• Tidak ada hasil yang ditemukan

MENINGKATKAN TAHAP KEMAHIRAN BERFIKIR AR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "MENINGKATKAN TAHAP KEMAHIRAN BERFIKIR AR"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

1

MENINGKATKAN TAHAP KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MALAYSIA MELALUI KOMUNITI

PEMBELAJARAN PROFESIONAL (KPP)

Norafidah Noralidin

Jabayan Penyelidikan Inovasi dan Profesionalisme Keguruan, IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah

Dan

Juliana Osong

Jabayan Penyelidikan Inovasi dan Profesionalisme Keguruan, IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah

ABSTRAK

ABSTRAK : Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan salah satu usaha pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memenuhi cabaran pendidikan abad ke-21. PBS diperkenalkan dengan tujuan untuk mewujudkan satu sistem pentaksiran yang autentik, kontekstual dan seterusnya meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid.Kajian yang menggunakan pendekatan kualitatif ini sebenarnya merupakan satu kolaborasi sebelas orang pensyarah di salah sebuah Institut Pendidikan Guru di Sabah yang mewakili bidang atau subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah melalui Komuniti Pembelajaran Profesionalisme (KPP). Antara peserta dalam kajian ini ialah guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 3. Dapatan kajian menunjukkan bahawa masalah timbul apabila KPP, perancangan pengajaran dan pembelajaran, KBAT dan rubrik penilaian didedahkan dan dilaksanakan secara serentak. Oleh itu, penambahbaikan dibuat dengan melaksanakannya secara berperingkat-peringkat sehinggalah diaplikasikan dalam bilik darjah. Kajian juga menunjukkan bahawa guru-guru menghadapi masalah apabila pensyarah terlalu menitikberatkan hasil yang sempurna sehingga setiap tugasan yang dihasilkan diubah suai serta diperbaiki dan ini menyebabkan guru sukar untuk mengaplikasikan idea masing-masing. Masalah juga timbul apabila jumlah ahli kumpulan yang terlalu ramai melebihi lima orang. Kajian juga menunjukkan bahawa, guru-guru telah berjaya merancang rancangan pengajaran yang berasaskan tugasan, walau bagaimanapun semasa proses pengajaran dan pembelajaran didapati guru-guru masih terpengaruh dengan corak pengajaran tradisional yang berpusatkan guru dan kurang memberi peluang murid menggunakan KBAT dalam menyiapkan tugasan mereka. Semasa proses kajian dilaksanakan, pengkaji juga mendapati bahawa, KPP bukan hanya dapat diterapkan dalam kalangan guru tetapi secara tidak langsung diaplikasikan juga dalam kalangan pensyarah dan pada akhir kajian juga guru-guru telah dapat menyatakan kelemahan dan kekuatan pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya mencadangkan beberapa usul untuk penambahbaikan.

(2)

2 PENDAHULUAN

Kepentingan menerapkan unsur kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kurikulum ditekankan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 - 2025 . Hal ini adalah kerana hasil Kajian PISA dan TIMSS yang menjadi salah satu input utama dalam merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025. Kesedaran pentingnya kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis ini juga timbul apabila prestasi negara kita semakin menurun dalam keputusan ' Trends in International Mathematics and Science Study” (TIMMS) dan PISA .

Jadual 1: Pencapaian Pelajar Malaysia dalam TIMMS Sumber: (Berita Semasa)

Tahun Skor Purata

(Matematik)

Skor Purata (Sains)

1999 492 492

2003 510 510

2007 471 471

2011 426 426

Sehubungan dengan itu, guru memainkan peranan penting dalam memastikan kurikulum yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Guru perlu melakukan satu perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, anjakan daripada budaya menghafal dan kaedah latih tubi yang diyakini memberi kesan kepada keputusan peperiksaan kepada pengajaran dan pembelajaran yang menekankan penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

PERNYATAAN MASALAH

(3)

3 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah :

1. Mengenal pasti strategi-strategi KPP yang digunakan untuk meningkatkan tahap penggunaan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru Bahasa Malaysia di sekolah yang dikaji.

