• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

KONFLIK PERANAN GURU PEMBIMBING DALAM PENYELIAAN PENGAJARAN

Shariza Shorkan Mohd Zolkifli Abd Hamid

Universiti Teknologi Malaysia

ABSTRAK

Guru pembimbing merupakan individu yang bertanggungjawab membimbing, menasihat dan menyelia guru pelatih untuk meningkatkan prestasi mereka dalam pengajaran. Namun, tugas dan tanggungjawab sebagai guru pembimbing sering kali dipandang remeh oleh pelbagai pihak. Membimbing guru pelatih menjalani praktikum

latihan mengajar merupakan tugasan yang sangat mencabar sama ada dari segi emosi

dan fizikal. Justeru, kertas ini bertujuan untuk membincangkan isu pertindanan guru

pembimbing dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab menyelia guru pelatih di

samping memikul tugas - tugas hakiki di sekolah. Terdapat tiga kategori tugas hakiki dan tanggungjawab guru pembimbing di sekolah (KPM, 2005) iaitu tugas dan tanggungjawab terhadap akademik (kurikulum), bukan akademik (kokurikulum, pengurusan hal ehwal murid) dan organisasi (Jabatan Pendidikan Negeri (JPN/ PPD dan KPM). Pada masa yang sama, mereka juga bertanggungjawab terhadap pelaksanaan pengurusan program Latihan Pra Perkhidmatan oleh Universiti Awam (UA) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Menerusi penyelarasan dwi fungsi yang dipikul oleh guru pembimbing ini memungkinkan timbulnya konflik peranan dan pertindanan terhadap melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Oleh itu, pihak pentadbir sekolah dan jawatan kuasa latihan mengajar UA atau IPGM perlu menyelaras skop tugas dan tanggungjawab yang dipikul oleh guru pembimbing di sepanjang beliau menyelia guru pelatih dalam praktikum latihan mengajar.

Kata Kunci: Guru Pembimbing, Praktikum Latihan Mengajar, Tugas Hakiki, Penyeliaan Pengajaran, Guru Pelatih

ABSTRACT

Cooperative teachers are individuals who are responsible for guiding, advising and supervising training teachers to improve their performance in teaching. However, the duties and responsibilities as mentors often underestimated by various parties. Guiding training techers undergoing practical training and teaching is a very challenging task whether emotionally and physically. Thus, this paper aims to discuss the issue regarding the duplication of cooperative teachers in implementing the tasks and responsibilities of supervising training teachers in addition to the task - an essential task in school. There are three categories of official duties and responsibilities of cooperative teachers in schools (KPM, 2005) , which are: (1) academic (curriculum) as related to teaching and learning, 2) non- academic such as co – curriculum management and students affair 3) organizations such as the school principal, the State Education Department (JPN) the Public University (UA) and Institute of Teacher Education Malaysia (IPGM). At the same time, they are also responsible for the implementation of program management Training Pre-Service by Public Universities (UA) and the Institute of Teacher Education Malaysia(IPGM). Through the

(2)

coordination of the functions undertaken by the supervising teacher allows the conflict of roles and duplication of duties and responsibility. Conflicts may arise if the cooperative teachers is not clear on the duties and roles overlapping. Therefore, school administrators and teachers' training committee should coordinate IPGM and UA to scope of duties and responsibilities undertaken by the mentor during his supervising training teachers in practical training.

Keywords: Cooperative Teacher, Practicum Teaching Practice, Essential Task Teaching Supervision, Training Teacher

PENDAHULUAN

Akta Pendidikan 1996, merupakan inisiatif untuk memartabatkan pendidikan sebagai saluran menjadikan Malaysia sebuah negara yang dinamik. Kemajuan pendidikan banyak berpegang kepada keberkesanan sekolah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2005). Kemajuan sekolah pula bergantung kepada keefisienan guru. Kajian – kajian terdahulu mendapati guru yang berkesan adalah guru yang tinggi tahap komitmen dan keterampilannya (Jaafar, 2005).

Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 – 2025) (KPM, 2013) ada dinyatakan bahawa pemilihan bakal guru adalah daripada kalangan pemohon yang mempunyai kelayakan akademik yang terbaik. Kualiti guru merupakan sebahagian daripada penentu bagi kemenjadian pelajar. Kualiti seseorang guru biasanya terhasil dari jangka masa perkhidmatan, inisiatif, kesungguhan dan kecemerlangan dalam menggalas sesuatu tugas yang telah diberikan (KPM, 2013).

KPM menerima banyak permohonan untuk mengikuti program pendidikan perguruan pra perkhidmatan. Umumnya terdapat dua institusi utama yang menawarkan program latihan perguruan di Malaysia iaitu Universiti Awam (UA) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) seperti Kolej SEGI dan Kolej Poly - Tech Mara turut menawarkan program pendidikan perguruan (Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, 2011). Situasi ini menggambarkan bahawa ramai yang berminat untuk menyertai profesion keguruan.

KPM menetapkan syarat tertentu bagi melayakkan pemohon diterima masuk selepas melalui beberapa tapisan berlandaskan pelbagai faktor termasuk sikap, aptitud

terhadap pengajaran dan personaliti. Ujian MedSI ( Malaysian Educators Selection

Inventory) adalah ujian saringan untuk menguji potensi calon guru pra perkhidmatan mengikuti program perguruan. MedSI dibangunkan untuk mengukur nilai intrinsik calon guru pra perkhidmatan daripada aspek personaliti, minat, nilai integriti dan

(3)

kecerdasan emosi. Maklumat yang diperoleh daripada ujian ini digunakan untuk memilih calon guru yang sesuai untuk kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP). Perubahan dalam sistem ambilan ini telah menghasilkan satu anjakan penting dalam profil guru pra perkhidmatan (KPM, 2014).

Setaraf dengan kriteria pengambilan guru pra perkhidmatan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), KPM mengkaji pelbagai kaedah untuk menyediakan guru pra perkhidmatan dengan kemahiran yang lebih luas supaya ijazah mereka lebih universal dalam meningkatkan keboleh pasaran (KPM, 2012).

Dalam konteks latihan perguruan pra perkhidmatan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Universiti Awam (UA) bimbingan pengajaran sering dihubungkan dengan penyeliaan pengajaran. Ia bertujuan melancarkan pencapaian objektif dengan mengekalkan kualiti persekitaran yang sesuai dengan kemampuan

kumpulan guru pelatih (Furlong & Maynard, 1995; Glickman et .al, 2001; Murray &

Harvey, 2001).

Praktikum Latihan Mengajar

Praktikum latihan mengajar merupakan komponen penting di dalam pendidikan guru.

Ianya juga boleh dikenali sebagai internship di mana bakal profesional dalam pelbagai

bidang lain seperti kedoktoran, kehakiman, kejuruteraan juga turut melaluinya (Jamaluddin, 2006). Melalui praktikum latihan mengajar, bakal guru dapat mengalami keadaan sebenar alam pekerjaan di dalam bidang pendidikan. Selain daripada itu, bakal guru juga dapat menyesuaikan diri dalam bidang pekerjaan dan membina keyakinan diri. Tujuan utama diadakan praktikum latihan mengajar adalah untuk menjalinkan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh di UA atau IPGM dengan situasi pekerjaan sebenar di sekolah.

Menurut Henry dan Beasley (1996), praktikum latihan mengajar terdiri daripada dua dimensi. Dimensi pertama merupakan interaksi guru pelatih berdasarkan emosi dan sosial dengan penyelia, pengetua, guru pembimbing, guru – guru lain dan pelajar di sekolah. Hubugan yang dibina akan menghasilkan keserasian dalam sikap, nilai dan perasaan guru pelatih terhadap bidang perguruan. Manakala dimensi kedua pula merupakan proses pengajaran. Dalam proses ini guru pelatih mempelajari prosedur asas untuk menetapkan kandungan mata pelajaran dan menyusun strategi pengajaran mata pelajaran tersebut. Oleh yang demikian, kedua – dua dimensi ini tidak boleh dipisahkan

(4)

dan mesti dilalui oleh guru pelatih kerana ianya adalah inti pati dalam praktikum latihan mengajar.

