• Tidak ada hasil yang ditemukan

MIGRASI DAKWAH DAN IMPAKNYA TERHADAP PER

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "MIGRASI DAKWAH DAN IMPAKNYA TERHADAP PER"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

MIGRASI DAKWAH DAN IMPAKNYA

TERHADAP PERKEMBANGAN ISLAM DI

SABAH DARI SUDUT DEMOGRAFI

DAN POLITIK

1

Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin 2

Ibnor Azli Ibrahim 3

Azizah Kassim

1

Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

2

Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

3

Institut Kajian Malaysia dan Antrabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

mnhidayath_h@yahoo.com, iabi@gmail.com, azizah_bte_kassim@hotmail.com

ABSTRAK

Kajian lepas yang membahaskan tentang dimensi migrasi yang berlaku di Sabah telah mengetengahkan dua bentuk dimensi iaitu dimensi pelarian warga Selatan Filipina dan dimensi ekonomi daripada warga Indonesia, Pakistan, Filipina dan lain-lain lagi. Dua dimensi ini dilihat dominan kerana gelombang kedatangan mereka yang ramai. Bagaimanapun, dimensi migrasi bukan hanya terhad kepada dua bentuk tersebut sahaja. Migrasi dakwah turut berlaku kerana ia terbukti telah memberi impak kepada demografi Sabah daripada minoriti Islam kepada majoriti Islam sehingga Islam menjadi agama rasmi negeri. Kajian ini akan menganalisis fakta migrasi dakwah yang berlaku serta impaknya terhadap perkembangan demografi dan politik Islam di Sabah. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan pendekatan analisis dokumen. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan disusun secara tematik. Hasil kajian mendapati migrasi dakwah telah benar-benar berlaku di Sabah iaitu melalui migrasi agamawan sama ada dari dalam mahupun luar, migrasi besar-besaran migran Muslim pelarian dan ekonomi yang menyumbang kepada pertambahan populasi Muslim serta migrasi dalaman melalui pemindahan orang-orang Islam ke tempat-tempat tertentu bagi membentuk penempatan Islam. Kajian ini berharap dapat mengetengahkan satu lagi bentuk dimensi migrasi yang turut berlaku iaitu migrasi dakwah yang telah menjadi salah satu pemangkin kepada perkembangan Islam di Sabah.

Kata Kunci: Migrasi, Dakwah, Perkembangan Islam, Demografi, Politik, Sabah

PENGENALAN

(2)

yang berjumlah 462,496. Majoriti masyarakat ketika itu adalah beragama Kristian dan tidak kurang juga tidak beragama sebaliknya mengamalkan kepercayaan animisme. Bagaimanapun, pada tahun 1970-an, landskap beragama di Sabah telah mengalami perubahan mendadak. Islam telah menjadi agama majoriti sehingga mencapai 52% daripada jumlah keseluruhan penduduk. Dengan pencapaian tersebut, ia menjadikan Islam sebagai agama rasmi negeri pada 23 September 1973. Dengan pencapaian tersebut, ia telah membuka jalan untuk memperkembangkan Islam dengan lebih rancak. Sudah tentu terdapat usaha-usaha telah dijalankan oleh pemimpin-pemimpin tempatan bagi mencapai kejayaan tersebut. Walaupun migrasi bukanlah merupakan langkah yang utama, namun sedikit sebanyak ia telah memberikan sumbangan kepada perkembangan Islam di Sabah. Oleh itu kertas kerja ini cuba mengetengahkan gerakan migrasi dakwah yang berlaku yang telah memberikan impak terhadap perkembangan Islam di Sabah.

SABAH SEKILAS PANDANG

Sabah merupakan salah sebuah negeri di Malaysia yang terdiri daripada 13 buah negeri dan 3 buah wilayah. Sabah terletak di utara Pulau Borneo iaitu pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak dengan keluasan 72, 500 km persegi dengan pantai sepanjang 14, 400 km serta berkedudukan pada 4 -80 latitude dan 115- 120 longitude. Sabah bersempadan dengan wilayah Kalimantan, Indonesia di sebelah selatan dan negeri Sarawak serta Labuan di sebelah barat-daya. Pada zaman penjajahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU), negeri Sabah dikenali sebagai North Borneo (Borneo Utara). Nama Sabah mulai diguna pakai semula ketika proses kemerdekaan melalui pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Selain itu, Sabah turut mendapat julukan sebagai “Negeri di Bawah Bayu” kerana kedudukannya yang strategik di bawah laluan angin monsun. (Wendy 2001)

(3)

