• Tidak ada hasil yang ditemukan

WABAK PENYAKIT DALAM QURAN: PERSPEKTIF AL-IMAM AL-QURTUBIY

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "WABAK PENYAKIT DALAM QURAN: PERSPEKTIF AL-IMAM AL-QURTUBIY"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

803 WABAK PENYAKIT DALAM QURAN: PERSPEKTIF AL-IMAM AL-QURTUBIY

Adnan Mohamed Yusoff (Penulis bersama)

Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.

Tel: +60192609922, E-Mel: [email protected]

Noor Lizza Mohamed Said, UKM

Abstrak

Situasi Pandemik Covid-19 yang melanda dunia hari ini mendorong ramai pengkaji untuk meninjau perspektif Quran dalam menanganinya. Walaubagaimanapun usaha ini agak sukar memandangkan tiada sentuhan khusus mengenai wabak penyakit dalam Quran. Namun melalui penelitian terhadap turath ahli tafsir, didapati ada segelintir mereka yang berusaha menagani isu ini melalui sesetengah ayat berkaitan, sebagaimana yang dilakukan oleh al-Imam al-Qurtubiy ketika mentafsirkan ayat ke-243 daripada surah al-Baqarah. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis tafsiran al-Qurtubiy terhadap ayat tersebut, sebagai panduan kepada anggota masyarakat dan pihak yang terlibat dalam berhadapan dengan situasi seperti pandemik yang sedang melanda. Ia merupakan sebuah kajian kualitatif yang berasaskan analisis mendalam terhadap kitab Tafsir al-Qurtubiy sendiri sebagai asas, seterusnya kitab-kitab serta sumber lain yang berkaitan, seperti artikel jurnal, laporan agensi berkaitan, ulasan media dan lain-lain bagi menjelas, menilai dan merumuskan pandangan serta pemikiran al-Qurtubiy berkaitan isu ini.

Hasil kajian mendapati bahawa al-Qurtubiy memberikan penerangan yang komprehensif dan penjelasan yang konkrit dari perspektif Quran, sunnah, amalan para sahabat dan pandangan para ulama dalam berhadapan dengan wabak penyakit. Pemikiran al-Qurtubiy menerusi pentafsiran ayat ini berpotensi untuk menghasilkan sebuah model persediaan pengurusan wabak penyakit yang boleh dijadikan panduan bagi membentuk masyarakat yang prihatin, positif dan pro-aktif dalam usaha menangani wabak penyakit secara bersepadu.

Kata kunci: Quran, Wabak, Penyakit, al-Qurtubiy, Tafsir.

Pendahuluan

Tinjauan ke atas ayat-ayat suci dalam Quran mendapati bahawa terdapat berbagai kata nama dan kata kerja yang merujuk kepada berbagai jenis penyakit atau hal ehwal yang berkaitan dengannya. Namun, tidak dapat dikesan suatu lafaz atau perkataan yang merujuk secara khusus kepada wabak penyakit.

Hal ini menimbulkan persoalan kepada para pengkaji yang ingin mendapatkan petunjuk atau isyarat mengenai perspektif Quran sebagai panduan rabbani dalam berhadapan dengan wabak penyakit. Bagi menjawab persoalan seperti ini, tinjauan ke atas ummahat kutub al-tafsir atau kitab-kitab tafsir utama perlu dilakukan bagi mendapatkan jawapan mengenainya yang mungkin tersirat di sebalik ayat-ayat tertentu. Dalam hubungan ini, al-Imam al-Qurtubiy didapati telah membuat pentarjihan dalam tafsirnya terhadap ayat ke-243 daripada surah al-Baqarah, bahawa faktor penyebab kepada keluarnya penduduk sebuah daerah untuk mengelak daripada kematian seperti yang terkandung di dalam ayat ini, ialah ialah wabak ta’un. Bertitik tolak daripada pentarjihan ini, al-Qurtubiy telah memberikan

(2)

804 fokus yang komprehensif dalam pentafsiran ayat ini terhadap aspek berkaitan prinsip, kaedah serta pendekata Islam dalam menangani wabak penyakit.

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pentafsiran yang dipersembahkan oleh al-Qurtubiy terhadap ayat ini dalam konteks yang boleh dijadikan panduan oleh anggota masyarakat dan pihak-pihak yang terlibat dalam berhadapan dengan situasi wabak penyakit seperti pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia sekarang ini.

Metodologi Kajian

Kajian ini merupakan sebuah kajian kualitatif yang berasaskan analisis mendalam terhadap kitab Tafsir al-Qurtubiy sendiri sebagai asas penelitian, terutama berkaitan tafsirannya terhadap ayat ke- 243 daripada surah al-Baqarah. Seterusnya penelitian juga dilakukan terhadap kitab-kitab serta sumber lain yang berkaitan, sama ada dalam bentuk artikel jurnal, makalah, tesis, laporan agensi berkaitan, ulasan media dan lain-lain bagi menjelas, menilai dan merumuskan pandangan serta pemikiran al-Qurtubiy berkaitan isu ini.

Latar Belakang Al-Imam Al-Qurtubiy dan Keilmuannya

Al-Imam al-Qurtubiyy atau nama penuhnya Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad Bin Abu Bakr Bin Farh al-Ansariyy al-Khazrajiyy al-Qurtubiy, merupakan salah seorang ulama tersohor dalam pelbagai disiplin ilmu. Beliau dilahirkan di Kota Qurtubah (Cordova), salah sebuah kota besar Andalusia (Sepanyol) yang merupakan antara pusat kebudayaan dan pengajian Islam terkemuka di zamannya (Bal’am, 1998). Dr Miftah Bal’am (1998) menganggarkan bahawa al-Qurtubiy dilahirkan sekitar awal kurun ke-7H atau akhir kurun ke-6H. Manakala Mashhur Salman (1993) pula menganggarkan tarikh kelahiran al-Qurtubiy ialah antara tahun 600-610H.

Al-Qurtubiy mengikuti sepenuhnya sistem pendidikan tradisi masyarakat Andalusia terutama di kota ilmu Qurtubah, sehingga beliau menguasai ilmu-ilmu al-Quran dan tafsir, qiraat dan usulnya, hadis dan ilmu-ilmunya, Bahasa Arab dan kesusasteraannya, fikah dan usulnya, serta ilmu-ilmu syarie lain (Salman. 1993; Bal’am, 1998). Kecintaannya kepada ilmu mendorongnya untuk meneruskan perguruan dengan tokoh ilmuwan terkemuka di sepanjang perjalanan hijrahnya daripada Andalusia pada 633H menuju ke Mesir yang berakhir di Minya (Bal’am, 1998; Salman, 1993). Beliau akhirnya meninggal dunia di perbandaran yang terletak di tebing sungai Nil ini, pada malam Isnin 9 Syawal 671H, bersamaan 31 Mac 1273 (Zalat, t.th; Salman, 1993; Bal’am, 1998).

