TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU DATA SEKOLAH
Nama guru data : NARASIMHA RAO A/L SOMAIAH
Surat bertarikh 28 Mac 2008 [ No. Ruj.:J.Pel.PK(ICT)4668/11/2(28) ] telah saya terima melalui Tuan Guru Besar ( En.M.Darman ) pada 8.4.2008.
Melalui surat tersebut saya difahamkan bahawa, saya telah dilantik untuk menjalankan tugas Guru Data di SJK(T) Bagan Serai berkuatkuasa pada 1 Januari 2008.
Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/2007 [ No. Ruj.: KP(BS-DSR)8787/008/2(22) ], yang disertakan bersama skop Guru Data adalah seperti berikut
:-Kelayakan
Mempunyai sijil kelayakan dalam bidang ICT
Mempunyai sijil kursus berkaitan pengurusan data oleh KPM ( akan diberi kursus tidak lama lagi )
Kreativiti
Mempunyai kemahiran pengurusan data.
Berkemahiran menghasilkan maklumat mengikut keperluan sekolah.
Sahsiah
Bertanggungjawab Boleh dipercayai Tiada tindakan tatatertib
Prosedur perlantikan
Sekolah akan mencalonkan seorang guru
Guru data perlu menghadiri Kursus Pengurusan Data Sekolah’ anjuran KPM.
Jika tukar sekolah, jawatan tersebut akan hilang secara automatik jika sekolah baru ada guru data.
Waktu mengajar
Sek.Ren. Tidak melebihi 12 waktu x 30 minit = 360 minit seminggu Guru data bertanggungjawab dalam pengurusan data pada peringkat
:-o Sekolah
o PPD
o JPN
o KPM
Guru data perlu ada 4 waktu setiap hari untuk urusan data tersebut.
o 4 waktu sehari x 30 minit = 120 minit sehari
o
20 waktu seminggu x 30 minit = 600 minit semingguJawatan
DGA29 / DG41
Jawatan dalam norma – Guru Penolong
Waktu bertugas
Mengikut waktu persekolahan
Bagi sekolah 2 sesi, waktu bertugas boleh disesuaikan merangkumi kedua-dua sesi – 2 alam )
Senarai Tugas Guru Data
Tugas kurikulum dan kokurikulum seperti biasa
▸ Baca selengkapnya: nota serah tugas guru akademik biasa
(2) EMIS ( data guru )
o Pengumpulan data
o Pemprosesan data
o Penyimpanan data
o Pengeluaran data
o Pelaporan data ( kepada guru, PPD, JPN, KPM )
o Pembekalan dan penyebaran data ( kepada guru )
o Pengurusan maklumat pendidikan sekolah
Bertanggungjawab mengurus data PTK
Bertanggungjawab mengurus data e-GTukar ( tugas terbaru ) Membantu guru dan staf sokongan dalam urusan
:-o SMM / BMM ( Sistem Maklumat Murid )
o SSDM ( Sistem Salah Laku Disiplin Murid )
o HRMIS ( Data guru – JPA )
o Peperiksaan
o Kokurikulum
o SISTEKS/EMATEK ( Buku Teks )
Menyelenggara rangkaian komputer kecuali bagi sekolah Bestari oleh penyelaras IT
Membantu pihak pengurusan sekolah kemaskini data bagi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP )2006 – 2010.
Memberi panduan/nasihat kepada guru lain yang mengurus bahagian masing-masing. Menjadi setiausaha Jawatankuasa Maklumat Sekolah.
Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan data yang diarahkan dari semasa ke semasa.
CADANGAN PENGUBAHSUAN TUGAS GURU DATA MENGIKUT KESESUAIAN DAN KEADAAN SEKOLAH
Saya faham bahawa, jawatan Guru Data merupakan jawatan norma sebagai guru penolong. Jadi, pengurangan waktu mengajar seperti dalam surat pekeliling akan merumitkan pentadbiran sekolah dalam keadaan
kekurangan guru. ( Tiada PK HEM, dan PK Penyelia Petang sehingga 8.4.2008 )
Walaubagaimanapun, jika saya diberi waktu mengajar seperti biasa ( > 800 minit ) dan pada masa yang sama perlu membuat semua tugas yang disenaraikan dalam Surat Pekeliling Guru Data, saya berpendapat ia akan membebankan dan tidak adil bagi saya.
Jadi saya ingin mengemukakan cadangan berikut untuk perhatian pihak sekolah
:-Cadangan 1
Bertanggungjawab pada data EMIS / PTK / e-GTukar sahaja.
o Kerani kumpul data
o Guru data proses, simpan
o Kerani hantar.