Minokok, Bonggi, Idahan, Kagayan dan banyak lagi. Kumpulan etnik ini diklasifikasikan sebagai Bumiputera Sabah.(Siti Aidah 2007: 4-6)

Sebahagian lagi penduduk lain diklasifikasikan sebagai Bukan Bumiputera Sabah seperti kaum Cina dan India. Kaum Cina merupakan kumpulan Bukan Bumiputera terbesar di Sabah. Mereka merupakan kaum terbesar selepas kaum Kadazan-Dusun. Perbezaan di antara suku kaum di Sabah adalah sangat ketara terutama sekali dari segi bahasa, agama, adat, budaya, pegangan hidup dan termasuklah pakaian tradisi mereka. Sungguhpun begitu, penduduk Sabah tetap saling hormat-menghormati, bersatu dan hidup harmoni. Malah Sabah telah dinobatkan sebagai antara contoh terbaik gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datu Seri Najib Razak. (Sinar Harian 2014)

Sebelum kemasukan pengaruh agama, peribumi Sabah tidak menganut sebarang agama sebaliknya mengamalkan kepercayaan animisme. Mereka mempercayai akan semangat, roh, hantu dan iblis. Malah setelah kemasukan agama Kristian dan Islam, kepercayaan animisme ini juga tidak terpinggir dalam sesetengah masyarakat kerana ia telah sebati sebagai adat mereka. Sungguhpun kemasukan Kristian ke Sabah pada tahun 1859 (Regina 2008: 113) adalah lewat berbanding agama Islam pada tahun 1300 (Mat Zin 2003: 28), namun apabila Syarikat Borneo Borneo Utara menjajah Sabah pada tahun 1881 telah menyumbang kepada proses dakwah dan perkembangan agama Kristian ke seluruh daerah terutamanya kawasan pedalaman. Ini menjadikan Islam pada ketika itu sebagai agama minoriti. Menurut bancian Syarikat British Borneo Utara pada tahun 1960, umat Islam merupakan sepertiga daripada jumlah keseluruhan populasi penduduk Sabah yang berjumlah 462,496. Ini juga dapat dijelaskan dalam bentuk peratus iaitu populasi Islam 37.9% manakala Kristian 16.6% dan lain-lain 45.5%. (British North Borneo 1961). Bagaimanapun, bermula pada tahun 1970-an angkat tersebut mulai berubah. Islam mulai menjadi agama majoriti dan kekal sehingga kini. Pada tahun 2010, dari keseluruhan penduduk Sabah seramai 3206742 orang, Islam adalah 2096153, Kristian 853726, Buddha 194428, Hindu 3037, dan lain-lain 5,959. (Banci Penduduk & Perumahan Malaysia 2010)

MIGRASI MANUSIA DI SABAH: SATU TINJAUAN

Migrasi manusia bukanlah satu perkara yang baharu. Ia merupakan satu fenomena yang dihadapi oleh seluruh negara di dunia baik negara maju, negara membangun dan negara mundur. Sabah yang merupakan salah satu daripada negeri dalam Malaysia tidak terpinggir daripada fenomena migrasi manusia. Hakikatnya migrasi manusia telah pun berlaku di Sabah sejak zaman dahulu lagi. Migran-migran dari negara-negara jiran seperti Filipina, Indonesia, China, Pakistan, India dan lain-lain telah berhijrah ke Sabah dengan pelbagai sebab. Kesannya migrasi telah membentuk kepelbagaian etnik dan kaum di Sabah seperti yang ada kini.

(4)

Pembentukan sempadan telah menyebabkan rumpun Melayu mulai terpisah dan dikenali dengan kewarganegaraan masing-masing. Sungguhpun mempunyai persamaan dari segi bahasa, budaya, agama dan sebagainya, namun pembentukan sempadan telah menjadikan hubungan saudara yang telah lama terjalin mulai terpisah. Sikap nasionalisme yang dipupuk menjadikan mereka berbeza dan wujudlah sikap melebihkan identiti sendiri melalui kewarganegaraan masing. Maka secara tidak langsung, sikap bangga pada kewarganegaraan masing-masing menyebabkan wujudnya sentimen negatif terhadap warga asing. Persempadanan ini terus diguna pakai walaupun setelah Sabah mencapai kemerdekaan pada tahun 1963 melalui pembentukan Malaysia. Hasilnya, isu migrasi tidak pernah lekang menjadi perdebatan baik di peringkat negeri dan nasional. Migrasi di Sabah juga menarik ramai pengkaji untuk melakukan kajian dalam pelbagai aspek, disiplin dan bidang. Kesan migrasi merupakan aspek yang sering menjadi tumpuan dan kajian para pengkaji. Kajian-kajian lepas mengetengahkan dua bentuk dimensi migrasi yang berlaku di Sabah selepas kemerdekaan iaitu migrasi pelarian dan migrasi ekonomi. Ini ekoran migrasi tersebut berlaku dalam jumlah yang besar. Bagaimanapun kurang perbahasan mengenai migrasi dari sisi pandang Islam.