Segala urusan berkaitan praktikum latihan mengajar dikelolakan oleh Fakulti Pendidikan UA atau IPGM. Jawatan kuasa tersebut berperanan dan bertanggungjawab untuk mendapatkan tempat untuk guru – guru pelatih menjalani latihan mengajar dan merangka proses penyeliaan oleh penyelia – penyelia yang dilantik. Lazimnya penyelia – penyelia yang dilantik merupakan pensyarah – pensyarah UA atau IPGM tersebut. Penyelia ini akan mencerap guru – guru pelatih sekurang – kurangnya sebanyak tiga kali sepanjang tempoh latihan mengajar berlangsung. Bidang tugas jawatan kuasa terlibat turut merancang, melaksana, memantau dan memastikan kelancaran serta keberkesanan praktikum latihan mengajar di sekolah – sekolah. Sekiranya terdapat masalah berbangkit semasa praktikum latihan mengajar sedang dijalankan, jawatan kuasa ini akan mencari jalan penyelesaiannya. Di akhir praktikum latihan mengajar, jawatan kuasa terlibat juga akan menerima dan menguruskan keputusan yang diperoleh guru pelatih (KPM, 2012).

Tugas Hakiki Guru Pembimbing

Menurut Adam (2014) guru pembimbing merupakan individu yang dilantik oleh pentadbir sekolah. Ia bertanggungjawab memberi bimbingan, tunjuk ajar dan sokongan kepada perkembangan kompetensi guru baru dan juga guru pelatih yang sedang menjalani praktikum latihan mengajar. Sebagai guru pembimbing mereka perlu mahir dalam pengurusan sekolah (termasuk pengurusan hal ehwal murid), pengurusan kokurikulum, dan pembangunan profesionalisme. Pihak UA dan IPGM perlu memastikan bahawa guru yang dilantik sebagai guru pembimbing merupakan guru yang mempunyai cukup pengalaman dan dapat memberikan komitmen yang tinggi dalam membantu guru pelatih sepanjang tempoh menjalani praktikum latihan mengajar. Oleh itu UA dan IPGM telah mengeluarkan garis panduan tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh guru pembimbing iaitu:

 Menerima pelantikan dari pihak UA atau IPGM untuk menjalankan tugas

penyeliaan (pencerapan, bimbingan dan penilaian) guru pelatih.

 Menyelia pengajaran guru pelatih berasaskan pencerapan klinikal mengikut

cadangan jadual penyeliaan. Kelemahan dan kekuatan kemahiran pengajaran guru pelatih hendaklah dicatat dalam buku Laporan Penyeliaan dan salinannya diserahkan kepada guru pelatih.

(5)

 Membantu guru pelatih menyesuaikan diri dengan budaya dan masyarakat sekolah.

 Membimbing guru pelatih untuk mempertingkatkan kemahiran pengajaran

(penguasaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH), pengurusan kelas, persediaan pengajaran, strategi dan kaedah pengajaran).

 Membentuk sahsiah guru pelatih supaya sesuai dengan profesion keguruan.

 Menasihati guru pelatih mematuhi dan mengamalkan kod etika profesion

perguruan.

 Membantu guru pelatih merancang dan melaksanakan kegiatan kokurikulum.

 Melaporkan perkembangan penyeliaan guru pelatih dengan memasukkan

markah penyeliaan ke dalam Sistem Pengurusan Latihan Mengajar berkomputer (SPLM), selepas setiap penyeliaan.

 Memberi peluang kepada guru pelatih membuat pemerhatian ke atas

pengajaran yang dijalankan.

 Tidak melibatkan guru pelatih yang menjalani Rancangan Orientasi Sekolah

(ROS) dalam pengajaran pada minggu pertama Latihan Mengajar.

 Membantu guru pelatih mengumpul maklumat sekolah yang diperlukan bagi

menyempurnakan tugasan ROS.

