• Tidak ada hasil yang ditemukan

dsp pjk ting 2 6 feb 2013

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "dsp pjk ting 2 6 feb 2013"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

Februari 2013

1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

(2)

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis

dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

(3)

Februari 2013

PENDAHULUAN

Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai

panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan

Standard.

Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan

boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan

oleh kurikulum ini.

Adalah diharap dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada

(4)

TAFSIRAN

o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi

tujuan pelaporan individu.

o Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi

memberi gambaran holistik tentang individu.

o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan

menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band).

Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul

menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

o Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti

boleh ditaksir dan dicapai.

o Evidens

Murid : Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh buat berdasarkan deskriptor.

Instrumen : Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain.

o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian

(5)

Februari 2013

KERANGKA STANDARD PRESTASI

BAND

STANDARD

1

TAHU

2

TAHU, FAHAM

3

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT

4

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB

(6)

TAFSIRAN BAND

BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN

1

TAHU

Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau

memberi respons terhadap perkara yang asas.

2

TAHU, FAHAM

Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau

menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

3

TAHU, FAHAM DAN BOLEH

BUAT

Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu

kemahiran pada suatu situasi.

4

TAHU, FAHAM DAN BOLEH

BUAT DENGAN BERADAB

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu

mengikut prosedur atau secara sistematik.

5

TAHU, FAHAM DAN BOLEH

BUAT DENGAN BERADAB

TERPUJI

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan

mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap

positif.

6

TAHU, FAHAM DAN BOLEH

BUAT DENGAN BERADAB

MITHALI

(7)

Februari 2013

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI

Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 2, murid dapat :

1. Mengetahui maksud komponen-komponen kecergasan seperti daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan,

kelenturan, kuasa, dan kelajuan;

2. Melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal untuk membina kemahiran motor dan kecergasan fizikal;

3. Mengaplikasikan kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik artistik, gimnastik irama, gimnastik pendidikan, dan

pergerakan kreatif dengan betul dan selamat;

4. Memahami dan mematuhi arahan serta peraturan dalam semua aktiviti bagi menjaga keselamatan;

5. Melibatkan diri dalam mengamalkan etika sukan yang baik;

6. Mengurus stor alatan sukan serta dapat mengklasifikasi jenis-jenis alatan sukan; dan

(8)

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN

Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap

kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 2, murid dapat :

1. Memahami amalan pemakanan yang tidak sihat;

2. Memahami peranan dan tanggungjawab ahli keluarga berdasarkan gender;

3. Menjelaskan fungsi nutrien dan kesan kekurangannya;

4. Memahami cara mengurus stres;

5. Menjelaskan kesan pengambilan dadah;

6. Memahami akta dan undang-undang penderaan kanak-kanak; dan

(9)

Februari 2013

BAND

PERNYATAAN STANDARD

1 Tahu tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan

kesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, dan kebersihan dan keselamatan persekitaran.

2 Tahu dan faham tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, dan kebersihan dan keselamatan

persekitaran.

3 Tahu, faham dan boleh melakukan aktiviti dalam komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta boleh mengurus kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat,

dan kebersihan dan keselamatan persekitaran.

4 Tahu, faham dan boleh mengaplikasikan komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan dalam aktiviti harian dengan betul dan selamat serta membentuk sikap

positif terhadap kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, dan kebersihan dan keselamatan persekitaran berasaskan pengetahuan dan pengalaman.

5 Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan semasa beraktiviti dalam gaya hidup sihat, berkemahiran merancang, berkomunikasi, empati dengan orang lain, dan berupaya mengendalikan emosi

dalam mengurus hidup secara positif, sihat dan selamat.

6 Memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran secara sistematik dan berterusan, menjana kreativiti minda menjurus kepada gaya hidup sihat serta sejahtera, dan berkeupayaan meningkatkan kualiti kehidupan secara

(10)

BAND PERNYATAAN

STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

1 Tahu

B1

Tahu tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan

pergerakan dan kesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, dan kebersihan dan

keselamatan persekitaran.

B1 DJ1

Mengetahui maksud komponen kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan.

B1 DJ2

Mengetahui tentang konsep kekhususan dan tambah beban dalam prinsip latihan.

B1 DJ3

Mengetahui kemahiran asas olahraga.

B1 DJ4

Mengetahui aktiviti rekreasi.

B1 DJ5

Mengetahui isu-isu dan etika dalam sukan dan permainan.

B1 DJ1 E1

Menyatakan maksud komposisi badan.

B1 DJ2 E1

Menyatakan maksud kekhususan dan tambah beban dalam prinsip latihan.

B1 DJ3 E1

Menyatakan fasa-fasa lakuan dalam merejam lembing

B1 DJ4 E1

Menyatakan maksud orienteering.

B1 DJ5 E1

Menyatakan jenis insentif dalam sukan.

B1 DJ5 E2

(11)

Februari 2013

B1 DK1

Mengetahui penyakit akibat amalan pemakanan yang tidak sihat .

