• Tidak ada hasil yang ditemukan

FESYEN and PAKAIAN SERTA PERTUMBUHAN EKO

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "FESYEN and PAKAIAN SERTA PERTUMBUHAN EKO"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

MOHD FAIZAL ABD RAHMAN | KK BENTONG i

ABSTRAK

Perkembangan fesyen dan pakaian telah membuka ruang kepada perkembangan mobiliti sosial

di samping mempertaruhkan daya kreativiti yang disulam bersama kemahiran mencipta dan

daya inovasi yang akhirnya memberikan kekayaan ekonomi dalam peningkatan angka

keluaran dalam negara kasar sesebuah negara. Walaupun fesyen dilabel sebagai pemangkin

budaya hedonisme, namun, sumbangan industri ini tidak boleh dipertikaikan. Industri fesyen

dan tekstil memainkan peranan yang besar dalam perkembangan eksport bagi negara-negara

membangun di rantau asia. Pada tahun 2010, Malaysia telah disenaraikan sebagai 10 negara

paling kompetetif di dunia, ia terkandung di dalam laporan 2010 World Competitiveness

Yearbook. Industri Fesyen & Pakaian mampu untuk dijana dengan lebih baik bagi kepentingan survival negara. Dengan segala dasar dan polisi yang dimainkan oleh Kementerian

Perdagangan & Perindustrian Antarabangsa, Kementerian Pengajian Tinggi (kini dikenali

sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan lain-lain agensi dan jabatan serta sokongan

padu daripada pihak swasta serta bakat-bakat muda dan profesional yang perlu di

ketengahkan, tidak mustahil Malaysia menjadi rakan dagang paling utama di rantau ini.

Cabaran Malaysia merupakan untuk menjadikan Modal Insanya Kelas Pertama perlu

diutamakan supaya nilai dan etika rakyat Malaysia yang mempunyai tertib ketimuran yang

disanjung itu mampu digembleng bersama-sama kemudahan infrastruktur bertaraf dunia yang

(2)

MOHD FAIZAL ABD RAHMAN | KK BENTONG ii

SENARAI KANDUNGAN

PERKARA MUKASURAT

Abstrak i

Senarai Kandungan ii

Senarai Rajah iii

1.0 Pendahuluan 1

2.0 Hub Fesyen Dunia 2

2.1 Penerokaan Pasaran Fesyen & Pakaian Baru 3

2.2 Perkembangan Industri Fesyen & Pakaian Di Asia 4

3.0 Malaysia : Bekerjasama Untuk Menempuhi Cabaran 7

4.0 Kesimpulan 13

(3)

MOHD FAIZAL ABD RAHMAN | KK BENTONG iii

SENARAI RAJAH & JADUAL

RAJAH MUKA SURAT

Rajah 1 : Permintaan bagi Pasaran Pakaian bagi Asia, 5

Amerika Utara dan juga Timur Eropah

JADUAL

Jadual 1 : Pencapaian dan Jangkaan pelaburan serta 8

eksport bagi Malaysia bagi tahun 1996-2020.

(4)

MOHD FAIZAL ABD RAHMAN | KK BENTONG 1 FESYEN & PAKAIAN SERTA PERTUMBUHAN EKONOMI: CABARAN UNTUK MALAYSIA.

MOHD FAIZAL ABD RAHMAN

Kolej Komuniti Bentong

1.0 PENDAHULUAN

Industri ini sering dikaitkan dengan kecantikan, kemewahan dan juga populariti. Namun

tidak ramai yang tahu disebalik populariti, kecantikan dan kemewahan yang dimaksudkan,

industri ini telah memainkan peranan yang penting dan signifikan dalam pertumbuhan ekonomi

di sesebuah negara. Walaupun ramai pengkritik lebih suka melabelkan fesyen sebagai

penggalak hedonisme, ironinya, industri ini juga menyumbang kepada pertumbuhan dalam

negara kasar (KDNK). Industri fesyen dan pakaian merupakan antara sub jaringan ekonomi

yang saling bergantung antara satu sama lain termasuklah logistik, perkilangan, peruncitan dan

lain-lain lagi. Di Malaysia, dari tahun 2006-2010, industri ini telah menyumbang kepada RM 9.9

billion daripada keseluruhan eksport produk pembuatan (MITI : 2011). Namun Malaysia juga

tidak terkecuali daripada menghadapi cabaran dalam mengekalkan dan menambahbaik industri

