• Tidak ada hasil yang ditemukan

Folio Sejarah Tingkatan 2

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Folio Sejarah Tingkatan 2"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

Sekolah Menengah Kebangsaan

Dato’ Dol Said

______________________________________

Folio Sejarah

______________________________________

Perjuangan Rakyat Tempatan

Mengembalikan Kedaulatan Bangsa

Nama : Muhammad Ibrahim Fikri bin Rawi

Tingkatan : 2 Alfa

Guru Pembimbing : En. Mohd Fareed bin

(2)

Isi Kandungan

Bil Perkara Muka Surat

1 Perhargaan 3

2 Objektif Kajian 4

3 Dato’ Maharaja Lela Pejuang Kebanggaan Perak

5 - 9 4 Dato’ Bahaman Pahlawan

Pahang

10 - 13 5 Mat Salleh Menyanggah SBUB 14 - 17 6 Tok Janggut Pejuang Jihad 18 - 21

7 Rumusan 22 - 23

8 Rujukan 24

Penghargaan

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ibu bapa tersayang

(3)

yang telah memberi banyak sokongan dan semangat kepada saya bagi menyempurnakan folio ini. Selain itu, ribuan terima kasih kepada pihak sekolah yang memberi pelbagai bantuan serta kebenaran menggunakan kemudahan di sekolah untuk menjalankan Folio Sejarah ini dan guru subjek Sejarah saya, Encik Mohd Fareed bin Yusof yang telah banyak memberi panduan, nasihat serta bimbingan untuk menyiapkan folio ini. Tidak lupa kepada rakan-rakan kelas saya yang telah memberi kerjasama serta sumbangan semasa folio ini dilalukan.

(4)

Objektif utama kajian ini adalah untuk memenuhi keperluan sukatan mata pelajaran Sejarah Tingkatan Dua. Antara objektif kajian yang ingin dicapai ialah :

• Mengetahui peristiwa-peristiwa penting semasa penjajahan.

• Mengetahui bahawa penjajahan menyebabkan

penderitaan dan penghinaan.

• Memahami dan menyedari sebab-sebab penentangan dan kesan-kesannya.

• Menjadikan iktibar dan pengajaran sebagai

panduan masa kini dan masa hadapan.

• Mempelajari semangat patriotisme serta bangga

akan negara sendiri mereka yang mengembalikan maruah bangsa dan kedaulatan negara, pahlawan tanah air telah berjuang bersama - sama rakyat tempatan untuk menentang penjajah.

Dato’ Maharaja Lela Pejuang

Kebanggaan Perak

(5)

Latar Belakang

Dato Maharaja Lala ialah Orang Besar Berlapan Perak dan penghulu di Pasir Salak. Pada November 1874 , Perak menerima Residen British iaitu J.W.W. Birch hasil daripada Perjanjian Pangkor. Pelantikan itu menimbulkan konflik antara Brich , sultan dan pembesar Perak yang mencetuskan kebangkitan di Pasir Salak.

(6)

a)Mengambil Hak Mengutip Cukai

Pada 24 Julai 1875 , Birch memaksa Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharkan yang membolehkan British mengambil hak mengutip cukai. Sultan Abdullah diugut akan diturunkan takhta jika enggan menandatangani. Birch membakar rumah Raja Ngah Orang Besar Perak kerana meneruskan kutipan cukai timah di Bidor.

b)Mencabar Ketuanan Melayu

Kemarahan sultan dan pemesar Perak memuncak. Pada 2 Oktober 1875 , Sultan Abdullah didesak menandatangani perisytiharkan penyerahan kuasa kepada British. Kuasa mentadbir negeri diserah kepada Residen. Residen berkuasa melantik hakim , mengurus kutipan cukai dan melantik penghulu.

(7)

Birch bertindak sesuka hati. Birch memperkenalkan cukai baru seperti cukai padi , perahu , atap , senjatah dan bayaran permit untuk membalak. Setiap isi rumah dikehendaki membayar 2 dolar sebagai cukai kelamin.

d)Mencabuli Adat Resam

Birch dibenci oleh sultan dan pembesar-pembesar Perak apabila beliau mengharamkan amalan perhambaan yang menjadi adat resam Melayu. Birch sengaja menimbulkan permusuhan apabila menyimpan hamba-hamba perempuan di rumahnya.