B1 DK2

Mengetahui jenis-jenis nutrien.

B1 DK3

Mengetahui akta dan undang-undang perlindungan kanak-kanak serta jenis penderaan.

B1 DK1 E1

Menyatakan maksud anoreksia nervosa dan bulimia nervosa.

B1 DK2 E1

Menyatakan lima jenis nutrien.

B1 DK3 E1

Menyatakan fungsi akta perlindungan kanak-kanak 2001.

B1 DK3 E2

(12)

BAND PERNYATAAN

STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

2

Tahu dan Faham B2

Tahu dan faham tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, dan kebersihan dan

keselamatan persekitaran.

B2 DJ1

Menyatakan faedah latihan komponen kecergasan fizikal.

B2 DJ2

Menjelaskan konsep tambah beban dalam program latihan.

B2 DJ3

Memahami undang-undang dan peraturan olahraga.

B2 DJ4

Memahami pergerakan asas gimnastik.

B2 DJ5

Memahami faedah yang diperoleh dalam aktiviti orienteering.

B2 DJ6

Memahami isu-isu dalam sukan.

B2 DJ1 E1

Menyatakan dua faedah latihan daya tahan kardiovaskular (Par course dan Fartlek).

B2 DJ2 E1

Menjelaskan pembolehubah latihan dalam konsep tambah beban.

B2 DJ3 E1

Menyatakan ciri-ciri lembing dan

pembatalan rejaman dalam acara merejam lembing.

B2 DJ4 E1

Menyatakan ansur maju kemahiran dalam gimnastik artistik dan gimnastik irama.

B2 DJ5 E1

Menyatakan sekurang-kurangnya tiga faedah yang diperoleh dalam aktiviti

orienteering.

B2 DJ6 E1

(13)

Februari 2013

B2 DK1

Mempunyai kefahaman tentang penyakit akibat amalan

pemakanan yang tidak sihat.

B2 DK2

Memahami peranan serta tanggungjawab setiap ahli keluarga.

B2 DK3

Mempunyai kefahaman tentang jenis nutrien.

B2 DK4

Memahami peranan agensi yang terlibat dalam akta dan undang-undang perlindungan kanak-kanak.

B2 DK1 E1

Menyenaraikan kesan amalan pemakanan yang tidak sihat.

B2 DK1 E2

Menyenaraikan faktor yang mempengaruhi berlakunya anoreksia nervosa dan bulimia nervosa.

B2 DK2 E1

Menyenaraikan peranan dan

tanggungjawab setiap ahli dalam keluarga asas.

B2 DK3 E1

Menyenaraikan sumber makro dan mikro nutrien.

B2 DK4 E1

(14)

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 3

Tahu, Faham dan Boleh Buat

B3

Tahu, faham dan boleh melakukan aktiviti dalam komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta boleh mengurus kesihatan diri dan

keluarga, gaya hidup sihat, dan kebersihan dan

keselamatan persekitaran.

B3 DJ1

Melakukan aktiviti berdasarkan komponen kecergasan fizikal dan mengukur komposisi lemak badan.

B3 DJ2

Melakukan kemahiran asas permainan dan olahraga.

B3 DJ3

Melakukan aktiviti pengurusan sukan.

B3 DJ1 E1

Melakukan aktiviti latihan Fartlek (daya tahan kardiovaskular) dan latihan litar (daya tahan otot, kekuatan otot, kuasa dan kelajuan) dengan kaedah yang betul.

B3 DJ1 E2

Mengukur komposisi lemak badan dengan kaliper di dua bahagian badan.

B3 DJ2 E1

Melakukan kemahiran-kemahiran asas dalam permainan bola baling dan badminton dengan teknik yang betul.

B3 DJ2 E2

Melakukan kemahiran lari berganti-ganti dengan teknik yang betul.

B3 DJ3 E1

(15)

Februari 2013

B3 DK1

Memahami fungsi nutrien.

B3 DK2

Memahami kesan

penyalahgunaan dadah.

B3 DK3

Memahami pengetahuan keselamatan dan pertolongan cemas.

B3 DK1 E1

Menyatakan kesan kekurangan karbohidrat, protein dan lemak.

B3 DK2 E1

Menyatakan contoh kesan penyalahgunaan dadah kepada individu dan institusi

kekeluargaan.

B3 DK3 E1

(16)

1 BAND PERNYATAAN

STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

B4

Tahu, faham dan boleh mengaplikasikan

komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan dalam aktiviti harian

dengan betul dan selamat serta membentuk sikap positif terhadap kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, dan

kebersihan dan keselamatan persekitaran berasaskan pengetahuan dan pengalaman. B4 DJ1 Mengaplikasikan langkah-langkah keselamatan dalam melaksanakan aktiviti berdasarkan komponen kecergasan fizikal dan mengukur komposisi lemak badan.

B4 DJ2

Mengaplikasikan langkah-langkah keselamatan dalam melaksanakan kemahiran permainan dan

olahraga.