SOALAN KAJIAN

Kajian ini diharapkan dapat menjawab soalan yang berikut:

1. Apakah strategi-strategi KPP yang digunakan untuk meningkatkan tahap penggunaan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru Bahasa Malaysia?

TINJAUAN LITERATUR

Kajian -kajian berkaitan penggunaan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran menunjukkan ramai dalam kalangan guru yang tahu tentang KBAT namun kurang berkemahiran tentang cara mengaplikasikannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Rajendran N. S (2008) berpendapat kekangan guru dalam pengajaran kemahiran berfikir ini adalah kurangnya pendedahan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini, ketidaksediaan guru dalam memikul tugasan mengajar kemahiran berfikir secara eksplisit dalam mata pelajaran diajar, dasar kurikulum yang lebih kepada peperiksaan sehingga mengabaikan penerapan kemahiran berfikir dan pendekatan pedagogi pengajaran pembelajaran yang kurang efektif dalam penerapan kemahiran berfikir. Di samping itu, Rajendran N.S (2001) dalam kajian ini mendapati bahawa guru-guru mengajar tanpa menyebatikan KBKK dalam pengajaran dan menurut pengkaji guru masih terikat dengan paradigma lama dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, hasil kajian Sharifah Nor,Nor Adibah, Mohd Mahzan dan Aliza (2012) juga menunjukkan bahawa guru-guru mempunyai kesedaran tinggi tentang kemahiran berfikir. Walau bagaimanapun mereka kurang pengetahuan untuk mengaplikasikannya dalam pengajaran dan pembelajaran.

Rafiei Hj. Mustafa (1998) juga telah menjalankan kajian ke atas 657 orang guru Bahasa Melayu dari 185 buah sekolah di seluruh negara mendapati bahawa pengetahuan guru tentang KBKK dalam proses pengajaran dan pembelajaran masih rendah. Kebanyakan guru (66%) tidak jelas tentang kaedah menerapkan unsur KBKK dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, walaupun ada yang telah diberi pendedahan secara formal.

(4)

4

memastikan pengalaman pengajaran menggunakan KBAT dapat dialami sepenuhnya oleh para guru.

Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) merujuk kepada budaya sekolah yang menggalakkan pembelajaran dalam kalangan guru di sekolah; budaya di mana mengajar bukan dianggap kerja masing-masing, tetapi lebih transparen untuk mendapatkan maklum balas dan melaksanakan penambahbaikan . (Fullan, 2007). Beberapa strategi telah disarankan apabila mengaplikasikan KPP di sekolah. Antara strategi tersebut ialah :

Jadual 2 : Strategi Membangunkan Komuniti Pembelajaran Profesional

Elemen KPP Strategi KPP

Dialog Reflektif  Menggunakan Protokol Perbincangan

 Kelab Buku

 Kumpulan Belajar

 Kritikan Video Pengajaran Guru

Penswastaan Amalan  Jejak Pembelajaran

 Bimbingan Rakan Sebaya Guru atau Pembimbing

Instruksi

 Belajar menggunakan Rancangan Pengajaran

Harian

 Sesi Perkongsian Guru Fokus Secara Kolektif

Terhadap Pembelajaran Murid

 Analisis Data

 Pemetaan Kurikulum

 Pentaksiran Serentak

 Kumpulan Rakan Kritikal

Kolaborasi  Pasukan Melintang & Menegak

 Induksi Guru Baharu /Pementoran

 Unit atau Projek antara Pelbagai Bidang

 Kumpulan Penyelesai Masalah

Norma dan Nilai

Dikongsi Bersama 

Aktiviti Visi

 Panduan Berasaskan Prinsip  Aktiviti Nilai

 Strategi &Tradisi yang Dikongsi Bersama

( Sumber : Modul PLC IPGK IBL)

(5)

5

komuniti guru yang berani mengambil risiko untuk mengecapi ganjaran, v) menjadikan seluruh komuniti guru sebagai sumber rujukan masyarakat sekitar, vi) memastikan kekuatan pembelajaran ditransformasikan kepada tindakan, vii) menghubung jalin sistem pemikiran dan perlaksanaan dan viii) memastikan kekuatan dan kemantapan visi dan misi sekolah adalah berdasarkan perkongsian bersama.

