyadh, Dar Al-Hijrah Li An-Nasyr Wa At-Tauzi’).

Mohammad Nidzham Abd Kadir. 2009. Fiqah Berinteraksi dengan Non-Muslim. (Kuala Lumpur, Telaga Biru Sdn Bhd).

Wizarah Al-Auqaf Wa As-Syuuni Al- Islamiyyah. Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah. (Kuwait: Tabaah Zaat As-Salasil).

Bab daripada buku

Tarimin, Mujaini. 2011. Memperkasa Ijtihad Hukum Agihan Dana Zakat: Satu Saranan Penjanaan Semula Fiqh Al-Masarif Al-Zakat. Dalam. Transformasi Zakat Daripada Zakat Saradiri Kepada Zakat Produktif. Pulau Pinang: Pusat Urusan Zakat, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang & Pusat Kajian Penguruan Pembangunan Islam (ISDEV), USM.

(11)

731 Jurnal

Abu Laith Al-Khair Abadi, Muhammad. (2011) Tauzif As-Sunnah An-Nabawiyyah Fi Dhaui Al-Waqie Al- Muasir. Journal Hadith. 27-58.

Referensi

Dokumen terkait

Dampak dari serangan SQL_Injection Serangan sql injection memiliki risiko tinggi pada sistem website atau webserver sasaran utama yang menjadi target penting yaitu pada

In Industri komponen dan suku cadang motor penggerak mula dan perdagangan besar (distributor utama) dan Jasa pengoperasian dan pemeliharaan fasilitas migas (operating and

Siantar adalah kota yang paling toleran secara nasional, oleh karenanya patut diapreasiasi bahwa keberagaman etnis, suku dan budaya sudah membaur dan terjalin dengan baik

Melempar bola adalah teknik dasar yang harus dikuasai dalam per- mainan kasti. Terutama bagi regu penjaga agar bisa melempar ke bagian tubuh regu pemukul dengan tepat. Melempar

Secara teoritis wilayah tersebut memang sangat rentan terhadap ancaman banjir, selain karena mempunyai elevasi yang sangat rendah, juga sangat dekat dengan garis

Pelabuhan ini sebagai salah satu pintu gerbang pembangunan kota Makassar yang melayani tidak hanya pelayaran nasional tetapi juga internasional akan tetapi

Menurut para ulama, yang menjadi sa- saran zakat adalah fakir miskin. Zakat diambil dari orang kaya, dan diberikan kepada orang- orang miskin diantara mereka. Dengan istilah