B4 DJ3

Mengaplikasikan langkah-langkah keselamatan dalam melaksanakan kemahiran pendidikan pergerakan.

B4 DJ1 E1

Melakukan aktiviti berdasarkan komponen kecergasan fizikal dengan betul dan selamat. (aktiviti daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, kuasa dan kelajuan)

B4 DJ1 E2

Merekod dan membuat pengiraan komposisi lemak badan dengan merujuk kepada Jadual Peratusan Lemak Badan.

B4 DJ2 E1

Melakukan aktiviti kemahiran bola baling dan badminton dengan betul dan selamat.

B4 DJ2 E2

Melaksanakan langkah-langkah keselamatan dalam melakukan aktiviti lari berganti-ganti.

B4 DJ3 E1

(17)

Februari 2013

B4 DJ4

Mengaplikasikan aspek keselamatan dalam aktiviti

orienteering.

B4 DK1

Mengaplikasi pengetahuan keselamatan dan pertolongan cemas.

B4 DJ4 E1

Melaksanakan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti orienteering.

B4 DK1 E1

(18)

1 BAND PERNYATAAN

STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

Terpuji

B5

Menguasai dan

mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan semasa beraktiviti dalam gaya hidup sihat, berkemahiran merancang,

berkomunikasi, empati dengan orang lain, dan berupaya mengendalikan emosi dalam mengurus hidup secara positif, sihat dan selamat.

B5 DJ1

Menguasai tatacara

melaksanakan latihan fizikal.

B5 DJ2

Menguasai kemahiran, undang-undang dan peraturan dalam situasi permainan.

B5 DJ3

Mengaplikasi pengetahuan

orienteering.

B5 DJ4

Memerihal isu-isu dalam sukan.

B5 DK1

Menilai kesan stres.

B5 DJ1 E1

Menghubungkait antara beban dengan

ulangan dalam latihan daya tahan otot (DTO) dan kekuatan otot (KO).

* DTO : Ulangan Tinggi, Beban Rendah

* KO : Ulangan Rendah, Beban Tinggi

B5 DJ2 E1

Mengaplikasi undang-undang dan peraturan asas dalam permainan bola baling dan badminton.

B5 DJ3 E1

Merancang aktiviti orienteering.

(senarai semak keperluan aktiviti orienteering)

B5 DJ4 E1

Membincang isu dalam sukan dan permainan daripada pelbagai sumber.

(penekanan : perancangan, kandungan, nilai positif / negatif, komunikasi)

B5 DK1 E1

Membincangkan kesan stres terhadap diri sendiri.

(19)

Februari 2013

1 BAND PERNYATAAN

STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

Mithali

B6

Memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran secara

sistematik dan berterusan, menjana kreativiti minda menjurus kepada gaya hidup sihat serta sejahtera, dan berkeupayaan

meningkatkan kualiti kehidupan secara keseluruhan bagi membentuk gaya hidup sihat.

B6 DJ1

Mengamalkan aktiviti kecergasan dan amalan pemakanan sihat.

B6 DJ1 E1

Merancang dan melaksanakan aktiviti secara sistematik dan berterusan berdasarkan jadual program kecergasan diri yang telah disediakan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

(penekanan : amalan aktiviti dan pemakanan seimbang, penerapan nilai dan sahsiah diri, kepimpinan,

Referensi

Dokumen terkait

Pengetahuan, keterampilan dan sikap yang timbul ini merupakan bekal dasar bagi pendidikan selanjutnya di klinik.Sehingga pada akhirnya, mahasiswa diharapkan mampu

Lakukan hashing pada semua kunci rekaman yang akan disisipkan untuk mendapatkan home-address atau calon- address yang mungkin akan ditempati oleh rekaman-..

Susceptible Susceptible Dynamics of infectiousness Dynamics of disease Incubation period Symptomatic period Non-diseased Latent period Infectious period Non-infectious

Pada tanggal 30 Juni 2016 dan 31 Desember 2015, Grup memiliki liabilitas sehubungan dengan imbalan kontinjensi yang timbul dari perolehan investasi di NHM yang diukur pada nilai

Development ) adalah Metode yang digunakan untuk menggunakan kembali Sistem yang telah.. dibangun sebelumnya karena terdapat kesamaan Fungsi dengan Sistem

Selama proses bimbingan, Mahasiswa wajib membawa dan mengisi buku pembimbingan akademik yang berisi kegiatan selama pembimbingan dan ditanda tangani oleh

LLA mencerminkan tumbuh kembang jaringan lemak dan otot yang tidak terpengaruh banyak oleh keadaan cairan tubuh dibandingkan dengan berat badan, laju tumbuh lambat, dari 11 cm

Pembelajaran keterampilan menulis Bahasa Arab menggunakan metode Imla’ dapat dijadikan sebagai salah satu solusi untuk meningkatkan prestasi belajar siswa pada