• Tidak ada hasil yang ditemukan

meningkatkan kualiti penyeliaan pengajaran dan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "meningkatkan kualiti penyeliaan pengajaran dan"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

MENINGKATKAN KUALITI PENYELIAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN OLEH PEMIMPIN PERTENGAHAN SEBUAH

SEKOLAH MENENGAH DAERAH KOTA SETAR MELALUI AMALAN REFLEKTIF KENDIRI

Zulkifili bin Saleh

Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar, Kedah (Email: zulkifili.ppdkotasetar@gmail.com)

__________________________________________________________________________________________

Abstrak: Pasukan pemimpin pertengahan (MLT) merupakan kumpulan kepimpinan sokongan yang menggalas tanggungjawab pengurusan di sekolah dan Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah (SISC+) bertanggungjawab membangunkan kompetensi MLT daripada pelbagai aras pencapaian sekolah. Tujuan kajian tindakan penyertaan ini dijalankan adalah untuk membimbing MLT bagi meningkatkan kualiti penyeliaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) melalui amalan reflektif. Kajian ini dilaksanakan ke atas empat orang guru kanan sebuah sekolah menengah di Daerah Kota Setar.

Tinjauan awal mendapati markah skor SKPMg2 Standard 4 bagi guru-guru yang diselia berada pada tahap cemerlang dan baik sahaja. Namun terdapat jurang penskoran antara MLT dan SISC+. Analisis catatan bimbingan SISC+ juga menunjukkan bimbingan kurang dilaksanakan oleh MLT kepada guru- guru. Terdapat tiga aktiviti intervensi amalan reflektif MLT telah dijalankan, (i) penggunaan One Page Project Plan (OPPP), (ii) pelaksanaan Pair Observation and Demonstration (POnD) (iii) OSCAR in Action (OiA). OPPP merupakan alat reflektif kendiri bagi perancangan projek dalam satu muka surat.

POnD adalah aktiviti di mana SISC+ dan MLT bersama-sama melakukan pencerapan PdP guru dan membandingkan skor yang diperoleh menggunakan SKPMg2 Standard 4. OiA pula merupakan senarai semak bimbingan yang dibangunkan berdasarkan SKPMg2 Standard 4 dan Model OSCAR. Kajian telah dijalankan sebelum dan juga semasa Pendamic Covid 19 melanda. Dapatan kajian menunjukkan MLT berjaya melaksanakan bimbingan dengan lebih berkesan melalui amalan reflektif. Jurang skor SKPMg2 Standard 4 antara SISC+ dan MLT dalam pencerapan guru juga telah berjaya dikecilkan.

Intervensi yang dijalankan telah berjaya meningkatkan amalan reflektif MLT dalam penyeliaan PdP.

Amalan reflektif kendiri dalam kalangan SISC+ bersama-sama MLT dibimbing merupakan tindakan yang boleh dilakukan bagi mengubah pemikiran dan tindakan dalam menghadapi suasana PdP yang mencabar serta bertindak secara kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran.

Kata kunci: Pasukan Pemimpin Pertengahan (MLT), Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah (SISC+), SKPMg2 Standard 4, Model OSCAR, Kajian Tindakan Penyertaan

Abstract: Middle leaders team (MLT) is a supportive leadership group that bears responsibilities in the school management and the School Improvement Specialist Coach+ (SISC+) is responsible for developing MLT competencies from various levels of school achievement. The purpose of conducting this participatory action research conducted is to coach MLT for quality improvement of teaching and learning supervision through reflective practice. This study was conducted on four senior teachers of a secondary school in Kota Setar District. Preliminary survey showed that the SKPMg2 Standard 4 score for the supervised teachers was at an excellent and good level. However, there was a gap between scoring by MLT and SISC+. Analysis of SISC+ coaching notes also showed that coaching was less implemented by MLT to teachers. There were three reflective practice intervention activities by MLT were conducted, (i) the use of One Page Project Plan (OPPP), (ii) the implementation of Pair Observation and Demonstration (POnD) (iii) OSCAR in Action (OiA). OPPP is a self -reflective tool for project planning in one page. POnD is an activity in which SISC+ and MLT jointly observing and evaluating teacher’s teaching and learning, then comparing the scores obtained using SKPMg2

(2)

Standard 4. OiA is a coaching checklist developed based on SKPMg2 Standard 4 and the OSCAR Model. Studies were conducted before and also during the Pendamic Covid-19. The findings shows that MLT successfully coaching more effectively through reflective practice. The scoring gap between SISC+ and MLT in observing the teachers using SKPMg2 Standard 4 has also been successfully narrowed. The interventions carried out were successfully improved the reflective practice among MLT in teaching and learning supervision. Self-reflective practice between SISC+ and MLT is an action that can be done to change mindset and action in order to face challenges in teaching and learning environment, as well as to act creatively and innovatively in solving problems involving teaching and learning.

Keywords: Middle Laeders Team (MLT), School Improvement Specialist Coach (SISC+) SKPMg2 Standard 4, OSCAR Model, Participatory Action Research

__________________________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) merupakan satu pelan transformasi pendidikan dan kewujudan pembimbing guru yang dikenali sebagai Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah (SISC+) bertanggungjawab mempercepatkan peningkatan kualiti sekolah melalui inisiatif peringkat daerah yang sistematik (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013).

Gelombang 3 (2021 – 2025) PPPM, memberi tumpuan kepada membudayakan kecemerlangan berasaskan teladan rakan setugas. Menurut Sukor Beram, Marinah Awang dan Ramlee Ismail (2020), kepimpinan pertengahan (MLT) perlu menjadi contoh teladan kepada rakan setugas yang lain di sekolah. Bermula 2019, fokus bimbingan SISC+ adalah mengupayakan MLT di sekolah-sekolah yang dipilih. Justeru, SISC+ perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran baharu dari semasa ke semasa. Menurut Prince, Snowden dan Mathews (2010) pendekatan reflektif merupakan alternatif untuk membangunkan profesionalisme seseorang pembimbing guru. Dalam erti kata lain, SISC+ perlu meningkatkan kemahiran membimbing guru kanan dan ketua panitia yang merupakan MLT di sekolah-sekolah.

