• Tidak ada hasil yang ditemukan

modul pdp sains tahun 6 kssr

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "modul pdp sains tahun 6 kssr"

Copied!
52
0
0

Teks penuh

(1)

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SAINS

TAHUN 6

Terbitan

Bahagian Pembangunan Kurikulum

(2)

2 Cetakan Pertama 2015

© Kementerian Pendidikan Malaysia

(3)

3

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

Isi Kandungan

Pendahuluan

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Mikroorganisma

Interaksi antara Haiwan

Tumbuhan Terancam

Geseran

Pengawetan Makanan

(4)

4

PENDAHULUAN

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mendukung cita-cita murni dan unggul selaras dengan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan murid yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21.

Modul pengajaran dan pembelajaran ini telah disediakan untuk membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains. Modul ini mengandungi beberapa unit di mana setiap topik mengandungi satu atau lebih standard pembelajaran. Setiap unit dalam modul ini mempunyai masa yang dicadangkan. Cadangan masa ini bukanlah sesuatu yang wajib dipatuhi kerana guru boleh mengadaptasikan cadangan aktiviti yang terdapat dalam model mengikut kesesuaian persekitaran, bahan dan kepelbagaian murid. Contoh yang terdapat dalam modul ini hanya meliputi sebahagian daripada keseluruhan standard Sains yang ditetapkan bagi murid Tahun 6.

Modul ini disediakan dengan menggunakan pendekatan inkuiri di samping menggabungjalin pendekatan pedagogi lain yang bersesuaian. Penerapan elemen TMK, keusahawanan dan kreativiti serta inovasi disisipkan di mana yang sesuai dalam modul ini bagi membimbing guru dalam melaksanakannya. Modul ini menyediakan pelbagai cadangan aktiviti yang boleh digunakan oleh guru untuk murid pelbagai kecerdasan supaya semua murid boleh mencapai Standard Pembelajaran yang telah ditetapkan.

Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan dalam modul ini telah mengambil kira amalan terbaik bagi membantu murid mencapai standard pembelajaran yang ditentukan di samping menyediakan suasana learning is fun semasa pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, cadangan aktiviti dalam modul ini bukanlah sesuatu yang muktamad. Guru digalakkan mengubahsuai modul yang bersesuaian dengan murid serta perlatan yang terdapat di sekeliling mereka. Guru juga digalakkan membina modul p&p yang bersesuain dengan murid mereka. Dengan ini, guru berpeluang mengembangkan kreativiti mereka sendiri.

(5)

5

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SAINS

TAHUN 6

(6)

6

MATA PELAJARAN Sains

TAHUN 6 ADIL

TEMA / TAJUK Sains Hayat / Mikroorganisma

MASA 60 minit

Di akhir pengajaran, murid-murid dapat : a) Menyatakan mikroorganisma bernafas

b) Mengitlak bahawa mikroorganisma adalah benda hidup kerana menjalani proses hidup

KPS Memerhati, Membuat inferens, berkomunikasi

AKTIVITI Orientasi :

1. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai benda hidup

Guru: Apa ciri benda hidup yang telah kamu pelajari?

Jawapan murid : Bernafas, bergerak, membiak dan membesar

Guru: Bagaimana pula dengan mikroorganisma yang telah kamu kenal jenis dan contohnya? Adakah mikroorganisma juga benda hidup?

(terima sebarang jawapan murid)

Aktiviti 1:

1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

2. Ketua kumpulan diminta untuk mengambil bahan-bahan yang telah disediakan.

3. Murid menjalankan penyiasatan terhadap yis. (Lembaran Aktiviti 1)

4. Murid melaporkan pemerhatian mereka terhadap aktiviti yang telah dijalankan.

(7)

7

Aktiviti 2:

1. Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan hasil penyiasatan yang telah dilakukan.

Guru: Apa yang terjadi kepada belon setelah dibiarkan beberapa lama?

Murid: Belon membesar, belon berkembang

Guru: Menurut pandangan kamu, mengapa belon tersebut mengembang?

