• Tidak ada hasil yang ditemukan

Panduan Lengkap Solat.pdf

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Panduan Lengkap Solat.pdf"

Copied!
67
0
0

Teks penuh

(1)

Panduan Lengkap Solat

1. WUDUK

(2)

2. Cara/Langkah Berwuduk Dengan Betul Dan Sempurna !

1. Membersihkan kedua tangan.(3x) 2. Berkumur-kumur.(3x)

3. Membersihkan hidung.(3x)

4. Membasuh muka(3x), Berniat(dalam hati) :- Sahaja Aku Mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala.

5. Membasuh tangan kanan dan kiri hingga ke siku.(3x) 6. Menyapu air ke kepala.(3x)

7. Menyapu telinga kanan dan kiri.(3x)

8. Membasuh kaki kanan dan kiri hingga ke buku lali.(3x)

9. Doa :- Muhammadan abduhu warasuluh,Allahummaj alnii minat tauwaa bin, waj alnii minalMutatah hirin, Waj alnii min ibadikas solihin

(3)
(4)

ADZAN

1. Bacaan Azdan

 Pada azan subuh pula ditambah kalimah sebanyak dua kali

selepas kali yang kedua.

 Sembahyang-sembahyang sunat yang dilakukan berjama‘ah seperti sembahyang sunat hari raya, tarawih dan sebagainya tidak disunatkan azan dan iqamah. Cuma dilaungkan semasa hendak menunaikannya dengan lafaz atau pada sembahyang

(5)
(6)
(7)

Waktu selepas azan juga adalah masa mustajab berdoa, maka lebih afdhal dan ada baiknya jika setiap kali lepas doa azan kita tambahkan dengan Asmaul Husna dan doa untuk ibu bapa. Terlebih dahulu hendaklah dibaca 1 – 3 kali selawat sebelum membaca doa selepas azan:

(8)

Iqamat

Iqamah bertujuan untuk memberitahu bahawa solat akan dimulakan dan mengajak mereka yang telah hadir supaya bersedia memasuki saf untuk melakukan solat. Hukum melafazkan Iqamah ialah sunat Muakkad.

(9)

Kita disunatkan menyahut, mengikuti bacaan atau menjawab lafaz Iqamat, sama sebagaimana yang diucapkan oleh muazzin dengan perlahan satu persatu hingga akhir kecuali pada 2 kalimah berikut:

1. Apabila bilal atau muadzin menyeru dengan lafaz kalimah :

. Hendaklah dijawab dengan lafaz:

.

2. Apabila muazzin mengucapkan lafaz Iqamah:

. Maka hendaklah dibalas dengan ucapan:

(10)

Atau boleh dijawab Iqamah dengan lafaz yang lebih lengkap :

.

.

.

Abu Hurairah mengatakan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Apabila kamu mendengar Iqamah, maka pergilah solat (berjemaah). Hendaklah kamu bersikap tenang dan tenteram, jangan tergesa-gesa. Apa yang kamu dapati, solatlah kamu bersama mereka; dan mana yang terlambat (ketinggalan), maka sempurnakanlah.”

(11)

Cara menunaikan sembahyang waktu Zuhur, Asar & Isyak

1. Berdiri tegak dan niat. [ NIAT ]

2. Takbiratul Ihram. [ TAKBIRATUL IHRAM ]

(12)

4. Membaca surah Al-Fatihah dan surah [ AL_FATIHAH ]

5. Takbir untuk rukuk bagi rakaat pertama [ TAKBIR ]

6. Menunaikan rukuk bagi rakaat pertama [ RUKUK ]

7. Iktidal dari rukuk dan sebelum sujud [ IKTIDAL ]

(13)

8. Sujud pertama bagi rakaat pertama [ SUJUD ]

9. Duduk antara dua sujud dalam rakaat pertama

[ DUDUK ANTARA DUA SUJUD ]

10. Sujud kedua bagi rakaat pertama [ SUJUD ]

11. Kembali ke rakaat kedua dimana membaca surah

Al-Fatihah dan surah [ AL-FATIHAH ]

12. Takbir untuk rukuk bagi rakaat kedua [ TAKBIR ]

(14)

13. Rukuk bagi rakaat kedua [ RUKUK ]

14. Iktidal dari rukuk dan sebelum sujud bagi

rakaat kedua [ IKTIDAL ]

16. Sujud pertama bagi rakaat kedua [ SUJUD ]

17. Duduk antara dua sujud dalam rakaat kedua

[ DUDUK ANTARA DUA SUJUD ]

18. Sujud kedua bagi rakaat kedua [ SUJUD ]

19. Membaca tahiyat awal [ TAHIYAT AWAL ]

(15)

20. Kembali ke rakaat ketiga dimana membaca

surahAl-Fatihah sahaja [ AL-FATIHAH ]

