• Tidak ada hasil yang ditemukan

ADAT DAN TRADISI LISAN ORANG TALANG DALAM SUKU MELAYU ASLI DI DESA BETUNG, KABUPATEN PELALAWAN, RIAU

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "ADAT DAN TRADISI LISAN ORANG TALANG DALAM SUKU MELAYU ASLI DI DESA BETUNG, KABUPATEN PELALAWAN, RIAU"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

38

ADAT DAN TRADISI LISAN ORANG TALANG DALAM SUKU MELAYU

ASLI DI DESA BETUNG, KABUPATEN PELALAWAN, RIAU

[CUSTOMARY AND ORAL TRADITION OF TALANG PEOPLE WITHIN

INDIGENOUS MALAY TRIBE IN BETUNG VILLAGE, PELALAWAN

DISTRICT IN RIAU]

1 SHAFA’ATUSSARA SILAHUDIN

shafaatussara@gmail.com

1Leiden University Institute for Area Studies, Netherlands

*Corresponding Author ABSTRACT

Orang Talang or Talang people is one of indigenous Malay in Kabupaten Pelalawan, Riau. They is also known as inland Malay with customary and rituals. Two popular ideas about Orang Talang. First, one contends that they are Proto Malay who came to the region around 2500-1500 BC. Second, that Talang people are Deutro Malay who arrived around 300-250 BC. The objective of the research is to describe the lives of Talang people and their rituals inherited from the past. This research used two methods. First, through ethnographical field research in Betung Village, Pelalawan District in Riau as to learn first hand about their life. The second method used in this research is by reviewing the past works related with indigenous Malay Riau, especially Talang people. The result of this study can be summarised by referring to several things. First, Talang people as an isolated tribe are Muslims and began to gradually follow the teaching of Islam. Second, the relationship between Talang people and the jungle is very close and makes the jungle a major source of inspiration and income. Third, the ritual tradition being practiced, among others, aimed at maintaining the harmony of human relations with humans and humans with nature.

Keywords: Talang people, indigenous Malay tribe, oral tradition, ritual, Betung Village

ABSTRAK

Orang Talang merupakan salah satu suku Melayu Asli di Kabupaten Pelalawan di Riau merupakan masyarakat Melayu pedalaman (inland Malay) yang kaya dengan resam budaya dan ritual. Terdapat dua pandangan mengenai Orang Talang: pertama Orang Talang dikenali sebagai Melayu Tua (sekitar tahun 3000-2500 SM), kedua Orang Talang sebagai Melayu Muda (mula wujud sekitar 300-250 SM). Objektif penelitian ini ialah untuk mendeskripsi cara hidup Orang Talang dan amalan-amalan ritual yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Penelitian ini dilakukan menggunakan dua kaedah. Pertama, kajian lapangan (etnografi) yang dilakukan di Desa Betung, Kabupaten Pelalawan, Riau untuk mengenali secara dekat cara hidup masyarakat Orang Talang. Kaedah kedua ialah kajian pustaka dengan merujuk kajian-kajian awal (bahan sekunder) mengenai masyarakat Melayu Riau amnya dan Orang Talang khususnya. Hasil penelitian ini dapat dirumuskan dengan merujuk kepada beberapa perkara. Pertama, Orang Talang sebagai suku yang terasing beragama Islam dan mula mengikuti ajaran Islam secara beransur-ansur. Kedua, hubungan Orang Talang dengan hutan rimba sangat akrab dan menjadikan hutan rimba sebagai sumber ilham dan sumber pendapatan yang utama.

(2)

39

Ketiga, tradisi ritual masih diamalkan antara lain bertujuan menjaga keharmonian hubungan manusia dengan manusia dan manusia dengan alam.

Kata kunci:Orang Talang, suku Melayu Asli, tradisi lisan, ritual, Desa Betung.

