• Tidak ada hasil yang ditemukan

Guna Tenaga Dalam Sektor Pembinaan Pbsss

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Guna Tenaga Dalam Sektor Pembinaan Pbsss"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

1.0 PENGENALAN

Dalam bab ini,guna tenaga bagi semua sektor di Malaysia akan dibincangkan terlebih dahulu sebelum guna tenaga dalam sektor pembinaan dikupas. Oleh itu,bagi mendalami isu ini,definisi guna tenaga diperjelaskan terlebih dahulu.Definisi guna tenaga dan pembinaan akan dinyatakan pada bahagian 1.1. Di dalam bab ini juga perkara-perkara berkaitan dengan guna tenaga di negara ini akan diperhalusi contohnya jumlah guna tenaga di semua sektor ekonomi,kekosongan yang terdapat pada sektor-sektor berkenaan,dan sumbangan sektor kepada KDNK negara.Seterusnya,bagi mencapai objektif kajian ini keperluan dan pemasalahan guna tenaga dalam sektor pembinaan akan dikaji dan di bincang.

1.1 Definisi Guna Tenaga

Tenaga manusia merangkumi semua orang yang berumur 15-64 tahun sama ada yang berkerja atau tidak,termasuklah mereka yang mencari pekerjaan secara aktif.Mereka yang terkeluar daripada definisi guna tenaga adlah mereka yang masih menuntut,suri rumah tangga,mereka yang tidak mencari pekerjaaan secara aktif kerana sesuatu sebab dan rang-orang yang telah bersara.

Tenaga buruh termasuklah mereka yang bekerja dan mereka yang menganggur dalam umur bekerja.Seserang yang bekerja ditakrifkan orang yang bekerja sekurang-kurangnya sehari semasa minggu rujukan untuk gaji atau keuntungan keluarga termasuk diri sendiri dan keluarga.

Guna tenaga amat penting kepada ekonomi negara kerana ia menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mengerakkan sektor ekonomi.Jadi, latihan dan pendidikan haruslah diberikan kepada tenaga manusia tempatan .Selain itu,teknik pengurusan sumber manusia memainkan peranan untuk membangunkan organisasi dan merancang guna tenaga negara.

1.2 Definisi Pembinaan

Sebenarnya orang ramai termasuk penggiat industri pembinaan sendiri masih keliru apakah yang dimaksudkan pembinaan itu sendiri. Jabatan Statistik Malaysia mendefinisikan pembinaan sebagai sebarang pembinaan baru,pengubahsuaian,membaik pulih dan

(3)

merobohkan,pemasangan sebarang mesin atau peralatan selepas kerja-kerja pembinaan asal disiapkan tetapi melibatkan perubahan kepada struktur bangunan untuk pemasangan baru.

(4)

PENYATAAN MASALAH

Diperhatikan sejak sedekad yang lalu kerajaan telah berusaha untuk meningkatkan jumlah tenaga mahir di seluruh negara dan mengurangkan pengambilan tenaga asing bukan sahaja bagi industri pembinaan tetapi untuk semua sektor.Tetapi usaha itu kurang berjaya dan kerajaan terpaksa membenarkan pengambilan pekerja asing bagi memenuhi permintaan guna tenaga di negara ini.

Terbaru melalui Bajet 2008,Perdana Menteri telah mengumumkan akan melatih pekerja melalui Program Latihan Masterskill bagi menanpung kekurangan pekerja mahir dalam sektor pembinaan di Malaysia.

Kekurangan tenaga mahir bukanlah perkara baru dan bukan sahaja berlaku dalam industri pembinaan malahan di semua sektor industri yang menggerakkan ekonomi negara.Didapati sektor binaan terus mengalami kekurangan tenaga mahir walaupun pelbagai usaha telah dijalankan untuk menghasilkan mempertingkatkan kemahiran pekerja dalam sektor ini.Disebabkan oleh kekurangan ini,industri telah didorong menggunakan buruh separuh mahir secara meluas.

(5)

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Matlamat kajian ini adalah untuk menganalisis pemasalahan kekurangan tenaga mahir yang di alami oleh industri pembinaan serta kesannya ke atas industri pembinaan di Malaysia.