Latar Belakang dan Kepentingan Tafsir Al-Qurtubiy

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kitab yang dinamakan sendiri oleh al-Imam al-Qurtubiy sebagai “al-Jami’ Li Ahkam al-Qur’an Wa al-Mubayyin Li Ma Tadammanah Min al-Sunnah Wa Ay al-Furqan” ini (al-Qurtubiy, 1964), merupakan karya teragung dari koleksi sumbangan beliau kepada peradaban Islam (Bal’am, 1998; Salman, 1993). Ini berdasarkan keluasan cakupan perbahasan ilmiah yang dibawa di dalamnya dengan penuh ketelitian ketika mentafsirkan setiap ayat dari berbagai skop dan perspektif disiplin ilmu berkaitan. Ia juga dihasilkan ketika beliau telah mencapai kemuncak kematangan serta penguasaan ilmu dan di tengah persada kegemilangannya dalam menyebar serta menyumbangkan pengetahuan kepada para ilmuwan, masyarakat dan peradaban. Karya ini dihasilkan ketika beliau berada di Mesir dan telah berinteraksi dengan tokoh-tokoh ilmuwan terkemuka zamannya, menerusi sebuah perjalanan yang panjang dari bumi kelahirannya di Andalusia (Bal’am,

(3)

805 1998). Menelusuri kitab ini, pembaca dan pengkaji akan disajikan dengan sebuah ensiklopedia ilmu Islam merentasi berbagai disiplin dari ilmu tafsir, ulum al-Quran, qiraat, hadis, ulum hadis, serta bahasa Arab dan kesusasteraannya, yang menjadi teras kepada pemahaman Quran, sehinggalah kepada permasalahan-permasalahan berkaitan ilmu akidah, hukum, akhlak, sirah Rasulullah SAW, sejarah dan tidak kurang juga ilmu-ilmu semasa yang berkembang di zamannya. Pengkaji yang menganalisis kitab ini akan mendapati bahawa al-Qurtubiy telah merujuk kepada sumber-sumber berautoriti dan termasyhur karangan para ulama tersohor dalam setiap disiplin ilmu berkenaan. Setiap disiplin ilmu yang menjadi teras perbahasan beliau dalam kitab ini adalah bersandar kepada sumber paling berautoriti, karya tokoh-tokoh terkemuka dalam setiap disiplin berkenaan sehingga ke zaman beliau (Bal’am, 1998).

Berdasarkan kehebatan penulisan, kekemasan penyusunan dan kekayaan perbahasan di dalamnya merentasi berbagai aspek keilmuan, Tafsir al-Qurtubiy mendapat sanjungan tidak terkira daripada para ulama sejak dari dahulu sehingga ke hari ini (Salman. 1993; Bal’am, 1998). Para ulama dan pengkaji era moden pula secara umumnya memberikan junjungan dan penghormatan tertinggi kepada tafsir ini, terutama dalam kalangan mereka yang menjalankan penyelidikan khusus mengenainya (Bal’am, 1998).

Wabak Penyakit Dalam Quran

Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, wabak bermaksud penyakit menular, atau penyakit berjangkit yang merebak (prpm.dbp.gov.my). Dalam konteks pengurusan risiko penularan dan pengawalan penyakit berjangkit hari ini, terdapat tiga istilah lain yang turut menjadi perhatian menerusi siri laporan, kajian atau wacana mengenainya, iaitu pertama:

endemik yang bermaksud penyakit yang sentiasa terdapat pada orang atau daerah tertentu; kedua:

epidemik yang bermaksud keadaan sesuatu penyakit berjangkit yang mudah merebak di kalangan penduduk sesuatu daerah atau kawasan pada sesuatu masa, iaitu wabak; dan ketiga: pandemik yang bermaksud wabak penyakit yang tersebar dengan begitu meluas, sama ada hingga ke seluruh wilayah, benua atau dunia (prpm.dbp.gov.my).

Dari takrifan-takrifan yang diberikan ini dapat dirumuskan bahawa wabak merupakan penyakit berjangkit yang menular dalam masyarakat di sesuatu kawasan secara pantas dan dalam skala yang besar. Namun jika ianya terhad kepada beberapa kawasan yang tertentu, ia diistilahkan sebagai epidemik. Manakala jika ianya merentas sempadan negara dan benua di seantero dunia, maka ia dikenali sebagai pandemik. Takrifan ini selari dengan pemahaman atau penggunaan di peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagaimana dalam info grafik yang disiarkan di laman sosial rasminya (twitter.com/KKMPutrajaya).

Secara umum, tidak ada ayat dalam Quran yang menyebut secara jelas dan spesifik mengenai wabak penyakit. Walau bagaimanapun, jika dilihat pada tafsiran para salaf dan ulama terdahulu, terdapat beberapa ayat dikaitkan dengan wabak yang melanda kaum berkenaan pada sesuatu ketika.

Antaranya firman Allah SWT:

َ ﴿

لَِإ َرَت ۡم َلَأ۞

َنيِ لَّٱ َّ

َرَذَح ٌفوُل ُ

أ ۡمُهَو ۡمِهِرََٰيِد نِم ْاوُجَرَخ ِتۡوَم ۡ لٱ

ُمُهَل َلاَقَف ُ َّللّٱ

َّنِإ ۚۡمُهَٰ َيۡح َ

أ َّمُث ْاوُتوُم َ َّللّٱ

َ َعَل لۡضَف وُ َلَّ

ِساَّلنٱ َ َثَۡك َ

أ َّنِكََٰلَو ِساَّلنٱ

َنوُرُك ۡشَي لا َ ٢٤٣

(4)

806 Maksudnya: Tidakkah kamu tahu wahai Muhammad perihal mereka yang keluar dari kampung halaman mereka kerana takutkan mati, sedang bilangan mereka beribu-ribu. Lalu Allah berfirman kepada mereka, “Matilah kamu!.” Kemudian Allah menghidupkan mereka kembali agar mereka sedar bahawa segala mudarat dan manfaat adalah dengan izin Allah. Sesungguhnya Allah mempunyai limpah kurnia yang banyak ke atas manusia, tetapi kebanyakan manusia itu tidak bersyukur. (al-Baqarah: 243)

Menurut Ibn Abbas r.a. dan para salaf, ayat ini adalah berkaitan penduduk daripada Kaum Bani Israel di sebuah negeri bernama Dawardan berhampiran Kota Wasit, berjumlah 4000 atau 40,000 orang.