PENDAHULUAN

Konsep ritual atau adat dalam masyarakat Melayu di Riau memiliki empat jenis. Pertama, adat yang sebenar adat, iaitu adat yang asli. Adat dalam kategori ini merupakan suatu norma atau hukum yang datang daripada Allah Taala. Sebahagian daripada hukum Allah telah wujud sebagai syarak (ajaran Islam) dan sebahagian lagi menjadi hukum alam itu sendiri. Keberadaan adat yang sebenar adat dalam bentuk hukum-hukum alam di mana tidak dapat diubah oleh akal fikiran. Hukum Allah Taala merupakan sebagai adat yang sebenar adat dalam hukum syarak. Hukum Allah memperlihatkan sebagai sifat-sifat alam semula jadi. Ia disebut Sunnatullah, misalnya adat buluh bermiang, adat tajam melukai, adat air membasahi, adat api hangus dan sebagainya.

Konsep yang kedua ialah adat yang diadatkan. Adat dalam kategori ini membawa maksud hukum, norma atau adat buah fikiran leluhur manusia yang kemudian berperanan untuk mengatur cara hidup manusia. Walaupun adat yang diadatkan ini merupakan hasil gagasan manusia luhur, sebagai karya ciptaan manusia, ia boleh berubah mengikut ruang dan waktu serta selera manusia dalam zamannya. Adat ini dipelihara dan dilestarikan tetapi terbuka peluang untuk ditambah baik atau dikurangkan bergantung kepada keperluan masyarakat. Datuk Demang Lebar Daun dan Raja Sang Sapurba telah merancang asas kehidupan kerajaan atau negara yang berbunyi “Raja tidak menghina rakyat dan rakyat tidak durhaka kepada raja”. Inilah adat Melayu yang memberi dasar yang kukuh terhadap nilai demokrasi di Riau. Selain itu, Datuk Demang Serail Leluhur Melayu Petalangan (Pangkalan Kuras, Kabupaten Pelalawan) membuat adat pembagian hasil madu lebah iaitu “dua dua satu”. Ia membawa maksud dua bagian untuk tukang panjat yang mengambil madu lebah pada pohon sialang iaitu kemantan dan pembantunya, dua bagian untuk warga suku empunya tempat pohon sialang berada (tempat lebah bersarang) dan satu bagian untuk orang negeri atau dusun tersebut. Selain itu Datuk Demang Serail membuat ketentuan denda terhadap siapa sahaja yang menebang pohon Sialang dengan alasan yang tidak munasabah, dia akan didenda dengan kain putih sepanjang pohon sialang yang ditebangnya.

Konsep ketiga ialah konsep adat yang teradat iaitu keputusan hasil musyawarah yang kemudiannya dikukuhkan menjadi adat atau peraturan. Adat yang teradat lebih merupakan aturan budi pekerti sehingga membuat menampilkan manusia yang berbudi bahasa. Adat yang teradat telah dipelihara oleh satu generasi kepada generasi berikutnya sehingga menjadi resam atau tradisi budi pekerti orang Melayu. Adat yang teradat dapat dikesan dari aturan panggilan dalam keluarga, masyarakat dan kerajaan seperti misalnya panggilan ayah, bapak, ibu, emak, abang, kakak, puan, tuan, encik, tuan, guru, engku, paduka, datuk, nenek, dan nenek moyang.

Konsep yang terakhir iaitu konsep istiadat yang melibatkan perilaku yang dilaksanakan dalam hidup bermasyarakat. Apabila sesuatu atur cara dipandang baik, ia akan dilestarikan sehingga menjadi tradisi atau resam Melayu. Adat istiadat telah mengatur hubungan manusia dengan alam. Misalnya, kalau berladang di padang ternak, sebaiknya dipagar. Kalau berternak, tradisinya pada waktu pagi, ternakan dilepaskan dan apabila waktu petang, ternakan dikurung. Kalau masuk ke hutan rimba, jangan takbur terhadap binatang buas dan berbisa. Harimau dipanggil datuk sedangkan lebah sialang

(3)

40

dipanggil dayang. Kalau membuka hutan rimba atau mengambil kayu hutan, maka kayu diambil diganti kayu, hutan ditebang diganti hutan. Ringkasnya, adat yang diadatkan, adat yang teradat dan adat istiadat harus ditapis oleh adat yang sebenar adat iaitu hukum yang sejati dari Allah Taala dan rasulNya. Adat seharusnya bersendikan Kitabullah tanpa mengendahkan hukum Allah.