(5)

MOHD FAIZAL ABD RAHMAN | KK BENTONG 2

2.0 HUB FESYEN DUNIA

Perancis, Itali, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Jepun merupakan hub fesyen

dunia yang memberikan pengaruh yang sangat mendalam kepada perkembangan fesyen di

seluruh dunia (Grail Research : 2009). Nama –nama besar minggu fesyen seperti Milan

Fashion Week, London Fashion Week dan Paris Fashion Week sememangnya menjadi impian pereka-pereka dan penggemar fesyen di seluruh dunia untuk berada dalam acara tersebut.

Selain glamour dan penuh pesona, medium pentas fesyen itu juga turut menjadi saksi dalam

memuktamadkan kontrak fesyen yang bernilai jutaan ringgit. Kuatnya pengaruh industri fesyen

ini membuatkan kerajaan itali pada 2009 menerusi pengumuman yang dibuat oleh Menteri

Pembangunan Ekonomi Cloudio Scajola, bercadang untuk menyuntik dana ketika mengalami

krisis kewangan serantau (AFP; 2009).

Hakikatnya, pertumbuhan dan perkembangan fesyen membawa kepada angka yang

cukup mengujakan kepada perkembangan ekonomi sesebuah negara, Jepun kini menjadi trend

kepada pengikut fesyen berumur dibawah 30-an untuk gaya yang comel tidak ubah seperti

gambaran dan imaginasi si pereka berdasarkan kepada komik-komik popular Jepun. Kini

fesyen jalanan Harajuku yang mempersembahkan rekaan-rekaan Gothic, Lolita, Cosway dan

lain-lain lagi menjadi rujukan terkemuka bagi fesyen tersebut. Sementara itu, nilai urusniaga

bagi keseluruhan London Fashion Week pula telah berjaya memberi pulangan kepada ekonomi

Braitain sebanyak US 32.72 billion menurut British Fashion Council. Perunding Ekonomi,

Oxford Economic Research melaporkan, sub sektor bagi fesyen telah menyumbang kepada

(6)

MOHD FAIZAL ABD RAHMAN | KK BENTONG 3

2.1 PENEROKAAN PASARAN FESYEN & PAKAIAN BARU

Melihat kepada perkembangan semasa dan kestabilan ekonomi serantau, tidak

hairanlah kini semakin banyak negara telah memberikan peluang dan justifikasi yang sangat

signifikan kepada industri fesyen & pakaian negara masing-masing. Sehingga tahun 2008,

Afrika Selatan, Emeriah Arab Bersatu, India, Singapura, Rusia dan Brazil menjadi pasaran baru

yang semakin berkembang bagi industri fesyen serantau. Afrika Selatan, melalui Unit

Pembangunan Ekonomi Johanesburg, memberikan sokongan kepada insdustri fesyen di

negara itu untuk turut sama-sama berpeluang di dalam program pembangunan Afrika Selatan.

Matlamat program tersebut ialah untuk menjadikan Afrika Selatan sebagai sebuah bandar

industri kreatif dan inovasi (G.G Nyasha : 2006). Pada tahun 1998 menyaksikan industri fesyen

di Afrika Selatan bernilai lebih USD 4.3 billion dan sudah tentu memberikan peratus yang baik di

dalam kadar pertumbuhan ekonomi Afrika Selatan selain pasaran berlian yang sangat terkenal

(B.Milisuthando :2009) .

Jangkaan kepada pertumbuhan pasaran fesyen serantau menunjukkan peningkatan

yang baik. Bagi India, jangkaan pertumbuhan industri ini ialah 178% bagi 2008-2012, Rusia

pula menunjukkan perkembangan terpantas bagi pasaran fesyen dunia pada 2008 iaitu

sebanyak 25%, sementara itu, 7% peningkatan direkodkan bagi pasaran fesyen di Brazil pada

2008. Kebanyakan negara tersebut memberi ruang dan platform kepada pereka-pereka muda

dan professional mereka untuk sama-sama meneroka idea baru dan berusaha untuk

menempatkan industri mereka untuk diberi pengiktifaran oleh masyarakat antarabangsa.