 Memantau dan melaporkan secara bertulis dengan segera sebarang

pelanggaran peraturan Latihan Mengajar oleh guru pelatih kepada pensyarah pembimbing

Tugas Hakiki Guru Mata Pelajaran (Guru Penolong)

Guru memainkan pelbagai peranan terutama kepada pelajar, ibu bapa, masyarat dan negara. Guru juga perlu memelihara perhubungan sesama rakan sejawat dan profesion keguruan. Guru berperanan sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab mendidik dengan memberi ilmu, memberi tunjuk ajar, memberi pendedahan dan pengalaman serta menjadi model kepada murid – muridnya. Walau bagaimana pun setiap guru perlu melaksanakan tugas –tugas hakikinya di sekolah seperti:

 Mengajar sejumlah waktu yang telah ditetapkan oleh pentadbir sekolah.

Ianya merangkumi mentafsir huraian sukatan mata pelajaran, membuat rancangan pengajaran harian dan menjalankan ujian bulanan serta merekod markah pelajar.

(6)

 Mentadbir bilik darjah yang mana guru perlu menyimpan daftar kelas, mengawal dan menyelia kelas, membuat kutipan yuran dan menyimpan buku rekod prestasi murid.

 Mengelola peperiksaan dalaman dan luaran iaitu termasuk menyediakan

soalan peperiksaan, memeriksa, memberi markah ,memproses skrip dan menganalisis keputusan peperiksaan.

 Menjaga disiplin iaitu membantu mengawasi disiplin pelajar, berhubungan

dengan ibu bapa pelajar dan sentiasa menasihati serta membimbing pelajar.

 Membantu pentadbiran sekolah seperti membantu mentadbir bilik – bilik

khas, mengurus buku – buku teks dan biasiswa pelajar.

 Menjalankan aktiviti ko-kurikulum di mana guru perlu

merancang,menjalankan aktiviti ko-kurikulum mengikut peraturan yang ditetapkan, menyelia dan merekodkan setiap aktiviti bersama pelajar.

Namun selain daripada tugas – tugas hakiki terdapat juga tugas bukan profesion yang perlu dilaksanakan seperti menjaga keceriaan bangunan sekolah, mengawal keselamatan pelajar di luar sekolah dan penjualan buku – buku latihan pelajar. Walau bagaimana pun guru – guru perlu mengikut arahan dan pekeliling daripada pihak pengurusan sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri dari masa ke semasa (KPM, 2002).

Peranan Guru Pembimbing

Kajian – kajian lalu menunjukkan guru pembimbing memainkan peranan penting dalam perkembangan pengetahuan dan kemahiran guru – guru pelatih (Beck & Kosnik, 2002; Koerner, Rust, & Baumgartner, 2002; Lane, Lacefield-Parachini, & Isken, 2003). Glenn (2009) membahagikan peranan guru pembimbing kepada dua aspek, iaitu sebagai model dan mentor. Osunde (2004), mendapati bahawa guru pelatih menjadikan guru pembimbing mereka sebagai model terutamanya daripada aspek pengurusan kelas, membina hubungan yang mesra dengan murid, penguasaan isi kandungan mata pelajaran yang mendalam, menentukan rutin harian dalam kelas serta sikap prihatin terhadap murid. Manakala sebagai mentor, guru pembimbing juga membina hubungan baik dengan guru-guru dalam perkhidmatan untuk membantu membuat penilaian atau refleksi diri berkenaan tugas dan tanggungjawab seseorang guru pelatih. Guru pembimbing perlu menjadi ikon atau contoh yang baik kepada guru pelatih (Norasmah, 2006).

(7)

Setiap pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh sewaktu menjalani praktikum latihan mengajar biasanya meninggalkan memori yang pasti diingati seumur hidup bagi kebanyakkan guru pelatih (Mihans, 2009). Pengaruh bimbingan guru pembimbing dan nasihat yang diperoleh guru pelatih sewaktu menjalani praktikum latihan mengajar membawa kesan yang mendalam terhadap sifat keguruan seseorang guru pelatih pada masa hadapan (Baba, 2004). Sebagai mentor, guru pembimbing juga membina hubungan baik dengan guru-guru pra perkhidmatan, membantu membuat penilaian atau refleksi diri berkenaan tugas dan tanggungjawab seseorang guru pelatih. Guru pembimbing perlu menjadi ikon atau contoh yang baik kepada guru pelatih (Norasmah, 2001).

