• Tidak ada hasil yang ditemukan

13 MEI 1969

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "13 MEI 1969"

Copied!
37
0
0

Teks penuh

(1)

NORMAZNIE BINTI ZAINAL PENGENALAN

Pembentukan sebuah negara Bangsa adalah menjadi satu isu penting yang harus dijadikan sebagai satu usaha berterusan oleh semua anggota masyarakat di negara ini. Pembentukan masyarakat bersatu padu penting bagi membina sebuah negara yang maju dan aman. Maka kertas kerja ini akan menelusuri rusuhan kaum 13 Mei bagi mencari titik pembinaan sebuah negara Bangsa melalui tragedi ini. Beberapa persoalan ditimbulkan disini, adakah masyarakat berbilang kaum di Negara ini telah ‘insaf’ di atas kejadian ini. Adakah telah wujud kesatuan dan kesepaduan dalam masyarakat pada hari ini bagi membina sebuah negara Bangsa Malaysia dan adakah 13 Mei telah dapat membina masyarakat Malaysia, ini merupakan persoalan yang sukar dicari titik penyelesaiannya. Namun kertas kerja ini hanya akan menjadikan beberapa berkara yang akan menjadi topik berbincangan dalam kertas kerja ini seperti bagaimana 13 Mei telah membentuk beberapa dasar bagi memperbaiki hubungan kaum di Malaysia, memperbaiki taraf ekonomi orang Melayu dan meneliti dasar-dasar yang dilaksanakan bagi membina jadi diri Malaysia dikalangan warganegara. Penulisan ini juga akan melakukan pemerhatian kepada kejadian 13 Mei dan dasar-dasar yang telah dilaksanakan dan sejauhmana ianya telah berjaya merealisasikan hasrat kerajaan dalam membina sebuah Negara Bangsa Malaysia.

1.0 TRAGEDI 13 MEI

Tragedi berdarah 13 Mei 1969, menjadi titik tolak kepada perubahan kepada sistem pentadbiran Negara dan juga perubahan masyarakat di Negara ini. Usaha pembentukan gagasan Malaysia pada 1963 adalah bermatlamat kearah membina sebuah Negara Bangsa Malaysia. Namun, rusuhan kaum yang berlaku pada tahun 1969 dilihat sebagai penyebab kepada terbantutnya usaha kepada pembinaan sebuah Negara Bangsa. Namun daripada satu aspek lain, 13 Mei juga menjadi pencetus kepada usaha-usaha yang lebih

(2)

2

serius oleh kerajaan kearah pembentukan Negara Bangsa dan menyelesaikan permasalahan yang wujud di Malaysia.

Rusuhan kaum 13 Mei telah mendorong kerajaan untuk lebih aktif dan lebih agresif dalam usaha mengatasi permasalahan kaum yang telah wujud berabad lamanya1.

Telah wujud jurang antara kaum yang ketara yang disebabkan oleh dasar ‘pecah dan perintah’ British. Wujud pengenalan kaum mengikut sosial dan ekonomi, bagi penduduk Melayu tinggal di kampung dan menjadi petani, kaum Cina di bandar sebagai perniaga dan kaum India di ladang sebagai Penoreh Getah. Selain itu, wujud juga permasalahan dalam pemahaman perlembagaan oleh masyarakat, perasaan tidak puas hati melihat hak dan keistimewaaan Melayu menjadi keutamaan, malah kaum lain seakan dipinggirkan2. Isu-isu politik juga menjadi permasalah umum pada ketika itu,

bagaimana penguasaan politik oleh golongan elit Melayu menyebabkan hak-hak kaum lain seakan terpinggir.

Maka, permasalahan asas inilah yang menjadi titik tolak kepada tercetusnya tragedi 13 Mei 1969. Bergolakan bermula apabila kempen pilihanraya 1969 yang dilakukan oleh parti-parti bertanding tidak terkawal. Mereka menjadikan pentas kempen sebagai medan melepaskan kemarahan kepada apa yang berlaku, telah wujud kempen kepada anti-perkauman dan membangkitkan isu-isu perkauman sebagai tema bagi kempen pilihanraya. Kempen pilihanraya tersebut dianggap sebagai medan bagi membela setiap kaum dan kempen mencabar hak istimewa orang Melayu3.

Namun pergolakan kaum yang serius telah berlaku adalah sejak sejak awal pembentukan gagasan Malaysia lagi. Namun beberapa pergolakan yang besar seperti 1964 di Bukit Mertajam, 1965 di Kuala Lumpur dan 1967 di Pulau Pinang4 menjadi

pencetus kepada rusuhan kaum yang lebih besar dan parah. Peristiwa ini mula tercetus 1 Abu Bakar Hamzah, Ilham 13 Mei, Kelantan Ismail Enterprise, 1970, hlm. 62.

2

Leon Comber, Peristiwa 13 Mei Sejarah Perhubungan Melayu-Cina, Terj. Omardin Haji Ashaari, Petaling Jaya, International Book Service, 1985, hlm. 91.

3

S. Husin Ali, Orang Melayu: Masalah Dan Masa Depan, Kuala Lumpur, Penerbit Adabi Sdn. Bhd, 1979, hlm. 40

4

R.S Milner Dan Diane K.Mauzy, Politik Dan Kerajaan Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1982, hlm. 100.

(3)

3

apabila berlaku perarakan yang dianjurkan oleh Parti Buruh pada 9 Mei apabila seorang pengikut Cina yang mati semasa dalam proses kempen pilihanraya 1969. Maka kekecohan demi kekecohan berlaku sehinggalah tercetusnya perarakan besar-besaran yang berlaku pada 13 Mei yang mencetuskan pertempuran dan membawa kepada pengisytiharan darurat diseluruh negara.

13 Mei bermula apabila satu perarakan besar-besaran yang dilakukan oleh kumpulan DAP dan GERAKAN yang bertujuan memberitahu perihal berkenaan kemenangan besar yang dimiliki oleh mereka5. Perarakan ini juga bertujuan memberi

tahu kepada orang Melayu bahawa mereka telah berjaya memiliki Tanah Melayu dengan memperolehi majoriti besar dalam pilihanraya 19696. Rusuhan ini bermula pada

12 Mei 1969, apabila Dr. Tan Chee Khoo yang menang dalam pilihanraya 1969 dikawasan Batu, di Selangor. Beliau telah meminta kelulusan bagi mengadakan satu perarakan bagi meraikan kemenangan tersebut. Perarakan DAP pula pada tanggal 13 Mei 1969 7.

Perarakan tersebut tersebut dianggap sebagai mencabar kewibawaan orang Melayu sebagai ‘tuan’ di bumi Malaysia. Maka satu perhimpunan balas telah diadakan bagi meraikan kemenangan PERIKATAN pada petang 13 Mei di Jalan Raja Muda di rumah Dato’ Harun yang juga Menteri Besar Selangor. Sewaktu himpunan orang Melayu, mereka telah menerima berita bahawa orang Cina menyerang orang Melayu di Setapak. Maka kumpulan perhimpunan tersebut telah berarak dari jalan Raja Muda ke lokasi tersebut, sewaktu dalam perarakan tersebut mereka telah berjumpa dengan dua orang Cina yang sedang menaiki motosikal, pemuda tersebut telah dibunuh. Maka inilah yang mula mencetuskan rusuhan yang hebat dalam sejarah Malaysia. Orang Cina pula telah menahan bas bagi mencari orang Melayu dan melaungkan ‘darah bayar darah’ yang merupakan slogan yang sama digunakan sewaktu perakaran mayat8.

5 Tunku Abdul Rahman, 13 Mei: Sebelum Dan Selepas, Kuala Lumpur, Utusan Publication And Distributors Sdn. Bhd, 2007, Hlm.414.

6

James P. Ongkili, Nation-Building In Malaysia, Singapura, Oxford University Press, 1985, Hlm. 199-200

7

Tunku Abdul Rahman, 13 Mei: Sebelum Dan Selepas, Hlm. 65. 8 Ibid, Hlm. 83

(4)

Ketegangan terus berlaku apabila berlaku pertempuran dan pertembungan di antara dua kumpulan yang berhimpun iaitu kumpulan Melayu dan Cina. Rusuhan kaum yang juga di pengaruhi oleh beberapa sentiment yang masih menebal pada ketika itu iaitulah perpisahan Singapura daripada Malaysia dan saki baki komunis yang masih terdapat di Malaysia pada ketika itu9. Rusuhan yang berlaku telah menyebabkan darurat

diisytiharkan keseluruh Negara, pergantungan parlimen, perletakan jawatan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri dan beberapa peristiwa besar lain yang berlaku.

Namun disebalik hakikat yang dapat kita lihat, kita perlu kembali menelusuri kepada permasalah kaum ini. Perlembagaan 1948, adalah merupakan titik mula kearah penentangan dan permasalah kaum. Orang Melayu telah berusaha tolak ansur untuk menerima taraf kerakyatan bagi kaum lain di Tanah Melayu pada ketika itu. Pengorbanan tersebut telah diganti dengan orang Melayu memperolehi taraf hak istimewa di Tanah Melayu. Namun sejauhmana kaum lain melihat pengorbanan tersebut, mereka sentiasa cuba mengesploitasikan kebaikan orang Melayu dengan memainkan isu tersebut seolah-oleh orang Melayu tiada hak di bumi Malaysia. Maka natijahnya, dapat kita lihat bagaimana 13 Mei yang telah mengorban ribuan nyawa yang tidak berdosa.