Matlamat di atas akan dicapai melalui objektif dibawah :

i) Mengkaji arah aliran guna tenaga dalam sektor pembinaan pada tahun 2000 hingga tahun 2012.

ii) Mengenalpasti pemasalahan guna tenaga sektor pembinaan pada tahun 2003 hingga 2005

(6)

4.0 KAEDAH KAJIAN

Antara tujuan menyediakan reka bentuk kajian adalah untuk menghubungkaitkan persoalan/objektif kajian dengan hasil kajian. Terdapat beberapa kaedah yang digunakan iaitu:

4.1 Internet

Internet digunakan sebagai sumber sekunder untuk lebih memahami tentang kajian yang dijalankan. Penggunaan internet boleh digunakan dalam mendapatkan maklumat mengenai kadar pengangguran ini . Kaedah ini adalah bertujuan untuk dijadikan bukti sokongan dan mempercepatkan kaedah untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci. Ini juga merupakan kaedah tambahan yang saya lakukan semasa waktu lapang. Saya telah melayari laman web seperti google untuk mendapatkan serba sedikit maklumat mengenai guna tenaga, selain itu saya merujuk sumber ini juga bagi mendapatkan data dalam Buku Laporan Ekonomi

4.2 Rujukan

Saya juga telah membuat beberapa rujukan di perpustakaan, Dalam menyiapkan kajian ini,saya menggunakan Buku Teks Efektif STPM Ekonomi Malaysia Penggal 3 sebagai rujukan .

4.3 Analisis Data

Bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai guna tenaga,saya menggunakan kaedah analisis data. Saya telah menganalisis data guna tenaga daripada Buku Laporan Ekonomi.

(7)

5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Di Malaysia, guna tenaga dapat dipecahkan kepada beberapa sektor utama yang menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara antaranya pertanian,pembuatan,pembinaan,perlombongan,pengangkutan,kewangan dan perkhidmatan kerajaan.Dari jadual,jumlah guna tenaga industri pembinaan di Malaysia direkodkan sehingga 2010 ialah seramai 773.6 ribu orang ia didapati meningkat dari tahun-tahun sebelumnya.Daripada jumlah berkenaan,kadar pengangguran yang dicatatkan adalah sebanyak 3.2%.

Sektor yang menggunakan tenaga kerja yang paling besar adalah sektor pembuatan diikuti dengan perkhidmatan lain(termasuklah perkhidmatan yang berasaskan elektrik,gas,dan air serta perniagaan borong dan runcit serta hotel dan restoren),pertanian,perkhidmatan kerajaan seterusnya pembinaan.Pembuatan memerlukan guna tenaga tinggi kerana negara lebih menumpukan sektor perindustrian atau penghasilan barang untuk di eksport berbanding dengan sektor lain .Ini dapat dibuktikan pada dimana pembuatan menyumbang sebanyak ....Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada negara iaitu sumbangan kedua tertinggi selepas perkhidmatan.

Industri Jumlah Guna Tenaga

Pertanian,perhutanan,ternakan,perikanan Perlombongan dan kuari

Pembuatan Pembinaan Perkhidmatan

(8)

5.1 Arah Aliran Guna Tenaga bagi Sektor Pembinaan pada Tahun 2000-2012

Jika dilihat pada jadual..., guna tenaga bagi sektor pembinaan telah menunjukkan

peningkatan dari tahun 2000,755 ribu kepada 771.7 ribu pada tahun 2001.Peratus perubahan adalah sebanyak....Guna tenaga terus meningkat dari tahun 2001 ke 2002

(9)

Kemerosotan Arah Aliran Guna Tenaga Sektor Pembinaan di Malaysia (2003-2005)

Jadual: Guna Tenaga Mengikut Industri (2003-2005)