Migrasi dakwah yang berlaku di Sabah boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu migrasi antarabangsa dan migrasi dalaman. Migrasi antarabangsa melibatkan kedatangan golongan agamawan yang khusus untuk berdakwah dan migran pelarian serta ekonomi. Mereka ini adalah terdiri daripada rakyat Filipina dan Indonesia. Adapun migrasi dalaman juga melibatkan kedatangan golongan agamawan dari semenanjung Malaysia dan perpindahan orang-orang Islam Sabah itu sendiri untuk membentuk perkampungan-perkampungan Islam di sekitar Sabah.

MIGRASI DAKWAH ANTARABANGSA

Dalam membahaskan berkenaan migran-migran pendakwah yang terlibat dengan perkembangan Islam di Sabah adalah agak luas. Ini kerana kedatangan mereka dari pelbagai negara dan dalam jumlah yang ramai. Oleh itu, kertas kerja ini hanya akan mengetengahkan sebahagian sahaja daripada mereka. Mereka yang diketengahkan juga adalah mereka yang melalui dua buah saluran rasmi sahaja iaitu Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA).

(5)

Kumpulan pendakwah Indonesia terawal yang dipanggil oleh Tun Mustapha adalah pada tahun 1974. Sebelum itu iaitu pada tahun 1972, Tun Mustapha telah memohon pertolongan daripada Hamka yang merupakan Ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI) agar dapat menghantar guru-guru agama untuk mengajar dan menyebarkan Islam di Sabah ekoran kekurangan guru dan pendakwah tempatan. Tun Datu Mustapha telah mensyaratkan agar mereka yang dipilih hendaklah bermazhab Shafie. Untuk tujuan tersebut, pihak MUIS telah menjalankan sesi temu duga dan seramai 40 orang calon telah dipanggil. Bagaimanapun hanya 18 orang sahaja yang telah lulus dan diterima untuk berkhidmat di Sabah. (Nurasnie 2014: 120-123)

Pada tahun 1974, seramai 18 orang guru agama telah berhijrah dan ditempatkan di seluruh Sabah. Mereka adalah Ustaz Aliyudin Kamidi, Ustaz Haji Abd Khalik Masidin, Ustaz Dr.Adnan Idris, Dr Munir Siregar, Ustaz Muhd Nawawi Muhammad, Ustaz Mansuruddin Batubara, Ustaz Mutalib Endra, Ustaz Yakub Lubis, Ustaz Moktar Zainudin, Ustaz Ahmad Darbi Lubis, Ustaz Syafie Raja Duyut, Ustaz Iyen Yatim, Ustaz Jalidar Abdul Rahim, Ustaz Ghazali Sulaiman, Ustaz Ahmad Zaini, Ustaz Yahya Arshad, Ustaz Syarian Syah dan Ustaz Haji Muchlish Ali Kasim (Muchlish 2016). Walaupun pada hakikinya mereka dilantik sebagai guru agama, namun peranan mereka diperluaskan dengan menjadi pendakwah dan pentadbir agama. Antara yang pernah terlibat sebagai pentadbir agama adalah Ustaz Aliyuddin Kamidi yang pernah menjadi Pengarah Bahagian Dakwah MUIS dan Ustaz Jalidar sebagai Penyelia Dakwah. Mereka sering terlibat dengan aktiviti agama seperti majlis, perayaan dan sambutan hari kebesaran Islam; majlis pengislaman, Maulidur Rasul, Israk dan Mikraj, Nuzul Quran, Musabaqah, Muzakarah, Tilawah dan Hafazan al-Qur’an dan banyak lagi. Mereka juga menulis artikel-artikel yang merangkumi pelbagai skop perbahasan agama seperti ibadah, politik, sosial untuk edaran dan bacaan percuma masyarakat melalui majalah Sawt al-Islam (Suara Islam) terbitan MUIS. Mereka juga bergilir-gilir menyampaikan kuliah maghrib di Masjid Negeri Sabah. (Sawt al-Islam 1999: 7)

(6)

sebagai pendakwah MUIS. Bagaimanapun mereka juga pernah bertugas sebagai guru hampir di seluruh institusi pendidikan agama seperti Sekolah Agama Islam Sabah (SUIS), Sekolah Rendah Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan dan Pusat Latihan Dakwah. Sepanjang berada di Sabah, segala pembiayaan dan gaji mereka dibayar oleh pertubuhan Rabitah al-Islami di Mekah. Oleh sebab itu juga, segala laporan gerak kerja mereka dihantar terus ke Mekah (Nurasnie 2014: 125-129).