Mereka keluar meninggalkan negeri mereka kerana ingin melarikan diri daripada wabak penyakit yang sedang melanda, sambil berkata ayuh segera kita menuju ke sebuah tempat yang tiada padanya kematian. Setelah sampai di suatu kawasan pedalaman, mereka lalu menginap di sebuah wadi yang luas sehingga memenuhi kedua perbatasan wadi tersebut. Kemudian Allah SWT mengutuskan kepada mereka dua malaikat, salah seorangnya datang daripada bawah wadi, manakala seorang lagi daripada atas. Mereka berdua seraya memekik kepada kaum itu dengan suatu pekikan secara sederap, menyebabkan mereka semua mati secara serentak. Menurut al-Qurtubiy dan para rawi, pekikan dua malaikat ini ialah dengan lafaz perintah daripada Allah SWT: “Matilah kamu semua” (

ْاوُتوُم

) seperti

terkandung dalam ayat (al-Qurtubiy, 1964). Setelah beberapa ketika, seorang nabi daripada Bani Israel bernama Hizqil melalui kawasan wadi tersebut dan melihat kesan kematian dan tulang belulang manusia yang bertimbunan dan bersepahan, lalu terdetik di dalam hatinya alangkah elok jika mereka semua kembali hidup dan beriman kepada Allah SWT. Baginda kemudian berdoa kepada Allah SWT supaya dihidupkan kembali kaum tersebut, lantas Allah SWT memakbulkan doanya seraya menunjukkkan kekuasaanNya menghidupkan semula orang yang telah mati (Ibn Kathir, 1999).

Selain Ibn Kathir, riwayat ini turut disebut oleh ramai tokoh mufasir tersohor lain seperti al-Imam Mujahid (al-Makhzumiy, 1989), al-Tabariy (al-Tabariy, 2000), Ibn Abi Hatim (Ibn Abi Hatim, 1419H), Ibn al-Jawziy (Ibn al-Jawziy, 1422H) dan al-Suyutiy (al-Suyutiy, t.th.). Tidak ketinggalan, al-Qurtubiy (1964) turut menukilkan riwayat ini dalam tafsirnya dan bertitik tolak daripada riwayat ini, beliau memberikan penjelasan panjang lebar mengenai hukum dan panduan berhadapan wabak penyakit seperti yang akan dibincangkan.

Pandangan al-Qurtubiyy dalam Pentafsiran Ayat Berkaitan Wabak Penyakit

Berikut adalah analisis pandangan al-Qurtubiy berkaitan persoalan hukum dan panduan pengurusan wabak penyakit seperti yang beliau kemukakan berdasarkan ayat, hadis, amalan para sahabat dan pandangan para ulama ketika mentafsirkan ayat ke-243, daripada surah al-Baqarah di atas:

i. Hakikat wabak penyakit

Al-Qurtubiy memulakan permasalahan kajian hukumnya dalam pentafsiran ayat ini dengan memberikan pencerahan tentang hakikat wabak penyakit yang ditimpakan oleh Alah SWT ke atas hambaNya. Dalam konteks ini, beliau menukilkan dua hadis sahih yang menerangkan tentang hakikat ini. Salah satunya ialah hadis riwayat al-Bukhari daripada ‘Amir Bin Sa’d Bin Abi Waqqas bahawa beliau mendengar Usamah Bin Zayd berkata kepada ayahandanya Sa’d r.a.:

(5)

807 Maksudnya: Bahawa Rasulullah SAW bercerita tentang wabak penyakit, lalu baginda bersabda: ia adalah suatu siksaan atau azab yang dengannya Allah SWT mengazabkan sesetengah umat terdahulu.

Kemudian bakinya tetap kekal ada di dunia, maka ia akan berlalu buat seketika dan akan kembali pada suatu ketika lain. Justeru, sesiapa yang mendengar tentang kedatangannya di sesuatu tempat di muka bumi ini, maka janganlah sekali-kali ia berkunjung ke tempat itu. Manakala bagi sesiapa yang berada di suatu tempat yang berlaku padanya wabak penyakit, maka janganlah pula ia keluar dari tempat itu, semata-mata untuk melarikan diri daripadanya (al-Bukhariy, 1422H).

Menurut Ibn Hajar al-Asqalaniy (1379H) dalam syarahnya terhadap hadis ini, berdasarkan jalur riwayat lain, difahami bahawa umat terdahulu yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah dalam kalangan Bani Israel. Selanjutnya beliau menyebut beberapa riwayat yang menunjukkan berlakunya serangan wabak penyakit dalam sejarah Bani Israel, termasuk riwayat berkaitan kisah yang dipaparkan berkaitan tafsir ayat ini. Menurut Ibn Hajar (1379H) lagi, selain Bani Israel serangan wabak penyakit turut berlaku berulang kali kepada kaum lain sepanjang sejarah kemanusiaan. Hadis ini memberi peringatan kepada seluruh manusia bahawa punca wabak penyakit sentiasa ada dan akan datang menyerang masyarakat di sesuatu penempatan dalam jangka waktu tertentu. Ia merupakan sebuah peringatan daripada Allah SWT dan panduan menghindarinya juga jelas dengan sentiasa mendektakan diri kepadaNya. Hakikat ini dapat difahami daripada apa yang disampaikan oleh al- Qurtubiy di sini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abdullah Bin Umar r.a., daripada Rasulullah SAW bahawa baginda bersabda:

Maksudnya: Wahai seluruh Kaum Muhajirin! Lima perkara, apabila kamu diuji dengannya dan aku memohon perlindungan daripada Allah SWT supaya kamu dihindari daripadanya: tidak akan tersebar dalam sesuatu kaumpun kejahatan zina sehingga mereka mengiklankannya secara terang-terangan, melainkan akan tersebar dalam kalangan mereka wabak ta’un dan penyakit yang belum pernah menimpa kaum mereka sebelumnya; tidaklah mereka itu mengurangkan sukatan dan timbangan, melainkan mereka akan dilanda kemarau panjang, kenaikan harga barangan keperluan dan kezaliman para pemerintah; tidaklah mereka menegah diri dari menunaikan zakat harta, melainkan akan tercegah daripada mereka titisan air hujan dari langit, kecuali hujan yang turun disebabkan rahmat kepada binatang ternakan mereka; tidaklah mereka melanggar perjanjian mereka dengan Allah dan RasulNya, melainkan Allah SWT akan memberikan kuasa kepada musuh daripada kaum lain ke atas mereka, lalu musuh mereka merampas apa yang ada di tangan mereka; dan selagi mana para pemimpin mereka tidak menghukum dengan Kitab Allah, sebaliknya memilih-milih apa yang dikehendaki sahaja daripada apa yang Allah turunkan, melainkan Allah akan jadikan kemusnahan mereka di tangan sesama mereka (Ibn Majah, t.th.).