Guru pembimbing juga merupakan individu yang mempunyai kedudukan istimewa di mata guru pelatih yang dibimbing. Keistimewaan guru pembimbing dapat dilihat daripada kepakarannya mengajar, memberi nasihat, cadangan dan panduan untuk memperkembangkan potensi guru pelatih di sesebuah sekolah (Alleman, 1994). Menurut Cohen (1988) ilmu berkenaan falsafah, sosiologi, psikologi, subjek pengajaran dan metadologi merupakan pengetahuan asas bagi seorang guru pembimbing. Guru pembimbing perlu lebih peka terhadap tugas dan tanggungjawab yang digalas.

Merujuk kepada BPG (2000), komponen utama di dalam senarai tugas guru pembimbing yang perlu diambil perhatian adalah:

 Perancangan jadual bimbingan dan penyeliaan praktikum.

 Perbincangan dengan pihak pengurusan sekolah dan guru pelatih secara

berterusan untuk menjalinkan hubungan secara profesional.

 Menyemak dan membimbing penulisan refleksi guru pelatih, jurnal

pengajaran dan pembinaan portfolio praktikum.

Justeru, guru pembimbing merupakan guru yang berpengalaman dan mahir dalam hal ehwal berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Ianya sangat berguna bagi guru pelatih untuk memperoleh ilmu yang boleh dimanfaatkan (Rohani, 2006). Pengetahuan dan pengalaman guru pembimbing diperlukan untuk memantau proses pengajaran dan pembelajaran guru pelatih di dalam bilik darjah. Kaedah bimbingan dan pemerhatian guru pembimbing menjadi contoh yang baik dan ianya dinilai secara menyeluruh demi untuk melahirkan profesion keguruan yang sebenar (Levine. Arthur, 2006).

(8)

Pertindihan Tugas dan Tanggungjawab Sebagai Guru Mata Pelajaran dan GuruPembimbing

Seseorang guru pembimbing yang berkelayakan bukan sekadar mempunyai kelulusan yang tinggi sahaja malah mereka dikehendaki memberi bimbingan kepada guru pelatih dengan penuh kesabaran, di samping mempunyai jiwa yang ikhlas semasa menjalani tugas mereka. Secara umumnya sebagai seorang guru pembimbing mereka juga bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya sebagai seorang guru biasa. Sekiranya guru pembimbing tersebut telah dibebani dengan pelbagai tugas di sekolah bagaimanakah ia dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik tanpa menjejaskan kecemerlangan guru pelatih tersebut? Selain daripada itu, terdapat kajian yang menunjukkan kelemahan bimbingan guru pembimbing kepada guru pelatih adalah kerana kurangnya kemahiran penyeliaan (Habibah, 2010). Kajian tersebut juga boleh digunakan sebagai panduan kepada guru pembimbing semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka seperti guru pembimbing boleh mengatasi kelemahan dalam proses bimbingan dengan menukar cara membimbing dan menyelia guru pelatih.

Seringkali juga timbul persoalan sama ada bimbingan ini dibuat secara berterusan daripada hari pertama guru pelatih memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran atau sebaliknya. Terdapat beberapa kejadian di mana guru pembimbing memberi bimbingan dan memantau guru pelatih pada awal fasa program praktikum latihan mengajar tetapi tidak pada fasa yang seterusnya (Mok, 1999). Perkara ini berlaku berikutan daripada kekangan masa guru pembimbing tersebut. Kebanyakkan guru pembimbing telah mempunyai tugas hakiki dan tugas – tugas bukan profesion di sekolah. Justeru apabila diberi tugas sebagai guru pembimbing, bermakna beban tugas tersebut bertambah. Tidak dinafikan guru pembimbing memberikan sejumlah jadual waktu pengajarannya kepada guru pelatih, namun ianya hanyalah sebahagian kecil sahaja dan tidak memberikan perubahan yang besar dalam senarai tugas guru pembimbing tersebut. Ianya tetap menjadikan guru pembimbing kekurangan masa untuk menyelia guru pelatih (Nordin & Jamalsafri, 2013). ada masa yang sama guru

pembimbing turut bertanggungjawab untuk melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran.