(7)

MOHD FAIZAL ABD RAHMAN | KK BENTONG 4

Fashion : Strategic Management Brand kepada komuniti fesyen di negera tersebut untuk memberikan ritma dan warna terbaik dalam menjenamakan industri fesyen India (Grail

Research : 2009).

2.2 PERKEMBANGAN INDUSTRI FESYEN & PAKAIAN DI ASIA.

Price Waterhouse Coopers dalam laporannya Strong & Steady : 2011 Outlook For The

Retail And Consumer Products Sector In Asia menjangkakan pertumbuhan sektor fesyen & pakaian di Asia terus melonjak kepada lebih 5 % dalam tahun 2012 (PWC: 2011). Kini, dasar

pintu terbuka oleh China memberikan peluang yang lebih besar untuk industri ini terus

berkembang maju. Keputusan bijak yang diambil oleh China pada 2001 untuk menyertai WTO

dan kerja keras mereka telah melonjakkan China sebagai peneraju Fesyen & Pakaian di Asia.

Nilai industri tersebut pada tahun 2001-2004 sahaja berjumlah lebih dari USD 61.96 billion. Di

dalam laporan Glimmers Amid The Gloom: The Outlook For The Retail And Consumer Product

Sectors In Emerging Markets, nilai jualan bagi industri ini pada 2008 sahaja bernilai lebih USD 33 billion (PWC : 2009). Walaupun banyak pihak sebelum ini lebih selesa untuk menjangkakan

India akan menjadi peneraju di dalam industri ini, namun China nampaknya mempunyai lebih

banyak kelebihan berbanding India terutamanya daripada segi kos buruh dan juga peluang

yang lebih banyak dan pasaran yang lebih luas di sana. India dikatakan sebagai peneraju

pasaran ini kerana melihat kepada penarafan yang diberikan oleh laporan World Bank : Global

Competitive Report 2005 , India menduduki tempat pertama dalam The 2006 Retails

Development Index (GRDI). Kedudukan India di tempat pertama juga di kaitkan dengan polisi negara tersebut pada tahun 2006 yang membenarkan pemilik asing untuk memiliki 51% saham

(8)

MOHD FAIZAL ABD RAHMAN | KK BENTONG 5

Timex mula mengintai peluang yang diberikan oleh India dalam memperkukuhkan lagi kuasa pasaran.

Kini, Korea juga boleh berbangga dengan industri fesyen & pakaian negara tersebut

kerana dapat turut sama-sama berdiri maju bersama generasi besar China. Vietnam dan juga

Indonesia yang dikatakan aktif di dalam pasaran ini kerana berupaya untuk menjadi pembekal

bahan mentah dalam penghasilan fabrik yang bermutu tinggi . Secara umumnya, jangkaan

permintaan nilai pasaran bagi industri ini adalah seperti berikut :

Sumber : Strong & Steady : 2011 Outlook For The Retail And Consumer Products Sector In

Asia

(9)

MOHD FAIZAL ABD RAHMAN | KK BENTONG 6

Rajah 1 menunjukkan jangkaan bagi permintaan pasaran ini bagi Asia, Amerika Utara dan juga

Timur Eropah. Pasaran asia dijangka akan terus melonjakkan nilai permintaan melebihi USD

220 juta pada tahun 2013. Permintaan ini diperkukuhkan dengan pasaran China yang sangat

besar dan juga pasaran-pasaran baru yang dijangka wujud di dalam industri ini. Asia kini boleh

menarik nafas lega dengan pasaran China yang pada hakikatnya memberikan sedikit ruang

untuk negara-negara di serantaunya untuk sama-sama merasai pertumbuhan pasaran di Asia.

