• Tidak ada hasil yang ditemukan

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) SAINS TAHUN 6 (KSSR)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) SAINS TAHUN 6 (KSSR)"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

S/KANDUNGAN

4.1 Interaksi antara Haiwan

S/PEMBELAJARAN

4.1.1 Menyatakan maksud interaksi antara haiwan ialah bentuk hubungan yang berlaku dalam intraspesies dan interspesies bagi memperoleh keperluan asas.

4.1.4 Memerihal faktor persaingan antara haiwan intraspesies dan interspesies melalui pemerhatian

menerusi pelbagai media seperti makanan, air, tempat tinggal atau kawasan dan pasangan.

TAJUK

Interaksi antara Haiwan (ms 48-49), Faktor Persaingan Haiwan Intraspesies dan Interspesies (ms61-63)

OBJEKTIF P&P

(KRITERIA

KEJAYAAN)

Pada akhir P&P, murid-murid akan dapat:

(i) Memerihal maksud interaksi antara haiwan. (TP 2)

(ii) Memerihal faktor persaingan antara haiwan. (TP 3)

KPS

/ Memerhati / Mengelas Menggunakan no. / Membuat inferens

/ Meramal / Berkomunikasi / Ruang dan masa Mentafsir data

/ Mendefinisi Mengawal P/Ubah Buat hipotesis Mengeksperimen

KMS

/ Tidak berkenaan Membersihkan peralatan Sains

Menggunakan peralatan dan bahan Sains Mengendalikan spesimen

Menyimpan peralatan dan bahan Sains Melakar spesimen, peralatan & bahan Sains

AKTIVITI P&P

1. Murid memerhati pelbagai gambar haiwan-haiwan yang ditampal pada papan tulis. Murid mengenal pasti sama ada mereka sama jenis atau tidak.

Murid meramal apa yang akan berlaku jika banyak antara mereka dikumpul bersama dan memberi sebab. Murid mengetahui tajuk dan objektif P&P pada hari ini.

2. Murid mengimbas kembali dan berkongsi pengalaman mengenai haiwan-haiwan yang pernah dijumpai dan

menerangkan apakah yang akan berlaku dalam kalangan mereka.

Murid menyedari bahawa ini semua ialah interaksi antara mereka dan mengetahui maksud interaksi.

3. Murid mempelajari bahawa terdapat dua jenis interaksi, iaitu interaksi intraspesies dan interspesies.

Interaksi antara haiwan akan wujud dalam bentuk kerjasama atau persaingan. Murid membuat catatan nota dalam bentuk peta buih berganda.

4. Murid meneliti gambar sekali lagi dan mengenalpasti yang mana satu ialah intraspesies dan interspesies.

Murid meramal apakah faktor persaingan yang akan berlaku dalam kalangan interaksi intraspesies dan interspesies. Murid mengenalpasti faktor persaingan menerusi ulasan guru dan membuat catatan.

5. Murid mendapatkan lembaran buku DSKP dan cuba membuat latihan.

Murid boleh berbincang dengan kawan atau membuat sendiri atau merujuk kepada buku nota. Murid menghantar buku nota dan buku DSKP apabila siap untuk disemak.

6. Murid membuat refleksi terhadap P&P dengan bimbingan dan mengetahui tajuk P&P yang seterusnya.

BBM

/ Buku Teks / Buku DSKP / Buku Nota Lembaran Aktiviti

/ Kad Gambar / Kad Perkataan / Kad Trafik Laptop/Projektor

/ Magnet, pelekat.

NILAI MURNI

/ Minat Berani mencuba Berkerjasama / Berfikir rasional

Bertanggungjawab Jujur dan tepat / Sistematik

GABUNG JALIN

ILMU

/ Bahasa Matematik Moral/Islam Sejarah / Muzik Seni Visual PJ/PK TMK/RBT

EMK

/ Kreativiti & Inovasi Keusahawanan TMK KBAT

Sains & Teknologi Bahasa / K. Alam Sekitar Sivik & Patriotisme

PETA I-THINK

Bulatan Buih / Buih Berganda Titi

Pokok Dakap Alir Pelbagai Alir

PENILAIAN &

PENTAKSIRAN

Lembaran kerja Kuiz / Hasil kerja Tugasan Projek / Pemerhatian Lisan Pembentangan

REFLEKSI

___ /___ orang murid dapat menguasai objektif pembelajaran.

___ orang murid tidak dapat menguasai objektif pembelajaran dan telah diberi bimbingan susulan dan pemulihan pada ___________________________.