Kebanyakkan guru pembimbing adalah merupakan Ketua Panitia iaitu guru yang bertanggungjawab menjaga bilik – bilik khas seperti bengkel Kemahiran Hidup, makmal komputer dan juga selaku Ketua Unit Badan Beruniform dalam Kokurikulum

(9)

Sekolah (Yahya & Norhusna, 2010). Umum diketahui bahawa guru – guru yang diberi tugas sebagai guru pembimbing ini menghadapi masalah dalam membahagikan masa untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab dan integriti (Baba, 2004). Walau bagaimana pun tidak terdapat hasil penyelidikan yang konsisten menyatakan bebanan tugas guru pembimbing memberikan impak negatif ke atas keefisienan dan kecemerlangan guru pelatih (Lai, 2013).

Guru pembimbing mesti bijak dan cekap dalam menyampaikan pengajaran dalam mata pelajaran yang diajar. Ini mendorong guru pelatih yang dibimbing berasa yakin terhadap kemampuan guru pembimbing. Pembentukan sahsiah dan sikap yang baik dapat mendorong seseorang guru pembimbing untuk rajin bekerja, membina hubungan baik dengan guru pelatih dan cinta kepada profesion perguruan. Seorang guru pembimbing yang profesional perlu bersabar dengan kerenah guru pelatih yang dibimbing dan mendalami masalah mereka dan cuba untuk membantu mengatasinya (Azean, 2010).

Walau bagaimana pun guru pembimbing memainkan peranan sebagai pemegang watak yang penting dalam proses pembelajaran pengajaran guru pelatih. Guru pembimbing perlu mempunyai ciri-ciri lain untuk menjadikannya sebagai pembimbing yang berkualiti. Ciri-ciri lain perlu diperkukuhkan, antaranya ialah bijak, pembentukan sahsiah dan sikap yang baik, rajin bekerja dan penyabar (Baharom, 2009).

Berikut adalah jadual pertindanan tugas antara guru akademik dengan guru pembimbing praktikal latihan mengajar

(10)

Guru Terlatih Mata pelajaran Guru Pembimbing 1 Mengajar 2 Pentadbiran Bilik Darjah 3 Peperiksaan Dalaman 4 Peperiksaan Luaran 5 Penjagaan Disiplin 6 Pentadbiran Sekolah 7 Aktiviti Kokurikulum 8 Tugas Separa Profesional & Tugas Bukan Profesion 1 Mengajar  2 Pentadbiran Bilik Darjah  3 Peperiksaan Dalaman  4 Peperiksaan Luaran  5 Penjagaan Disiplin  6 Pentadbiran Sekolah  7 Aktiviti Kokurikulum  8 Tugas separa Profesional & Tugas bukan profesion  RUMUSAN

Guru pembimbing merupakan individu yang dilantik oleh pentadbir sekolah. Mereka bertanggungjawab memberi bimbingan, tunjuk ajar dan sokongan kepada perkembangan kompetensi guru baru dan juga guru pelatih yang sedang menjalani praktikum latihan mengajar. Sebagai guru pembimbing mereka perlu mahir dalam pengurusan sekolah (termasuk pengurusan hal ehwal murid), pengurusan kurikulum, dan pengurusan kokurikulum.

Mengajar adalah tugas hakiki bagi setiap guru dan tugas tersebut tidak wajar dianggap sebagai bebanan. Beban tugas guru pembimbing bermaksud tugas – tugas yang perlu dilaksanakan oleh guru pembimbing selain daripada tugas hakiki. Selain

(11)

daripada tugas –tugas tambahan tersebut, guru pembimbing turut dibebani dengan tugas untuk membimbing guru pelatih (Harun, 2006). Tugas – tugas selain daripada tugas hakiki guru pembimbing merangkumi ahli jawatankuasa PIBG, Guru Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Guru Koperasi dan juga guru pengiring untuk pertandingan luar Majlis Sukan Sekolah - Sekolah Daerah (MSSD) (Rohani, 2006; Baba, 2004; BPG, 2006).