Bassett (2016), menyatakan tiga fungsi utama MLT iaitu, i. pelaksanaan kepimpinan instruksional bagi mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran, ii. sebagai penghubung kepimpinan tertinggi dengan guru, dan iii. melaksanakan tugas pentadbiran bagi menyokong matlamat pendidikan. Beberapa pengkaji tempatan dan luar menyatakan bahawa MLT memerlukan sokongan dan bimbingan khusus untuk memaksimumkan potensi mereka kerana wujud tekanan dari pihak atasan dan bawahan sesebuah organisasi (Abdul Ghani Kanesan Abdullah et al., 2019; Bassett, 2016; Harris & Jones, 2017). Menurut Harris dan Jones (2017), kurang pengetahuan dan kemahiran dalam menguruskan bidang masing-masing menyebabkan MLT gagal menjalankan tugas dengan berkesan sehingga pandangan yang negatif diberikan pada gaya kepimpinan mereka. Dapatan kajian Rozali Din (2021) ke atas 114 orang pemimpin Pertengahan (MLT) bagi meninjau pengurusan mata pelajaran mendapati domain meningkatkan kualiti guru adalah terendah berbanding domain meningkatkan pencapaian murid.

Menurut Harris dan Jones (2017), walaupun kajian emperikal lebih tertumpu kepada pengetua dan guru besar sebagai pemimpin formal, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa MLT mempunyai kesan langsung dan positif terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Moss, Sloan dan Sandor (2009), telah membuktikan bahawa coaching dan kajian tindakan

(3)

merupakan program perkembangan profesionalisme berterusan guru yang telah memberikan impak tinggi dalam kalangan guru yang melaksanakannya. Justeru, kajian tindakan ini dijalankan bagi meningkatkan kualiti penyeliaan pengajaran dan pembelajaran oleh pemimpin pertengahan melalui amalan reflektif kendiri.

2. Tinjauan Literatur

Model Refleksi Kolb (1984) dan Model Pengukuran Penulisan Refleksi oleh Hatton dan Smith (1995) menjadi rujukan dalam kajian ini. Model Refleksi Kolb (1984) merupakan model pembelajaran yang berasaskan pengalaman. Model ini merangkumi empat langkah utama iaitu pengalaman menghadapi sesuatu fenomena, pemerhatian secara reflektif, pembangunan konsep atau idea, dan eksperimentasi secara aktif. Model Pengukuran Penulisan Refleksi oleh Hatton dan Smith (1995) pula digunakan sebagai panduan untuk mengukur tahap refleksi guru kanan terhadap pemerhatian PdP guru yang dibimbing. Menurut Hatton dan Smith (1995), tahap paling rendah adalah apabilan MLT hanya melapor apa yang berlaku di dalam PdP iaitu tahap deskriptif. Tahap kedua adalah tahap refleksi deskriptif di mana MLT boleh memberi sebab, akibat dan justifikasi berdasarkan pertimbangan peribadi terhadap PdP yang diperhatikan. Tahap ketiga pula adalah tahap dialog reflektif, iaitu MLT boleh berhujah dengan diri sendiri atau orang lain tentang sebab, akibat dan memberi justifikasi tentang tindakan yang sepatutnya dilakukan terhadap PdP yang akan datang. Tahap yang paling atas adalah tahap kritikal, di mana MLT boleh berhujah dengan diri sendiri atau orang lain tentang sebab, akibat dan membuat keputusan dengan mengambil kira konteks yang lebih luas dari segi sejarah, sosial, dan politik serta melaksanakan tindakan sewajarnya.

Rajah 1 menunjukkan kerangka konseptual kajian di mana tindakan adalah menggunakan proses lihat, fikir dan bertindak mengikut Model Refleksi Kolb (1984). Fariba Mirzaei, Fatin Aliah Phang dan Hamidreza Kashefi (2014) menegaskan bahawa proses pembelajaran guru mestilah dibina berdasarkan pengalaman yang diperoleh daripada latihan dan amalan mereka dan diikuti dengan refleksi. Refleksi adalah proses penilaian kendiri (Boon, 2009; Fariba Mirzaei et al. 2014) yang dilakukan oleh guru secara berkala untuk mentafsir dan meningkatkan amalan profesional mereka (Shamsiah Md Nasir & Nil Farakh Sulaiman, 2015). Dalam kajian ini, MLT bersama-sama SISC+ membuat pencerapan pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru, membangunkan konsep bimbingan melalui pemerhatian secara reflektif. Pengamalan reflektif adalah sistematik dan berterusan yang melibatkan proses merancang, mengambil tindakan, menghurai dan membuat refleksi (Toh, 2009). MLT melaksanakan tindakan secara aktif membimbing melalui intervensi yang dirancang bersama-sama dengan SISC+. Seterusnya, tahap refleksi MLT diukur menggunakan empat tahap iaitu tahap deskriptif, refleksi deskriptif, dialog dan tahap kritikal. Hasil ukuran tersebut merupakan outcome iaitu peningkatan amalan reflektif dalam kalangan MLT. Menurut Robert (2016), amalan reflektif membolehkan pemahaman dan fungsi yang diperbaharui sebagai asas untuk tindakan yang membawa kepada peningkatan amalan pendidikan dan pembelajaran guru dan murid secara berterusan.