Justeru, melalui perbahasan ini al-Qurtubiy menerangkan kepada pembaca tentang hakikat serangan sesuatu wabak penyakit yang merupakan suatu bentuk hukuman atau pembalasan daripada Allah SWT terhadap tingkah laku manusia sendiri, apabila mereka melencong daripada landasan kebenaran. Selain itu, ia juga merupakan satu peringatan kepada mereka supaya sentiasa berwaspada dan patuh kepada syariahNya.

ii. Hukum memasuki atau melarikan diri dari kawasan wabak

Al-Qurtubiy memberikan huraian panjang lebar berkaitan permasalahan ini, dengan menukilkan riwayat yang memaparkan bagaimana Khalifah Umar Bin al-Khattab r.a. mempraktikkan hadis di

(6)

808 atas pada zaman pemerintahannya ketika wabak ta’un menyerang Wilayah Syam. Dalam konteks ini, al-Qurtubiy (1964) menjelaskan bagaimana Umar Bin al-Khattab yang ketika itu berada di Sargh, sebuah perkampungan yang terletak di Tabuk, menuju ke Wilayah Syam, mengambil keputusan untuk kembali ke Madinah setelah bermusyawarah dengan para sahabat terkemuka lain tentang perihal ini. Keputusan beliau telah disahkan oleh Abdul Rahman Bin Auf r.a. dengan menyampaikan kepada mereka sabda Rasulullah SAW yang beliau sendiri mendengarnya dari mulut Baginda, berkaitan perkara ini, sama seperti dalam hadis Sa’d Bin Abi Waqqas di atas. Menurut riwayat, ketika Umar melakukan syura tersebut, Abdul Rahman Bin Auf tiada bersamanya, kerana sedang menguruskan hal lain. Peristiwa ini diriwayatkan daripada Ibn Abbas r.a. seperti yang termaktub di dalam kitab-kitab hadis termasyhur termasuk Sahih al-Bukhari (1422H) dan Muslim (t.th.).

Al-Qurtubiy (1964) selanjutnya menukilkan ulasan al-Tabariy terhadap hadis Sa’d Bin Abi Waqqas r.a. di atas, yang secara langsung memberikan pandangannya berkaitan permasalahan ini bahawa menjadi kewajipan setiap muslim untuk mengelakkan diri daripada perkara yang tidak diingini atau memudaratkan, serta perkara yang ditakuti daripada berlaku sebelum ianya datang menimpa, namun apabila ia sudah tertimpa ke atas dirinya maka hendaklah ia bersabar dan meninggalkan keluh kesah mengenainya kerana Rasulullah SAW telah melarang orang yang berada di luar kawasan wabak daripada memasukinya dan melarang orang yang berada di dalamnya daripada keluar untuk melarikan diri daripada wabak. Selari dengan larangan berkaitan wabak ta’un ini juga, hukum keluar dan masuk bagi kawasan yang dilanda wabak penyakit merbahaya lain. Sejurus menukilkan pandangan al-Tabariy ini, al-Qurtubiy menyokongnya dengan penegasan bahawa inilah pendapat yang sahih dalam masalah ini. Sebagai pengukuhan beliau turut menukilkan pandangan serta hujahan Ibn al-Mada’iniy berkaitan larangan keluar bagi penduduk di kawasan yang dilanda wabak, diikuti dengan rumusan bahawa secara umumnya, melarikan diri daripada kawasan wabak adalah ditegah.

Justeru, dalam permasalahan ini al-Qurtubiy menegaskan bahawa hukum am berkaitan isu masuk atau keluar dari kawasan yang dilanda wabak adalah ditegah atau haram. Ini adalah kerana selain dari hadis dan perbuatan Umar Bin al-Khattab r.a. yang disokong oleh para pembesar sahabat seperti dalam penerangan di atas, umat Islam turut diperintahkan agar sentiasa berusaha mengelakkan diri daripada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemusnahan atau kemudaratan kepada mereka.

Begitu juga perbuatan melarikan diri seseorang penduduk kawasan yang dilanda wabak akan menyebabkan mudarat yang lebih besar kepada diri sendiri, penduduk yang ditinggalkan, serta berisiko pula untuk menyebarkannya ke kawasan lain (al-Qurtubiy, 1964).

iii. Rukhsah dan syarat untuk masuk atau keluar dari kawasan wabak

Di sebalik ketegasan hukum dalam persoalan memasuki dan melarikan diri dari kawasan yang ditimpa wabak penyakit, terdapat perbahasan dalam kalangan ulama mengenai rukhsah atau kelonggaran bagi mereka yang berada dalam kawasan terbabit untuk keluar darinya, atau sebaliknya.

Persoalan yang turut bersandar kepada panduan daripada hadis Rasulullah SAW berkaitan pengurusan dan pengawalan wabak penyakit ini, dikupas oleh al-Qurtubiy dengan memetik larangan melarikan diri daripada wabak, seperti yang terkandung dalam hadis di atas.

Menurut al-Qurtubiy (1964), hadis ini menjadi dalil kepada hukum harusnya keluar dari kawasan yang dilanda wabak ta’un, sekiranya ia dilakukan bukan semata-mata untuk melarikan diri daripada wabak tersebut, jika seseorang itu beriman sepenuhnya bahawa apa yang ditakdirkan menimpa

(7)

809 dirinya, sekali-kali ia tidak akan terlepas daripadanya. Begitu juga sebaliknya, hukum memasuki kawasan dilanda wabak bagi orang yang beriman sepenuhnya bahawa kemasukannya itu sekali-kali tidak akan menimpakan dirinya dengan suatu musibah yang tidak ditakdirkan Allah SWT ke atas dirinya. Maka atas kondisi ini, harus bagi orang berkenaan untuk masuk atau keluar dari kawasan terbabit. Selain niat dan keimanan yang sahih terhadap qada’ dan qadar Allah SWT tersebut, dapat difahami daripada perbahasan yang dibawa oleh al-Qurtubiy bahawa kewujudan sekumpulan tenaga manusia yang boleh melaksanakan tanggungjawab khidmat pengurusan, pemulihan dan pencegahan penyakit, serta memenuhi keperluan hidup harian kepada mangsa dan penduduk lain yang kekal di kawasan tersebut, terutama golongan yang lemah dan tidak berkemampuan perlu dipastikan terlebih dahulu sebelum hukum harus dapat digunapakai (al-Qurtubiy, 1964).

