• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kepimpinan transformasi guru besar dan k

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kepimpinan transformasi guru besar dan k"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

COLLEGE OF ART (CAS)

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

___________________________________________________________________________

SGDU 5033

SCHOOL MANAGEMENT AND SUPERVISION

JOURNAL REVIEW:

KEPIMPINAN TRANSFORMASI GURU BESAR DAN KETEGANGAN GURU

Written by;

DR. TANG KEOW NGANG

___________________________________________________________________________

PREPARED FOR:

(2)

ULASAN JURNAL:

KEPIMPINAN TRANSFORMASI GURU BESAR DAN KETEGANGAN GURU

DITULIS OLEH:

DR. TANG KEOW NGANG

1.0 PENGENALAN

(3)

soal selidik berkenaan dimensi kepimpinan transformasi yang diamalkan oleh guru besar dan Bahagian C adalah soal selidik untuk mengukur tahap ketegangan kerja guru di tempat kerja. Penyelidik menggunakan data yang diperolehi daripada kajian rintis untuk menentukan kebolehpercayaan bagi soal selidik dan mendapati bahawa nilai pekali bagi kebolehpercayaan item adalah tinggi dan baik dengan menggunakan kaedah penilaian Cronbach’s alpha sebagai asas penilaian item. Dan daripada kajian rintis beliau, item bahagian B dan C masing-masing memperolehi skor sebanyak 0.937 dan 0.906 di mana menunjukkan nilai kebolehpercayaan yang tertinggi mengikut skala Cronbach’s alpha.

Di dalam jurnal ini, Dr Tang telah menggariskan beberapa isu yang difikir dalam kajian bermanfaat dijadikan panduan ke arah menjadikan sekolah bersedia menghadapi cabaran dalam menempuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dengan menumpukan gaya kepimpinan transformasi dengan harapan gaya tersebut berjaya mengurangkan ketegangan guru di tempat kerja seterusnya mencapai misi dan visi yang telah ditetapkan. Pengkaji telah mendapati bahawa terdapat empat dimensi amalan bagi kepimpinan transformasi yang diamalkan oleh guru besar di sekolah iaitu,: (1) karisma. (2) motivasi inspirasi. (3) ransangan intelek, dan (4) pertimbangan individu. Abdul Ghani Abdullah (2005) telah memperincikan lagi kepimpinan transformasi dengan memberikan dimensi amalan iaitu: dimensi merangsang pembentukan dan menzahirkan wawasan sekolah, keprihatinan individu, keterampilan individu, merangsang intelek organisasi, mempunyai ekspektasi dan keyakinan tinggi, menjana permuafakatan dan ganjaran kontigensi. Ketegangan kerja guru pula telah dikaji oleh Dr Tang dalam dua aspek iaitu (1) pengalaman mengajar dan (2) status perkahwinan. Ini adalah kerana perasaan ketegangan hidup, konflik rumah tangga dan pelbagai masalah luar organisasi dirasakan oleh beliau dapat menjadi penyumbang kepada kelakuan negative ditempat kerja. Seterusnya jika sikap sebegini dapat dielakkan, mereka boleh mencapai kejayaan dalam setiap tugas yang dilaksanakan.

2.0 METODOLOGI KAJIAN

(4)

institusi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah memperoleh kebenaran daripada pihak Kementerian Pelajaran. Kajian beliau telah menggunakan skor min dan peratus untuk menentukan persepsi guru terhadap perlaksanaan kepimpinan transformasi. Manakala ANOVA sehala digunakan untuk menguji perbezaan antara faktor-faktor demografi dengan ketegangan kerja guru. Selain itu, Dr Tang menggunakan analisa korelasi untuk menentukan darjah magnitude yang menunjukkan kekuatan hubungan antara variable tersebut. Menurut Mohd. Najib (1999), kolerasi digunakan untuk mengukur hubungkait antara dua pemboleh ubah. Ia menerangkan kekuatan kaitan samada ianya signifikan ataupun tidak. Keseluruhan metodologi kajian yang dijalankan oleh pengkaji amat bersesuaian berbanding kaedah lain seperti eksperimen makmal, kajian lapangan atau kajian perbandingan kerana kesan kepimpinan itu dapat dilihat secara signifikan kepada keputusan kajian yang diperolehi. Menurut Yulk.G (2002), kaedah kajian tinjauan seringkali digunakan berbanding kaedah lain untuk kajian ke atas kepimpinan transformasi dan kepimpinan karisma. Selain itu juga apabila melibatkan institusi kerajaan, kaedah ini merupakan cara yang terbaik kerana dapat menjimatkan kos dan juga tenaga kerana setiap kajian di kementerian mempunyai prosedur-prosedur dan karenah birokrasi yang perlu dipatuhi.

