Sejarah Pendidikan Islam II
Pensyarah:
Ustazah Dr. Nek Mah Bte Batri
PhD Pendidikan Agama Islam
Calon Doktor - Fiqh Sains & Teknologi
Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri
SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM II
Sinopsis
Modul ini bertujuan untuk memberi kesedaran terhadap wujudnya sistem pendidikan Islam yang dianggap penting oleh masyarakat kita hari ini.
Ini ditinjau dari segi perkembangan sejarah pendidikan Islam dari zaman Rasulullah hingga ke zaman penjajahan Inggeris, sumbangan tokoh-tokoh pendidikan Islam pada zaman kegemilangan Islam dan pada zaman ini dan cabaran-cabaran yang dihadapi masa kini.
Adalah diharapkan agar peserta akan mendapat gambaran yang syumul dan Islami tentang pendidikan dan dapat meletakkan sistem pendidikan sekular pada tempatnya berbanding dengan pendidikan Islam.
Di akhir modul pelajar dapat:
Menjelaskan sejarah dan falsafah pendidikan Islam.
Menghuraikan nilai-nilai falsafah pendidikan Islam yang mempengaruhi
masyarakat.
Menganalisis sejarah pendidikan dari zaman Nabi Muhammad hingga
kini.
Mengenalpasti fungsi dan ciri-ciri pendidikan Islam.
Mengoptimum pelbagai sumber berpandukan tasawwur, matlamat dan
halatuju yang jelas.
SILIBUS PENGAJIAN
Falsafah dan Kurikulum Pendidikan Islam
Tokoh-tokoh pada zaman kegemilangan Islam
- Ibn Thufail
- Ibn Khaldun
- Al-Ghazali
Tokoh-tokoh zaman moden/kini
- Dr. Ismail Al-Farouqi
- Dr Yusuf Qardawi
DEFINISI FALSAFAH
• Boleh di lihat dari tiga sudut
- Etimologi (Bahasa)
- Terminologi (Istilah)
ETIMOLOGI (Bahasa)
•
Falsafah berasal dari bahasa Yunani Kuno. Ia adalah ‘kalimah
mu’arrabah.’ (Al-Syaibani)
•
Asal perkataan ‘Philosophia’; Philein: Cinta dan Shopia:
Kebijaksanaan (hikmah atau wisdom).
•
Pengertian bebas ia bermaksud ‘Cintakan Hikmah’.
•
Dari segi sejarah, Phytagoras ialah orang pertama menggunakan
perkataan falsafah dan menggelarkan dirinya sebagai Pencinta
Kebijaksanaan. (Lover of Wisdom)
•
Kemudiannya dipopularkan oleh Plato dan Aristotle. (Ahmad
•
Cinta
bermaksud menghargai sesuatu dan mempunyai perasaan
berkobar-kobar untuk memiliki sesuatu.
•
Hikmah
ialah satu pandangan dan fikiran yang jauh, matang dan
mendalam serta pengamatan yang tidak dapat dicapai oleh
pengetahuan biasa. Ia juga bererti kebenaran sejati.
•
Dengan demikian, falsafah bermaksud
hasrat atau keinginan yang
sungguh-sungguh untuk mencari kebenaran yang sejati (seeking the
truth) serta menghayati kebenaran tersebut.
•
Umumnya, falsafah adalah berfikir. Berfikir secara falsafah adalah
secara kritikal dan integral.
DEFINISI FALSAFAH
‘Barang siapa diberi hikmah, maka ia telah diberi kebaikan yang banyak’ Surah Al-Baqarah:269
•
Maksud:
Falsafah yang berteraskan ajaran Islam, iaitu bersumberkan
wahyu sama ada al-Quran atau al-Sunnah atau kedua-duanya.
•
Justeru, semua perbincangan tentang falsafah tidak lari daripada
prinsip dan matlamat Islam.
•
Jika diertikan sebagai ‘cintakan hikmah’ maka falsafah Islam bererti
cintakan hikmah atau kebenaran yang berteraskan wahyu, sumber
ajaran Islam
.
---•
HIKMAH mempunyai maksud berbeza.
•
Disebut beberapa kali dalam al-Quran dengan maksud berbeza mengikut
qarinah ayat berkenaan.
TERMINOLOGI (ISTILAH)
• Pengertian falsafah yang dikemukakan oleh ahli falasafah adalah berbeza-beza.
• Wujud satu persamaan iaitu takrifan mereka berpaksikan kepada elemen-elemen seperti manusia, Tuhan dan alam.