(terima sebarang jawapan murid)

Guru: Apabila kamu bernafas, apa yang kamu hembus? Murid: Udara, karbon dioksida

2. Guru membimbing murid untuk mengaitkan pernafasan dengan pengembangan belon yang diletakkan pada mulut botol.

3. Guru meneruskan sesi soal jawab mengenai proses hidup yang dilalui oleh benda hidup.

Guru: Pernahkah kamu melihat kulapuk pada roti? Murid: Pernah

Guru: Apa yang akan terjadi pada kulapok roti sekiranya kamu membiarkannya untuk beberapa hari lagi?

Murid: Semakin banyak, bertambah

(8)

8

Aktiviti 3:

1. Murid menonton tayangan video yang menunjukkan pergerakan mikroorganisma.

Guru: Selepas kamu melalui aktiviti hari ini, adakah kamu berpendapat mikroorgansma adalah benda hidup

Murid: Ya

Guru: Mengapa kamu berkata begitu?

Murid: Mikroorganisma membuat/menjalankan semua proses hidup seperti manusia.

BAHAN P&P Yis, botol plastik, belon

(9)

9

LEMBARAN PENYIASATAN 1

1. Apa bahan yang diberi:

a) ____________________________________________

b) ____________________________________________

c) ____________________________________________

2. Apa yang saya perlu buat dengan bahan-bahan yang diberi?

a) ___________________________________________________________

b) ___________________________________________________________

c) ___________________________________________________________

(10)

10

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SAINS

TAHUN 6

(11)

11

MATA PELAJARAN Sains

KELAS 6 Bestari

TEMA/ TAJUK Sains Hayat / Interaksi antara haiwan

MASA 60 minit

Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

1. Menyatakan bahawa haiwan hidup berkumpulan dan hidup bersendirian

2. Memberikan contoh-contoh haiwan hidup berkumpulan dan haiwan hidup bersendirian.

3. Memerihalkan kelebihan dan kekurangan haiwan hidup berkumpulan dan hidup secara bersendirian.

KPS Memerhati , Berkomunikasi dan Mengelas.

AKTIVITI Aktiviti 1:

1. Murid ditunjukkan gambar haiwan-haiwan.

(lipan, semut, kerbau, singa, tikus, lipas, kuda belang dan harimau)

2. Murid diminta melekatkan gambar haiwan-haiwan tersebut pada peta bulatan di papan putih dan menamakan haiwan-haiwan tersebut.

3. Guru mengemukakan soalan di mana biasanya haiwan-haiwan itu ditemui .

Aktiviti 2:

1. Murid menonton video tentang cara hidup haiwan.

2. Murid ditanya apa yang mereka perhatikan tentang cara hidup haiwan.

(12)

12

Aktiviti 3:

1. Murid dibahagikan kepada enam kumpulan.

2. Setiap kumpulan diberikan kad gambar haiwan/model haiwan dan dikehendaki berbincang sama ada haiwan tersebut hidup secara berkumpulan dan bersendirian.

3. Wakil setiap kumpulan dikehendaki bergerak ke stesen yang dilabel ‘Hidup Berkumpulan’ atau stesen ‘Hidup Bersendirian’

4. Setiap wakil akan menyatakan mengapa mereka bergerak ke arah stesen berkenaan.

Aktiviti 4:

1. Murid menonton tayangan video animasi yang menunjukkan kelebihan dan kekurangan haiwan hidup berkumpulan dan bersendirian.

2. Murid diminta menyatakan kelebihan dan kekurangan haiwan yang hidup berkumpulan dan bersendirian dalam peta pokok.

3. Murid dan guru berbincang tentang kelebihan dan kekurangan haiwan hidup berkumpulan dan bersendirian berdasarkan peta pokok yang dilakarkan oleh murid.

4. Hasil kerja murid dipaparkan di papan putih.

Aktiviti 5

1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid ( Lembaran 1 )

2. Murid diminta mengelaskan haiwan-haiwan berkenaan kepada haiwan hidup berkumpulan dan haiwan hidup bersedirian.

EMK Nilai Murni , Kreativiti

BBB Gambar haiwan, tayangan video,Lembaran kerja 1,Kertas mahjung

(13)

13

PETA BULATAN

(14)

14 Aktiviti 2 - KAD TUGASAN

1. Murid telah dibahagikan kepada 6 kumpulan dan satu kumpulan terdiri daripada 6 orang ahli.

2. Murid diberikan satu gambar haiwan atau model haiwan yang maujud untuk setiap kumpulan.

3. Murid dikehendaki berbincang sesama ahli kumpulan tentang gambar haiwan yang telah diberi oleh guru tentang haiwan tersebut ‘Hidup Berkumpulan atau Hidup Bersendirian’.