Dapat disimpulkan bahawa terdapat kelonggaran bagi golongan tertentu untuk masuk atau keluar dari kawasan wabak dengan syarat-syarat tertentu, seperti yang dikemukakan oleh al-Qurtubiy dalam tafsirannya. Justeru, urusan seperti mendapatkan atau memberikan rawatan, menunaikan urusan pekerjaan, menjalankan perniagaan, melanjutkan pengajian, menyediakan perkhidmatan penting, menyampaikan bantuan, mengawal keselamatan, atau seumpamanya yang berkaitan dengan kemaslahatan am dan khas adalah termasuk dalam rukhsah yang boleh dipertimbangkan keharusannya (al-Hamriy, 2020). Walaubagaimanapun ianya tetap tertakluk kepada syarat muktabar sebagaimana yang disebutkan oleh al-Qurtubiy di atas dan para ulama serta pakar rujuk berautoriti seperti mendapatkan pengesahan tidak menghidap atau membawa wabak penyakit berkenaan bagi mereka yang ingin berbuat demikian (al-Sallabiy, 2019), dan lain-lain yang berkaitan.

iv. Persoalan Qada’ dan Qadar dalam tindakan pencegahan

Disebutkan juga dalam riwayat di atas bahawa apabila Umar r.a. membuat keputusan untuk kembali ke Madinah dan memerintahkan supaya delegasinya bersiap sedia dengan tunggangan masing-masing untuk bergerak pulang pada pagi keesokan harinya, Abu Ubaydah r.a. telah mempertikaikan keputusan tersebut, kerana ia kelihatan seperti melarikan diri daripada qadar yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Beliau berkata kepada Umar: “Adakah ini suatu keputusan untuk melarikan diri daripada qadar Allah?” Umar dengan tegas menjawab: “Ya, kami melarikan diri daripada qadar Allah kepada qadar Allah.” Sambil memberikan contoh seorang pengembala unta di sebuah wadi yang ada dua perbatasan; salah satunya subur dengan rumput dan tumbuhan; manakala sebuah lagi kering kontang. Jika ia membawa untanya ke perbatasan yang subur, maka ia telah melakukannya dengan qadar Allah. Begitu juga jika dia membawa untanya ke perbatasan yang kontang, maka ia juga telah melakukannya dengan qadar Allah SWT (al-Bukhariy, 1422H). Dalam konteks ini, al-Qurtubiy (1964) menjelaskan bahawa tidak ada seorangpun yang akan terlepas daripada ketentuan qadar yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepadanya, sama ada baik mahupun buruk. Akan tetapi dalam masa yang sama Allah SWT juga memerintahkan kita semua supaya sentiasa berhati-hati dan berusaha menghindarkan diri daripada mara bahaya.

Dari perbahasan ini, dapat difahami bahawa dalam menghadapi saat genting dilanda wabak, epidemik mahupun pandemik, pemahaman yang tepat terhadap prinsip dan pegangan agama sangat penting bagi menjamin keberhasilan pelan tindakan serta langkah pencegahan yang diputuskan oleh pihak berwajjib secara tuntas. Permasalahan yang diangkat oleh al-Qurtubiy ini sangat relevan dengan situasi masyarakat Islam sehingga ke hari ini, apabila isu ini masih menjadi polemik dalam kalangan segelintir masyarakat yang berpegang dengan pemahaman sendiri terhadap usaha serta langkah yang

(8)

810 diputuskan oleh pihak berwajib sehingga menimbulkan isu yang boleh menjejaskan kelancaran usaha menangani wabak yang melanda secara efisian. Potensi isu ini dalam merintangi usaha kolektif dan komprehensif bagi menangani situasi kritikal yang memerlukan keputusan atau tindakan drastik dapat ditanggapi dari jawapan Umar kepada Abu Ubaidah r.a. menerusi ungkapannya: (

َباَأ َيا اََلهاَق َكُْيرَغ ْوَل

َةَدْيَ بُع

), bermaksud: Kalaulah kata-kata ini keluar dari selain daripada engkau wahai Abu Ubaidah!

Menurut Ibn Hajar (1379H), ungkapan Umar r.a. ini bermaksud kalaulah kata-kata yang diucapkan oleh Abu Ubaidah r.a. ini keluar dari mulut orang lain, nescaya Umar telah menghukum atau memarahinya. Dari perspektif lain, ia bermaksud bahawa kata-kata ini tidak selayaknya keluar dari mulut Abu Ubaidah r.a. memandangkan beliau adalah seorang sahabat yang arif, mulia dan dihormati dari sudut keilmuan dan kebijaksanaannya oleh Umar sendiri dan seluruh warga muslim lain di zamannya.

v. Hukum dan hikmah sabar menerima musibah wabak penyakit

Al-Qurtubiy memperuntukkan satu permasalahan kajian khusus dalam tafsirannya bagi merungkai hadis Rasulullah SAW berkaitan fadilat bersabar menghadapi musibah ta’un. Lalu beliau menukilkan hadis daripada Aishah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: Kemusnahan umatku dengan tikaman dan ta’un. Aishah berkata: Tikaman kami telah tahu maksudnya, namun apa pula yang dimaksudkan dengan ta’un? Baginda bersabda: Kelenjaran seperti kelenjar unta yang keluar pada bahagian bawah perut dan ketiak (Ibn Abdul Barr, 1387H).

Selanjutnya al-Qurtubiy (1964) menyebut bahawa menurut para ulama, wabak ini akan dihantar oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya yang Ia kehendaki, kerana kemaksiatan dan kekufuran mereka sebagai seksaan dan balasan, dan mungkin juga kepada hamba-hambaNya yang solih sebagai ganjaran mati syahid (shahadah) dan tanda kasih sayangNya (rahmah). Sebagaimana kata-kata Mu’az Bin Jabal r.a. ketika berlaku Ta’un Amawas3 di Wilayah Syam: Sesungguhnya ia adalah suatu rahmat kepada kamu dan doa Nabi untuk kamu. Ya Allah, berikanlah kepada Mu’az dan keluarganya bahagian mereka daripada rahmatMu. Sejurus doanya, Mu’az dan beberapa ahli keluarganya termasuk anak dan isterinya diserang wabak ta’un dan mereka meninggal dunia kerananya (Ibn al- Jawziy, 2000). Kisah ini menjadi contoh hidup kepada para pembaca dalam menjunjung sabda Rasulullah SAW ketika menghadapi ujian getir seperti ini sebagaimana sabda baginda yang diriwayatkan oleh Aishah r.a.:

Maksudnya: Orang yang lari dari ta’un sama seperti orang yang lari dari medan perang dan orang yang sabar menghadapinya sama seperti orang yang sabar di medan perang (Ibn Hanbal, 2001).

