• Tidak ada hasil yang ditemukan

NOTA 1 SENARAI SEMAK SEMUA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "NOTA 1 SENARAI SEMAK SEMUA"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

NOTA 1 SENARAI SEMAK SEMUA

1. Diri sendiri. (maksud saya kenalah hadiri temuduga tu) 2. Pakaian yang bersesuaian. (Semua tahu kan?)

3. Blazer (bagi saya WAJIB! Kalau orang lain pakai, tak kan kita tak pakai? Saya pun pinjam pengawas punya. Haha. Ada cakap yg 2 butang, ada cakap 3 butang.)

4. Nametag (sebaiknya yang besar tu – 7.5cm x 2.5cm) 5. Sijil ikut senarai semak (dalam laman web SPP)

6. Sahkan salinan tu. (Sebaiknya pengetua sekolah sahaja.) 7. RPH (Wajib)

8. Ilmu (anda dah bayar saya, jadi yakin dengan nota ini sebagai satu usaha kita.) 9. Restu mak ayah.

10. Doa dan tawakal. Insya Allah.. Kejayaan milik kita.

ANTARA SOALAN POPULAR

1) Kenalkan diri (ready juga dalam BI)

Nama saya … Saya berumur 25 tahun dan berasal dari Kuantan, Pahang. Saya merupakan graduan UPSI dengan mengambil jurusan … (terus cerita kekuatan, kelebihan diri, pengalaman. Tak perlu benda2 tak penting seperti makanan kegemaran semua tu. Ok?

2) Kenapa suka jadi cikgu? - Minat

- sudah mencuba pelbagai kerja tetapi tidak mendapat kepuasan seperti menjadi guru. - ini contoh saja.. Anda mesti ada jawapan lain kan?

3) Kenapa cikgu KH? Kenapa bukan cikgu Sejarah?

(2)

4) Apa yang kamu mampu tawarkan kepada sekolah? - Cerita kelebihan di universiti dulu.

- Contoh : Semasa di university dulu saya aktif dengan pidato dan jika ditawarkan jawatan ini, saya akan mencungkil bakat pelajar saya yang berpotensi dalam pidato ini. 5) Ceritakan tentang peribadi kamu/kekuatan diri kamu?

-Mampu berdikari dan bekerjasama dalam satu organisasi - Mampu berkomunikasi dengan baik dalam BM dan BI - Mempunyai kelebihan memberi tunjuk ajar.

- yang lain fikir sendiri. Mana saya tau peribadi anda.Hahaha

6) Pengalaman ketika praktikum? - Saya tak tahu pengalaman anda.

7) Kamu datang untuk temuduga apa?

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 8) Anda sudah bersedia untuk ditempatkan di pedalaman?

Jawapannya mesti kedengaran positif. "Apabila saya menyertai bidang ini, saya sebenarnya sudah bersedia sejak awal lagi. Jika itu keputusan yang terbaik buat saya, saya akan mendidik anak-anak murid dengan seberapa baik."

9) Kelemahan diri yang ingin diperbaiki.

- Cuba fikirkan, mana ada orang perfect kan melainkan saya. Haha

10) Anda sudah berkahwin, bagaimana kalau ditakdirkan kami tempatkan anda jauh dari suami?

Sejak dari awal lagi, saya sudah maklum dengan perkara ini. Namun demikian, menteri pendidikan sendiri sudah memberi kenyataan di akhbar bahawa kementerian sentiasa mengambil kira kebajikan guru2 yang sudah berkahwin dan permohonan pertukaran lebih mudah dilakukan atas faktor kemanusian.

