• Tidak ada hasil yang ditemukan

Folio Geografi Tingkatan 2 (2011) - Petempatan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Folio Geografi Tingkatan 2 (2011) - Petempatan"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

KAJIAN LUAR GEOGRAFI TINGKATAN 2

Tajuk: Petempatan dan Perkembangan di Kampung

Kastam, Butterworth, Pulau Pinang.

Nama : Farid Danial Mohd Zaini Tingkatan : 2 Alpha

Guru Penilai : Cik Nor Syidawati binti Mat Kamil

Bil

Aspek

Markah

Penuh

Markah

Diperoleh

1 Tajuk kajian 1 2 Senarai kandungan 1 3 Penghargaan 2 4 Pendahuluan 2 5 Objektif kajian 2 6 Kawasan kajian 8 7 Kaedah kajian 2 8 Dapatan kajian 25 9 Rumusan 2 10 Lampiran 2 11 Rujukan 2 12 Penilaian umum 1 Jumlah Markah 50

Kod Tahap Pencapaian

………. (Tandatangan Guru)

(2)

2.0 Senarai Kandungan

Bil

Isi kandungan

Muka surat

1

Tajuk

1

2

Senarai Kandungan

2

3

Penghargaan

3

4

Pendahuluan

4

5

Objektif Kajian

5

6

Kawasan Kajian

6

7

Kaedah Kajian

9

8

Dapatan Kajian

10

9

Rumusan

15

10

Lampiran

16

11

Rujukan

21

(3)

3.0 Penghargaan

Syukur Alhamdulillah kehadrat Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dariNya, maka saya telah dapat menyiapkan folio Kajian Luar Geografi Tingkatan 2 dengan jayanya. InsyaAllah, tugasan kerja kursus ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian dan di masa hadapan.

Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Pengetua iaitu Pn. Hjh. Calsom bt. Ibrahim dan guru pembimbing saya iaitu Cik Nor Syidawati bt. Mat Kamil dan En. Zainol Ibrahim kerana tidak jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar tentang cara-cara membuat kajian mengikut kriteria yang ditetapkan. Mereka turut membantu menyemak data, laporan dan membuat teguran agar memperoleh hasil kajian dengan cemerlang.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu ayahanda Mohd Zaini b. Jaafar dan bonda Faridah bt. Mohd yang turut membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan kerja kursus ini memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran dan wang ringgit.

Terima kasih juga diucapkan kepada adik saya serta rakan-rakan saya yang sangat setia dengan kerja-kerja yang diberikan dan mempunyai semangat setia kawan yang utuh dalam memberikan buah fikiran dan semangat, cadangan serta rujukan di beberapa kawasan kajian.

Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada penduduk di Kampung Kastam kerana banyak membantu saya dengan memberi pelbagai maklumat terkini tentang keadaan petempatan di kawasan ini.

Sekian, terima kasih. Salam hormat dari saya,

(4)

4.0 Pendahuluan

i)

Nama Kawasan Kajian

Saya membuat kajian di kawasan Kampung Kastam, Butterworth, Pulau Pinang.

ii)

Mengapa Kawasan Kajian Ini Dipilih

Kawasan kajian ini dipilih oleh saya atas sebab-sebab berikut: a) Kawasan Kampung Kastam dipilih kerana terdapat pelbagai

perkembangan dan masalah petempatan.

b) Kawasan ini berhampiran dengan tempat saya tinggal bagi memudahkan kerja-kerja kajian yang perlu saya buat.

c) Kos kajian murah kerana saya tidak perlu menaiki bas atau teksi untuk pergi ke kawasan kajian. Sebaliknya, saya cuma pergi menaiki basikal atau berjalan kaki

d) Keluasan kawasan Kampung Kastam yang kecil turut memudahkan kerja-kerja kajian.

iii)

Tempoh Masa Kajian Dijalankan

Tempoh masa yang diberikan oleh guru ialah selama 1 bulan 1 minggu iaitu dari 23/9/2011 hingga 30/9/2011.