OBJEKTIF

Objektif utama kajian ini ialah mendeskripsi salah satu suku Melayu Asli yang tinggal di pedalaman hulu Sungai Kampar iaitu Orang Talang di Kabupaten Pelalawan, Riau, Indonesia serta amalan ritual atau adat sebagai interaksi sosial Orang Talang dengan kuasa mistik yang masih diamalkan.

METODOLOGI

Penyelidikan secara etnografi ini bertitik tolak daripada penyelidikan berkaitan ritual dan ekspresi tradisi lisan yang diamalkan oleh Orang Talang, salah satu etnik Melayu Asli yang terdapat di Kabupaten Pelalawan, Riau. Penelitian secara etnografi ini telah dilakukan pada Jun 2009 di Desa Betung, sebuah penempatan pedalaman di Kabupaten Pelalawan, Riau.

Dilakukan secara kualitatif, kajian ini terinspirasi daripada pandangan Geertz (1973) yang menyatakan bahawa amalan ritual refleksi apa yang disebut sebagai political tension. Menurut Fox (1988), ritual secara linguistik menggambarkan dinamika simbol dunia dan sosial dalam komuniti. Beberapa kajian memfokuskan kepada operasi ritual dalam mengekalkan kekuasaan. Atkinson (1989) berpandangan acara ritual dalam komuniti Wana dapat menerangkan bagaimana dukun melakukan ritual untuk memperkukuh kedudukannya. Beliau turut berhujah bahawa amalan ritual perlu diterima sebagai amalan sosial yang sudah tertanam dalam masyarakat. Tsing (1993) pula menjelaskan bahawa kajian ketahanan masyarakat lokal harus dilihat dalam konteks kepelbagaian suara dalam komuniti lokal yang mengekspresikan idea dan pandangan dalam pelbagai cara.

Sebagai rujukan tambahan, kajian pustaka turut dilakukan dengan mengambil kira tulisan-tulisan awal oleh beberapa sarjana sebagai menyokong hasil dapatan penelitian ini.

HASIL PENELITIAN DAN PERBINCANGAN

Dua perkara dibincangkan dengan lanjut hasil kajian etnografi berkaitan salah satu suku Melayu asli iaitu Orang Talang di Desa Betung, Kabupaten Pelalawan, Riau, Indonesia. Pertama, pengenalan ringkas sejarah Orang Talang; dan kedua seni tradisi lisan Orang Talang.

a) Pengenalan ringkas sejarah Orang Talang

Asal usul Orang Talang di Riau kurang jelas dan biasanya dibahagikan kepada dua pandangan. Pandangan pertama ialah Orang Talang dikenali sebagai Melayu Tua (Proto Malay) atau manakala pandangan kedua ialah Melayu Muda (Deutro Melayu) (Tenas Effendy, 1995; Sudirman, 1998). Melayu Tua merupakan golongan atau suatu bangsa yang pertama datang ke Kepulauan Melayu. Menurut ahli arkeologi, masyarakat Melayu Tua ini mula wujud di Kepulauan Melayu sekitar tahun 3000-2500 SM. Masyarakat Melayu Muda atau deutro Melayu mengikut sejarah mula wujud sekitar 300-250 SM. Dari segi penempatan, masyarakat Melayu Muda lebih suka mendiami daerah pantai

(4)

41

yang ramai disinggahi perantau dan daerah aliran sungai-sungai besar yang menjadi lalu lintas perdagangan. Mereka bersifat lebih terbuka berbanding masyarakat Melayu Tua. Masyarakat Melayu Tua duduk jauh terpencil dari perkampungan Melayu Muda. Hal ini berasaskan kepada faktor untuk menjaga kelestarian adat dan tradisi.