1.1 SEBAB TERCETUSNYA 13 MEI

Dalam kempen pilihanraya pada bulan April dan Mei 1949 emosi rakyat telah dibangkitkan oleh pihak pelampau perkauman dan calon-calon yang tidak bertanggungjawab serta penyokong mereka. Dikalangan orang Melayu, anasir ini telah menakut-nakutkan mereka dengan membangkitkan persoalan dan mempersendakan peruntukan perlembagaan berkaitan dengan Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa Melayu, manakala sesetengah anasir pula telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan orang Melayu dengan menyatakan bahawa penguatkuasaan peruntukan tersebut tidak lengkap. Di kalangan orang bukan Melayu anasir jahat telah menimbulkan rasa bimbang dan syak wasangka bahawa kepentingan sah mereka seperti peruntukan dalam perlembagaan, lama kelamaan akan hilang.10

9 James P. Ongkili, Nation-Building In Malaysia, hlm. 206.

(5)

5

Dasar pecah dan perintah yang diperkenalkan oleh British telah meninggalkan kesan buruk kepada negara. Wujud pemisahan dan pengenalan kaum mengikut ekonomi. Orang Melayu melihat perkara ini sebagai tidak adil bagi mereka sebagai penduduk pribumi. Kemarahan orang Melayu terhadap ketidakadilan ekonomi mendorong kepada masalah perpecahan kaum11. Namun jika diperhalusi situasi ini,

orang Melayu tidak harus ‘marah’ di atas situasi ini. Orang Melayu seharusnya lebih giat berusaha dan bukan sentiasa menyalahkan takdir.

Pengisytiharan penubuhan Malaysia pada 1961 oleh Tunku menjadi kejutan kepada rakyat berbilang kaum di Malaysia12. Situasi ini mendorong kepada berlakunya

ketidak puasan hati dikalangan penduduk. Ketegangan yang wujud ditambah pula dengan rakyat Singapura majoriti Cina dan PAP yang mempunyai keinginan untuk campur tangan dalam arena politik Tanah Melayu. Situasi ini yang mendorong kepada penyingkiran Singapura daripda gagasan Malaysia. Namun tindakan Lee Kuan Yeew yang meninggalkan legasi PAP di Malaysia iaitu DAP mencetuskan masalah kepada negara13.

Selain itu, ketiadaan hubungan terus-menerus diantara kaum, ditambah pula dengan anasir-anasir anti-kerajaan yang meluas dalam Negara dan tidak memahami beberapa peruntukan multak dalam perlembagaan Malaysia telah mendorong kepada rusuhan kaum berlaku. Situasi ini mungkin diakibatkan oleh tiada kesediaan untuk merdeka dengan situasi yang ada pada ketika itu dengan rakyat Melayu yang terpaksa ‘berkongsi’ Negara ini dengan Bangsa lain. Selain itu, beberapa perkara yang mendorong kejadian ini seperti beberapa peruntukan perlembagaan yang dilihat banyak merugikan orang Melayu, terutamanya dalam hal kerakyatan.

11

Ibid, Hlm 108.

12 Ramlah Adam, Biografi Politik Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2004, Hlm. 405

13 R.S Milner Dan Diane K.Mauzy, Politik Dan Kerajaan Malaysia. hlm. 87-95, juga lihat dalam Leon Comber, Peristiwa 13 Mei Sejarah Perhubungan Melayu-Cina, hlm.65

(6)

13 Mei telah mengubah senario politik Malaysia dengan melahirkan struktur baru dalam pemerintahan negara, cita-cita perjuangan Melayu mendapat pembelaan total oleh kerajaan yang dikuasai oleh UMNO. Berlakunya penghegemonian Melayu dalam bidang politik, ekonomi dan budaya dan sebagai kemuncak perkembangan nasionalis Melayu selepas rusuhan berlaku. Penghegemonian yang berlaku meletakkan kaum Melayu di satu kedudukan yang tidak mampu dicabar oleh kaum lain, menghukum kepentingan kaum lain terutamanya bagi kaum Cina14.

Peristiwa 13 Mei menjadi satu era baru untuk Malaysia dan orang Melayu terutamanya. Beberapa kesan langsung yang terjadi akibat daripada 13 Mei adalah pengisytiharan oleh Duli Yang Di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, darurat diseluruh Negara. Sistem kerajaan berparlimen telah dibubarkan pada 16 Mei 1969. Pilihanraya Sabah dan Sarawak dijadualkan selepas Pilihanraya Kebangsaan telah ditanguhkan. Kesan yang amat besar adalah dapat dilihat bagaimana sistem kerajaan berparlimen hanya dapat dipulihkan semula pada 23 Februari 197115.

1.2 MAJLIS GERAKAN RAKYAT (MAGERAN)

Rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah menyebabkan kerajaan mengisytiharkan darurat dalam Negara. Banyak sistem awam lumpuh, sistem kenderaan awam, keretapi, pelabuhan lumpuh akibat rusuhan yang berlaku. Fungsi kerajaan pusat lumpuh dan mengakibatkan polis dan tentera mengambil bahagian dan berperanan dalam memastikan keamanan dan mengawal situasi. Selama pergantungan parlimen, Majlis Gerakan Rakyat (MAGERAN) telah berperanan sebagai badan perlaksana pentadbiran Negara.

Majlis Gerakan Negara yang diketuai oleh Tun Razak merupakan satu badan yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi menjalankan pentadbiran negara selama darurat berlangsung. Fungsi badan ini adalah bagi mengembalikan keamanan dan undang-undang, untuk menentukan pentadbiran yang licin dalam Negara, untuk mengembalikan

14 Thack Ker Pong, Ketuanan Politik Melayu: Respon Masyarakat Cina, Kuala Lumpur, Penerbit Universiti Malaya, 2005, Hlm. 85.

15Lion Comber, Peristiwa 13 Mei Sejarah Perhubungan Melayu-Cina, Terj. Omardin Haji Ashaari, Hlm.180.

(7)

7

keharmonian dan kepercayaan antara kaum dalam Negara. Badan ini juga berperanan mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan dan mengembalikan keyakinan rakyat kepada keselamatan Negara.

MAGERAN berperanan dalam hal ehwal pentadbiran kerajaan Pusat dan Negeri selama perintah darurat dikuatkuasakan selepas rusuhan kaum 13 Mei. Darurat yang dikuatkuasakan telah membekukan gerakan parti-parti politik dalam Negara yang dianggap sebagai pencetus kepada permasalahan kaum yang berlaku16. Parti-parti politik

yang terdapat di Malaysia pada ketika itu banyak digerakkan dengan masing-masing banyak memainkan isu-isu perkauman bagi tujuan kempen parti masing-masing. Pembekuan parti politik adalah bertujuan mengawal kegiatan yang bersifat perkauman dan mampu mengetuskan pergolakan dalam masyarakat.

Pemerintahan MAGERAN selama 21 bulan sejak 13 Mei dilihat banyak menguntungkan orang Melayu. MAGERAN didominasi oleh elit politik Melayu, banyak menjalankan dasar-dasar yang memihak kepada orang Melayu. Orang Melayu melihat jentera pentadbiran MAGERAN sebagai penyelamat kepada ancaman yang mendepani orang Melayu. Oleh yang demikian, ada desakan daripada orang Melayu supaya pemerintahan MAGERAN diteruskan selepas Parlimen dipulihkan17.

Dalam pemerintahan MAGERAN beberapa dasar yang menghakis kepentingan dan dianggap menimbulkan kebimbangan komuniti Cina dilaksanakan. Dasar Ekonomi Baru dilancarkan untuk menaik taraf ekonomi orang Melayu. Selain itu, pada tahun 1970 bahasa pengantar di sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris ditukar kapada bahasa Melayu18. Situasi ini tidak memberikan kelebihan kepada orang Cina dan ini

dianggap sebagai ancaman kepada mereka.

2.0 DASAR KERAJAAN DALAM MEMBINA SEMULA NEGARA MALAYSIA SELEPAS 13 MEI 1969

16 Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, Kuala Lumpur, Penerbit Pustaka Antara, 1981, Hlm. 851-852.

17

Thack Ker Pong, Ketuanan Politik Melayu: Respon Masyarakat Cina, Hlm. 128 18 Ibid, Hlm. 129

(8)

8

2.1 DASAR EKONOMI BARU

Dasar Ekonomi Baru atau DEB dilancarkan pada tahun 1970 serentak dengan permahsyuran Rukun Negara dan berasaskan kepada hasrat mengurangkan kadar kemiskinan dan mengagihkan peluang dalam bidang ekonomi kepada semua kaum dengan seimbang19. Usaha kearah mengurangkan kemiskinan perlu mendapat perhatian

dan pertimbangan khusus dalam usaha mencapai perpaduan dan juga pembangunan Negara. Melalui DEB, perlaksanaan pembasmian kemiskinan mutlak20 dengan mencari,

mengenal pasti dan meyelesaikan masalah ini dengan strategi yang dirangka.