21.Takbir untuk rukuk bagi rakaat ketiga [ TAKBIR ]

rukun_2.gif

22. Rukuk bagi rakaat ketiga [ RUKUK ]

23. Iktidal dari rukuk dan sebelum sujud bagi

(16)

24. Sujud pertama bagi rakaat ketiga [ SUJUD ]

25. Duduk antara dua sujud dalam rakaat ketiga

[ DUDUK ANTARA DUA SUJUD ]

26. Sujud kedua bagi rakaat ketiga [ SUJUD ]

27. Kembali ke rakaat keempat dimana membaca

surahAl-Fatihah sahaja [ AL-FATIHAH ]

28.Takbir untuk rukuk bagi rakaat keempat [ TAKBIR ]

(17)

29. Rukuk bagi rakaat keempat [ RUKUK ]

30. Iktidal dari rukuk dan sebelum sujud bagi

rakaat keempat [ IKTIDAL ]

31. Sujud pertama bagi rakaat keempat [ SUJUD ]

32. Duduk antara dua sujud dalam rakaat keempat

[ DUDUK ANTARA DUA SUJUD ]

33. Sujud kedua bagi rakaat keempat [ SUJUD ]

34. Membaca tahiyat akhir [ TAHIYAT AKHIR ]

(18)
(19)

1. Niat Solat

NIAT SEMBAHYANG SUBUH

Maksudnya:Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat (*Sila rujuk) tunai kerana Allah Ta'ala.

Rujukan:-* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah

NIAT SEMBAHYANG ZOHOR

Bacaan dalam bahasa

rumi:-Usalli fardhaz zuhri arba'a raka'atin (*Sila rujuk) adaan lillahi ta'ala Maksudnya:Sahaja aku sembahyang fardhu zohor empat

rakaat (*Sila rujuk)tunai kerana Allah Ta'ala.

Rujukan:-* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.

(20)

NIAT SEMBAHYANG ASAR

Bacaan dalam bahasa

rumi:-Usalli fardhaz asri arba'a raka'atin (*Sila rujuk) adaan lillahi ta'ala Maksudnya:Sahaja aku sembahyang fardhu asar empat rakaat (*Sila

rujuk) tunai kerana Allah Ta'ala.

Rujukan:-* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.

NIAT SEMBAHYANG MAGHRIB

Bacaan dalam bahasa

rumi:-Usalli fardhaz maghribi thalatha raka'atin (*Sila rujuk) adaan lillahi ta'ala

Ertinya:Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat (*Sila rujuk)tunai kerana Allah Ta'ala.

Rujukan:-* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.

(21)

NIAT SEMBAHYANG ISYAK

Bacaan dalam bahasa

rumi:-Usalli fardhaz 'isya'i arba'a raka'atin (*Sila rujuk) adaan lillahi ta'ala Maksudnya:Sahaja aku sembahyang fardhu 'isyak empat

rakaat (*Sila rujuk)tunai kerana Allah Ta'ala.

Rujukan:-* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah

(22)

2. Takbiratul Ihram

BERDIRI SAMBIL MENGANGKAT TAKBIR Melafazkan "Allahu

Akhbar":-(Allah Maha Besar)

Mengangkat takbiratul ihram sambil melafazkan"Allahu Akbar"

Mengangkat takbiratul ihram bagi lelaki

(23)

Di bawah menunjukkan perbezaan antara cara perempuan dan lelaki semasa mengangkat takbiratul

ihram:-BAGI LELAKI

Angkat kedua-dua tangan ke paras telinga selepas melafazkan niat sembahyang di dalam hati sambil itu bertakbir sepertimana di dalam gambarajah yang ditunjukkan.

Bagi lelaki, kedua - dua belah tangan di angkat di paras telinga. Lintaskan di dalam hati ketika waktu yang sama mengangkat takbir sambil berniat untuk bersembahyang

BAGI PEREMPUAN

Angkat kedua-dua tangan ke paras telinga selepas melafazkan niat sembahyang di dalam hati sambil itu bertakbir sepertimana di dalam gambarajah yang ditunjukkan.

Bagi perempuan, kedua - dua belah tangan tidak melebihi paras bahu. Lintaskan di dalam hati ketika waktu yang sama mengangkat takbir sambil berniat untuk bersembahyang

(24)

3. Doa Iftitah

Tangan diletakkan di atas perut (pusat)

Maksudnya:Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian

bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku

dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim

(Islam).

(25)

perempuan:-Membaca doa iftitah

Perbezaan antara lelaki dan perempuan (kedudukan

tangan):-Lelaki - Tangan memegang

Perempuan - Tangan di atas

Letakkan kedua tangan selepas mengangkat takbir(tangan kanan di atas tangan kiri, beratkan ke sebelah kiri bagi lelaki).