Sekiranya amalan dan semangat bekerjasama diteruskan dan diperkukuhkan lagi sudah tentu

impak positif akan lebih memberi makna kepada pertumbuhan ekonomi di semua negara rantau

asia. Kepesatan pertumbuhan dan perkembangan industri ini telah pun membawa kemasukan

pelabuan-pelaburan asing ke dalam pasaran asia. Pembukaan gedung dan outlet terkemuka

seperti GAP, ZARA, H&M di Shaghai, Mumbai dan sebagainya memberi petunjuk bahawa

peruncit-peruncit gergasi pakaian ini yakin bahawa pasaran fesyen & pakaian Asia akan terus

(10)

MOHD FAIZAL ABD RAHMAN | KK BENTONG 7

3.0 MALAYSIA : BEKERJASAMA UNTUK MENEMPUHI CABARAN

Kepesatan perkembangan industri fesyen & pakaian serantau hakikatnya membawa

kepada perkembangan industri tersebut di Malaysia. Namun Malaysia membahagikan sub

sektor tekstail dan juga pakaian di dalam industri tersebut. Kesungguhan kerajaan dalam

membantu indsutri ini boleh dilihat didalam peruntukkan Bajet 2011 di mana kerajaan bersetuju

untuk menghapuskan duti import diantara 5% hingga 30% terhadap 328 jenis produk termasuk

259 produk berkaitan pakaian, kasut dan hiasan kepala. Walaupun pelaksanaan langkah ini

bertujuan untuk meningkatkan perbelanjaan pelancong disamping mempromosikan Malaysia

sebagai pusat membeli belah di Asia dalam mencapai sasaran NKEA, industri ini juga akan

menerima impak positif dalam bentuk promosi jenama dan produk tempatan.

Euromonitor.com melaporkan segmen pakaian di Malaysia masih didominasi oleh

jenama-jenama antarabangsa (Euromonitor : 2011). Jenama-jenama antarabangsa ini lebih

mapan jika dibandingkan dengan jenama-jenama tempatan dalam mengembalikan dan

memperkukuhkan perniagaan mereka selepas kemelesetan ekonomi serantau 1997. Industri

pakaian di Malaysia dijangka menunjukkan prestasi yang kukuh bagi tempoh akan datang.

Perkembangan positif seperti program-program pemulihan ekonomi, kesedaran tentang

penjagaan imej dan kesihatan rakyat Malaysia, ketersediaan jenama antarabangsa yang

semakin meningkat dan pengembangan kedai-kedai runcit moden merupakan antara faktor

penyumbang kearah persekitaran kondusif bagi pemain industri ini. Di samping itu, dengan

peningkatan penggunaan internet di kalangan pengguna tempatan dan pendedahan kepada

fesyen antarabangsa melalui media massa, juga boleh mempengaruhi fesyen tempatan dan

memberi peluang kepada banyak jenama antarabangsa yang masih belum menjejakkan kaki ke

(11)

MOHD FAIZAL ABD RAHMAN | KK BENTONG 8

Dari tahun 1996 sehingga 2005, jumlah pelaburan yang perolehi oleh industri ini adalah

berjumlah RM 4.9 Billion iaitu RM 4.1 billion disumbangkan oleh sub sektor Tekstail dan RM

852.5 juta lagi disumbangkan oleh sub sektor pakaian. Semasa perlaksanaan Pelan Induk

Perindustrian II, dicatatkan jumlah bilangan pekerjaan dalam bidang ini adalah seramai 214800

orang pada tahun 2005. Eksport Malaysia dalam bidang ini meningkat 4.9 % dengan jumlah

dagangan eksport bernilai RM 10.3 billion. Dengan pertumbuhan industri ini yang semakin baik

Pelan Induk Perindustrian III (2006-2020) mengunjurkan jumlah perolehan pelaburan dalam

bidang ini berjumlah RM 13.7 biliion iaitu peningkatan sebanyak 3.1 %, sementara itu, jumlah

eksport juga akan meningkat kepada RM 24 Biliion pada tahun 2020, meningkat kepada 5.8%.