(4)

Rajah 1: Kerangka Konseptual Kajian Justeru objektif kajian ini adalah

i. meningkatkan amalan reflektif kendiri dalam kalangan MLT

ii. mengurangkan jurang penskoran SKPMg2 S4 antara SISC+ dan MLT

iii. meningkatkan amalan Reflektif Kritikal dalam kalangan MLT melalui penggunaan Model OSKAR

3. Metodologi Kajian

Kajian yang dijalankan merupakan satu kajian tindakan bagi meningkatkan kualiti penyeliaan pengajaran dan pembelajaran oleh pemimpin pertengahan melalui amalan reflektif kendiri.

Menurut Airasian dan Gay (2003), kajian tindakan merupakan proses di mana seseorang atau beberapa orang guru mengumpulkan maklumat dan membuat keputusan untuk menambah baik aktiviti pengajaran mereka. Menurut Creswell (2005), dalam konteks masa kini, kajian tindakan boleh wujud dalam konteks bilik darjah ataupun dalam konteks persekitaran sekolah atau komuniti. Creswell (2008) telah membahagikan kajian tindakan kepada dua jenis iaitu: (i) kajian tindakan amalan (practical action research) dan, (ii) kajian tindakan penyertaan (participatory action research). Kajian tindakan amalan merupakan suatu kajian tentang amalan guru di bilik darjah secara individu ataupun berkumpulan dengan memberi fokus kepada amalan guru dan pembelajaran murid untuk menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Manakala kajian tindakan penyertaan merupakan satu pendekatan kajian dalam usaha memperbaiki pengurusan sekolah ataupun sesuatu program dengan memberi fokus kepada penyertaan dan tindakan untuk memahami persekitaran dan berusaha mengubahnya, secara kolaboratif dan refleksi berterusan.

Menurut Miller dan Maguire (2009), kajian tindakan penyertaan sebagai “done by practitioners to examine their own beliefs and practices more critically”, (ms. 81). Soon (2007) mencadangkan agar kajian tindakan penyertaan menggunakan Gelung Interaksi Kajian Tindakan Stringer (1999). Dalam rajah di bawah, gelung interaksi melibatkan tiga fasa iaitu: i.

lihat, ii. fikir, dan iii. bertindak.

(5)

Rajah 2: Gelung Interaksi Kajian Tindakan (Stringer, 1999)

Dalam Rajah 2, seperti yang dicadangkan oleh Stringer (1999), saya bersama-sama MLT melihat (look) dan menganalisis penskoran Standard 4 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang ke-2 (SKPMg2), Pengajaran dan Pemudahcaraan untuk membina satu gambaran bagi memahami isu dan mengumpul data. Fasa seterusnya berfikir (think), iaitu mentafsir isu-isu dengan lebih mendalam dan mengenal pasti keutamaan bagi menjalankan tindakan. Pada fasa terakhir, penyelidik bertindak (act), iaitu menghasilkan penyelesaian- penyelesaian yang praktikal terhadap masalah-masalah yang timbul termasuklah melaksanakan pelan, dan menilai dari segi keberkesanan dan pencapaian.

Kajian ini menggunakan instrumen penskoran Standard 4 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang ke-2 (SKPMg2) yang merupakan satu instrumen penilaian pengajaran dan pemudahcaraan guru. Guru berperanan sebagai pemudah cara dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang berkesan untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan. Aspek yang dinilai ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah. Setiap aspek memberi wajaran yang berbeza, dan jumlah keseluruhan akan memberi penarafan PdPc guru sama ada cemerlang, baik, sederhana, lemah dan sangat lemah. Skor tersebut akan dimasukkan ke dalam Portal NKRA oleh pihak sekolah.

Jadual 1: Aspek dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) Standard 4

ASPEK WAJARAN

(%)

PENSKORAN

TARAF PERATUS 4.1 Guru sebagai perancang 10 CEMERLANG 90.00 – 100.00 4.2 Guru sebagai pengawal 15 BAIK 80.00 – 89.99 4.3 Guru sebagai pembimbing 15 SEDERHANA 50.00 – 79.99 4.4 Guru sebagai pendorong 30 LEMAH 20.00 – 49.99 4.5 Guru sebagai penilai 10 SANGAT LEMAH 0 – 19.99 4.6 Murid sebagai pembelajar aktif 20

Rajah 3 di bawah menunjukkan tiga aktiviti yang telah dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran MLT melaksanakan bimbingan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran.

Kumpulan sasaran kajian ini adalah 4 orang MLT di sebuah sekolah menengah dalam Daerah Kota Setar. Jadual 2 menunjukkan semua bidang yang terlibat dan pengalaman setiap MLT menjawat jawatan guru kanan di sekolah berkenaan. Hanya seorang MLT mempunyai pengalaman lebih daripada 10 tahun sebagai guru kanan.

(6)

Rajah 3: Pelaksanaan Kajian Tindakan Jadual 2: Kumpulan Sasaran Kajian

KOD MLT BIDANG PENGALAMAN

M1 Kemanusiaan 12 tahun

M2 Teknik Vokasional (TVET) 5 tahun

M3 Sains 6 tahun

M4 Bahasa 6 tahun

Pelaksanaan aktiviti

Aktiviti 1: One Page Project Plan (OPPP)

OPPP merupakan satu alat perancangan projek di atas satu muka surat yang mengandungi maklumat tentang isu, penyataan masalah, punca masalah, objektif, fokus intervensi/ tindakan, tindakan, kumpulan sasaran, tinjauan awal/ penilaian akhir, data sokongan, tarikh mula dan akhir intervensi, tajuk dan nama MLT. Menggunakan root cause analysis, MLT dibimbing untuk membuat soalan-soalan reflektif kendiri dan menjawab soalan tersebut.

