• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tanaman Bayam Antiseptik banyak. pdf

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Tanaman Bayam Antiseptik banyak. pdf"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Tanaman Bayam

Posted on July 15, 2017 by Harress

Pasti ramai yang pernah menonton kartun kanak kanak “Popeye” di kaca televisyen atau di youtube yang memakan sayur bayam untuk menjadi lebih sihat, kuat dan bertenaga. Sayur bayam atau dipanggil “spinach” di dalam tin dimakan oleh Popeye sehingga otot di bahagian lengannya timbul dan sekaligus mengalahkan musuh ketatnya iaitu Bluto yang sering menggangu kekasih hatinya iaitu Olive Oyl. Ianya pasti memberikan insprirasi kepada semua ibu ibu untuk memberikan sayur bayam kepada anak anak mereka.Hal ini bukan hanya setakat sebagai cerita kartun sahaja, malah realitinya sayur bayam merupakan sayuran hijau yang mempunyai kandungan protein dan zat besi yang tinggi.

Bayam merupakan sayur yang sentiasa mendapat perhatian dan pembelian yang tinggi dari pengguna.Ianya dijadikan juadah utama dalam mewujudkan menu seimbang dalam pemakanan seharian manusia. Bayam sering dimasak tumis goring bersama ikan bilis, cili padi dan rempah ratus yang lain bagi meningkatkan lagi keenakan rasa dan membangkitkan selera. Ianya boleh didapati dengan mudah di mana mana pasar harian, kedai sayuran segar atau pasaraya dengan harga disekitar RM 1.00 hingga RM 2.00 seikat.

Sayuran berkhasiat ini berasal dari keluarga Amaranthaceae dan mempunyai nama sainstifik iaitu Amaranthus spp. Ianya mudah ditanam dikawasan tanah gambut yang subur dan kaya dengan pelbagai jenis mineral. Di Malaysia, terdapat 2 jenis bayam yang boleh ditemui iaitu BAYAM HIJAU dan BAYAM MERAH. Kedua kedua jenis bayam ini dibentuk dengan warna dan bentuk daun. Kenyataan ciri ciri daun bayam hijau dan bayam merah adalah seperti berikut:

(2)

Di kawasan Asia Tenggara terutama di Indonesia dan Malaysia, sayur bayam merupakan sayuran utama dan digemari oleh semua rakyatnya kerana khasiat, kelazatan dan harga sayur yang mudah serta tempoh penanaman yang singkat. Negeri Johor merupakan kawasan utama bagi penanaman sayuran bayam di mana kawasan Johor Bharu ditanam sayur bayam di kawasan seluas 1795 hektar tanah. Selepas Johor, Negeri Selangor dan Pulau Pinang juga merupakan kawasan penanaman sayur bayam. Laporan dari Jabatan Pertanian Malaysia pada tahun 2010, sebanyak 45 140 tan metric pengeluaran sayur bayam dicatatkan dengan kawasan penanaman seluas 4190 hektar.Tujuan utama pengeluaran sayur bayam adalah untuk pasaran domestik dan juga untuk dieksport ke Singapura.

(3)

Ia sangat sesuai diberikan kepada kanak kanak, ibu menyusu dan pesakit anemia (penyakit kekurangan darah. Selain itu, bayam yang direbus dan dimunum air rebusannya dikatakan sebagai penawar bagi mengatasi masalah penglihatan dan memperkuatkan fungsi hati.

CIRI CIRI MORFOLOGI BAYAM

Sayur bayam mempunyai batang yang berkulit licin dan sedikit bersegi, mempunyai banyak cabang yang

berwarna hijau atau merah mengikut jenis bayam.Batangnya lembut tak berkayu dengan rasa keras dan ranggup serta mudah untuk dipatahkan.Bahagian daun sayur bayam pula daun tunggal berbentuk bujur atau bulat serta berwarna hijau atau merah. Daun ini akan mengeluarkan rasa manis yang sesuai dijadikan juadah sayur goring dan dinikmati ketika masih panas. Saiz daun bayam adalah 1.5m hingga 6cm panjang x 0.5 cm hingga 3.2 cm lebar.

