• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tahap SM4. Modul 2A. Nama :

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Tahap SM4. Modul 2A. Nama :"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah

Edubest

Tahap SM4

Modul 2A

(2)
(3)

Kertas 1

Karangan Jenis Bahan Rangsangan

Latihan:

Gambar di bawah ini menunjukkan sebahagian daripada sebab masyarakat tidak gemar menggunakan pengangkutan awan. Huraikan pendapat anda tentang

faktor-faktor masyarakat kurang menggunakan pengangkutan awam. Panjang huraian

anda hendaklah antara 200 dengan 250 patah perkataan. [30 markah]

Peta Minda

(4)

Peta Minda/Rangka

(5)

Bahagian B : Karangan

Karangan Jenis Laporan

Laporan Program Perkampungan Sastera

Semenjak KOMSAS dijadikan komponen wajib dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, minat pelajar terhadap unsur-unsur sastera semakin meningkat. Peningkatan minat tersebut dapat dilihat daripada kecenderungan pelajar mengambil bahagian dalam setiap aktiviti apresiasi sastera. Malah ada dalam kalangan pelajar yang berjaya menghasilkan karya-karya seperti cerpen dan sajak yang bermutu tinggi. Bagi memantapkan lagi pemahaman dan penghayatan terhadap kesusasteraan, Unit KOMSAS Jabatan Pelajaran Pahang telah mengadakan Program Perkampungan Sastera. Usaha Unit KOMSAS itu disambut baik oleh para pelajar, bak kata peribahasa "umpama orang mengantuk disorongkan bantal'. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang perkampungan tersebut sebagai suatu langkah untuk mencungkil bakat-bakat muda dalam melahirkan hasil-hasil karya yang menarik dan berkualiti pada masa yang akan datang.

Program Perkampungan Sastera telah diadakan di pantai peranginan Ayer Itam di negeri Melaka. Program tersebut telah diadakan selama tiga hari dua malam yang bermula dari 15 Jun hingga 17 Jun 20 10. Pihak penganjur telah memilih pantai peranginan Ayer Itam di Melaka sebagai lokasi perkampungan. Matlamat utama pemilihan kawasan pantai ini sebagai kawasan utama program adalah untuk menzahirkan keadaan sebenar program yang telah dirancang. Pemilihan kawasan peranginan ini juga adalah untuk mempromosikan kawasan peranginan di negeri Pahang. Penekanan ini membolehkan para peserta membuat penglahiran dan apresiasi seni melalui bakat dan kebolehan yang terpendam. Benarlah kata bidalan "hati hendak, semua jadi", hasilnya, peserta yang terdiri daripada pelajar itu dapat mendeklamasikan sajak, berbalas pantun, dan mengungkapkan dialog-dialog yang berkesan.

Selain itu, program ini dirangka untuk menarik minat pelajar terhadap bidang sastera dan mendidik mereka tentang cara-cara menghasilkan karya sastera yang bermutu tinggi. Hal ini secara tidak langsung dapat menambah jumlah penerbitan bahan bacaan atau karya berasaskan sastera yang kian kurang jumlahnya dalam pasaran. Bilangan buku berkaitan dengan genre sastera seperti puisi, cerpen, novel remaja, dan drama perlu ditambah bagi melahirkan masyarakat yang celik sastera dan menguasai bidang tersebut sama seperti mereka menguasai bidang profesional. Langkah ini dapat memupuk jati diri dan semangat patriotik terhadap tinggalan masyarakat terdahulu, malah bidang penulisan ini mampu memberikan imbuhan yang lumayan kepada penulis.

(6)

Bagi melengkapkan keseluruhan agenda perkampungan sastera itu, pelbagai aktiviti telah dijalankan. Pihak penganjur, iaitu Jabatan Pelajaran Negeri Pahang telah menyusun jadual yang ketat supaya perkampungan tersebut benar-benar memberikan impak signifikan kepada para peserta. Aktiviti yang telah dijalankan terbahagi kepada dua, iaitu ceramah serta aktiviti persembahan dan pertandingan.

Ceramah:

(a) Ceramah tentang teknik-teknik menulis dan memahami kandungan bahan sastera terutama daripada versi puisi dan prosa tradisional. Pakar-pakar motivasi kesusasteraan kontemporari telah dipanggil untuk membimbing para peserta yang terdiri daripada pelajar dan guru-guru. Para peserta didedahkan dengan teknik-teknik mudah untuk memahami kandungan bahan sastera. Mereka diajar tentang teknik-teknik menghasilkan karya sastera oleh penceramah yang berpengalaman.