3 Ta’un Amawas yang masyhur dalam sejarah Islam bermula di sebuah perkampungan Palestin berhampiran Baitul Maqdis, kira-kira enam batu dari Bandar Ramallah, pada tahun 18H semasa pemerintahan Umar Bin al-Khattab r.a. sebagai Khalifah. Dianggarkan angka korban akibat wabak ini melebihi 25,000 orang dalam kalangan para sahabat dan penduduk lain termasuk Gabenor Wilayah ketika itu Abu Ubaidah Amir Bin al-Jarrah, Mu’az Bin Jabal, Shurahbil Bin Hasanah, al- Fadl Bin Abbas r.a. dan lain-lain. (al-Hamawiy, 1995).

(9)

811 Hadis ini mengumpamakan kesabaran dan kecekalan hati untuk terus berada dan bertahan di kawasan yang dilanda musibah seperti seorang yang berada di medan jihad yang hukumnya wajib bertahan dan meneruskan perjuangan sehingga ke akhir, sama ada memperolehi kemenangan atau syahid.

Justeru seseorang yang berada dalam kondisi ini, wajib bersabar dan dan bertabah menerima segala ketentuan yang telah ditentukan kepadanya, selain berusaha dan berjuang untuk memperolehi kemenangan dan kesembuhan daripada wabak yang menimpa sedaya mungkin, umpama seorang mujahid di medan jihad. Dalam konteks ini al-Qurtubiy turut menukilkan hadis berkaitan jihad sebagai kiasan. Daripada Abdullah Bin Abi Aufa r.a., bahawa Rasulullah SAW berkhutbah:

Maksudnya: Wahai manusia! Janganlah kamu bercita-cita untuk berperang dengan musuh dan mohonlah keselamatan daripada Allah SAW. Akan tetapi apabila kamu bertembung dengan mereka maka hendaklah kamu bersabar dan ketahuilah bahawa syurga itu di bawah bayangan pedang (al- Bukhariy, 1422H).

Seterusnya al-Qurtubiy memetik hadis mengenai ganjaran syahid bagi orang yang meninggal dunia kerana diserang wabak ta’un, sambil mengulas bahawa maksudnya adalah orang yang sabar menghadapi wabak tersebut dengan mengharapkan ganjaran daripada Allah SWT, dan mengetahui bahawa tidak ada apa yang akan menimpanya kecuali yang telah ditentukan oleh Allah SWT kepadanya. Adapun orang yang hatinya penuh dengan keluh kesah, rasa benci dan tidak reda dengan ketentuan Allah SWT diuji dengan ta’un itu, lalu melarikan diri daripadanya, maka ia tidak termasuk dalam kalangan orang yang mendapat ganjaran syahid sekiranya meninggal dunia dalam keadaan tersebut. Lantaran itu, katanya lagi Mu’az Bin Jabal r.a. berdoa agar beliau dimatikan dalam wabak ta’un Amawas tersebut kerana beliau amat arif bahawa sesiapa yang mati dalam keadaan ini adalah syahid (al-Qurtubiy, 1964). Al-Qurtubiy mengakhiri perbahasan ini dengan menukilkan dua hadis yang jelas menjanjikan ganjaran seperti orang mati syahid bagi sesiapa yang bersabar dan beriman lalu kekal berada di negeri yang dilanda wabak ta’un. Antaranya hadis riwayat al-Bukhariy daripada Asihah r.a. bahawa ketika beliau bertanya kepada Baginda tentang wabak ta’un, Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: Sesungguhnya ia adalah suatu azab yang Allah utuskan kepada sesiapa yang Ia kehendaki, lalu bagi orang mukmin Allah menjadikannya sebagai rahmat. Maka tidaklah ada seorang hamba yang ditimpa wabak ta’un, lalu ia kekal bertahan di negerinya dengan penuh kesabaran dan kearifan bahawa ia sekali-kali tidak akan ditimpa musibah kecuali apa yang telah Allah tentukan untuk dirinya, melainkan Allah akan kurniakan kepadanya ganjaran seperti pahala seorang yang mati syahid (al-Bukhariy, 1422H).

vi. Hikmat di sebalik tasyri’ pengurusan wabak

Al-Qurtubiy (1964) menerangkan beberapa perkara berkaitan hikmat yang menyerlahkan kesempurnaan syariat dan keunggulan Islam sebagai rahmat kepada umat sejagat dalam semua aspek kehidupan. Antara hikmat yang dikemukakan ialah dalam aspek memelihara hati daripada fitnah was- was yang boleh menjejaskan keimanan. Orang yang memasuki kawasan wabak lalu ditimpa musibah berkemungkinan akan menyalahkan kemasukannya ke kawasan tersebut sebagai penyebab. Manakala orang yang melarikan diri dari kawasan wabak lalu terselamat berkemungkinan akan menyangka bahawa dengan sebab pelariannya itu ia selamat dari wabak berkenaan. Sedangkan kedua-dua hal tersebut berlaku dengan kekuasaan dan ketentuan Allah SWT jua. Dalam konteks ini al-Qurtubiy merakamkan kata Ibn Mas’ud r.a. bahawa ta’un itu suatu fitnah atau ujian getir kepada orang yang

(10)

812 bertahan dalam kawasan wabak dan orang yang melarikan diri daripadanya. Adapun orang yang melarikan diri, maka dia akan berkata: Dengan sebab aku melarikan diri maka aku selamat. Adapun orang yang kekal tinggal dalam kawasan pula akan berkata: Aku bertahan untuk kekal tinggal dalam kawasan wabak lalu aku mati disebabkan ini.

Antara hikmahnya juga, bahawa orang yang melarikan diri keluar dari kawasan wabak berkemungkinan telah dijangkiti oleh virus atau bakteria pembawa wabak penyakit berkenaan memandangkan ia telah berada dalam persekitaran wabak yang telah tercemar dan tersebar di dalamnya faktor-faktor jangkitan penyakit berkenaan. Justeru, walaupun ia keluar melarikan diri, penyakit berkenaan telahpun berada di dalam dirinya dan dia tetap tidak akan selamat, malah berisiko untuk merebakkan penyakit kepada orang lain di kawasan baharu. Selain itu, kepenatan dalam perjalanan serta kesulitan menempuhi cabaran bermusafir akan menambahkan lagi penderitaan sakitnya. Lebih dari itu berkemungkinan akan berlaku kematian kepada kumpulan orang yang melarikan diri tersebut di sepanjang perjalanan dan pengurusan jenazah menjadi sukar sehingga terpaksa dikebumikan di merata-rata tempat terpencil yang tidak diketahui. Lantaran itu diriwayatkan daripada para ulama bahawa tiada seorangpun yang melarikan diri dari wabak penyakit akan terselamat (al-Qurtubiy, 1964).