(2)

S/KANDUNGAN

4.1 Interaksi antara Haiwan

S/PEMBELAJARAN

4.1.2 Menjelas dengan contoh terdapat haiwan hidup berkumpulan dan haiwan hidup bersendirian melalui pemerhatian menerusi pelbagai media.

4.1.3 Memerihalkan kelebihan dan kekurangan haiwan yang hidup berkumpulan dan hidup bersendirian.

TAJUK

Haiwan Hidup Berkumpulan, Haiwan Hidup Bersendirian, Kelebihan dan Kekurangan Haiwan yang Hidup Berkumpulan, Kelebihan dan Kekurangan Haiwan yang Hidup Bersendirian (BT ms 50-60)

OBJEKTIF P&P

(KRITERIA

KEJAYAAN)

Pada akhir P&P, murid-murid akan dapat:

(i) Memberi contoh haiwan hidup berkumpulan dan hidup bersendirian. (TP 1)

(ii) Memerihalkan kelebihan dan kekurangan haiwan yang hidup berkumpulan dan hidup bersendirian.

(TP 4)

KPS

/ Memerhati / Mengelas Menggunakan no. / Membuat inferens

/ Meramal / Berkomunikasi Ruang dan masa / Mentafsir data

Mendefinisi Mengawal P/Ubah Buat hipotesis Mengeksperimen

KMS

/ Tidak berkenaan Membersihkan peralatan Sains

Menggunakan peralatan dan bahan Sains Mengendalikan spesimen

Menyimpan peralatan dan bahan Sains Melakar spesimen, peralatan & bahan Sains

AKTIVITI P&P

1. Murid menamakan apa-apa sahaja haiwan kegemaran mereka. Murid diminta meramal sama ada mereka hidup bersendirian atau hidup berkumpulan. Murid mengetahui tajuk dan objektif P&P.

2. Setiap murid menerima sekeping kad haiwan seperti yang ada dalam buku teks.

Murid diminta meramal sama ada haiwan dalam kad tersebut hidup berkumpulan atau hidup bersendirian.

3. Murid mengetahui terdapat haiwan yang hidup berkumpulan dan hidup bersendirian serta maksudnya.

4. Berdasarkan buku teks, murid menyenaraikan contoh haiwan yang hidup berkumpulan dan hidup

bersendirian. Murid mencatat nota dalam bentuk peta pokok.

5. Murid mempelajari bahawa terdapat kelebihan dan kekurangan yang tersendiri bagi haiwan yang hidup

berkumpulan dan hidup bersendirian. Murid dikehendaki membentuk kumpulan dan mendapatkan isi penting berdasarkan buku teks mengikut tajuk yang diberikan. Murid membuat pembentangan apabila masa yang diberikan untuk membuat persiapan tamat.

6. Guru membuat catatan sepanjang murid membuat pembentangan. Setelah semua kumpulan siap

membuat pembentangan, murid mendengar ulasan atau isi tambahan oleh guru. Murid mencatat nota dalam peta pokok yang sama.

7. Murid mendapatkan lembaran buku DSKP dan cuba membuat latihan.

Murid boleh berbincang dengan kawan atau membuat sendiri atau merujuk kepada buku nota. Murid menghantar buku nota dan buku DSKP apabila siap untuk disemak.