PRAKTIKAL
• Falsafah membawa maksud “berfikir secara bersungguh-sungguh, tidak terikat oleh tradisi dan mempunyai ciri-ciri seperti sistematik, radikal, dan sejagat”. • Berfikir secara sistematik – “ Berfikir secara logic dan berurutan”.
• Berfikir secara radikal –berfikir sehingga ke akarnya dan menyelesaikan dengan penuh tanggungjawab.
• Berfikir secara sejagat- tidak terhad kepada aspek-aspek tertentu sahaja dan merangkumi keseluruhannya.
TEOLOGI FALSAFAH SAINS
• Teologi – falsafah mengandungi spekulasi tentang perkara yang belum nyata.
• Sains- falsafah menggunakan taakulan untuk membuktikan kebenaran yang terkandung.
•
Persoalan failasuf;
Siapa anda? Dari mana anda datang? Apa
tujuan anda
hidup? Ke mana anda akan
pergi? Siapa tuhan anda?
(Yaljin)
•
Persoalan itu perlu dirujuk kepada wahyu, dan jawapan
wahyu itulah yang sebenarnya. Inilah falsafah Islam.
•
Falsafah Islam adalah satu perbincangan mendalam
untuk:-•
Mengetahui dan mengenal Allah sebagai Zat yang Maha
Berkuasa. Dialah yang menghidup dan mematikan makhluk.
•
Mengetahui dan mengenal alam sebagai tempat ujian (ءلاتبلاا راد).
Alam adalah untuk kegunaan manusia dan diuruskan mengikut
kehendak Penciptanya.
•
Mengenal manusia sebagai hamba Allah dan khalifah di muka
bumi. Semua tanggungjawab akan dipersoalkan.
DEFINISI PENDIDIKAN ISLAM
• Pendidikan berasal dari perkataan Latin, educare yang membawa maksud “Memelihara
dan Mengasuh).
• Menurut Kamus Pendiddikan (1979)- Pendidikan ialah satu proses menyeluruh yang bertujuan untuk memperkembang kebolehan dan tingkah laku manusia. Satu proses sosial yang memberi peluang kepada seseorang individu untuk memproleh kemahiran sosial serta perkembangan peribadi.
Ibn Khaldun mengatakan, bahawa pendidikan merupakan upaya perubahan potensi (al-Taqat al-Quswa) manusia. Jadi pendidikan memegang peranan penting dalam tamadun manusia.
Ibn Khaldun menjelaskan : Manusia sebagaimana makhluk hewani lainnya juga mempunyai sifat hayawaniyat-nya seperti al-hiss (rasa), al-harakat (gerak), memerlukan al-qiza (makanan) dan tempat tinggal (al-kanni). Manusia berbeza dengan makhluk lain kerana manusia berkeupayaan untuk berfikir. Dengan potensi itu manusia dapat mencari keperluan hidup. Dengan potensinya, manusia dapat berinteraksi dengan sesamanya untuk tujuan-tujuan kesejahteraan hidup bersama. Juga dengan potensinya, manusia dapat menerima ajaran-ajaran dari Allah yang disampaikan oleh para Nabi kepadanya
Ibn Khaldun meletakkan pendidikan dalam kerangka tamadun (al-‘Umran). Pendidikan merupakan bahagian yang tidak dapat dipisahkan dari tamadun. Tamadun itu sendiri adalah isi pendidikan. Tamadun merupakan konsekuensi logik aktiviti manusia. Melalui kemampuan berfikirnya, manusia bukan hanya membuat kehidupannya, tetapi juga menaruh perhatian kepada pelbagai cara memperoleh erti hidup. Proses inilah yang melahirkan upaya pendidikan dan tamadun.Daya olah fikiran manusia dibentuk oleh persekitaran, lama kelamaan membentuk suatu sistem. Kristalisasi sistem itulah membentuk kebudayaan.
DEFINISI FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Ibnu Khaldun
DEFINISI FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Al-Ghazali
• Pendidikan adalah satu proses yang merangkumi
aspek-aspek seperti intelek, latihan jasmani dan
pembentukkan akhlak yang mulia, berani dan
hormat-menghormati
DEFINISI FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Yusuf al-Qardawi (1980)
• Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati dan
rohani, jasmani, akhlak dan tingkahlaku.
• Tujuan: Menyediakan manusia hidup dalam masyarakat yang sering
menghadapai kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan kepahitan.