DEB mempunyai dua matlamat utama, yang pertama: menghapuskan kemiskinan dan yang kedua menyusun kembali masyarakat Melayu. Untuk mengatasi masalah kemiskinan, kerajaan berusaha menambah peluang pekerjaan untuk rakyat terutamanya dengan memajukan bidang perindustrian. Disamping itu, pembangunan kawasan desa diperhebatkan. Untuk menjayakan belbagai projek, diadakan rancangan pendidikan dan latihan yang lebih berkesan. Penyusunan kembali masyarakat pada dasarnya bererti melipatgandakan penglibatan orang Melayu dalam sektor industri dan perdagangan supaya lama kelamaan pekerjaan bagi semua kaum dapat mencerminkan perseimbangan antara kaum-kaum di Malaysia21.

Namun apa yang menjadi hasrat kerajaan pada ketika itu adalah DEB dapat menjadi alat bagi tujuan mencapai perpaduan Negara. Ketidak seimbangan ekonomi terutamanya dikalangan bumiputera akibat dasar pecah dan perintah yang ditinggalkan oleh British kepada Tanah Melayu telah mencetuskan konflik. Kemiskinan telah menimbulkan ketegangan diantara kaum terutamanya bagi kaum Melayu yang kebanyakkan bekerja sebagai petani miskin dan golongan Cina sebagai usahawan kaya. DEB bertujuan untuk menangani masalah pengagihan kekayaan dikalangan penduduk Tanah Melayu, berusaha mengurangkan jurang perbezaaan kaum dalam ekonomi.

19

Dasar Sesudah DEB Perlu Utamakan Masyarakat, Akhbar Watan, Khamis, 29.12.1988. 20

Kemiskinan Mutlak: Garis Kemiskinan Tegar Iaitu Tidak Mempunyai Pendapatan Tetap Dan Tidak Mempunyai Kemampuan Kearah Membina Ekonomi Yang Lebih Stabil Dan Kehidupan Yang Lebih Baik.

21

Khoo Kay Kim Et.Al, Kenegaraan 25 tahun: Satu Perspektif Sejarah. 1982. Kuala Lumpur. Persatuan Muzium Malaysia, Hlm. 29.

(9)

9

Kerajaan telah mengunakan pendekatan baru dalam rancangan lima tahun menerusi DEB. Rancangan tersebut dijalankan menerusi dasar serampang dua mata22. Program ini

dijalankan dengan mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan melalui strategi berikut:

1) Menyediakan peluang pekerjaan pada ruang yang mencukupi bagi mengurangkan kadar pengangguran dan akhirnya mencapai tingkat guna tenaga yang penuh.

2) Menambahkan kemudahan bagi meninggikan pendapat dan produktiviti semua golongan miskin samaada di luar bandar dan kawasan bandar melalui peluang-peluang kemahiran, tanah, modal dan lain-lain lagi.

3) Meluaskan peluang-peluang golongan miskin bergiat dalam bidang perindustrian dengan lebih produktif.

4) Memodenkan penghidupan luar bandar melalui perluasan liputan infrastruktur asas seperti bekalan air dan elektrik, perumahan, jalan, pelajaran dan kegiatan masyarakat23.

Melalui DEB diwujudkan beberapa polisi seperi New Economic policy (NEP) bagi tujuan menghalang pembinaan jurang yang lebih besar dalam status ekonomi masyarakat seperti Melayu dan Cina. Membentuk FELDA (The Federal Land Development Authority). MARA, MARDI dan FAMA, Lembaga Padi Negara (LPN), BERNAS, UDA, maju ternak dan lain-lain lagi.24

Strategi dan usaha-usaha membasmi kemiskinan dilakukan oleh kerajaan adalah meliputi kawasan bandar dan luar bandar. Kerajaan telah mengambil langkah serius untuk membasmi kemiskinan, ini bertujuan mengelak daripada masalah yang sama berulang iaitu rusuhan kaum akibat daripada ketidak seimbangan status sosio-ekonomi

22 R.S Milner Dan Diane K.Mauzy, Politik Dan Kerajaan Malaysia. 1982, Hlm. 415. 23

Bushra Haji Yusof, Dasar Ekonomi Baru, Dlm. Yusuf Ismail (Peny), Dasar-Dasar Utama Kerajaan Malaysia, Kuala Lumpur, A.S. Noordeen Publisher, 2006, Hlm. 25-26

24 James P. Ongkili. 1985. Nation-Building In Malaysia. Singapura.Oxford University Press.Hlm. 225

(10)

penduduk. Maka usaha mengenal pasti penduduk luar Bandar yang berhadapan dengan masalah kemiskinan yang serius.

Langkah penyelesaian bagi membantu mengatasi kemiskinan ini dilakukan melalui beberapa badan berkanun seperti FELDA, RISDA, MADA dan KADA. Antara program-program yang dijalankan adalah seperti pembukaan dan penerokaan tanah-tanah baru, bantuan alatan petanian canggih, subsidi baja dan benih, khidmat nasihat, bantuan pinjaman dan modal dan beberapa bantuan lain. Bagi memastikan kelancaran program ini, kerajaan turut memyediakan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, kemudahan elektrik dan air dan beberapa kemudahan lain. Kemudahan dan bantuan yang diberikan adalah bagi tujuan meningkatkan taraf ekonomi penduduk luar bandar.

Langkah membasmi kemiskinan turut dilakukan dikawasan bandar. Langkah sama dijalankan dengan mengenal pasti dan merangka strategi kearah penyelesian permasalah kemiskinan ini. Didapati kemiskinan dikawasan bandar ini banyak dipengaruhi oleh proses urbanisasi. Kebanyakan penduduk ini adalah dikalangan mereka yang berhijrah ke bandar dari desa bagi tujuan mencari pekerjaan yang lebih baik, mereka tinggal di kawasan perumahan setinggan. Strategi yang dijalankan bagi mengurangkan kemiskinan dikawasan ini adalah dengan menyediakan peluang pekerjaan bagi meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Penyusunan semula masyarakat penting bagi mengujudkan interaksi dikalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Mengurangkan jurang sosial dan ekonomi dikalangan penduduk dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut ekonomi di Malaysia. Beberapa strategi dirangka bagi menyusun masyarakat melalui meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin diluar bandar melalui proses memodenkan kawasan-kawasan luar bandar. Membentuk masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan bumiputera dalam pelbagai lapangan dan kegiatan ekonomi bagi memboleh masyarakat bumiputera bersaing dengan kaum lain dalam kegiatan ekonomi moden.

Menambahkan hak milik rakyat dalam pemilikan modal produktif negara termasuklah saham dalam syarikat. Selain itu, kerajaan juga menyusun semula corak

(11)

guna tenaga mengikut sektor dan jenis pekerjaan secara berperingkat. Bagi menjayakan dan memastikan program ini berjaya kerajaan memberikan galakan kepada bumiputera bagi bersaing dan memberikan kemudahan seperti latihan bagi tujuan itu. Beberapa agensi turut ditubuhkan bagi membantu kearah keberkesanan dasar ini seperti MARA, Bank Pembangunan, Amanah Saham Mara dan bebrapa agensi lain yang berperanan dalam menjayakan hasrat kerajaan dalam menyusun semula masyarakat.

Dalam membina sebuah Negara Bangsa yang seimbang kerajaan turut menekankan kepada pembangunan wilayah. Beberapa strategi telah dilakukan bagi mengatasi jurang perbezaan antara negeri-negeri yang mundur dengan maju, menerusi peruntukan pembangunan kepada negeri-negeri yang mundur. Kedua, pembangunan wilayah dilakukan menerusi pembukaan kawasan dan penempatan semula penduduk dikawasan yang berpotensi. Pembangunan ini dibantu oleh agensi seperti DARA, KEJORA dan KESEDAR.

Perlu wujud ikhtiar kearah memperbaiki gerak langkah dan strategi khususnya dalam rancangan untuk mencapai hasrat perpaduan. Persoalan masyarakat dan persoalan mengurangkan kemiskinan perlu mendapatkan perhatian dan pertimbangan khususnya bagi mencapai perpaduan dan pembangunan Negara25. Inilah yang menjadi

hasrat kerajan bagi membina semula Negara Malaysia selepas 13 Mei. Namun persoalan yang timbul adakah DEB telah memberikan persaingan yang sihat dikalangan anggota masyarakat di Malaysia.

Sejauhmankah perlaksanaan DEB telah membuka ruang kearah keseimbangan ekonomi dikalangan masyarakat. Melalui DEB, diperlihatkan bagaimana wujud ‘pergantungan’ dikalangan bumiputera kepada kerajaan. Bantuan yang diberikan oleh kerajaan telah menimbulkan sikap tidak puas hati dikalangan kaum lain. Walaupun dapat dilihat terdapat bahagian di dalam DEB yang menyentuh kepentingan kaum lain seperti India. Namun sejauhmana keberkesanannya kepada kaum lain yang mampu

(12)

12

membina kesepaduan dikalangan masyarakat di Malaysia26, ini akan terus menjadi

persoalan kepada perpaduan kaum di Malaysia.

Namun sejauhman perlaksanaan ini bertujuan membina kestabilan dikalangan seluruh warganegara Malaysia. Perlaksanaan DEB dilihat oleh orang Cina sebagai satu dasar yang berusaha menghimpit dan menghalang kegiatan ekonomi orang Cina di Malaysia. DEB menjadi punca utama kebimbangan dan masalah ekonomi komuniti Cina Malaysia27. DEB menjadi penghalang kemajuan yang ingin dicapai oleh orang

Cina, banyak kuota selama ini milik mereka terpaksa dikongsi dengan orang Melayu. Situasi membimbangkan kepada orang Cina terlihat dengan perlaksaan Akta Koordinasi Industri (AKI) dalam tahun 1975 yang dilihat oleh orang Cina sebagai usaha kepada membantutkan perkembangan ekonomi mereka. Di bawah akta ini, syarikat yang bermodalkan melebihi RM100,000 atau mempunyai bilangan pekerja tetap yang melebih 25 orang mesti memperuntukan 30 peratus saham syarikat kepada bumiputera. Disamping itu, corak guna tenaga perlu mencerminkan komposisi rakyat di Negara ini28.

