• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penyeliaan Dan Pencerapan Dalam Meningkatkan Kualiti PdP

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Penyeliaan Dan Pencerapan Dalam Meningkatkan Kualiti PdP"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)PENYELIAAN DAN PENCERAPAN DALAM MENINGKATKAN KUALITI PDP Enthiran Subramaniam, Sharon Grace Philip, Nurul Shahida Syahira Mat Yunus, Ahmad Mukhzani Zulkifli. PENGENALAN DAN DEFINISI. Di Malaysia, konsep penyeliaan pengajaran bukanlah sesuatu yang baru dalam sistem pendidikan di Malaysia. Penyeliaan pengajaran telah diperkenalkan di dalam sistem pendidikan negara melalui dasar dan undang-undang yang dikuatkuasakan. Ia merupakan salah satu elemen utama di dalam sistem pendidikan di Malaysia. Ia telah termaktub di dalam surat pekeliling ikhtisas KP (BS)8591/Jld.11/ (77) Bil. 3/1987. Hoys dan Forsyth (1986) mendefinisikan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran sebagai “ a set of activities designed to improved the teaching and learning process”. Embretson, Ferber, dan Langager (1984) pula menyatakan penyeliaan adalah proses perkembangan yang mempromosi pertumbuhan dan perkembangan berterusan kakitangan dalam seni pengajaran, meningkatkan motivasi, serta penambahbaikan program pengajaran. Allan Glatthom (1984) menganggap pencerapan pengajaran sebagai suatu proses membantu perkembangan profesional guru dengan memberi maklum balas tentang interaksi bilik darjah dan menolong guru mengajar dengan lebih berkesan. Lovell dan Wiles (1983) menghuraikan pencerapan pengajaran sebagai satu sistem tingkah laku yang direka khusus oleh sesebuah organisasi untuk mempengaruhi tingkah laku pengajaran demi meningkatkan tahap pembelajaran murid. Sementara Glickman (1981) pula melihat pencerapan pengajaran sebagai suatu proses bagi merubah atau meningkatkan cara pengajaran guru. Berdasarkan pernyataan-pernyataan di atas, dapat disimpulkan bahawa penyeliaan dan pencerapan pengajaran adalah satu proses meningkatkan diri guru dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. Pemahaman umum guru-guru di Malaysia, penyeliaan dan pencerapan adalah dua perkara yang sama yang mana ia dilakukan secara formal oleh ketua jabatan atau penolong kanan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.. Melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987 juga dinyatakan bahawa penyeliaan pengajaran dan pembelajaran perlu dilaksanakan berdasarkan prinsip-prinsip yang telah ditetapkan: i.. Penyeliaan pengajaran pembelajaran di kelas dijalankan oleh Pengetua ke atas semua guru.. ii. Rekod penyeliaan pengajaran pembelajaran di kelas hendaklah dicatat dengan ringkas dan tepat. iii. Penyeliaan pengajaran pembelajaran hendaklah dirancang dengan seimbang. dari segi masa,. mata pelajaran, tingkatan / tahun dan guru. iv. Tugas penyeliaan boleh dijalankan dengan bantuan Penolong Kanan dan Penyelia Petang..

(2) v. Penyeliaan pengajaran pembelajaran di kelas perlu dijalankan secara sistematik dan berlandaskan hubungan profesionalisme dengan guru-guru dan bukan untuk mencari kesalahan guru. Dalam usaha mempertingkatkan prestasi pengajaran pembelajaran di kelas, Pengetua perlu mendapat maklumat yang tertentu. Maklumat-maklumat itu dapat digunakan oleh pengetua sebagai asas perbincangan dengan guru-guru. (Surat Pekeliling Ikhtisas, Kementerian Pelajaran Bil. 3/1987 : LAMPIRAN A). Objektif Pencerapan Pengajaran. Abdul Shukor Abdullah (1994) menyatakan matlamat utama penyeliaan ialah mengenal pasti kelemahan serta memperbetulkannya. Menurut Ibrahim Mamat (1993), penyeliaan dalam pendidikan adalah bertujuan memberi pimpinan kepada para guru untuk berkembang, meningkat dan mencapai kesempurnaan dalam tugas mereka. Glickman (1981) dengan jelas menyatakan bahawa pencerapan yang dilakukan ke atas seorang guru itu adalah semata-mata untuk membantu guru supaya dapat menjalankan tugas mengajar mereka dengan lebih teratur dan berkesan. Cogan (1973) dan Goldhammer (1981) juga menekankan kepada objektif membantu pengajaran guru. Mengikut Cogan dan Goldhammer, untuk mencapai matlamat membantu pengajaran, suatu diagnosis harus dilakukan terlebih dahulu ke atas pengajaran guru. Diagnosis ini bertujuan mencari kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam sesebuah pengajaran itu. Data dan maklum balas yang dikumpulkan dalam pencerapan berkenaan akan digunakan sebagai asas untuk membaiki mutu sesebuah pengajaran itu. Jelas kepada kita bahawa objektif utama sesebuah pencerapan pengajaran itu adalah untuk menolong atau membimbing guru meningkatkan mutu pengajaran mereka. Usaha meningkatkan mutu pengajaran guru ini adalah sangat penting demi keberkesanan dan kejayaan proses pembelajaran murid-murid. Sesebuah pengajaran itu hanya boleh dianggap berkesan dan berjaya apabila murid-murid telah benar-benar dapat mempelajari sesuatu. Pencerapan pengajaran yang berkesan adalah yang mengikut teori-teori dan standard yang telah ditetapkan dan tiada unsur bias atau mengikut perasaan ketika penyeliaan dilakukan.. PENYELIAAN KLINIKAL. Penyeliaan Klinikal adalah satu kaedah penyeliaan secara langsung melalui pemerhatian penyelia terhadap individu yang diselia. Kaedah Penyeliaan Klinikal ini dipelopori oleh Moris Cogan dan Goldhammer (1960). Penyelia seharusnya mengenal pasti kekuatan yang ada pada pengajaran seseorang guru. Penyelia juga perlu menyedari betapa pentingnya mengadakan interaksi yang bermakna dengan guru yang diselia dan memahami bahawa setiap individu mempunyai potensi untuk mempelajari sesuatu.