Peristiwa Penentangan

(8)

Raja Abdullah , Raja Ismail dan Dato’Maharaja Lela telah bermesyuarat di Durian Sebatang. Mereka mengambil keputusan untuk membunuh Birch . Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya Dato’ Sagor , Pandak Indut Sepuntum menawarkan diri untuk membunuhnya . Mereka berazam menghalau British keluar dari bumi Perak . Pada 2 November 1875 , Birch dan rombongan tiba di Pasir Salak untuk menyebarkan surat pengisytiharan mengambil hak memungut cukai oleh British. Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya mengambil kesempatan itu untuk membunuh Birch . Pembunuhan Birch menyebabkan British menyerang Pasir Salak. Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor memimpin perjuangan mempertahankan Pasir Salak . Pasukan British dikalahkan dan Kapten Innes terkorban . Pertempuran ini dikenali sebagai “Perang Perak” dan berlaku hampir setengah tahun .

Pada 7 November 1875 , pertempuran berlaku di Bandar Tua . Pejuang Perak akhirnya dikalahkan setelah British dibantu oleh tentera dari India dan

(9)

Hong Kong .

Kesan Penentangan

Pada tahun 1877 , Dato’ Maharaja Lela , Dato’ Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum dihukum gantung sampai mati di Matang , Perak . Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles di Lautan Hindi . Raja Ismail dibuang negeri ke Johor . British tegas menghapuskan kebangkitan di Perak menunjukkan keangkuhannya sebagai kuasa penjajah. Dato’ Maharaja Lela menjadi simbol kepahlawanan orang Melayu.

(10)

Latar Belakang

Nama sebenarnya Abdul Rahman Bin Imam Noh. Dianugerahi gelaran Orang Kaya Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan. Diberikan anugerah kerana kegagahan dan keberanian beliau dalam perang saudara di Pahang dan Perang Klang di Selangor. Dilantik sebagai pembesar Temerloh setelah kematian Orang Kaya Indera Segera. Dato’ Bahaman tidak mengiktiraf pemerintahan British di Pahang.

(11)

(a) Hilang Hak Mengutip Cukai

Dato’ Bahaman menentang tindakan British melantik E.A.Wise sebagai pengawai majistret dan pemungut hasil di daerah Temerloh. Dato’ Bahaman dilarang mengutik cukai di daerah kekuasaannya iaitu di Temerloh.

(b) Pembinaan Balai Polis

Pegawai British iaitu E.A.Wise mendirikan balai polis di Lubuk Terua tanpa berunding terlebih dahulu dengan Dato’Bahaman. Konflik antara kedua-duanya menjadi lebih serius. Dato’ Bahaman menganggap tindakan British sebagai menceroboh kawasan serta mengancam kedudukannya.

(c) Perlucutan Gelaran

Hugh Cliffod menganggap Dato’ Bahaman sebagai penderhaka kerana enggan mematuhi arahan British.

British memaksa Sultan Ahmah melucutkan gelaran Dato’Setia Perkasa Pahlawan Semantan. Tindakan

British memalukan Dato’Bahaman dan beliau bersumpah menghalau keluar British dari Pahang.

(12)

Pada 16 Disember 1891 , British menangkap 3 orang pengikut Dato’ Bahaman kerana mengutip hasil hutan tanpa kebenaran . Tindakan British itu menyebabkan Dato’ Bahaman dan pengikutnya menyerang Balai Polis Lubuk Terua . Peristiwa ini mencetuskan peperangan. Pada 26 Disember 1891 , Hugh Clifford mengetuai pasukan 200 orang tentera untuk menawan semula Lubuk Terua tetapi tewas dalam pertempuran di Kelubi. Hugh Clifford berundur dan meminta bantuan daripada Singapura. Pada Januari 1892, British memaksa Sultan Wan Ahmad menamatkan kebangkitan rakyat Pahang. Pasukan tentera dinamakan “Gerakan Sultan” yang disertai oleh J.P.Rodger ditumbuhkan. British membekalkan 200 pucuk senapang dan 1000 butir peluru. Sultan Wan Ahmad dilantik mengetuai gerakan ini dan berjaya menawan 11 kubu Dato’Bahaman di Bentong Pada Mac 1892 , British sekali lagi menyerang Lubuh Terua. Pejuang Pahang berundur ke Kelantan dan Terengganu . Di Terengganu , Ulama Tok Ku Palah menyemarakkan semagat pejuang Pahang berjihad

(13)

menentang British. Pada 14 Jun 1894, Dato’ Bahaman dan 100 orang pengikutnya menawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai . British bertindak balas menghantar Kolobel Walker untuk menawan semula Jeram Ampai. Dato’Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan. Pengunduran ini menandakan berakhirnya perang menentang British di Pahang.