4. Murid diberi masa 2 minit untuk berbincang sesama ahli kumpulan tentang keputusan berdasarkan gambar tersebut sama ada haiwan tersebut ‘Hidup Berkumpulan atau Hidup Bersendirian’.

5. Wakil setiap kumpulan dikehendaki bergerak ke stesen sama ada ke stesen “Haiwan Berkumpulan” atau “Haiwan Bersendirian” yang telah disediakan oleh guru.

(15)
(16)
(17)
(18)

18

LEMBARAN KERJA

Kelaskan haiwan – haiwan yang berikut mengikut kumpulan yang betul dan lengkapkan peta pokok di bawah:

(19)

19 Peta pokok untuk lembaran kerja 1

CARA HIDUP HAIWAN

(20)

20

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SAINS

TAHUN 6

(21)

21

MATA PELAJARAN

Sains

KELAS 6 Cemerlang

TEMA / TAJUK Sains Hayat / Tumbuhan MASA 60 minit

STANDARD

PEMBELAJARAN 5.1.3 dan 5.1.4 OBJEKTIF

PEMBELAJARAN Di akhir pembelajaran murid-murid dapat,

1.Menyatakan contoh tumbuhan yang terancam.

2.Menjelaskan melalui contoh faktor ancaman terhadap tumbuhan dan cara mengatasinya.

KPS

Memerhati , Membuat inferens , Berkomunikasi

AKTIVITI Orientasi (5 minit)

1. Murid mendengar dan menyanyi bersama-sama video lagu Hijau nyanyian Zainal Abidin.

( Lirik lagu disertakan dalam lampiran 1 )

(http://www.youtube.com/watch?v=68PJW15iJSw )

2. Guru bersoal jawab dengan murid.

Guru : Daripada lagu ini, apakah aktiviti yang kamu boleh perhatikan?

Murid : Menebang pokok/ Kemusnahan alam/ Pencemaran.

Pencetusan idea (10 minit)

1. Guru menunjukkan gambar beberapa jenis bunga kepada murid.

2. Guru meminta murid melabelkan gambar dengan nama tumbuhan hasil pembacaan artikel yang diberi.

(22)

22

Penstrukturan idea (10 minit)

1. Murid menonton tayangan slaid / gambar contoh tumbuhan terancam.

(melalui tayangan slaid / gambar ini, murid akan

menentukan sendiri sama ada mereka telah melabel dengan betul atau tidak)

Murid : Hutan terbakar/ banjir/ pokok di tebang (terima sebarang jawapan)

Guru : Adakah kita biarkan sahaja situasi ini terus berlaku? Murid : Tidak.

Guru : Apa yang perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ini?

Murid : Panggil bomba / Tanam pokok / Elakkan pembakaran hutan

(terima sebarang jawapan)

(23)

23

Aplikasi idea (25 minit)

1. Murid melakukan aktiviti berkumpulan.

2. Murid dibahagikan kepada enam kumpulan yang terdiri daripada 6 orang ahli.

3. Setiap kumpulan diberikan kad gambar tumbuhan dan dikehendaki berbincang faktor ancaman dan cara mengatasi.

4. Wakil setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil perbincangan dalam bentuk peta pemikiran dengan

bimbingan guru.

Catatan :

Guru digalakkan mendapatkan gambar penuh pokok merangkumi ciri-ciri, akar dan sebagainya.

Jika tumbuhan berkenaaan berada di persekitaran guru digalakkan menunjukkan tumbuhan sebenar.