(3) serta mempunyai kekekuatan dan kelemahan yang tersendiri. Penyeliaan klinikal ini hanya dapat dilaksanakan sepenuhnya apabila wujud kerjasama dan persefahaman antara kedua-dua belah pihak, iaitu penyelia dan individu yang akan diselia. Oleh yang demikian, matlamat penyeliaan, iaitu peningkatan prestasi dalam pengajaran dapat direalisasikan (Pajak, 2002 :189). Acheson dan Gall (2003) telah mengemukakan model penyeliaan klinikal dalam tiga peringkat iaitu fasa konferensi sebelum penyeliaan pengajaran, fasa penyeliaan pengajaran di dalam bilik darjah dan fasa sesi konferensi selepas penyeliaan. Manakalah model penyeliaan klinikal tersebut yang dikemukakan oleh Goldhammer dan Cogan (1973) telah diubah suai mengikut konteks dan keperluan sesebuah sekolah dan organisasi (Pajak, 2008).. Matlamat Penyeliaan Klinikal. Menurut Acheson dan Gall (1980) dan Sergiovanni (2007) penyeliaan klinikal mempunyai matlamat yang khusus. Iaitu memberi maklum balas kepada guru terhadap pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam empat perkara sebagaimana yang ditunjukkan dlaam rajah bawah.. Mendiagnosis serta menyelesaikan Masalah dalam PnP. Matlamat Penyeliaan Klinikal. Membantu guru mempertingkatkan kemahiran, strategi serta kaedah pengajaran dan pembelajaran. Membantu guru memberi nilai positif terhadap profesionalisme perguruan. Menilai guru untuk tujuan khusus. Rajah 1 : Matlamat Penyeliaan Klinikal.

(4) Model penyeliaan klinikal mengandungi lima peringkat. Model ini menekankan perlunya wujud hubungan baik dan kerjasama antara penyelia dengan guru yang diselia.. Peringkat 1 Perbincangan Sebelum pemerhatian (The Pre-Observation Conference). Peringkat 5 Analisis Selepas Perbincangan (Post-Conference Analysis. Peringkat 4 Perbincangan Selepas Pemerhatian (The Post-Observation Conference). Peringkat 2 Pemerhatian Dalam Bilik darjah (The Classroom Observation). Peringkat 3 Analisis Dan Strategi Pengajaran (Analysis Of The Lesson). Rajah 2 : Kitaran Penyeliaan Klinikal Goldhammer dan Cogan (1973). Langkah Langkah Dalam Penyeliaan Klinikal. a). Perbincangan Sebelum Pemerhatian (The Pre-Observation Conference). Sebelum penyeliaan dilakukan, pertemuan bersemuka antara guru dan penyelia hendaklah diadakan. Pertemuan ini adalah untuk menentukan beberapa perkara yang penting antaranya, guru akan menerangkan bidang yang difokuskan, perancangan untuk memperbaiki bidang berkenaan, pemilihan tarikh dan masa untuk mengadakan penyeliaan. Perbincangan perlu diadakan dalam suasana yang mesra dan kondusif. Penyelia perlu lebih bersedia mendengar apa jua idea, pendapat berkaitan objektif dan strategi pengajaran, persediaan dan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang akan digunakan, iklim kelas dan tahap pencapaian pelajar yang dimaklumkan oleh guru. Guru yang diselia perlu diberi kefahaman oleh penyelia bahawa penyeliaan ini bertujuan sebagai bimbingan dan berkongsi pendapat ilmu dan pengalaman dalam pengajaran..

(5) b). Pemerhatian Dalam Bilik Darjah (The Classroom Observatioan). Pastikan guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran seperti yang dirancang. Penyelia harus bersedia mencatat aspek tingkah laku dan aktiviti pengajaran yang berlangsung. Penyelia harus mencatatkan kesemua kekuatan dan kelemahan guru serta teknik guru sepanjang pengajaran dilaksanakan. Menurut Glatthorn (1984) beliau menyarankan beberapa aspek yang perlu fokus permerhatian di bilik darjah. Antaranya, kecekapan guru menggunakan peruntukkan masa, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru berkenaan terutamanya apabila menjelaskan satu-satu konsep sehingga di fahami oleh pelajar, kebolehan dan kecekapan guru mengemukakan pelbagai jenis dan tahap soalan (termasuklah soalan KBAT), objektif pengajaran dan pembelajaran yang jelas dan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.. c). Analisis Dan Strategi Pengajaran (Analysis Of The Lesson). Pada peringkat ini, data pencerapan telah sedia ada dan memerlukan penyelia menjalankan proses menganalisis dan menginterpretasi data dan maklumat tersebut. Penyelia perlu menyenaraikan dan menterjemahkan segala kekuatan dan kelemahan pengajaran yang telah dilaksanakan oleh guru.. d). Perbincangan Selepas pemerhatian. Pada peringkat ini, perbualan atau komunikasi harus diadakan di tempat selesa dan sulit. Semasa perjumpaan ini, penyelia harus memainkan peranan dengan menyakinkan guru. Contohnya, jika terdapat kemajuan dan peningkatan dalam pengajaran dan pembelajaran haruslah dipuji. Segala aspek kekuatan pengajaran perlu dibincangkan terlebih dahulu.. Jika terdapat kelemahan, penyelia harus memberi. cadangan dan strategi untuk memperbaiki kelemahan guru. Semasa perjumpaan ini, sebarang nasihat dan cadangan yang dikemukakan oleh penyelia harus dalam bentuk kemesraan dan keikhlasan kedua-dua pihak. Penyelia harus membimbing guru untuk meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran serta sebarang maklum balas mesti berbentuk positif walaupun terdapat kelemahan.. e). Analisa Selepas Perbincangan. Peringkat ini merupakan peringkat penilaian terhadap proses dan hasil pembelajaran. Penyelia akan menganalisis dan menilai proses-proses penambahbaikan PdP, pencapaian objektif pengajaran, senaraikan kelemahan dan kekuatan dan menilai perbincangan. Pada peringkat ini, penyelia akan membuat refleksi mengenai proses sikap dan kemahiran guru. Kepentingan peringkat proses ini adalah untuk meningatkan kualiti pengajaran dan mewujudkan perhubungan yang menyokong antara penyelia dan guru..