Orang Talang merupakan salah satu suku Melayu Asli (indigenous Malay) di Kabupaten Pelalawan, Riau. Perkataan ‘orang talang’ bermaksud ‘orang buluh’. Menurut lagu epik Orang Talang yang dikenali sebagai Tombos, asal usul nenek moyang Orang Talang datang dari Johor di selatan Semenanjung Malaysia atau dari satu kawasan yang disimbolikkan sebagai ‘laut’. Mereka datang dengan menaiki bot untuk membka hutan tanah dan mendirikan perkampungan Orang Talang di kawasan seperti yang ada hari ini. Mereka turut sama membawa adat kebiasaan (customary laws) dan budaya (Tenas Effendy, 1995). Orang Talang tinggal di kawasan pedalaman berdekatan Sungai Kampar dalam Kabupaten Pelalawan, Riau, Indonesia. Kampung Orang Talang atau Petalangan terletak antara 60 dan 95 kilometer dari Pekan baru, ibu kota Riau. Kawasan Petalangan boleh dilewati menggunakan pengangkutan darat atau sungai. Kawasan Pertalangan bersuhu antara 27 hingga 33 darjah Celsius, dengan musim hujan antara Oktober dan April, dan musim kering antara Jun dan Ogos.

Gambar 1: Peta menunjukkan Provinsi Riau yang terletak di Sumatera Barat, Indonesia (Sumber: Bangun Parulian Siburian)

(5)

42

Mengikut sejarah, Orang Talang ialah pengikut Kerajaan Kampar. Pada tahun 1761, Kerajaan Kampar bertukar namanya kepada Kerajaan Pelalawan apabila ibu negerinya berpindah ke Pelalawan. Pelalawan menjadi salah satu negeri naungan Sultan Siak Melaka dan Sultan Johor (1806-1811) di Semenanjung Malaysia (Tengkoe Nazir, 1985). Pucuk pimpinan Orang Talang biasanya terdiri daripada seorang pembesar adat yang dikenali patih. Di bawah pimpinan patih terdiri daripada beberapa batin. Seorang batin memegang teraju lembaga adat untuk satu persukuan dengan tanah wilayahnya masing-masing.

Orang Talang bercakap dalam pelbagai dialek seperti Pelalawan/Pesisir, Daerah Limo Koto-Kampar, Kuantan dan Minangkabau (Sudirman, 1998). Dengan kriteria ini, Orang Talang menganggap diri mereka sebagai Melayu kerana kebanyakan dialek di atas di tutur oleh etnik Melayu. Bagaimanapun, komuniti Melayu bandar di Pekan baru menolak Orang Talang beridentitikan Melayu. Penolakan ini disebabkan Melayu bandar percaya Orang Talang ialah komuniti primitif, terkebelakang, tinggal di kawasan

pedalaman dan tidak bergaul dengan masyarakat luar. Melayu bandar turut

mengklasifikasikan Orang Talang sebagai komuniti pedalaman atau suku terasing (Kang, 2002).

Orang Talang menganggap diri mereka sebagai Melayu dan beragama Islam. Mereka memahami cara hidup Islam seperti berpuasa, tidak memakan daging babi, solat, bersunat dan urusan perkahwinan/kematian menurut ajaran Islam. Meskipun begitu, sebahagian Orang Talang tidak mengamalkan aturan Islam. Sebagai contoh, mereka ‘tidak sanggup’ berpuasa di bulan Ramadan atas faktor pekerjaan berat yang dilakukan. Kaum wanita jarang mempelajari al-Qur’an dan mendirikan solat. Walau bagaimanapun, amalan agama dititikberatkan dalam kalangan anak-anak muda seperti belajar membaca al-Qur’an dan mendirikan solat di masjid.