Seterusnya hikmat tasyri’ ini diperkukuhkan lagi dengan beberapa kisah tauladan daripada peristiwa yang berlaku kepada beberapa orang yang melarikan diri daripada wabak penyakit, lalu meninggal dunia ketika berada dalam pelarian seperti yang termasyhur dalam periwayatan para ulama. Al- Qurtubiy (1964) menukilkan beberapa kisah daripada periwayatan ini sebagai ibrah dan tazkirah.

Dengan kisah-kisah pengajaran ini, beliau melengkapkan perbahasan mengenai wabak penyakit dengan penuh berkesan, dalam memberikan pemahaman serta penghayatan kepada para pembacanya untuk berpegang teguh dengan panduan yang tersingkap daripada pemahaman tersirat terhadap ayat ini.

Penutup

Dalam menangani salah satu aspek penting dalam kehidupan kemanusiaan berkaitan pengurusan risiko dan ancaman terhadap sektor kesihatan, al-Qurtubiy tidak ketinggalan menitipkan kepada para pembaca pandangan Islam berteraskan Quran, Sunnah, amalan para al-Salaf al-Salih dan pendapat para ulama, selain pandangan dan pemikirannya yang tersendiri sebagai panduan serta rujukan kepada ummah sejagat. Seperti yang diamati daripada perbincangan di atas, perbahasan serta pandangan yang dikemukakan oleh al-Qurtubiy dalam dalam aspek ini masih segar dan relevan dengan situasi serta kondisi yang dihadapi oleh umat Islam sehingga ke hari ini.

Dapat dirumuskan bahawa dalam berhadapan dengan situasi epidemik dan pandemik, sesebuah masyarakat sama ada di peringkat individu mahupun institusi, rakyat mahupun pemimpin perlu dididik dengan pemahaman yang betul terhadap hakikat sesuatu bencana yang menimpa. Seterusnya pembentukan sikap, disiplin, serta nilai akhlak atau moral yang tinggi sangat penting bagi menjamin usaha atau pelan tindakan pihak berwajib dapat membuahkan hasil seperti yang direncanakan, melalui penglibatan postif dan pro aktif semua pihak. Selain itu, keluwesan dalam penentuan dan pelaksanaan pelan tindakan yang diputuskan oleh pihak berwajib juga perlu diberi perhatian supaya aspek kemaslahatan dan kebajikan pihak-pihak tertentu dalam masyarakat tetap terpelihara dan tidak terabai.

(11)

813 Dari perbahasan yang dikemukakan oleh al-Qurtubiy dalam tafsirnya ini, dapat dipertegaskan bahawa walaupun wabak penyakit disifatkan dalam hadis Sa’d Bin Abi Waqqas r.a. sebagai satu bentuk hukuman, azab atau seksaan terhadap kekufuran yang berlaku, namun dalam masa yang sama daripada perspektif orang beriman yang turut ditimpa wabak berkenaan, ia adalah suatu rahmat dan kurniaan Allah SWT kepada mereka kerana berpeluang untuk mendapat ganjaran syahid, sebagaimana yang terungkap dalam hadis Anas Bin Malik r.a. dan diterjemahkan dalam bentuk amali dan tindakan oleh Mu’az Bin Jabal r.a.

Analisis terhadap perbahasan yang diangkat oleh al-Qurtubiy dalam tafsirnya ini, menunjukkan bahawa terdapat perkaitan yang jelas antara bentuk sesuatu musibah yang menimpa sesuatu umat atau komuniti dengan tahap kerosakan dan kepincangan yang berlaku dalam institusi kehidupan mereka, sebagaimana yang disabdakan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, dalam riwayat Abdullah Bin Umar r.a. berkaitan hakikat wabak penyakit di atas. Justeru, pemikiran holistik al-Qurtubiy ini perlu dikembang lanjut bagi membentuk sebuah model komprehensif pendidikan persediaan masyarakat bagi menghadapi krisis.

Rujukan

Al-Quran.

Ibn Abdul Barr al-Qurtubiy, Yusuf Bin Abdullah. (1387H). al-Tamhid Li Ma Fi al-Muwatta’ Min al-Ma’aniy Wa al-Asanid. Tah. Al-Alwiy, Mustafa Bin Ahmad & al-Bakriy Muhammad Abdul Kabir. Maghribi: Wizarat Umum al-Awqaf Wa al-Shu’un al-Islamiyyah.

Al-Albaniy, Muhammad Nasir al-Din. (1415H/1995). Silsilat al-Ahadith al-Sahihah. Riyadh:

Maktabat al-Ma’arif Li al-Nashr Wa al-Tawzi’.

Al-Baghawiy, al-Husayn Bin Mas’ud. (1420H). Ma’alim al-Tanzil. Tah. Al-Mahdiy, Abdul Razzaq.

Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-Arabiy.

Bal’am, Miftah al-Sanusiyy. (1998). Al-Qurtubiyy Hayatuh Wa Atharuh al-Ilmiyyah Wa Manhajuh Fi al-Tafsir. Benghazi: Jamiah Qan Yunus.

Al-Bukhariy, Muhammad Bin Ismail. (1422H). Al-Jami’ al-Musnad al-Sahih. Tah. Al-Nasir, Muhammad Zuhayr Bin Nasir. T,tp.: Dar Tuq al-Najah.

Al-Fakhr al-Raziy. Muhammad Bin Umar. (1420H). Mafatih al-Ghayb. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-Arabiy.

Ibn Hajar al-Asqalaniy, Ahmad Bin Ali. (1379H). Fath al-Bariy Syarh Sahih al-Bukhariy. Tah. Ibn Baz, Abdul Aziz Bin Abdullah. Beirut Dar al-Ma’rifah.

Al-Hamawiy, Yaqut Bin Abdullah. (1995). Mu’jam al-Buldan. Beirut: Dar Sadir.

Al-Hamriy, Haitham Bin Qasim. (1441H/2020). Al-Ahkam al-Shar’iyyah al-Muta’alliqah Bi al- Waba’ Wa al-Ta’un. T.tp.: Shabakat al-Allukah.

Ibn Hanbal, Ahmad. (1421H/2001). Al-Musnad. Tah. Al-Arna’ut, Shu’ayb. Et.all. t.tp.: Mu’assasat al-Risalah.