(b) Ceramah untuk memupuk dan membina kesedaran tentang pentingnya generasi kini mewarisi idealisme sastera bangsa agar nilai-nilai budaya dan etika bangsa tidak hanyut ditelan arus globalisasi. Beberapa tokoh sastera negara telah dijemput untuk menyampaikan ceramah. Antaranya termasuklah beberapa orang Sasterawan Negara dan penulis prolifik dalam pelbagai genre sastera. Program ini berjaya menyuntik kesedaran peserta betapa graf bahasa dan sastera Melayu pada hari ini berada dalam pergerakan mendatar, persis sikap mengabaikan bahan-bahan sastera.

Persembahan dan pertandingan

(a) Persembahan yang diadaptasikan daripada komponen KOMSAS, iaitu novel atau antologi yang sedang dipelajari di sekolah. Aktiviti ini memberikan peluang kepada kumpulan-kumpulan yang dibentuk menyediakan suatu penglahiran sastera. Persembahan berbentuk lakonan dan deklamasi puisi ini dapat membantu mereka menjiwai karya-karya tersebut.

(b) Pertandingan untuk mencungkil bakat seni dan sastera dalam pelbagai versi. Peserta diberi peluang untuk menulis cerpen, sajak, pantun, seloka, dan termasuk juga menulis rencana deskriptif tentang perkembangan dunia sastera tanah air yang meliputi bahan sastera bertulis, hiburan, atau nyanyian dan tidak ketinggalan lakonan. Hal ini secara tidak langsung dapat menguji pemahaman peserta terhadap siri ceramah yang disampaikan dalam program ini.

Selepas tiga hari berkampung di pantai peranginan Ayer Itam, para peserta pulang dengan azam baru. Meskipun "darah setampuk pinang", mereka menyimpan azam untuk menjadi bangsa yang maju dengan pemikiran yang saintifik tanpa melupakan nilai budaya bangsa. Di samping itu, mereka berazam untuk membesar dalam keseimbangan mental, rohani, dan nilai-nilai universal yang terjana daripada penghayatan unsur-unsur sastera yang hebat. Perkampungan selama tiga hari itu turut

(7)

menanam keyakinan yang tinggi kepada para tenaga pengajar untuk terus menyampaikan ilmu sastera pada masa hadapan.

Laporan disediakan oleh, 15 MEI 2010.

^tÅtÜâÄétÅtÇ u|Çà| etÅÄrrrrrrrrr

(KAMARULZAMAN BIN RAMLI) Setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia, SMK Jasin Baru.

(8)

Latihan :

Sekolah anda telah mengadakan kursus motivasi untuk pelajar Tingkatan 4. Tulis laporan untuk kursus tersebut. Panjang karangan anda mestilah lebih daripada 350 patah perkataan.

(9)

Peribahasa

*B

bagai anjing tersepit di pagar

Maksud: Seseorang yang dalam kesusahan akan berkeadaan serba salah. bagai aur dengan tebing

Maksud: Persahabatan yang rukun dan saling menolong. bagai ayam disambar helang

Maksud: Mati tanpa sakit. bagai Belanda minta tanah

Maksud: Sudah diberi sedikit, hendak banyak. bagai bersuluh di tengah hari

Maksud: Perkara yang sudah terang dan nyata dijelaskan lagi. bagai bumi dengan langit

Maksud: Dua perkara yang sangat berbeza. bagai buntal kembung

Maksud: Menjadi sombong. bagai cembul dapat tutupnya

Maksud: Mendapat sesuatu yang sangat sesuai. bagai cendawan tumbuh selepas hujan Maksud: Terlalu banyak pada sesuatu masa. bagai dakwat dengan kertas

Maksud: Saling mencintai dan memerlukan. bagai duri dalam daging

Maksud: Hal yang selalu menyusahkan orang.

bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing masing Maksud: Mementingkan diri sendiri dan tidak hidup bermasyarakat. bagai gergaji bermata dua

Maksud: Orang yang menerima keuntungan daripada kedua-dua belah pihak.

(10)

Maksud: Pertolongan yang sia-sia. bagai isi dengan kuku

Maksud: Perihal persahabatan yang sangat karib. bagai itik pulang petang

Maksud: Berjalan sangat lambat. bagai kaca terhempas ke batu Maksud: Sangat sedih atau kecewa.

bagai kerakap atas batu, hidup segan mati tak mahu Maksud: Hidup melarat dan miskin.

bagai lebah menghimpun madu Maksud: Sangat rajin.

bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya Maksud: Patuh akan segala perintah.

bagaimana acuan, begitulah kuihnya

Maksud: Kelakuan anak itu akan menurut didikan ibu bapanya. bagai melukut di tepi gantang