Cadangan 2
Bertanggungjawab pada data EMIS
o Guru data perlu kumpul, proses, simpan, hantar data.
o Mesyuarat/kursus perlu dihadiri oleh guru data.
o Kerani tiada kaitan.
Bertanggungjawab pada data SMM/BMM
o Kumpul, proses, simpan, hantar.
o Guru kelas tidak perlu urus data SMM/BMM kecuali edar dan kumpul borang.
o Mesyuarat/kursus perlu dihadiri oleh guru bertanggungjawab.(@ Guru data)
Bertanggungjawab pada data SSDM
o Kumpul, proses, simpan, hantar.
o Mesyuarat/kursus perlu dihadiri oleh guru bertanggungjawab..
o Urusan fail perlu dibuat oleh guru bertanggungjawab.
Bertanggungjawab pada data peperiksaan
o Kumpul, proses, simpan, hantar.
o Mesyuarat/kursus perlu dihadiri oleh S/U Peperiksaan kecuali guru data diminta bantu.
o Jika perlu guru data boleh dilantik sebagai Penolong S/U Peperiksaan.
Bertanggungjawab pada data SISTEKS/EMATEK ( Buku Teks )
o Kumpul, proses, simpan, hantar.
o Urusan fail/Urusan stok - Mesyuarat/kursus perlu dihadiri oleh guru SPBT.
Membantu guru-guru lain dalam jawatankuasa kecil program sekolah. Minit mengajar : 15 waktu = 450 minit seminggu Minit data : 17 waktu = 510 minit seminggu
JUMLAH : 32 waktu = 960 minit seminggu Boleh diberi kelas relief 1 waktu sehari jika perlu.
Bagi memudahkan pengurusan EMIS, SMM, BMM, SSDM, dan SAPR16 untuk sesi pagi dan sesi petang, guru data boleh dijadikan guru 2 alam seperti terkandung dalam Surat Pekeliling.
Cadangan 3
Bertanggungjawab pada semua urusan data seperti dalam Surat Pekeliling. Sebagai tambahan boleh mengaplikasi cadangan 2 sepenuhnya.
Membantu guru-guru dalam urusan e-stok. Boleh diberi kelas relief 1 waktu sehari jika perlu.
Minit mengajar : 12 waktu = 360 minit seminggu Minit data : 20 waktu = 600 minit seminggu
Cadangan 4
Pihak sekolah boleh melantik guru data baru yang sanggup mengurus semua data seperti dalam Surat Pekeliling dan mengajar > 800 minit. Saya tidak ada masalah untuk maklum kepada KPM dan letak jawatan sebagai guru data.
Nota :
- Tugas guru data bermula dari EMIS, kemudian PTK. Baru-baru ini, e-GTukar.
- Bebanan tugas guru data semakin bertambah selain mempunyai minit mengajar lebih 800.
- Perlantikan guru data oleh KPM perlu dimanfaatkan sepenuhnya dan mengurangkan ‘paperwork’ guru-guru lain.
- Jika demikian, guru-guru dapat menumpukan sepenuh perhatian mereka dalam P & P.
- Jadi pihak sekolah perlu mengambil inisiatif bagi jangka panjang untuk mengendalikan pengurusan data pada peringkat sekolah secara lebih profesional.
- Saya meminta jasa baik pihak sekolah supaya meneliti cadangan-cadangan di atas dan buat yang terbaik untuk sekolah.
Maklumat disampaikan oleh,
………. ( S.NARASIMHA RAO )
GURU DATA SEKOLAH
Maklumat diterima oleh ,
……… ………
( S.MUTHARASAN ) ( M.DARMAN )
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN GURU BESAR
Tarikh : Tarikh :
s.k.:
1. En.M.Darman, Tuan Guru Besar
2. En.S.Mutharasan, Penolong Kanan Pentadbiran 3. En.P.Ananthan, Penolong Kanan Kokurikulum
SKOP TANGGUNGJAWAB GURU DATA
Surat bertarikh 28 Mac 2008 [ No. Ruj.:J.Pel.PK(ICT)4668/11/2(28) ] dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/2007
[ No. Ruj.: KP(BS-DSR)8787/008/2(22) ] adalah dirujuk.
Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) telah merangka skop tanggungjawab guru data di peringkat sekolah. KPM juga telah melantik seorang guru data di setiap sekolah. Berikut adalah butirannya
:-Kelayakan
Mempunyai sijil kelayakan dalam bidang ICT
Mempunyai sijil kursus berkaitan pengurusan data oleh KPM ( akan diberi kursus tidak lama lagi )
Kreativiti
Mempunyai kemahiran pengurusan data.