Rajah 4: One Page Project Plan (OPPP)

(7)

Aktiviti 2: Pair Observation and Demonstration (POnD)

Pair observation merupakan satu intervensi yang dilaksanakan bagi membimbing MLT meningkatkan keberkesanan bimbingan berdasarkan SKPMg2 Standard 4. Pada peringkat awal, saya dan semua MLT telah membuat pencerapan ke atas seorang guru yang dipilih. Saya membuat demonstrasi bimbingan ke atas guru menggunakan Model OSKAR yang diperkenalkan sebelum pencerapan dilaksanakan. Markah pencerapan dijadikan purata dan dibandingkan dengan skor oleh SISC+. Selepas aktiviti bimbingan dilaksanakan, saya dan MLT membuat penyelerasan skor bagi menetapkan skor akhir kepada guru berkenaan. Proses seterusnya, adalah bimbingan oleh MLT yang akan mencerap bersama-sama SISC+ seorang guru di bidang masing-masing dan akan membuat bimbingan kepada guru terlibat manakala SISC+ membuat pemerhatian proses bimbingan. Temu bual SISC+ dilaksanakan bagi menentukan tahap refleksi MLT terhadap PdP guru berkenaan. Pada peringkat awal, POnD dirancang tiga kali bagi setiap MLT, namun pendamic Covic 19 yang melanda menyebabkan hanya dua kali POnD dilaksanakan. Proses pelaksanaan POnD ditunjukkan dalam Rajah 5 di bawah.

Rajah 5: Proses Pair Observation and Demontration (POnD)

Aktiviti 3: OSKAR in Action (OiA)

Pendamic Covid 19 yang melanda Malaysia pada pertengahan Mac 2020 menyebabkan proses PdP secara bersemuka terpaksa dilaksanakan secara pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Penggunaan Instrumen SKPMg2 agak terhad kerana saya serta MLT masih kurang mahir menggunakannya dalam norma baharu ini. Justeru, saya menghasilkan satu senarai semak yang lebih mudah berasaskan aspek yang ada dalam SKPMg2 Standard 4 yang dikenali sebagai Borang Senarai Semak PdPR (Rajah 6). Namun, penggunaan boring ini bukan bersifat pengukuran, tetapi bersifat bimbingan kerana saya telah menerapkan Model OSKAR ke dalam senarai semak tersebut. Model OSKAR telah dibangunkan Jackson dan McKergow (2002) berdasarkan outcome (O), scaling (S), Know-How (K), Affirm & Action (A), dan Review (R).

Huraian adalah seperti di bawah:

i. Outcome (Hasil): Menetapkan matlamat atau hasil daripada sesi coaching yag dijalankan serta hasil yang diharapkan oleh MLT. Apakah matlamat yang ingin diperolehi oleh MLT?

ii. Scaling (Penskalaan): Tahap pengukuran di sini adalah bagi MLT menentukan tahap situasi isu yang dibincang pada ketika itu dalam skala. Contohnya, dalam skala 1 hingga 10, 1 tahap paling rendah, 10 mewakili paling tinggi, nyatakan tahap guru merancang pengajaran dan pembelajaran pada hari ini.

(8)

iii. Know-How (Apa yang diketahui): Penentuan pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat yang diingini. Bagaimana tahap pelaksanaan bimbingan anda dapat ditingkatkan?

iv. Affirm & Action (Penetapan dan tindakan): SISC+ memberi maklum balas ke atas komen- komen positif tentang kekuatan MLT dan seterusnya membantu mereka menjelaskan tindakan-tindakan yang boleh diambil oleh MLT.

v. Review (Ulang semula): SISC+ membantu MLT menyatakan semula tindakan-tindakan yang akan diambil serta tarikh yang ditetapkan.

Rajah 6: Contoh Senarai Semak PdPR 4. Dapatan Kajian

Bahagian ini akan membincangkan dapatan kajian berasaskan tinjauan masalah dan tindakan yang telah dilaksanakan. Berdasarkan markah yang dimasukkan ke dalam Portal NKRA, saya telah menganalisis pencapaian skor SKPMg2 Standard 4 guru-guru di SMK A mengikut bidang. Jadual 3 menunjukkan terdapat jurang yang ketara dalam penskoran mengikut bidang dengan Bidang Teknik Vokasional, 100% guru-guru berada pada taraf cemerlang berbanding bidang yang lain. Manakala, 7 guru (38.89%) Bidang Kemanusiaan hanya mencapai taraf baik.

Tiada guru yang mencapai taraf sederhana, lemah dan sangat lemah direkodkan.

Jadual 3: Skor SKPMg2 guru-guru SMK A

BIDANG CEMERLANG BAIK

BIL. % BIL %

SAINS 10 66.67 5 33.33

BAHASA 8 66.67 4 33.33

KEMANUSIAAN 11 61.11 7 38.89

TEKNIK & VOKASIONAL 5 100.00 0 0.00

Daripada dapatan tersebut, saya telah melihat dua aspek iaitu kemungkinan keputusan tersebut menggambarkan kualiti PdPC sebenar guru atau kemungkinan berlaku perbezaan

(9)

kefahaman dalam kalangan pentadbir semasa proses pencerapan dilakukan. Bagi mengkaji isu tersebut, saya dan semua MLT terlibat telah membuat pencerapan ke atas seorang guru dalam Bidang TVET. Dapatan skor SISC+ dan purata skor MLT menunjukkan jurang yang besar iaitu sebanyak 22.63%. Kesemua MLT memberikan taraf cemerlang (purata 91.08%), manakala SISC+ memberikan taraf sederhana (68.45%). Dapatan menunjukkan terdapat jurang yang amat ketara dalam kefahaman MLT memberikan skor berdasarkan SKPMg2 Standard 4 yang digunakan. Perbincangan seterusnya antara MLT dan SISC+ bersetuju untuk memberikan skor 69.73% kepada guru yang dicerap berdasarkan eviden yang dicatat.