Maksud: Perkara kecil yang tidak mendapat perhatian. bagai pahat dengan penukul

Maksud: Orang yang bekerja hanya apabila disuruh.

baik berjagung-jagung dahulu, sementara padi belum masak

Maksud: Sementara menunggu yang lebih baik, yang kurang baik boleh digunakan dahulu.

baik membawa resmi padi, jangan membawa resmi lalang

Maksud: Semakin berilmu atau tinggi pangkat semakin merendah diri, tidak sombong. .

banyak makan garam

Maksud: Banyak pengalaman. bapa borek anak rintik

Maksud: Anak itu akan menurut baka atau perangai bapanya. belum duduk sudah berlunjur

(11)

Maksud: Melakukan pekerjaan yang sebenarnya belum sampai masanya atau melakukan sesuatu pekerjaan dengan tidak mengikut tertibnya.

belum tetas sudah dibilang

Maksud: Orang yang berangan-angan tentang untung padahal keuntungan belum diperoleh.

belut pulang ke lumpur

Maksud: kembali ke tempat asalnya.

benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau

Maksud: Orang yang baik-baik, walau ke mana-mana pun dia pergi akan baik juga. beraja di mata, bersultan di hati

Maksud: Mengikut nafsu masing-masing.

berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

Maksud: Walau betapa susah seseorang melihat kesusahan yang ditanggung oleh orang lain, tetapi lebih susah orang yang menanggung kesusahan itu.

berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Maksud: Kerja yang berat akan menjadi ringan jika dibuat secara muafakat. . berdiri sama tegak, duduk sama rendah.

Maksud: Sama setara.

berdikit-dikit, lama-lama jadi bukit

Maksud: Cermat dalam mengumpulkan harta. bersatu teguh, bercerai roboh

Maksud: Jika ada perpaduan, rakyat akan menjadi kuat dan kalau berpecah belah, negara akan hancur.

bertemu buku dengan ruas Maksud: Sangat sesuai.

besar periuk besarlah keraknya

Maksud: Banyak pendapatan, banyak juga perbelanjaannya. biar putih tulang, jangan putih mata

Maksud: Lebih baik mati daripada menanggung malu kerana milik dirampas orang. biar bertitik jangan tumpah

Maksud: Biar habis sedikit, jangan habis semuanya.

(12)

buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali

Maksud: Melakukan kebaikan janganlah berlebih-lebih tetapi perbuatan jahat jangan sekali-kali dilakukan.

bukit sama didaki, lurah sama dituruni

Maksud: Sepakat atau seia sekata dalam susah dan senang. bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat

Maksud: Keputusan sebulat suara akan tercapai sekiranya bersepakat. . bumi mana yang tidak ditimpa hujan

Maksud: Setiap manusia pernah melakukan kesilapan.

burung terbang dipipiskan lada

Maksud: Belum tentu diperoleh sesuatu yang dicita-citakan tetapi sudah dirancang dan dibuat persediaan untuk itu.

(13)
(14)
(15)
(16)

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

Gambar

Gambar di bawah ini menunjukkan sebahagian daripada sebab masyarakat tidak  gemar menggunakan pengangkutan awan

Referensi

Dokumen terkait

Selain BglII dengan gen sitokrom b, enzim dan daerah gen lain dapat digunakan untuk mendeteksi keberadaan lebah AHB.. Daerah gen tersebut adalah lrRNA/Eco

mellifera ini sangat penting dilakukan, terutama untuk mendeteksi keberadaan Africanized Honey Bee (AHB) di Indonesia. Berdasarkan Schneider et al. mellifera yang merupakan

Kenaikan gaji yang dimulai pada zaman pemerintahan Abdurrahman Wahid (Gus Dur) dan pemberian gaji ketiga belas yang hingga sekarang masih dilakukan ternyata juga belum menunjukkan

Handout tersebut mengacu pada buku pendidikan agama Islam yang sesuai dengan KBK serta buku-buku lain yang dirasa perlu diketahui siswa. Pemberian Handout

Penelitian ini bertujuan untuk: 1) mendeskripsikan pelaksanaan supervisi akademik dengan metode pendampingan untuk meningkatkan efektivitas implementasi Kurikulum

Tentukan daerah himpunan penyelesaian dari sistem pertidaksamaan linear dua variabel yang terdapat pada masalah (irisan dari setiap pertidaksamaan linear dua variabel

Dari alur kerangka pemikiran dapat dilihat bahwa penelitian akan dilaksanakan dengan melihat bagaimana hubungan antara peubah-peubah penjelas yaitu faktor internal dan

Selector.append(content) dan Selector.append(object) : Digunakan untuk menambahkan elemen (baik berupa teks HTML yang ditulis dalam content ataupun objek lain dalam