Perlaksanaan DEB dengan menubuhkan institusi-institusi yang pro-Melayu sebagai ancaman kepada usahawan dan perniaga Cina. Usaha kerajaan meningkatkan pemilikan saham orang Melayu bagi tujuan mengumpul kekayaan korporat untuk golongan bumiputera demi kepentingan ekonomi Melayu telah menghakis kepentingan ekonomi orang Cina. Badan-badan berkanun seperti PNB, MARA, PERNAS dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri dilihat sebagai satu usaha menyekat ekonomi Cina.

Maka menjadi persoalan kini, adakah usaha dan perlaksanaan DEB sebagai satu usaha keras kearah pembinaan perpaduan dalam masyarakat. Adakah kerajaan mengambil ikhtibar daripada rusuhan kaum 13 Mei sebagai satu usaha mengujudkan perpaduan nasional dikalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Daripada satu aspek kita dapat lihat usaha kerajaan ini telah mampu mengujudkan jurang perkauman di 26 Kedudukan Komuniti India Di Malaysia: Dasar Ekonomi Baru Dan Selepasnya. Laporan Dipebtangkan Oleh Associated India Chamber Of Commerce And Industry Kepada Majlis Perundingan Ekonomi Negara Selepas September 1989. 1998/0018449.

27

Thack Ker Pong, Ketuanan Politik Melayu: Respon Masyarakat Cina, Hlm. 95. 28

(13)

Malaysia dengan mengurangkan jurang pengenalan kaum mengikut ekonomi terutamanya bagi kaum Melayu.

Namun usaha ini adakah berjaya mengatasi masalah kemiskinan kaum yang di Malaysia terutamanya kaum Melayu dan India. Kesan perlaksanaan DEB adakah mampu dinikmati oleh setiap kaum di Malaysia29, maka persoalan demi persoalan tidak

mampu diterjemahkan dengan mudah. Permasalahan kaum tidak mampu ditangani dengan baik dan berkesan dalam DEB. Sehingga kini, masih ada suara-suara yang mengatakan bahawa DEB harus diganti dengan dasar yang lebih sesuai dengan abad ke 21 ini, dengan mengujudkan persaingan yang lebih luas.

Ini bukan sahaja bagi melahirkan masyarakat Melayu yang mampu cemerlang, bahkan membina sebuah Negara Bangsa yang adil dan saksama. Membina kemajuan Negara dengan mengunakan sepenuhnya kemampuan yang ada, mengujudkan persaingan sihat dikalangan rakyat, maka inilah kehendak rakyat yang mahukan keamanan dan keadilan sosial. Setiap kaum mampu bersaing dengan usaha sendiri, maka itulah yang akan merialisasikan usaha kearah pembinaan Negara Bangsa Malaysia. Selagi masyarakat masih dibelenggu oleh dasar-dasar yang menguntungkan ‘sebelah pihak’ cita-cita kearah pembinaan Negara Bangsa tidak mampu kita laksanakan dengan jayanya.

2.2 RUKUN NEGARA

Rukun Negara dibentuk bagi membina satu jati diri yang sama dalam membina sebuah Negara Bangsa. Mempunyai prinsip yang satu dan sepadu dikalangan penduduk bagi membina kestabilan dikalangan masyarakat. Rukun Negara merupakan ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan

29 Dasar Ekonomi Baru Sudah Buruk, HARAKAH, Jumaat, 30.12.1988, juga dlm. Dasar Sesudah DEB Perlu Utamakan Masyarakat, Akhbar Watan, Khamis, 29.12.1988

(14)

14

dan ketenteraman negara. Rukun Negara juga menjadi hasrat bagi mencapai dasar pembangunan perpaduan30.

Rukun Negara merupakan satu dasar yang dibina agar menjadi dasar hidup rakyat yang berbilang kaum dan Bangsa di Malaysia. Tujuan ini adalah tidak lain untuk membina satu masyarakat yang bersatu padu dan merupakan satu Bangsa yang kuat dan maju di dalam sebuah Negara yang adil, aman dan makmur iaitu Negara Malaysia31.

Rukun Negara juga sebagai satu lambang perpaduan dan kearah pembinaan sebuah Negara Bangsa yang berdaulat dengan mendukung beberapa prinsip utama yang mana kesemuanya adalah satu tujuan iaitu membina sebuah Negara dan Bangsa yang bersatu. Ikrar dan prinsip rukun Negara diterjemahkan kepada lima prinsip iaitu32;

1) Kepercayaan kepada Tuhan

2) Kesetiaan kepada Raja dan Negara 3) Keluhuran Perlembagaan

4) Kedaulatan Undang-undang 5) Kesopanan dan Kesusilaan

Kepercayaan kepada Tuhan

Bagi membina Bangsa dan Negara, perlu wujud satu kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu Bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan 30 R.S Milner Dan Diane K.Mauzy, Politik Dan Kerajaan Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1982, Hlm. 120.

31

Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, Kuala Lumpur, Penerbit Pustaka Antara, 1981, Hlm. 855.

32

(15)

pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada Raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong

Keluhuran Perlembagaan

Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semu pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

(16)

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasas selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

Kesopanan dan Kesusilaan

Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian Bangsa dan nilai-nilai murni33.

33 Tan Kien Kok, Isu Penyatuan Bangsa Malaysia Pada Tahun 1920-an Hingaa 1980 Dengan

Pandangan-Pandangan Masa Kini, Kertas Projek Bagi Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan, UKM,

(17)

Perlaksanaan prinsip rukun Negara ini adlah bertujuan membina satu jati diri Bangsa Malaysia yang mampu cintakan Negara melebihi diri sendiri. Perlaksanaanya adalah bertujuan bagi membentuk satu masyarakat Malaysia yang mempunyai pertautan antara satu sama lain. Melalui prinsip pertama iaitu kepercayaan kepada tuhan, pembinaannya adalah bagi membentuk Bangsa dan Negara Malaysia maka perlu wujud satu kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Kepelbagaian kaum di Malaysia dengan mempunyai pegangan agama yang pelbagai disatu dengan kepercayaan yang kukuh terhadap tuhan, ini kerana setiap agama mengajar kepada perpaduan dan saling berbuat baik diantara satu dengan lain.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Raja sebagai lambang perpaduan Negara, Raja juga sebagai lambang keamanan dan Raja bukan sahaja Raja kepada orang Melayu tetapi Raja kepada rakyat Malaysia keseluruhannya. Konsep kesetiaan juga sebagai asas dalam menghindarkan pelbagai tindakan negetif seperti pemberontakan, pergolakan politik dan kemunduran ekonomi, maka konsep kesetiaan juga sebagai asas kepada pembinaa Bangsa Malaysia yang realistik. Prinsip ketiga, keluhuran perlembagaan dengan meliputi keistimewaan dan ketinggian undang-undang di negara kita. Kewarganegaraan dibentuk melalui keistimewaan perlembagaan sebagai lambang perpaduan yang harus dipelihara.

Kedaulatan undang-undang sebagai asas dalam kehidupan setiap anggota masyarakat. Undang-undang sebagai pengikat setiap anggota masyarat bagi membina sebuah Negara yang stabil tanpa kekacauan yang bisa menghancurkan Negara. Kesopanan dan kesusilaan menjadi teras dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia, saling bertolak ansur dan menerima antara satu sama lain. Menjadi prinsip ini sebagai permulaan kepada mengujudkan hubungan baik bagi setiap anggota masyarakat.

Pembinaan Rukun Negara sebagai jambatan kearah perpaduan kaum di Malaysia dan kearah pembinaan sebuah Negara Bangsa Malaysia. Namun, selepas 39 tahun permahsyuran Rukun Negara adakah Malaysia sudah mampu membina sebuah Negara Bangsa Malaysia yang kukuh. Kita dapat lihat sehingga kini, masih tebal sikap perkauman bagi setiap anggota masyarakat di Malaysia. Sikap kekitaan masih ketara wujud, ini dapat dilihat bagaimana seorang pelajar Malaysia di Korea yang berbangsa

(18)

Cina telah menghina lagu Negaraku. Situasi ini dilihat bukan sebagai penghinaan terhadap lagu tersebut semata-mata, malah penghinaan kepada seluruh warganegara Malaysia, penghinaan kepada institusi Raja yang ditunjangkan dalam prinsip Rukun Negara iaitu kesetiaan kepada Raja dan Negara.