Refleksi (10 minit)

1. Guru dan murid berbincang mengenai jawapan dari lembaran kerja yang telah dijawab oleh murid.

2. Guru mengaitkan set induksi tadi dengan hasil pembelajaran.

Pengayaan

Murid membina replika bunga Rafflesia dalam kumpulan

dengan bahan-bahan buanga (mengikut kesesuaian murid dan sekolah)

EMK TMK, Kreativiti Bahasa dan Nilai BAHAN BANTU

BELAJAR

lagu , slaid , kad gambar , TMK , artikel berkenaan jenis-jenis tumbuhan terancam berserta penerangan (diberi sebelum pengajaran)

REFLEKSI Lembaran 1

(24)

24

LAMPIRAN Aktiviti 1

Lirik Lagu Hijau – Zainal Abidin

Bumi yang tiada rimba Seumpama hamba Dia dicemar manusia Yang jahil ketawa

Bumi yang tiada udara Bagai tiada nyawa Pasti hilang suatu hari Tanpa disedari

Bumi tanpa lautan Akan kehausan

Pasti lambat laun hilang Duniaku yang malang

Dewasa ini kita saling merayakan

Kejayaan yang akhirnya membinasakan Apalah gunanya kematangan fikiran

Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah Ku lihat hijau

Bumiku yang kian pudar Siapa yang melihat Di kala kita tersedar Mungkinkah terlewat

Korupsi, oppressi, obsessi diri Polussi, depressi di bumi kini

Oo… anok-anok

Tok leh meghaso mandi laok Bersaing main ghama-ghama

Ale lo ni tuo omornyo berjoto

Koto usoho jauh ke daghi malo petako

Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi Keno make asak hok biso, weh Pase maknusio

Seghemo bendo-bendo di dunio Tok leh tahe

(25)

25 KAD TUGASAN 1

Murid dikehendaki berbincang dalam kumpulan mengenai :

1. Nama tumbuhan

2. Faktor ancaman tumbuhan ini.

3. Cara mengatasi daripada ancaman.

(26)

26 KAD TUGASAN 2

Murid dikehendaki berbincang dalam kumpulan mengenai :

1. Nama tumbuhan

2. Faktor ancaman tumbuhan ini.

3. Cara mengatasi daripada ancaman.

(27)

27 KAD TUGASAN 3

Murid dikehendaki berbincang dalam kumpulan mengenai :

1. Nama tumbuhan

2. Faktor ancaman tumbuhan ini.

3. Cara mengatasi daripada ancaman.

(28)

28 KAD TUGASAN 4

Murid dikehendaki berbincang dalam kumpulan mengenai :

1. Nama tumbuhan

2. Faktor ancaman tumbuhan ini.

3. Cara mengatasi daripada ancaman.

(29)

29 KAD TUGASAN 5

Murid dikehendaki berbincang dalam kumpulan mengenai :

1. Nama tumbuhan

2. Faktor ancaman tumbuhan ini.

3. Cara mengatasi daripada ancaman.

(30)

30

(31)

31

Lembaran Kerja

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

Jadual menunjukkan bilangan pokok meranti di sebuah habitat semula jadi.

Tahun 1995 2000 2005 2010 2015

Bilangan pokok meranti

970 860 740 610

1. Apakah corak perubahan bilangan pokok meranti dari tahun 1995 hingga 2010.

__________________________________________________________

2. Nyatakan dua sebab ( inferens ) tentang perubahan bilangan pokok meranti dari tahun 1995 hingga 2010 ?

________________________________________________________________

3. Nyatakan tiga cara untuk mengatasi tumbuhan daripada ancaman?

i. __________________________________________________

ii. _________________________________________________

iii. __________________________________________________

4. Ramalkan bilangan pokok meranti pada tahun 2015 ?

(32)

32

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SAINS

TAHUN 6

(33)

33

MATA PELAJARAN Sains

TAHUN 6 STIGMA (30 orang)

Di akhir pengajaran, murid-murid dapat : c) Menyatakan maksud daya geseran

d) Menjalankan eksperimen bagi mengenal pasti jarak gerakan objek di atas 4 permukaan yang berbeza

KPS Mengeksperimen

AKTIVITI Aktiviti 1:

2. Guru memanggil seorang murid untuk menolak objek yang berat di atas lantai kelas. (contohnya kotak yang diisi benda berat).

Guru : Sukar atau mudah untuk kamu menolak kotak tersebut?

Murid : Mudah

Guru: Bagaimana pula jika kamu menolak kotak tersebut berada atas permaidani?