8. Murid membuat refleksi terhadap P&P dengan bimbingan dan mengetahui tajuk P&P yang seterusnya.

BBM

/ Buku Teks / Buku DSKP / Buku Nota Lembaran Aktiviti

/ Kad Gambar Kad Perkataan / Kad Trafik Laptop/Projektor

/ Whiteboard mini, whiteboard marker

NILAI MURNI

/ Minat / Berani mencuba / Berkerjasama / Berfikir rasional

Bertanggungjawab / Jujur dan tepat / Sistematik

GABUNG JALIN

ILMU

/ Bahasa Matematik Moral/Islam Sejarah / Muzik Seni Visual PJ/PK TMK/RBT

EMK

/ Kreativiti & Inovasi Keusahawanan TMK KBAT

Sains & Teknologi Bahasa / K. Alam Sekitar Sivik & Patriotisme

PETA I-THINK

Bulatan Buih Buih Berganda Titi

/ Pokok Dakap Alir Pelbagai Alir

PENILAIAN &

PENTAKSIRAN

/ Lembaran kerja Kuiz / Hasil kerja Tugasan Projek Pemerhatian Lisan / Pembentangan

REFLEKSI

___ /___ orang murid dapat menguasai objektif pembelajaran.

___ orang murid tidak dapat menguasai objektif pembelajaran dan telah diberi bimbingan susulan dan pemulihan pada ___________________________.

(3)

S/KANDUNGAN

4.1 Interaksi antara Haiwan

S/PEMBELAJARAN

4.1.5 Menjelaskan melalui contoh jenis interaksi antara haiwan seperti simbiosis, mutualisme, komensalisme dan parasitisme.

4.1.6 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.

TAJUK

Simbiosis antara Haiwan (BT ms 64-66)

OBJEKTIF P&P

(KRITERIA

KEJAYAAN)

Pada akhir P&P, murid-murid akan dapat:

(i) Mengetahui dan menyatakan maksud simbiosis, mutualisme, komensalisme, dan parasitisme.

(ii) Menjelaskan melalui contoh 3 jenis interaksi antara haiwan. (TP 5)

(iii) Berkomunikasi untuk memerihalkan interaksi yang berlaku antara satu contoh haiwan dengan

haiwan yang sama spesies dan haiwan yang berlainan spesies. (TP 6)

KPS

/ Memerhati / Mengelas Menggunakan no. / Membuat inferens

/ Meramal / Berkomunikasi Ruang dan masa / Mentafsir data

/ Mendefinisi Mengawal P/Ubah Buat hipotesis Mengeksperimen

KMS

/ Tidak berkenaan Membersihkan peralatan Sains

Menggunakan peralatan dan bahan Sains Mengendalikan spesimen

Menyimpan peralatan dan bahan Sains Melakar spesimen, peralatan & bahan Sains

AKTIVITI P&P

1. Murid memerhati kad gambar yang ditunjukkan secara rawak dan berfikir apakah hubungan antara haiwan yang terdapat dalam gambar. Murid memberi respon dari segi siapa untung, siapa rugi, apa yang menguntungkan dan apa yang merugikan. Murid mengetahui tajuk dan objektif P&P.

2. Murid mengimbas kembali maksud interaksi, bentuk-bentuk interaksi dan jenis-jenis faktor persaingan

antara interaksi intraspesies dan interspesies.

3. Murid mengetahui dan mempelajari apakah yang dimaksudkan dengan simbiosis, mutualisme,

komensalisme, dan parasitisme berpandukan buku teks dan kad perkataan.

4. Murid mengetahui contoh-contoh bagi setiap jenis interaksi simbiosis antara haiwan dengan kad gambar.

5. Murid membuat catatan mengenai tajuk ini dalam bentuk peta pokok.

6. Murid dibimbing untuk memerihalkan interaksi yang berlaku antara satu contoh haiwan dengan haiwan

yang sama spesies dan haiwan yang berlainan spesies. Berdasarkan buku teks dan penerangan guru, murid menyedari bahawa interaksi simbiosis antara haiwan penting dalam membantu keseimbangan alam.

7. Murid mendapatkan lembaran buku DSKP dan cuba membuat latihan.

Murid boleh berbincang dengan kawan atau membuat sendiri atau merujuk kepada buku nota. Murid menghantar buku nota dan buku DSKP apabila siap untuk disemak.