(6) Model Differentiated Supervision. Model ini diperkenalkan oleh Glatthorn (1948) yang telah mengambil kira keperluan dan perbezaan individu dan mementingkan perkembangan guru. Bagi mengendalikan segala kerumitan setiap cara penyeliaan dan kekuatan yang terdapat adalah, perkembangan professional secara bekerjasama, perkembangan professional sendiri yang berarah, penyeliaan secara pemantauan.. a). Perkembangan Profesional Secara Kerjasama. Mencadangkan sistem, iaitu guru bekerja bersama-sama dan berbincang perkembangan diri masingmasing. Guru-guru membuat pemerhatian di antara mereka dan membincangkan kelemahan berasaskan kriteria tertentu dan membuat refleksi kendiri dengan mengikut proses putaran asas penyeliaan klinikal dan penyelia luar menjadi pakar rujuk.. b). Perkembangan Professional Sendiri yang Berarah. Sistem ini membenarkan setiap orang mencuba perkembangan diri mengikut program yang direka bentuk sendiri dengan kerjasama penyelia sebagai pakar dirujuk. Ia akan mempertingkatkan kemahiran masingmasing dalam suasana yang bebas dan tidak terikat akan bermanfaat kepada guru-guru yang matang dan berdedikasi.. c). Penyeliaan Secara Pemantauan. Kaedah ini akan digunakan untuk mengukur dan menilai tahap kemahiran guru-guru dan sebagai asas perbandingan dengan guru-guru yang lain. Penyelian ini adalah amalan menyerupai cara dilaksanakan oleh Jemaah Nazir.. ANALISIS MODEL-MODEL PENYELIAAN. a). Penyeliaan Konseptual. Pendekatan ini menekankan keperluan pemimpin instruksional untuk menyesuaikan diri dengan pengaruh yang mempengaruhi proses pengajaran. Pendekatan ini berdasarkan kepada langkah-langkah penyeliaan klinikal dan kolaborasi antara guru dengan pemimpin intstruksional. Faktor organisasi dan faktor individu mempengaruhi guru. Faktor-faktor ini mempengaruhi komitmen dan kebolehpercayaan guru dan juga kualiti prestasi seseorang guru..

(7) b). Penyeliaan Perkembangan (Developmental Supervision). Glickman et.al (2001) mentakrifkan “the match of initial supervisory approach with the teacher or group’s developmental level, expertise, and commitment.” Pemimpin instruksional yang menlakukan penyeliaan perkembangan memberi tiga jenis bantuan iaitu arahan, kolaboratif dan tiada arahan.. Bantuan Arahan: Guru yang mempunyai pemikiran konseptual, kemahiran dan komitment yang rendah. c). Bantuan Kolaboratif: Guru yang mempunyai abstrak, kemahiran dan komitment yang sederhana. Bantuan Tiada Arahan: Guru yang berfikiran secara abstrak, menunjukkan kemahiran dan komitment yang tinggi.. Penyeliaan Kontekstual. Pendekatan penyeliaan ini menyesuaikan gaya penyeliaan dengan perkembangan atai kesediaan guru dalam melaksanakan sesuatu tugas pengajaran. Pendekatan konsteksual mempunyai 4 sukuan untuk kegunaan pemimpin instruksional dalam menentukan kesediaan dan keyakinan guru. Sukuan 1  Guru mempunyai keyakinan tinggi dan kecekapan rendah. Guru bersemangat apabila mengajar tetapi masih belum cekap dalam pengajaran Sukuan 2  Keyakinan yeng rendah dan kecekapan yang rendah Guru tidak bersemangat apabila mengajar dan tidak cekap dalam pengajaran Sukuan 3  Keyakinan yang rendah dan kecekapan yang tinggi Guru tidak yakin dalam kemahiran mengajar tetapi mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi Sukuan 4  Keyakinan yang tinggi dan kecekapan guru yang tinggi Guru adalah bersemangat dalam mengajar dan mempunyai kecekapan dalam sebjuk yang diajar.