Orang Talang yang saya temui pada tahun 2009 adalah dari Desa Betung. Mereka merupakan salah satu suku kaum Melayu Asli di Riau. Desa Betung ialah sebuah penempatan dan menjadi pusat adat di Petalangan. Desa Betung terletak jauh di pedalaman iaitu di hulu Sungai Kampar dan dikelilingi hutan rimba. Bagi Orang Talang, hutan rimba menjadi tulang belakang dalam kehidupan. Selain sumber makanan harian, hutan rimba juga berfungsi menyediakan segala macam sumber ubat-ubatan. Orang Talang memanfaatkan lebih kurang 110 jenis tumbuh-tumbuhan untuk mengubati 56 jenis penyakit dan 22 cendawan ubat (Pusat Penelitian Kebudayaan dan Kemasyarakatan Universitas Riau, 2009).

Orang Talang di Desa Betung menjalani kehidupan seharian mereka dengan menanam padi, menangkap ikan di sungai, mengutip hasil-hasil hutan dan menoreh getah. Kaum lelaki mereka terarah kepada pekerjaan seperti menangkap ikan dan membuka kawasan baharu bagi tujuan pertanian yang mana memerlukan mereka keluar jauh buat sementara dari kawasan kediaman. Sebagai sumber tunai, Orang Talang menjual hasil tangkapan ikan di pasar Sorek yang terletak beberapa kilometer dari Desa Betung. Kaum wanita mereka pula melibatkan diri dengan pekerjaan yang boleh dilakukan dalam kawasan berhampiran kediaman seperti bercucuk tanam. Kaum wanita juga berperanan penting dalam menguruskan hal ehwal rumah tangga dan membesarkan anak-anak.

(6)

43

Dengan peningkatan pembukaan kawasan ekonomi baharu di Kabupaten

Pelalawan, anak-anak muda Orang Talang terutama golongan wanita muda melibatkan diri dalam sektor perladangan kelapa sawit. Mereka merasakan bekerja di sektor perladangan lebih terjamin meskipun pendapatannya agak kurang. Golongan lelaki muda pula kurang berminat untuk melibatkan diri dalam sektor ini kerana mereka beranggapan bekerja di sektor perladangan ‘tidak bergensi’ atau tidak berprestij/menarik. Mereka juga melihat bekerja di sektor perladangan yang dikawal oleh majikan lebih membuatkan mereka merasa malu. Namun, mereka lebih terbuka untuk bekerja dalam sektor pembalakan kerana pekerjaan ini dilihat sebagai ‘kerja mandiri’ yang tidak terikat dengan pengawasan majikan. Meskipun begitu, masyarakat Orang Talang lebih fleksibel dalam pekerjaan dan cenderung bertukar-tukar kerja bergantung kepada keadaan dan kekuatan fizikal.

Masyarakat Orang Talang masih terus mengamalkan cara hidup secara sederhana

yang banyak dipengaruhi oleh faktor alam. Secara tidak langsung, situasi ini

menyebabkan kemunculan dukun, bomoh, pawang dan kemantan. Kedudukan mereka dalam masyarakat Orang Talang dilihat penting. Mereka menjadi perantara dalam membuat hubungan yang baik dan harmoni antara manusia dengan alam. Sebagai masyarakat Melayu Tua, Orang Talang mempercayai semangat laut, tanjung, tanah, pohon, ikan dan binatang liar dikawal oleh makhluk halus. Bagi Orang Talang, setiap peristiwa yang berlaku dalam kehidupan mempunyai pengertian yang tersendiri. Setiap peristiwa yang berlaku itu sama ada peristiwa suka atau duka dimengertikan atau

diungkapkan melalui seni tradisi lisan dan upacara-upacara ritual. Di bahagian

berikutnya, diterangkan seni tradisi lisan dan mantera yang digunakan dalam ritual serta kepentingannya kepada masyarakat Orang Talang.