Ini dapat di gambarkan melalui jadual 1 di bawah :

PELAN INDUK PERINDUSTRIAN

PELABURAN EKSPORT RM (BILLION) RM (BILLION) PELAN INDUK PERINDUSTRIAN II 1996-2005

(PENCAPAIAN SEBENAR) 4.9 10.3

PELAN INDUK PERINDUSTRIAN III 2006-2020

(JANGKAAN) 13.7 24.0

Sumber : Pelan Induk Perindustrian III

Jadual 1 : Pencapaian dan Jangkaan pelaburan serta eksport bagi Malaysia bagi tahun

(12)

MOHD FAIZAL ABD RAHMAN | KK BENTONG 9

Dalam memastikan survival industri ini, persaingan di pasaran global akan memberikan

cabaran kepada Malaysia. Malaysia sudah tentu terpaksa bersaing dengan

pengeluar-pengeluar berasaskan tenaga buruh yang rendah berbanding Malaysia seperti China dan India.

Oleh itu, Malaysia perlu lebih aktif dalam meneroka pasaran-pasaran baru yang lebih dinamik.

Untuk itu, pengukuhan jaringan perniagaan bersama masyarakat global merupakan suatu

perkara yang perlu diberi perhatian. Umumnya mengetahui bahawa pada 1 Januari 2005, kouta

sekatan dalam Multi Fibre Aggrement (MFA) telah tamat, menyaksikan berakhirnya empat

dekad sekatan keatas perdagangan dalam industri tekstail dan pakaian di kalangan ahli-ahli

WTO (World Trade Organization). Kini perdagangan dalam industri ini ditadbir mengikut

peraturan normal WTO. Lantaran itu Malaysia kini perlu lebih bersedia untuk menerima

persaingan sengit di pasaran Amarika Syarikat sebagai contoh untuk terus kekal menjadi

pemain dalam indusri ini di peringkat global.

Penjenamaan produk buatan Malaysia adalah sangat penting di dalam mempromosikan

Malaysia di peringkat global. Pembuatan dan penjenamaan produk harus seiring dan berkadar

langsung untuk mamastikan Malaysia boleh berada di pasaran antarabangsa. Kepesatan

teknologi yang semakin canggih merupakan antara medium yang seharusnya digunakan sebaik

mungkin sebagai platform untuk meletakkan produk Malaysia di pasaran global. Kita mungkin

mendengar nama-nama seperti Jimmy Choo, Zhang Toi, YeohLee, yang sinonim dengan

fesyen Malaysia dan mempunyai koleksi pakaian di New York, Vancouver, Hong Kong dan

lain-lain lagi, namun, itu tidak cukup untuk membawa jenama Malaysia di pasaran global.

Syarikat-syrikat Malaysia mungkin boleh mengambil peluang dan pengalaman dengan Zara, H&M,

Giordano Group, G2000 dan lain-lain tentang bagaimana mereka menguasai pasaran global

(13)

MOHD FAIZAL ABD RAHMAN | KK BENTONG 10 meletakkan tiga elemen dalam menjadi kepentingan pengguna dalam memilih sesuatu jenama

di pasaran. Kualiti, Mitos & cerita di sebalik produk serta tanggungjawab sosial merupakan tiga

elemen yang menjadi keutamaan pengguna untuk memilih sesuatu jenama di pasaran. Selain

itu, didapati kualiti tambahan produk, tawaran jaminan jenama dan juga tanggungjawab dan

kejujuran pengeluar juga merupakan faktor tambahan yang dinilai oleh pengguna sebelum

memilih sesuatu jenama. Sementara itu, Rajagopal (2010) di dalam tulisannya memberitahu

perubahan nilai-nilai budaya, keutamaan pengguna dan juga niat pengguna kearah pembelian

barang yang berjenama boleh dikatakan antara isu kritikal kepada syarikat-syarikat pemasaran

tempatan dalam bersaing di dalam pasaran global. Malaysia juga perlu memperkukuhkan

aktiviti Pembangunan dan Penyelidikan Penjenamaan (R&D Penjenamaan) dan tidak hanya

tertumpu kepada kepada inovasi produk semata-mata. Aktiviti R&D Penjenamaan ini perlulah

dijalankan kepada produk-produk yang telah memasuki pasaran dan yang akan memasuki

pasaran. Penjenamaan yang kukuh juga adalah antara faktor sesuau produk itu dapat menarik

perhatian walaupun pada hakikatnya tidak jauh berbeza dengan produk yang berada pada

kelasnya yang sama di pasaran.