Murid: Mungkin lebih sukar (terima sebarang jawapan murid)

Guru: Mengapa terjadi demikian?

Murid: Kerana permukaan permaidani lebih kasar / banyak bulu

3. Guru menerangkan mengenai daya geseran yang berlaku pada kotak yang digerakkan di atas permukaan (boleh menggunakan Lampiran A sebagai bahan bantu).

(34)

34

Aktiviti 2:

2. Murid-murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.

3. Murid-murid diminta menjalankan satu eksperimen untuk mengkaji sama ada jenis permukaan mempengaruhi jarak pergerakan kereta mainan.

4. Setiap kumpulan diminta melantik seorang ketua, seorang pencatat dan yang selebihnya akan mengukur jarak

pergerakan kereta mainan secara bergilir-gilir.

5. Setiap kumpulan dibekalkan dengan Lembaran Penyiasatan untuk membantu mereka menjalankan ekpserimen tesebut.

6. Setiap kumpulan diberikan tempoh selama 6-8 minit bagi setiap permukaan untuk diuji.

*Guru dicadangkan menggunakan wisel untuk mengawal murid.

Setiap kumpulan disarankan agar menjalankan percubaan sebanyak 3 atau 4 kali bagi mendapatkan kejituan jawapan.

7. Wakil kumpulan diminta membentangkan hasil kerja kumpulan di hadapan makmal.

8. Murid berbincang dengan guru hasil dapatan eksperimen yang dijalankan.

9. Murid membuat kesimpulan mengenai daya geseran dengan bimbingan guru.

BAHAN P&P Papan 1 m, pita pengukur, kereta mainan, permukaan

bersimen, permukaan berjubin, permukaan bertar, permukaan plastik, lembaran penyiasatan

EMK Sains dan Teknologi dan nilai murni

(35)

35

LAMPIRAN A

Aktiviti : Objek ditolak ke arah kanan.

objek

permukaan arah gerakan lantai

Konsep 1:

Geseran terhasil apabila dua permukaan bersentuhan

( Objek bersentuhan dengan permukaan lantai semasa bergerak)

objek

permukaan arah gerakan

lantai

arah geseran

Konsep 2:

(36)

36

LEMBARAN PENYIASATAN

4. Apa bahan yang diberi kepada kumpulan:

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

5. Pada pendapat saya:

a. Kereta mainan akan bergerak paling jauh di atas permukaan _______________

b. Kereta mainan akan bergerak paling dekat di atas permukaan ______________

6. Apa yang perlu dilakukan untuk menguji kesukaran kereta mainan bergerak di atas permukaan yang berlainan?

a) ___________________________________________________________

b) ___________________________________________________________

c) ___________________________________________________________

d) ___________________________________________________________

e) ___________________________________________________________

f) ___________________________________________________________ jarak dilalui

landasan

batu-bata

(37)

37 7. Apa yang saya perhatikan dan rekodkan?

8. Perbincangan:

a) Pada permukaan manakah kereta bergerak dengan jarak yang paling

dekat?

___________________________________________________________

b) Berikan inferens berdasarkan jawapan di (a).

___________________________________________________________

c) Pada permukaan manakan kereta bergerak dengan jarak yang paling

jauh?

___________________________________________________________

d) Berikan inferens berdasarkan jawapan di (c).

___________________________________________________________

e) Apakah kesimpulan yang boleh dibuat mengenai daya pada pemukaan

yang telah kamu uji?

(38)

38

MODUL PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

SAINS

TAHUN 6

(39)

39 MATA PELAJARAN Sains

KELAS 6 IXORA

TEMA / TAJUK Sains Bahan / Pengawetan Makanan

STANDARD

i) Menjelas dengan contoh ciri-ciri makanan yang telah rosak melalui pemerhatian pada makanan yang sebenar.

ii) Menentukan faktor air boleh mempengaruhi

pertumbuhan mikroorganisma secara penyiasatan.

TEMPOH 60 minit

SUMBER makanan yang segar dan yang telah rosak(susu , roti , kek, buah limau, kari ayam , Ikan, kuih, strawberi, bayam, nasi), kanta pembesar

SPS Pemerhatian ,Membuat inferens, Berkomunikasi, Meramal, Mentafsir data, Menggunakan perhubungan ruang dan masa.