Ketinggian dan kedaulatan institusi Raja juga sering menjadi bahan dan topik panas dalam masyarakat. Kedaulatan Raja-Raja digugat oleh sikap tidak bertanggungjawab masyarakat kedaulatan Raja-Raja dicabul apabila kuasa imuniti Raja-Raja Melayu telah pinda pada tahun 1993. Ini mendorong kepada pencabulan yang berterusan dan terkini kelantangan Karpal Sing terhadap tindakan Sultan Azlan Muhibuddin Shah, Sultan Perak campur tangan dalam politik di Perak. Karpal dengan lantang membidas tindakan Sultan Azlan, dan mencabar akan mengherat permasalahan ini kemahkamah. Tindakan Karpal Sing adalah sah daripada aspek perundangan, namun ianya dilihat sebagai satu pencabulan keatas kuasa dan ketinggian kedaulatan Raja-Raja Melayu dan bertentangan dengan prinsip kesetiaan kepada Raja dalam rukun Negara dan masyarakat.

Maka sekali lagi menjadi persoalan adakah pembinaan Rukun Negara hanya mendapat restu daripada kaum Melayu sebagai penduduk pribumi semata-mata. Tidak redhakah kaum-kaum lain terhadap prinsip tersebut. Sehingga kini masih banyak insiden-insiden yang memperlihatkan bagaimana kaum-kaum lain sentiasa mempertikaikan prinsip ini secara langsung atau tidak langsung. Isi-isu perlembagaan sentiasa dimainkan, hak istimewa orang Melayu sering dipertikaikan. Dimanakah ketinggian perlembagaan Negara. Persoalan yang sehingga kini tiada jawapan dan menjadi penghalang kepada pembinaan Negara Bangsa Malaysia.

2.3 DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.

Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) dilancarkan pada tahun 1971 apabila berlangsungnya Kongres Kebudayaan Kebangsaan anjuran Kementerian Kebudayaa, Belia dan Sukan. DKK sebagai penunjang kepada Rukun Negara untuk memusatkan perhatian warganegara kearah suatu sistem nilai dengan mengunakan kaedah pembinaan

(19)

kebudayaan berteraskan budaya pribumi34. Perlaksanaan DKK adalah melalui satu

proses ‘penyesuaian’ oleh setiap warganegara terhadap bentuk budaya yang sudah berakar umbi dalam ekologi negera ini.

Pembinaan masyarakat yang bersatu menjadi asas pembinaan Bangsa memandangkan persamaan yang wujud dalam masyarakat akan berkembang menjadi ciri budaya kebangsaan. Manakala kebudayaan sukuan masih boleh diamalkan untuk kebaikan bersama dalam kehidupan masyarkat pelbagai kaum. Pembinaan kebudayaan kebangsaan memerlukan satu nilai positif dan dinamik oleh setiap anggota masyarakat bagi mengatasi nilai perkauman. Kebudayaan Kebangsaan akan membina satu Bangsa yang saling hormat menghormati, bersatu padu, berkasih sayang dan sentiasa muhibah dalam usaha perpaduan dan pembinaan Negara Bangsa yang berjaya35.

Oleh yang demikian, DKK yang diperkenalkan pada tahun 1971, adalah untuk memberikan hala tuju dan penglibatan yang lebih luas bagi menghadapi persoalan kebudayaan Negara atau kebudayaan bangsa Malaysia dalam perubahan masa kini ataupun masa hadapan. Pembentukan nilai persamaan di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia merupakan satu agenda pembangunan yang perlu dilaksanakan seiring dengan kemajuan Negara dan perpaduan Negara Malaysia.

Peranan dan tujuan DKK adalah besar bagi membina kearah perpaduan dan kestabilan Negara, maka DKK melihat kepada beberapa perkara yang harus diberikan perhatian seperti:

1. Mengalakkan dan memberikan penekanan kepada daya kreatif bebas dan dorongan pemupukan bakat dan pemikiran kumpulan atau individu contohnya meningkatkan taraf dan mutu kesenian dalam seni muzik, seni tari dan seni lakon.

2. Mengetengahkan nilai yang unggul dan terbaik dalam suatu bidang seperti etika kerja, hormat menghormati, disiplin, kesetiaan dan nilai kekeluargaan.

34 Zainal Kling, Kebudayaan Dan Pembinaan Negara Bangsa, kertas kerja: Seminar Sejarah Malaysia Moden: “Menilai Ke Atas Pembinaan Negara Bangsa”, 21-22 Disember 1992.

35 Tan Kien Kok, Isu Penyatuan Bangsa Malaysia Pada Tahun 1920-An Hingaa 1980 Dengan

(20)

3. Memperkenlkan dan menonjolkan keperibadian keBangsaan seperti kesenian yang melangkaui sempadan masyarakat berbilang kaum.

4. Mengatasi kelemahan dan keburukan budaya massa yang memberikan kesan buruk kepada masyarakat.

5. Mengatasi kelemahan dan nilai negetif budaya perdagangan misalan permainan video bermotifkan perjudian di pasar raya dan tempat awam.

6. Mengatasi pengaruh asing yang tidak sesuai dan tidak terkawal yang mungkin membawa unsur imprealisme budaya seperti produksi seni yang bertentangan dengan nilai dan norma budaya Bangsa Malaysia, persembahan yang boleh membawa kesan buruk kepada akhlak dan penerbitan luar yang berlawanan dengan ideologi Negara36.

Dasar kebudayaan meletakkan kebudayaan bumiputera dari rantau ini sebagai yang utama dan yang lain diserapkan sebagai kebudayaan nasional yang sesuai. Kesesuaian pula adalah diukur dari norma Islam yang menjadi asas pembinaan kebudayaan Melayu. Oleh yang demikian 3 prinsip telah ditetapkan oleh kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan KeBangsaan:

1) Berteraskan kepada kebudayaan asal rantau ini, iaitu kebudayaan Melayu sebagai tunjang dan bahasa Melayu sebagai bahasa keBangsaan.

2) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar, melalui proses penyerapan dan penyesuaian yang mana tidak bertentangan dengan prinsip rukun Negara dan perlembagaan bagi membentuk kebudayaan keBangsaan yang dapat diterima oleh semua golongan masyarakat.

3) Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayan keBangsaan, penekanan pada bahagian ini adalah penting dan sejajar dengan perkembangan sejarah Negara kita. Nilai-nilai Islam yang universal bersesuai dengan pembangunan masyarakat dan dalam menentukan cara hidup umat37.

36 A. Aziz Deraman, Tamadun Melayu Dan Pembinaan Bangsa Melaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2000, Hlm. 88

37 Rogayah Estar Bt Mohamed, Dasar Kebudayaan KeBangsaan, Dlm. Yusuf Ismail (Peny),

(21)

21

Tujuan perlaksanaan DKK adalah seiring dengan usaha Malaysia dalam membentuk sebuah Negara Bangsa yang stabil dan bersatu padu. Peristiwa 13 telah membuktikan bahawa pembinaan sebuah Negara Bangsa merdeka perlukan kerjasama daripada semua kaum. Justeru itu, perlu wujud satu jaringan hubungan yang mampu dibina oleh semua kaum bagi membantu kearah kestabilan Negara. Maka perlaksaan DKK adalah bagi tujuan mencapai beberapa perkara iaitulah:

1) Mengukuhkan perpaduan Bangsa dan Negara melalui kebudayaan

2) Memupuk dan memelihara keperibadian keBangsaan yang tumbuh dari kebudayaan keBangsaan.

3) Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosio-ekonomi38.

Dalam pembinaan kebudayaan keBangsaan beberapa perkara yang dilihat menjadi perhatian seperti simbol kebudayaan warisan Bangsa, bahasa dan agama adalah faktor penting kearah membina keperibadian kebangsaan bagi sesebuah Negara. Dalam perlaksanaanya nanti sifat asas yang wujud dalam masyarakat perlu ditekankan seperti bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Selain itu, dalam keghairahan mengariskan matlamat perlaksaan DKK beberapa yang perlu dijadikan garis panduan adalah seperti menjaga kesejahteraan manusia supaya pembinaan akan menyeluruh kepada segenap lapisan masyarakat.

Dasar kebudayaan kebangsaan dilaksanakan bagi tujuan membina kesepaduan dalam masyarakat di Negara ini. Maka beberapa strategi dirangka bagi tujuan perlaksanaannya:

1)Memulihara, memelihara dan membangunkan kebudayaan ke arah menguatkan kebudayaan keBangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pengembangan dan perhubungan kebudayaan.

2) Meningkatkan dan mengukuhkan kepemimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, pendokong dan penggerak kebudayaan seluasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan.

38

(22)

22

3)Mewujudkan komunikasi yang berkesan kearah kesedaran keBangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia.

4) Membina sosio-budaya tempatan di seluruh Negara.

5)Meninggikan taraf dan mutu kesenian39.

DKK menjadi tanda aras kepada satu era baru dalam kebudayaan Negara. Tiga prinsip keMelayuan yang diterima dalam DKK menjadi dasar rasmi pemerintahan Negara sejak pembinaan DKK. Semangat DKK berlandaskan kepada penerapan doktrin

nativisme yang melihat penyelesaian masalah pembinaan Negara Bangsa dari sudut

pembentukan sebuah Negara budaya tunggal40. Orang Cina berpandangan bahawa

perlaksanaan DKK akan membawa asimilasi paksaan41.

Oleh yang demikian, masyarakat Cina menolak dan membantah DKK sebagai salah satu dasar yang akan membentuk Negara Malaysia. Prinsip-prinsip DKK juga dikritik kerana mengenepikan kepentingan dan mendapat restu daripada masyarakat berbilang kaum di Malaysia. DKK dilihat sebagai satu usaha kearah penindasan dalam pengamalan budaya etnik lain selain kaum Melayu. Tindakan DKK dilihat sebagai menyekat dan meminggirkan kebudayaan Cina, keadaan ini menimbulkan kemarahan dan bantahan masyarakat Cina terhadap DKK42.