(5)

5.0 Objektif Kajian

Objektif utama kajian ialah:

i) Untuk mengenal pasti jenis dan pola petempatan.

ii) Fungsi-fungsi petempatan.

iii) Faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan. iv) Masalah petempatan

(6)

6.0 Kawasan Kajian

i) Latar belakang kawasan

kajian:-Kampung Kastam terletak kira-kira 5 Kilometer ke utara pusat bandar Butterworth. Kawasan ini juga terletak kira-kira 500 meter dari

Mahkamah Butterworth. Di Kampung Kastam terdapat sebuah sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Kastam. ii) Lokasi kawasan

kajian:-Disekitar Kampung Kastam kerana berada berdekatan dengan rumah. Saya boleh berjalan kaki atau menaiki basikal.

iii) Jarak dari

(7)

6.1 Peta

kajian:-i) Peta

(8)

ii) Peta kawasan

(9)

7.0 Kaedah Kajian

Saya menggunakan kaedah-kaedah kajian berikut : a) Pemerhatian:

- Meninjau dan memerhati masalah petempatan.

- Kaedah ini penting untuk melihat apa yang ada di kawasan kajian seperti masalah-masalah petempatan. Pemerhatian dibuat dengan cara membuat tinjauan dan penglihatan kawasan kajian.

b) Rujukan:

- Internet untuk mendapat maklumat-maklumat yang berkaitan seperti peta daerah dan peta kajian.

- Kaedah rujukan ialah dengan melayari Internet untuk mencari maklumat tentang kawasan petempatan.

- Buku teks digunakan untuk rujukan untuk membuat folio ini melalui contoh-contoh yang diberi.

c) Temubual:

- Kaedah temubual digunakan untuk berbincang mengenai hal-hal petempatan dengan penduduk sekitar Kampung Kastam.

- Borang temubual dijadikan sebagai panduan perjalanan temubual.

(10)

8.0 Dapatan Kajian

i) Jenis dan pola

petempatan:-- Petempatan di kawasan Kampung Kastam terletak di bandar.

- Pola petempatan di kawasan Kampung Kastam ialah berpusat. Di petempatan berpusat, susun atur rumah-rumah bertumpu di sekeliling pusat tumpuan penduduk. Pusat Perniagaan dan sekolah menjadi tumpuan kepada petempatan Kampung Kastam. ii) Faktor yang mempengaruhi

petempatan:-- Kegiatan

ekonomi:-Petempatan dipengaruhi oleh kegiatan ekonomi. Antara kegiatan ekonomi yang terdapat di kawasan petempatan ini

ialah:-a) Perkhidmatan

Perkhidmatan Kastam dan perkhidmatan bekalan elektrik sangat penting di daerah-daerah Seberang Perai. Ini ialah kerana di sini terdapat pelabuhan dan pelbagai jenis industri. Jabatan Kastam dan Tenaga Nasional Berhad membina kawasan perumahan di Kampung Kastam untuk menempatkan pekerja mereka. b) Perniagaan

Petempatan ini juga mempunyai taman-taman perumahan awam seperti Taman Riang. Oleh kerana petempatan ini padat dengan penduduk, terdapat pusat komersil untuk menjalankan pelbagai jenis perniagaan di petempatan ini. Perniagaan-perniagaan yang di jalankan termasuk restoran, kedai runcit, worksyop kenderaan, kedai pakaian dan sebagainya.

(11)

bumi:-Petempatan juga dipengaruhi oleh bentuk muka bumi. Bentuk muka bumi di kawasan petempatan Kampung Kastam ialah tanah pamah yang berhampiran dengan laut. Petempatan boleh

dibangunkan dengan mudah.

-

Sosial/budaya:-Sosial/budaya juga mempengaruhi petempatan. Kebanyakan penduduk di Kuarters Jabatan Kastam dan Tenaga Nasioanl Berhad adalah kakitangan jabatan kerajaan yang berbangsa Melayu. Majoriti penduduk Taman Riang pula berbangsa Cina dan India. Kebanyakan mereka adalah ahli perniagaan.

Petempatan ini mempunyai penduduk pelbagai bangsa yang mengamalkan pelbagai kegiatan sosial dan budaya berasaskan kepada keturunan mereka.

iv) Fungsi

petempatan:-- Tempat

Kediaman:-Perumahan untuk kakitangan perkhidmatan dan perniagaan dan keluarga mereka

-

Pendidikan:-Terdapat sebuah sekolah di Kampung Kastam iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Kastam.

