Segak bergaya puteri mahkota,
Dimahkotakan dalam majlis yang meriah, Izinkan saya membacakan biodata, Didahului dengan lafaz bismillah.
Pada tanggal 7 Februari 1962 tarikh keramat bagi pasangan bertuah Encik Pin bin Rejab dan Puan Yam binti Ali di kampung Padang Besar,Kurung Anai Arau Perlis apabila dikurniakan seorang puteri. Anak ke -3 dari 7 orang adik beradik ini diberi nama Jamalah binti Pin. Beliau telah dijaga seperti menatang minyak yang penuh dan di beri didikan yang sempurna. Beliau mendapat pendidikan awal sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Jelempok, Arau, Perlis dari tahun 1 hingga tahun 6. Maka bermulalah pencarian ilmu yang pertama baginya. Detik waktu menginjak pantas dan tahun juga bersilih ganti. Setelah enam tahun di sekolah rendah, kemudiannya beliau melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad,Arau Perlis dari tingkatan 1 sehingga ke tingkatan 6 atas.
Keinginan untuk menjadi seorang guru sangatlah tinggi sementelah beliau menjadi guru sementara setelah tamat alam persekolahan mulai tahun 1985 hingga 1989. Kemudian beliau memilih untuk mengikuti latihan asas perguruan di Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani Kedah pada tahun 1987 hingga 1990. Bermula dari sini, beliau mula melangkah dengan lebih yakin dan berani menempuhi segala dugaan dan ujian dalam arena pendidikan yang penuh mencabar. Kata orang, “alah bisa tegal biasa”, dan “genggam bara biar sampai jadi abu”, begitulah semangat yang dimiliki oleh Puan Jamalah binti Pin yang sangat dihormati dan disayangi dengan panggilan mesra “Mak Lang”.
“selamat pagi cikgu” ucapan keramat pertama beliau terima pada tanggal 2 jun 1990 di SK Penghulu Haji Darus, Jitra Kedah. Semenjak tarikh itu, Cikgu Jamalah terus menabur bakti mendidik anak bangsa tidak kira di mana berada.
Tenanglah tenang air dilaut, Sampan kolek mudik ke tanjung, Hati terkenang mulut menyebut, Budi yang baik pasti disanjung.
Bermula tarikh melapor diri pada 2 Jun 1990 sehingga ke hari ini 16 Disember 2020, Cikgu Jamalah telah berkhidmat selama 31 tahun. Sepanjang tempoh tersebut Cikgu Jamalah telah mengajar di 4 buah sekolah di Jitra,Kedah. Sekolah pertama yang mendapat sentuhannya adalah SK Penghulu Haji Darus iaitu pada tahun 1990. Pada tahun 1997, Cikgu Jamalah berkhidmat di SK Dato Syed Nahar sehingga 30 Ogos 1999.
Pada 1 September 1999 Beliau kembali semula ke SK Penghulu Haji Darus dan berkhidmat di situ sehingga Mei 2011. Seterusnya Cikgu Jamalah brhijrah pula ke SK Darulaman Heights mulai Mei 2011 hingga kini.
Bakat kepimpinan dan dedikasinya sebagai seorang guru sungguh menyerlah.
Berpegang kepada prinsip hidupnya yang suka berterus terang dan hanya percaya kepada kejujuran. Beliau mempunyai wawasan yang cukup tinggi dan patut dicontohi.
Sikap prihatinnya terhadap anak didik amat tinggi malah sentiasa mengutamakan mereka dalam banyak hal. Beliau tidak pernah jemu dan mengalah dalam usaha memberikan pendidikan yang terbaik kepada semua anak didiknya.
Banyak sumbangan dan kepakaran beliau dalam bidang pendidikan antaranya:
AJK PENGGUBAL DASAR MODUL SAINS SEKOLAH RENDAH
PEMERIKSA KERTAS SAINS UPSR PENCERAMAH TEKNIK MENJAWAB SAINS AJK PENGGUBAL SOALAN SAINS AJK PENITIA SENI
AJK PANITIA SAINS AJK ASD SAINS
JU KELAB DOKTOR MUDA ( SEJAK TAHUN 2012 HINGGA KINI)
AJK PENGGUBAL SOALAN PENILAIAN KOPENTENSI KELAB DOKTOR MUDA PENGERUSI KELAB DOKTOR MUDA (2015 – 1999)
AJK PUSPANITA PENDIDIKAN PENULIS KAJIAN TINDAKAN
PENILAI PANITIA PELAJARAN BERSAMA IAB
Berdasarkan sumbangan beliau yang besar itu maka plbagai anugerah telah diperolehi olehnya seperti:
ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 1997,2003,2013 GURU CEMERLANG KOKURIKULUM DAERAH 2020
GURU CEMERLANG KOKURIKULUM NEGERI 2020
PENCALONAN GURU CEMERLANG DOKTOR MUDA KEBANGSAAN 2019 GURU CEMERLANG DOKTOR MUDA DAERAH 2018
KETIGA INOVASI SAINS DAN TEKNOLOGI ANTARABANGSA 2017 PEMENANG PENULIS KERTAS KERJA IM4U KEBANGSAAN 2016 PEMBIMBING BERSAMA KOMUNITI KEBANGSAAN 2015 PEMBENTANG INOVASI DOKTOR MUDA KEBANGSAAN 2014 KETIGA GERM BUSTER CHALLENGE ZON UTARA 2013
NAIB JOHAN GURU INOVASI NEGERI 2013
Terang bulan dimalam hari,
Indah gemerlap bintang bercahaya, Kasih dan sayang ikhlas terpatri, Rindu bertaut sepenuh jiwa.
Jadilah apapun pada akhir kehidupanmu, guruku, Budi yang diapungkan didulangi ilmu,
Panggilan keramat CIKGU kekal terpahat, Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Tinggi sungguh pohon kuini, Dililit pepaku bersulam semalu, Melepaskan dirimu disaat ini, Basahlah kami meratap pilu.