Namun adalah amat sukar bagi membina satu kebudayaan kebangsaan, sehingga kini Malaysia mempunyai kepelbagaian kebudayaan daripada pelbagai Bangsa. Kesan DKK tidak menyeluruh, budaya Melayu tidak mampu melintasi sempadan keMelayuannya dan sama seperti budaya Bangsa lain yang masih terikat pada Bangsa dan kebudayaan masing masing. Sehingga kini dasar kebudayaan hanya dilihat sebagai dasar budaya Negara dan bukan sebagai dasar kebudayaan kebangsaan43.

39 Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Malaysia, Dasar-Dasar Utama Kerajaan Malaysia, Edisi Pertama, 1988, Pustaka Aman Press Sdn. Bhd, Hlm. 85

40

Abdul Ghapa Harun, Kebudayaan KeBangsaan Dan Politik Pembinaan Negara-Negara, Kertas Kerja: Seminar Serantau Kebudayaan KeBangsaan, Kuala Lumpur, 12-13 Disember 1995, Hlm. 7

41

Thack Ker Pong, Ketuanan Politik Melayu: Respon Masyarakat Cina, Hlm. 117 42

Ibid, Hlm.119.

43 Abu Bakar Abd Hamid, Dasar Kebudayaan KeBangsaan Menghadapi Cabaran Zaman, Kertas Kerja Seminar penghayatan Kemerdekaan Malaysia, 11-13 September 2000, Hlm. 1

(23)

23

Satu hakikat yang perlu diberikan penekanan dalam DKK ialah masalah dan ketidak selesaan pelbagai kaum di negara ini berkenaan dengan tiga prinsip DKK. DKK sebagai alat kearah penyatupaduan masyarakat berbilang kaum dengan satu kebudayaan kebangsaan. Namun hasrat tersebut sukar untuk dilaksanakan dalam beberapa perkara, namun dalam beberapa perkara masih boleh untuk dilaksanakan44.

Nilai bersama, ideologi bersama dan simbol kenegaraan bersama menjadi asas kepada identiti bersama setiap warganegara. Oleh yang demikian, kesatuan kebudayaan amat diperlukan biarpun dalam tahap paling asas sekalipun. Maka penyatuan melalui DKK perlu dimanfaat dan diberikan perhatian. Bukan sekadar bagi membina Negara Bangsa, ia juga sebagai satu medium keaman sejagat, perpaduan dan kestabilan Negara. Sebagai setiap warganegara, adalah mustahak bagi setiap anggotanya memastikan peristiwa seperti rusuhan kaum 13 Mei 1969 tidak lagi berulang. Kemusnahan dan kesan buruk yang berlaku akibat 13 Mei bukan sekadar memberikan impak sedikit kepada Negara tetapi terus berada kekal dalam masyarakat. Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh setiap warganegara adalah mengenepikan kepentingan individu dan Bangsa masing-masing, tetapi membina satu hubungan dari keikhlasan agar perkara seperti 13 Mei tidak lagi berulang.

2.4 DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

13 Mei 1969 telah mencetuskan satu pendekatan baru dalam masyarakat dengan berlakunya revolusi baru dalam bidang pendidikan. Sistem pendidikan kebangsaan mula melakukan penegasan dalam perlaksanaannya selepas 1970. Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan di Malaysia berasaskan kepada Ordinal Pelajaran 1957 adalah untuk memenuhi tugas mengujudkan sebuah negara Malaysia yang bersatu. Ordinal pelajaran tersebut digubal untuk membentuk satu sistem pelajaran kebangsaan yang

44

(24)

akan memenuhi keperluan negara dan mengerakkan pertumbuhan sosial, ekonomi dan politik45.

13 Mei telah menyedarkan kerajaan bagi menegaskan Dasar Pendidikan Kebangsaan dengan Bahasa Kebangsaan telah ditetapkan sebagai bahasa pengantar utama sehingga ke universiti dalam tempoh tertentu46. Dasar ini mempunyai satu

falsafah yang mana matlamat akhirnya bagi memupuk perpaduan, keperibadian dan mengembalikan nilai kemanusian dan nilai kerohanian yang sihat. Peranan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa penyatuan adalah fundamental dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan yang juga merupakan strategi jangka panjang untuk mewujudkan Bangsa Malaysia yang bersatu padu47.

Dasar Pendidikan Kebangsaan digubal pada tahun 1961, dasar ini digubal berdasarkan kepada Laporan Razak 1956 dan laporan Rahman Talib 1960. Matlamat utama dasar ini ialah untuk mewujudkan persefahaman dan perpaduan dikalangan rakyat. Strategi yang digunakan untuk mencapai perpaduan negara dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah seperti berikut:

1. Menyediakan kurikulum (sukatan pelajaran) yang sama kandungannya,

2. Mewajibkan bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah dan institusi pengajian tinggi,

3. Mengunakan buku-buku teks yang berlatar belakangkan Malaysia, 4. Memperluaskan pendidikan vokasional dan teknik

5. Menyediakan pendidikan rendah mengikut kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M (membaca, menulis dan mengira, dan

6. Menyediakan pendidikan menengah mengikut Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang menekankan perpaduan antara unsure-unsur intelektual, rohani, emosi dan jasmani.48

45 A. Aziz Deraman, Tamadun Melayu Dan Pembinaan Bangsa Melaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2000, Hlm. 74.

46 Ibid, hlm. 75. 47 Ibid, hlm. 243.

48 Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan (peny), Kenegaraan Malaysia, Serdang, Penerbit Universiti Putra Malaysia, 1997, hlm.213.

(25)

Strategi dan dasar yang dilaksanakan adalah bertujuan melahirkan sebuah masyarakat yang bersatu dan mempunyai jati diri yang sepadu berteraskan prinsip kearah negara maju dan kearah pembinaan sebuah negara Bangsa Malaysia. 13 Mei telah menjadikan usaha dan komitmen yang dibina daripada dasar Pendidikan Kebangsaan menjadi suatu yang lebih nyata dan berjaya. Penegasan dalam perlaksanaannya hanya benar-benar dilaksanakan selepas 13 Mei, yang mana memperlihatkan kesatuan yang longgar dalam masyarakat. Dasar pendidikan vernakular mengikut kaum yang diamal oleh British telah membina satu jambatan dan sempadan kepada perpaduan kaum melalui pendidikan.

Maka perlu satu usaha yang berterusan dan penegasan yang lebih bagi membina kesatuan dalam pendidikan. Ini kerana, asas bagi pembinaan sebuah masyarakat adalah melalui pendidikan yang lebih mempunyai kesatuan. Selain itu, sesuailah dengan pepatah yang mengatakan ‘melentur buluh biarlah daripada rebungnya’. Ini kerana daripada pendidikan asas yang diterima sejak kecil akan dapat membina sebuah masyarakat yang lebih kukuh dan bersatu padu menjelangnya cita-cita negara kearah wawasan 2020. Pendidikan merupakan komponen penting dalam pembinaan negara Bangsa Malaysia, ini dijelaskan dalam rajah di bawah;

RAKYAT Yang bersemangat kenegaraan tinggi dan

sebagai pembinaan tamadun progresif. Matlamat, rancangan, dasar, perlaksanaan. PENDIDIKAN FORMAL: Sekolah, Universiti

NONFORMAL: Agensi & Korporat INFORMAL: Keluarga, media. PEMBINAAN NEGARA (NATION BUILDING) Semangatkenegaraan Pembinaan tamadun

(26)

Rajah 1.1: Hubungan bilateral antara agenda pembina negara dan bidang pendidikan49.

Bertepatanlah dengan tujuan utama dasar pendidikan ialah untuk menyediakan sistem pelajaran kebangsaan yang lebih teratur supaya dapat melahirkan warganegara yang berpengetahuan, bertanggungjawab, dan berkebolehan bagi mencapai taraf hidup yang lebih baik serta memenuhi kehendak negara yang sedang membangun. Di samping itu, dasar ini cuba mewujudkan sebuah masyarakat yang mempunyai kesetiaan, disiplin dan bersepadu selaras dengan prinsip rukun negara. Maka dasar pendidikan bolehlah dirumuskan seperti berikut:

1. Menyatukan sistem pelajaran untuk memupuk kesedaran dan perpaduan kebangsaan,

2. Memperluaskan serta mengubahsuai rancangan-rancangan pelajaran dan latihan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja,

3. Memperbaiki mutu pelajaran bagi membina suatu masyarakat yang progresif berlandaskan sains dan teknologi moden,

4. Memperbaiki kemudahan-kemudahan penyelidikan, perancangan dan perlaksanaan untuk mencapai objektif diatas50.

Oleh yang demikian, perlaksanaan dasar pendidikan adalah berlandaskan kepada satu prinsip yang utama dalam pendidikan iaitu melalui Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara memberikan penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia, seimbang dan harmoni. Ini berlandaskan harapan bagi melahirkan masyarakat yang berilmu, berdaya saing dan juga mengamalkan nilai-nilai murni untuk kesejahteraan dan keharmonian negara melalui perpaduan yang erat dikalangan rakyat yang berbilang kaum.