b) Seni tradisi lisan Orang Talang

Tradisi Orang Talang dilihat memiliki pelbagai fungsi dalam konteks yang luas. Seni tradisi atau ritual dalam masyarakat Orang Talang mengandungi pengetahuan mistik (Chou, 1994). Ilmu atau ‘lomu’ dalam dialek yang dituturkan oleh Orang Talang menyiratkan pengetahuan esoterik yang hanya boleh difahami oleh golongan tertentu. Pertalian Orang Talang dengan pengetahuan mistik sangat berkait rapat dengan keadaan mereka yang asli (authentic), mesra dengan alam dan kedudukan mereka yang sangat jauh dari kesan modenisasi. Semakin terpinggir sesuatu kaum, semakin menebal kuasa mistik atau magis.

Orang Talang mencintai lagu dan nyanyian dalam bentuk pantun kerana menerusi pantun mereka dapat menyampaikan rasa dan emosi. Orang Talang juga menggunakan

pantun sebagai medium sindiran kepada pendengar. Genre tradisi lisan yang

menggunakan pantun ialah ucapan adat di acara perkahwinan, mantera mistik (sihir), nyanyi panjang dan upacara belian. Nyanyi panjang merangkumi nyanyian cerita mengenai asal usul Orang Talang dan wilayah tanah kepunyaan mereka dengan mengikut irama tertentu. Persembahan nyanyi panjang mengambil masa lebih dari 3 hari untuk

melengkapkan keseluruhan nyanyian. Genre nyanyi panjang mengandungi pelbagai

(7)

44

mempelbagaikan gaya nyanyiannya. Pada hari ini, nyanyi panjang kurang diamalkan disebabkan bilangan penyanyi yang kurang.

Dalam penelitian di Desa Betung, saya berkesempatan mengikuti ritual belian iaitu ritual pengubatan. Belian sebagai social magic merupakan satu ritual bagi memohon kesembuhan daripada kuasa spiritual. Belian mempunyai dua jenis: ‘belian biaso’ iaitu untuk mengubati pesakit dan ‘belian pole’ yang diadakan untuk menambah kuasa dukun atau kemantan. Pelaksana upacara bulian ini adalah seorang dukun yang dikenali sebagai kemantan.

Gambar 2: Pak Munawer sebagai kemantan dalam ritual belian di Desa Betung

Kemantan dibantu oleh tukang dendi iaitu pemain rebab, tukang bayu dan biduan/penyanyi. Berdasarkan keterangan yang saya peroleh, belian dijalankan selama 10 malam. Dalam perlaksanaan ritual belian, kemantan dikelilingi 20 hingga 30 orang perempuan pengiring. Kemantan menari sampai terjatuh di tengah perempuan mengiring yang duduk melingkar. Ketika jatuhnya kemantan akan mendapat petunjuk dari roh tentang keadaan pesakit yang akan diubati dan cara pengubatannya. Setelah pulih dari jatuhnya, kemantan akan memberitahu hal itu kepada keluarga pesakit dan kemudian mengubati pesakit tersebut. Upacara pengubatan ini menggunakan medium mantera, nyanyian dan tarian. Kemantan mempersembahkan lagu ritual yang dikenali ‘anak iyang’ yang terdiri daripada beberapa rangkap. Dalam nyanyian ini, kemantan berkomunikasi dengan kuasa ghaib bagi mendapatkan pertolongan mengubati pesakit.

Mantera mistik (sihir) dalam masyarakat Orang Talang boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu ilmu mantera untuk masyarakat dan ilmu mantera untuk peribadi. Ilmu mantera untuk masyarakat dapat dikaitkan dengan aktiviti harian yang melibatkan kegiatan ekonomi, pemburuan, penanaman, mengutip hasil madu, urusan pengubatan dan kelahiran bayi. Ilmu mantera untuk masyarakat memerlukan seorang yang pakar dan memegang gelaran seperti dukun padi, dukun lebah atau juragan, kemantan (pakar pengubatan Orang Talang) dan bidan. Ilmu mantera untuk peribadi pula digunakan bagi menyampaikan tujuan seseorang. Mantera dalam kategori ini berkait dengan pengucapan mistik bagi tujuan memelihara kesihatan, kekuatan fizikal, ketahanan diri, memelihara

(8)

45

kecantikan dan kepuasan seksual. Selain itu, ilmu mantera untuk tujuan peribadi turut melibatkan ilmu membersihkan diri, ilmu kekebalan, ilmu pemanis, ilmu suara dan ilmu keguguran. Ilmu mantera bagi tujuan peribadi yang tersebut dikatakan tidak merbahaya kerana mantera-mantera itu khusus untuk kegunaan diri sendiri dan tidak kepada individu lain.