Sayur bayam mempunyai bunga hermafrodit dengan warna putik kekuning berbentuk seperti spike.Ia muncul menegak dank eras di tengah tengah batang dan dicelah daun. Akar bayam pula akar serabut sepanjang 10 cm hingga 15cm panjang dan berwarna putih kelabuan.Benih bayam berwarna hitamberkilat dan berbentuk bulat dan bersaiz sangat kecil.Berat 1000 biji benih bayam adalah lebih kurang 0.3 gram.

(4)

Sayur bayam boleh hidup subur dimana mana jenis tanah terutama tanah gambut yangtelah dibajak dan digembur.Keperluan asas tanaman adalah suhu persekitaran disekitar 23oC hingga 35oC. PH tanah yang sesuai adalah 5.5 hingga 6.5 dan kawasan tersebut perlu mendapatsinaran cahaya matahari sekurang kurangnya 6 jam sehari. Pengaliran air yang baik diperlukan bagi memastikan bahawa pokok tidak rosak atau terendam selepas hujan.

Kawasan yang telah digembur atau dibajak dengan piring perlu digaul dengan baja tahi ayam dengan kadar 3 hingga 5 tan / ha 14 hari sebelum menanam. Pengapuran boleh dilakukan bagi tanah mineral untuk

meningkatkan kandungan mineral tanah dan sekaligus menyuburkan tanah. Batas setinggi 20 hingga 30cm tinggi dibuat bagi batas selebar 1.2 cm. Sungkupan plastic silvershine atau rumput kering digunakan untuk melindungi dan memelihara biji benih yang disemai. Silvershine yang dibentang diatas batas perlu dilubangkan untuk memudahkan anak benih masuk ke dalam lubang tanaman.Jarak antara 2 batas tanaman adalah 20cm.

Semaian biji benih boleh dilakukan dengan memasukkan terus ke dalam lubang semaian di atas batas.1 lubang diletakkan 2 atau 3 biji benih bayam dan keje penjarangan perlu dilakukan dalam masa 4 atau 5 hari selepas benih bercambah.Peratusan percambahan adalah tinggi dan sulaman dilakukan pada mana mana benih yang tidak bercambah. Siraman air jenis renjisan atau sprinkler dipasang seawall persediaan batas. Siraman air perlu dalam kuantiti yang banyak bagi mempercepatkan proses pembesaran dan tumbesaran sayur bayam. Pokok disiram 2 kali sehari pada waktu pagi dan lewat petang.

(5)

Tweet

Pembajaan dilakukan dengan menabur baja NPK 15:15:15 sebanyak 0.6 tan / ha pada minggu kedua, ketiga dan keempat selepas menanam. Baja diberikan dengan cara menaburnya disekeliling lubang tanaman dan pembajaan dihentikan ketika musim hujan kerana ia akan menyebabkan kejadian baja terlarut kedalam tanah akibat

kandungan air hujan yang membawa lari butiran baja tersebut. Akar pokok bayam tidak boleh menyerap air baja dalam keadaan kandungan air yang sangat tinggi. Maka pembaziran baja akan berlaku, dan seeloknya pengusaha perlu bijak untuk melihat keadaan persekitaran sama ada hujan atau tidak.

Penggunaan bajafoliar sebagai baja tambahan kepada tanaman bayam adalah digalakkan dalam usaha meningkatkan kualiti bayam dan mempercepatkan penuaian. Baja foliar yang digunakan akan disembur ke bahagian daun dengan kadar 30ml kepada 20 liter air.