(26)

3.

Bacaan Al Fatihan

BERDIRI TEGAK DAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH SERTA SEBARANG SURAH

Bacaan dalam bahasa rumi:-A'uzubillahi minassyaitanir rajim.

Maksudnya: Aku berlindung dengan Allah dari godaan syaitan yang kena rejam.

SURAH AL-FATIHAH

(27)
(28)

4. Do'a Qunut

Bacaan doa Qunut dan cara -

caranya:-Doa qunut di baca dalam rakaat akhir sembahyang Subuh di mana ia dilakukan selepas rukuk dan sebelum sujud. Mengangkat kedua - dua tangan seperti gambarajah yang ditunjukkan

(29)

bagi lelaki

(30)

5. Rukuk

TUNDUK DALAM KEADAAN 90 DARJAH

Bacaan dalam bahasa

rumi:-Subahana rabbial 'azimi wabihamdih. (3 Kali mengulangi bacaan)

Maksudnya:-Maha suci Tuhanku yang Maksudnya:-Maha Agong dengan sifat kepujiannya.

BAGI LELAKI

(31)

lelaki:-Anda boleh juga membacanya lebih dari 3 Kali dengan kiraan ganjil contohnya 5X, 7X, 9X, 11X ataupun sekali dan sebagainya.

BAGI PEREMPUAN

Gambarajah di bawah menunjukkan cara rukuk bagi

perempuan:-Kedudukan tangan bagi muslimat ketika melakukan rukuk, siku dirapatkan kebadan.

Anda boleh juga membacanya lebih dari 3 Kali dengan kiraan ganjil contohnya 5X, 7X, 9X, 11X ataupun sekali dan sebagainya.

(32)

6. IK'TIDAL

Ik'tidal (kembali berdiri selepas rukuk)

Bacaan dalam bahasa rumi:-Sami'allahu liman hamidah. Maksudnya: Allah mendengar orang yang memujinya.

Perbezaan antara lelaki dan perempuan semasa mengangkat takbir dan melakukan ik'tidal

Angkat kedua-dua tangan ke paras telinga dan baca

(33)

BERDIRI KEMBALI SEBELUM SUJUD

Bacaan dalam bahasa rumi:-Rabbana lakalhamdu.

Maksudnya: Ya Tuhan kami, Bagimu segala puji.

* Rabbana lakalhamdu mil assamawati wamil ardhi wamil a'maasyita min syai i'nba'du.(Ya Tuhan kami, bagimu segala puji seisi langit dan bumi dan sebanyak yang Engkau kehendaki).

Seeloknya mata hendaklah memandang ke arah

ke bawah (sejadah)

Bacaan dalam bahasa rumi:-Allahu Akbar

(34)

Teruskan dari kedaan diatas menuju sujud

(35)

7. Sujud

TUNDUK HINGGA KE PARAS LANTAI

Bacaan bagi sujud dan cara - cara melakukan

sujud:-Bacaan di dalam bahasa rumi:-Subhana rabbiayal a'kla wabihamdih (3 Kali mengulangi bacaan).

Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dengan sifat kepujiannya.

(36)

8. Duduk antara dua sujud

DUDUK SEPERTI MELUTUT

Antara bacaan dan cara - cara duduk antara dua

sujud:-Bacaan dalam bahasa rumi:-Rabbighfirli warhamni wajburni warfa'kni warzuqni wahdini wa'afini wa'kfu 'anni.

Maksudnya:

Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah

aku dan maafkanlah aku.

Cara duduk bagi duduk antara dua sujud bagi lelaki dan perempuan adalah sama seperti gambarajah di bawah:-Cara duduk antara lelaki dan perempuan adalah sama

Kedudukan kaki Kedudukan tangan

(37)

Melafazkan "Allah Akhbar" ketika melakukan sujud kedua selepas duduk antara dua sujud

Allahu Akhbar

Maksudnya:

(38)

9. Tahiyat Awal

DUDUK BERSIMPUH SAMBIL MEMBACA TAHIYAT AWAL Bacaan tahiyat awal dan cara

(39)

Cara mengangkat jari

telunjuk:-kedudukan jari dan tangan

Apabila bacan sampai kepada"Asyhadualla ilaha illallah"dan seterusnya, hendaklah mengangkat jari telunjuk sebelah kanan

Cara kedudukan bagi lelaki dan perempuan adalah sama dari segi cara duduk dan cara mengangkat jari telunjuk semasa membaca"Asyhadualla ilaha illallah. Wa-asy-hadu anna

(40)

10.Tahiyat Akhir

(41)

Cara duduk bagi lelaki dan perempuan adalah sama seperti gambarajah di atas

Cara kedudukan tangan dan cara mengangkat jari

telunjuk:-kedudukan jari dan tangan

Apabila bacaan sampai kepada "Asyhadualla ilaha illallah" dan seterusnya, hendaklah mengangkat jari telunjuk sebelah kanan

(42)

11.Memberi Salam

SALAM KE KANAN

Bacaan dan cara meberi salam

Maksudnya: Sejahtera dan rahmat untukmu semoga dirahmati Allah.