(3)

1. Gunung tertinggi di Malaysia? - Gunung Kinabalu (4095m) 2. Cara kira BMI?

- (BMI = Berat (kg) / [Tinggi(m) x Tinggi (m)]

* Kurang daripada 20, berat badan anda adalah berkurangan * 20 hingga 24.9, anda terdiri dari berat badan yang normal * 25 hingga 29.9, berat badan anda mulai berlebihan * 30 dan keatas, anda adalah obesiti

3. AGONG

- Pertama - Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad (dari N9 sejak 1957)

- Agong sekarang - Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah (dari kedah sejak 2011)

3. Mata wang

– Malaysia – RM, Indon – Rupiah, Brunei – Dolar Brunei Darusslam, Thailand – Baht, Myanmar – Kyat, Laos – New Kip, Kemboja – Riel , Singapura – Dolar Singapura, Vietnam – Dong, Filipina – Peso, Timor Leste – Dolar US.

4. Cara tingkat kecemerlangan sekolah

- Meningkatkan keupayaan guru dari segi pemantauan dan penilaian. (kursus, seminar dll) - memaksimumkan penggunaan kemudahan yang disediakan. (ICT dll)

- mementingkan nilai bukan hanya akademik dan kokurikulum sahaja. - penglibatan komuniti ibu bapa

- sokongan berkualiti dari semua pihak. - (fikir saja apa2 yang berkaitan.)

5. Majlis raja2 bersidang berapa kali setahun?

- Majlis ini bersidang sebanyak tiga atau empat kali setahun, selama tiga hari. Raja-raja dan Yang di -Pertua Negeri diiringi oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri. Persidangan dipengerusikan oleh raja yang terkanan dan setiausahanya ialah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

(4)

- Rendah 2,740,992

9. Nisbah guru dan murid sekarang?

- Murid (tak termasuk prasekolah) bahagi guru - 5026438 bahagi 419940 = 11.9

- 1 : 11

- (betul la kan saya kira?? )

10. Cara atasi masalah buli?

- Pendidikan Agama atau moral (terapkan dalam diri pelajar)

- Peranan Media (tidak menayangkan program yang berunsurkan jenayah dalam masyarakat.) - Penguatkuasaan Peraturan (supaya para pelajar lebih patuh dan akur dengan peraturan yang ditetapkan.)

- Poster (Poster-poster berkenaan kes buli perlu disebarkan secara meluas agar kefahaman masyarakat tentang masalah ini meningkat.)

- Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan (memperbanyakkan aktiviti-aktiviti yang dapat memberi penjelasan secara mendalam tentang isu ini ke dalam masyarakat.)

11. Murid lebih cenderung untuk belajar di pusat tuisyen, adakah anda sudi menjadi guru tuisyen?Mengapa?

- Maaf, saya tak tahu pekeliling bagi atau tidak tapi ini jawapan yang saya google. - ikut JPN masing2.

- Guru yang mengajar tuisyen tanpa kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri dan beroperasi di pusat yang tidak berdaftar, boleh dikenakan tindakan tatatertib termasuk diberhentikan kerja.

- maknanya kalau berdaftar boleh la kan? Kan3x? Hehe..

12. Apakah punca guru stress? - Bebanan tugas perkeranian. - akses dalam talian yang lemah. - masalah disiplin pelajar. 13.Cara atasi stres guru.

(5)

- Kehidupan fizikal (Seseorang guru harus tahu teknik yang berkesan untuk menangani stress terutamanya menjelang peperiksaan pelajar dan pertukaran pentadbiran di sekolah.Pengetahuan dalam senaman rutin dan pelan makanan seimbang boleh membantu guru menangani stress.) - Intelek (Guru hendaklah bergaul dengan golongan yang memiliki tahap intelek yang serupa dengan mereka kerana aspek intelek boleh membantu guru menangani stress (Gold Yvonne dan A. Roth Robert, 1993).

14. Nyatakan perbezaan antara interpersonal dengan intrapersonal

- Interpersonal membawa maksud komunikasi dua arah. Intrapersonal lebih membawa maksud komunikasi satu arah, (monolog dalaman diri seseorang).

- Contoh Inter (cara komunikasi dengan orang seperti gerak tubuh, memek muka dll) - Contoh Intra (kawalan emosi, psikologi dll)

15. Apakah peranan seorang Ketua Panitia di sekolah - Menguruskan fail panitia.

- menyelaras dan menyemak persediaan kertas soalan dan skema. - menyediakan laporan analisis peperiksaan.