(8) d). Penyeliaan Berbeza. Penyeliaan ini adalah secara berpandukan guru dan membolehkan pemimpin instruksional menjadi mentor kepada guru. Glatthorn (1997) mencadangkan empat pilihan untuk penyeliaan berbeza. i). Perkembangan Intensif(Intensive development) Satu proses yang memerlukan pemimpin instruksional menumpukan pemerhatian kepada hasil pengajaran dan bukan kepada teknik mengajar.. ii). Perkembangankoperatif professional (cooperative professional development) Satu proses saling menghormati dimana satu kumpulan kecil guru bersetuju bekerjasama untuk memudahkan pembangunan professional mereka. Guru akan memerhati antara satu sama lain dan memberi maklum balas. iii). Pandu kendiri (self-directed) Satu proses saling menghormati dimana satu kumpulan kecil guru bersetuju bekerjasama untuk memudahkan pembangunan professional mereka. Guru akan memerhati antara satu sama lain dan memberi maklum balas. iv). Mengetuai pentadbiran (administrative monitoring Satu proses pemimpin instruksional akan memantau bilik darjah guru dengan lawatan yang ringkas dan tidak diberitahu lebih awal.. Model SOIL (Supervisory Options for Instructuonal Leaders Model). Model SOIL adalah untuk pengenalan unik mengenai model-model penyeliaan yang sedia ada untuk kegunaan pemimpin instruksional dalam pendidikan. Model-model penyeliaan yang telah dibincangkan telah di analisis dan diletak kepada tiga peringkat perkembangan (structured, moderately structured and relatively unstructured) untuk kegunaan pemimpin instruksional.. Peringkat Struktur (Structured Level) Peringkat ini mengandungi penyeliaan klinikal dan konseptual kerana kedua-dua pendekatan ini mengikut proses langkah demi langkah. Pendekatan –pendekatan ini membolehkan guru menyesuaikan diri dalam amalan penyeliaan asas. Disini, pemimpin instruksional adalah lebih cenderung kepada tugas pentadbiran dan lebih berstruktur. Peringkat ini tidak membenarkan guru lebih bebas seperti peringkat-peringkat yang.

(9) lain, tetapi ianya membolehkan guru membina keyakinan diri dalam tugas pengajaran. Peingkat ini adalah. Reward. lebih sesuai kepada guru baru.. Konseptual Klinikal. Structured Level. Konstekstual Perkembangan. Moderately Structured Level. Differentiated. Relatively Unstruvtured Level. Risk Rajah : Model SOIL Peringkat Sederhana (Moderately Structured Level) Struktur ini memperkenalkan pendekatan yang sesuai untuk pemimpin instruksional dan guru yang telah bersedia untuk pendekatan penyeliaan yang lebih fleksibel. Peringkat ini juga bermula dengan proses inkuiri kendiri yang berhubung dengan pelbagai jenis penyeliaan. Model-model yang dicadangkan untuk peringkat ini ialah penyeliaan perkembangan dan penyeliaan kontekstual.. Peringkat Tidak Struktur (Relatively Unstructured Level) Peringkat ini diambil kira sebagai peringkat yang paling kuat dalam model SOIL dan sepatutnya adalah paling menguntungkan pemimpin instruksional dan guru. Peringkat ini mengandungi pendekatan penyeliaan berbeza yang berdasarkan pemilihan guru, pemimpin instruksional perlu bahawa dia berkemampuan membimbing guru itu dengan wajarnya.. berkeyakinan. Pringkat tidak stuktur ini. menganggap pemimpin instruksional telah memperolehi pengalaman, pengetahuan yang khusus terhadap model dan persediaan akademik yang mendalam berhubung dengan penyeliaan dan guru telah mencapai peringkat kesediaan yang tinggi ..

(10) AMALAN PENYELIAAN DALAM BILIK DARJAH. Sekolah yang cemerlang dan berprestasi tinggi bergantung kepada kecekapan pengurusan kepimpinan di sekolah. Ini selari dengan kajian Sharifah dan Azizah (1998) yang menyatakan bahawa kebanyakan guru yang bersetuju diselia memahami tujuan penyeliaan sebagai satu aktiviti untuk membantu guru meningkatkan prestasi pelajar. Pengetua sebagai pemimpin penyeliaan pengajaran dapat dilihat melalui penglibatan, kekerapan, tingkah laku dan kepercayaan kepada guru-guru semasa penyeliaannya di dalam bilik darjah. Pelaksanaan program kurikulum yang cekap dapat meningkatkan lagi profesion guru dengan membuat persediaan awal sebelum penyeliaan dilakukan. Melalui pelaksanaan penyeliaan pengajaran dapat dilihat adakah pengetua mengamalkan secara autokratik, demokratik dan kolaoratif.. Penyelia dan guru perlu merancang pelajaran, menetapkan objektif dan langkah-langkah pengajaran terlebih dahulu. Perancangan ini meliputi strategi pengajaran yang akan dijalankan oleh guru itu. Ketepatan dari segi masa sangat penting ketika berlakunya proses pencerapan agar tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Penyelia biasanya lebih cenderung kepada sejauh manakah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah selain melihat kepada permasalahan yang dihadapi oleh guru itu sendiri. Hakikat ini dijelaskan oleh Mc Greal; “The accuracy of the classroom observation is directly related to the superisor’s use of a narrow focus of observation”.. Sebagai guru, guru harus mengajar mengikut perancangan mengajar manakala penyelia perlu membuat catatan semasa pencerapan dilaksanakan. Penyelia akan membuat pemerhatian menggunakan meliputi semua bentuk pemerhatian atau kombinasi-kombinasi pemerhatian.. Kaedahnya termasuk kekerapan. mengikut kategori, petunjuk-petunjuk dalam persembahan, penggunaan diagram visual, penguasaan ruang, bahasa, perbincangan bebas atau susunan huraian, penglibatan, soalan-soalan berfokus, kritikan membina dan sistem pemerhatian mengikut keperluan.. Amalan pencerapan semasa Pencerapan yang dilaksanakan oleh pengetua terhadap guru adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti PdP guru di sekolah tersebut. Glickman (1981) dengan jelas menyatakan bahawa pencerapan yang dilakukan ke atas seorang guru itu adalah semata mata untuk membantu guru supaya dapat menjalankan tugas mengajar mereka dengan lebih teratur dan berkesan. Guru perlu menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Di dalam RPH terkandung senarai seperti tarikh, hari, kelas, masa, bilangan murid dalam sesuatu kelas, bab, tajuk dan subtopik, objektif pembelajaran. Guru perlu menyatakan objektif. pembelajaran mengikut kesesuaian dan keperluan berdasarkan tajuk yang diajar pada hari.