Memalingkan wajah ke kanan sambil memberi salam

Salam hendaklah diberikan selepas selesai mengerjakan semua rukun - rukun solat dengan di dahului salam ke kanan dan diikuti salam ke kiri.Cara memberi salam antara lelaki dan

perempuan adalah sama.

Hendaklah berpaling ke arah kanan sambil memberi salam.

(43)

SALAM KE KIRI Bacaan dan cara meberi salam

Maksudnya:Sejahtera dan rahmat untukmu semoga dirahmati Allah.

Memalingkan wajah ke kiri sambil memberi salam

Salam hendaklah diberikan selepas selesai mengerjakan semua rukun - rukun solat dengan di dahului salam ke kanan dan diikuti salam ke kiri.Cara memberi salam antara lelaki dan

perempuan adalah sama.

Hendaklah berpaling ke arah kiri sambil memberi salam.

(44)

Sujud Sahwi.

Sujud sahwi adalah sujud kerana lupa atau ragu-ragu dalam sembahyang. Hukum

sujud sahwi adalah sunat. Ia dilakukan setelah membaca tahiyat akhir tetapi sebelum

memberi salam. Ada juga pendapat yang membolehkan melakukan sujud sahwi

setelah salam (jika terlupa melakukannya sebelum salam).

Merasa ragu-ragu atau was-was dalam ibadah adalah salah satu sebab ibadah itu

ditolak. Ia adalah kerja Syaitan untuk melalaikan manusia dalam ibadahnya itu.

Kerana dilalaikan Syaitan, kita sering terlupa dan tidak khusyuk ketika sedang

bersembahyang. Maka cara untuk menutup kekurangan dalam sembahyang, kita

disunatkan untuk membuat sujud sahwi di akhir sembahyang itu.

Sujud sahwi hanya boleh dibuat jika berlaku perkara-perkara berikut

ini:-** Terlupa atau syak pada bilangan rakaat.

Seringkali kita akan terlupa tentang rakaat yang sedang dilakukan kerana kita khayal

dan tidak kusyuk. Cara mengatasinya ialah dengan segera menetapkan rakaat yang

sedang kita berada di dalamnya itu. Contoh; kita tidak ingat sama ada kita sedang

dalam rakaat kedua atau ketiga, maka tetapkan bahawa ia adalah rakaat kedua dan

teruskan sembahyang itu sehingga selesai dan ditutup dengan sujud sahwi. Jangan lagi

diingat-ingatkan sama ada rakaat itu betul atau salah kerana ia akan mendatangkan

rasa ragu-ragu atau was-was. Sembahyang akan menjadi tidak sah dan batal jika ada

rasa ragu-ragu dan was-was. (Jika terlupa bilangan rakaat adalah lebih selamat untuk

memilih rakaat yang yang terdahulu atau yang sedikit).

** Terlupa tahiyat awal.

Banyak kali juga kita akan terlupa untuk duduk tahiyat awal dalam rakaat kedua.

Hanya apabila telah berdiri untuk rakaat ketiga baharu kita sedari bahawa kita terlupa

untuk duduk tahiyat awal. Duduk tahiyat awal dan membaca tahiyat awal adalah sunat

ab'ad dalam sembahyang maka jika terlupa melakukannya, ia tidak akan membatalkan

sembahyang itu.. Maka tidak perlu untuk mengulangi rakaat tersebut. Hendaklah

diteruskan sembahyang itu sehingga selesai lalu ditutup dengan sujud sahwi.

** Terlupa membaca doa Qunut.

Hukum membaca doa Qunut menurut mazhab Syafiee adalah sunat ab'ad dalam

sembahayang fardu Subuh. Terlupa membacanya tidaklah membatalkan atau

merosakkan sembahyang. Tutup kekurangan itu dengan sujud sahwi di akhir

(45)

sembahyang sebelum memberi salam.

** Terlupa atau syak pada rukun sembahyang.

Rukun sembahyang tidak boleh ditinggalkan dan tidak boleh ada syak padanya. Jika

rasa ragu-ragu atau tersilap kerana terlupa, hendaklah diperbaiki rukun sembahyang

itu dengan segera. Tidak boleh teruskan sembahyang dalam keadaan ragu-ragu atau

was-was dalam sembahyang. Sembahyang yang tidak yakin pada rukun-rukunnya

adalah sembahyang yang tidak sah.

