• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 TUJUAN

Garis panduan ini bertujuan memberi panduan kepada pegawai Bahagian Akademik, Dekan dan Timbalan Dekan Fakulti/Pusat mengenai tatacara penyemakan kertas cadangan semakan/penstrukturan semula atau cadangan program baharu, pengurusan Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Kurikulum dan Jawatankuasa Terjemahan.

2.0 SKOP

Skop ini meliputi keahlian Jawatankuasa Kecil Kurikulum, kertas cadangan, agenda, minit mesyuarat dan tindakan susulan.

3.0 DOKUMEN RUJUKAN

Kod Dokumen Tajuk Dokumen

UPM/PU/PS/P001 Prosedur Pembentukan Program Baharu Prasiswazah UPM/PU/PS/P002 Prosedur Semakan/Penstrukturan Semula Kurikulum

-

Buku Panduan Penyediaan Kurikulum Baharu dan

Penstrukturan Semula /Semakan Semula Kurikulum Edisi I 2008

-

Akta Universiti dan Kolej Universiti Perlembagaan Universiti Putra Malaysia (Pindaan 2010), Kaedah Universiti Putra Malaysia (Perkara Akademik) 2003 (Pindaan 2005)

- Minit mesyuarat Senat berkaitan

- Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah (Soft Skills) untuk IPTA

- Penerapan Kemahiran Insaniah dalam kurikulum - Taksonomi Pengajaran dan Pembelajaran

-

Garis Panduan Cadangan Program Akademik IPTA untuk Pertimbangan Jawatankuasa Pendidikan tinggi (JKPT) Kementerian Pengajian Tinggi

(2)

4.0 TERMINOLOGI/SINGKATAN

AKD : Bahagian Akademik

Fakulti : Semua fakulti di UPM termasukPusat Asasi Sains Pertanian

JKKK : Jawatankuasa Kecil Kurikulum

JKT : Jawatankuasa Terjemahan

Ketua PTJ : Dekan Fakulti, Pengarah Pusat Asasi Sains Pertanian dan Pengarah Pusat Kokurikulum

LPU : Lembaga Pengarah Universiti

Urus setia : Urus setia Bahagian Akademik

5.0 TANGGUNGJAWAB

TNC (A&A), Ketua PTJ dan KPPP bertanggungjawab menentukan Garis Panduan Penyemakan Kertas Cadangan Kurikulum Program Baharu/Semakan Kurikulum ini dipatuhi.

Sesiapa sahaja yang terlibat dengan Garis Panduan mestilah mematuhi garis panduan ini.

(3)

6.0 PANDUAN

Tindakan Tanggungjawab

6.1 Ahli Jawatankuasa Kecil Kurikulum

6.1.1 Ahli Jawatankuasa Kecil Kurikulum hendaklah terdiri daripada:

6.1.1.1. Pengarah Pusat Pembangunan Akademik (CADe) selaku Pengerusi

6.1.1.2. Ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Kurikulum Universiti

6.1.1.3. Dua orang wakil Pendaftar selaku Setiausaha program Prasiswazah dan Pasca Siswazah.

JKKK

6.2 Bidang kuasa Jawatankuasa Kecil Kurikulum

6.2.1 Meneliti dan menyemak penulisan rangka kursus.

6.2.2 Meneliti dan menyemak penjajaran Hasil Pembelajaran Program dengan Aras Taksonomi (Kognitif, Kemahiran dan Etika /Kemanusiaan) dan Kemahiran Insaniah setiap kursus

6.2.3 Menetapkan Jumlah jam Pembelajaran Pelajar bagi setiap kursus.

6.2.4 Meneliti dan menyemak format penulisan Buku rujukan dan rujukan terkini.

6.2.5 Lain-lain perkara berkaitan.

JKKK JKKK

JKKK

JKKK

(4)

6.3 Ahli Jawatankuasa Terjemahan

Ahli Jawatankuasa Terjemahan terdiri daripada empat (4) orang ahli Senat yang dilantik.