(11) tersebut. Ini selaras dengan pendapat Alimuddin (2006) yang menyatkan sebagai pengetua atau guru besar mereka hendaklah sentiasa belajar daripada guru dan pelajar di sekeliling mereka dengan sendiri mendengar idea , pendapat dan pandangan.. Dalam perancangan strategi pengajaran terkandung aktiviti pengajaran dan pembelajaran, set induksi, aktiviti, kesimpulan, nilai, alat bantu mengajar dan disusuli dengan refleksi. Penilaian pencerapan oleh pengetua adalah 70 peratus, persepsi murid terhadap guru mata pelajaran ialah 30 peratus dan dapatan guru itu sendiri berpandukan dapatan pencerap dan murid. Untuk mendapat input pencerapan dengan lebih rasional, pengetua perlu mencerap guru yang mengajar kelas yang mempunyai tahap pembelajaran berbeza iaitu kelas baik, sederhana dan lemah. Pengetua juga hendaklah membuat penilaian dari sudut positif dan negatif bertujuan untuk menambahbaik dan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Melalui pencerapan ini, perbincangan akan dibuat sebaik selesai dan pencerap biasanya berkongsi idea dengan guru mengikut tahap kebolehan guru dan kelas-kelas tersebut.. Persepsi murid terhadap pengajaran dan pembelajaran guru mata pelajaran tersebut adalah sebanyak 30 peratus. Murid adalah klien utama guru yang patut diberi peluang memberi pandangan tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru tersebut. Muridlah yang tahu pengajaran dan pembelajaran setiap waktu, hari, minggu, bulan berbanding pencerap yang mencerap guru berkenaan. Pencerapan biasanya dilaksanakan dua kali setahun. Maka wajarlah mendapat pandangan daripada muridmurid. Input murid boleh diguna pakai sebagai bandingan pencerapan penting supaya pencerap dapat memberi bimbingan yang lebih tepat. Dapatan dari pencerap dan murid ini merupakan kesahan yang tepat. Setiap guru telah mendapat latihan profesional maka mereka perlu diberi peluang menilai pengajaran dan pembelajaran masing-masing. Dalam rekod pengajara harian guru, setiap guru wajib membuat refleksi dalam setiap sesi PdP. Penilaian kendiri PdP dapat menyedarkan guru itu sendiri tentang kekuatan dan kelemahan PdP mereka. Guru itu sendiri dapat memberi cadangan bagaimana memperbaiki PdP mata pelajaran mereka pada masa akan datang.. CADANGAN MENINGKATKAN PENYELIAAN DAN PENCERAPAN. Peranan yang dimainkan oleh pengetua dan guru besar sangat penting bagi menjadikan sekolah mereka sebagai institusi pembelajaran yang berkesan. Dengan keupayaan mereka menggembleng seluruh tenaga guru dan pelajar-pelajar diyakini matlamat menjadikan sekolah cemerlang akan tercapai. Tumpuan pengurusan sekolah kepada usaha untuk meningkatkan tahap kecemerlangan bidang akademik di sekolah akan membolehkan guru-guru melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran mereka dengan lebih.

(12) yakin, teratur dan berkesan. Pengetua hendaklah merancang pelaksanaan program kurikulum dan memastikan program kurikulum tersebut berjalan dengan sempuma dan mencapai matlamat yang ditetapkan. Pengetua juga perlu memastikan keperluan-keperluan bagi pelaksanaan program kurikulum disediakan di sekolah. Keperluan-keperluan ini meliputi tenaga pengajar, bahan-bahan pengajaran, dan suasana yang dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Pengetua sebagai penyelia pengajaran bertanggungjawab untuk merancang, melaksana, dan menilai segala program yang berhubung dengan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pengetua memainkan peranan yang penting dalam proses penyeliaan dalam bilik darjah. Pengetua perlu mempertingkatkan amalannya sebagai pemimpin penyeliaan pengajaran di sekolah dengan cara memberikan perhatian yang khusus mengenai tugas dan gaya kepimpinannya bagi mempertingkatkan lagi prestasi pengajaran guru. Pengetua juga hendaklah faham tentang konsep, matlamat dan fungsi penyeliaan pengajaran tersebut. Dengan cara ini akan dapat menonjolkan keterampilan pengetua sebagai pemimpin penyeliaan pengajaran. Keterlibatan pengetua dalam proses penyeliaan pengajaran guru di bilik darjah merupakan usaha merealisasikan kepemimpinan pengajaran dalam pengurusan sekolah. Goldhammer (1999) menekankan aspek penyeliaan dapat memberi sokongan, bantuan, dan dorongan kepada guru dalam menjayakan unsur-unsur pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Yahya Don (2005) berpendapat bahawa pengetua selaku pemimpin perlu menyelia dan menilai pengajaran guru bagi memastikan matlamat sekolah diterjemahkan dalam amalan pengajaran di bilik darjah oleh guru. Pengetua seharusnya melaksanakan aktiviti penyeliaan di bilik darjah dengan sistematik dan teratur serta mengikut prosedur yang betul dan teknik yang sesuai.. Keberkesanan pengajaran guru perlu ditingkatkan dalam usaha untuk menjadikan sekolah sebagai pusat kecemerlangan iaitu tempat penyebaran ilmu pengetahuan dan penyampaian pelbagai jenis kemahiran serta pembentukan keperibadian pelajar. Dalam menjalankan penyeliaan di bilik darjah, pengetua perlu mempunyai pengetahuan yang cukup serta kemas kini tentang perubahan sukatan pelajaran. Kemahiran dan kecekapan dalam mengesan masalah-masalah pedagogi yang timbul di dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta dapat mengemukakan cadangan-cadangan yang munasabah bagi memperbaiki kelemahan yang dikesan diperlukan oleh seseorang penyelia. Pengetahuan yang cukup sahaja tidak memadai tanpa disertakan dengan pengalaman yang mencukupi. Ini kerana teori tanpa praktikaliti tidak dapat membuktikan sesuatu kaedah pengajaran yang berkesan. Pengalaman yang meluas dalam pengajaran dapat membantu seseorang penyelia memberikan pandangan dan cadangan bagi mempertingkatkan kualiti pengajaran guru yang diselia. Selain itu, kebolehan untuk berkomunikasi juga penting agar dapat mempengaruhi guru yang diselianya untuk mengubah cara dan sikap dalam menjalankan tugas. Sokongan, cara arahan dan penerangan yang positif dapat membantu guru meningkatkan pengajarannya. Ini adalah untuk mengelakkan wujudnya pertembungan antara pengetua.