Namun, ada jenis mantera untuk kegunaan peribadi yang mengundang bahaya kerana melibatkan orang lain. Contohnya, ilmu pengasih, ilmu pembenci dan ilmu penunduk. Mantera-mantera seperti ini berupaya mengawal atau mengambil kesempatan ke atas orang lain. Bagi masyarakat Orang Talang, hubungan keluarga dengan anak, guru dan pelajar serta suami dan isteri merupakan hubungan sosial; maka mantera seperti yang tersebut digunakan untuk mengalahkan satu sama lain. Masyarakat Orang Talang biasanya menjalinkan bacaan mantera mistik (sihir) dengan beberapa objek. Misalnya, mantera untuk memelihara kecantikan dibacakan ke atas bahan-bahan seperti minyak, limau dan buah pinang yang boleh digunakan oleh individu yang dituju. Mantera pengasih pula boleh dibacakan ke atas bahan makanan dan minuman yang boleh memberi kesan keberahian kepada yang individu yang dituju.

Mantera-mantera mistik cukup kuat sehingga mampu menghidupkan kuasa spiritual dengan menyeru bulan, bintang, matahari, burung dan tumbuh-tumbuhan. Selain itu, mantera mistik boleh menghidupkan semangat orang yang telah lama mati. Sebagai contoh, disertakan mantera untuk memelihara kecantikan yang diamalkan oleh masyarakat Orang Talang:

Allah humakama bilhaili Sekali ke umah

Sekali ke tanah

Aku mengambil cahayo mataha’i Bulan dengan bintang

Sa’o melilup di pinggang aku Bulan mengambang di muka aku Mataha’i terbit ubun-ubun aku Sengaji aku memamkai

Cahayo bulan bintang mataha’i Dalam batang tubuh badan ku ini Kabul Allah, Kabul Muhammad Kabul Bagindo Rasulullah

Orang Talang menganggap kuasa spiritual ini juga makhluk ciptaan Allah. Sebagai Muslim, Orang Talang menyesuaikan melaraskan pandangan mereka bahawa hantu dan jin juga makhluk Allah. Menurut mereka, amalan pengucapan mantera tidak bertentangan dengan agama Islam. Mereka percaya bahawa setiap makhluk yang diciptakan mempunyai peranan dan tujuan masing-masing.

KESIMPULAN

Suku Melayu Asli Orang Talang di Kabupaten Pelalawan, Riau memiliki tatacara hidup yang amat sederhana. Adat serta nilai-nilai tradisional mereka masih terpelihara. Sistem adat dan nilai mereka membentuk hubungan yang harmonis antara hubungan manusia dengan manusia serta manusia dengan alam. Orang Talang melihat diri mereka sebagai penjaga hutan yang setia kerana mempercayai bahawa hutan merupakan anugerah yang amat bernilai dan merupakan faktor terpenting

(9)

46

dalam alam kehidupan. Amalan ritual mistik dalam masyarakat Orang Talang dilihat penting dalam menjalankan fungsi sosial dan sebagai usaha mencapai sesuatu tujuan. Ritual mistik ialah sumber kekuasaan, kefahaman dan sumber ilmu Orang Talang sebagai manifestasi mereka dengan alam.

