• Tidak ada hasil yang ditemukan

Folio Sejarah Tingkatan 2

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Folio Sejarah Tingkatan 2"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

TINGKATAN 2

Tajuk:Perjuangan Tempatan

Mengembalikan Kedaulatan Bangsa

Nama:Lo Shyhfong

Kelas:2C

(2)

ISI KANDUNGAN

Bil Tajuk m/s

1. Perhargaan 1

2. Objektif Kajian 2

3. Kaedah Kajian 3

4. 7.5:Dato Maharaja Lela

Perjuang Kebanggaan Perak

-Latar Belakang

4

-Faktor Penentangan 5

-Peristiwa Penentangan 6

-Kesan Penentangan 7

5. 7.7:Dato’Bahaman

Pahlawan Pahang

-Latar Belakang 8

-Faktor Penentangan 9

-Peristiwa Penentangan 10

-Kesan Penentangan 11

6. 7.8:Mat Salleh

Menyanggah SBUB

-Latar Belakang 12

-Faktor Penentangan 13

-Peristiwa Penentangan 14

-Kesan Penentangan 15

7. 7.10:Tok Janggut Pejuang Jihad

-Latar Belakang 16

-Faktor Penentangan 17

-Peristiwa Penentangan 18

-Kesan Penentangan 19

8. Rujukan 20

9. Rumusan 21

Penghargaan

(3)

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan

terima kasih kepada:

(a)

Pihak sekolah yang memberi palbagai bantuan serta

kabenaran untuk menjalankan kajian Sejarah ini.

(b)

Puan Choo Mee Foong guru sejarah kelas saya yang telah

banyak memberi panduan , nasihat serta bimbingan sepanjang

masa kajian dijalankan.

(c)

Ibu bapa tersayang yang telah memberi banyak prihatin dan

semangat kepada saya bagi menyempurnakan kajian ini.

(d)

Rakan-rakan kelas saya yang telah memberi kerjaasama serta

sumbangan semasa kajian dijalankan.

Akhirnya , saya semoga mereka dapat berjaya dalam segala

lapangan yang diceburi.

○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 1

(4)

Objektif utama kajian ini adalah untuk memenuhi keperluan

sukatan mata pelajaran Sejarah Tingkatan Dua . Antara objektif kajian

yang ingin dicapai ialah :

(a)

Mengetahui peristiwa-peristiwa penting semasa penjajahan.

(b)

Mengetahui bahawa penjajahan menyebabkanpenderitaan dan

penghinaan.

(c)

Memahami dan menyedari sebab-sebab penentangan dan

kesan-kesannya.

(d)

Menjadikan iktibar dan pengajaran sebagai pandu masa kini

dan masa hadapan.

(e)

Mempelajari semagat patriotisma serta bangga akan negara

sendiri mereka yang mengembalikan maruah bangsa dan

kedaulatan negara , pahlawan tanah air telah berjuang

bersama-sama rakyat tempatan untuk menentang penjajah.

○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 2

(5)

Kaedah kajian yang saya guna untuk menyiapkan kerja kursus

ini , saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapat serta

menganalisis maklumat , iaitu:

(a)

Rujukan Buku Teks

-Saya merujuk kepada buku teks mengaji dan meneliti serta

mencatatkan isu-isu dan gambar-gambar yang diperlukan .

(b) Kaedah Perbincangan

-Saya berbincang dengan guru sajarah dan kawan-kawan baik

saya bagi menyiapkan kerja kursus ini.

(c)

Kaedah Kerja Kumpulan

-Saya dan kawan-kawan menyiapkan kerja kursus ini

bersama-sama . Kami bertukar maklumat fikiran dan idea yang berguna .

(6)

7.5

Dato’ Maharaja Lela Pejuang

Kebanggan Perak

Gambar pelukis menunjukkan Dato’ maharaja Lela.

Latar Belakang

-Dato Maharaja Lala ialah Orang Besar Berlapan Perak dan

penghulu di Pasir Salak.

-Pada November 1874 , Perak menerima Residen British iaitu

J.W.W. Birch hasil daripada Perjanjian Pangkor.