- merancang dan menyelaras program peningkatan prestasi - bantu pentakbir menjalankan tugas berkaitan kurikulum. 16. Saiz nametag

- hitam putih 7.5cm x 2.5cm. 17. Kenapa pakai nametag? - terdapat dalam pekeliling.

- jika tidak silap mula zaman Mahathir. Selain nametag, punch kad juga idea tun dari usaha pandang ke Timur – Jepun

18. Beza blazer lelaki dan perempuan

- lelaki butang sebelah kanan, perempuan butang sebelah kiri.

- ini saya tak faham sangat. Hehe.. tapi bolehlah sekadar pegetahuan.

19. Apa kebudayaan negeri anda?

- contoh seperti di Johor terkenal dengan tarian Zapin. 20. Lagu negaraku?

- Asal lagu kebesaran negeri Perak. (Lagu Terang Bulan) 21. Bendera Malaysia (Jalur Gemilang)

- 14 jalur merah dan putih. 13 buah negeri dan 1 wilayah persekutuan - anak bulan maksud agama Islam

(6)

- mula guna 26 Mei 1950

- Pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-40, Perdana Menteri, Tun Mahathir bin Mohamad telah mengistiyarkan nama bendera Malaysia sebagai Jalur Gemilang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

22. Kepentingan RPH

- Menentukan serta memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. - Meningkatkan keyakinan diri guru sebelum masuk mengajar.

-Menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa yang diperuntukkan.

- Menentukan strategi atau aktiviti yang terbaik bagi menyampaikan isi pelajaran yang bersesuaian dengan murid demi membantu murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.

- Merancang penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai. 23. Mana paling penting dalam RPH

- Contoh kita cakap induksi set. Dapat tarik perhatian pelajar, supaya pelajar lebih berminat, menimbulkan ras aingin tahu pelajar dll.

- pilih je yang mana nak dan mudah samada fasa dalam pengajaran, penutup dll.

24. Kepentingan refleksi dalam pengajaran • membuat penilaian kendiri

• berfikir secara analitik, kritis dan kreatif

• menganalisis perkara-perkara penting proses bekerja dan hasil kerja • melihat alternatif-alternatif dalam membuat keputusan

• mencari jalan penyelesaian berasaskan ciri-ciri spiritual, moral, nilai & estetika • mengubah tingkahlaku

25. Sedikit sejarah Malaysia - Merdeka (31 0GOS 1957)

- Penubuhan Malaysia + gabung dengan Borneo (16 Sept 1963)

- Portugis merupakan penjajah Barat yang pertama menjajah negara ini, iaitu di Melaka pada 1511, di ikuti dengan Belanda pada 1641 dan Inggeris pada 1824. Negara kita juga pernah dijajah oleh Siam pada 1821-1909 dan Jepun pada 1942-1945.

26. Aspek keselamatan yang perlu ada di sekolah - Data cara pelajar ke sekolah.

- Pelan kawasan berisiko sekita sekolah

(7)

- Sistem kawalan keluar masuk sekolah ( Buku Rekod Pelawat , Buku Kebenaran Membawa Pelajar Keluar dan lain-lain )

- Nombor-nombor telefon semua pihak yang berkaitan semasa krisis dipamerkan dengan jelas di tempat yang sesuai.

- Peraturan dan arahan keselamatan dipamerkan dengan jelas ditempat yang sesuai.

- Kerjasama anatara pihak polis ,pengawal keselamatan sekolah , sukarelawan sebelum,semasa dan selepas waktu persekolahan.

24. Apa itu kelas kondusif? Apakah yang perlu ada pada setiap guru untuk menjadikan kelas tersebut kondusif?

Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Persekitaran ini mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar. Iklim yang dapat memotivasikan murid merujuk kepada suasana atau budaya yang dapat mewujudkan motif dalam diri murid untuk bertindak ke arah mencapai matlamat pembelajara. Hal ini melibatkan pendekatan pengajaran, corak komunikasi, kemahiran guru dalam mengurus, mengawal murid dan aktiviti-aktiviti di dalam bilik darjah serta personaliti guru itu sendiri. Dalam persekitaran ini, murid menyedari kelebihan sikap berdikari, mempunyai perasaan bertanggungjawab dan kesepunyaan terhadap pembelajarannya.