Industri 2003 2004 2005

Pertanian,Perhutanan,Penternakan & Perikanan 1413.2 1406.9 1401.4

Perlombongan & kuari 42.2 42.6 42.7

Pembuatan 2776.4 2972.4 3133.3 Pembinaan 774.6 767.3 759.6 Kewangan,insurans,Hartanah 657.5 695.0 734.4 Pengangkutan 548.7 594.3 603.6 Perkhidmatan kerajaan 1026.1 1041.8 1052.8 Perkhidmatan lain 2808.4 2934.3 3138.1 JUMLAH 10426.4 10846.0 10892.9 Tenaga buruh 10047.2 10463.7 11290.5 Guna Tenaga 10426.4 10846.0 10892.9 Kadar Pengangguran 3.6 3.5 3.5

Jadual : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Mengikut Industri Tahun 2003-2005

Industri 2003 2004 2005

Pertanian,Perhutanan,pertenakan,perikanan 20109 21101 21626

Perlombongan dan kuari 16720 17372 17504

Pembuatan 71691 78742 82724

Pembinaan 7359 7248 7133

Perkhidmatan 133956 143310 152571

Pengangkutan,penyimpanan,perhubungan 20011 21710 23045 Perniagaan borong & runcit, hotel,restoren 33235 35625 38459 (Sumber:Jabatan Tenaga Kerja,Kementerian Sumber Manusia)

Sumbangan sektor pembinaan kepada KDNK didapati menurun sejak tahun 2003 hingga tahun 2005,ia mungkin disebabkan guna tenaga bagi sektor pembinaaan yang berkurangan (jadual ).Guna tenaga bagi sektor pembinaan pada tahun 2003 adalah seramai 774 600 orang berkurang sebanyak 7300 pada tahun 2004 dan turut mencatatkan pengurangan pada tahun 2005 iaitu guna tenaga hanya seramai 759600 orang.

(10)

Walaupun industri pembinaan kurang menyumbang kepada KDNK negara tetapi sektor ini merupakan perintis kepada industri lain kerana industri pembinaan menyediakan kemudahan dan infrastruktur kepada sektor ekonomi yang lain. Jika diperhatikan pada rajah 2.1 didapati pertumbuhan sektor pembinaan berkait rapat dengan pertumbuhan ekonomi negara. Pada tahun pertumbuhan ekonomi tidak memberangsangkan,pertumbuhan bagi pembinaan juga terjejas. Ini bermakna ia akan memberikan kesan guna tenaga bagi sektor pembinaan.

Rajah :Taburan Peratus Kekosongan yang Dilaporkan Mengikut Industri,2004-2005 (Sumber:Jabatan Tenaga Kerja,Kementerian Sumber Manusia )

Bagi taburan kekosongan pula didapati kekosongan dalam sektor pembinaan meningkat dari tahun 2004 ke tahun 2005 iaitu sebanyak 9%.Oleh itu,daripada rajah ini dapat di simpulkan bahawa sektor pembinaan masih gagal memenuhi kekosongan kerja yang diperlukan.Sektor lain menunjukkan peningkatan kekosongan adalah pertanian (10.3%) dan pembuatan (1.4%) manakala sektor ekonomi lain menunjukkan penurunan.

Setelah mengetahui serba sedikit tentang guna tenaga di Malaysia,oleh itu pada bahagian seterusnya akan menerangkan lebih lanjut berkaitan guna tenaga di dalam industri pembinaan

0 5 10 15 20 25 30 35 40 2004 2005 pertanian,pemburuan,perhutana pembuatan pembinaan pengantara kewangan lain-lain

(11)

khususnya.bukan itu sahaja,masalah yang dihadapi oleh industri pembinaan yang menyebabakan guna tenaga semakin merosot pada tahun 2003 hingga 2005 juga akan dibincangkan.

5.2 Pemasalahan Guna Tenaga

Guna tenaga amat penting bagi semua sektor industri dan semua guna tenaga bagi setiap sektor mempunyai pemasalahan yang tersendiri. Oleh itu,masalah ini haruslah ditangani dengan bijak supaya tidak menjejaskan imej dan sumbangan setiap sektor ekonomi terhadap negara.Sektor pembinaan sendiri mempunyai masalah guna tenaganya yang tersendiri.Antara masalahnya adalah kekurangan guna tenaga,permintaan terhadap tenaga asing dan pembangunan sumber manusia yang kurang berkesan.

5.2.1 Kekurangan Guna Tenaga

Masalah guna tenaga akan menyebabkan industri menghadapi masalah yang lain seperti kualiti kerja yang rendah,produktiviti kerja menurun dan imej industri terjejas.Masalah kekurangan guna tenaga ini berpunca daripada dua perkara iaitu imej industri yang buruk dan ketidakstabilan ekonomi.Kekurangan ini akan terjadi apabila tidak ramai yang berminat untuk menceburkan diri di dalam industri ini akan terpengaruh dengan kenyataan bahawa industri pembinaan mempunyai imej yang buruk dan rendah.Persepsi ini haruslah segera di ubah bagi mengelakkan imej industri terus diburukkan.Selain itu juga,langkah untuk meningkatkan mutu binaan dan produktiviti kerja dapat membantu meningkatkan imej industri binaan.

Ketidakstabilan ekonomi pula akan menyebabkan kerjaya buruh atau pekerja binaan berada dalam keadaan terancam.Fenomena ini bukan sahaja terjadi pada industri pembinaan namun pada industri lain juga.Apabila keadaan ekomi berada dalam keadaan yang tidak stabil,penggunaan buruh akan dikurangkan oleh majikan bagi mengawal kos dan mengejar keuntungan.Masalah ini akan menyebabkan kekurangan buruh apabila ekonomi kembali stabil dan tidak ramai yang mahu bekerja semula tetapi memilih kerjaya yang lain.Masalah ketidakstabilan ini juga akan menyebabkan pekerja binaan yang kebanyakkanya terdiri daripada buruh asing memilih untuk pulang ke negara mereka sementara menanti keadaan ekonomi

(12)

kembali stabil.Perpindahan atau kepulangan secara ramai-ramai.pekerja asing ini akan menyebabakan industri pembinaan menghadapi masalah kekurangan ini kerana sektor pembinaan negara lebih bergantung kepada tenaga asing terutamanya warga Indonesia.

Permintaan terhadap guna tenaga terus meningkat dari tahun ke tahun. Ia disokong dengan pertumbuhan negara yang mampan,khususnya dalam sektor pembinaan.Keadaan ini dijangka akan terus berkembang sehingga tahun 2020 berikutan pelancaran pelbagai projek mega seperti Wilayah Pembanguna Iskandar,Wilayah Ekonomi Koridor Utara dan Wilayah Ekonomi Koridor Timur.Kesemua projek mega ini dijangka akan dijalankan serentak bagi mengimbangi pertumbuhan ekonomi negara ini.Kesan daripad pertumbuhan ini menyebabkan permintaan buruh terutamanya tenaga mahir akan semakin meningkat dan akan dibincangkan pada 5.2.2

(13)

Referensi

Dokumen terkait

Setiap pemberi kerja yang mempekerjakan tenaga kerja asing wajib memiliki izin tertulis dari Menteri atau pejabat yang ditunjuk, kecuali bagi perwakilan negara asing

retribusi biaya ijin penggunaan tenaga kerja warga negara asing tersebut perlu diatur di. dalam Peraturan Daerah Propinsi

Penelitian ini dimaksudkan untuk mengkaji pengaruh variabel Penanaman Modal Asing (PMA), Penanaman Modal Dalam Negeri (PMDN) dan Tenaga Kerja terhadap PDB pada

bahwa berdasarkan pertimbangan tersebut diatas dan sesuai Keputusan Presiden Nomor 75 Tahun 1995, dianggap perlu untuk mengatur Pelaksanaan Penggunaan Tenaga Kerja Warga Negara

Kerajaan telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengurangkan kemiskinan tegar dengan merangka pelbagai dasar seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional,

Selain itu,kemasukan golongan profesional dan pakar asing telah menguntungkan negara spt dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga mahir dlm sesuatu bidang,membuka peluang utk

• Tenaga pengaktifan ialah tenaga yang diperlukan untuk memecah ikatan dalam molekul substrat sebelum tindak balas boleh berlaku.. • Enzim berfungsi mengurangkan

Berdasarkan hasil penelitian maka dapat diambil kesimpulan bahwa masih ada yang harus diperhatikan dan diperbaiki untuk meningkatkan program Tenaga Kerja Mandiri Oleh