Contoh 1 - jika ketika sujud, merasa ragu-ragu dan tidak ingat sama ada dia telah

melakukan rukuk atau tidak. Maka ketika itu dia wajib mengulangi semula rakaat

tersebut kemudian teruskan sembahyang sehingga selesai dan ditutup dengan sujud

sahwi.

Contoh 2 - membaca surah al-Fatehah bukan pada tempatnya kerana berkhayal dan

tidak kyusuk. Apabila dia tersedar hendaklah diberhentikan bacaan itu dengan segera

lalu teruskan sembahyangnya seperti biasa. Buat sujud sahwi sebelum memberi salam.

Tetapi jika rasa syak pada bacaan al-Fatehah sedangkan dia masih dalam rukun

berdiri, ulanglah bacaan al-Fatehah itu pada masa itu juga dan tidak perlu mengulang

rakaat itu dan tidak perlu buat sujud sahwi.

Selain dari perkara-perkara ini, sujud sahwi juga sunat dibuat jika kita melakukan

perkara-perkara yang boleh membatalkan sembahyang kerana terlupa. Seperti

bergerak 3 kali beturut-turut atau melafazkan sesuatu yang bukan bacaan

sembahyang.

Sujud sahwi adalah hanya untuk kesilapan atau terlupa pada rukun-rukun dan

sunat-sunat ab'ad sahaja. Bagi kesalahan pada sunat-sunat hai'at tidak disunat-sunatkan buat sujud sahwi

maka tidaklah perlu kita buat sujud sahwi di akhir sembahyang andainya kita terlupa

untuk membaca surah selepas al-Fatehah, terlupa membaca doa iftitah, tidak

mengangkat tangan ketika bertakbir, tidak membaca tasbih ketika rukuk atau sujud

dan seterusnya.

Cara-cara sujud sahwi.

Setelah selesai membaca tahiyat akhir, hendaklah duduk iftirasy (seperti tahiyat awal)

lalu berniat sujud sahwi. Buat dua kali sujud diselangi dengan duduk antara dua sujud.

Setiap pergerakan bacalah takbir intiqalat (ALLAHUAKBAR). Kemudian duduk

kembali seperti dalam tahiyat akhir. Beri salam pertama dan kedua tanpa perlu

membaca tahiyat akhir lagi. Selesailah sembahyang itu dengan sempurna.

(46)

Bacaan sujud sahwi.

Bacaan dalam sujud sahwi adalah sunat. Tidak ada bacaan tertentu yang ditetapkan.

Boleh saja baca tasbih seperti dalam sujud rukun biasa atau jika suka bolehlah baca

tasbih seperti di bawah ini sebanyak 3

kali:-Maha Suci Tuhan Yang tidak tidur dan tidak lupa.

Perhatian:-* Tidak boleh buat sujud sahwi jika tiada apa-apa kesilapan atau terlupa dalam

sembahyang. Hukumnya sembahyangnya akan batal kerana menambah perbuatan

sembahyang tanpa sebab. Wajib mengulangi sembahyang itu.

* Jika buat sujud sahwi dengan niat andai ada apa-apa kesilapan di dalam sembahyang

yang tidak disedari dapatlah ditutup, maka sembahyangnya juga batal kerana itu tanda

ragu-ragu dan was-was. Wajib mengulangi sembahyangnya sehingga datang rasa

yakin.

* Jika setelah buat sujud sahwi kerana ada kesilapan atau terlupa, tetapi tetap ada rasa

ragu-ragu setelah selesai sembahyang itu, maka sembahyang itu menjadi batal kerana

tidak boleh ada rasa ragu-ragu dan was-was dalam ibadah sembahyang. Wajib

mengulangi sembahyang itu.

* Jangan sekali-kali hentikan sembahyang secara mendadak kerana merasa telah

melakukan kesilapan. Hukum membatalkan atau keluar dari sembahyang dengan

sengaja adalah berdosa. Jika telah tersilap dalam sembahyang, perbaikilah kesilapan

itu dalam sembahyang itu juga lalu ditutup dengan sujud sahwi. Jika terpaksa batalkan

atau hendak keluar dari sembahayang kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan

(seperti perut yang memulas), maka segeralah bersujud dan beri salam dan niat untuk

keluar dari sembahyang itu.

* Hukum sujud sahwi di dalam sembahyang berjemaah adalah wajib atas makmum

mengikut imam seperti

(47)

walau pun makmum tidak mengetahui apakah kesilapan imam. Jika makmum tidak

buat sujud sahwi, sembahyangnya menjadi batal dan perlu diulang sendirian.

2) Jika imam tidak buat sujud sahwi walau pun makmum tahu dia telah melakukan

kesilapan, makmun tidak boleh buat sujud sahwi itu. Jika dilakukan, maka

sembahyang makmum akan batal.

Sujud sahwi bagi imam adalah sunat ab'ad.