PENGETAHUAN SEDIA ADA

Murid telah mempelajari tentang jenis-jenis mikroorganisma dan kerosakan makanan disebabkan oleh mikroorganisma.

AKTIVITI Aktiviti 1:

1. Murid bersoaljawab dengan guru:

Guru: Adakah kamu minum susu? Apakah rasanya? Murid: Pernah. Rasanya sedap

Guru: Jika susu tersebut dibiarkan beberapa hari , apa akan

terjadi kepada susu berkenaan? Murid: Rasa tak sedap, bau busuk/masam

Guru: Apakah yang menyebabkan kerosakan makanan? Murid: Letak di luar peti ais/ ada kuman

(40)

40

Aktiviti 2:

1. Murid ditunjukkan dua gelas susu. (susu tidak rosak dan susu telah rosak)

Guru: Apakah perbezaan cecair dalam kedua-dua gelas? (terima sebarang jawapan murid berdasarkan pemerhatian mereka)

2. Kemudian murid ditunjukkan 2 keping roti. (roti berkulat dan tidak berkulat)

Guru: Apa pula perbezaan pada kedua-dua keping roti ini? (terima sebarang jawapan murid berdasarkan pemerhatian mereka)

Catatan: Jawapan murid tidak dibetulkan pada ketika ini tetapi dicatat untuk perbincangan di fasa refleksi.

Aktiviti 3:

1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

2. Setiap kumpulan diberikan 2 sampel makanan yang berbeza iaitu makanan yang telah rosak dan yang belum rosak. (Contoh: roti, kuih, buah strawberi, bayam, nasi).

3. Murid membuat pemerhatian ke atas sampel makanan menggunakan kanta pembesar.

4. Murid diminta menyenaraikan hasil pemerhatian di atas yang diberikan dengan bantuan peta bulatan.

5. Wakil setiap kumpulan akan membentangkan hasil pemerhatian dan dibimbing oleh guru.

6. Murid dikehendaki mengaitkan ciri-ciri makanan yang telah rosak berpandukan hasil pemerhatian.

7. Murid dikehendaki menjawab soalan dalam lembaran kerja 1 dan 2.

(41)

41

Aktiviti 4:

1. Murid bersoaljawab dengan guru.

Guru: Pada pendapat kamu, mengapa susu dan roti tadi boleh menjadi rosak?

Murid: Mikroorganisma/kuman/bakteria

Guru: Apakah faktor yang memudahkan mikroorganisma membiak pada makanan?

2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

3. Setiap kumpulan diberikan 2 keping roti. Murid melakukan aktiviti berikut pada roti tersebut.

Roti A : Direnjis dengan air Roti B : Tidak direnjis dengan air

Kedua-duanya dimasukkan ke dalam plastik yang

berlainan dan diikat serta diletakkan di meja belakang bilik sains.

4. Murid diminta membuat pemerhatian dan merekod keadaan permukaan roti berkenaan setiap hari selama seminggu.

5. Murid dimaklumkan perbincangan lanjut mengenai penyiasatan ke atas faktor yang mempengaruhi mikroorganisma berkenaan pada masa akan datang.

Aktiviti 5:

1. Murid diminta merujuk kepada jawapan soaljawab semasa Aktiviti 2 untuk dibandingkan dengan idea yang baru

dipelajari.

2. Murid diminta membuat pembetulan jika idea awal mereka tidak betul atau tidak lengkap.

3. Murid bersoaljawab dengan guru dalam membuat rumusan.

 Apakah yang menyebabkan makanan rosak?  Apakah ciri-ciri pada makanan rosak?

(42)

42

BBM Susu segar, susu masam, roti, roti yan berkulapok, kuih, buah, sayuran, nasi, kanta pembesar

(43)

43

LEMBARAN KERJA 1

Arahan: Lengapkan jadual di bawah.

MAKANAN CIRI-CIRI MAKANAN ROSAK

DERIA YANG DIGUNAKAN

nasi

susu

daging

sayuran

(44)

44

LEMBARAN KERJA 2

Tuliskan keadaan/ciri makanan apabila menjadi rosak.