Cara bekerja juga perlu lebih bersifat dinamik dan tidak terlalu bergantung kepada

konsep tradisional semata-mata. Ketepatan maklumat dan kepantasan dalam menyampaikan

produk kini menjadi asas sesebuah perniagaan untuk menjadi lebih global dan luas. Teknologi

maklumat kini menjadi perntara yang sangat bernilai dalam menjalankan tugas. Teknologi

komunikasi dan maklumat (ICT) memainkan peranan penting dalam negara membangun untuk

ke satu era yang lebih maju. ICT secara umumnya dapat menambahbaik amalan perniagaan,

selain dapat meningkatkan kecekapan dan daya saing syarikat. ICT juga bertindak sebagai

(14)

syarikat-pengeluar-MOHD FAIZAL ABD RAHMAN | KK BENTONG 11 pembekal -pengguna, mewujudkan model perniagaan baru dan mencipta peluang-peluang baru

di dalam rantaian pasaran global. Online Portal, Logistic E-Information, E-Commerce, Design &

Virtually prototyping, Electronic Data Interchange (EDI), Vendor Managed Inventory (VMI) dan lain-lain lagi merupakan antara aplikasi dan program yang boleh digunakan oleh syarikat untuk

menambahbaik jaringan rantaian perniagaan global (K.McNamara : 2008).

Aktiviti pembangunan dan rekabentuk (Design & Development- D&D) akan

membolehkan secara berterusan rekaan dan pembangunan produk baru yang akan memenuhi

keperluan industri secara terperinci. Malaysia kini bergantung kepada aktiviti pembangunan dan

rekabentuk menggunakan pakar dari luar negara untuk kejuruteraan rekabentuk dan juga

pembuatan proses. Ini adalah berpunca daripada kekurangan pakar industri di dalam negara

kita. Selain itu, bilangan pereka dan juga house of design yang kecil di Malaysia juga

menyebabkan kurangnya aktiviti pembangunan dan juga rekabentuk. Indsutri fesyen & pakaian

di Malaysia boleh di perkukuhkan lagi dengan menubuhkan lebih banyak pusat fesyen serta

mengorganisasi lebih banyak pertunjukkan-pertunjukkan fesyen di Malaysia dan di luar negara.

Sokongan dan usaha yang berterusan tersebut boleh mempromosi jenama dan produk

Malaysia termasuk khazanah negara batik dan juga songket (MITI : 2006). Malaysia juga

seharusnya memberi peluang yang lebih besar kepada rekaan-rekaan tempatan seperti rekaan

muslimah untuk berada di pentas-pentas peragaan yang lebih ekslusif.

Kementerian Pengajian Tinggi perlu lebih aktif dalam melahirkan tenaga kerja

professional yang sangat mahir dalam bidang yang berkaitan dengan industri ini. Sistem

(15)

MOHD FAIZAL ABD RAHMAN | KK BENTONG 12 Menurut MIcheal Ng (2008), sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan dan kurang

memberi penekanan kepada pemikiran kreatif dan kritis yang mana ia merupakan prasyarat

utama kepada pembentukan dan pembangunan bakat kreatif telah dikenalpasti sebagai antara

faktor penyumbang kepada kegagalan jenama-jenama fesyen di Asia gagal di peringkat global.