8. Murid membuat refleksi terhadap P&P dengan bimbingan dan mengetahui tajuk P&P yang seterusnya.

BBM

/ Buku Teks / Buku DSKP / Buku Nota Lembaran Aktiviti

/ Kad Gambar / Kad Perkataan / Kad Trafik Laptop/Projektor

NILAI MURNI

/ Minat / Berani mencuba Berkerjasama / Berfikir rasional

Bertanggungjawab Jujur dan tepat Sistematik / Bersyukur

GABUNG JALIN

ILMU

/ Bahasa Matematik Moral/Islam Sejarah / Muzik Seni Visual PJ/PK TMK/RBT

EMK

/ Kreativiti & Inovasi Keusahawanan TMK KBAT

Sains & Teknologi Bahasa / K. Alam Sekitar Sivik & Patriotisme

PETA I-THINK

Bulatan Buih Buih Berganda Titi

/ Pokok Dakap Alir Pelbagai Alir

PENILAIAN &

PENTAKSIRAN

Lembaran kerja Kuiz / Hasil kerja Tugasan Projek / Pemerhatian Lisan Pembentangan

REFLEKSI

___ /___ orang murid dapat menguasai objektif pembelajaran.

___ orang murid tidak dapat menguasai objektif pembelajaran dan telah diberi bimbingan susulan dan pemulihan pada ___________________________.

(4)

S/KANDUNGAN

4.2 Interaksi antara Tumbuhan

S/PEMBELAJARAN

4.2.1 Memerihalkan faktor persaingan antara tumbuhan melalui pemerhatian menerusi pelbagai media iaitu: air; cahaya matahari; nutrien; dan ruang.

4.2.2 Menjalankan penyiasatan untuk menentukan faktor yang menyebabkan persaingan antara

tumbuhan.

TAJUK

Faktor Persaingan antara Tumbuhan (BT ms 67-70)

OBJEKTIF P&P

(KRITERIA

KEJAYAAN)

Pada akhir P&P, murid-murid akan dapat:

(i) Menyatakan contoh tumbuhan dalam satu habitat yang dikenal pasti. (TP 1)

(ii) Memerihalkan faktor persaingan antara tumbuhan. (TP 2)

(iii) Menjalankan penyiasatan untuk menentukan faktor persaingan antara tumbuhan. (TP 3)

KPS

/ Memerhati / Mengelas Menggunakan no. / Membuat inferens

/ Meramal / Berkomunikasi / Ruang dan masa / Mentafsir data

Mendefinisi / Mengawal P/Ubah / Buat hipotesis / Mengeksperimen

KMS

Tidak berkenaan / Membersihkan peralatan Sains

/ Menggunakan peralatan dan bahan Sains / Mengendalikan spesimen

/ Menyimpan peralatan dan bahan Sains / Melakar spesimen, peralatan & bahan Sains

AKTIVITI P&P

1. Murid memerhati kad gambar hutan dan cuba mengenal pasti jenis-jenis tumbuhan yang terdapat dalam gambar tersebut. Murid berfikir mengapa terdapat pokok yang tinggi dan pokok yang rendah. Murid berfikir mengapa ada pokok yang besar subur dan pokok yang kurus kecil. Murid menyedari bahawa semua ini disebabkan oleh persaingan antara tumbuhan. Murid mengetahui tajuk dan objektif P&P.

2. Murid mengimbas kembali faktor persaingan haiwan. Murid cuba meramal sama ada faktor persaingan

tumbuhan adalah sama dengan haiwan atau sebaliknya. Murid cuba meneka faktor persaingan tumbuhan.

3. Murid mengetahui dan mempelajari faktor-faktor persaingan tumbuhan. Murid dibimbing untuk mengetahui

dan memerihal setiap jenis pernyiasatan bagi setiap jenis faktor persaingan yang berbeza. Murid mencatat nota mengenai faktor persaingan antara tumbuhan pada buku nota dalam bentuk peta buih.

4. Murid menjalankan penyiasatan untuk menyiasat hubungan di antara ruang dengan pertumbuhan

tumbuhan. Murid dipastikan agar tahu pemboleh ubah dalam penyiasatan ini. Murid mengemas dan membersihkan peralatan dan kawasan setelah siap menjalankan penyiasatan.

5. Murid berbincang mengenai penyiasatan yang telah dibuat. Murid membuat ramalan terhadap keputusan

penyiasatan dan memberi inferens. Murid diminta agar sentiasa memerhati spesimen dan membuat catatan rekod dari semasa ke semasa.