Kaedah :

Sujud sahwi adalah sujud sebanyak 2 kali yang dilakukan sesudah membaca Tasyahud akhir dan Selawat (Tahiyaat Akhir), tepatnya sebelum mengucapkan salam.

Apakah sebab-sebab yang mengharuskan sujud sahwi? Ada 3 perkara iaitu:

(1) Penambahan gerakan (al-Ziyadah). Misalnya seseorang menambah jumlah rukuk, sujud, berdiri atau duduknya.

(2) Pengurangan (Naqs). Misalnya seseorang kurang dalam melaksanakan rukun atau hal yang wajib dalam solat.

(3) Ragu-ragu (Shak). Misalnya dia ragu-ragu tentang jumlah rakaat solat samada tiga atau empat.

Hadis yang berkenaan dengan Sujud sahwi di antaranya yang diriwayatkan Abu Sa’id Al-Khudri, ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda, “Apabila salah seorang di antara kalian ragu di dalam solatnya sehingga ia tak tahu lagi apakah ia sudah melakukan solat sebanyak tiga rakaat atau empat rakaat, hendaklah dibuangnya keraguan itu dan yang ia yakini, kemudian hendaknya ia sujud sebanyak dua kali sebelum melakukan salam. Sekiranya ia telah melakukan solat 5 Rakaat, bererti solatnya telah digenapkan dengan Sujud sahwinya itu. Dan sekiranya ia solat tepat empat rakaat, dua sujud itu menghinakan bagi Syaitan.” (HR. Ahmad dan Muslim).

Diriwayatkan pula dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya setan itu masuk di antara anak Adam dan Nafsunya, sehingga ia tidak tahu sudah berapa rakaat ia melakukan solat. Maka bila seorang di antara kalian mengalami hal demikian, hendaklah ia sujud dua kali sebelum memberi salam.” (HR. Abu Ahmad dan Ibnu Majah).

Apakah yang harus dibaca ketika sujud sahwi?

(48)

ﻮُﮭْﺴَﯾ َﻻَو ُمﺎَﻨَﯾ َﻻ ْﻦَﻣ َنﺎَﺤْﺒُﺳ

(Mahasuci Tuhan yang tidak tidur dan tidak lupa)

Tetapi hadis-hadis Rasulullah SAW berkaitan dengan sujud sahwi, ternyata baginda SAW tidak pernah mengajar bacaan khusus yang perlu dibaca ketika sujud sahwi ini. Apa yang dapat kita simpulkan di sini bahawa bacaan ketika sujud sahwi adalah sama seperti yang dibacakan dalam sujud solat yang biasa:

ِهِﺪْﻤ َﺤِﺑ َو ﻰَﻠْﻋَﻷا َﻲﱢﺑ َر َنﺎ َﺤْﺒُﺳ

Maha suci Tuhanku dan segala puji bagi-Nya.

Kita juga dibolehkan melakukan dua kali sujud itu sahaja tanpa membaca apa-apa jika dipandukan dengan hadis Nabi SAW.

(49)
(50)
(51)
(52)
(53)

Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

(54)

Solat Jenazah

Panduan Solat Jenazah

Seringkali kita lihat di sekeliling kita satu persatu orang pergi meninggalkan keluarga dan sahabat handai, itu dinamakan sudah ajal. Apabila seseorang itu mati, maka menjadi tanggungjawab sesetengah daripada manusia di sekelilingnya untuk menguruskan jenazahnya kerana menguruskan jenazah hukumnya fardhu kifayah yakni jika ada satu golongan sudah melaksanakannya, maka semua golongan di sesuatu tempat itu terlepas dari dosa besar.

Walaupun hukumnya fardhu kifayah, apa yang dapat aku lihat masih ramai yang tidak mengetahui bagaimana untuk melakukan solat jenazah. Sebaik-baik mayat yang disolatkan adalah diimamkan oleh anaknya sendiri. Jadi cuba korang tepuk dada dan tanya diri sendiri, apakah aku mengerti melakukan solat jenazah jika orang tuaku meninggal kelak? Tidak malukah jika membiarkan penghormatan terakhir (solat) dilakukan oleh orang lain dari keluarga sendiri?

(55)

Persediaan solat jenazah:

 Mayat mestilah diletakkan melintang ke arah kiblat.

 Mayat lelaki kepalanya sebelah kiri imam dan imam berdiri di sebelah kepada atau dada mayat.

 Mayat perempuan kepalanya sebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya.  Bagi solat ghaib, imam dan makmum mengadap qiblat tanda ada jenazah di depan.

Disarankan saf untuk solat jenazah dijadikan sebanyak 3 baris dan makmum yang menyolatkan mayat dituntut melebihi 40 orang. Dalam solat jenazah, tiada rukuk dan sujud, jadi makmum harus berdiri rapat antara satu sama lain dengan makmum yang di hadapan.