Selain itu, terdapat juga pendakwah Filipina yang dihantar oleh pihak Rabitah untuk berkhidmat di Sabah iaitu Ustaz Abu Hurairah Abd Rahman. Ustaz Abu Hurairah pada awalnya telah pun berada di Sabah pada tahun tahun 1974 sebagai penyampai radio bagi slot agama berbahasa Tagalog di RTM Sabah. Namun pada tahun 1983, Tun Datu Mustapha telah meminta bantuan pihak Rabitah untuk menghantar lagi pendakwah untuk berkhidmat dengan USIA. Dengan itu Ustaz Abu Huraira telah diserap dan dilantik sebagai Pengarah Dakwah USIA (Emin 2009: 164). Beliau merupakan seorang yang pakar dalam bidang perbandingan agama telah mengislamkan ramai orang baik orang tempatan Sabah dan luar negara. Kini Ustaz Abu Huraira telah kembali ke Filipina dan bertugas sebagai mufti.

Setelah 40 tahun berlalu, mereka bukan sahaja telah bersara malah sebahagian mereka telah kembali ke rahmatullah. Namun sehingga kini dapat dilihat mereka yang masih hidup masih lagi aktif dalam hal ehwal dakwah. Mereka kerap dijemput sebagai penceramah agama dan motivasi di masjid-masjid, surau-surau dan pejabat-pejabat kerajaan dan swasta. Umpamanya Ustaz Muchlish, Ustaz Mursal dan Ustaz Iyen Atim memberikan kuliah mingguan di Masjid Negeri Sabah dan Masjid Bandar raya Kota Kinabalu Sabah (Mohd Iyen 2016). Ustaz Jalidar pula sebagai hakim, penasihat dan juteknik bagi program-program agama seperti tilawah, hafazan dan nasyid. Begitu juga antara mereka memegang jawatan tertentu dalam persatuan agama seperti Ustaz Muchlish sendiri yang menjadi Presiden Persatuan Ulama Malaysia Sabah dan Perubatan Darussyifa’ Sabah. (Muchlish 2016)

(7)

MIGRASI DALAMAN

Hakikatnya terdapat ribuan orang Islam dari serata Malaysia sama ada Sarawak dan semenanjung Malaysia yang berhijrah ke Sabah sebelum kemerdekaan sehinggalah selepas kemerdekaan. Kebanyakan mereka adalah terdiri daripada golongan guru-guru dan perkhidmatan awam (Yahaya 1986: 65). Oleh itu dalam bahagian ini juga, akan diketengahkan sebahagian sahaja mereka. Antaranya adalah mufti-mufti Sabah yang majoritinya adalah dari semenanjung Malaysia. Mereka Datuk Haji Muhammad Haji Ahmad, Datuk Haji Said Haji Ibrahim, Datuk Haji Ahmad Idris, Datuk Haji Ismail Abas dan Datuk Haji Alawi Haji Adnan. Sudah tentu mereka ini bukan sahaja bertugas sebagai mufti, malah telah berkhidmat sebagai guru, pegawai agama pendakwah, penulis dan banyak lagi.

Datuk Haji Said Haji Ibrahim umpamanya berasal daripada Kelantan mula berhijrah ke Sabah pada tahun 1971 dan bertugas sebagai Pegawai Penerangan bagi USIA. Selanjutnya selama dua penggal iaitu pada tahun 1975-1978 dan 1985-1989 beliau telah dilantik sebagai mufti Sabah (Azman et al 2008: 71-75). Selain mengeluarkan pelbagai fatwa dalam isu dan permasalahan yang timbul di Sabah, beliau juga telah menulis banyak buku dan membentangkan kertas kerja.