(13) dan guru yang mana akan mewujudkan ketidaksefahaman haluan antara mereka. Komunikasi berbentuk dua hala adalah yang terbaik supaya guru yang diselia dapat menerima segala pandangan dan cadangan yang diberikan. Guru-guru baharu terutamanya mempunyai lebih banyak masalah dalam sesi pengajaran mereka. Perkongsian masalah bersama dengan penyelia serba sedikit dapat membantu mereka memperbaiki pengajaran mereka. Penyelia juga harus bersedia menerima pandangan guru yang diselia sekiranya mereka mempunyai kaedah yang lebih baik dan berkesan. Sikap keterbukaan kedua-dua pihak akan membawa kepada keputusan yang positif.. Tugas dan tanggungjawab guru di sekolah atau di bilik darjah ialah mengajar dan mendidik pelajar secara berkesan sehingga pelajar tersebut dapat menguasai kemahiran atau ilmu yang diajarkannya. Pengajaran yang berkesan akan dapat membantu pelajar memperkembangkan intelek dan sahsiah diri dengan baik. Setiap guru akan merancang pengajaran dengan tersusun dan berfokus. Perancangan yang teliti sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung amatlah penting dalam mencapai PdP yang berkesan. Pemilihan tajuk dan isi pelajaran yang bersesuaian serta mampu disampaikan kepada murid dengan berkesan. Objektif pengajaran mestilah mudah difahami dan jelas hala tuju yang hendak dicapai. Di samping itu, guru tersebut akan menentukan bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai dan menarik bagi mewujudkan rangsangan murid untuk belajar.. Model-model Lain Pengetua sebagai pemimpin di sekolah sudah tentu tidak mampu melaksanakan semua tugas penyeliaan seorang diri kerana halangan masa dan beban tugas. Oleh itu, dicadangkan pengetua sebagai pemimpin penyeliaan pengajaran menggunakan pelbagai sumber dan kepakaran ahli-ahli profesional pendidikan dan bukan pendidikan untuk membentuk satu sistem penyeliaan pengajaran yang lebih berkesan. Tugas penyeliaan pengajaran sebenarnya bukan tugas pengetua sahaja di sekolah, ia seharusnya dipikul bersama oleh pelbagai pihak. Guru-guru yang memerlukan bantuan boleh belajar daripada guru-guru kanan yang berpengalaman. Rakan sejawat juga boleh membantu menilai rakannya mengajar. Bagi menjadikan model penyeliaan lebih berkesan, pengetua sebagai pemimpin penyeliaan perlu lebih cekap dan bijak membuat perancangan dan membina prosedur penyeliaan dan mencubanya di dalam bilik darjah terlebih dahulu.. Pengetua seharusnya lebih demokratik dan memberi kebebasan kepada guru-guru untuk menjalankan tugasnya di dalam bilik darjah. Oleh itu, pengetua dicadangkan supaya menggunakan satu model penyeliaan yang dinamakan penyeliaan perbezaan (Differentiated Supervision). Penyeliaan ini menawarkan satu bentuk yang berlainan dan adalah satu cara bagi membantu guru menjalankan tugas dengan lebih berkesan iaitu dengan memberi kebebasan kepada guru-guru untuk memilih bentuk.