JKT

6.4 Bidang kuasa Jawatankuasa Terjemahan

Ahli Jawatankuasa Terjemahan bertanggungjawab untuk menyemak dan memperbaiki penulisan sinopsis dan tajuk kursus dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

JKT

6.5 Surat Panggilan Mesyuarat

6.5.1 Urus setia hendaklah menyediakan Jadual Mesyuarat Jawatankauasa Kecil Kurikulum untuk tempoh setahun sekurang-kurangnya sekali sebulan.

6.5.2 Urus setia hendaklah mengeluarkan notis panggilan mesyuarat kepada fakulti sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum tarikh mesyuarat.

6.5.3 Fakulti akan menghantar kertas cadangan bagi penstrukturan/semakan semula atau program baharu yang perlu dibawa untuk pengesahan dan kelulusan Mesyuarat Kurikulum seminggu sebelum tarikh mesyuarat.

6.5.4 Urus setia akan mengedarkan surat panggilan mesyuarat beserta agenda dan kertas cadangan kepada ahli jawatankuasa.

Urus setia

Urus setia

Ketua PTJ

Urus setia

6.6 Terima Kertas Cadangan Penstrukturan/Semakan Semula Program atau Program Baharu

6.6.1 Urus setia perlu menyemak format kertas cadangan yang diterima berdasarkan Panduan Penyediaan

Urus setia

(5)

Program Baharu dan Penstrukturan Semula/Semakan Semula Kurikulum bagi kertas cadangan yang pertama kali dihantar. (Rujuk : Senarai Semak Format Cadangan Semakan Kurikulum /Program Baharu (PU/PS/

SS01/KUR))

6.6.2 Hantar kertas cadangan yang telah disemak ke fakulti untuk dibuat pembetulan. (jika ada)

6.6.3 Fakulti perlu membuat pembetulan Kertas Cadangan Program Baharu/ Semakan Kurikulum dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh surat/memo penghantaran kertas cadangan yang telah disemak oleh urus setia.

(Rujuk : Senarai Semak Format Cadangan Semakan Kurikulum/Program Baharu (PU/PS/SS01/KUR) (jika berkenaan)).

6.6.4 Kertas cadangan yang telah dibuat pembetulan perlu dihantar ke urusetia mesyuarat untuk dimajukan bagi kelulusan Jawatankuasa Kecil Kurikulum.

Urus setia

Ketua PTJ

Fakulti

6.7 Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Kurikulum

6.7.1 Urus setia akan mengeluarkan surat panggilan Mesyuarat Jawatankuasa beserta kertas cadangan kepada ahli Jawatankuasa Kecil Kurikulum Universiti selewat-lewatnya tiga (3) hari bekerja sebelum mesyuarat.

6.7.2 Dapatkan pengesahan kecukupan kertas cadangan kurikulum seperti perkara berikut:

6.7.2.1. Penulisan rangka kursus mengikut format yang mengandungi nama kursus, kod kursus, kredit, jumlah jam pembelajaran pelajar, prasyarat, hasil pembelajaran, sinopsis, kandungan kuliah, kandungan amali, tutorial, penilaian

Urus setia

JKKK

(6)

dan rujukan.

6.7.2.2. Hasil Pembelajaran (Learning Outcomes) Program.

6.7.2.3. Aras Taksonomi Pembelajaran Program.

6.7.2.4. Kemahiran Insaniah Program.

6.7.2.5. Jumlah Jam Pembelajaran Pelajar bagi setiap kursus dan program keseluruhannya (JJPP Program).

6.7.3 Selepas mesyuarat, urus setia hendaklah mengedarkan minit mesyuarat ke fakulti untuk tujuan penambahbaikan (jika berkenaan).