Jadual 4: Perbandingan Skor SISC+ dan Purata Skor MLT

Observation 1 JUMLAH TARAF

SISC+ 68.45 SEDERHANA

PURATA MLT 91.08 CEMERLANG

SETUJU 69.73 SEDERHANA

Kami juga melihat jurang antara skor yang dipersetujui dengan skor sebenar instrumen yang digunakan (Rajah 7). Dapatan menunjukkan Aspek 4.6 Murid Sebagai Pembelajar Aktif menunjukkan jurang yang sangat besar. Maka, kami bersetuju untuk memfokuskan kepada aspek tersebut dalam bimbingan MLT kepada guru di bidang masing-masing.

Rajah 7: Jurang penskoran antara SISC+, MLT dan Skor Dipersetujui

Objektif 1: Meningkatkan amalan reflektif kendiri dalam kalangan MLT Pelaksanaan Aktiviti 1

Pada aktiviti 1, semua MLT diminta untuk membuat refleksi tentang isu berkaitan Aspek 4.6 Murid Sebagai Pembelajar Aktif berdasarkan pemerhatian PdP guru masing-masing pada kali pertama. Alat yang digunakan oleh MLT adalah One Page Project Plan terutamanya pada bahagian 4Y Root Cause Analysis (Rujuk Rajah 4). Hasil tersebut dibincang bersama-sama dengan SISC+.

Pemerhatian Aktiviti 1:

Pada peringkat awal penggunaan OPPP, kebanyakkan MLT hanya menulis soalan dan jawapan pada bahagian pertama sahaja. Soalan reflektif kendiri hanya berfokus kepada murid berbanding dengan faktor guru, persekitaran, bahan sokongan dan sebagainya. Dapatan

(10)

pemerhatian dan rekod catatan bimbingan menunjukkan penggunaan OPPP dapat meningkatkan tahap refleksi MLT dalam membuat bimbingan PdP. Rajah 8 menunjukkan perbandingan tahap reflektif MLT sebelum dan selepas penggunaan OPPP. Sebelum pengguaan OPPP, tiga MLT hanya berada pada tahap deskriptif dan hanya seorang MLT dapat mmbuat refleksi pada tahap reflektif deskriptif.

Rajah 8: Perbandingan Tahap Reflektif Sebelum Dan Selepas Penggunaan OPPP Contoh tahap refleksi ditunjukkan di bawah berdasarkan catatan bimbingan.

Contoh Deskriptif

Kelas tu memang macam tu. Kehadiran adalah masalah utama. Mereka memang pasif. Cikgu tanya soalan, cikgu jawab sendiri soalan” (Catatan bimbingan M4).

M4 hanya melapor apa yang berlaku semasa PdP

Contoh Reflektif Deskriptif

Murid kurang aktif mungkin disebabkan PdP terlalu berpusatkan guru. Cikgu ada Tanya soalan tetapi saya perasan masa murid nak jawab tu sekejap. Kalau cikgu bagi masa sikit, mungkin ada yang nak cuba jawab” (Catatan bimbingan M1).

M1 boleh memberi sebab, akibat dan justifikasi.

Contoh Reflektif Dialog

Saya tengok, mungkin murid agak pasif hari ni. Mungkin sebab kita ada. Tapi tu bukan alasan. Saya rasa cikgu tadi perlu bertanya pada diri sendiri, kenapa murid tak mau jawab soalan dalam kelas dia?. Kalau saya sendiri pun, memang sebab nak habiskan apa yang kita rancang hari ni la” (Catatan bimbingan M3).

M3 boleh berhujah dengan diri sendiri atau orang lain tentang sebab, akibat dan memberi justifikasi tentang tindakan yang sepatutnya dilakukan terhadap PdP yang akan datang

Objektif 2: Mengurangkan jurang penskoran SKPMg2 S4 antara SISC+ dan MLT Pelaksanaan Aktiviti 2:

POnD telah dirancang untuk dilaksanakan sebanyak tiga kali namun disebabkan oleh Pendamic Covic -19 membolehkan POnD dilaksanakan dua kali. Pada POnD yang pertama, semua MLT telah membimbing guru melalui penyeliaan PdP secara bersemuka. Skor bagi bimbingan pertama tidak dibandingkan dengan skor SISC+. Skor bagi POnD yang kedua telah digunakan

(11)

bagi mengukur jurang antara SISC+ dan MLT. Tujuan melihat jurang adalah untuk memastikan perbezaan kefahaman antara SISC+ dan MLT dalam menggunakan instrumen tersebut dapat dikurangkan dan seterusnya amalan refleksi dapat ditingkatkan.

Pemerhatian aktiviti 2:

Pada pelaksanaan POnD yang pertama, semua MLT lebih berhati-hati memberi skor dan menggunakan panduan penskoran yang diberikan. MLT juga dilihat memperuntukan masa yang lebih lama dalam membuat postobservation dengan guru. Pada POnD kali kedua, MLT cuba menggunakan Model OSKAR dalam bimbingan dan mengakui dengan menggunakan skala, guru lebih terbuka untuk bercakap berdasarkan skala yang diberikan. Jadual 5 di bawah menunjukkan perbandingan skor SKPMg2 dengan purata skor MLT pada POnD kali kedua.

Dapatan menunjukkan perbezaan skor tersebut berjaya dikurangkan dan telah mencapai kurang daripada 5%.