(45)

45

PETA PEMIKIRAN

Arahan : Isikan maklumat berkenaan pada peta pemikiran di bawah.

CIRI- CIRI

MAKANAN

(46)

46

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SAINS

TAHUN 6

(47)

47

MATA PELAJARAN Sains

TAHUN 6 DAHLIA

TEMA / TAJUK Sains Fizikal / Bahan Buangan

TEMPOH MASA 60 minit

Murid akan dapat

iii) Menyatakan maksud bahan buangan terbiodegradasi dan tidak terbiodegradasi. iv) Mengelaskan bahan buangan kepada bahan

buangan terbiodegradasi dan tidak terbiodegradasi

KPS Memerhati, Mengelas, Berkomunikasi

AKTIVITI Aktiviti 1:

1. Guru menayangkan slaid gambar berkaitan bahan buangan.

2. Murid bersoal jawab dengan guru berdasarkan gambar tersebut.

 Apakah yang kamu lihat tadi?

 Apakah barang-barang yang sering kamu buang?

Aktiviti 2:

1. Murid menjalankan aktiviti dalam kumpulan.

2. Setiap kumpulan diberikan gambar yang menunjukkan jenis bahan buangan.

3. Murid diminta mengenalpasti jenis bahan buangan pada gambar.

4. Murid melengkapkan peta pokok bagi mengelaskan contoh bahan buangan terbiodegradasi dan tidak terbiodegradasi pada kertas mahjong dalam kumpulan kecil .

(48)

48

Aktiviti 3:

1. Murid menonton tayangan video tentang proses pereputan bahan buangan.

(Guru boleh juga menggunakan gambar untuk menunjukkan proses pereputan)

2. Murid membuat sumbang saran tentang maksud bahan terbiodegradasi dan tidak terbiodegradasi berdasarkan tayangan video.

 Apakah yang berlaku pada bahan buangan dalam tayangan tadi?

 Nyatakan maksud bahan terbiodegradasi dan tidak terbiodegradasi berdasarkan pendapat anda?

3. Murid merumuskan maksud bahan terbiodegradasi dan tidak terbiodegradasi dengan bimbingan guru.

Aplikasi Idea ( 20 minit)

1. Murid mengumpul maklumat keratan akhbar dan

membuat perbincangan dalam kumpulan kecil tentang kebaikan yang boleh diperolehi daripada bahan

buangan terbiodegradasi.

2. Murid membentangkan hasil perbincangan mereka.

(Cadangan aktiviti lain : puzzle berkaitan jenis bahan buangan terbiodegradasi dan tidak terbiodegradasi)

Refleksi (5 minit)

1. Guru meminta murid menilai semula peta pokok di awal pembelajaran.

2. Murid diminta membuat buku skrap secara berpasangan berkaitan bahan buangan terbiodegradasi dan tidak terbiodegradasi.

BBM Gambar bahan buangan, video, kertas mahjong, akhbar

EMK Keusahawanan dan nilai murni

PENTAKSIRAN Peta pokok dan buku skrap

PEMULIHAN Guru membantu memurnikan peta pokok

(49)

49

(50)
(51)
(52)

Gambar

Gambar haiwan, tayangan video,Lembaran kerja 1,Kertas mahjung
gambar.  4. Murid melengkapkan peta pokok bagi mengelaskan
GAMBAR BAHAN BUANGAN

Referensi

Dokumen terkait

3.1.2 Menyatakan mikroorganisma menjalankan proses hidup dengan menjalankan penyiasatan menggunakan peralatan yang sesuai ke atas beberapa contoh mikroorganisma seperti yis,

4.1.2 Menjelas dengan contoh terdapat haiwan hidup berkumpulan dan haiwan hidup bersendirian melalui pemerhatian menerusi pelbagai media. 4.1.3 Memerihalkan kelebihan

Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran seni bahasa guru harus menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh murid dengan merujuk Standard Kandungan dan

Langkah 8: Bagi memberi makna pada atur cara yang dibina, guru meminta murid menambah Sprite baharu dan menamakan dengan nama yang sesuai bagi Sprite yang dipilih.. Klik New