6. Murid mendapatkan lembaran buku DSKP dan cuba membuat latihan.

Murid boleh berbincang dengan kawan atau membuat sendiri atau merujuk kepada buku nota. Murid menghantar buku nota dan buku DSKP apabila siap untuk disemak.

7. Murid membuat refleksi terhadap P&P dengan bimbingan dan mengetahui tajuk P&P yang seterusnya.

BBM

/ Buku Teks / Buku DSKP / Buku Nota Lembaran Aktiviti

/ Kad Gambar Kad Perkataan / Kad Trafik Laptop/Projektor

/ Alat dan bahan seperti dalam BT ms 70 (Aktiviti 3 dan Aktiviti 4)

NILAI MURNI

/ Minat / Berani mencuba Berkerjasama / Berfikir rasional

/ Bertanggungjawab / Jujur dan tepat / Sistematik

GABUNG JALIN

ILMU

/ Bahasa Matematik Moral/Islam Sejarah / Muzik Seni Visual / TMK/RBT PJ/PK

EMK

/ Kreativiti & Inovasi Keusahawanan TMK KBAT

Sains & Teknologi Bahasa / K. Alam Sekitar Sivik & Patriotisme

PETA I-THINK

Bulatan / Buih Buih Berganda Titi

Pokok Dakap Alir Pelbagai Alir

PENILAIAN &

PENTAKSIRAN

Lembaran kerja Kuiz / Hasil kerja / Tugasan Projek / Pemerhatian Lisan Pembentangan

REFLEKSI

___ /___ orang murid dapat menguasai objektif pembelajaran.

___ orang murid tidak dapat menguasai objektif pembelajaran dan telah diberi bimbingan susulan dan pemulihan pada ___________________________.

(5)

S/KANDUNGAN

4.2 Interaksi antara Tumbuhan

S/PEMBELAJARAN

4.2.1 Memerihalkan faktor persaingan antara tumbuhan melalui pemerhatian menerusi pelbagai media iaitu: air; cahaya matahari; nutrien; dan ruang.

4.2.2 Menjalankan penyiasatan untuk menentukan faktor yang menyebabkan persaingan antara

tumbuhan.

TAJUK

Faktor Persaingan antara Tumbuhan (BT ms 67-70)

OBJEKTIF P&P

(KRITERIA

KEJAYAAN)

Pada akhir P&P, murid-murid akan dapat:

(i) Menyatakan contoh tumbuhan dalam satu habitat yang dikenal pasti. (TP 1)

(ii) Memerihalkan faktor persaingan antara tumbuhan. (TP 2)

(iii) Menjalankan penyiasatan untuk menentukan faktor persaingan antara tumbuhan. (TP 3)

KPS

/ Memerhati / Mengelas Menggunakan no. / Membuat inferens

/ Meramal / Berkomunikasi / Ruang dan masa / Mentafsir data

Mendefinisi / Mengawal P/Ubah / Buat hipotesis / Mengeksperimen

KMS

Tidak berkenaan / Membersihkan peralatan Sains

/ Menggunakan peralatan dan bahan Sains / Mengendalikan spesimen

/ Menyimpan peralatan dan bahan Sains / Melakar spesimen, peralatan & bahan Sains

AKTIVITI P&P

1. Murid memerhatikan lirik lagu mengenai faktor persaingan antara tumbuhan dan menyanyikan lagu tersebut beramai-ramai dengan bimbingan. Murid menjawab soalan yang ditujukan oleh guru berdasarkan kandungan lirik lagu tersebut. Murid mengetahui tajuk dan objektif P&P.

2. Murid diberitahu bahawa mereka akan meneruskan menjalankan penyiasatan untuk menentukan faktor

persaingan antara tumbuhan yang lain, iaitu air, cahaya dan nutrien.

3. Murid mendapatkan alat dan bahan daripada guru.

4. Dengan arahan guru, murid menjalankan penyiasatan untuk menyiasat hubungan di antara air, cahaya

dan nutrien dengan pertumbuhan tumbuhan. Murid dipastikan agar tahu pemboleh ubah dalam penyiasatan dan bagaimana untuk mengukur pertumbuhan tumbuhan.