Jadual 5: Perbandingan Skor SKPMG2 dengan Purata Skor MLT Pada Pond Ke-2

ASPEK SISC+ PURATA MLT

4.1 9.38 8.74

4.2 8.74 8.74

4.77 4.30

4.3 12.75 13.31

4.4 19.66 21.67

3.83 4.53

4.5 8.50 8.50

4.6 15.73 17.34

JUMLAH (%) 83.36 87.13

Objektif 3: Meningkatkan amalan Reflektif Kritikal dalam kalangan MLT melalui penggunaan Model OSKAR

Pelaksanaan aktiviti 3:

Aktiviti 3 dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelalajaran di rumah (PdPR).

Pelaksanaan PdPR merupakan satu norma baharu dalam penyeliaan pengajaran dan pembelajaran bagi saya dan MLT di bawah bimbingan. Kami bersetuju untuk menjadikan pemerhatian PdPR guru-guru sebagai proses bimbingan dan memberi semangat kepada guru- guru di bawah bidang masing-masing. PdPR yang dilaksanakan menggunakan aplikasi telegram memandangkan terdapat pelbagai kekangan dalam pelaksanaan PdPR dalam kalangan murid.

Pemerhatian aktiviti 3:

Penggunaan senarai semak PdPR yang digabungkan dengan Model OSKAR sangat membantu MLT memberi bimbingan kepada guru masing-masing. MLT mengakui bahawa penggunaan senarai semak tersebut tidak memberi tekanan kepada guru dan memudahkan mereka membuat bimbingan. Dapatan kajian melalui catatan bimbingan menunjukkan, penggunaan skala dalam Model OSKAR telah membantu meningkatkan tahap refleksi guru dalam melaksanakan bimbingan. Jadual 6 menunjukkan tiga MLT telah berjaya meningkatkan tahap refleksi mereka ke tahap reflektif kritikal. Contoh catatan bimbingan M2 menunjukkan MLT telah berjaya

(12)

membuat refleksi dengan lebih baik selepas menggunakan Model OSKAR dan senarai semak PdPR.

Jadual 6: Tahap Reflektif MLT dalam Bimbingan PdPR Guru

KOD

MLT Deskriptif Reflektif Deskriptif

Reflektif Dialog

Reflektif Kritikal M1

M2 M3 M4

Contoh Reflektif Kritikal:

SISC+ : Kalau skala 1 tahap paling rendah hingga 10 tahap paling tinggi, apa yang Cikgu M2 nak beri pada aspek murid sebagai pembelajar aktif?

M2 : Saya bagi skala 6.

SISC+ : Kalau nak tingkatkan ke skala 7 dan ke atas apa cadangan tindakan Cikgu M2?

M2 : Mungkin sebab PdPR ni…cikgu pun masih dok cari cara terbaik. Kita tengok cikgu hanya guna group telegram dan macam satu hala saja…mungkin cikgu boleh bagi tanda emoji..untuk galakkan murid respon. Cikgu tadi okay. Dia prepare, tapi kalau dia bagi bahan tu lebih awal..okay juga. Biasala..budak-budak ni, ada yang kongsi phone. Nanti saya cuba minta cikgu buat yang tu.

M2 berupaya berhujah dengan diri sendiri atau orang lain tentang sebab, akibat dan membuat keputusan serta melaksanakan tindakan sewajarnya.

5. Perbincangan dan Kesimpulan

Pemimpin pertengahan memerlukan tahap kemahiran yang tinggi dalam membina hubungan interpersonal (Bassett, 2016). Kajian tindakan yang dijalankan telah membantu MLT memahami konsep bimbingan bagi meningkatkan kualiti PdP guru. Kajian menunjukkan proses pembelajaran dalam kalangan MLT telah dibina berdasarkan pengalaman yang diperoleh daripada latihan dan amalan mereka dan diikuti dengan refleksi. Maka, Kolb (1984) menegaskan apabila seseorang itu melalui kitarannya kembali, seseorang itu dapat membina ilmu pengetahuan dan pemahaman diri dari semasa ke semasa. MLT bertanggungjawab untuk meningkatkan proses pengajaran dengan memberi bimbingan langsung kepada guru dan mendorong latihan dalaman (Abdul Ghani Kanesan Abdullah, 2019). Tindakan yang dirancang secara sistematik menggunakan kajian tindakan penyertaan seperti yang disarankan oleh Stringer (1999), membolehkan MLT membina pengetahuan melalui amalan refleksi kendiri.

Dapatan kajian menunjukkan Model Refleksi Kolb (1984) dan Gelung Interaksi Kajian Tindakan (Stringer, 1999), merupakan dua model pembelajaran berasaskan pengalaman yang boleh meningkatkan kualiti bimbingan SISC+.

Penggunaan OPPP dalam coaching berjaya meningkatkan amalan refletif MLT.

Penggunaan OPPP telah berjaya meningkatkan tahap amalan reflektif MLT daripada tahap

(13)

deskriptif kepada tahap dialog dan kritikal. Dapatan kajian Marziah Md. Rahim dan Zanaton H. Iksan (2015) juga menunjukkan hanya beberapa orang guru cemerlang dapat membuat refleksi kritikal dalam sesi video critique pengajaran guru. Hal ini menunjukkan, perlunya amalan reflektif dilihat sebagai fokus latihan terutamanya dalam membimbing MLT. Menurut Shamsiah Md Nasir dan Nil Farakh Sulaiman (2015), membuat refleksi ke atas amalan telah menjadi elemen kecekapan profesional yang diperlukan untuk merapatkan jurang teori dan praktikal kepada mana-mana profesion. Maka, perlunya pendedahan terhadap amalan reflektif semasa proses pemerhatian agar guru mendapat maklum balas yang mendalam dan bermakna hasil bimbingan oleh MLT.

