• Tidak ada hasil yang ditemukan

Honda Wave Dash Kembali Dengan Keseronokan Baru Tunggangan lebih mantap dengan aerodinamik sport, gaya moden dan prestasi unggul

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Honda Wave Dash Kembali Dengan Keseronokan Baru Tunggangan lebih mantap dengan aerodinamik sport, gaya moden dan prestasi unggul"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

Siaran Media

Honda Wave Dash Kembali Dengan Keseronokan Baru

Tunggangan lebih mantap dengan aerodinamik sport, gaya moden dan prestasi unggul

Pulau Pinang, 5 September 2013: Boon Siew Honda (M) Sdn Bhd hari ini melancarkan dua siri motosikal terbaru, Honda Wave Dash Type R dan S.

Dua siri berkenaan, yang mengambil inspirasi utama daripada semangat litar dan sukan lumba menampilkan ciri aerodinamik sporti, gaya unggul serta yang paling utama, prestasi keseluruhan yang tiada bandingan. Ia dijangka akan menjadi penanda aras baru bagi segmen pasaran motosikal cub saiz sederhana bagi pasaran tempatan.

“Wave Dash Type R dan S direka berdasarkan warisan panjang pasukan dan jentera Honda Racing di dalam sukan perlumbaan. Disasarkan kepada pelanggan yang ingin memiliki sebuah motosikal yang menonjol dan menawan. Wave Dash Type R didatangkan dalam warna Repsol Jingga Berkilau dengan penampilan sinonim Honda Repsol,” jelas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Satoshi Okada.

Beliau juga menegaskan bahawa siri Wave Dash terbaru ini dibangunkan bersandarkan empat tunjang utama; tampan, gaya terkini, sporti dan berprestasi. Ia menawarkan tunggangan yang mengujakan, tetapi dalam masa yang sama turut memberikan penjimatan petrol, ketahanan dan ketangkasan serta nilai yang amat berpatutan.

Lebih penting, kedua-dua siri Wave Dash Type R dan S dilengkapi dengan tayar tanpa tiub – yang pertama kali seumpamanya ditawarkan dalam kategori kap Honda, bertujuan untuk meningkatkan ciri keselamatan tunggangan.

“Satu lagi ciri baru yang diperkenalkan ialah penggunaan brek dwi cakera bagi Wave Dash Type R, yang pertama bagi segmen motosikal 110cc.,” tambah Okada.

(2)

Prestasi Juara

Kedua-dua siri Wave Dash Tyre R dan S dikuasakan oleh enjin 110cc empat lejang yang menjana kuasa maksimum sehingga 6.18kW (8.39PS) pada 7,5000rpm serta tork maksimum sehingga 8.15Nm (0.83kgf.m) pada 5,500rpm dan tetap memberikan penjimatan bahan api.

Tambahan pula, nisbah gear siri terbaru ini turut diperkemas untuk memberikan tunggangan yang lebih lancar serta pengendalian yang mantap. Enjinnya juga menepati standard EURO 2 bagi aspek pembebasan CO2.

Standard keselamatan tertinggi

Aspek keselamatan tidak diabaikan pada siri motosikal terbaru ini. Kedua-duanya dilengkapi dengan tayar 17 inci tanpa tiub, yang mengelak daripada berlakunya kekurangan tekanan tayar secara mendadak dalam keadaan kecemasan. Ciri ini boleh membantu mengelakkan kemalangan yang disebabkan oleh faktor tayar.

Sebagai tambahan, model terbaru ini juga dilengkapi brek dwi cakera yang menawarkan prestasi brek yang unggul bagi Wave Dash Type R. Bagi model siri S pula, ia bagaimanapun hanya dilengkapi dengan cakera brek tunggal.

Gaya perlumbaan

Kedua-dua siri Wave Dash Type R dan S sarat dengan sentuhan astetik yang terinspirasi daripada jentera perlumbaan. Ia mencerminkan kemampuan tunggangan yang dinamik dan menyeronokkan. Siri terbaru ini juga dilengkapi dengan ciri lampu halogen hadapan bercahaya putih yang anggun.

Selain itu, reka bentuk lampu belakang yang canggih dengan multi-pemantul cahaya meningkatkan tahap ketampakan Wave Dash oleh pengguna jalan raya yang lain, di samping menyerlahkan lagi penampilan yang lebih ranggi.