Pendidikan, menurut Syed Naquib Al-Attas Al-Attas adalah “penyemaian adab dalam diri seseorang – ini disebut dengan ta’dib.,
Pentingnya makna adab dan kaitannya dengan pendidikan manusia yang baik akan semakin terasa ketika disedari bahawa pengenalan yang meliputi ilmu, dan pengakuan yang melibatkan tindakan, tentang tempat yang sesuai sangat berhubung dengan kata-kata kunci lainnya dalam pandangan hidup Islam, seperti kebijaksanaan, (hikmah), dan keadilan (‘adil) realiti dan kebenaran (‘adil).
Al-Attas memberikan contoh bagaimana adab itu hadir dalam pelbagai tingkat pengalaman manusia. Adab terhadap diri sendiri bermula ketika seseorang mengakui bahawa dirinya terdiri
DEFINISI FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Syed Naquib Al-Attas (1979:119)
“Merubah dan memindahkan nilai-nilai kebudayaan kepada setiap individu dalam masyarakat melalui berbagai-bagai proses. Proses-proses itu pengajaran, latihan dan indoktrinasi. Pemindahan nilai-nilai melalui pengajaran ialah memindahkan pengetahuan dari seorang ke seorang dan latihan ialah membiasakan diri melakukan sesuatu pekerjaan bagi memperoleh kemahiran sementara proses indoktrinasi pula menjadikan seseorang dapat meniru apa yang dilakukan oleh orang lain. Ketiga-tiga proses tersebut berjalan serentak dalam masyarakat primitif atau moden”. Hassan Langgulung (1979 )
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
•
Bermaksud falsafah pendidikan yang berteraskan roh Islam
atau falsafah Islam untuk pendidikan (al-Syaibani)
•
Matlamat:
Menyediakan manusia dengan pengalaman dan ilmu
pengetahuan yang cukup agar dia kenal dirinya serta tugas dan
tanggungjawabnya, serta mengetahui cara untuk melaksanakan
tugasnya sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi.
•
Syarat-syarat Falsafah Pendidikan Islam: (al-Syaibani dan
Mohd Yusuf Ahmad)
•
Prinsip dan ideologi mestilah selari dengan akidah dan
hukum Islam.
•
Mestilah berkaitan dengan budaya masyarakat Islam.
•
Bersifat terbuka kepada semua pengalaman manusia, selagi
tidak bertentangan dengan prinsip agama.
•
Pembinaan kurikulum berdasarkan percubaan.
•
Mesti menyeluruh dari segi sumber dan mengambil kira
faktor ekonomi, sosial, spirtual, psikologi dan lain-lain.
•
Falsafah Pendidikan Islam haruslah dibina berdasarkan roh
al-Quran. (Abd. Ghani Shamsudin)
•
Ciri penggubal
yang dianggap rukun falsafah;
•
Ahli falsafah seorang yang teguh iman kepada Allah dan
RasulNya.
•
Akhlak yang mulia.
•
Berilmu, merangkumi ilmu dunia dan akhirat.
•
Melakukan amal soleh sama ada untuk dunia mahupun
akhirat.
•
Kepentingan Falsafah Pendidikan
•
Menentukan tujuan, arah dan matlamat
pelajaran.
•
Merangka tindakan dan proses.
•
Menggubal kurikulum dan bahan.
•
Mencadangkan kaedah P&P.
•
Menggariskan cara penilaian.
•
Merancang pengeluaran dan penghargaan.
•
Merancang satu sistem yang menyeluruh.