Kesan Penentangan

Dato’ Bahaman dan pengikutnya memperlihatkan keberanian menentang British . Kedudukan British di Pahang tergugat dengan semangat patriotisme oleh pahlawan Pahang. Kebangkitan ini berlansung selama 4 tahun iaitu dari 1891-1894 . British terpaksa menanggung hutang yang banyak. Sultan Wan Ahmad dipaksa oleh British membayar 7200 dolar setahun bagi menyelesaikan hutang tersebut.

(14)

Mat Salleh Menyanggah SBUB

Latar Belakang

Nama sebenar Dato Mohammad Salleh Bin Dato Batu. Dilahirkan di Inanam dan menjadi pemerintah Sungai Sugut. Berketurunan Bajau dan Suluk. Mewarisi sifat kepahlawanan dan keberanian berperang. Kebangkitan Mat Salleh merupakan kebangkitan paling besar dalam sejarah penentangan di Sabah.

(15)

Faktor Penentangan (a) Perjuang Jihad

Kebangkitan berpunca daripada semangat perjuangan jihad orang Sulu menentang Sepanyol di selatan Filipina .

(b) Peraturan Yang Membebankan

SBUB memperkenalkan peraturan baru di Sabah seperti amalan buruh paksa , cukai beras dan lesen perahu yang membebankan rakyat .

(c) Percubaan Berunding Gagal

Pada Ogas 1895, Mat Salleh dan pembesar tempatan ke Sandakan untuk menemui Gabenor Beaufort, C.V.Creagh. Tujuan untuk berunding tentang masalah cukai dan tindakan kekerasan pegawai SBUB terhadap penduduk tempatan. Mat Salleh dan pembesar-pembesar tidak dilayan dan setelah menunggu selama 10 hari beliau meninggalkan Sandakan.

(16)

(d) Perkampungan Dibakar

Gabenor Beaufort menganggap Mat Salleh mengancam kepentingan SBUB. SBUB bertindak membakar dan memusnahkan kampung Mat Salleh SBUB menawarkan hadiah 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Salleh.

Peristiwa Penentangan

Pada Julai 1897, Mat Salleh mendirikan kubu di Ranau dan membakar Pulau Gaya. Pada November

1897, Mat Salleh menyerang Ambong. William Cowie, Pengarah Urusan SBUB tidak berupaya mengalahkan Mat Salleh lalumenawankan perdamaian dan pengampunan kepadanya. Pada April 1898, rundingan diadakan antara Mat Salleh dengan Cowie di Menggatal. Mat Salleh dan pengikut diberi pengampunan. Penduduk Inanam yang melarikan diri semasa kekacauan dibenarkan kembali semula. Mat Salleh dibenarkan mentadbir daerah Tambunan. Mat Salleh diminta melaporkan pengerakannya kepada SBUB. SBUB tidak menepati janji sebaliknya pada tahun 1899 SBUB

(17)

mengambil alih pentadbiran di Tambunan . Mat Salleh berasa tertipu dan meneruskan penentangan dengan menbina kubu di Kampung Teboh, Tambunan. SBUB menyerang kubu Mat Salleh secara besar-besaran. Pada Januari 1900, SBUB berjaya menewaskan Mat Salleh. Mat Salleh terkorban.

Kesan Penentangan

Perjuang diteruskan oleh pengikut Mat Salleh seperti Mat Setor dan Kamunta. Pada Julai 1902, British berjaya menamatkan kebangkitan Mat Salleh di Sabah sepenuhnya.

(18)

Tok Janggut Pejuang Jihad

Latar Belakang

Nama sebenar Haji Mat Hassan Bin Munas. Dikenali sebagai Tok Janggut kerana beliau menyimpan janggut hingga ke paras dada. Dilahirkan pada tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan. Mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Makkah. Mahir dalam ilmu persilatan. Menetap di Kampung Nering, Kelantan. Bekerja sebagai petani dan peniaga.