Reka bentuk sporti ini turut terpapar pada bahagian rekaan meter kelajuan yang luas dan jelas dilihat dalam sekilas pandang. Begitu juga dengan penghadang kaki 3D yang membantu memperbaiki aerodinamik dan melindung penunggang daripad terkena serpihan objek dari jalan raya, peredam ekzos sporti dengan penebat haba serta rim sporti lima tunjang.

(3)

Siri Wave Dash R dan S didatangkan dalam warna Merah Lincah, Hitam Magelanik Mutiara, Jingga Berkilau dan Perak Agresif Metalik di mana warna Jingga Berkilau ilham Repsol Honda disediakan khas untuk Wave Dash R sahaja. Wave Dash S dijual pada harga bilik pameran RM5,029.00 sementara Wave Dash R pula dijual pada harga RM5,289.00 manakala Wave Dash penampilan Repsol dijual pada harga RM5,419.00. Kesemuanya lengkap dengan jaminan kilang untuk dua tahun atau 20,000km jarak perjalanan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.boonsiewhonda.com.my atau hubungi Boon Siew Honda di 1800-88-3993 (Isnin hingga Jumaat, 9pg - 5ptg, kecuali cuti umum).

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.boonsiewhonda.com.my atau hubungi talian 1800-88-3993 (Isnin-Jumaat, 9 pagi – 5 petang, kecuali cuti umum).

# # #

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (676896-A)

721, Persiaran Cassia Selatan 1, Kawasan Perindustrian Batu Kawan, 14100 Simpang Ampat,

Pulau Pinang, Malaysia Tel: 604-506 3333 Faks: 604-506 3300

(4)

SPESIFIKASI ENJIN

Jenis Enjin Penyejuk Udara, OHC Enjin 4 Kitaran Gerek & Lejang 50 X 55.598 mm

Sesaran Enjin 109.16cc

Nisbah Mampatan 9.0 : 1

Muatan Minyak Pelincir 1.0 liter (Selepas Ditanggalkan) 0.8 liter (Selepas Pembuangan) TRANSMISI KUASA

Klac Automatik empar plat jenis basah Transmisi Jejaring Tetap 4 Kelajuan

Gear 1 2.615 (34/13)

Gear 2 1.555 (28/18)

Gear 3 1.136 (25/22)

Gear 4 0.916 (22/24)

Nisbah Penurunan Utama 4.059 (69/17) Nisbah Penurunan Akhir 2.642 (37/14) SISTEM ELEKTRIK

Sistem Pencucuhan DC-CDI

Bateri 12V / 3.0 A-h (Penghidup Tendang & Elektrik) DIMENSI

Panjang x Lebar x Tinggi 1898mm x 709mm x 1080mm

Jarak Roda 1227mm

Berat Bersih 99kg

CASIS

Bentuk Kerangka Tulang Belakang

Suspensi Depan - Teleskopik 81mm

Belakang - Kembar 82mm Muatan Tangki Petrol 3.7 Liter

Ukuran Tayar Depan Belakang

70/90-17M/C 38P 80/90-17M/C 50P Tekanan Tayar 1 Orang

2 Orang

Depan 200kPa Belakang 225kPa Tanpa Tiub Depan 200kPa Belakang 280kPa Tanpa Tiub

Sudut Caster 26° 30'

Jejak Trail 68mm

PRESTASI

Kuasa Kuda Maksimum 6.18kW (8.39PS) / 7500rpm Tork Maksimum 8.15N.m(0.83kgf.m)/5500rpm

*Nota: Spesifikasi boleh ditukar bila-bila masa tanpa notis.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: John Woo at cywoo@bswhonda.com.my Nor Azam at nor_azam@bswhonda.com.my

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (676896-A)

721, Persiaran Cassia Selatan 1, Kawasan Perindustrian Batu Kawan, 14100 Simpang Ampat,

(5)

UCAPAN SATOSHI OKADA UNTUK PELANCARAN HONDA WAVE DASH

TERBARU

Selamat tengahari dan selamat datang ke majlis pelancaran siri Honda Wave Dash R

dan S terbaru.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para hadirin kerana

sudi meluangkan masa untuk berturut serta bersama kami dalam acara hari ini, yang

merupakan satu lagi acara bersejarah bagi Boon Siew Honda.

Dibangunkan berdasarkan empat prinsip utama

– Tampan, Gaya Terkini, Sporti dan

Prestasi Tinggi, Honda Wave Dash menerima maklum balas dan permintaan baik bagi

segmen motosikal kap saiz sederhana sejak diperkenalkan pada 2011.