-Pelantikan itu menimbulkan konflik antara Brich , sultan dan

pembesar Perak yang mencetuskan kebangkitan di Pasir Salak.

(7)

FAKTOR PENENTANGAN

(a) Mengambil Hak Mengutip Cukai

-Pada 24 Julai 1875 , Birch memaksa Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharkan yang membolehkan British mengambil hak mengutip cukai. -Sultan Abdullah diugut akan diturunkan takhta jika enggan menandatangani. -Birch membakar rumah Raja Ngah Orang Besar Perak kerana meneruskan kutipan

cukai timah di Bidor.

(b) Mencabar Ketuanan Melayu

-Kemarahan sultan dan pemesar Perak memuncak.

-pada 2 Oktober 1875 , Sultan Abdullah didesak menandatangani perisytiharkan

penyerahan kuasa kepada British.

-Kuasa mentadbir negeri diserah kepada Residen.

-Residen berkuasa melantik hakim , mengurus kutipan cukai dan melantik penghulu.

(c) Memperkenalkan Cukai Baru -Birch bertindak sesuka hati.

-Birch memperkenalkan cukai baru seperti cukai padi , perahu , atap , senjatah dan bayaran permit untuk membalak.

-Setiap isi rumah dikehendaki membayar 2 dolar sebagai cukai kelamin.

(d) Mencabuli Adat Resam

-Birch dibenci oleh sultan dan pembesar-pembesar Perak apabila beliau mengharamkan amalan perhambaan yang menjadi adat resam Melayu.

-Birch sengaja menimbulkan permusuhan apabila menyimpan hamba-hamba perempuan di rumahnya.

(8)

PERISTIWA PENENTANGAN

• Raja Abdullah , Raja Ismail dan Dato’Maharaja Lela telah bermesyuarat di Durian Sebatang .

• Mereka mengambil keputusan untuk membunuh Birch .

• Dato’maharaja lela dan pengikutnya Dato’Sagor , Pandak Indut Sepuntum menawarkan diri untuk membunuhnya .

• Mereka berazam menghalau British keluar dari bumi Perak .

• Pada 2 November 1875 , Birch dan rombongan tiba di Pasir Salak untuk menyebarkan surat pengisytiharan mengambil hak memungut cukai oleh British .

• Dato’Maharaja Lela dan pengikutnya mengambil kesempatan itu untuk membunuh Birch .

• Pembunuhan Birch menyebabkan British menyerang Pasir Salak .

• Dato’Maharaja Lela dan Dato’Sagor memimpin perjuangan mempertahankan Pasir Salak .

• Pasukan british dikalahkan dan Kapten Innes terkorban .

• Pertempuran ini dikenali sebagai “Perang Perak” dan berlaku hampir setengah tahun .

• Pada 7 November 1875 , pertempuran berlaku di Bandar Tua .

• Pejuang Perak akhirnya dikalahkan setelah British dibantu oleh tentera dari India dan Hong Kong .

(9)

○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 6

KESAN PENENTANGAN

• Pada tahun 1877 , dato’maharaja lela , dato’sagor , pandak indut dan sepuntum dihukum gantung sampai mati di matang , perak .

• Sultan abdullah dan ngah ibrahim dibuang negeri ke pulau seychelles di lautan hindi .

• Raja ismail dibuang negeri ke johor .

• British tegas menghapuskan kebangkitan di perak menunjukkan keangkuhannya sebagai kuasa penjajah .

• Dato’maharaja lela menjadi simbol kepahlawanan orang melayu .

(10)

○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 7

7.7 DATO’ BAHAMAN PAHLAWAN

PAHANG

Gambar pelukis menunjukkan Dato’ Bahaman Pahlawan Pahang

LATAR BELAKANG

• Nama sebenarnya Abdul Rahman Bin Imam Noh.

• Dianugerahi gelaran Orang Kaya Dato’Setia perkasa pahlawan semantan.

• Diberikan anugerah kerana kegagahan dan keberanian beliau dalam perang saudara di Pahang dan Perang Klang di Selangor.