Murid mengemas dan membersihkan peralatan dan kawasan setelah siap menjalankan penyiasatan.

5. Murid berbincang mengenai penyiasatan yang telah dibuat. Murid membuat ramalan terhadap keputusan

penyiasatan dan memberi inferens. Murid diminta agar sentiasa memerhati spesimen dan membuat catatan rekod dari semasa ke semasa.

6. Murid mendapatkan lembaran buku DSKP dan cuba membuat latihan.

Murid boleh berbincang dengan kawan atau membuat sendiri atau merujuk kepada buku nota. Murid menghantar buku nota dan buku DSKP apabila siap untuk disemak.

7. Murid membuat refleksi terhadap P&P dengan bimbingan dan mengetahui tajuk P&P yang seterusnya.

BBM

/ Buku Teks / Buku DSKP / Buku Nota Lembaran Aktiviti

/ Kad Gambar Kad Perkataan / Kad Trafik Laptop/Projektor

/ Alat dan bahan seperti dalam BT ms 69 (Aktiviti 1 dan Aktiviti 2)

NILAI MURNI

/ Minat / Berani mencuba Berkerjasama / Berfikir rasional

/ Bertanggungjawab / Jujur dan tepat / Sistematik

GABUNG JALIN

ILMU

/ Bahasa Matematik Moral/Islam Sejarah / Muzik Seni Visual / TMK/RBT PJ/PK

EMK

/ Kreativiti & Inovasi Keusahawanan TMK KBAT

Sains & Teknologi Bahasa / K. Alam Sekitar Sivik & Patriotisme

PETA I-THINK

Bulatan / Buih Buih Berganda Titi

Pokok Dakap Alir Pelbagai Alir

PENILAIAN &

PENTAKSIRAN

Lembaran kerja Kuiz / Hasil kerja / Tugasan Projek / Pemerhatian Lisan Pembentangan

REFLEKSI

___ /___ orang murid dapat menguasai objektif pembelajaran.

___ orang murid tidak dapat menguasai objektif pembelajaran dan telah diberi bimbingan susulan dan pemulihan pada ___________________________.

(6)

S/KANDUNGAN

4.2 Interaksi antara Tumbuhan

S/PEMBELAJARAN

4.2.3 Menjelaskan melalui contoh jenis interaksi antara tumbuhan seperti simbiosis, mutualisme, komensalisme dan parasitisme.

4.2.4 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.

TAJUK

Jenis Interaksi Antara Tumbuhan (BT ms 71-72)

OBJEKTIF P&P

(KRITERIA

KEJAYAAN)

Pada akhir P&P, murid-murid akan dapat:

(i) Menjelaskan melalui contoh jenis interaksi antara tumbuhan. (TP 4)

(ii) Menghubungkait interaksi antara tumbuhan dengan proses fotosintesis. (TP 5)

(iii) Menaakul kesan interaksi antara tumbuhan dengan hidupan lain dalam satu habitat. (TP 6)

KPS

/ Memerhati / Mengelas Menggunakan no. / Membuat inferens

/ Meramal / Berkomunikasi Ruang dan masa / Mentafsir data

/ Mendefinisi Mengawal P/Ubah Buat hipotesis Mengeksperimen

KMS

/ Tidak berkenaan Membersihkan peralatan Sains

Menggunakan peralatan dan bahan Sains Mengendalikan spesimen

Menyimpan peralatan dan bahan Sains Melakar spesimen, peralatan & bahan Sains

AKTIVITI P&P

1. Murid memerhati kad gambar mengenai hubungan simbiosis haiwan dan menamakan jenis interaksi tersebut. Murid dicabar berfikir sama ada tumbuhan juga mempunyai interaksi simbiosis seperti haiwan.

2. Murid mengetahui tajuk dan objektif P&P.

3. Murid mengimbas kembali dan mendefinisi secara operasi maksud simbiosis, mutualisme, komensalisme

dan parasitisme.