Pusat-pusat latihan kemahiran juga perlu lebih mengkaji kurikulum pengajian mereka agar

selari dengan keperluan industri. Individu yang sangat mahir dalam bidang pemasaran sangat

diperlukan untuk memasarkan produk dan jenama di peringkat antarabangsa, selain itu, pereka

fesyen, pereka grafik, juruteknik jentera tektail bagi tujuan kalibrasi dan pengoperasian juga

merupakan sangat penting untuk industri terus kukuh di peringkat global. Menurut laporan yang

dikeluarkan oleh Pelan Induk Perindustrian III seperti di Jadual 2, berkenaan industri ini, di

dapati institusi pengajian yang menawarkan program atau kursus berkaitan industri ini masih

kecil, selain itu, di dapati hanya sedikit bilangan institusi yang menawarkan program latihan

untuk tenaga kerja berkemahiran khusus bagi keperluan industri. Pelan ini juga mencadangkan

program dan latihan berikut dijalankan di pusat pengajian dan juga pusat-pusat latihan dalam

memenuhi keperluan industri.

PROGRAM PENGAJIAN YANG DICADANGKAN UNTUK DILAKSANAKAN • Teknologi gentian

• “spinning technology”

• Teknologi tetunan dan mengait

• “dyeing, pre-treatment and finishing chemistry” • Pengurusan kos dan ekonomi tekstail

• Teknologi rawatan dan juga kawalan persekitaran rawatan • Pengurusan kawalan proses dan jaminan kualiti.

Sumber : Pelan Induk Perindustrian III

(16)

MOHD FAIZAL ABD RAHMAN | KK BENTONG 13 4.0 KESIMPULAN

Malaysia telah membuktikan kepada dunia bahawa ia merupakan sebuah negara yang

penuh dengan peluang, ruang dan kompetensi untuk dibangunkan sebagai sebuah negara

maju berpendapatan tinggi. Pada tahun 2010, Malaysia telah disenaraikan sebagai 10 negara

paling kompetetif di dunia, ia terkandung di dalam laporan 2010 World Competitiveness

Yearbook. Namun rakyat Malaysia tidak seharusnya alpa dengan pelbagai pencapaian yang dimiliki oleh Malaysia dan sentiasa berusaha mencari peluang untuk memajukan Malaysia.

Industri Fesyen & Pakaian mampu untuk dijana dengan lebih baik bagi kepentingan survival

negara. Dengan segala dasar dan polisi yang dimainkan oleh Kementerian Perdagangan &

Perindustrian Antarabangsa, Kementerian Pengajian Tinggi dan lain-lain agensi dan jabatan

serta sokongan padu daripada pihak swasta serta bakat-bakat muda dan professional yang

perlu di ketengahkan, tidak mustahil Malaysia menjadi rakan dagang paling utama di rantau ini.

Cabaran Malaysia merupakan untuk menjadikan Modal Insanya Kelas Pertama perlu

diutamakan supaya nilai dan etika rakyat Malaysia yang mempunyai tertib ketimuran yang

disanjung itu mampu digembleng bersama-sama kemudahan infrastuktur bertaraf dunia yang

telah dan akan disediakan oleh pembuat dasar negara. Melihat kepada cabaran-cabaran yang

perlu diharungi Malaysia, masih banyak lagi perkara yang perlu dilakukan. Pemain industri ini

juga perlu memikirkan untuk menjadikan produk dan jenama Malaysia lebih bersifat jati diri yang

kuat di pasaran global supaya kita lebih di hormati di pasaran antarabangsa dan tidak terlalu

mengikut kepada acuan barat. Jika industri ini tidak di dokong dengan semangat setiakawan

dan jaringan industri yang tanpa batasan, maka tidak mustahil industri ini akan mengalami

kejatuhan dan produk seperti batik, songket, rekaan muslimah serta pemain-pemain industri ini

di Malaysia tidak dapat bersaing di pentas dunia. Kita semua tidak mahu industri ini hanya nanti

(17)

MOHD FAIZAL ABD RAHMAN | KK BENTONG 14 BIBLOGRAFI

A.T. Kearney (1996). “Emerging Market Priorities For Global Retailers.” A.T Kearney

Management Consultants Inc. www.atkearney.com

AFP (2009). “Italy Moves To Aid Ailing Fashion Industry”. AFP Global Edition.

www.thefreelibrary.com

B.Milisuthando (2009). “South Africa : Searching For Structures, Systems & Policies”

http://www.businessoffashion.com/2009/05/south-africa-searching-for-structures-systems-and-policies.html

G.G Nyasya (2006). “The Emerging Role Of Fashion Industry in Johannesburg’s Tourism

Development Strategy.” Research Report. Johannesburg : Postgraduate School of Humanities, University of the Witwatersrand

Global Competitive Department (2010). “Malaysia in the IMD World Competitiveness Yearbook”.