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya yang telah membiayai sebahagian kos perjalanan dan penginapan sepanjang melakukan penelitian ini pada Jun 2009. Terima kasih juga ditujukan kepada penduduk Desa Betung dan penduduk di Kampung Lubuk Kerinci di Kabupaten Pelalawan, Riau Indonesia yang sudi bekerjasama dalam penelitian ini.

RUJUKAN

Atkinson, Jane M. 1989. The art and politics of Wana shamanship. Berkeley: University of California Press.

Bangun Parulian Siburian, 2002. Atlas Indonesia dan dunia edisi terbaru. Tangerang: Karisma Publishing Group.

Chou, Cynthia. 1994. ‘Money, magic and fear: identity and exchange amongst the Orang Suku Laut (Sea Nomads) of Riau and Batam, Indonesia’ [disertasi PhD dissertation, University of Cambridge].

Fox. James J. 1988. To speak in pairs: essays on the ritual language of Eastern Indonesia. Cambridge: Cambridge University Press.

Geertz, Clifford. 1973. ‘Ritual and social change: a Javanese example.’ Dalam Robert Darnton et al (eds.), The interpretation of culture. New York: Basic Books.

Kang, Yoonhee. 2002. ‘Words of the ancestors, words for survival: marginality, emotion and the power of magical words among the Petalangan of Riau, Indonesia’ [Disertasi PhD, Yale University].

Pusat Penelitian Kebudayaan dan Kemasyarakatan Universitas Riau. 2009. Muhibbah seni budaya Melayu Riau: Melayu Sejati. Pekan Baru: Universitas Riau.

Sudirman. 1998. Nyanyi panjang Orang Talang di Riau: suatu kajian kes. [Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia].

Tenas Effendy. 1995. Sekilas tentang Orang Talang di Riau. Pekan baru: Dewan Kesenian Riau. Tengkoe Nazir. 1985. Sari sejarah Kampar, Pekan tua dan Pelalawan. Pekan baru: Ikatan

Kekeluargaan Pelalawan dan sekitarnya.

Tsing, Anna L. 1993. In the realm of the diamond queen: marginality in an out-of-the-way place. Princeton: Princeton University.

Gambar

Gambar 1: Peta menunjukkan Provinsi Riau yang terletak di Sumatera Barat, Indonesia (Sumber:
Gambar 2: Pak Munawer sebagai kemantan dalam ritual belian di Desa Betung

Referensi

Dokumen terkait

menghilangkan penat bagi orang-orang yang beraktifitas padat atau bekerja.selain itu juga diminati bagi tempat rekreasi remaja.Adanya objek wisata yang tersedia ini membuat

Penelitian ini bertujuan untuk melihat gambaran pengetahuan dan dukungan keluarga dengan kepatuhan berobat pasien diabetes melitus tipe II di Wilayah Kerja Puskesmas Payo

sehingga kekerasan dengan menggunakan senpi meningkat, dan apakah hukum yang berkaitan dengan kepemilikan senpi sudah dapat dikatakan baik karena.. berbasis pada realitas masyarakat

MENURUT ORGANI SASI / BAGI AN ANGGARAN, UNI T ORGANI SASI , PUSAT,DAERAH DAN KEWENANGAN. KODE PROVINSI KANTOR PUSAT KANTOR DAERAH DEKONSEN

Apakah faktor- faktor ekuitas merek (kesadaran merek, asosiasi merek, persepsi kualitas, loyalitas merek) memiliki peranan terhadap loyalitas pelanggan jamu Tolak Angin?.

HP beroperasi menggunakan sel-sel, yaitu kumpulan dari pemancar-pemancar (sekarang disebut cell tower ) dengan daya rendah untuk layanan di satu area kecil yang

Konsep klasifikasi materi bisa merupakan materi yang abstrak bagi siswa.Berdasarkan hasil keikutsertaan pada bimtek PISA 2017, disimpulkan siswa perlu belajar memahami bacaan IPA,

Kangaroo Lintas Nusantara yang dipengaruhi oleh faktor kepemimpinan transformasional, leader member exchange, self efficacy dimana karyawan yang bekerja tidak mampu