MANUAL JUALAN SIDRACARE.
VOLUME 1.0
(Newbies)
Bismillah.. Alhamdulillah, syukur kepada Nya atas limpah kurnia. Selawat serta salam ke atas Junjungan Baginda Saw.
Apabila kita bercerita tentang perniagaan, hampir semua mengetahui bahawa rezeki di dalam perniagaan adalah sangat luas. Sehinggakan ramai yang cuba terjun di dalam bidang ini walaupun tanpa ilmu.
Ada yang cuba menjual bermacam-macam produk sama ada ianya produk kecantikan, kesihatan dan lain-lain. Ada yang berjaya dan ada yang tidak.
Bagi yang berjaya, dah kompen rasa bangga. Tapi yang tak berjaya ni, habis lah down. Rasa lemau aje bila nak berniaga lagi.
Akhirnya, produk yang banyak ambil lama-lama bertimbun-timbun. Ada yang duduk di bawah bantal, bawah katil, dapur , ruang tamu sampai ke tandas. Hehe…jangan ,marah kalau terasa. Ok, sebelum itu………Sebelum kita masuk kepada MANUAL JUALAN SIDRACARE 1.0 , saya ingin memperkenalkan diri saya.
Kenapa saya nak perkenalkan diri saya? Sebab ini ebook saya. Dan saya nak bagitahu pada anda bahawa saya bukanlah sifu
yang ada segulung sijil dalam dunia perniagaan. Tapi yang saya ada adalah guru / mentor dan pengalaman sebagai guru intensif saya.
Kenali Diri Saya.
Shikh Muhammad Norhashim bin Shikh Hassan.
- Bekas guru.
- Sekarang sebagai Co-Founder Sidracare - Copywriter & Fb ads.
- Pengurus Pemasaran di AAY Permata Trading, dan juga Sidracare.
Pengalaman sebelum ini
:- Tolong ayah potong rumput rumah jiran seawal darjah 4.
- Kerja packing kuih raya seawal darjah 6.
- Kerja buat telur pindang dan hantar ke warung. - Pernah kerja buat puding untuk bazaar Ramadhan.
- Berpengalaman di dalam dunia bisnes sejak sekolah menengah.
- Tolong mengecat di sekolah bersama Abang Din (Mando Sekolah )
- Menjual minyak wangi tanpa modal.
- Pelayan di warung roti canai dan medan selera Tanjung Agas Muar.
- Pembekam - Perawat Islam.
Cara baca ebook ini :
1) Baca perlahan-lahan sebab kadang kala ada istilah yang anda baru dengar. Tapi jangan risau saya cuba buat sesantai mungkin.
2) Baca dari kulit ke kulit. Jangan skip sebab manual ni ada flow dia. Kalau anda skip dan tak baca langsung, jangan harap anda nak buat sales kecuali anda memang dah power.
3) JANGAN BACA kalau anda dah rasa mampu menjual. Sebab itu saya namakan sebagai MANUAL ASAS JUALAN 1.0.
4) Tolong tanya kalau tak faham. Kat mana nak tanya? Berikan soalan anda di [email protected]
Ok, tu aje. Oleh sebab ini ebook, maka saya tulis tak panjang sangat dan tak serius. Sedang-sedang aja….
Kita Mulakan Sekarang Dengan Asas
Perniagaan Online.
Sebelum anda mulakan jualan, anda kena tahu apa asasnya. Maka, di bawah ini saya berikan asas sebelum anda menjual. Sila baca baik-baik…(nada iklan beauty…kaseh)
1)
Kenali (niche) Perniagaan Anda
Sebelum mulakan bisnes, anda perlu mengenali bidang atau skop perniagaan yang anda pilih. Ada beberapa jenis perniagaan yang perlu anda tahu. Salah pilih, menangislah. Antaranya : - Pelaburan - Produk Digital - Pertanian - Makanan - Pakaian - Perubatan
- Kesihatan & kecantikan - Permainan
- Aksesori
- Dan lain-lain.
Soalan :Sidracare tergolong di dalam bidang apa ?
Jawapan : Untuk produk Sidracare, ia tergolong di dalam bidang kesihatan & kecantikan. Dan sangat berkait rapat dengan rawatan Islam.
Justeru, sebaiknya anda tahu secara asas tentang perniagaan yang berunsurkan kecantikan & kesihatan. Apatah lagi berkait rapat dengan dunia perubatan Islam.
2)
Kaji Pelanggan
Setelah mengenal pasti dunia perniagaan yang anda akan tempuh, anda harus mengkaji bakal pelanggan anda atau dinamakan prospek.