Faktor Penentangana)Peraturan Tanah

Tok Janggut menentang peraturan cukai pada tahun 1915 yang mewajibkan petani membayar cukai tanah.

b)Pengenalan Cukai Yang Membebankan Petani dikehendaki membayar cukai seperti :

• Cukai pokok kelapa berbuah sebanyak 3 sen sepokok

(19)

• Sirih 5 sen sejunjung

• Kerbau dan lembu sebanyak 20 sen seekor

Peraturan ini membebankan rakyat. (c)Perasaan anti-British

Sentimen anti - British meningkat apabila Britain menyerang Kerajaan Turki Uthmaniyah semasa Perang Dunia Pertama pada tahun 1914. Kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam di seluruh dunia berjihad menentang penjajah barat. Tok Janggut menyahut seruan menentang British di Pasir Puteh.

d)Pembayaran Cukai Yang Menyusuhkan

Penduduk tempatan menghadapi masalah membayar cukai kerana pejabat bayaran cukai terletak jauh di bandar. Tok Janggut telah beberapa kali pergi untuk membayar cukai tetapi gagal. Mereka yang gagal membayar cukai akan ditangkap dan didenda. Penduduk tempatan marah kepada British kerana sikap biadab pegawai British .

(20)

Peristiwa Penentangan

Pada 28 April 1915, Pegawai Daerah Puteh menghantar Sarjan Che Wan untuk menangkap Tok Janggut kerana gagal membayar cukai. Perbalahan berlaku menyebabkan Sarjan Che Wan mati ditikam oleh Tok Janggut. Pada 29 April 1915, Tok Janggut, Engku Besar Jeram, Penghulu Adam dan Che Sahak Merbol mengetuai angkatan melancarkan serangan ke atas Pasir Puteh. Mereka menduduki Pasir Puteh selama 3 hari dan mengisytiharkan Pasir Puteh bebas daripada ancaman British. Engku Besar Jeram iaitu Tuan Ahmad dilantik sebagai Raja Pasir Puteh. Tok Janggut sebagai Perdana Menteri. Pada 9 Mei 1915, British menawarkan hadiah sebanyak 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut dan pemimpin kanannya. Pada 23 Mei 1915, British membakar rumah Tok Janggut dan pengikutnya kerana enggan menyerah diri. Tok Janggut bertindak balas menyerang Pasir Puteh. Pada 24 Mei 1915, British menyerang Tok Janggut yang berkubu di Kampung Dalam Pupuh, Saring. Tok

(21)

Janggut terkorban. Mayat Tok Janggut diarak ke Pasir Puteh dan Kota Bharu kemudian digantung songsang di Padang Balai Besar, Kota Bharu selama 4 jam. Kemudian beliau dikebumikan di Pasir Puteh.

Kesan Penentangan

Tok Janggut dan rakan-rakan terkorban sebagai pahlawan yang menentang kuasa penjajahan Barat. Semangat perjuangan mereka membanggakan kita walaupun tewas di tangan British.

(22)

Rumusan

Dalam bab ini , saya telah mengetahui bahawa penjajahan menyebabkan penderitaan dan penghinaan. Kekayaan tanah air telah dibolot oleh penjajah dan penduduknya pula ditindas. Demi mengembalikan maruah bangsa dan kedaulatan negara, pahlawan tanah air telah berjuang bersama -sama rakyat tempatan untuk menentang penjajah, tetapi British telah menggunakan tipu helah, kekuatan tentera dan menguatkuasakan undang-undang untuk melumpuhkan perjuangan mereka. Pejuang-pejuang negara dijatuhi hukuman mati, dibuang negara, dipenjara, harta benda dirampas dan perkampungan mereka dibakar. British juga mengisytiharkan pejuang tanah air sebagai pemberontak dan penderhaka. Walaupun mereka gagal, namun semangat dan keberanian mereka amat dikagumi dan menjadi inspirasi kepada pejuang seterusnya. Penjajahan British telah meninggalkan kesan yang pahit kepada seluruh rakyat.

(23)

Belajarlah daripada sejarah, jika kita lupa dan leka kita akan dijajah semula. Oleh itu, untuk kekal menjadi bangsa yang bermaruah dan negara yang berdaulat adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membina jati diri serta memperkasa bangsa dan negara.

(24)

Rujukan

• Buku Teks Sejarah Tingkatan 2

• Buku Rujukan Sejarah

Referensi

Dokumen terkait