Berkemahiran menghasilkan maklumat mengikut keperluan sekolah.
Sahsiah
Bertanggungjawab Boleh dipercayai Tiada tindakan tatatertib
Prosedur perlantikan
Sekolah akan mencalonkan seorang guru.
Guru data perlu menghadiri Kursus Pengurusan Data Sekolah’ anjuran KPM.
Jika tukar sekolah, jawatan tersebut akan hilang secara automatik jika sekolah baru ada guru data. Perlantikan secara sah adalah mulai 1.1.2008.
Guru data di SJKTBS ialah En.Narasimha Rao a/l Somaiah
Waktu mengajar
Sek.Ren. Tidak melebihi 12 waktu x 30 minit = 360 minit seminggu Guru data bertanggungjawab dalam pengurusan data pada peringkat
:-o Sekolah
o PPD
o JPN
o KPM
Guru data perlu ada 4 waktu setiap hari untuk urusan data tersebut.
Jadi, jumlah waktu mengajar dan membuat urusan data = 960 minit seminggu
Jawatan
DGA29 / DG41
Jawatan dalam norma – Guru Penolong
Waktu bertugas
Mengikut waktu persekolahan
Bagi sekolah 2 sesi, waktu bertugas boleh disesuaikan merangkumi kedua-dua sesi – 2 alam
Senarai Tugas Guru Data
Tugas kurikulum dan kokurikulum seperti biasa
Mengurus semua data yang perlu diserahkan kepada PPD, JPN dan KPM dan lain-lain agensi kerajaan.
Bertanggungjawab mengurus EMIS ( data guru )
o Pengumpulan data
o Pemprosesan data
o Penyimpanan data
o Pengeluaran data
o Pelaporan data ( kepada guru, PPD, JPN, KPM )
o Pembekalan dan penyebaran data ( kepada guru )
o Pengurusan maklumat pendidikan sekolah Bertanggungjawab mengurus data PTK
Bertanggungjawab mengurus data e-GTukar Membantu guru dan staf sokongan dalam urusan
:-o SMM / BMM ( Sistem Maklumat Murid )
o SSDM ( Sistem Salah Laku Disiplin Murid )
o HRMIS ( Data guru – JPA )
o Peperiksaan
o Kokurikulum
o SISTEKS/EMATEK ( Buku Teks )
Menyelenggara rangkaian komputer kecuali bagi sekolah Bestari oleh penyelaras IT
Membantu pihak pengurusan sekolah kemaskini data bagi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP )2006 – 2010.
Memberi panduan/nasihat kepada guru lain yang mengurus bahagian masing-masing. Menjadi setiausaha Jawatankuasa Maklumat Sekolah.
MINIT PERBINCANGAN TENTANG TUGAS GURU DATA
Surat bertarikh 28 Mac 2008 [ No. Ruj.:J.Pel.PK(ICT)4668/11/2(28) ] dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/2007
[ No. Ruj.: KP(BS-DSR)8787/008/2(22) ] adalah dirujuk.
Perjumpaan Pertama
Tarikh : 08.04.2008
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Bilik Guru Besar
Kehadiran
:-Bil. Nama Jawatan Tandatangan
1. En.M.Darman Guru Besar
2. En.S.Mutharasan Penolong Kanan 1
3. En.S.Narasimha Rao Guru Data
Perkara yang dibincangkan
- Guru Besar telah memberi surat perlantikan guru data.
- Beliau meminta meneliti surat perlantikan dan surat pekeliling.
- Guru data meminta masa untuk meneliti surat pekeliling.
- Guru besar berpendapat perkara yang terdapat dalam surat pekeliling tidak dapat diamalkan sepenuhnya kerana kekurangan 2 orang guru berjawatan, iaitu PK HEM dan PK Penyelia Petang.
- Aplikasinya perlu diubahsuai mengikut situasi sekolah.
Disediakan oleh,
8.4.2008
MINIT PERBINCANGAN TENTANG TUGAS GURU DATA
Surat bertarikh 28 Mac 2008 [ No. Ruj.:J.Pel.PK(ICT)4668/11/2(28) ] dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/2007
[ No. Ruj.: KP(BS-DSR)8787/008/2(22) ] adalah dirujuk.
Perjumpaan Kedua
Tarikh : 09.04.2008 Masa : 11.00 pagi Tempat : Bilik Guru Besar
Kehadiran
:-Bil. Nama Jawatan Tandatangan
1. En.M.Darman Guru Besar
2. En.S.Mutharasan Penolong Kanan 1
3. En.S.Narasimha Rao Guru Data
Perkara yang dibincangkan
- Guru data telah mengemukakan 4 cadangan mengenai bidang tugas dan pengagihan waktu guru data.
- Guru besar telah meneliti cadangan-cadangan tersebut.
o salinan kepada : Guru besar, PK1, Fail Guru Data
- Guru besar berkata akan memberi keputusan pada hari Isnin ( 14.04.2008 ).
Disediakan oleh,
……… ( S.NARASIMHA RAO ) Guru Data
MINIT PERBINCANGAN TENTANG TUGAS GURU DATA
Surat bertarikh 28 Mac 2008 [ No. Ruj.:J.Pel.PK(ICT)4668/11/2(28) ] dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/2007
[ No. Ruj.: KP(BS-DSR)8787/008/2(22) ] adalah dirujuk.
Perjumpaan Ketiga
Tarikh : 14.04.2008 Masa : 11.30 pagi
Tempat : Makmal Komputer
Kehadiran
:-Bil. Nama Jawatan Tandatangan
1. En.M.Darman Guru Besar
2. En.S.Mutharasan Penolong Kanan 1
3. En.S.Narasimha Rao Guru Data
Perkara yang dibincangkan
Keputusan guru besar
:-o Arahan dalam surat Pekeliling tidak dapat dilaksanakan pada masa sekarang kerana kekurangan 2 orang guru berjawatan, iaitu PK HEM dan Penyelia Petang.
o Jadual waktu sekolah baru diubah minggu ini. Jadi ia tidak boleh diubah lagi dalam masa terdekat kerana ibubapa akan mempersoalkannya.
o Waktu mengajar guru data tidak boleh dikurangkan sekarang. Jika ia dikurangkan akan membebankan guru – guru lain kerana jawatan guru data adalah jawatan dalam norm.
o Guru besar meminta guru data supaya membantu menyiapkan lain-lain tugas data seperti kemasukan data untuk PPSMI’ yang perlu diuruskan segera.
o Guru data menegaskan, beliau hanya akan mengurus EMIS, PTK dan e-GTukar jika waktu mengajar tidak dikurangkan. Lain-lain tugas guru data tidak dapat disiapkan kerana bebanan tugas meningkat.
o Guru data juga mencadangkan supaya guru besar boleh melantik guru lain yang sanggup membuat kedua-dua tugas serentak. ( waktu mengajar biasa dan tugasan guru data )
o Guru besar menolak cadangan tersebut.Beliau berkata akan memberi keputusan tidak lama lagi.
Disediakan oleh,
14.4.2008
PERSETUJUAN DAN PENGAGIHAN TUGAS GURU DATA DI PERINGKAT SEKOLAH
Saya ( Guru Data ) telah menerima surat perlantikan KPM melalui Guru Besar pada 08.04.2008. Satu perjumpaan khas bersama Guru Besar, En.M.Darman dan Penolong Kanan Pentadbiran
(PK1), En.S.Mutharasan diadakan pada 09.04.2008 di bilik guru besar.
Saya telah memberi kertas cadangan skop tanggungjawab guru data yang telah diubahsuai mengikut situasi sekolah.
Guru Besar dan PK1 telah meneliti kertas cadangan tersebut. ( Fail Guru Data )
Satu lagi perjumpaan telah diadakan pada __________ di bilik guru besar. Saya, Guru Besar dan PK1 telah menghadiri perjumpaan tersebut.
Keputusan perjumpaan tersebut adalah seperti berikut
:-o Minit Bertugas
Minit mengajar = _____ waktu seminggu Minit data = _____ waktu seminggu
JUMLAH MINIT = _____ waktu seminggu
= _____ minit seminggu
o Sesi bertugas : _____________ Masa mula tugas : _____________ Masa tamat tugas : _____________
o Kelas Relief: maksimum 1 waktu sehari
Bil. Kategori Tugas
Urusan Data ( dibawah Guru Data )
K
7 HRMIS (pembantu tadbir) / /
8 SISTEKS/EMATEK (guru SPBT) / /
9 SAPR16 (setiausaha peperiksaan) / /
10 SAPRHC (setiausaha peperiksaan) / /
11 PIPP (penolong kanan pentadbiran) / /
Makmal Komputer /
Tugas ‘papaerwork’ guru lain / /
Jawatankuasa Maklumat Sekolah S/U
Lain-Lain Tugas Berkaitan Urusan Data / /
Nota :
/ = Tugas guru data seperti dalam pekeliling
/* = Tugas tambahan guru data atas arahan guru besar
X = Pembatalan tugas asal guru data seperti dalam pekeliling atas arahan guru besar
s.k.:
5. En.M.Darman, Tuan Guru Besar