(56)

Cara solat jenazah:

(57)

2. Mengangkat takbir pertama

(

)

berserta dengan niat di dalam hati dan diteruskan dengan membaca surah Al-Fatihah.

3. Mengangkat takbir kedua

(

)

kemudian membaca selawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w seperti berikut.

(58)
(59)

6. Memberi salam ke kanan dan ke kiri.

Selesai beri salam, korang bolelah membaca surah Al-Ikhlas (3 kali), surah Al-Falaq (1 kali), surah An-Nas (1 kali), surah Al-Fatihah (1 kali), surah Al-Baqarah ayat 1-5 (1 kali), ayat Qursi (1 kali) dan baca doa yang sesuai.

————————-Panduan ringkas yang turut aku sediakan di bawah. Yang penting kita mesti tahu bagaimana untuk melaksanakan solat jenazah.

1. Niat dalam hati sambil melafazkan takbir ( ) seperti berikut:

Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.

Kemudian baca surah Al-Fatihah.

2. Setelah takbir kedua, baca selawat ke atas Nabi.

Allahumma salli ala Muhammad wa ala ali Muhammad. 3. Setelah takbir ketiga, baca doa berikut.

Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki) Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)

Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat.

(60)

ٍﺪﱠﻤَﺤُﻣ ِلآ ﻰَﻠَﻋَو ﺪﱠﻤَﺤُﻣ ﻰَﻠَﻋ ﱢﻞَﺻ ﱠﻢُﮭﱠﻠﻟا

.

Melaksanakan Solat Jenazah secara berjemaah adalah yang paling diutamakan dalam agama Islam dan menjadi sunnah untuk meramaikan jemaahnya sehingga Solat Jenazah ini dihukumkan Fardhu Kifayah sepertimana dalam hal menguruskannya.

Daripada Ibnu Abbas r.a. katanya, Nabiﷺ bersabda: “Tidaklah seorang lelaki Muslim yang meninggal dunia, maka didirikan solat pada jenazahnya oleh seramai empat puluh lelaki yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu, melainkan Allah SWT akan memberikan syafaat padanya.”(Hadis riwayat Muslim.)

Tentang untuk mengerjakan solat jenazah, diperbolehkan di dalam masjid, di surau atau di tempat-tempat lainnya yang memungkinkan solat berjemaah didirikan dengan syarat tempatnya itu luas dan bersih.

Bagi orang perempuan dibolehkan mengikuti solat jenazah berjemaah bersama-sama dengan orang lelaki atau boleh mendirikan solat ke atas jenazah selepas disolatkan oleh orang lelaki.

.

.

A. Rukun Solat Jenazah

.

Solat jenazah berbeza dengan solat-solat yang lain kerana cara mengerjakannya hanya dengan berdiri dan takbir empat kali tanpa rukuk dan sujud, juga tidak perlu azan dan iqamat. Adapun rukunnya ada empat :

(61)

1. Niat mendirikan solat jenazah yang dimaksudkan 2. Berdiri bagi yang berupaya

3. Bertakbir empat kali 4. Salam

.

.

B. Persediaan Solat Jenazah

.

1. Kedudukan jenazah yang ramai bolehlah diletakkan sama ada secara berbaris atau disusun beberapa baris. Susunan jenazah yang paling hampir dengan imam adalah seperti berikut:

1. Jenazah lelaki dewasa 2. Jenazah kanak-kanak lelaki 3. Jenazah perempuan dewasa 4. Jenazah kanak-kanak perempuan

.

2. Kedudukan Ketika Melakukan Solat Jenazah

Kedudukan Jenazah

Jenazah Lelaki

Jenazah Perempuan

1. Imam berdiri bersetentangan

dengan kepala, dada atau bahu

jenazah.

2. Kepala jenazah berada di kiri

imam.

1. Imam berdiri bersetentangan

dengan pinggang jenazah.

2. Kepala jenazah berada di kanan

imam.

.

3. Dalam saf (barisan) solat jenazah berjemaah, makmum disunatkan membentuk tiga saf. Sekurang-kurangnya harus dijadikan tiga saf dengan setiap satu saf dua orang.

Daripada Malik bin Hurairah r.a. katanya, Rasulullahﷺ bersabda: “Tidaklah orang mukmin yang meninggal dunia itu didirikan solat padanya oleh tiga saf dari kalangan orang Islam, melainkan jenazah itu diberikan pertolongan dan diampunkan dosanya.”(Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi.)

(62)

.

.

C. Niat Solat Jenazah

.

1. Lafaz niat untuk solat jenazah lelaki/perempuan:

.

.

2. Lafaz niat untuk solat jenazah yang ramai:

.

(63)

.

D. Cara Melakukan Solat Jenazah

.

