Nurshafieka Natashya binti Satmi
Merujuk maklumat yang tertera diatas, bertarikh 28/03/2018.
Dukacitanya, saya seperti nama diatas, Nurshafieka Natashya binti Satmi mahasiswi tahun dua yang menuntut di Universiti Teknologi Mara UiTM Kampus Alor Gajah Melaka ingin memohon bantuan kewangan daripada pihak tuan/puan diatas ingin membeli Kamera jenis DSLR jenama Canon atau Nicon untuk digunakan di dalam subjek kos yang saya ambil iaitu Mass
Comunication & Media. Camera tersebut berkemungkinan akan digunakan dalam jangka masa yang panjang sehingga saya habis semester. Sekiranya saya mendapat bantuan kewangan untuk membeli Kamera, hal ini lebih memudahkan lagi untuk saya menggunakan di dalam subjek tertentu.
2. Untuk makluman tuan/puan, tujuan utama saya memohon bantuan ini dari pihak tuan/puan adalah disebabkan rentetan tuntutan hidup saya yang tak seberapa, disusuli dengan kos pengajian yang tinggi dan faktor jarak jauh yang tak mugkin saya bayangkan untuk
menanggung kos pembelian Kamera tersebut dengan pendapatan keluarga saya yang tak menentu. Pendapatan ibu saya sebagai seorang jurujual (salesgirl) hanya sekadar memenuhi keperluan asas kami sekeluarga seperti makanan dan bayaran rumah, manakala peruntukan untuk lanjutan pendidikan adalah jauh sekali. Saya juga ada membuat pinjaman PTPTN tetapi ia hanya sekadar cukup untuk membuat perbelanjaan saya disini sahaja.
3. Dengan bantuan ini, impian saya untuk mengejar cita-cita mungkin tercapai. Dari segi keluarga pula iaitu ibubapa saya sudah pasti tidak akan menghadapi kebimbangan dari segi kewangan mereka sekiranya saya mendapat bantuan kewangan ini, dan secara tidak langsung sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban keluarga saya untuk mencari kos lebih untuk membeli Kamera kepada saya.
Saya akhiri kata-kata ini dengan ucapan terima kasih dari saya diatas masa dan ketelusan budi bicara tuan/puan membaca surat permohonan saya ini.
Sekian, terima kasih. Yang Benar.