Migrasi dalaman yang berlaku dalam Sabah itu sendiri juga telah memainkan peranan yang penting dalam perkembangan Islam di Sabah. Beberapa perkampungan Islam telah dibentuk apabila kelompok keluarga Dusun Islam yang baru menganut Islam telah dipindahkan ke tempat-tempat tertentu seperti di Kota Belud, Tambunan, Ranau dan tempat-tempat lain. Umpamanya di Ranau, beberapa perkampungan Islam telah dibentuk seperti Kg. Lohan pada tahun 1960-an. Beberapa mualaf dari kampung-kampung seperti Kg. Ratau, Randagong, Mompoit, Sosondoton, Maukab, Torolobou telah berhijrah ke Kg. Lohan. Direkodkan perpindahan tersebut telah melibatkan seramai 230 buah keluarga. Pada tahun 1966, angka keluarga Islam meningkat kepada 348 buah dan seterusnya 2000 buah keluarga pada tahun 1998. (Saifuddin 1998: 7 & Suraya 2003: 89)

Selain itu, Kg. Ratau telah diiktiraf sebagai kampung pusat perkembangan Islam bagi seluruh daerah Ranau dan Tambunan pada tahun 1940an sehingga 1950an. Selanjutnya perkampungan Islam terus berkembang apabila ramai orang Islam telah berhijrah ke kampung-kampung lain. Kini kampung-kampung yang telah menjadi penempatan Islam atas penghijrahan mualaf adalah seperti Kg. Sosondoton, Tagudon Lama, Karanaan, Kamburongoh, Tudan, Torolobou dan Himbaan di daerah Ranau. Di daerah Tambunan, perkampungan Islam yang dibentuk adalah seperti Kumawanan, Garas, Libang, Tungou, Madsangoh dan beberapa kampung lain. (Suraya 2003: 89-90)

IMPAK MIGRASI DAKWAH TERHADAP DEMOGRAFI ISLAM SABAH

(8)

sewaktu penjajahan Jepun. Selepas Jepun mengundur diri, Sabah diletakkan di bawah bawah pentadbiran kerajaan Borneo Utara British bermula pada tahun 1946. Bancian penduduk yang dilakukan di bawah BUB adalah pada tahun 1951 dan 1960. Manakala bancian penduduk terawal selepas kemerdekaan Sabah adalah bermula pada tahun 1970. Bancian penduduk dilakukan sekali dalam tempoh sepuluh tahun. Sehingga kini telah lima kali bancian penduduk telah di lakukan iaitu pada tahun 1970, 1980, 1990, 2000 dan 2010. Bagi negeri Sabah, bancian populasi berdasarkan agama adalah seperti jadual di bawah.

Jadual 1 : Populasi Penduduk Sabah berdasarkan agama dari tahun 1951 sehingga 2010 peningkatan penganut bagi agama Islam, Kristian, Buddha dan Hindu. Dengan peningkatan tersebut, ia telah menjadikan golongan tidak beragama semakin berkurangan. Apabila dibandingkan, Islam pada awalnya merupakan agama minoriti pada tahun 1951 dan 1960. Bagaimanapun, pada tahun 1970 angka tersebut meningkat secara mendadak. Secara langsung, peningkatan tersebut telah menjadikan Islam sebagai agama majoriti dianuti oleh penduduk Sabah. Angka peningkatan tersebut selari seperti kenyataan Allahyarham Tun Datu Mustapha bahawa hampir 100,000 orang telah menganut Islam sehingga tahun 1975 (Abdullah 1976: 168).

(9)

penempatan atau perkampungan Muslim. Bagaimanapun, kegiatan dakwah dan petempatan yang dilakukan USIA telah membentuk perkampungan-perkampungan tertentu menjadi perkampungan Islam. Golongan-golongan mualaf telah dipindahkan dan hasilnya menjadikan kampung-kampung pedalaman yang terdapat di Ranau, Tambunan dan Keningau menjadi kawasan petempatan orang Islam yang ramai (Lee Yong Leng 1965: 59-61). Perkampungan Islam tersebut adalah seperti Kg. Lohan di Ranau dan Kg. Kumawanan di Tambunan (Suraya 2005: 89-90).