SERANGAN SERANGGA PEROSAK & PENYAKIT

Bayam tidak terkecuali untuk terhindar dari serangan makluk perosak atau penyakit.Oleh itu pencegahan awal perlu dilakukan oleh pengusaha tanaman bayam supaya kejadian tanaman rosak boleh diminimakan. Berikut merupakan penyakit dan serangga perosak yang sering menyerang tanaman bayam:

? Ulat Pangkas (Agrotis ypsilon) yang akan memakan bahagian batang dan daun pada aras permukaan tanah. Ulat ini sangat aktif pada waktu malam dan menyebabkan batang pokok seakan akan lembik dan mudah patah. Pengusaha boleh menggunakan racun trichlorfon dan dedak pada kadar 1: 20 dan ditabur di atas tanah. Selain itu semburan racun chlorfluazon atau fenvalerate boleh digunakan untuk mengatasi masalah serangan ulat ini

? Ulat Ratus (Spodoptera litura)akan menyerang bahagian pucuk daun secara berkelompok. Bahagian daun akan kelihatan berlubang lubang dan rosak. Semburkan racun trichlorfon, permethrin atau fenvalarate kepada daun

? Penyakit Lecur Anak Benih(Pythium butteri)akan menyebabkan benih bayam tidak bercambah dan lecuh. Rawatan menggunakan racun Captan atau Benomyl sebelum biji benih disemai

? Penyakit Hawar Melecuh (Cystopus Bliti) menyebabkan tompokan putih kelihatan poada bahagian daun bayam. Racun kulat Benomyl pada ketika semaian dilakukan dan pengusaha perlu mengamalkan penggiliran tanaman.

PENUAIAN

Tempoh tuaian yang singkat dan hasil tanamanyang mengeluarkan hasil yang banyak menyebabkan tanaman ini menjadi pilihan pengusaha tanaman bagi mengusahakannya.Pada ketika ini pokok bayam telah mencapai ketinggian kira kira 20cm hingga 25cm tinggi.

Sayur bayam akan dituai setelah memasuki hari ke 28 hingga 30 hari selepas penanaman. Pengusaha perlu mencabut keseluruhan pokok bayam termasuk akar dan diletakkan di dalam bekas besar.Tuaian dilakukan samada waktu pagi atau lewat petang.Proses penuaian bayam dilakukan secara berhati hati supaya tidak

mencacatkan daun bayam. Akar tanaman perlu dibersihkan supaya tanah yang melekat di bahagian akar tanaman tidak merosakkan daun bayam.

Sayur bayam yang telah dibersihkan akan diikat dengan getah pengikat dan dibalut dengan surat khabar yang lmbap bagi memelihara kesegaran dan keranggupan bayam tersebut. Ianya boleh bertahan lama kira kira 5 hingga 7 hari didalam suhu 10C hingga 30C.Purata hasil tanaman adalah disekitar 12000 kg sehektar dengan kekerapan 8 hingga 10 kali pusingan tanaman setahun.

Kongsi artikel ini dengan rakan anda:

Print

Referensi

Dokumen terkait

(2) Komitmen untuk tidak menjanjikan dan/atau memberikan uang dan/atau barang sebagaimana dimaksud pada ayat (1) dibuktikan dengan membuat Surat Pernyataan

terakhir, dan pekerjaan. Hasil daya prediksi dalam penelitian ini juga belum maksimal yaitu sebesar 65,9% saja. 3) Penelitian ini hanya mengamati investor di sekuritas

Faktor yang mempengaruhi seorang akuntan publik berperilaku disfungsional dibagi atas dua yaitu: faktor- faktor karakteristik personal dari auditor (faktor internal) yang

Citra destinasi berpengaruh signifikan terhadap kepuasan konsumen yang mana kepuasan tersebut semakin mendorong konsumen untuk datang berkunjung kembali, semakin

OXYGEN CONSUMPTION OF ROCK BREAM Oplegnathus fasciatus IN DIFFERENT SALINITY LEVELS AND TEMPERATURE DEGREES [Konsumsi oksigen Ikan Rock Bream Oplegnathus fasciatus pada tingkat

Berdasarkan beberapa teori yang menyebutkan berbagai faktor efektivitas kepemimpinan, peneliti menggunakan sebuah teori untuk penelitian ini yaitu konsep

Pada stasiun KJA dan non-KJA di dapatkan konsentrasi fosfat total yang termasuk dalam kisaran nilai tersebut, sehingga Danau Lido tergolong tingkat kesuburan eutrof..

Pada OMSK tipe benigna, reaksi iritasi mukosa telinga tengah oleh perforasi membran timpani dan infeksi sering kali menyebabkan cairan yang keluar bersifat mukopus dan tidak