- Pengangkutan dan Perhubungan

Terdapat perhentian bas berdekatan iaitu di hadapan Jabatan Pertahanan Awam.

-

Perniagaan:-Terdapat beberapa kedai, gerai dan restoran berdekatan petempatan Kampung Kastam.

(12)

b) Mini Market (kedai runcit) c) Restoran Zamruud (restoran) d) Big A café (restoran)

e) Mamee Tom Yam (restoran) f) Delima (kedai serbaneka)

g) Aireel burger (gerai) dan lain-lain.

-

Perkhidmatan:-Terdapat sebuah mahkamah berdekatan dengan Kampung Kastam.

iv) Masalah

-

Pencemaran:-Kawasan petempatan Kampung Kastam mempunyai masalah pencemaran udara. Contohnya, pencemaran bau yang dihasilkan daripada asap kilang kelapa sawit berdekatan.

- Kekurangan

infrastuktur:-Kawasan petempatan Kampung Kastam mempunyai masalah kekurangan infrastruktur.Contohnya, tiada telefon awam

disediakan untuk pelbagai tujuan atau semasa kecemasan seperti kes pecah rumah dan lain-lain.

- Masalah

keselamatan:-Masalah keselamatan merupakan salah satu masalah yang

dihadapi di petempatan ini. Contohnya, banyak kes pecah rumah kerana tiada pengawal untuk menjaga dan meronda.

- Masalah

social:-Masalah sosial juga merupakan masalah yang dihadapi di petempatan ini. Terdapat segelintir murid-murid sekolah yang sudah terlibat dengan gejala merokok dan gejala buli.

(13)

v) Langkah mengurangkan masalah

petempatan:--

Pencemaran:-Menasihati pekerja kilang tersebut supaya meletakkan alat penapis cerobong asap kilang tersebut. Penapis tersebut akan menapis asap tersebut dan seterusnya dapat mengurangkan bau.

- Kekurangan

infrastruktur:-Meletakkan telefon awam di beberapa kawasan. Telefon awam tersebut boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti semasa kecemasan.

- Masalah

keselamatan:-Mengupah pengawal-pengawal yang bertanggungjawab untuk menjaga dan mengawal. Masalah keselamatan akan berkurangan dengan adanya pengawal-pengawal keselamatan ini.

- Masalah

sosial:-Menasihati atau mengambil tindakan terhadap murid sekolah yang terlibat dalam gejala merokok dan buli. Oleh itu, masalah ini akan berkurangan.

(14)

8.1 Bahan Grafik

Faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan

Kegiatan ekonomi Perkhidmatan

Perniagaa n

Bentuk muka bumi

Tanah pamah Sosial/budaya

Melayu, Cina dan India

(15)

9.0 Rumusan

Kajian yang telah dijalankan di Petempatan Kampung Kastam,

Butterworth, Pulau Pinang ini telah memberi pengalaman yang sangat berguna kepada saya. Kajian ini membolehkan saya mengenalpasti jenis dan pola petempatan yang terdapat di kawasan kajian saya. Selain daripada itu, saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan di kawasan kajian seperti bentuk muka bumi, kegiatan ekonomi dan sosial/budaya. Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan, saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas beberapa fungsi petempatan di kawasan kajian seperti pola petempatan mereka, fungsi petempatan mereka dan lain-lain lagi.

Sebagai cadangan, sediakanlah pengawal untuk mengurangkan kes pecah rumah.

(16)

10.0 Lampiran

(17)

Lampiran 2: Surat kebenaran guru SMK Dato’ Onn Butterworth, 13000 Bagan Ajam,

Butterworth,

Pulau Pinang.

___ KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN 29 SEPTEMBER 2011. Tuan,

Kajian Luar Geografi Tempatan Tingkatan Dua Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Farid Danial b. Mohd Zaini (No. K/P 970707-11-5045) adalah murid SMK Dato’ Onn Butterworth, Pulau Pinang. Murid ini dikehendaki menjalankan kajian untuk memenuhi kehendak Sukatan Pelajaran Geografi KBSM di Tingkatan 2.

3. Pihak sekolah ingin meminta jasa baik tuan untuk membenarkan murid ini menjalankan kajian yang berkenaan daripada pihak tuan.