Hari ini, kami akan memperkenalkan pula Honda Wave terbaru yang berilhamkan

warisan panjang Honda Racing di arena perlumbaan. Disasarkan kepada pengguna

yang inginkan sebuah motosikal yang menonjol, Wave Dash R disediakan dalam

warna Repsol Jingga Berkilau dengan gaya ikonik Repsol Honda.

Penampilan sporti Wave Dash diperlengkap oleh rekabentuk lampu halogen bergaya,

speedometer multi-fungsi, corong ekzos sporty dan rim sport.

Sebagai tambahan nilai, Wave Dash terbaru ini dilengkapi dengan tayar tanpa tiub 17

inci, yang menghalang daripada pengempisan tekanan udara secara mendadak

sekiranya berlaku kebocoran, maka membolehkan penunggang untuk menghentikan

motosikal dengan selamat.

Ciri ini, dengan bangga saya nyatakan, adalah yang pertama kali diperkenalkan bagi

mana-mana model kap Honda.

Selain itu, penggunaan brek dwi-cakera bagi Wave Dash R membolehkan

penunggang menikmati prestasi brek yang berkesan dan cekap. Ini amat berguna

ketika berada dalam keadaan cemas dan situasi merbahaya.

Ciri ini, tuan-tuan dan puan-puan, adalah yang pertama seumpamanya bagi segmen

motosikal 110cc.

Ini diikuti dengan penawaran enjin 4-lejang termaju yang menawarkan prestasi unggul

dan pada masa yang sama menjamin kecekapan penggunaan bahan api.

(6)

Tuan-tuan dan puan-puan,

Wave Dash S dijual pada harga bilik pameran sebanyak RM5029.00, Wave Dash R

pula ditawarkan pada harga RM5289.00 manakala varian Wave Dash Repsol pula

disediakan pada harga RM5419.00. Kedua-duanya boleh ditunggang uji selepas

makan tengahari dan kunjungan ke kilang pemasangan kami selepas ini.

Saya berharap setiap seorang daripada anda akan mengalami sendiri apa yang

menjadikan Wave Dash begitu menonjol. Dan lebih penting, ciri keselamatan yang ada

padanya sebagai satu daripada faktor utama yang menjadikannya begitu berbaloi.

Keselamatan anda adalah keutamaan kami.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berlumba

kepada Azlan Shah Kamaruzaman, iaitu duta Wave Dash baru kami, agar berjaya

mengungguli segalanya dalam pusingan ke-13 World Motorcycle Grand Prix pada

11hb Sept. Azlan akan menwakili Honda Team Asia dalam Moto2 di San Marino dan

perlumbaan seterusnya.

Boon Siew Honda telah membuat pelaburan yang tinggi dalam kareer Azlan, justeru

kami amat bangga dengan pencapaian beliau, dan kami akan terus menyokong beliau

dalam perlumbaan yang akan datang. Selaras dengan itu, kami juga amat berbangga

untuk memaklumkan bahawa Azlan merupakan pelumba Malaysia pertama yang

dipilih untuk menyertai pasukan GP berdasarkan markah.

Referensi

Dokumen terkait

Puji syukur penulis panjatkan ke hadirat Allah SWT, yang telah melimpahkan taufik, hidayah dan rahmat-Nya sehingga skripsi dengan judul “Aplikasi Simulasi Penghitungan

Dari tabel di atas dapat diketahui bahwa yang menyebabkan nilai varian biaya (CV) positif atau dengan kata lain ACWP kurang dari BCWP adalah pada minggu-minggu tersebut

Hasil uji t pada bank konvensional, variabel profitabilitas, leverage, dan proporsi komisaris independen berpengaruh positif namun tidak signifikan dengan nilai sig

Penelitian tentang konversi lahan pertanian produktif akibat pertumbuhan lahan terbangun di Kota Sumenep bertujuan untuk mengetahui karakteristik perubahan tutupan

Selanjutnya uji statistik ANAVA menunjukkan bahwa pemberian jenis bekatul beras tidak berpengaruh signifikan ( F = 0,290 ; p = 0,832 ) terhadap hitung leukosit pada

Permasalahan dan kendala utama pada pelaksanaan rekam medis adalah dokter dan dokter gigi tidak menyadari sepenuhnya manfaat dan kegunaan rekam medis, baik pada

Rentang gaya yang rendah dapat digunakan untuk menentukan sebuah titik pada grafik gaya terhadap mulur sebagai gaya tarik awal dan diperbesar sampai ke rentang