25. Berapa kapasiti penduduk Malaysia? Nisbah lelaki : perempuan? Kenapa nisbah seperti itu? Dimanakah untuk kita merujuk kapasiti penduduk di Malaysia?

- 29,964,680

- tahun 2013 lelaki lebih ramai dari wanita. - Nisbah 106 : 100

- Jabatan Perangkaan Malaysia 26. Maksud teknologi

- Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.

- Maksud yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yang mana teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki.

- Takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.

(8)

Ujian Formatif – Satu jenis ujian formal atau tak formal untuk mengesan tahap penguasaan dan kemajuan murid di dalam kelas. Biasanya skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas.

Ujian Sumatif - Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada akhir satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalam kalangan murid. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif diasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran.

28. Kenapa pakai blazer?

- Ada orang pernah ditanya macam ni. Cuba jawab macam ni.. - Saya sedar iklim di Malaysia tidak sesuai untuk sentiasa pakai blazer setiap masa. Hari ini saya datang dengan blazer sebab pakaian ini saya rasa sesuai digunakan waktu majlis formal seperti temuduga ini. Melalui pakaian ini turut melambangkan profesional saya sebagai seorang guru. 29. Berapa oran guru bersara tiap tahun?

- Maaf sebab soalan ini saya dah cari tapi tak jumpa. Berubah2 sejak persaraan naik dari 58 ke 60. Saya tak tau nak amek data tu kat mana.

30. Intipati Belanjawan 2014

- Ia bertemakan “Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji”, Bajet 2014 merupakan bajet pertama selepas kerajaan Barisan Nasional (BN) sekali lagi diberi mandat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

i. Kadar BRIM dinaikkan

Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650

Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300

BR1M 3.0 diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.

ii. Subsidi Gula di mansuhkan

iii. Bonus setengah bulan gaji

Kakitangan Awam Terima Bonus Setengah Bulan Gaji, Minimum RM500,persara RM250 Kerajaan mengumumkan bonus setengah bulan gaji, minimum RM500

(9)

Akan dibayar pada awal Januari 2014

iv. Bantuan Persekolahan RM100 Diteruskan

Bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah tetap diteruskan v. Kadar Baucar Buku Diteruskan

Referensi

Dokumen terkait

Penulis berharap agar hasil penelitian ini dapat bermanfaat sebagai bahan masukan yang berguna mengenai peranan analisis biaya kualitas untuk menekan biaya produksi, serta

Sementara bab IV yang merupakan inti dari skripsi ini adalah bagian pembahasan, bagian yang secara panjang lebar menjawab semua pertanyaan yang terdapat dalam

Edition) ”(The Hotel Association of New York City, Inc.,2006) 4 Rooms revenue per available room(RevPAR)measures the rooms revenue yield a property achieves relative to the

Upaya orang tua dalam membantu anak mengahadapi dampak teknologi dapat dilakukan dengan cara memberikan pengawasan yang terus menerus, melakukan komunikasi secara terbuka

Ruang publik politik dan civil society merupakan ruang dan wahana strategis bagi partisipasi politik gereja dalam keberpihakan kepada masyarakat di hadapan kekuasaan politik

Bali sebagai sebuah Pulau Taman karena memang tersusun oleh banyak taman, baik yang bersifat alami seperti: taman pantai, taman danau, taman pegunungan, taman

Upaya-upaya mengumpulkan modal dari hasil kerjanya tersebut sesuai dengan teori kebutuhan Maslow yang mengemukakan bahwa seorang individu berusaha untuk memenuhi

DEEPER LEARNING TERHADAP HASIL BELAJAR BIOLOGI SISWA KELAS XI IPA SMA NEGERI 2 SURAKARTA TAHUN PELAJARAN