Cara melakukan solat ini adalah dengan berdiri betul, rapat dan berniat melakukan solat sunat jenazah serta terus berkeadaan berdiri sambil melafazkan bacaan tertentu sehingga salam, tanpa melakukan rukuk dan sujud.

1. Niat Dan Takbir Pertama

Niat solat Jenazah, hendaklah dilintaskan dalam hati sewaktu takbir pertama.

2. Baca Surah Al-Fatihah

3. Takbir Kedua.

.

(64)

4. Membaca Selawat;. Berselawat ke atas Nabiﷺ.

.

Lebih afdhal jika dapat dibaca Selawat Ibrahimiyah(Klik Di Sini).

5. Takbir Ketiga.

.

6. Membaca Doa:

(65)

.

.

7. Takbir Keempat.

.

(66)

8. Doa untuk si mati ialah:

Sebelum memberi salam, boleh juga dibaca doa berikut:

.

.

9. Memberi salam ke kanan dan ke kiri.

.

ِﱠﷲ ُﺔَﻤ ْﺣَرَو ْﻢُﻜْﯿَﻠَﻋ ُمَﻼﱠﺴﻟَا

Salam sejahtera ke atas kamu dan Rahmat Allah serta Keberkatan-Nya.

.

10. Bacaan Sesudah Salam

.

1. Surah Al-Ikhlas 3 kali. 2. Surah Al-Falaq 1 kali. 3. Surah An-Nas 1 kali. 4. Surah Al-Fatihah 1 kali. 5. Surah Al-Baqarah ayat 1-5. 6. Ayat Kursi 1 kali.

7. Membaca doa Solat Jenazah.

(67)

11. Contoh Doa Solat Jenazah:

Segala Puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam. Rahmat dan kesejahteraan

ke atas junjungan kami Nabi Muhammad

ﷺ, penghulu semua Rasul dan juga ke

atas keluarga dan para sahabat Baginda seluruhnya. Ya Allah! Jadikanlah kubur

si mati ini sebagai sebuah taman daripada taman-taman syurga. Ya Allah!

Dikaulah Tuhan bagi si mati, Dikaulah yang menjadikannya dan Dikaulah juga

yang menunjukkannya kepada agama Islam. Dikaulah yang juga yang mencabut

nyawanya, Dikau lebih mengetahui perkara-perkara zahir dan batinnya. Kami

semua hadir atas tujuan memohon syafaat kepada-Mu untuk si mati. Ya Allah!

Ampunkanlah kesalahan kami dan segala kesalahan yang telah dilakukan oleh si

mati, limpahkanlah jua Kurnia-Mu wahai Allah, Tuhan Sebaik-baik Pengurnia

rahmat!Selawat Allah dan kesejateraan ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad

ﷺ. dan ke atas keluarganya serta para sahabat Baginda seluruhnya. Segala Puji

bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam.

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu bahawa Nabi ﷺ bersabda:“Apabila kamu solat ke atas mayat, maka ikhlaskan doa untuknya.” (Riwayat Abu Dauud dan dianggap sahih oleh Ibnu Hibban.)

Referensi

Dokumen terkait

Selanjutnya, bertitik tolak dari Rencana Pembangunan Jangka Menengah Daerah (RPJMD) Kabupaten Mandailing Natal Tahun 2011 – 2016, Rencana Kerja Pemerintah

Melalui komponen tutur SPEAKING dan respon yang ditunjukkan oleh mitra tutur, dapat diketahui bahwa tuturan yang diucapkan Tintin kepada kapten Haddock memiliki

Bila diatas jalur penggalian terdapat tiang-tiang listrik, telepon, atau sarana lainnya, maka Instalatur agar mengamankannya dengan mengadakan dan memasang

Wakil Bupati Kayong Utara dan Polres Kayong Utara yang diwakili Oleh Kabag Ops Polres Kayong Utara mengizinkan pemanfaatan / pengolahan limbah kayu yang terdapat di areal

Disarankan kepada PT Rekayasa Industri Proyek SPL/SPM Balongan untuk meningkatkan implementasi SMK3 Peraturan Pemerintah Nomor 50 Tahun 2012 dengan: (1) Siapkan suku

Salah satu varietas unggul kencur dengan ukuran rimpang besar adalah varietas unggul asal Bogor (Galesia-1) yang mempunyai ciri sangat spesifik dan berbeda dengan klon

Secara umum tujuan imunisasi yaitu dapat menurunkan angka morbiditas (angka kesakitan) dan mortalitas (angka kematian) pada bayi dan balita, imunisasi sangat efektif untuk

Identifikasi masalah ditemukan 4 permasalah utama yakni: (1).Perusahaan inti lebih mendahulukan mengolah TBS (Tandan Buah Segar) yang dihasilkan kebun milik perusahaan ini, dalam