Oleh yang demikian, pihak pengurusan sekolah perlu mengambil perhatian dalam pelbagai perkara demi untuk mengurangkan tekanan dan melahirkan seorang guru pembimbing yang berkualiti. Pengurusan sekolah yang baik dapat mengawal keseimbangan terhadap guru pembimbing di antara kepentingan kepimpinan penyeliaan guru pelatih dan persekitaran pengajaran yang memberangsangkan. Gaya

kepemimpinan pengajaran yang baik membolehkan guru pembimbing

mengaplikasikannya terhadap guru pelatih yang dibimbing di dalam pengurusan kelas dan hubungan dengan pelajar (Yacub, 2013).

RUJUKAN

Alfonso, R. J., Firth, G. R. Dan Neville, R. F. (1981 ). Instructional Supervision: A Behavior System (2.” 2013. (2009): 197–205.

Alleman, Janet, and Jere Brophy. 1994. “Teaching That Lasts: College Students’ Reports of Learning Activities Experienced in Elementary School Social Studies.”

Social Science Record 31(1): 42.

Baba, Sidek. 2004. “The Integrated Appropach in Malaysian Education: The

International Islamic University Malaysia as a Model.” Jurnal Pendidikan 13(2):

87–99.

Beck, Clive, and Clare Kosnik. 2002. “Components of a Good Practicum Placement:

Student Teacher Perceptions.” Teacher Education Quarterly 29(2): 81–98.

Bowen, Glenn. 2009. “Document Analysis as a Qualitative Research Method.”

Qualitative Research Journal 9(2): 27–40.

Buntat, Yahya, and Norhusna Mohamed. 2010. “Aplikasi Pemikiran Kreatif Dan Kritis Dalam Pengajaran Guru-Guru Teknikal Bagi Mata Pelajaran Teknikal Di Sekolah

Menengah Teknik Di Negeri Johor.” Jurnal Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia: 1–7.

Cohen, H. 1988. “How to Read a Research Paper.” The American journal of

occupational therapy. : official publication of the American Occupational Therapy Association 42(9): 596–600.

Glickman, Carl D. 2001 “THE DEVELOPMENTAL APPROACH TO SUPERVISION TEACHERS AS INDIVIDUALS .”

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2015. PROGRAM PEMBANGUNAN GURU

BAHARU (PPGB ).

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. “Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat

(12)

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. “Ringkasan Eksekutif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah Hingga Lepas

Menengah).” Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

Kementerian Pelajaran Malaysia: 52.

KPM, Kementerian Pendidikan Malaysia. 2015. 2025 Ministry of Education Malaysia

Malaysia Education Blueprint 2015-2025 (Higher Education).

Lai, Ming Ling, Yaacob Zalilawati, Mahat Mohd Amran, and Kwai Fatt Choong. 2013. “Quest for Tax Education in Non-Accounting Curriculum: A Malaysian Study.”

Asian Social Science 9(2): 154–62.

Lateh, Habibah, and Punitha Muniandy. 2010. “Environmental Education (EE): Current Situational and the Challenges among Trainee Teachers at Teachers Training

Institute in Malaysia.” In Procedia - Social and Behavioral Sciences, , 1896–

1900.

Levine, Arthur. 2006. “Educating School Teachers.” The Education Schools Project

38(10): 1–14.

Maynard, Trisha, and John Furlong. 1995. “Learning to Teach and Models of

Mentoring.” In Issues in Mentoring, , 1–24.

Mihans, Richard. 2009. “Can Teachers Lead Teachers?” Education Digest 74(5): 22–

25.

Mohamad, Baharom (Uthm), and Mohamad Johdi (Iium) Salleh. 2009. “Kepimpinan

Pendidikan Dalam Pembangunan Modal Insan.” Se.minar Pembangunan Modal

Insan 2009 (1989): 23–24.