Pendemic Covid-19 yang melanda telah menyebabkan amalan penyeliaan PdP MLT ke atas guru-guru di bidang masing-masing berubah daripada penyeliaan bersemuka kepada secara online. Penggunaan Model OSKAR telah meningkatkan keupayaan MLT memberi bimbingan secara klinikal kepada guru masing-masing melalui kualiti refleksi yang dilaksanakan. Marziah Md. Rahim dan Zanaton H. Iksan (2015), menegaskan bahawa, guru yang berfikiran reflektif juga dapat meningkatkan kecekapannya dalam menghadapi suasana PdP yang mencabar serta bertindak secara kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran murid. Justeru, MLT terus lebih kreatif menggunakan Model OSKAR atau mana-mana alat bimbingan bagi memastikan proses pemikiran reflektif juga cenderung melibatkan guru menyedari serta berupaya membuat penilaian secara kritikal terhadap situasi amalan mereka sendiri.

MLT yang dibimbing mengakui masa merupakan faktor utama dalam membimbing guru membuat refleksi. Malah kaedah yang sistematik juga diperlukan. Dapatan ini adalah selari dengan kajian oleh Zaharah Hussin dan Fatimah Saleh (2008), Shamsiah Md Nasir dan Nil Farakh Sulaiman (2015). Justeru, bimbingan MLT ke atas guru di bidang masing-masing perlukan dirancang dan dilaksanakan secara sistematik.

Moss, Sloan dan Sandor (2009), telah membuktikan bahawa coaching dan kajian tindakan merupakan program perkembangan profesionalisme berterusan guru yang telah memberikan impak tinggi dalam kalangan guru yang melaksanakannya. Kajian tindakan penyertaan merupakan inisiatif yang positif dalam melaksanakan coaching bersama-sama guru-guru terutamanya dalam mewujudkan hubungan antara SISC+ dan guru dibimbing.

Pelaksanaan kajian tindakan penyertaan ini memenuhi hasrat KPM iaitu SISC+ akan dapat memberi tumpuan penuh sebagai pembimbing (coach) dan mentor dalam membina hubungan yang kukuh dengan guru melalui sokongan yang disesuaikan mengikut tahap prestasi sekolah tersebut (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Seseorang SISC+ yang menjalankan kajian tindakan bagi memperbaiki amalannya sebenarnya terlibat dalam self-reflective research (Soon, 2007). Dalam perkataan lain, kajian tindakan merupakan satu bentuk perkembangan profesionalisme seseorang SISC+. Kajian Tindakan Penyertaan menyediakan satu ruang melihat proses C&M, merancang dan berfikir tentang sesuatu tindakan, bertindak mengikut keperluan konteks masing-masing yang akhirnya membentuk satu gelung bertindak.

Amalan self-reflective dalam kalangan SISC+ bersama-sama guru dibimbing masing-masing merupakan tindakan yang boleh dilakukan bagi mengubah pemikiran dan tindakan.

(14)

Leong (2010), dalam Preface bukunya, Empowering Asian Mindsets Through Coaching, menyatakan idea tentang transformasi ibarat kitaran hidup rama-rama iaitu “…from an egg to a wringgly caterpillar, then a dormant chrysalis (pupa) before transforming into a beautiful butterfly. Each stage of transformation is a totally different form, unrecognizable from a previuos one” Menurutnya, ramai di antara kita yang terlalu lama berada dalam keadaan pupa, seumpama pemikiran kita. Menguasai pemikiran dan seterusnya mengubahnya dalam kalangan MLT merupakan cabaran yang besar bagi SISC+. Apabila transformasi dalam pemikiran kita berlaku, maka segala aspirasi yang dinyatakan dalam PPPM 2013 – 2025 dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Rujukan

Abdul Ghani Kanesan Abdullah, Abdul Jalil Ali, AlAmin Mydin & Nor Aiza Zamzam Amin (2019). Exploring Capacity of Middle Managers as Instructional Leadership to Lead Transformations of Teaching and Learning in Malaysian High Performing Schools.

Dalam International Journal Academic Research Business and Social Sciences, 9(3), 1132–1142. Daripada DOI: 10.6007/IJARBSS/v9-i3/5773 pada 12.8.2021

Airasian, P. & Gay, L.R. (2003). Educational Research: Competencies for Analysis and Application (Seventh edition). New Jersey: Merrill Prentice Hall

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.(2008).

Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: BPPPDP, KPM.

Bassett, M. (2016). The role of middle leaders in New Zealand secondary schools: Expectations and challenges. Dalam Waikato Journal of Education, 21 (1), ms. 98 – 107. Dicapai daripada https://files.eric.ed.gov/fulltext/EJ1233355.pdf pada 12.8.2021.

Boon Pong Ying (2008). Amalan Reflektif Ke Arah Peningkatan Profesionalime Diri Guru.

Dalam Jurnal IPBA, 3(2), ms. 102 – 109. Dicapai daripada

https://www.academia.edu/4437368/AMALAN_REFLEKTIF_KE_ARAH_PENINGKATAN_PR OFESIONALIME_DIRI_GURU_Boon_Pong_Ying pada 12.3.2020.

Creswell, J.W. (2005). Educational Research: Planning, Conducting, And Evaluating Quantitative And Qualitative Research. 2nd ed. Upper Saddle River, NJ: Pearson Prentice Hall.

Creswell, J. W. (2008). Educational Research: Planning, Conducting, And Evaluating Quantitative And Qualitative Research (3nd ed.). Upper Saddle River, New Jersey:

Pearson Education, Inc.