Tuntasnya, penggunaan strategi KPP untuk meningkatkan tahap penggunaan KBAT dalam pengajaran akan memberikan peluang kepada para guru untuk melibatkan diri secara total dan praktikal yang akhirnya akan membantu dalam menambahkan lagi kemahiran guru dalam mengaplikasikan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran.

METODOLOGI KAJIAN

Peserta kajian ini sebenarnya terdiri daripada 11 orang pengkaji dan 52 orang guru sekolah rendah yang terletak dalam bandar Kota Kinabalu. Walau bagaimanapun , kajian ini hanya akan memfokuskan peserta kajian yang mengajar Bahasa Malaysia untuk Tahun 3.

Kajian ini menggunakan model kajian tindakan. Pendekatan kualitatif digunakan untuk mengumpul data. Sebahagian besar data diperoleh melalui rakaman video dan gambar semasa aktiviti dijalankan. Data yang diperoleh didokumentasikan untuk catatan refleksi, penilaian dan seterusnya merancang aktiviti seterusnya. Temu duga separa berstruktur, pemerhatian dan analisis dokumen juga digunakan untuk mengukuhkan lagi dapatan kajian. Dapatan kajian akan dianalisis secara kualitatif untuk mengenal pasti corak dan dapatan-dapatan yang signifikan sebelum kesimpulan atau rumusan hasil kajian dihuraikan.

DAPATAN KAJIAN

Apakah strategi-strategi KPP yang digunakan untuk meningkatkan tahap penggunaan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru Bahasa Malaysia?

Pembentukan Komuniti Pembelajaran Profesional merupakan perkara pertama yang dilaksanakan dalam kajian ini. Kumpulan ini bukan sahaja dibentuk dalam kalangan guru, malah dalam kalangan pensyarah.Pada peringkat awal perancangan, kumpulan pengkaji hanya terdiri daripada lima orang sahaja, yang dipilih berdasarkan jabatan untuk subjek teras di sekolah rendah. Walau bagaimanapun, bilangan ini bertambah sebelas orang apabila guru besar sekolah yang disasarkan meminta agar program dijalankan dengan melibatkan kesemua 57 orang guru di sekolah tersebut. Sebelum lawatan pertama dijalankan, kami telah mengadakan beberapa sesi perbincangan untuk memastikan aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.

(6)

6

 Maklumat yang akan disampaikan perlu lebih kepada praktikal berbanding teori.

 Aktiviti yang dilaksanakan mestilah berbentuk eksperimen, maksudnya berpusatkan guru untuk memberikan mereka pengalaman berkaitan strategi KBAT,penilaian formatif dan merancang pengajaran.

 Guru-guru perlu diberi kebebasan untuk merancang dan melaksanakan aktiviti atau pengajaran mereka tanpa bantuan atau campur tangan daripada pengkaji. Pengkaji perlu berperanan sebagai fasilitator dan bukannya

mengetuai kumpulan guru-guru berkenaan.

Tugasan pertama yang diberikan kepada para guru ialah :

• Pakcik anda yang bekerja di Korea Selatan telah menghantar satu bank draf kepada anda berjumlah Won Korea 5 juta sebagai hadiah hari jadi. Anda membuat keputusan untuk pergi melancong semasa cuti Tahun Baru Cina yang akan datang. Anda bercadang untuk pergi ke tiga lokasi yang berlainan di sebuah negara dengan menjadikan isu alam sekitar sebagai asas pemilihan tempat. Rancang dan bentangkan.

Setiap kumpulan dikehendaki merancang percutian yang dinyatakan dalam tugasan.Penilaian dalam aktiviti ini akan menggunakan rubrik yang disediakan oleh pengkaji. Rubrik bagi mata pelajaran bahasa Malaysia adalah seperti yang berikut:

Jadual 1 : Rubrik Umum Bahasa Malaysia

Kategori Band and Kriteria

6 5 4 3 2 1

Bahasa Melayu:

MENDENGAR BERTUTUR MEMBACA

MENULIS

B6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali Memahami, menaakul dan menilai tentang sesuatu perkara daripada sumber yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dengan bertatasusila.

B5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji Memahami, menaakul dan memberikan respons atau menyampaikan sesuatu perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dalam pelbagai situasi dengan betul dan tepat.

B4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mengetahui, memahami dan memberikan respons terhadap maklumat yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dalam pelbagai situasi dengan betul.

B3 Tahu, Faham dan Boleh Buat Mengetahui, memahami dan memberikan respons terhadap perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis.

B2 Tahu dan Faham Mengetahui dan memahami perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis. B1 Tahu Mengetahui asas mendengar-bertutur, membaca dan menulis

(7)

7

Rajah 1 : Borang Penilaian Rakan Sebaya

Hasil pemerhatian dan analisis dokumen daripada tugasan di atas, beberapa perkara telah dikenal pasti iaitu:

 Guru-guru memberi maklum balas yang positif, namun disebabkan kekangan masa tugasan disiapkan dengan kadar yang cepat.

 Komen yang diberi antara guru semasa penilaian didapati terlalu umum dan kurang membantu sekiranya perlukan penambahbaikan.

 Para guru lebih berminat menggunakan rubrik yang umum seperti rubrik yang dihasilkan untuk Bahasa Malaysia dan Matematik.

Berdasarkan pemerhatian juga, didapati para guru dalam kumpulan perlu meningkatkan kerjasama sesama mereka. Mereka juga perlu belajar untuk memberikan pendapat, penilaian atau cadangan yang bernas terutama apabila membuat penilaian hasil tugasan rakan yang lain dan semasa membuat refleksi setelah sesuatu aktiviti dijalankan. Guru-guru juga perlu lebih didedahkan dengan penggunaan rubrik semasa membuat penilaian. Dalam tugasan pertama ini didapati bahawa para guru masih belum mahir dalam mengubah pedagogi mereka kepada bentuk yang berorientasikan KBAT.

Dalam perjumpaan yang kedua, para guru diminta memberikan maklum balas dan refleksi hasil tugasan yang pertama. Guru-guru diminta mencatatkan maklum balas mereka menggunakan borang yang diadaptasi daripada borang penilaian rakan sebaya. Borang ini telah diperbaiki oleh kumpulan pengkaji dan dinamakan borang NIQS.

(8)

8

Rajah 2 : Borang NIQS

Ruangan kosong dalam borang di atas digunakan untuk mencatat apa-apa maklumat yang mungkin tidak dikategorikan dalam empat kategori tersebut. Guru-guru telah diminta untuk menggunakan teknik pembelajaran Koperatif iaitu 'Think -Pair-Share' dalam melengkapkan borang NIQS. Perbincangan dalam kalangan guru telah menghasilkan jawapan yang berikut:

Jadual : Maklum Balas Borang NIQS

Baru Penting Soalan Cadangan

 Pembelajaran

berasaskan tugasan

 Tugasan secara

kolaboratif  Penilaian

aktiviti berdasarkan

rubrik dan

subjek

Pembelajara n koperatif

yang mana

pengajaran dirancang bersama-sama

 Bagaimanakah

aplikasi aktiviti

ini kepada

kumpulan pelajar yang lemah?

 Bagaimanakah

saya boleh

menerapkan KPP

dalam bilik

darjah?

 Bagaimana pula

modersi markah?

 Setiap kelas

dilengkapkan dengan LCD

 Kepelbagaian

kaedah

mengikut subjek

Maklum balas yang diberikan oleh para guru telah dijadikan panduan untuk merancang aktiviti dan tugasan yang seterusnya. Tugasan kedua ini memerlukan guru-guru merancang satu pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tema umum iaitu ' Sambutan Satu Perayaan dalam Kelas'. Banyak kekangan yang dihadapi oleh guru apabila tema telah

Apakah satu perkara BARU (NEW) yang anda pelajari?

Apakah satu perkara TERPENTING (IMPORTANT) yang

anda boleh aplikasikan?

Apakah satu SOALAN (QUESTION) yang anda ada? Apakah satu CADANGAN

(9)

9

ditetapkan. Masalah juga timbul apabila pengkaji sentiasa berusaha untuk membantu dan memastikan guru mengaplikasikan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran yang dirancang. Perubahan- perubahan yang sering dilakukan menyebabkan tugasan yang diberi ini mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Menyedari kelemahan ini, sepatutnya guru diberi kebebaskan untuk merancang pengajaran mereka.

Pengajaran yang dirancang akhirnya berjaya dilaksanakan di bilik darjah. Pengkaji menjadi pemerhati sepanjang pengajaran dilaksanakan. Rakaman video dibuat untuk dianalisis dan dibincangkan selepas pengajaran dan pembelajaran. Sebelum dan selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, guru perlu memikirkan soalan-soalan yang berikut:

Sebelum pengajaran

 Adakah aktiviti dirancang secara bekerjasama? Apakah buktinya?

 Adakah aktiviti yang dirancang berdasarkan silibus dan melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi?

 Adakah anda telah membentuk kumpulan heterogenus untuk tugasan kumpulan?

 Adakah anda telah membentuk rubrik yang akan digunakan dalam menilai kemahiran

berfikir dalam pengajaran dan pembelajaranyang dilaksanakan?

 Adakah anda pastikan pelajar memahami rubrik yang disediakan di samping faham tugas yang sepatutnya mereka laksanakan?

Soalan selepas pengajaran

 Adakah anda membuat catatan apabila memerhatikan pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran?

 Adakah objektif pengajaran jelas?

 Bagaimanakah pencapaian pelajar? Adakah mereka saling membantu? Buktikan

 Adakah semua pelajar berpeluang untuk melibatkan diri?

 Adakah pelajar sentiasa memberi tumpuan semasa pengajaran dan pembelajaran? Mengapa ?

Strategi-strategi yang dilaksanakan dalam kajian ini merupakan antara strategi yang dicadangkan dalam mewujudkan Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) di sekolah. Oleh itu, hasil daripada pelaksanaan aktiviti tersebut pengkaji dapat melihat perubahan-perubahan yang ketara dalam kalangan guru yang melibatkan penggunaan kemahiran KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran.

(10)

10

" Berlaku perbezaan pendapat tentang aktiviti yang sesuai dijalankan semasa sesi pengajaran, tiga orang guru mencadangkan aktiviti yang berbeza dengan teknik yang berbeza...walau bagaimanapun masalah dapat diselesaikan apabila ketua kumpulan mencadangkan agar aktiviti yang dicadangkan diperhalusi dan dipilih dengan menjadikan KBAT sebagai panduan utama"(Refleksi_BM_20/03/2013_NN)

Pengalaman bekerjasama menghasilkan rancangan pengajaran dan menyiapkan tugasan juga dipersetujui oleh guru-guru yang terlibat.

" kami telah mendapat banyak faedah daripada aktiviti yang dijalankan, rupanya menghasilkan rancangan pengajaran secara berkumpulan lebih baik berbanding bersendirian..perbezaan pendapat menjadikan apa-apa

yang kami rancang menjadi lebih baik.."( temu

bual_BM_29/04/2013_GBM)

Kerjasama antara ahli dalam kumpulan dan kumpulan untuk subjek yang lain juga jelas kelihatan semasa guru melaksanakan pengajaran dalam bilik darjah.

" Saya dapati, walaupun hanya seorang guru yang diperlukan untuk mengajar, guru-guru BM yang lain juga telah datang untuk membantu atau menjadi pemerhati...yang menarik juga ialah guru-guru untuk subjek lain, seperti Matematik dan Bahasa Inggeris juga turut hadir memberi sokongan kepada rakan mereka..ini situasi yang sangat menggalakkan" (Refleksi_BM_26/04/2013_NN)

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru telah berjaya mewujudkan satu suasana pembelajaran yang lebih berfokuskan murid. Kumpulan telah dibentuk dan setiap kumpulan diberi tugasan yang memerlukan mereka berfikir dan seterusnya akan

dibentangkan di hadapan rakan-rakan.Tugasan yang diberikan sememangnya

menggambarkan rancangan guru untuk memberi murid peluang memberikan pandangan dan pendapat sendiri. Dalam tugasan ini, murid dikehendaki merancang satu aktiviti yang boleh mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan murid. Aktiviti ini merupakan kesinambungan daripada aktiviti pertama yang meminta murid memberikan nilai berdasarkan gambar yang ditunjukkan.Pengkaji mendapati bahawa guru-guru Bahasa Malaysia telah mengaplikasikan aktiviti KBAT yang diaplikasikan kepada mereka sepanjang kajian dilaksanakan.

(11)

11

"Murid berada di tahap 1 dan aktiviti yang memberikan tugasan untuk berfikir sendiri kurang sesuai " ( Temu bual_BM_29/04/2013_GBM)

Pengkaji juga mendapati bahawa kebiasaan guru untuk sentiasa cuba memberi panduan dan petunjuk dalam memberikan jawapan masih berlaku sepanjang proses pengajaran dijalankan. Sebagai contoh untuk memastikan murid menjawab dengan betul tentang nilai yang hendak dikemukakan berdasarkan gambar guru memberi petunjuk seperti yang berikut:

" Apakah pakaian yang dipakai oleh pelajar dalam gambar?"

( BM_PdP01_25042013)

" Kita mestilah amalkan sikap bersopan...( pelajar sambung ...santun )" ( BM_PdP01_25042013)

Soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru kepada pelajar jelas menunjukkan bahawa guru mahu pelajar memberikan jawapan yang betul dan yang telah ditetapkan dalam perancangannya. Cara pengajaran guru tersebut menunjukkan bahawa guru masih lagi terikat dengan cara pengajaran konvensional yang lebih menekankan kepentingan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam aspek ini, guru masih perlu penambahbaikan, namun didapati guru-guru telah memberikan komen yang positif terhadap pelaksanaan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) yang diperkenalkan di sekolah ini.

" PLC membantu guru lebih kreatif dan hasilnya akan lahirlah murid yang kreatif. Idea guru dan murid dapat dicungkil untuk hasilkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik."

( Temu bual_BM_290413_GBM01)

"Membantu guru rancang aktiviti pengajaran yang menarik dan ubahkan cara tradisional,PLC ini dapat bantu khasnya guru-guru KSSR"

( Temu bual_BM_290413_GBM03)

"PLC program yang bagus, tambah kedayaupayaan guru membina pengajaran dan pembelajaran yang berkesan"

( Temu bual_BM_290413_GBM04)

"PLC ini telah mewujudkan satu suasana perbincangan antara guru-guru sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Perkara ini tidak berlaku sebelum ini. Guru didapati saling membantu untuk menyediakan satu persediaan pengajaran. Hasil perbincangan ini, akan memberikan idea yang banyak untuk menghasilkan pengajaran yang baik"

(12)

12

Guru-guru juga berkongsi pandangan tentang bagaimana mereka telah mula menguasai KBAT melalui KPP ini. Hal ini jelas apabila seorang guru memberikan pandangan berikut:

"Dalam PLC inilah saya belajar tentang HOTS, rasa susah untuk biasakan diri tetapi jika diaplikasikan sangat membantu murid"

( Temu bual_BM_290413_GBM02)

Guru juga berpendapat bahawa, murid telah menunjukkan minat dan seronok untuk belajar apabila KBAT diaplikasikan dalam pengajaran.

" Murid sangat seronok apabila diberi peluang untuk membentangkan hasil kerja mereka di hadapan, semasa berbincang juga berlaku perbalahan pendapat yang menunjukkan berlakunya proses perbincangan dan pembelajaran" ( Temu bual_BM_25042013_GBM)

Perubahan dalam pedagogi pengajaran bukannya sesuatu yang mudah dilaksanakan terutama dalam kalangan guru. Peranan guru sebagai pembekal ilmu sukar untuk diubah kepada pembimbing atau fasilitator semata-mata. . Guru juga didapati masih kurang yakin untuk membezakan tindakan yang membantu atau tidak semasa pengajaran. Hal ini jelas berdasarkan kenyataan berikut :

" Guru sepatutnya memberi contoh sebelum tugasan diberikan..; Seorang guru lain pula memberi pandangan "kalau kita beri contoh, saya pasti contoh yang diberi akan digunakan oleh setiap murid dalam tugasan mereka"

( Refleksi_BM_29/04/2013_NN)

(13)

13 RUMUSAN

Kejayaan Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) di sekolah ini sebenarnya hasil daripada sokongan pihak pentabdir sekolah yang sentiasa memberi sokongan dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan. Hal ini disokong oleh (Sargent & Hannum 2009) yang berpendapat bahawa KPP akan berjaya sekiranya ada sokongan yang kuat daripada pengetua/guru besar.

Walau bagaimanapun terdapat juga kekangan-kekangan yang berlaku khususnya dari segi penyertaan guru-guru sepanjang program dilaksanakan. Masalah timbul apabila aktiviti dijalankan setiap hari Isnin selepas waktu persekolahan. Guru-guru didapati terlibat dengan komitmen lain yang menyebabkan kehadiran mereka agak kurang memuaskan. Kumpulan pengkaji berpendapat, sekiranya aktiviti dilaksanakan pada masa persekolahan, program ini akan lebih berjaya dan tidak mengambil masa terluang para guru.

Pengetahuan berkaitan KBAT dalam kalangan guru masih perlu ditingkatkan. Hal ini kerana terdapat dalam kalangan mereka yang masih tidak jelas cara pelakasanaan KBAT dalam proses pengajaran. Hal ini ditambah lagi apabila mereka diperkenalkan pula dengan penggunaan rubrik dalam penilaian. Kepelbagaian kemahiran yang cuba diterapkan didapati terlalu berat untuk diserap oleh para guru.

Selain itu, strategi-strategi KPP yang dilaksanakan secara praktikal banyak memberi faedah kepada para guru. Guru-guru walau bagaimanapun perlu lebih peka untuk mempelajari dan menguasai KBAT sepanjang proses atau aktiviti dilaksanakan dan bukan hanya berfokus kepada hasil. Bagi pengkaji pula, campur tangan dalam setiap keputusan semasa guru membuat tugasan perlu dikurangkan atau dihentikan. Guru-guru patut diberi kebebasan untuk menentukan hala tuju kumpulan masing-masing.

Semasa mengimplentasikan KBAT dalam pengajaran, adalah lebih berkesan sekiranya isi pelajaran tidak difokuskan. Interaksi antara guru dan murid perlu diberi keutamaan. Hal ini kerana pelaksanaan KBAT yang dirancang tidak menjamin kejayaan pelaksanaannya. Guru perlu memberi kebebasan kepada murid untuk memberikan pandangan tanpa bantuan atau bimbingan. Suasana kelas akan lebih produktif sekiranya murid diberi peluang untuk memberikan pendapat dan meluahkan buah fikiran.