Sekian terima kasih. Yang benar,

(Nor Syidawati bt. Mat Kamil) Guru Matapelajaran Geografi, SMK Dato’ Onn Butterworth

(18)

Lampiran 3: Surat kebenaran Ibu Bapa Mohd Zaini b. Jaafar,

4913, Jalan Kampung Kastam, 12300 Bagan Jermal,

Butterworth, Pulau Pinang.

Pengetua,

SMK Dato’ Onn Butterworth, 13000 Bagan Ajam,

Butterworth,

Pulau Pinang. 29 SEPTEMBER 2011. Tuan,

Menjalankan Kerja-kerja Kajian

Merujuk perkara di atas, saya Mohd Zaini b. Jaafar, membenarkan anak saya Farid Danial daripada tingkatan 2 Alpha, untuk menjalankan kerja-kerja kajian bagi memenuhi Sukatan Pelajaran Geografi Tingkatan Dua.

2. Saya faham semasa menjalankan kerja-kerja kajian ini, saya tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap pihak sekolah.

Sekian terima kasih. Yang benar,

(Mohd Zaini b. Jaafar)

(19)

Lampiran 4: Borang temu bual penduduk Petempatan Kampung Kastam Tujuan Kajian :

Nama Responden :

Jantina : Lelaki Perempuan Umur: tahun Tempat bekerja : Tempat tinggal : Jenis tempat tinggal : Rumah sendiri Kuarters Sewa

Sebab utama memilih petempatan:-Murah

Keselamatan

Berdekatan dengan tempat kerja Keselesaan

(20)

Lampiran 5: Surat Penghargaan SMK Dato’ Onn Butterworth, 13000 Bagan Ajam,

Butterworth, Pulau Pinang.

_____________________________________________________________________ Pengerusi,

Jawatankuasa Persatuan Penduduk Kampung Kastam, Jalan Kampung Kastam,

12300 Bagan Jermal, Butterworth,

Pulau Pinang 29 SEPTEMBER 2011. Penghargaan Keatas Kerjasama Semasa Program Temu Bual

Saya merujuk kepada perkara diatas dan program temu bual yang telah saya jalankan tempoh hari.

2. Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Pengerusi dan para penduduk Kampung Kastam yang telah memberikan kerjasama kepada saya semasa saya menjalankan program temubual tersebut.

Sekian terima kasih, Yang benar,

(21)

11.0 Rujukan

i) Laman maps.google.com.my www.scribd.com/doc/3878177/kerja-kursus-Geografi-2008 http://www.scribd.com/doc/17890378/kerja-khusus-aku http://spu.penang.gov.my/images/stories/peta/petalokasi.jpg http://www.scribd.com/doc/17890378/kerja-khusus-aku http://ppkljpbd.tripod.com/petempatan.html

ii) Buku Teks Geografi Tingkatan

2:-Haji Abdul Aziz bin Abdul Rahman, Lim Jin Choon, Ratnam Karuppiah Servai. 2003. Buku Teks Tingkatan 2. Kuala Lumpur. Pencetakan Rina Sdn. Bhd.

Referensi

Dokumen terkait

Dan tidak lupa kami mengucapkan banyak terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu terselesainya program kerja PAUD ini...

Tak lupa kami mengucapkan terima kasih kepada seluruh pihak yang telah membantu dalam pembuatan diktat ini khususnya kepada Bapak Bu Bondan yang telah memberikan izin,

Pada 28 April 1915, Pegawai Daerah Puteh menghantar Sarjan Che Wan untuk menangkap Tok Janggut kerana gagal membayar cukai. Perbalahan berlaku menyebabkan Sarjan

• Pada 28 April 1915 , Pegawai Daerah Puteh menghantar Sarjan Che Wan untuk menangkap Tok Janggut kerana gagal membayar cukai. • Perbalahan berlaku menyebabkan Sarjan Che Wan

Tuliskan contoh ucapan terima kasih pada temanmu yang telah membantu.. Mengapa kita harus mengucapkan

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada suami, anak serta ahli keluarga saya yang banyak memberi sokongan serta menjadi

Pada kesempatan ini, penulis mengucapkan banyak terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah membantu secara moril dan materil sehingga penulis

Untuk itu, penulis mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada berbagai pihak yang telah membantu, baik secara langsung maupun tidak langsung, khususnya disampaikan kepada: