• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kraf Tradisional : Tekat

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kraf Tradisional : Tekat"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

1 | K r a f T r a d i s i o n a l M e l a y u

Kraf Tradisional : Tekat

Pengenalan

1. Tekat tergolong dalam seni tekstil iaitu proses menyulam benang emas ke atas kain dasar iaitu kain baldu. Turut dikenali sebagai seni hias permukaan kain secara timbul atau suji timbul (tuji timbul) bagi kalangan pengusaha tekatan.

2. Suji juga sering dikaitkan dengan sulaman benang sutera. Sama ada ditekat, disulam atau disuji, ragam hiasnya semua dibentuk sama iaitu keadaannya yang timbul dari permukaan dasar kain kerana bahagian dalamnya diisi dengan mempulur.

3. Tuji mengikut Kamus Dewan adalah suatu perkataan lama bermaksud berulang-ulang , bertubi-tubi atau berturut-turut (melakukan sesuatu).

4. Di Perak, tekat biasanya dimonopoli oleh golongan istana. Raja Permaisuri Perak pada akhir abad ke-19 merupakan pereka bentuk tukang yang banyak menghasilkan reka bentuk tekat. Seni tekat telah dianggap sebagai hasil kraftangan, walaupun fungsinya terbatas dan kegunaannya terhad.

5. Motif tekat biasanya diilhamkan daripada flora yang terdapat di persekitaran kediaman masyarakat setempat. Antara motif yang sering digunakan ialah motif Pucuk Rebung, Daun Paku, Daun Bunga Padi, Daun Keladi, Daun Peria dan lain-lain lagi. Motif bunganya pula ialah Bunga Cengkih, Bunga Pecah Lima, Bunga Kekwa, Bunga Lawang dan sebagainya. Terdapat juga motif baru yang dicipta seperti Bunga Raya, Bunga Cempaka dan Bunga Lalang.

(2)

2 | K r a f T r a d i s i o n a l M e l a y u Bingkai pemidang Tali regang Kain putih diikatkan pada pemidang Kain baldu/irasan Batang pinang/kayu untuk membuat peregang kain Kaki pemidang Jenis-jenis Tekat

1. Tekat Timbul Bunga Emas

- Menggunakan mempulur sebagai alas untuk membentuk corak motif. - Sulaman benang emas akan menutupi mempulur di atas kain baldu. 2. Tekat Gubah

- Tidak menggunakan mempulur.

- Tukang tekat terus menyulam dan membentuk corak motif melalui benang merah yang dipanggil untina.

- Hiasan corak tekat gubah diiringi dengan labuci dan manik-manik. - Kain dasar tekat gubah menggunakan kain biasa.

Alatan Tekatan :

Antara alatan yang digunakan dalam proses Sulaman Tekat atau Suji Timbul ialah :

Bil Alat Penggunaan

1 Pemidang kayu  Terdapat dua jenis pemidang kayu iaitu berkaki dan tidak berkaki.

 Alat ini digunakan untuk tujuan meregang kain dan memudahkan tekatan.

 Penggunaan peregang akan memudahkan bahagian tepi kain digunting.

2 Cuban dan Benang Emas  Cuban dianggap sebagai jarum besar untuk melilit benang emas.

 Cuban diperbuat daripada buluh yang diraut, kayu bercabang, perak atau tanduk berukir.

 Cuban diperbuat daripada dua keratan buluh yang diikat dalam bentuk palang.

3 Irasan atau kain dasar  Merupakan kain yang dijadikan kain dasar tekatan atau sulaman.

 Kain baldu untuk tekatan dan kain kapas untuk sulaman.

4 Benang putih atau benang kapas

 Digunakan untuk mengetatkan kedudukan tekat benang emas pada mempulur.

 Benang ini tidak kelihatan di permukaan kain kerana benang ini seolah menyambut benang emas dan mengetatkan atau mengemaskan tekatan.

 Jarum digunakan bagi mengait dan mendapatkan jarak tekatan yang rapat.

5 Mempulur  Merupakan isi tekat yang bermotif.

 Biasanya dibuat daripada kertas tebal dan dipotong sehingga meninggalkan bentuk.

 Bentuk motif ini dilekatkan atas kain dasar tekat sebelum proses menyulam benang emas dimulakan.

Benang Emas / Perak

(3)

3 | K r a f T r a d i s i o n a l M e l a y u Proses Tekatan :

Bil Proses Penjelasan

1 Menyediakan mempulur  Menyediakan mempulur berdasarkan motif pilihan hasil kajian daripada sumber alam dengan melukis dan memotong kad tebal.

 Berfungsi sebagai rangka reka corak dan berperanan untuk mengukuh dan juga menimbulkan bentuk ragam hias, agar kelihatan menonjol keluar daripada latar (kain dasar).

2 Persiapan Pemidang  Pemidang terbahagi kepada dua, iaitu yang berkaki dan tanpa kaki.

 Tujuan pemidang untuk memegang dan meregang kain putih yang turut menjadi pinggir kain tekatan apabila kain baldu diletakkan di atasnya.

 Kain baldu seterusnya akan disembat kasar supaya lekat pada kain putih yang diregang.

Menyulam  Mempulur diletakkan dahulu di atas kain dasar.

 Kain dasar biasanya terdiri daripada kain baldu berwarna gelap seperti merah hati, biru tua, hijau tua atau ungu gelap.

 Pilihan warna ini adalah untuk menjadikan warna pada hasil tekatan yang berwarna emas atau perak tampak jelas dan bercahaya.

 Untuk menambah kilauannya, kadangkala labuci digunakan.

 Cuban yang dililitkan dengan benang emas akan merentasi bahagian batang mempulur.

 Kemudian benang emas tersebut akan ditindih dan diikat serta dijahit dengan benang putih.

 Benang putih harus melalui bahagian bawah

mempulur tanpa memperlihatkan kesan jahitan benang pada permukaan mempulur.

 Tiap kali merentas, benang-benang emas harus disusun rapat supaya batang mempulur tidak kelihatan.

 Dengan cara ini, sulaman benang emas akan lebih

Pemidang tekat Cuban / laola Langkah 1: Melakar motif Langkah 2: Memotong motif Langkah 3: Mengikis bahagian tepi mempulur Langkah 4:

Mempulur yang telah siap

(4)

4 | K r a f T r a d i s i o n a l M e l a y u

teratur dan kemas.

 Proses ini diulangi sehingga bentuk mempulur tertutup dengan sulaman.

 Bahagian penyambung biasanya ditutup dengan labuci atau manik, kecuali sambungan itu kemas dan tidak memerlukan bahagian itu ditutup.

Tokoh Tekat

1. Hajah Zainab Abu Bakar dari Kuala Sayong, Perak. 2. Puan Anatisah Bt Bilai Din dari Kuala Kangsar, Perak.

3. Hajah Zabedah Ibrahim dari Kampung Belanja Kiri, Parit, Perak.

Kemasan

1. Hasil hendaklah kemas.

2. Benang emas hendaklah menutupi mempulur dan rata. 3. Bahagian tepi dijahit.

Penjagaan

1. Selalu dibersihkan daripada habuk. 2. Tidak dijemur pada panas matahari. 3. Tidak dibasuh.

---

Sumber :

1. Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Visual KBSM.

2. Hassan Mohd Ghazali , Teks Kreatif Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4 & 5. 2007, Penerbitan Creative Enterprise Sdn Bhd.

3. Zailani Yaacob, Azimah A. Samah. Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4 & 5. 2004. Penerbitan Fajar Bakti Sdn Bhd.

(5)

5 | K r a f T r a d i s i o n a l M e l a y u

Kraf Tradisional : Ukiran Kayu

Pengenalan

1. Seni ukiran kayu merupakan kraf Melayu Tradisional.

2. Ukiran kayu tradisional dianggap sebagai hasil kreativiti orang Melayu termasuk dalam seni mukaddas.

3. Seni ukiran kayu yang unik ini diperlihatkan melalui ukkiran pada istana, masjid, rumah, makam, kepala sampan, perabot, senjata, dan peralatan kegunaan harian.

4. Seni ukiran Melayu tradisional melibatkan awan larat atau ragamhias yang khusus merujuk kepada flora dan fauna, kaligrafi jawi, kosmos dan bentuk geometri.

5. Kepekaan terhadap alam serta kejadiannya oleh Pencipta mendisiplinkan bila berkarya. Hasil pertukangan pada masa lampau mencerminkan pemikiran mereka. Ia dapat dilihat pada binaan seperti berikut:

-

Istana Kenangan, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.

-

Istana Balai Besar, Kedah.

-

Istana Tengku Nik (Muzium Induk Negeri Terengganu)

-

Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan.

-

Masjid Kampung Keling, Melaka.

-

Masjid Kampung Laut, Kota Bharu, Kelantan.

(6)

6 | K r a f T r a d i s i o n a l M e l a y u Jenis Ukiran

Terdapat 4 jenis ukiran;

Bil Jenis Ukiran Penerangan

1. Ukiran Layang - Ukiran ini dibuat daripada papan. - Bahagian latar corak tidak ditebuk. - Silat dibuat hanya pada corak.

2. Ukiran Tebuk Tembus - Berasal dari sekeping papan atau kepingan papan yang ditebuk sehingga tembus menggunakan gerudi gergaji supaya bentuk-bentuk bunga atau corak kelihatan.

- Ukiran jenis ini biasanya terbahagi kepada dua iaitu:

a. Papan Tebuk Bersilat b. Papan Tebuk Tanpa Silat

- Silat ialah istilah yang menunjukkan bahagian

corak yang timbul dan tenggelam serta bahagian tepi corak atau papan diukir keluar.

- Bagi ukiran tebuk silat, bahagian yang sepatutnya bertindih atau melengkung keluar akan

ditimbulkan.

- Bahagian yang melengkung ke dalam serta ditindih pula akan ditenggelamkan.

- Bagi ukiran tebuk tidak silat, coraknya tidak diukir keluar.

- Hanya kelihatan ruang kosong latar belakang sahaja untuk menampakkan corak. 3. Ukiran Bunga Timbul - Ukiran ini tidak tembus ke belakang.

- Ia mengandungi bunga ukir yang disilatkan dan tidak silat.

- Terdapat pada perabot, mimbar masjid, barang hiasan, hulu serta sampir senjata.

- Bunga ukirnya sama seperti ukiran tebuk. -

4. Ukiran Larik - Ukiran jenis ini berbentuk bulat dengan susunan gerlang-gerlang dan genting-gentat yang menarik. - Ukiran ini sering terdapat pada perabot, tongkat,

hulu senjata, gasing, tiang-tiang rumah, dan sebagainya.

Papan Tebuk Bersilat

(7)

7 | K r a f T r a d i s i o n a l M e l a y u Alat dan Bahan

Penggunaan alat dan bahan ukiran yang dinyatakan ada yang masih digunakan sejak zaman dahulu (tradisional) hingga zaman moden.

Alat Tradisional / Moden

Peralatan Kegunaan

Gergaji :

 Gergaji potong

 Gergaji belah

Untuk memotong dan membelah kayu.

Alat perata permukaan kayu :

 Ketam perata

 Ketam golek

Merata permukaan kayu

Pahat :

 Pahat rata

 Pahat kuku

Menebuk, menggaris, membentuk dan melicinkan dasar.

Tukul kayu Memudahkan kerja-kerja memahat

Pisau wali (tradisional) atau pisau ukir

(moden)

Digunakan untuk membuat silat, mengukir, dan melicinkan bahagian silat.

Kikir pari Melicinkan permukaan

Kikir Mengerik dan meratakan

permukaan

Berus Untuk membersihkan habuk

atau debu kayu

(8)

8 | K r a f T r a d i s i o n a l M e l a y u

Kertas Pasir Kertas yang berlapik serbuk kaca atau pasir untuk melicinkan permukaan yang telah siap.

Cetar Beliung kecil untuk

mendapatkan permukaan yang baik sewaktu membentuk kayu

Sesiku (moden) Mendapat ketepatan sudut

Pengapit (moden) Memegang kayu

Bahan Tradisional / Moden

Peralatan Jenis Kegunaan

Kayu Tradisional & Moden

 Cengal  Sena  Merbau  Nyatoh  Jelutong  Kemuning

Kayu untuk diukir

Pewarna Kunyit (tradisional) Syelek

Kiwi Mirathon

Digunakan untuk mewarna produk.

Gam Gam kayu (moden) Untuk melekatkan papan atau

kayu

Proses dan Teknik Mengukir

Peringkat proses Teknik Gambar/ ilustrasi

Penyediaan kayu  Pilih papan yang sesuai

 Potong mengikut ukuran yang dikehendaki

 Ketam permukaan

Melukis corak di atas permukaan

Terdapat beberapa teknik melukis corak pada permukaan papan

 Melukis terus pada permukaan papan

 Tekap

 Tampal kertas bercorak atas permukaan papan

Pilih kayu dan sediakan corak atas kertas surih

Tekap corak pada kayu

(9)

9 | K r a f T r a d i s i o n a l M e l a y u

Mengukir  Jenis ukiran layang

- Bahagian latar corak tidak ditebuk - Silat dibuat hanya pada corak

 Ukiran bunga timbul

- Bahagian latar corak ditebuk. - Diukir menyerong menggunakan

pisau ukir pada corak untuk menimbulkan silat.

 Ukiran tebuk tembus

- Bahagian latar ditebuk tembus dan menyerong menggunakan pisau ukir pada corak dan latar untuk menimbulkan silat.

- Bahagian latar ditebuk tembus menghasilkan corak dan bunga ukirnya tanpa silat.

 Ukiran larik

- Diukir pada batang kayu untuk mendapatkan bentuk.

Menyilat (membuat silat)

 Menyilat ialah menimbulkan bentuk pada corak.

 Keindahan ukiran terletak pada jenis silat yang sesuai.

 Gubahan silat-silat yang sesuai bagi menampakkan pergerakan dan menimbulkan bentuk.

Terdapat 5 jenis silat

a. Silat Leper

- Leper dan hampir mendatar - Hampir menyerupai silat

belah rotan.

- Merupakan bentuk yang paling mudah dan cepat untuk disiapkan.

b. Silat Belah Rotan

- Tepinya diukir bulat.

- Kelihatan seperti rupa kerata rentas rotan yang dibelah.

c. Silat Serong

- Mempunyai juring-juring tajam dan rendah di tepi. - Sebahagiannya tinggi dan

sebahagian lagi diserongkan. - Boleh berbentuk melengkok,

berlekuk-lekuk membulat, menyerong atau curam.

Silat Leper

Pahat pada latar belakang corak sedalam lebih kurang 1.5 cm.

Lurut dan ukir silat dengan menggunakan pisau wali.

Silat Belah Rotan

(10)

10 | K r a f T r a d i s i o n a l M e l a y u d. Silat Dada Tuma

- Diukir lengkung di tengah bunga.

- Bentuknya seperti silat belah rotan tetapi bentuk pada bahagian cembung dipelbagaikan.

e. Silat Minangkabau

- Berasaskan bentuk atap rumah orang Minangkabau. - Mempunyai batas (bumbung)

di tengahnya, dan serong di kedua-dua tepinya.

Kemasan Meratakan dan membersihkan permukaan ukiran

 Menampal bahagian-bahagian yang berlubang, serpih dan patah dengan habuk kayu yang dicampur gam atau menampal kayu.

 Melicinkan permukaan corak dengan menggunakan pengikis, kertas pasir, daun lalang, atau daun mempelas.

 Melicinkan bahagian latar dengan menggunakan pahat rata dan kikir parut.

 Membuang habuk kayu pada ukiran menggunakan berus.

Mengilat ukiran

Kemasan tradisional

 Menyapu ukiran permukaan dengan menggunakan minyak bijan dan getah kayu sena.

Kemasan moden

 Menggunakan syelek, varnis, pengilat kayu dan pewarna kayu dengan beberapa teknik:

- Semburan - Celupan - Sapuan

Pemeliharaan dan Penjagaan

 Dibersihkan dan digilap jika perlu.

 Elakkan dari paans dan hujan

 Menyapu minyak pada permukaan kayu.

Silat Dada Tuma

Silat Minangkabau

Licinkan dengan kikir pari, daun mempelas atau kertas pasir

(11)

11 | K r a f T r a d i s i o n a l M e l a y u Jenis-jenis bunga ukir / Corak Ukiran

Terdapat 5 jenis corak bunga ukir yang terdapat dalam reka corak tradisional: Jenis Awan

Larat

Penerangan Gambar/Ilustrasi

Awan Larat Awan Larat Melayu Asli (Awan Larat Jawi) - Juga dikenali awan larat jawi.

- Bentuknya mempunyai bunga yang besar dan jarang.

- Coraknya bermula dari satu tempat dan melarat memenuhi ruang yang lain. - Batangnya berlingkar dan bertembung

dengan daunnya yang berlipat lunak.

Awan Larat Jawa - Bentuknya lebih kecil.

- Daun dan bunganya rapat-rapat. - Terdapat banyak bunga dan daun saling

bertindih.

- Bentuk daunnya lurus dan tidak berlipat. Awan Silang

/Kerawang

- Bunga ukir ini adalah dalam bentuk garis bengkang-bengkok.

- Garisan bersimpang siur seumpama akar yang berlegar.

- Ukiran corak ini biasanya terdapat dalam bentuk papan tebuk tidak silat.

Awan Bentuk Huruf, Larik dan Simetri

- Jenis ukiran berbentuk huruf yang dimaksudkan ialah huruf-huruf dalam Al-Quran.

- Ukiran ini biasanya banyak terdapat di masjid.

- Awan jenis larik berbentuk gerlang-gerlang pada bentuk bulat.

- Keindahan jenis ini terletak pada gerlang yang berkala dan tersusun.

- Diukir pada tongkat, tiang-tiang, hulu senjata dan sebagainya.

- Kebanyakannya mempunyai dua jenis larik. - Awan jenis simetri biasanya terdapat dalam

bentuk geometri Islam, misalnya corak swastika.

- Awan jenis ini biasanya terdapat di masjid atau mimbar.

(12)

12 | K r a f T r a d i s i o n a l M e l a y u Tokoh Ukiran

1. Encik Latif B. Long dari Kelantan

- Pengukir yang terkenal dan berbakat di Malaysia. - Berasal dari keluaga yang mahir dalam seni ukiran.

- Pemenang hadiah pertama bagi kepingan ukiran kayu bertebuk dalam beberapa pertandingan ukiran kayu tradisional peringkat kebangsaan.

- Abang-abangnya Abudl Ghani dan Abdul Rahman juga pengukir yang mahir. 2. Encik Long dari Besut, Terengganu

- Bapa kepada Latif Long.

- Merupakan pengukir istana Kampung Raja Besut. Istana tersebut kini telah ditempatkan di puncak Bukit Losong, di Kompleks Muzium Negeri Terengganu.

- Turut sama membuat perahu istiadat dengan hiasan burung purbakala, “Petala Indera” yang berperada emas pada haluannya atas permintaan Raja Kelantan.

- Sultan Ibrahim (Johor) juga mengundang Encik Long dan meminta beliau membuat sebuah perahu berhias untuk dikirim ke London sebagai hadiah kepada Raja England.

3. Tuan Hj. Wan Su Othman dan anaknya Wan Mustapha - Berasal dari Besut, Terengganu.

- Terkenal dengan ukiran bermotif awan larat.

- Tn Hj Wan Su Othman adalah tokoh budayawan negara pada tahun 1997.

4. Tengku Ibrahim b. Tengku Wok, Kuala Terengganu. - Menghasilkan ukiran yang bermutu tinggi.

- Kreativiti, keunikan dan kesenian ukirannya mula berkembang dan terkenal sehingga menerima tempahan daripada pembesar-pembesar negara, agensi kerajaan dan orang perseorangan

- Pada tahun 1993, menerima anugerah Tokoh Adiguru Kraf. - Tahun 1998, dianugerahkan sebagai Tokoh Kraf Negara.

Referensi

Dokumen terkait

Tipografi merupakan seni atau kiat cetak-mencetak huruf-huruf misalnya, atau sering diartikan sebagai ukiran bentuk dari tulisan (khususnya puisi) supaya tampak indah. Selain

Jika kita menulis semua huruf (Latin) kapital dalam bentuk melingkar, lalu mencoret semua huruf yang memiliki simetri kiri-kanan, seperti huruf A, H, I, M, dst; maka

Corak yang terdapat pada pakaian Melayu secara adat terdiri dari corak tampuk manggis, pucuk rebung, awan larat, semut beriring dan siku keluang yang memiliki nilai

Terliaht ukiran-ukiran detail yang menggambarkan cerita kehidupan pada masa lampau, bentuk candi yang di dalamnya terdapat patung budha yang semuanya mengelilingi

Setiap ukiran yang diukir pada permukaan reka bentuk mimbar dihiasi dengan saiz, corak dan bentuk yang berbeza memberi seribu makna kepada kehalusan seni budaya bangsa..

Tipografi merupakan seni atau kiat cetak-mencetak huruf-huruf misalnya, atau sering diartikan sebagai ukiran bentuk dari tulisan (khususnya puisi) supaya tampak indah. Selain

Lebih lagi, corak ukiran yang terdapat pada Tongkonan yang melambangkan status sosial masyarakat Toraja berdasarkan hasil penelitian dan pembahasan, maka dapat diambil

Silat Betawi merupakan salah satu bentuk seni bela diri tradisional yang berasal dari masyarakat Betawi, penduduk asli Jakarta dan