(14) penyeliaan yang difikirkan sesuai dengan peribadi mereka. Glathhorn (1984) menyatakan bahawa dalam pendekatan ini, guru-guru boleh memilih sama ada mereka mahu menerima penyeliaan jenis klinikal, bekerja dengan rakan dalam program peningkatan kerjasama, ke arah perkembangan profesional mareka sendiri atau pengajarannya diselia oleh pengetua.. Bagi guru-guru pula, penjelasan dan penerangan perlu diberikan tentang penyeliaan pengajaran ini. Hal ini bertujuan mengikis tanggapan yang buruk dan salah tentang tujuan penyeliaan pengajaran dijalankan di sekolah. Guru-guru akan dapat menerima penyeliaan pengajaran jika ia dijalankan dalam suasana yang baik iaitu suasana yang menunjukkan penyeliaan itu sesuatu yang mengiktiraf usaha dan keupayaan guru, suatu kepercayaan kepada tugas yang diberikan, suatu yang dapat dilihat secara objektif pada masa itu, suatu yang dapat membimbing guru dan suatu alat untuk meningkatkan profesionalisme guru. Jika ini dapat dilakukan dengan kerap oleh pengetua sebagai pemimpin penyeliaan pengajaran, maka guru-guru akan lebih faham dan menerima penyeliaan pengajaran ini dengan positif.. Pemimpin penyeliaan pengajaran juga perlu peka dengan kehendak guru terhadap penyeliaan pengajaran di sekolah. Pendekatan penyeliaan secara “developmental” oleh Glickman, Gordon dan Gordon (1995) adalah dirasakan paling sesuai. Glickman (1981) menegaskan bahawa mengajar itu seakan-akan sama dengan belajar. Kedua-duanya merupakan proses sepanjang hayat. Seorang guru seharusnya terusmenerus cuba meningkatkan kemahiran dan tahap pengajarannya. Oleh yang demikian guru perlu memilih kaedah penyeliaan yang paling sesuai untuk guru dan penyelia. Bentuk penyeliaan berterusan ini didasarkan kepada teori pembelajaran bahawa manusia itu berbeza. Teori ini mementingkan kelonggaran (flexibility) dan sesuatu hasil penyeliaan itu hanya boleh dinilai setelah dicuba atau dijalankan beberapa lama atau telah melalui sesuatu tempoh yang dikira mencukupi. Penyeliaan jenis ini boleh digunakan sebagai satu bentuk asas penyeliaan kepada guru-guru pelatih. Penyeliaan kepada guru-guru pelatih akan disambung terus apabila mereka tamat pengajian dan ditempatkan di sekolah-sekolah sebagai guru dalam percubaan. Guru-guru kanan mata pelajaran boleh diberi tugas untuk menyelia. Dalam konteks ini guruguru dalam percubaan ini akan mendapat bimbingan selama tiga tahun sehingga mereka disahkan dalam jawatan masing-masing. Selain itu, pendekatan secara “developmental” ini memberi pilihan kepada guruguru itu terhadap pendekatan penyeliaan pengajaran yang mereka suka atau lebih selesa dengan kehendak mereka. Pendekatan penyeliaan ini menyediakan pendekatan secara “directive”, “non-directive”, “directive – informational” dan kolaboratif. Cara yang paling baik dan berkesan ialah meluaskan pilihan dan peluang kepada guru-guru yang dapat memotivasikan guru untuk mencapai kecekapan melebihi daripada apa yang dihasratkan. Ringkasnya, matlamat jangka panjang pendekatan penyeliaan pengajaran.

(15) “developmental” ini ialah perkembangan staf atau guru ke arah satu titik di mana guru dapat menunaikan semua tanggungjawab untuk peningkatan pengajaran setelah dibimbing oleh penyelia. Selain daripada pendekatan “developmental” pendekatan penyeliaan secara klinikal akan membawa kepada suasana penyeliaan yang lebih baik dan mesra. Cara ini dapat mengelakkan tanggapan dan sikap negatif dalam kalangan guru dan penyelia. Penyeliaan klinikal lebih menekankan kepada aspek perhubungan antara pihak penyelia dan pihak yang diselia pengajarannya, memerlukan pengetua itu mempunyai kemahiran “interpersonal” yang tinggi. Kemahiran “interpersonal” yang baik dapat membina hubungan yang baik antara pengetua dengan guru-guru di bawahnya seterusnya memberi kesan yang baik terhadap penyeliaan pengajaran yang dijalankan di sekolah. Dalam penyeliaan, seseorang pemimpin itu mesti tahu dan faham tentang kurikulum dan penilaian yang dianggap oleh Sergiovanni dan Starrat (1998) sebagai sebahagian daripada kurikulum itu sendiri. Sergiovanni dan Starrat (1998) telah menyentuh tentang membangunkan dan mengembangkan kepimpinan guru dalam penyeliaan. Dalam hal ini, seseorang penyelia itu mestilah dilihat sebagai seorang yang professional. Pembinaan aspek kepimpinan guru dalam penyeliaan boleh dipupuk melalui kepimpinannya di dalam bilik darjah dan sebagainya. Akhirnya hanya satu platform pendidikan penyelia mestilah diadakan bagi mengasah pemikiran, kepercayaan, sikap dan nilai yang tepat terhadap menggunakan teknik dan kaedah pengajaran yang berkesan. Oleh itu, pengetua perlu mahir dalam mengenal pasti kelemahan dan kekurangan pengajaran guru dalam bilik darjah dan di samping itu pengetua juga perlu bijak mengatur dan merancang aktivitiaktiviti pengajaran yang sesuai dan berkesan bagi membantu guru-guru tersebut di sekolah. Sehubungan dengan itu, pengetua perlu berkeupayaan untuk membantu guru dalam menilai pengajaran yang telah dijalankan. Dengan cara ini, guru-guru akan dapat mengenal pasti kelemahan yang ada pada pengajaran meraka.. KESIMPULAN. Kesimpulannya, penyeliaan pengajaran berperanan penting dalam pendidikan. Penyeliaan bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru dan murid-murid seperti mana yang digariskan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987. Di sekolah, pengetua memainkan peranan sebagai penyelia dan guru-guru sebagai orang yang diselia. Kepimpinan yang berkesan akan merancang, mentadbir dan membuat penilaian secara analitikal mengenai penyeliaan pengajaran di sekolah. Terdapat pelbagai model penyeliaan yang dikemukakan oleh pakar-pakar bidang pendidikan. Penyeliaan klinikal merupakan antara model penyeliaan yang sering digunakan di peringkat sekolah. Langkah-langkah dalam penyeliaan klinikal bertujuan memastikan matlamat penyeliaan untuk memperkembangkan potensi guru-.