Malaysia Productivity Corporation. Petaling Jaya : Malaysia Productivity Corporation.

Grail Research (2009). “The Global Fashion Industry : Growth In Emerging Market”. Grail

Research LLC. www.grailresearch.com

K. McNamara (2008). “The Global Textile and Gourment Industry : The Role of Information

And Communication Technologies (ICT’s) In Exploiting The Value Chain.” The

International Bank for Reconstruction and Development / The World Bank. Washington :

InfoDev Publication and Communication Department. Ms 19-29.

Micheal Ng (2008). “Building A Global Asian Fashion Brand.” Thesis. New York : Leonard N.

(18)

MOHD FAIZAL ABD RAHMAN | KK BENTONG 15 MITI (2006). “Pelan Induk Perindustrian III”. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan

Industri Malaysia. Kuala Lumpur ; Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

MITI (2011). “Laporan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia”. Kementerian

Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia. Selangor : Sasyaz Holding Sdn Bhd.

PricewaterhouseCoopers (PWC) (2006). “Malaysia”. 2004/2005 Global Retails & Consumer

Study From Beijing to Budapest. PricewaterhouseCoopers International Limited Ms

94-106.

PricewaterhouseCoopers (PWC) (2000). “Glimmers Amid The Gloom : The Outlook for Retail

and Consumer Products Sector in Emerging Markets.” PricewaterhouseCoopers International Limited. Ms12-40

PricewaterhouseCoopers (PWC) (2010). “Strong & Steady : 2011 Outlook for Retails and

Consumer Product Sectors in Asia.” PricewaterhouseCoopers International Limited Ms 1-37

Rajagopal (2010). “Consumer Culture and Purchase Intentions Towards Fashion Apparel.”

Working Paper #MKT-01-2010. Mexico : EGADE Business School, Monterrey Institute of Technology and Higher Education.

Thomson Reuters (2011). “Fashion Worth £ 21 Billion to UK Economy”.

http://uk.fashionmag.com/news-124305-Fashion-worth-21-billion-to-UK-economy

Yasmin Abdullah (2004). “Branding Malaysia Batik- A Perspective On The Need For A Common

Brand Definition And Value Chain Delivery.” Batik Guild Magazine. Kuala Lumpur:

Referensi

Dokumen terkait

Dengan adanya penelitian ini, diharapkan (1) guru dapat menerapkan metode sumbang kata Qurani dalam pembelajaran menulis puisi; (2) siswa mendapatkan pengajaran yang baik

Logam memiliki hambatan yang sangat kecil. Dengan memberi beda potensial yang kecil saja antar dua ujungnya, arus yang mengalir cukup besar... Parameter kawat yang menentukan

Hasil dari wawancara terhadap 50 anak didik di LPKA menunjukkan adanya beberapa peningkatan dalam diri mereka setelah mengikuti program pembinaan pesantren yaitu sekarang mereka

Sejak ( bulan yang lalu pasien mengeluh tekananan darahnya selalu tinggi dan sering merasakan pusing, pasien sudah dianjurkan untuk  terus kontrol di dokter, namun pasien

Dengan mengetahui personaliti orang lain, ia memberikan suatu kelebihan kepada anda kerana anda lebih peka tentang perkara yang disukai atau tidak disukai oleh seseorang.. Ini

(2) Bagi pejabat pengelola dan pegawai RSUD Balaraja yang berstatus PNS, gaji pokok dan tunjangan mengikuti peraturan perundangan-undangan tentang gaji dan

c) pembatasan kegiatan budidaya khususnya permukiman dan budidaya tanaman semusim pada zona inti maupun penunjang bila sudah terlanjur ada dan secara

Untuk menjawab permasalahan bagaimanakah validitas tes cloze sebagai alat ukur kemampuan membaca jika diacukan pada tes baku kemampuan membaca, yaitu tes Reading