3.0 ULASAN KRITIKAL KAJIAN

3.1 Analisis Deskriptif Kepimpinan Transformasi Guru Besar

Berdasarkan kajian responden, guru besar di sekolah-sekolah kajian mengamalkan kepimpinan transformasi dengan menunjukkan dimensi karisma memperolehi skor min yang paling tinggi iaitu 3.286. Ini diikuti dengan dimensi pertimbangan individu, seterusnya dimensi ransangan intelek dengan skor masing-masing 3.194 dan 3.110. Terakhir amalan kepimpinan transformasi adalah dimensi motivasi inspirasi dengan nilai skor 3.028. secara keseluruhannya, kepimpinan transformasi yang diamalkan oleh guru besar SJK (T) berada pada tahap yang tinggi dengan skor min sebanyak 3.155. Menurut pengkaji melalui dapatan tersebut menunjukkan guru besar SJK (T) di daerah Larut, Matang dan Selama mengamalkan kepimpinan transformasi dalam pentadbiran serta melaksanakan setiap dimensi kepimpinan transformasi dengan tahap yang amat menggalakkan. Menurut Burns (1978), dalam Ainon dan Abdullah (2003), kepimpinan yang dikemukan oleh beliau yang mana teorinya telah disokong oleh pakar seperti Bernard Bass (1990), mengatakan seseorang pemimpin itu telah mengamalkan gaya kepimpinan transformasi apabila dia berjaya mengubah sikap individu-individu yang dipimpinnya daripada sikap mengutamakan kepentingan diri sendiri kepada mementingkan kelompok.

3.2 Analisis Deskriptif Ketegangan Kerja Guru dan Perbandingan Tahap Ketegangan Kerja Guru Berdasarkan Faktor-faktor Demografi.

(5)

perbezaan ketegangan kerja guru yang signifikan atas faktor pengalaman mengajar dan status perkahwinan.

3.3 Analisis Hubungan Antara Setiap Dimensi Kepimpinan Transformasi Dengan Ketegangan Kerja Guru.

Bagi hubungan antara dimensi kepimpinan transformasi dengan ketegangan kerja guru, melalui kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji mendapati bahawa menurut persepsi guru berkolerasi sederhana kuat dan sonsang dengan ketegangan kerja guru. Ini bermakna apabila semakin dimensi kepimpinan transformasi itu tinggi maka ketegangan kerja guru semakin menurun. Nilai yang diperolehi melalui kajian beliau untuk keputusan pekali kolerasi ‘r’ adalah negative untuk kesemua dimensi kepimpinan transformasi guru. Begitu juga untuk nilai pekali kolerasi ‘p’ menunjukkan nilai di bawah 0.01 untuk kesemua dimensi kepimpinan transformasi yang telah diamalkan oleh guru besar. Menurut Sekaran (1992), jika nilai pekali kolerasi berada pada aras keertian 0.01 menunjukkan hubungan negative, sederhana kuat dan signifikan.

3.4 Analisis Sumbangan Variabel Bebas Terhadap Ketegangan Kerja Guru

Dari kajian yang telah dijalankan, menurut Dr Tang terdapat tujuh variable bebas daripada 11 yang menjadi peramal yang signifikan terhadap ketegangan guru iaitu; dimensi ransangan intelek, umur guru, jantina guru, dimensi pertimbangan individu, dimensi motivasi inspirasi dan status perkahwinan guru tersebut. Empat peramal menunjukkan nilai yang negative iaitu apabila semakin meningkat perlaksanaan dimensi pertimbangan individu, semakin lama pengalaman mengajar dan status perkahwinan seperti duda dan janda maka ketegangan kerja semakin tinggi. Manakala semakin meningkat perlaksanaan dimensi ransangan intelek, semakin meningkat dimensi motivasi inspirasi, umur yang lebih muda dan jantina adalah lelaki, maka semakin merosot ketegangan kerja.

4.0 PERBINCANGAN KAJIAN

(6)