• Dilantik sebagai pembesar Temerloh setelah kematian Orang Kaya Indera Segera.

(11)

○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 8

FAJTOR PENENTANGAN

(a) Hilang Hak Mengutip Cukai

• Dato’Bahaman menentang tindakan British melantik E.A.Wise sebagai pengawai majistret dan pemungut hasil di daerah Temerloh.

• Dato’Bahaman dilarang mengutik cukai di daerah kekuasaannya iaitu di Temerloh.

(b) Pembinaan Balai Polis

• Pegawai British iaitu E.A.Wise mendirikan balai polis di Lubuk Terua tanpa berunding terlebih dahulu dengan Dato’Bahaman.

• Konflik antara kedua-duanya menjadi lebih serius.

• Dato’Bahaman menganggap tindakan British sebagai menceroboh kawasan serta mengancam kedudukannya.

(c) Perlucutan Gelaran

• Hugh Cliffod menganggap Dato’Bahaman sebagai penderhaka kerana enggan mematuhi arahan British.

• British memaksa Sultan Ahmah melucutkan gelaran Dato’Setia Perkasa Pahlawan Semantan.

• Tindakan British memalukan Dato’Bahaman dan beliau bersumpah menghalau keluar British dari Pahang.

(12)

○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 9

PERISTIWA PENENTANGAN

• Pada 16 Disember 1891 , British menangkap 3 orang pengikut Dato’Bahaman kerana mengutip hasil hutan tanpa kebenaran .

• Tindakan British itu menyebabkan Dato’Bahaman dan pengikutnya menyerang Balai Polis Lubuk Terua .

• Peristiwa ini mencetuskan perang .

• Pada 26 Disember 1891 , Hugh Clifford mengetuai pasukan 200 orang tentera untuk menawan semula Lubuk Terua tetapi tewas dalam

pertempuran di Kelubi .

• Hugh Clifford berundur dan meminta bantuan daripada Singapura .

• Pada Januari 1892 , British memaksa Sultan Wan Ahmad menamatkan kebangkitan rakyat Pahang .

• Pasukan tentera dinamakan “Gerakan Sultan” yang disertai oleh J.P.Rodger ditumbuhkan .

• British membekalkan 200 pucuk senapang dan 1000 butir peluru .

• Sultan Wan Ahmad dilantik mengetuai gerakan ini dan berjaya menawan 11 kubu Dato’Bahaman di Bentong .

• Pada Mac 1892 , British sekali lagi menyerang Lubuh Terua .

• Pejuang Pahang berundur ke Kelantan dan Terengganu .

• Di Terengganu , Ulama Tok Ku Palah menyemarakkan semagat pejuang Pahang berjihad menentang British .

• Pada 14 Jun 1894 , Dato’Bahaman dan 100 orang pengikutnya menawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai .

• British bertindak balas menghantar Kolobel Walker untuk menawan semula Jeram Ampai .

• Dato’Bahaman , Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan .

• Pengunduran ini menandakan berakhirnya perang menentang British di Pahang.

(13)

KESAN PENENTANGAN

• Dato’bahaman dan pengikutnya memperlihatkan keberanian menentang British .

• Kedudukan British di Pahang tergugat dengan semangat patriotisme oleh pahlawan Pahang .

• Kebangkitan ini berlansung selama 4 tahun iaitu dari 1891-1894 .

• British terpaksa menanggung hutang yang banyak .

• Sultan Wan Ahmad dipaksa oleh British membayar 7200 dolar setahun bagi menyelesaikan hutang tersebut.

PETA:Kawansan berlakunya kebangkitan di Pahang.

(14)

7.8

MAT SALLEH MENYANGGAH

SBUB

Gambar pelukis menunjukkan Mat Salleh LATAR BELAKANG

• Nama sebenar Dato Mohammad Salleh Bin Dato Batu .

• Dilahirkan di Inanam dan menjadi pemerintah Sungai Sugut .

• Berketurunan Bajau dan Suluk .

• Mewarisi sifat kepahlawanan dan keberanian berperang .

• Kebangkitan Mat Salleh merupakan kebangkitan paling besar dalam sejarah penentangan di Sabah .

(15)

FAKTOR PENENTANGAN

(a) Perjuang Jihad

• Kebangkitan berpucar daripada semangat perjuang jihad orang Sulu menentangan Sepanyol di selatan Filipina .

(b) Peraturan Yang Membebankan

• SBUB memperkenalkan peraturan baru di Sabah seperti amalan buruh paksa , cukai beras dan lesen perahu yang membebankan rakyat .

(c) Percubaan Berunding Gagal

• Pada Ogas 1895 , Mat Salleh dan pembesar tempatan ke Sandakan untuk menemui Gabenor Beaufort , C.V.Creagh .

• Tujuan untuk berunding tentang masalah cukai dan tindakan kekerasan pegawai SBUB terhadap penduduk tempatan .

• Mat Salleh dan pembesar-pembesar tidak dilayan dan setelah menunggu selama 10 hari beliau meninggalkan Sandakan . (d) Perkampungan Dibakar

• Gabenor Beaufort menganggap Mat Salleh mengancam kepentingan SBUB .

• SBUB bertindak membakar dan memusnahkan kampung Mat Salleh .

• SBUB menawarkan hadiah 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Salleh .

(16)

○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 13

PERISTIWA PENENTANGAN

• Pada Julai 1897 , Mat Salleh mendirikan kubu di Ranau dan memakar Pulau Gaya .

• Pada November 1897 , Mat Salleh menyerang Ambong .

• William Cowie , Pengarah Urusan SBUB tidak berupaya mengalahkan Mat Salleh lalu menawankan perdamaian dan pengampunan kepadanya .

• Pada April 1898 , rundingan diadakan antara Mat Salleh dengan Cowie di menggatal .

• Mat Salleh dan pengikut diberi pengampunan .

• Penduduk Inanam yang melarikan diri semasa kekacauan dibenarkan kembali semula .

• Mat Salleh dibenarkan mentadbir daerah Tambunan .

• Mat Salleh diminta melaporkan pengerakannya kepada SBUB .

• SBUB tidak menepati janji sebaliknya pada tahun 1899 SBUB mengambil alih pentadbiran di Tambunan .

• Mat Salleh berasa tertipu dan meneruskan penentangan dengan menbina kubu di Kampung Teboh , Tambunan .

• SBUB menyerang kubu Mat Salleh secara besar-besaran .

• Pada Januari 1900 , SBUB berjaya menewaskan Mat Salleh .

• Mat Salleh terkorban .

(17)

○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 14

KESAN PENENTANGAN

• Perjuang diteruskan oleh pengikut Mat Salleh seperti Mat Setor dan Kamunta .

• Pada Julai 1902 , British berjaya menamatkan kebangkitan Mat Salleh di Sabah sepenuhnya.

(18)

○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 15

7.10 TOK JANGGUT

PEJUANG JIHAD

LATAR BELAKANG

• Nama sebenar haji mat hassan bin munas .

• Dikenali sebagai tok janggut kerana beliau menyimpan janggut hingga ke paras dada .

• Dilahirkan pada tahun 1853 di kampung jeram , pasir puteh , kelantan .

• Mendapat pendidikan pondok di kelantan dan makkah .

• Mahir dalam ilmu persilatan .

• Menetap di kampung nering , kelantan .

(19)

○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 16

FAKTOR PENENTANGAN

(a) Peraturan Tanah

• Tok Janggut menentang peraturan cukai pada tahun 1915 yang mewajidkan petani membayar cukai tanah .

(b) Pengenalan Cukai Yang Membebankan

• Petani dikehendaki membayar cukai seperti :

(1) Cukai pokok kelapa berbuah sebanyak 3 sen sepokok (2) Pokok pinang 1 sen sepokok

(3) Sirih 5 sen sejunjung .

(4) Kerbau dan lembu sebanyak 20 sen seekor .

• Peraturan ini membebankan rakyat

(c) Perasaan anti-British

• Sentimen anti-British meningkat apabila Britain menyerang Kerajaan Turki Uthmaniyah semasa Perang Dunia Pertama pada tahun 1914 .

• Kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam di seluruh dunia berjihad menentang penjajah barat .

• Tok Janggut menyahut seruan menentang British di Pasir Puteh .

(d) Pembayaran Cukai Yang Menyusuhkan

• Penduduk tempatan menghadapi masalah membayar cukai kerana pejabat bayaran cukai terletak jauh di bandar .

• Tok Janggut telah beberapa kali pergi untuk membayar cukai tetapi gagal .

(20)

• Penduduk tempatan marah kepada British kerana sikap biadab pegawai British .

○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 17

PERISTIWA PENENTANGAN

• Pada 28 April 1915 , Pegawai Daerah Puteh menghantar Sarjan Che Wan untuk menangkap Tok Janggut kerana gagal membayar cukai .

• Perbalahan berlaku menyebabkan Sarjan Che Wan mati ditikam oleh Tok Janggut .

• Pada 29 April 1915 , Tok Janggut , Engku Besar Jeram , Penghulu Adam dan Che Sahak Merbol mengetuai angkatan melancarkan serangan ke atas Pasir Puteh .

• Mereka menduduki Pasir Puteh selama 3 hari dan mengisytiharkan Pasir Puteh bebas daripada ancaman British .

• Engku Besar Jeram iaitu Tuan Ahmad dilantik sebagai Raja Pasir Puteh .

• Tok Janggut sebagai Perdana Menteri .

• Pada 9 Mei 1915 , British menawarkan hadiah sebanyak 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut dan pemimpin kanannya .

• Pada 23 Mei 1915 , British membakar rumah Tok Janggut dan pengikutnya kerana enggan menyerah diri .

• Tok Janggut bertindak balas menyerang Pasir Puteh .

• Pada 24 Mei 1915 , British menyerang Tok Janggut yang berkubu di Kampung Dalam Pupuh , Saring .

• Tok Janggut terkorban .

• Mayat Tok Janggut diarak ke Pasir Puteh dan Kota Bharu kemudian digantung songsang di Padang Balai Besar , Kota Bharu selama 4 jam .

(21)

○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 18

KESAN PENENTANGAN

• Tok Janggut dan rakan-rakan terkorban sebagai pahlawan yang menentang kuasa penjajah Barat .

• Semangat perjuangan mereka kebanggaan kita walaupun tewas di tangan British .

(22)

○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 19

RUJUKAN

Buku Teks Sejarah Tingkatan 2 .

Buku Rujukan Sejarah .

Nota yang diberi oleh guru .

(23)

○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 20

RUMUSAN

Dalam bab ini , saya telah mengetahui bahawa penjajahan menyebabkan penderitaan dan penghinaan . Kekayaan tanah air telah dibolot oleh pejajah dan penduduknya pula ditindas . Demi mengembalikan maruah bangsa dan

kedaulatan negara , pajlawan tanah air telah berjuang bersama-sama rakyat tempatan untuk menentang penjajah , tetapi British telah menggunakan tipu helah , kekuatan tentera dan menguatkuasakan undang-undang untuk

melumpuhkan perjuang mereka . Perjuang-perjuang negara dijatuhi hukuman mati , dibuang negara , dipenjarah , harta banda dirampas dan perkampungan mereka dibakar . British juga mengisytiharkan perjuang tanah air sebagai pemberontak dan penderhaka . Walaupun mereka gagal , namun semangat dan keberanian mereka amat dikagumi dan menjadi inspirasi kepada perjuang seterusnya . Perjajahan British telah meninggalkan kesan yang pahit kepada seluruh rakyat .

Belajarlah daripada sejarah , jika kita lupa dan leka kita akan dijajah

semula . Oleh itu , untuk kekal menjadi bangsa yang bermaruah dan negara yang berdaulat adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membina jati diri serta memperkasa bangsa dan negara .

(24)

○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 21

TAMAT

Gambar

Gambar pelukis menunjukkan Mat Salleh

Referensi

Dokumen terkait