(16) guru tercapai. Amalan penyeliaan di sekolah sekarang ini masih berada boleh dipertingkatkan. Pengetua haruslah mempunyai pengetahuan yang meluas dan kemahiran komunikasi yang baik selain peranan guru-guru untuk merancang dan mengambil inisiatif untuk memperbaiki mutu pengajaran. Model-model lain yang dikemukakan boleh dijadikan panduan bagi penyeliaan pengajaran dilakukan. Ini kerana pendekatan yang sama tidak mungkin bersesuaian untuk semua orang. Walau apapun model yang digunakan, perkara utama yang perlu ditekankan selain daripada penambahbaikan PdP ialah hubungan antara penyelia dan guru. Penyelia dan guru-guru perlu faham bahawa penyeliaan pengajaran yang dilakukan bukanlah bertujuan mencari kesalahan tetapi sebaliknya untuk menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran guru-guru sekali gus menaikkan prestasi sekolah. Hubungan yang baik adalah penentuk kejayaan sekolah seperti yang ditekankan dalam konsep budaya sekolah yang cemerlang.. RUJUKAN : 1.. Abd Shukor Abdullah (1994). Pengurusan Penyeliaan dalam Suasana Sekolah – Isu dan Strategi. Jurnal Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan dalam buku Shukri Zain (2011), Penyeliaan Pendidikan – Teori dan Amalan. Tanjong Malim, Perak : Emeritus Publications.. 2.. Carter Ballang Kapong (2016, Disember 16). Bekas Pengetua SMK Tebakang. Personal Interview. Kuching. 3.. Embretson G., Ferber E. & Langager T., Supervision and Evaulation: Helping Teachers Reach Their Maximum Potential. NASSP Bulletin 68 (February 1984): 27. 1984.. 4.. Glatthorn, A.A. (1990). Supervisory Leadership: Introduction To Instructional Supervision. Scott, Foreman and Company.. 5.. Glickman (1981) dalam Shukery Mohamed (1994). Beberapa Model Pencerapan PengajaranPemelajaran : Huraian Konsep, Andaian- Andaian Teoretikal, Serta Masalah-Masalah Berbangkit. Pendidik Dan Pendidikan, Jld.13, 1994/1995. ms 63 – 71. 6.. Goldhammer, R. (1999). Clinical Supervision. Special Method For The Supervision Of Teachers. (4th Edition). Forth Worth: Holt, Rinehart and Winston, Inc.. 7.. Gunarasa, V. & Suhaida Abdul Kadir(2013). Sikap Guru Terhadap Penyeliaan Pengajaran Yang Dijalankan Di Sekolah Menengah Kebangsaan, Zon Bangsar, Kuala Lumpur. Seminar Pasca Siswazah Dalam Pendidikan (GREDUC 2013). Kuala Lumpur.. 8.. Mohd Majid Konting (2002). Kaedah Penyelidikan dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.. 9.. Mohd Salleh Lebar (2002). Kaedah Penyelidikan dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Longman..

(17) 10. Rahimah Hj. Ahmad. (1986). Penyelidikan Klinikal - Satu Pendekatan Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Di Sekolah. Kertas Kerja yang dibentangkan dalam Persidangan Tahunan Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, Pulau Pinang. 11. Sergiovanni, T. J. dan Starratt, R. J. (1993). Supervision A Redifinition fifth edition. New York: McGraw Hill, Inc 12. Shamsudin Mohamad & Kamarul Azmi Jasmi. (2011). Penyeliaan Klinikal dari Perspektif di. Sekolah. Perpustakaan Negara Malaysia. 13. Shukri Zain (2011). Penyeliaan Pendidikan Teori dan Amalan. Tanjong Malim, Perak : Emeritus Publications. 14. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987, Kementerian Pelajaran Malaysia. 15. Zahari Bin Hashim (2016). PPP6024:Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan. Universiti Pendidikan Sultan Idris,Perak..

(18)

Referensi

Dokumen terkait

Kajian juga menunjukkan bahawa, guru-guru telah berjaya merancang rancangan pengajaran yang berasaskan tugasan, walau bagaimanapun semasa proses pengajaran dan

Secara keseluruhan daripada pemerhatian yang telah dijalankan, dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar menunjukkan reaksi yang positif terhadap Pakej Pengajaran

Kajian yang dijalankan ini adalah satu kajian kuantitatif yang mengkaji hubungan beban tugas akademik serta beban tugas bukan akademik dengan kualiti pengajaran dalam kalangan

v Kajian ini sesuai dijalankan di sekolah kerana ianya dapat mempelbagaikan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran guru untuk mengajar sesuatu kemahiran gimnastik di samping dapat

v Kajian ini sesuai dijalankan di sekolah kerana ianya dapat mempelbagaikan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran guru untuk mengajar sesuatu kemahiran gimnastik di samping dapat

1) Mayoritas aplikasi yang tersedia untuk membantu pengajaran matematika tersedia dalam bahasa Inggris, sehingga diperlukan usaha ekstra baik oleh guru maupun siswa

Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji sejauh manakah tahap kualiti penyeliaan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah oleh

sebagai seorang guru kami dituntut untuk menciptakan suasana belajar yang baik dan menyenangkan hal ini menunjukkan bahwa keadaan belajar ikut menentukan motivasi, dan keberhasilan