Soalan : Macam mana nak kaji pelanggan ? Jawapan : Cara untuk mengkaji pelanggan-
kenal pasti masalah. Cuba buat research, jangan malas dan malu.
tanyakan soalan kepada pelanggan (survey). Contohnya , siapa di kalangan teman anda sama ada jiran, kampong atau rakan di facebook, Instagram dan lain-lain yang ada masalah gangguan jin, sihir, saka atau santau.
dapatkan data seperti nombor telefon, nama facebook, insta , atau e-mel untuk mengenal pasti masalah dengan lebih lanjut.
Di sini, anda perlu bina keselesaan, dan cuba dapatkan maklumat sebanyak mungkin tentang prospek. Contohnya bila mula sakit, bagaimana terjadi, pernah berikhtiar di mana, dan apa kesan yang diterima.
Tawarkan produk Sidracare kepada mereka. Sebaiknya jika produk tu masih baru bagi mereka, cuba berikan mereka diskaun atau jaminan puas hati.
sekiranya keselesaan dan kepercayaan sudah terjalin, anda tawarkan prospek untuk mencuba produk Sidracare. Sekiranya perlu, anda boleh mulakan dengan harga diskaun pengenalan. Terutama jika ini adalah pertama kali prospek anda membeli produk ini.
3)
Kaji Produk.
Sebelum menawarkan Sidracare kepada prospek. Anda wajib mengenali produk dengan baik. Barulah anda boleh meyakinkan prospek untuk membelinya.
Soalan : apakah ciri produk yang baik untuk dijual ? Jawapan : Cuba baca di bawah.
Ciri Produk Yang Baik Untuk Dijadikan Jualan:
Demand (permintaan) yang tinggi.
Terutama bagi mereka yang mengalami masalah yang berkenaan.
Segera
Produk yang tak leceh, kalau pakai tak perlu banyak step. Dan tidak perlu banyak kerja.
Saving
Jimat & menguntungkan bukan sahaja duit, tapi masa,
kuantiti, dan tenaga. Kerana menyelesaikan masalah mereka.
Memudahkan.
Produk yang baik adalah yang memudahkan solusi bagi masalah pengguna. Seperti mudah dibawa ke mana-mana, senang digunakan dan tidak melecehkan.
Berkesan.
Pastikan produk itu betul-betul berkesan. Sebaiknya tanpa kesan sampingan terutamanya bagi produk kesihatan.
Repeatation/kesetiaan tinggi
Produk yang menepati selera pelanggan pastinya akan menjadikan produk sebagai pilihan setia. Sama ada menggunakan produk yang sama berulang kali atau menggunakan produk yang lain di bawah jenama yang sama.
Margin untung yang besar
Jika produk yang anda pasarkan telah melengkapi semua ciri-ciri di atas, cuba perhatikan sama ada produk tersebut mempunyai margin keuntungan yang besar atau tidak. Jika ianya mudah dijual + keuntungan tinggi, maka sebaiknya fokus sehingga benar-benar mencapai target sales.
Checklist-
Adakah Produk Sidracare menepati ciri yang
dikehendaki ?
Ciri Ya/Tidak Huraian
Demand (permintaan) tinggi. Ramai dikalangan masyarakat mengalami masalah gangguan. Dan benar-benar memerlukan rawatan.
Segera Pengguna tidak perlu
mengambil daun bidara, meruqyah dan merumuskan dengan pelbagai ramuan kerana semuanya sudah tersedia. Bahkan hanya picit atau tuang sahaja.
Saving Jimat masa kerana
membantu
Mudah
Berkesan
Repeatation tinggi
4)
Mulakan jualan
Dah kenal pasti bidang, kaji pelanggan dan produk. Maka inilah masanya untuk anda menjual.
Soalan: macam mana nak jual ?
Jawapan : Anda boleh menjual dengan dua cara –
i) Online.
Di sini, anda boleh pecahkan kepada beberapa chanel. Anda boleh jual di : a) Facebook b) Instagram c) Emel d) Website e) Amazon f) Mudah.my g) Google ads h) Whatsapp
Tapi, yang paling trending sekarang adalah facebook ads. Apa itu facebook ads ?
Ianya adalah sebuah chanel pemasaran melalui fb. Senang kata macam ni. Kita upah fb untuk dia iklankan produk kita secara berbayar. Modal terpulang kepada kita. Dan yang paling bestnya , ROI (Return Of Investment) adalah sangat tinggi.
Jika anda ingin belajar cara iklan di fb, anda boleh dapatkan daripada saya nanti (dalam video tutorial fb ads) akan datang. Jika anda berminat untuk hadir ke kelas pun boleh.
ii) Offline.
Maksud perniagaan secara offline adalah anda gunakan kaedah tradisional seperti :
a) Buka booth di masjid, surau, kawasan taman, tapak pasar malam, pasar tani dan lain-lain yang dirasakan sesuai
b) Jual pada saudara mara, kawan, adik beradik. c) Car boot sales.
d) Letakkan secara consignment pada pengusaha kedai makanan Sunnah / took jamu / kedai kesihatan. Nanti kutiplah duit dari semasa ke semasa.
e) Sertai carnival / pameran untuk jualan.