49 Sufean Hussin, Dasar Pendidikan Progresif: Perspektif Makro dan Mikro, Kuala Lumpur, Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd, 2002, hlm. 9

(27)

27

Dasar Pendidikan Negara adalah membawa agenda berterusan kearah pembinaan sebuah negara Bangsa melalui semangat kenegaraan yang diwujudkan dengan memberikan kefahaman tentang kewujudan negara Malaysia dalam konteks sejarah, geografi dan Tamadun Nusantara. Dasar pendidikan melalui pembentukan identiti Malaysia dengan menekankan pembelajaran bahasa dan sastera Melayu di semua sekolah dan memberikan pendedahan kepada pembelajaran kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia.

Melalui semangat kebangsaan yang ingin diterapkan dalam pemikiran rakyat Malaysia melalui pendidikan dengan memupuk taat setia sepenuhnya kepada raja, negara dan Bangsa melalui konsep integrasi nasional yang merentas kaum, agama dan wilayah. Pendidikan jangka panjang dengan memberikan kesan kepada pembinaan negara dan tamadun maju melalui sistem peradaban dan moral berpaksikan agama dan pembinaan budaya ilmu dan perlaksanaan pendidikan seumur hidup51.

Selain itu, sistem pendidikan yang mengalami tranformasi yang jelas apabila wujud dasar pembangunan negara dan masyarakat seperti DEB dan Rukun negara yang membawa peranan besar bagi membina sebuha negara Bangsa Malaysia yang mampu hidup secara harmonis. Sistem pendidikan selepas 1970, telah menperlihatkan dan mempamirkan pendirian negara kearah yang lebih jelas terhadap dasar pendidikan negara. Pengunaan Bahasa Kebangsaan menjadi teras dalam pendidikan negara. Tujuannya adalah bagi memastikan sistem pendidikan dapat memenuhi matlamat negara kearah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih52.

Sistem pendidikan yang di bawa kepada masyarakat hari ini adalah bertujuan mengalihkan pengaruh kesukuan kepada kebudayaan kebangsaaan. Membina satu jaringan yang lebih kukuh antara masyarakat dengan membina persefahaman dalam pendidikan. Membina satu sistem pemikiran dan sistem nilai ‘Malaysia’ yang membawa erti pembinaan negara daripada satu nilai yang sama. Pembangunan dan

51

Sufean Hussin, Dasar Pendidikan Progresif: Perspektif Makro dan Mikro.hlm. 12

52 Tunku Ismail Jewa, penubuhan Sistem Pelajaran KeBangsaan, dlm. Zuraina Majid (peny.),

masyarakat Malaysia; edisi II: Tinjauan dan Perbincangan Terhadap beberapa Isu dan Topik Semasa,

(28)

28

pembudayaannya dalam satu konsep yang jelas dengan tujuan membina kesepaduan antara masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia bagi membina sebuah negara Bangsa Malaysia53.

Namun wujud pandangan daripada oarng Cina yang melihat dasar pendidikan yang dilaksanakan dalam negara memperlihatkan kemajmukan budaya dan asimilasi daripada kepelbagaan budaya sebenarnya terlau bersikap pro-Melayu. Ini memperlihatkan Dasar Pendidikan Kebangsaan sebenarnya adalah kearah asimilasi kemelayuan. Ini ditambah lagi dengan melihat kepada Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1957 yang juga dikenali sebagai Laporan Razak telah memperakui matlamat akhir sistem Pendidikan Kebangsaan kearah melahirkan Dasar Pelajaran Kebangsaan melalui pengunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar tunggal di semua sekolah.

Dasar ini akan mengugat kebudayaan kecinaan yang ingin dikenalkan oleh orang Cina dalam sistem pendidikan Vernakular Cina di Malaysia. Pendidikan kepada sistem sekolah Integrasi yang mana menekankan konsep integrasi yang akan meningkatkan kerjasama, persefahaman dan perpaduan di kalangan murid pelbagai kaum. Rancangan ini melibatkan pengabungan daripada sekolah pelbagai aliran dengan berkongsi kokurikulum, kemudahan sekolah seperti kantin, makmal dan lain-lain kemudahan untuk dikongsi bersama. Keadaan ini menimbulkan kekhuatiran dikalangan orang Cina, melihat integrasi yang dilakukan akan menghilangkan tradisi dan kebudayaan cina yang ingin dikekalkan oleh mereka54.

13 Mei telah memperlihatkan bagaimana semua pihak cuba mengembalikan kepercayaan rakyat bagi membina integrasi diantara rakyat bagi membina perpaduan dalam masyarakat. Tujuan utama kepada semua dasar perpaduan adalah bagi membina pembentukan sebuah Negara Bangsa. Maka dalam menjayakan modul ini pelbagai usaha kearah penyatuan rakyat seperti menyatukan rakyat dalam aspek pendidikan, penyatuan pendidikan dengan membina kesatuan dikalangan penduduk di Malaysia melalui usaha pendedahan kaum dengan perpaduan sejak akar umbi di sekolah.

53

Asiah Abu Samah, pendidikan Budaya, Suatu Kemungkinan, dlm. Wan Abdul Kadir Yusuff & Zainal Abidin Borhan (peny.), Ideologi dan Budaya KeBangsaan, Kuala Lumpur, Jabatan Pengajian Melayu UM, 1985, hlm 119.

(29)

29

Penyatuan juga melalui Dasar Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia. Pengunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di sekolah, pusat-pusat pentadbiran negara dan lain-lain lagi.

Penyatuan kearah perpaduan dilakukan oleh kerajaan adalah bertujuan memberikan kestabilan kepada keharmonian negara. Malaysia tidak mampu membina sebuah negara maju tanpa wujud kerjasama daripada setiap penduduk. Perpecahan kaum hanya akan membantutkan usaha negara kearah pembangunan. Maka perpaduan daripada akar umbi perlu bagi membina negara Bangsa yang maju tanpa digugat oleh pemasalahan perkauman. Selain itu, ia penting bagi membina perpaduan nasional yang mana satu keadaan di mana rakyat daripada pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, dapat hidup dengan aman sebagai satu Bangsa yang bersatu dengan memberikan komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara55.

3.0 ANALISIS PEMBINAAN NEGARA BANGSA MALAYSIA SELEPAS 13 MEI 1969

Pembinaan Negara Bangsa adalah daripada sebuah unit atau kelompok sosio-politik, kelompok masyarakat dan wilayahnya bersatu dalam pelbagai asas dan ikatan sehingga membentuk sebuah unit yang sepadu. Namun perpaduan merupakan elemen yang sukar untuk direalisasikan. Masih terdapat prasangka antara kelompok kaum dan antara individu dalam usaha membina Negara dan Bangsa56.

Maka 13 Mei telah membuka mata semua pihak bahawa perpaduan kaum adalah menjadi tunggak dalam pembinaan sebuah Negara Bangsa. Hakikat ini penting bagi sebuah Negara seperti Malaysia yang mempunyai masyarakat berbilang kaum bagi

55

Ishak Saat, Pendidikan Negara Bangsa Malaysia, Shah Alam, Karisma Publications Sdn. Bhd, 2009, hlm. 192

(30)

30

memastikan kestabilan kaumnya sentiasa terpelihara dan membentuk satu jati diri yang satu diantara semua kaum. Peristiwa 13 Mei telah memberikan dimensi baru kepada pembinaan sebuah Negara Bangsa Malaysia.

Disebalik rusuhan kaum 13 Mei 1969, berlaku perubahan besar kepada senario politik Malaysia. 13 Mei telah memberikan impak besar kepada politik Tunku Abdul Rahman. Tunku telah dikritik hebat oleh golongan Muda seperti Dr.Mahathir, golongan pelajar-pelajar Universiti. Tunku dilihat tidak mampu membina Negara Bangsa Malaysia, sikap Tunku pro-Barat dan pro-Cina memperlihatkan kepada kebergantungan Tunku dalam pentadbiran Negara kepada dua golongan ini57. 13 Mei telah

menyebabkan Tunku telah melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Peristiwa 13 Mei tamparan hebat kepada umum terutamanya kerajaan yang memerintah bahawa membiarkan rakyatnya mencorakkan masa depan mereka tanpa wujud kesepaduan dan identiti perpaduan akan mendorong terjadinya kejadian sama berulang. Maka kerajaan perlu mula mencorak langkah dengan membentuk beberapa gagasan yang bertujuan memperbaiki mutu pentadbiran, mutu sosio-budaya masyarakat, sosio-politik dan sosio-ekonomi masyarakat majmuk di Malaysia. Usaha keras ini adalah berdasarkan kepada ‘keinsafan’ dan kesedaran kerajaan bahawa dengan wujud kesinambungan dalam semua hal ini, maka misi kearah Negara maju akan terlaksana dengan mula terbentuknya Negara Bangsa Malaysia.

Namun persoalan demi persoalan timbul adakah Malaysia mampu membina sebuah Negara Bangsa Malaysia. Maka jawapan paling pasti kini adalah, Malaysia masih tidak mampu membina sebuah Negara Bangsa, Malaysia mempunyai Bangsa dan Negara yang berdiri keduanya secara sendiri tanpa ada kesepaduan diantara keduanya. Ini dibuktikan apabila tercetusnya peristiwa 13 Mei, namun peristiwa ini terlalu awal untuk kita nilai dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963.

Namun biarpun dikatakan gagasan Malaysia baru ditubuhkan, adakah gagasan Malaysia tidak harus dipersalahkan dalam rusuhan kaum ini. Saya melihat,

57

Cheah Boon Kheng, Malaysia The Making of aNation, Singapura, Institut e of Southeast Asian Studies, 2002, hlm. 106-107.