Di samping pertambahan penganut Islam dari kalangan orang tempatan, peningkatan angka ini juga tidak dapat dinafikan merupakan kesan daripada kedatangan golongan migran Muslim pelarian dan ekonomi daripada Filipina dan Indonesia. Sejak berlakunya krisis politik di selatan Filipina pada tahun 1970an, ramai warga Filipina telah melarikan diri ke Sabah. Bancian terawal yang dibuat pada tahun 1970 merekodkan bahawa orang Filipina secara rasminya hanya berjumlah 20,367 orang atau hanya 35% dari jumlah populasi keseluruhan. Bagaimanapun, pada tahun 1978, angka tersebut bertambah kepada 92,000, walaupun secara tidak rasminya melebihi angka tersebut dan dianggarkan 140,000 iaitu menyamai 15% dari jumlah keseluruhan populasi Sabah. Pada tahun 1989, populasi orang Filipina meningkat kepada 350,000 bersamaan 26.9% dari jumlah keseluruhan 1.3 juta orang. Pada tempoh tersebut juga kedatangan migran ekonomi daripada Indonesia juga adalah pesat. Ia merupakan era di mana pembangunan Sabah berlansung secara pesat dan membuka peluang pekerjaan kepada tenaga kerja Indonesia (Regina 2008: 114)

Disimpulkan bahawa peningkatan populasi Islam di Sabah sehingga menjadi majoriti di awal tahun 1970an dan 1980an adalah disebabkan berlakunya proses pengislaman besaran-besaran yang dilakukan oleh pemimpin tempatan dan bantuan migran agamawan, dan migrasi besar-besaran rakyat Filipina dan Indonesia Muslim ke Sabah. Setelah 54 tahun Sabah merdeka, populasi Islam terus berkembang dan kekal menjadi agama majoriti yang dianuti.

IMPAK MIGRASI DAKWAH TERHADAP POLITIK ISLAM SABAH

(10)

peribumi Islam yang jelas ditubuhkan ke arah kepimpinan secara langusung terhadap Sabah.

Ketika Sabah merdeka pada tahun 1963, daripada 11 jawatan kabinet, tujuh jawatan disandang oleh rakyat tempatan dan dua daripadanya sahaja yang disandang oleh orang Islam iaitu Datuk Harris Salleh dan Tan Sri Mohd Said Keruak. Sungguhpun Ketua Negeri Sabah yang dikenali sebagai Tuan Yang Dipertua (TYT) adalah orang Islam iaitu Tun Datu Mustapha, namun beliau tidak mempunyai kuasa untuk menentukan perjalanan politik Sabah. Jawatan Ketua Menteri yang mempunyai kuasa secara langsung untuk mentadbir perjalanan politik telah di sandang oleh Tun Fuad Stephen yang beragama Kristian.

Ketika pilihan raya 1967 berlangsung, parti USNO yang dominan merupakan parti peribumi Islam telah berjaya membentuk kerajaan. Dengan kemenangan tersebut, ia telah membuka peluang untuk politik Islam terus melangkah. Pada ketika ini juga kepimpinan USNO sedar bahawa kemenangan parti ini tidak akan berterusan sekiranya tiada usaha untuk mendapatkan penyokong yang ramai ekoran Islam bukanlah agama yang majoriti dianuti penduduk Sabah. Oleh itu, usaha untuk menambah jumlah penganut Islam perlu dilakukan. Bagi mencapai objektif tersebut, sebuah pertubuhan Islam bukan kerajaan telah ditubuhkan oleh kepimpinan USNO. Pertubuhan tersebut adalah Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) yang ditubuhkan pada tahun 1969. USIA yang ditunjangi oleh pemimpin-pemimpin USNO dan bantuan dari golongan migran agamawan luar dan dalam, proses pendakwahan dan pengislaman telah dilakukan dengan pesat sekali sehingga berjaya menjadikan Islam sebagai agama majoriti. Sudah tentu sumbangan terbesar kumpulan pendakwah ini adalah apabila seramai 84075 orang telah diislamkan oleh USIA antara tahun 1970 sehingga 1976 (Utusan Malaysia 2006). Malah merupakan satu kejayaan juga apabila usaha mereka dapat menambat hati tokoh-tokoh politik bukan Islam seperti Tun Fuad Stephen dan Datuk Ghani Gilong untuk menerima Islam pada tahun 1971. Dengan penerimaan mereka kepada Islam telah memperkasakan lagi politik Islam Sabah kerana mereka merupakan tokoh yang mempunyai pengaruh yang kuat di kalangan bangsa peribumi terbesar Sabah iaitu Kadazandusun. (Emin 2009: 5 & 64)

Dengan pencapaian tersebut, USNO sekali lagi telah berjaya mengekalkan tampuk pemerintahan apabila berjaya memenangi pilihan raya pada tahun yang sama iaitu 1971. Pada tahun tersebut juga kerajaan telah menubuhkan Majlis Agama Islam Sabah (MUIS). Dengan adanya badan agama kerajaan ini, secara langsung ia mempunyai kuasa dan tanggungjawab bagi menjaga kepentingan dan kemaslahatan orang-orang Islam sama ada dari sudut ekonomi, pendidikan, dakwah dan sebagainya. Malah kekuatan Islam terserlah dan semakin kukuh apabila berjaya menjadikan agama rasmi bagi negeri Sabah pada tahun 1973. Dengan demikian, pemimpin-pemimpin Islam dapat memperjuangkan kepentingan Islam dengan lebih mudah sekali gus dapat menjaga kelangsungan politik Islam.

(11)

zaman USNO sering dikaitkan dengan USIA sebagai main power perkembangan Islam, namun ketika BERJAYA memerintah, MUIS telah dipertanggungjawabkan bagi menggerakan dakwah dan syiar Islam di Sabah. Seperti mana yang dilakukan oleh Tun Datu Mustapha, Datuk Harris Salleh juga turut meminta bantuan daripada agamawan migran bagi usaha dakwah di Sabah baik sebagai guru, penjawat kerajaan dan pendakwah. (Nurasnie 2012: 64)

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, kemasukan pelarian Filipina telah bermula sejak pemerintahan USNO dan berlanjutan sehingga ke pemerintahan BERJAYA. Rata-rata pelarian Filipina adalah daripada suku kaum Bajau, Visaya dan Suluk yang beragama Islam. Malah kerajaan telah menetapkan bahawa pelarian Filipina yang dibenarkan untuk menerima perlindungan hendaklah beragama Islam. Begitu juga kemasukan migran ekonomi daripada Indonesia pada ketika itu juga adalah ramai. Setelah sekian lama berada di Sabah, sebahagian mereka telah menerima kerakyatan Malaysia. Mereka yang berasimilasi dengan penduduk tempatan juga secara tidak langsung mendapat taraf penduduk tetap dan anak-anak menjadi warganegara. Dengan demikian ia bukan sahaja menambahkan jumlah penganut Islam di Sabah malah potensi menjadi pengundi kepada parti Islam. Ini seperti mana dinyatakan oleh Sadiq Kamal bahawa:

“The goal of Malays, who dominate the federal government is to change the demographic and political character of Sabah so that it becomes Malay-Muslim dominated, and because of cultural-religious commonalities, these immigrant Indonesian and Filipino can easily be Malayized over time and will support Malay-Muslim parties”.(Kamal 2005: 116)

(12)
(13)

P.147

Sumber: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

Apabila diperhatikan kepada Jadual 2 di atas, sepanjang penyertaan PAS dalam pilihan raya Sabah sejak 1986 sehingga 2013, penurunan jumlah pengundi telah berlaku pada tahun 1990 dan 2004. Penurunan pada tahun 1990 kerana pada era tersebut parti PBS merupakan parti yang kuat dan telah dijangkakan memperoleh kemenangan seperti pada tahun 1985. Pada tahun 2008, PAS tidak meletakkan calon yang ramai kerana memberikan laluan kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di samping mengelakkan pertembungan pelbagai penjuru (Bakri 2013: 46). Walaupun sering mengalami kekalahan, bagaimanapun secara tersirat, politik Islam di Sabah telah pun mempamerkan perkembangan. PAS bukan sahaja berkembang dari sudut pencalonan DUN dan Parlimen, malah sokongan undi yang jelas adanya peningkatan terhadap parti Islam.

Selanjutnya selepas kemasukan PAS, sebuah lagi parti Melayu dari semenanjung Malaysia iaitu United Malays National Organisation (UMNO) telah masuk ke Sabah pada tahun 1990 (Chamil 1992: 1). Dengan kemasukan UMNO ke Sabah, ia telah memberikan nafas baru kepada kelangsungan politik peribumi Islam Sabah. Walaupun tidak berjaya dalam pilihanraya 1991, namun bermula pada tahun 1994 sehingga 2013, UMNO-BN telah berjaya mengekalkan tampuk pemerintahan di Sabah. Secara langsung survival peribumi Islam dan politik Islam telah kembali dan dominan sehingga kini.

KESIMPULAN

(14)

Islam Sabah dari pelbagai aspek dilakukan secara mendalam sama ada dari sudut politik, ekonomi, pendidikan, sosial, dakwah, dan sebagainya. Dengan itu ia dapat memberikan satu lagi sisi kajian migrasi yang jelas kurang dilakukan dalam konteks agama.

RUJUKAN

_______________.1999. Sawt al-Islam. Kota Kinabalu: Majlis Agama Islam Sabah. Abdullah Hussain. 1976. Tun Datu Mustapha Bapa Kemerdekaan Sabah: Sebuah

Biografi. Kuala Lumpur: M.F.I.

Anon. 2014. Sabah contoh terbaik gagasan 1Malaysia. Sinar Harian, 16 September. http://www.sinarharian.com.my/sabah-contoh-terbaik-gagasan-1malaysia-1.317271 [04 April 2016)

Azman Ab Rahman, Zahari Mahad Musa, Nik Salida Suhaila Nik Saleh & Adel M. Abdul Aziz. 2008. Biografi Mufti-mufti Malaysia. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.

Chamil Wariya. 1992. UMNO Sabah: Mencabar dan Dicabar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Emin Madi. 2009. Sinar Perjuangan USIA. Kota Kinabalu: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah

Jabatan Perangkaan Malaysia. Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 . Kamal Sadiq. 2005. When states prefer non-citizens over citizens: conflict over

illegal immigration into Malaysia. International Studies Quarterly 49(1): 101-122.

L.W Jones. 1951. Bristih North Borneo: A Report on the Census of Population Held on 4 June 1951. Jesselton: Statistics Department.

L.W Jones. 1961. British North Borneo: Report on the 1960 Census. Jesselton: Statistics Deparment.

Lee Yong Leng. 1965. North Borneo (Sabah): A Study in Settlement Geography. Singapore: Eastern University Press.

Mohd Iyen Atim. 2016. Dakwah di Sabah, Temu bual, 4 Februari Mohd Mursal Mokhtar.2016. Dakwah di Sabah. Temu bual, 2 Mac. Muchlish Ali Kassim.2016. Dakwah di Sabah, Temu bual, 21 Februari.

Nurasnie Amirrudin. 2012. Pendakwah Indonesia di Sabah (1967-1985). Tesis Sarjana. Sekolah Sains Sosial. Universiti Malaysia Sabah.

Pesuruhjaya-pesuruhjaya Diraja. 2014. Laporan Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing di Sabah.

Regina Lim. 2008. Federal State Relations in Sabah, Malaysia: The BERJAYA Administration, 1976-85. Singapore: Institute of Southest Asian Studies. Siti Aidah Hj. Lokin. 2007. Perubahan Sosioekonomi dan Pentadbiran Masyarakat

Peribumi Sabah (1881-1963). Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. Suraya Sintang. 2005. Sejarah Perkembangan Mualaf di Sabah: Peranan dan

Sumbangan USIA (United Sabah Islamic Association). Jurnal al-Tamadun

(15)

Wendy Hutton. 2001. Discovering Sabah. Kota KInabalu: Natural History Publications (Borneo) Sdn. Bhd.

Yahaya Ismail. 1986. Politik Islam di Sabah. Kuala Lumpur: Dinamika Kreatif Sdn. Bhd.

Zalina Yahaya. 2006. USIA Tegakkan Syiar Islam di Sabah. 1 Februari. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0201&pub=Utusan _Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm [12 Februari 2015]

Biodata

Mohd Nur Hidayat Hasbollah Bin Hajimin merupakan calon Phd bidang Peradaban Islam dari Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ibnor Azli Ibrahim (Prof.Madya Dr.) merupakan Professor Madya di Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam dan Felo Bersekutu Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

Tujuan KOPSAN didirikan ialah memberikan manfaat yang sebesar-besarnya bagi para anggota sesuai dengan sistem koperasi, memberikan peluang usaha bagi para individu yang

Novel ini menceritakan kisah realita kehidupan masyarakat menengah kebawah yang diwakili oleh tokoh utama dari novel tersebut yaitu Dinarsih dan Sudarmin. Dinarsih

adanya sosialisasi cara – cara tentang penanganan gas LPG 3Kg yang tidak mengena dan mencapai keseluruhan masyarakat konsumen pengguna LPG 3KG. Hambatan – hambatan yang dihadapi

Menurut Julian Ding, e-commerce, dalam buku E-commerce: Law And Office adalah suatu transaksi komersial yang dilakukan antara penjual dan pembeli atau dengan pihak lain dalam

Pembuatan film plastik biodegredable dimulai dari pengambilan Pati biji kluwih dengan cara pengupasan, perendaman air garam, dihancurkan, penyaringan, pencucian,

Variabel Dependen dari penelitian ini adalah opini audit going cocern dan variabel independen dari penelitian ini terdiri dari likuiditas, profitabilitas, solvabilitas,

menggambarkan bahwa pendidikan yang paling integratif berada pada bagian piramida terluas yang menggambarkan lebih banyak populasi yang seharusnya bisa mengakses.

Gedung H, Kampus Sekaran-Gunungpati, Semarang 50229 Telepon: (024)