terhadap ketegangan kerja guru. Pada kajian beliau jelas menunjukkan variable-variabel mengenai kepimpinan transformasi telah banyak menyumbang terhadap ketegangan kerja guru seperti dimensi ransangan intelek sebanyak 22.7 peratus, motivasi inspirasi 3.4 peratus, dan pertimbangan individu 1.6 peratus. Menurut pengkaji kepimpinan transformasi memainkan peranan penting dalam mempengaruhi ketegangan kerja guru. Dan sekiranya guru besar ingin mengurangkan ketegangan kerja guru di tempat kerja, maka mereka perlu memberi fokus terhadap peramal-peramal yang signifikan, seterusnya memberi perhatian yang serius terhadap ketiga-tiga dimensi kepimpinan transformasi iaitu; dimensi ransangan intelek, dimensi motivasi inspirasi dan dimensi pertimbangan individu. Ini adalah kerana formula asal teori kepimpinan transformasi (Bass,1985) mengandungi tiga jenis kelakuan transformasi iaitu pengaruh ideologi, ransangan individu dan pertimbangan individu (Yulk G, 2002). Kadang kala pengaruh ideologi juga dikenalpasti sebagai motivasi inspirasi seperti mana dimensi-dimensi kajian ini dibuat oleh pengkaji. Pada pendapat saya faktor berlakunya hubungan yang signifikan ini disebabkan gaya kepimpinan transformasi lebih menekankan soal emosi subordinat lalu menghasilkan kesan kepada guru untuk lebih menghormati dan mempercayai guru besar mereka dengan memberikan komitmen yang tinggi kepada kerja mereka. Seterusnya soal ketegangan kerja hanya akan berlaku disebabkan faktor demografi yang mana guru akan lebih mengutamakan penghasilan kerja yang berkualiti di tempat kerja tanpa mencampur adukkan soal faktor demografi di tempat kerja seperti mana hasil kajian yang diperolehi oleh pengkaji.

5.0 KESIMPULAN

(7)

6.0 RUJUKAN

Abdul Ghani Kanesan Abdullah. (1997). “Hubungan persepsi Kepimpinan Transformasi dengan Kepuasan dan Komitmen Kerja. Laporan Praktikum Ijazah Sarjana Pendidikan. Pusat Ilmu Pengajian Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Abdul Shukor Abdullah. (1998). “Fokus pengurusan pendidikan”. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia

Azizi Yahaya, Noordin Yahaya dan Lim Ting Theng. (2007). Gaya kepimpinan guru besar dan hubungannya dengan faktor kepimpinan di sekolah penerima anugerah sekolah cemerlang (ASC) di negeri Melaka.

Burns, J.M. (1978). “Leadership”. New York: Harper & Row

Bass, B.M. and Stogdill, R.M. (1985). “Bass and Stogdill’s Handbook of Leadership: Theory, Research, and Managerial Applications”, (3rd ed) New York: Free Press

Dr. Tang Keow Ngang (2008). “Kepimpinan Transformasi Guru Besar dan Ketegangan Guru”. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. Kuala Lumpur: Institut Aminudin Baki.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). (2006). Tatacara Menjalankan Kajian Penyelidikan Di Institusi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Surat Pekeliling Iktisas Bil. 1

Muniandy M. Sandapan (2007). “Perkaitan Antara Kepimpinan Transformasi Guru Besar dan Ketegangan Guru di SJK(T) Daerah Larut, Matang dan Selama, Perak”. Kertas projek sarjana yang tidak diterbitkan. Minden: Universiti Sains Malaysia.

Omardin Ashaari (1996). “Pengurusan Sekolah: Satu Panduan Lengkap”. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distribution.

Sekaran Uma. (1992). “Research Methods For Business: A Skill Building Approach”. New York: John Wiley and Sons Inc.

Sheena Johnson (2005). “The experience of work-related stress across occupations.Journal of Managerial Psychology”. Vol. 20 No. 2. London: Emerald Group Publishing Limited.

Referensi

Dokumen terkait

Oleh yang demikian guru besar haruslah sedar akan peranan tugasnya dalam sistem sekolah Sesungguhnya, dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan tingkah

Kajian yang akan dijalankan difokuskan kepada gaya kepimpinan guru besar wanita dari dimensi struktur tugas dan timbang rasa serta hubungannya dengan komitmen guru terhadap sekolah

Keputusan ini boleh ditafsirkan bahawa pengurus Teknologi Maklumat yang mengamalkan tahap kepimpinan transformasi tinggi memberikan ciri kerja pelbagai kemahiran lebih tinggi

Secara khususnya kajian ini menghuraikan (1) pengaruh kepimpinan transformasi sekolah terhadap komitmen pengajaran dan pembelajaran guru, komitmen inovasi pengajaran serta

Sebagai contoh, dalam konteks pendidikan, Leithwood, Tomlinson, dan Genge (1997) mendapati gaya kepimpinan transformasi pengetua mempunyai kesan yang positif ke atas kepuasan kerja,

Kajian yang dijalankan oleh Anantha Raj et.al 2016 mengenai gaya kepimpinan transformasi guru besar bersama guru sekolah rendah Kinta Selatan, Perak yang melibatkan 275 orang responden

Hasil kajian ini menunjukkan ciri-ciri kepimpinan transformasi wujud di kalangan pengurus sektor korporat pembinaan dan perunding pembinaan dan budaya organisasi wujud di kalangan

ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengkaji hubungan antara persepsi guru sekolah-sekolah rendah Negeri Perlis terhadap kepimpinan transformasi, tingkah laku guru besar, komitmen