Jumlah ahli dalam satu kumpulan juga mempengaruhi kejayaan satu-satu perbincangan. Dalam kajian ini, kumpulan bahasa Malaysia yang terlalu ramai menyebabkan kesukaran untuk ahli berinteraksi dengan baik. Oleh itu dicadangkan agar ahli kumpulan ditetapkan dalam 4 - 5 orang sahaja.

KPP yang wujud dalam sekolah yang dikaji sebenarnya secara langsung telah membentuk KPP tersendiri untuk kumpulan pengkaji di institut pendidikan guru. Hal ini kerana, sebelum dan selepas pelaksanaan program di sekolah, kumpulan pengkaji akan bermesyuarat dan berbincang untuk mencari kekuatan, kelemahan dan membuat penambahbaikan. Perbincangan ini dibuat dengan berpandukan refleksi dan rakaman video yang diambil semasa aktiviti dijalankan.

(14)

14

Rujukan

Berita Semasa (n.d.) Retrieved April 16, 2013, from Berita Semasa: http://beritasemasa.com/timms-2011-malaysia-sains-matematik

Fullan, M. (2007). The new meaning of educational change, 4th Edition. New York: Teachers College Press

Himmele. W. (2011). Total Participation Techniques: Making Every Student an Active Learner. Alexandria, VA, USA: ASCD.

Modul PLC, Muat turun daripada

http://www.ipbl.edu.my/intra/sistem/PLC/MODUL%20KOMUNITI%20PEMBELAJ

ARAN%20PROFESIONAL.pdf pada 15 Mei 2014

Rafiei B. Hj Mustafa ( 1998) Kajian Tentang Kemahiran Berfikir secara kristis dan Kreatif (KBKK) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah.

Muat turun http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/1998/98_Rafiei.pdf pada 16 mei 2014

Rajendran N.S ( 2001) Pengajaran Kemahiran Aras Tinggi : Kesediaan guru Mengendalikan Proses Pengajaran dan Pembelajaran. muat turun nsrajendran.tripod.com/Papers/PPK12001A.pdf pada 18 Mei 2014.

Rajendran, N. S. (2008). Teaching and Acquiring Higher Order Thinking Skills Theory and Practice. Perak, UPSI. pp. 53, 59, 60.

Sargent, T., & Hannum, E. (2009). Doing more with less: Teacher professional learning communities in resource-constrained primary schools in rural China, Journal of Teacher Education, Vol 60, No.3, 258-276.

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan hasil validitas dengan jumlah 100 responden dapat diketahui bahwa seluruh pernyataan mengenai kemudahan, wawasan agama, promosi dan minat kredit pada

Komposisi terbaik dengan koefisien rejeksi terbesar dihasilkan pada membran kitosan-silika 1:2 Dari hasil penelitian yang telah dilakukan, membran kitosan-silika

Pengaruh ini meliputi peningkatan kadar polimer PEI dalam larutan cetak dan temperatur pengadukan yang telah menciptakan membran PEI dengan porositas yang lebih tinggi

Perubahan Jisatsu (自殺) dari segi alasan dan segi bentuknya tersendiri di Jepang pada masa tradisional dengan masa modern, yang semula sebagai bentuk loyalitas bergeser

Aktor-aktor yang mendukung penuh pemekaran juga memiliki argumen, jika pemekaran dilakukan, maka kepentingan masyarakat Tebo dan wilayah yang jauh dari ibukota

Sebagaimana dikemukakan oleh Kretner (1995) adalah sebuah proses dimana seseorang atau sebuah organisasi menjawab peluang sekalipun ketersediaan sumber daya yang

Satu-satunya pembatasan transaksi saham di bawah MERCOSUR adalah sebagai berikut: Investor harus berdomisili atau berkantor pusat di negara dimana investasi berasal;

Tujuan penelitian ini adalah untuk mengetahui pengaruh desentralisasi fiskal dalam konsep belanja daerah dan dalam konsep pendapatan daerah serta jumlah tenaga