4. Murid mengetahui dan mempelajari jenis-jenis interaksi simbiosis dalam kalangan tumbuhan dan

contoh-contohnya bagi setiap interaksi. Murid mencatat nota pada buku nota dalam bentuk peta pokok.

5. Murid dibimbing untuk memerihalkan interaksi yang berlaku antara tumbuhan tersebut. Berdasarkan buku

teks dan penerangan guru, murid menyedari bahawa interaksi antara tumbuhan memberikan kesan yang positif kepada proses fotosintesis: Interaksi antara tumbuhan berlaki bagi memastikan keperluan asas seperti air, cahaya matahari dan nutrien dperoleh oleh tumbuhan bagi memastikan tumbuhan terus hidup.

6. Murid memerhati kad gambar mengenai interaksi yang berlaku di antara haiwan dan tumbuhan.

Murid menilai dan mengenal pasti jenis interaksi yang berlaku dan mencuba memerihalkannya.

Daripada penerangan dan ulasan, murid menaakul kesan interaksi antara tumbuhan dengan hidupan lain dalam satu habitat dan menyedari bahawa haiwan dan tumbuhan saling bergantung dan memerlukan antara satu sama lain.

7. Murid mendapatkan lembaran buku DSKP dan cuba membuat latihan.

Murid boleh berbincang dengan kawan atau membuat sendiri atau merujuk kepada buku nota. Murid menghantar buku nota dan buku DSKP apabila siap untuk disemak.

8. Murid membuat refleksi terhadap P&P dengan bimbingan dan mengetahui tajuk P&P yang seterusnya.

BBM

/ Buku Teks / Buku DSKP / Buku Nota Lembaran Aktiviti

/ Kad Gambar / Kad Perkataan / Kad Trafik Laptop/Projektor

/

NILAI MURNI

/ Minat Berani mencuba Berkerjasama / Berfikir rasional

/ Bertanggungjawab Jujur dan tepat / Sistematik / Bersyukur

GABUNG JALIN

ILMU

/ Bahasa Matematik Moral/Islam Sejarah / Muzik Seni Visual PJ/PK TMK/RBT

EMK

/ Kreativiti & Inovasi Keusahawanan TMK KBAT

/ Sains & Teknologi Bahasa / K. Alam Sekitar Sivik & Patriotisme

PETA I-THINK

Bulatan Buih Buih Berganda Titi

/ Pokok Dakap Alir Pelbagai Alir

PENILAIAN &

PENTAKSIRAN

Lembaran kerja Kuiz / Hasil kerja Tugasan Projek / / Pemerhatian Lisan Pembentangan

REFLEKSI

___ /___ orang murid dapat menguasai objektif pembelajaran.

___ orang murid tidak dapat menguasai objektif pembelajaran dan telah diberi bimbingan susulan dan pemulihan pada ___________________________.

Referensi

Dokumen terkait

5.1.3 Menjelaskan melalui contoh bahagian yang terdapat pada tubuh haiwan. 5.1.4 Mengitlak bahawa terdapat haiwan

 Murid menggunakan tangan untuk merasa pergerakan dada mereka semasa bernafas..  Murid berbincang dan membuat kesimpulan pergerakan dada berlaku

Semasa aktiviti, guru menerangkan satu persatu kemahiran manipulative sains kepada murid dari pertama sehingga akhir.. Murid menyelesaikan

Murid diminta menggunting gambar haiwan dan menulis anggota badan haiwan tersebut. Murid menunjukkan hasil kerja dalam

Murid diterangkan berkenaan dengan terdapat haiwan yang mempunyai anggota badan yang sama. Murid membuat

4.1.5 Menjelaskan melalui contoh jenis interaksi antara haiwan seperti simbiosis, mutualisme, komensalisme dan

(Contoh: roti, kuih, buah strawberi, bayam, nasi). Murid membuat pemerhatian ke atas sampel makanan menggunakan kanta pembesar. Murid diminta menyenaraikan hasil pemerhatian di atas

Sekumpulan murid tahun 5 Bijak telah menjalankan satu penyiasatan tentang bilangan telur yang dihasilkan oleh haiwan yang berlainan jenis. Graf dibawah menunjukkan keputusan