6.7.4 Kertas cadangan yang telah diterima dari fakulti selepas penambahbaikan hendaklah dibawa ke mesyuarat berkenaan.

6.7.5 Urus setia perlu menyemak keputusan Jawatankuasa untuk tindakan seperti berikut:

6.7.5.1. jika disahkan, kertas cadangan hendaklah dimajukan untuk kelulusan Jawatankuasa Kurikulum Universiti.

6.7.5.2. jika tidak disahkan, kertas cadangan hendaklah dimajukan semula ke fakulti bagi penambahbaikan dan dapatkan pengesahan semula Jawatankuasa Kecil Kurikulum Universiti atau dimajukan terus ke JKKU.

Urus setia

Urus setia

Urus setia

Ketua PTJ

Ketua PTJ

(7)

6.8 Semak Tajuk Kursus dan Sinopsis dalam Jawatankuasa Terjemahan

6.8.1 Urus setia hendaklah menyediakan Jadual Mesyuarat Jawatankuasa Terjemahan untuk tempoh setahun sekurang-kurangnya sekali sebulan.

6.8.2 Fakulti hendaklah menghantar kertas cadangan untuk kelulusan Jawatankuasa Terjemahan.

6.8.3 Urus setia akan mengeluarkan surat panggilan Mesyuarat Jawatankuasa Terjemahan bagi kertas cadangan yang dikemukakan oleh fakulti untuk pembetulan tajuk kursus dan penulisan sinopsis kursus yang disediakan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

6.8.4 Ahli Jawatankuasa Terjemahan dan wakil dari fakulti berkenaan akan bersama-sama menyemak tajuk kursus dan penulisan sinopsis kursus.

6.8.5 Semakan di peringkat Jawatankuasa Terjemahan hanya dilakukan sekali sahaja. Mana-mana perubahan kursus yang diluluskan semula oleh Senat, terjemahan kursus tersebut perlu dilakukan oleh pihak fakulti.

Urus setia

Ketua PTJ

Urus setia

JKT

Ketua PTJ

6.9 Pengesahan/Kelulusan Lembaga Pengarah Universiti (LPU)

6.9.1. Semua kertas cadangan kurikulum yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Terjemahan untuk pengesahan/kelulusan LPU.

Ketua PTJ/

Urus setia

6.10 Tamat

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan perhitungan dengan memanfaatkan program SPSS Statistics 20 for Windows diperoleh hasil R y(1,2) sebesar 0.735 menunjukkan hasil positif yang berarti

Pemilihan strategi analisis SWOT yang dap- at dikembangan objek wisata Kota Banda Aceh yaitu dengan mempertahankan dan meningkat- kan kualitas objek wisata kemudian melakukan

Dari data produksi ikan hasil tangkapan yang diperoleh dari tahun 2001 sampai dengan 2006, dapat dilakukan prediksi hasil tangkapan ikan tahun rencana untuk menentukan

Pada usia 1 atau 2 tahun, batita akan mulai belajar berjalan dan mengendalikan fungsi anggota tubuh lainnya seperti tangan, kepala, mulutA. Pada usia 2 atau 3 tahun, batita akan

(Rujuk : Arahan Kerja Cadangan Pengambilan Pelajar Baharu dan Syarat Kemasukan Program Pengajian Prasiswazah (UPM/PU/PS/AK005)). 7.2.1.3 Keperluan semasa berdasarkan

Kertas pertimbangan hendaklah lengkap, ringkas dan padat serta pembentangan dalam mesyuarat LP, Jawatankuasa Sebut Harga Bekalan, Perkhidmatan dan Kerja Universiti dan

Gambar 3.4 menjelaskan bagaimana alur pembuatan sistem rekomendasi menggunakan Apache Mahout yang didalamnya menggunakan pendekatan Item Based Collaborative

Wilayah daratan pesisir pantai Kota Selatpanjang sebagian besar terdiri dari rawa gambut dan sebagian lainnya lahan kering dengan ketinggian antara 0-25 m dpl.. 4.2.2