STRUKTUR PENDIDIKAN YANG DI SUSUN OLEH
RASULULLAH SALLAHU ALAIHI WASSALAM
Pendidikan Umum
Menyampaikan pidato selepas solat
Pendidikan
Khusus
Pengajaran secara khusus tanpa mengira tempat
Pendidikan
Institusi
Dilaksanakan pada
peringkat kanak2 hingga dewasa (ahli suffah)
CIRI-CIRI PENDIDIKAN ISLAM
CIRI-CIRI PENDIDIKAN
ISLAM
Kuatnya visi pendidikan agama dan moral
Menempatkan ilmu-ilmu syariyah dan ilmu-ilmu non syariyah yang bermanafaat dalam komponen kurikulum pendidikan Islam
Keteladanan
Prinsip-prinsip pendidikan seperti Kompetitif Professional Relevan Dinamik Keteladanan
Menjunjung tinggi asas dialog dalam proses belajar-mengajar dalam hubungan antara guru dan pelajar
Tidak ada perbezaan antara lelaki & perempuan dalam hal memperolehi pendidikan
EMPAT DASAR PENDIDIKAN ISLAM
DASAR FILOSOFIS: Dasar teologi dan ideologi umat terutama pandangan hidup (worldview) umat mengenai
Alam Manusia
& Hidupnya
EMPAT DASAR PENDIDIKAN ISLAM
DASAR PSIKOLOGIS:Hal ini yang berkaitan situasi dan perkembangan pelajar juga perkembangan usia dan kesiapan mereka termasuk realitas lingkungan psikologi masyarakat
0-3 tahun Perkembangan Fisik 3 – 6 tahun Perkembangan Bahasa) 6-9 tahun (social imitation/masa meniru 9-12 tahun (second Star of Individualization/Masa mempunyai Sikap,Ide, Membantah & Meminta 12-15 tahun
Social Adjustment/Penyesuaian diri secara sosial, merasa mempunyai peranan mengenai
lawan jenis, tumbuh sikap2 15-18 tahun
(Transisi Anak Menjadi Dewasa) Dialog & Tukar Fikiran Ekistensinya sudah
EMPAT DASAR PENDIDIKAN ISLAM
DASAR SOSIOLOGISDasar
Sosilogis
Millieu
(bi’ah)
Sistem Nilai
Sistem
Budaya
EMPAT DASAR PENDIDIKAN ISLAM
DASAR ILMIAH
Kajian Matang Para Ahli Pengalaman Empirik PraktisDASAR
ILMIAH
DASAR PENDIDIKAN ISLAM MENURUT HASSAN LANGGUNG
(1979)
1. Keesan Tuhan (Tauhid) 2. Kepercayaan padapesuruh-pesuruhnya 3. Kepercayaankepada wahyu tuhan kepada Nabi
4.Manusia mempunyai potensi dalam perkembangan moral dan
kerohanian 6. Khidupan
keduniaan dan akhirat 7. Persamaan dan persaudaraan sejagat antara
DISPLIN UTAMA BAGI ILMU ISLAM MENURUT
SYED MUHAMMAD AL-NAQUIB
• Ajaran Quran • Teologi • Metafizik • Bahasa Arab • Sastera
Displin
Agama
• Kemanusaian • Alam sekitar • Sains Gunaan • TeknologiDisplin Kognitif
TUJUAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM
MENYELAMATKAN & MELINDUNGI FITRAH MANUSIA (al-Baqarah:133) Pendidikan Tauhid (Luqman: 13-16) Pendidikan Moral (Luqman: 18-19) Pendidikan Ketaatan Beribadah (luqman:17TUJUAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM
EN GE M B AN GKA N P TEN SI -PO TEN SI FI TRAH M AN USI A (al An ’a m: 16 3-(al J at si yah :13 )-(al -Nah l:78 (al -I sr a’: 3 6 ) AS SAM’UMenangkap dan melestarikan ilmu-ilmu pengetahuan yang telah di gali dan ditemukan oleh orang-orang lain
AL BASHARU
Mengamati dan mengkaji ulang lagi untuk mengembangkan ilmu-ilmu tersebut sebagai proses pengayaan dan pengembangan
AL FUADU
Penjernihan dan pemilihan ilmu-ilmu tersebut dari indikasi yang tidak valid kemudian mengambil kesimpulan baru yang lebih valid
TUJUAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM
Al Baqarah :151 dan al Jum’ah : 2 menegaskan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. diutus untuk mendidik dan membimbing umat manusia agar kembali ke jalan yang benar melalui trilogi
program pendidikan Islam
Menyelaraskan langkah Fithrah Mukhallaqah(Fitrah Manusia dengan rambu-rambu fithrah Munazzalah (Agama Islam) dalam
semua aspek kehidupan
YATLU
Membacakan ayat-ayat Allah tentang prinsip ketauhidan, keimanan, peribadatan
YUZAKI
Membina sikap dan perilaku akhlaq mulia, membersihkan hati nurani
Apakah Matlamat Falsafah Pendidikan Islam?
• Falsafah pendidikan Islam adalah berasaskan ajararan al-Quran
• Menurut Hassan Langgung (1979), perkara-perkara yang menjadi dasar Pendidikan Islam:
1) Keesaan Tuhan
2) Kepercayaan kepada wahyu-wahuyu Tuhan kepada Nabi-Nabi
3) Manusia mempunyai potensi dalam perkembangan morah dan kerohanian 4) Setiap individu bertanggungjawab terhadap tindakan sendiri.