Ibn Abi Hatim, Abdul Rahman Bin Muhammad. (1419H). Tafsir al-Qur’an al-Azim. Tah.al-Tayyib, As’ad Muhammad. Arab Saudi: Maktabat Nizar Mustafa al-Baz.

Abu Hayyan al-Andalusiy, Muhammad Bin Yusuf. (1420H). Al-Bahr al-Muhit Fi al-Tafsir. Tah.

Sidqi Muhammad Jamil. Beirut: Dar al-Fikr.

Pusat Rujukan Persuratan Melayu. V2.0. https://prpm.dbp.gov.my/ (16/7/2021).

KKMalaysia @KKMPutrajaya. Official Account of Malaysia’s Ministry of Health

(12)

814 https://twitter.com/KKMPutrajaya/status/1237917405860397058/photo/1 (16/7/2021).

Ibn al-Jawziy, Abdul Rahman Bin Ali. (1421H/2000). Sifat al-Safwah. Tah. Ahmad Bin Ali.

Kaherah: Dar al-Hadith.

Ibn al-Jawziy, Abdul Rahman Bin Ali. (1422H). Zad al-Masir Fi Ilm al-Tafsir. Tah. Al-Mahdiy, Abdul Razzaq. Beirut: Dar al-Kitab al-Arabiy.

Ibn Juzay al-Kalbiy, Muhammad Bin Ahmad. (1416H). Al-Tashil Li Ulum al-Tanzil. Tah. al- Khalidiy, Abdullah. Beirut: Sharikat Dar al-Arqam Bin Abiy al-Arqam.

Ibn Kathir, Ismail Bin Umar. (1420H/1999). Tafsir al-Qur’an al-Azim. Tah. Salamah, Sami Bin Muhammad. T.tp.: Dar Taybah Li al-Nashr Wa al-Tawzi’.

Ibn Majah al-Qazwiniy, Muhammad Bin Yazid. (T.th). Sunan Ibn Majah. Tah. Muhammad Fu’ad Abdul Baqi. T.tp.: Dar Ihya’ al-Kutub al-Arabiyyah.

Al-Makhzumiy, Mujahid Bin Jabar. (1410H/1989). Tafsir Mujahid. Tah. Abu al-Nil, Muhammad Abdul Salam. Mesir: Dar al-Fikr al-Islamiy al-Hadithah.

Al-Naysaburiy, Muslim Bin al-Hajjaj. (T.th). al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar. Tah. Muhammad Fuad Abdul Baqi. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-Arabiy.

Al-Qasimiy, Muhammad Jamal al-Din Bin Muhammad. (1418H). Mahasin al-Ta’wil. Tah. Uyun al- Sud, Muhammad Basil. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

Al-Qazwiniy, Zakariyya Bin Muhammad. (T.th). Athar al-Bilad Wa Akhbar al-Ibad. Beirut: Dar Sadir.

Al-Qurtubiyy, Muhammad Bin Ahmad. (1384H/1964). Al-Jami’ Li Ahkam al-Qur’an Wa al- Mubayyin Li Ma Tadammanah Min al-Sunnah Wa Ay al-Furqan. Tah. Al-Barduniyy, Ahmad

& Atfaysh, Ibrahim. Kaherah: Dar al-Kutub al-Masriyyah.

Al-Sallabiy, Ali Muhammad. (31 Disember 2019). Idarat al-Azmat Fi Ahd Sayyidina Umar Bin al- Khattab (Ta’un Amawas). aljazeera.net. https://www.aljazeera.net/blogs/2019/12/31/-ةرادإ

مزلأا تا - يف - دهع - انديس - رمع - نب -

2 (7/8/2021).

Salman, Mashhur Hasan. (1993/1413H). al-Imam al-Qurtubiyy Shaykh A’immat al-Tafsir.

Damsyiq: Dar al-Qalam.

Al-Samarqandiy, Nasr Bin Muhammad. (T.th). Bahr al-Ulum. T.tp: T.pt.

Al-Suyutiy, Abdul Rahman Bin Abu Bakr. (T.th). Al-Durr al-Manthur Fi al-Tafsir al-Ma’thur.

Beirut: Dar al-Fikr.

Al-Tabariy. Muhammad Bin Jarir. (1420H/2000). Jami’ al-Bayan An Ta’wil Ay al-Qur’an. Tah.

Shakir, Ahmad Muhammad. T.tp.: Mu’assasat al-Risalah.

Al-Tha’alibiy, Abdul Rahman Bin Muhammad. (1418H). al-Jawahir al-Hisan Fi Tafsir al-Qur’an.

Tah. Mi’wad, Muhammad Ali & Adil Ahmad Abdul Mawjud. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al- Arabiy.

Al-Zajjaj, Ibrahim Bin al-Sariy. (1408H/1988). Ma’aniy al-Qur’an Wa I’rabuh. Tah. Shalabiy, Abdul Jalil Abduh. Beirut: Alam al-Kutub.

Zalat, al-Qasbi Mahmud. (T.th). al-Qurtubiy Wa Manhajuh Fi al-Tafsir. Beirut: al-Markaz al- Arabiyy Li al-Thaqafah Wa al-Ulum.

Al-Zamakhshariy, Mahmud Bin Amr. (1407H). al-Kashshaf An Haqa’iq Ghawamid al-Tanzil.

Beirut: Dar al-Kitab al-Arabiy.

Referensi

Dokumen terkait

bahwa atas pertimbangan sebagai dimaksud dalam huruf a dan huruf b perlu menetapkan Peraturan Bupati Gunungkidul tentang petunjuk Pelaksanaan Peraturan

Selain itu, fungsi delay pada gcc bisa menghitung delay pada waktu yang diberikan hanya dengan merubah variabel fungsi sementara untuk prosedur delay pengubahan

Rata-rata pemahaman konsep, miskonsepsi dan tidak paham konsep pada Gambar 1 dan 2, Secara keseluruhan pada pokok bahasan Kingdom Plantae dan Kingdom Animalia

Streptococcus pyogenes khas memproduksizona beta-hemolisis yang besar, gangguan eritrosit sempurna dan pelepasan hemoglobin, sehingga kemudian disebut Streptococcus

ditawarkan dalam bentuk evaluasi formatif oleh guru. Jika para siswa secara terus-menerus tidak dapat menyerap informasi yang berupa nasehat perbaikan dan masih tetap gagal

Metode Observasi, dilakukan peneliti melalui pengamatan secara langsung pada objek penelitian yaitu kinerja Petugas Lalu Lintas Udara Guna Memenuhi Keselamatan Penerbangan

Selain sistem koordinat, mesh juga merupakan dasar grafik pada Blitz3D dimana mesh adalah sekumpulan poligon yang di gabung menjadi satu kesatuan membentuk suatu