(31)

pembentukan Malaysia dibentuk dalam keadaan rakyat tidak bersedia untuk menerima perubahan. Natijahnya rakyat bangkit melakukan protes pada pilihanraya 1969, yang mengakibatkan undi PERIKATAN merosot. Protes yang berterusan mencetuskan rusuhan kaum yang mengakibatkan kerugian yang amat besar kepada Negara dengan jumlah kematian yang besar, kemusnahan bandar dan harta benda, wang ringgit bagi membangunkan semula ekonomi, bandar, dan digunakan bagi perlaksanaan dasardasar pemulihan dan Negara juga menerima pandangan negetif daripada dunia tentang isu perkauman ini.

Peristiwa 13 Mei memperlihatkan kaum Melayu terutamanya masih selesa dengan kedudukan istimewa mereka dalam perlembagaan dan tidak mempunyai daya saing dan daya usaha yang tinggi. Mereka seakan-akan tidak bersedia menerima sebarang perubahan dan rusuhan kaum ini memberikan kesan besar kepada kaum Melayu. Namun beberapa hal yang dapat diperhatikan memperlihatkan 13 Mei telah membangunkan orang Melayu daripada ‘lena’ yang panjang. Mereka cepat untuk sedar dan bangkit menerima perubahan, DEB digunakan dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh kaum Melayu. Namun DEB juga dipandang hanya berperanan kepada ‘sesetengah’ golongan Melayu yang mempunyai peluang dan pengaruh.

DEB telah muncul dengan imej ekonomi tetapi pada hakikatnya ia adalah merupakan satu strategi politik yang digunakan oleh orang Melayu untuk memperbaiki kemunduran orang Melayu dan menjadi sebagai jalan penyelesaian kepada masalah kepincangan antara kaum58. Pembentukan DEB mempunyai matlamat yang besar bagi

membangunkan masyarakat dengan menyusun semula masyarakat kearah pembentukan keseimbangan diantara kaum bukan sahaja dalam aspek ekonomi malah pembentukan masyarakat dalam politik dan sosial. Matlamat DEB bukan sahaja sebagai usaha kearah pembangunan ekonomi masyarakat Melayu semata-mata malah sebagai satu usaha berterusan kearah pembinaan masyarakat Malaysia kepada pembentukan sebuah negara Bangsa Malaysia yang lebih dinamik dan seimbang.

Jika dilihat daripada aspek masyarakat Cina pula, peristiwa 13 Mei turut memberikan impak besar kepada mereka. Ketakutan, rendah diri dan perasaan terancam

58 Jamaie Hamil, Umno dalam Politik dan Perniagaan Melayu, Bangi, Penerbit UKM, 2005, hlm. 65.

(32)

menjadi semakin parah selepas 13 Mei, mereka sentiasa menganggap diri sebagai orang asing di Malaysia. 13 Mei terus menjadi mimpi buruk kaum Cina, mereka seolah-olah melihat Melayu sebagai ancaman besar kepada mereka dalam semua aspek. Ini jelas dapat dilihat selepas 13 Mei, dasar-dasar yang dibina bagi memperbaiki status sosio-ekonomi masyarakat Melayu tidak mampu dimanfaatken oleh mereka. Kesedaran mereka lemah terhadap pripentingnya dalam pengetahuan dan penglibatan dalam politik Malaysia sebagai warganegara menyebabkan amat sukar membina perpaduan dengan masyarakat lain.

Justeru itu, kerajaan telah merangka beberapa dasar yang bertujuan menyedarkan rakyat tentang pentingnya dalam perpaduan. Rukun Negara dilancarkan bagi membina jati diri dikalangan anggota masyarakat. Setiap anggota masyarakat wajib menerima prinsip Rukun Negara bagi melahirkan perasaan kecintaan kepada Negara. Melalui Rukun Negara telah termaktub integrasi sosial, menghapuskan sikap prasangka dan mengujudkan toleransi antara kaum. Setiap frasa dalam Rukun Negara adalah mempunyai matlamat yang satu iaitulah membentuk perpaduan keatas semua kaum di Malaysia.

Namun sejauhmaan penghayatan yang ditonjolkan oleh penduduk Negara ini. Semakin bertambah maju perkembangan teknologi, masyarakat semakin melupakan rukun Negara sebagai prinsip perpaduan. Keadaan ini ditambah pula dengan persoalan kesediaan rakyat di Negara ini untuk tunduk dan patuh pada prinsip rukun Negara yang lima. Maka dapat dilihat seringkali ada golongan-golongan yang mempertikaikan tentang keabsahan prinsip rukun negara sebagai lambang perpaduan dalam masyarakat.

Kerajaan juga melihat dengan wujudnya satu kebudayaan kebangsaan, maka akan wujud perpaduan nasional dikalangan setiap anggota masyarakat. Namun Dasar Kebudayaan Keangsaan yang dikatakan telah mengasimilasikan kebudayaan pelbagai kaum dan mengutamakan setempat iaitu kebudayaan Melayu telah menyebabkan penentangan yang lebih hebat. Kebudayaan yang hanya disekitar kebudayaan Melayu telah menyebabkan usaha kearah menyepadukan budayaan kebangsaan dalam masyarakat masih sukar dilaksanakan.

(33)

Namun jika diperhalusi dengan mendalam, didapati dasar-dasar yang dilaksanakan selepas 13 Mei adalah bermatlamatkan kearah pembinaan satu tamadun baru yang bercirikan Malaysia. Bertujuan membina sebuah Negara maju seiring dengan Negara maju lain dengan membina sebuah Negara Bangsa yang aman dan sejahtera. Maka sebagai rakyat yang budiman, saya kira beberapa dasar kerajaan yang berkualiti perlulah diberikan sokongan yang penuh dan memberikan bantuan yang sepenuhnya bagi menjayakan misi kepada dasar tersebut.

4.0 KESIMPULAN

Rusuhan kaum 13 Mei telah membuka minda rakyat untuk berfikir bahawa tanpa perpaduan maka akan musnah Negara. Justeru itu, menjadi tanggungjawab setiap warganegara memelihara perpaduan yang kita ada sedikit ini. Bukan sahaja bagi tujuan memajukan Negara malah sebagai satu usaha mempertahankan Negara daripada anasir-anasir luar yang sentiasa ingin mengambil kesempatan atas apa yang berlaku.

Perpaduan merupakan matlamat penting bagi pentadbiran dan pembangunan sebuah negara. Perpaduan juga akan menjamin kejayaan ekonomi yang berterusan dan dapat dipertingkatkan. Ini juga dapat meninggikan lagi taraf hidup rakyat sambil mengekalkan kestabilan politik dan keamanan negara. Perpaduan hanya akan wujud apabila setiap anggota masyarakat dapat disatukan menerusi perkongsiaan identiti dan nilai, serta perasaan kebangsaa. Penyatuan yang dapat melahirkan nilai kebangsaan dalam masyarakat adalah melalui dua cara iaitu secara langsung dan tidak langsung. Penyatuan secara tidak langsung adalah melalui program-program dan strategi pembangunan negara dalam semua aspek seperti ekonomi, pendidikan dan lain-lain. Penyatuan secara langsung pula dapat dicapai apabila rakyat menerima, patuh dan melaksanakan ideologi kebangsaan sebagai cara hidup masyarakat.

Maka perpaduan adalah menjadi tanggungjawab setiap anggota masyarakat. Menjadikan peristiwa berdarah 13 Mei 1969 sebagai satu pengajaran kepada kita dalam usaha mempertahankan kestabilan diantara kaum. 13 Mei juga harus menjadi pengajaran kepada parti politik dan kerajaan memerintah. Mereka perlu sentiasa peka

Referensi

Dokumen terkait

Kemen terian llmu Pengetahuan dan Teknologi Republik Rakyat 1 Tiongkok wajib menyediakan da na tidak lebih dari 6 juta RMB untuk membangun Laboratorium HTGR Bersama,

i) Dokumentasi sejarah pembangunan sistem ketinggian di Negeri Sabah merangkumi aktiviti cerapan pasang surut air laut sejak tahun 1910, penubuhan jaringan penyegitigaan

Dari penelitian ini diketahui bahwa jumlah umbi yang terbentuk tidak berbeda nyata pada semua jenis media yang digunakan.. Pembentukan umbi diduga dipengaruhi oleh sukrosa

Persoalan besar yang tidak mendapat tekanan signifikan dalam buku ini adalah. tentang problema gerakan

Kondisi inilah yang diharapkan dari guru-guru pendidikan agama Islam baik dari tingkat Sekolah Dasar (SD) sampai SMU dalam upaya meningkatkan kualitas

Tahap berhutang bagi kaum India dan Melayu adalah lebih tinggi daripada tahap hutang purata rakyat Malaysia yang dilaporkan oleh BNM pada tahun 2014 iaitu

Kesimpulannya, terdapat bukti empirikal bahawa kedua-dua uijan yang telah dibina ini mempunyai ciri psikometri kebolehpercayaan dan kesahan untuk digunakan bagi mengenal pasti

namun pada waktu-waktu tertentu menurut hasil lapangan bahwa terkadang penyuluh swadaya memberikan informasi tentang harga kakao dipasaran hanya saja hal tersebut kadang