Sebenarnya banyak lagi tempat yang anda boleh jual produk Sidracare ni. Kalau cikgu-cikgu lagi best, boleh promote kat sekolah lagi. In sha Allah ramai beli.
Soalan : saya takda modal. Macam mana nak jual ?
Jawapan: anda boleh menjual tanpa modal dengan beberapa kaedah. Antaranya-
a) Pre-order
Kaedah ni memang power. Sebab apa? Sebab saya dah pernah cuba dan sampai sekarang saya tetap amalkan.
Dulu, saya pernah jual wangian kasturi gaharu. Ya, saya memang minat giler kalau jual perfume ni. Permulaan saya jadi ejen dengan harga RM300 kalau tak silap.
Satu botol harganya RM25. Dan masa tu, harga saya dapat adalah RM18. Kiranya, saya untuk RM7 untuk sebotol.
Saya tamak , jadi saya nak untung lebih. Saya target nak dapatkan dengan harga RM11.00 sebotol. Tapi kena beli total RM1100. Alamak, macam mana nak buat ni ?
Saya fikir dan terus buat pre-order. Sebelum ni, saya memang dah jual wangian. Jadi, saya contact semual kawan-kawan atau ex-customer saya tu. Saya offer pada mereka dengan tawaran menarik.
Sebotol RM25. Dua botol RM40. Haha, jimat RM10. Apa lagi, mestilah nak jimat RM10 kan. Jadi pakat belilah diorang tu sampai saya dapat kumpul lebih lagi daripada apa yang saya niatkan.
Taraaa….mudah kan ? apa lagi, tiru lah……jangan baca aje.
b) Kongsi modal / JV
Anda tak cukup duit? Tak susah. Jv atau join venture aje. Kan lagi mudah.
Baik, katakanlah modal minima sidracare RM200. Anda keluar RM100, partner keluar RM100. Keuntungan bahagi sama rata.
Tapi, jangan bagi duit modal tu. Yang modal tu simpan. Rolling balik. Dan kembangkan belian jika anda nak besarkan jualan.
Lepas tu, maintain customer lama. Contoh macam ni. Anda dah jual kepada 10 orang bulan Mei. Anda cari lagi 10 customer pada bulan Jun. tetapi ingat..!
Jangan sesekali tinggal customer lama. Anda kena follow up balik customer bulan Mei dan tawarkan repeat order. Nah, jika sampai pada bulan Julai. Anda follow up bulan Mei dan Jun. dan akhirnya pada bulan Ogos, anda dah ada sebanyak 40 orang customer….
c) Dropship.
Tuan puan…kami ada buka tawaran menjadi ejen dropship. Apa tu dropship ?
Ianya adalah suatu sistem jualan secara mudah tanpa modal yang besar. Contoh mudah macam ni. Anda hanya perlu carikan customer , dan HQ akan pos barang.
Di sini, anda hanya perlu lakukan marketing. Tak perlu keluar modal pun tetapi anda akan dapat komisen berdasarkan jualan.
Ramai yang dah berjaya melakukan projek dropship ni. In sha Allah, anda pun boleh lakukan.
5)
Buat penambahbaikan.
Anda dah jual? Alhamdulillah….Jika anda dah menjual, jangan duduk relaks aje. Anda kena lakukan sesuatu. Apa tu ?
a) Lakukan follow up.
Anda kena selalu bertanya khabar. Silakan hubungi mereka sama ada dengan cara sms/ whatsapp, emel dan sebagainya. Yang kami sarankan adalah dengan cara whatsapp broadcasting.
Kenapa follow up penting ? ianya penting kerana di sini anda akan membina regular customer. Dan regular customer adalah sangat penting kerana ianya ibarat gaji pokok anda. Ada paham ?
b) Perbaiki servis.
Ya, perbaiki servis. Pergi ke bengkel dan tukar minyak hitam, alligment dan lain-lain. Haha gurau aje. Ok baca ni.
Cuba review atau flash back cara servis anda. Sama ada cara anda respons di whatsapp, atau cara anda jawab soalan, atau servis pos anda. Cuba renungkan.
Jika ada kekurangan, silakan perbaiki. Dan jangan malu untuk bertanya kepada pelanggan tentang kualiti servis anda dan jangan malu mengaku kesilapan.
c) Berikan hadiah kesetiaan.
Lakukan promosi kesetiaan. Contohnya promosi sempena hari raya, Ramadhan, kupon 5% diskaun untuk pembelian seterusnya dan lain-lain cara.
Jadi seseorang yang kreatif. Hantar kad selamat hari jadi, atau selitkan kata-kata ucapan buat mereka agar mereka rasa terharu dan sentiasa mengingati kita. Ala, buat macam masa nak mengurat awek dulu-dulu…hehe.