Fariba Mirzaei, Fatin Aliah Phang dan Hamidreza Kashefi (2014). Measuring Teachers Reflective Thinking Skills. Dalam Procedia - Social and Behavioral Sciences 141 (2014) ms. 640 – 647. Capaian daripada https://www.researchgate.net/publication/270846070 pada 15.4.2021

Harris, A. & Jones, M. (2017). Middle leaders matter: Reflections, Recognition, And Renaissance. Dalam School Leadership & Management, 37(3), ms. 213-216. Capaian daripada DOI: 10.1080/13632434.2017.1323398 pada 15.4.2021

Hatton, N. dan Smith, D. (1995). Reflection In Teacher Education: Towards Definition And Implementation. Dalam Teacher and Teacher Education, 11(1), ms. 33-49.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013- 2025 (Pendidikan Prasekolah Hingga Lepas Menengah). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

(15)

Kolb, D. A. (1984). Experiential Learning As A Source Of Development. New Jersey: Prentice Hall.

Leong Wai Keong (2010). Empowering Asian Mindsets Through Coaching. Kuala Lumpur:

Pelanduk Publication.

Marziah Md. Rahim & Zanaton H. Iksan (2015). Model Refleksi Guru Cemerlang Terhadap

“Video Critique". Dalam Proceeding: 7th International Seminar on Regional Education, November 5-7, 2015 ms 880 – 894. Capaian daripada https://isre.prosiding.unri.ac.id/index.php/ISRE/article/view/3102 pada 15.4.2021 Miller, M.B. & Maguire, P. (2009). Participatory Action Research: Contribution to the

Development of Practitioner Inquiry in Education. Educational Action Research, 17 (1): ms. 79 – 93.

Prince, T., Snowden, E. & Mathews, B. (2010). Utilising Peer Coaching as a Tool to Improve Students-Teacher Confidence and Support the Development of Classroom Practice.

Literacy Information and Computer. Dalam Education Journal, 1(1): ms. 49 – 51.

Dicapai daripada https://www.researchgate.net/publication/228486071_Utilising _Peer_Coaching_as_a_Tool_to_Improve_StudentTeacher_Confidence_and_Support_th e_Development_of_Classroom_Practice pada 12.3.2020

Shamsiah Md Nasir & Nil Farakh Sulaiman (2015). Pemikiran Reflektif: Meneroka Amalan Pemikiran Siswa Pendidik. Dalam Jurnal Personalia Pelajar, 18(2), ms. 61 -68. Dicapai daripada http://journalarticle.ukm.my/10870/1/Shamsiah-Md-Nasir.pdf pada 12.3.2020 Rozali Din (2021). Tahap amalan pemimpin pertengahan (mlt) meningkatan kualiti guru dan

meningkatkan pencapaian murid merujuk SKPMg2 std 3, Dalam Mendepani Pendidikan Revolusi 4.0. Capaian daripada https://easychair.org/publications/preprint/X5Sr pada 17.8.2021

Soon Seng Thah (2007). Perkembangan terkini dalam kajian tindakan. Kertas kerja Kursus Pemantapan Jurulatih Utama Kajian Tindakan. Anjuran Unit Penyelidikan Dasar Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kedah, 5-8 Februari.

Stringer, E.T. (1997). Action research: A handbook for practitioners. Thousand Oaks, CA:

Sage Publications. Capaian dariada http://repository.umpwr.ac.id:8080/bitstream

/handle/123456789/3706/ Action%20Research.pdf?sequence=1&isAllowed=y

Sukor Beram, Marinah Awang dan Ramlee Ismail (2020). Elemen Model Kompetensi Pemimpin Pertengahan: Satu Analisis Keperluan. Dalam Journal of Educational Research and Indigeneous Studies, 2(1). Dicapai daripada https://www.researchgate.net/publication/345972919 pada 31.8.2021

Toh Wah Seng (2009). Penyelidikan Tindakan: Perkembangan Profesionalisme Ke Arah Pengamalan Reflektif Dan Penambahbaikan Sekolah. Dalam Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005. Dicapai daripada

https://www.academia.edu/8787644/PENYELIDIKAN_TINDAKAN_PERKEMBANGAN_PROF ESIONALISME_KE_ARAH_PENGAMALAN_REFLEKTIF_DAN_PENAMBAHBAIKAN_SEK OLAH pada 12.3.2020

Zaharah Hussin dan Fatimah Saleh (2008). Penilaian Kendiri Melalui Amalan Reflektif Dalam Pengajaran Matematik. Dalam Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains Dan Matematik, 11 – 12 Okt 2008. Capaian daripada https://dokumen.tips/documents/penilaian-kendiri-melalui- amalan-reflektif-dalam-kepada-refleksi-dalam-tindakan.html pada 12.3.2021

Referensi

Dokumen terkait

Hasil dari kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Daerah Kulai mempunyai tanggapan positif terhadap penyeliaan pengajaran yang dilaksanakan

Tujuan utama kertas kerja ini adalah untuk menerangkan bagaimana fungsi penyeliaan pengajaran dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) memainkan peranan penting

Daripada kajian ini, kefahaman responden boleh dibahagikan kepada empat aspek iaitu ( 1 ) konsep kualiti pengajaran; (2) konsep ISO 9000 dalam peningkatan kualiti pengajaran;

Kajian yang dijalankan ini adalah satu kajian kuantitatif yang mengkaji hubungan beban tugas akademik serta beban tugas bukan akademik dengan kualiti pengajaran dalam kalangan

Pada masa yang sama kajian ini telah berjaya menghasilkan model kualiti pengajaran berdasarkan interpretasi daripada Teori Behaviourisme (1940), Model Slavin (1994) dan

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan bimbingan pengajaran pensyarah dan guru pembimbing (perancangan pengajaran, pelaksanaan pengajaran, amalan refleksi, sikap dan

Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji sejauh manakah tahap kualiti penyeliaan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah oleh

Ini bertepatan dengan objektif kajian yang ingin dicapai iaitu, “Meneroka amalan kaedah pengajaran terbeza yang digunakan oleh guru dalam PdP bagi meningkatkan penguasaan kemahiran