Mohamad, Rohani, Muhammad Rashdan, and Abdul Rashid. 2006. “Transnational Education: Our Expectations and Our Challenges. Is Anyone Listening? From

Teachers’ and Students' Perspectives.” Conference: International education, a

matter of heart.

Mohd Nor Bin Jaafar, Jaafar Mohd Nor, and Mohd Nor Bin Jaafar. 2005. “Kepimpinan Pengajaran Guru Besar, Komitmen Dan Kepuasan Kerja Guru: Satu Kajian Perbandingan Dan Hubungan Antara Sekolah Berkesan Dengan Sekolah Kurang

Berkesan.” Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim, Kedah (1993).

Mok, Yan Fung, and T M Kwong. 1999. “Discriminating Participants and Non-Participants in Continuing Professional Education: The Case of Teachers.”

International journal of lifelong education 18(6): 505–19.

Murray-Harvey, Rosalind. 2010. “Relationship Influences on Students’ Academic

Achievement, Psychological Health and Well-Being at School.” Special Issue:

In-school relationships and their outcomes 27(1): 104–15.

Negara, Pelan Strategik Pengajian Tinggi. 2012. “Bab 4 Menambah Baik Kualiti

Pengajaran Dan Pembelajaran.” Bab 4: 1–7.

Noor Azean Atan, and Siti Khatijah Naraman. 2010. “Penerimaan Guru Pelatih Terhadap Penggunaan PPBK: Kajian Kes Terhadap Guru Pelatih, Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.” Eprints: 1–8.

Nordin, Hasniza, Niki Davis, and Tengku Faekah Tengku Ariffin. 2013. “A Case Study of Secondary Pre-Service Teachers’ Technological Pedagogical and Content

Knowledge Mastery Level.” Procedia - Social and Behavioral Sciences 103: 1–9.

Nordin, Norshidah, Rohaya Abdul Wahab, and Nadia Ainuddin Dahlan. 2013. “Approaches to Learning among Trainee Teachers: Malaysian Experiences.”

(13)

Osunde, A. U., and F. E O Omoruyi. 2004. “An Evaluation of the National Teachers Institute’s Manpower Training Program for Teaching Personnel in Mid-Western

Nigeria.” International Education Journal 5(3): 405–9.

Othman, Norasmah. 2001. “Program Pendidikan Guru Teknik Dan Vokasional Yang

Cemerlang.” Jurnal Intelek 1: 1–10.

Salleh, Kahirol Mohd, Lisa Sulaiman, Mimi Mohaffyza Mohamad, and Lai Chee Sern. 2015. “ScienceDirect Academia and Practitioner Perspectives on Competencies Required for Technical and Vocational Education Students in Malaysia: A

Comparison with The ASTD WLP Competency Model.” Procedia -Social and

Behavioral Sciences 186(186): 20–27.

Yaacob, Wan Harun Wan. 2013. 53 Thesis sarjana yang tidak diterbitkan “Pendidikan Guru Di Malaysia: Perkembangan Dan Perubahan Kurikulum Ilmu Pendidikan Di Maktab Perguruan, Tahun 1957 Hingga 1986.”

Referensi

Dokumen terkait

Metodologi yang digunakan menerapkan teknik terbaru dalam pembuatan program sehingga diharapkan dapat lebih baik dalam menganalisis kebijaksanaan, mengkaji dampak lingkungan dan

Diantaranya dari rancangan tahap compress file zip untuk prototyping sistem operasi sama halnya dengan compress file system , lau tahap persiapan dan memasuki

memberi pelayanan kesehatan yang aman, bermutu, antidiskriminasi, dan efektif dengan mengutamakan kepentingan pasien sesuai dengan standar pelayanan Puskesmas;.. memberikan

Dengan membuat short movie yang mengangkat fenomena orang tua yang selalu marah kepada anaknya yang mendapat nilai ulangan yang tidak bagus, diharapkan orang tua

Dengan menggunakan metode FMEA maka dapat diperoleh dan dipilih 3 faktor penyebab cacat yang memiliki nilai RPN terbesar dari setiap cacat dominan, sehingga dapat

Perbedaan antara penelitian kedua dengan penelitian yang akan dilakukan adalah pada penelitian kedua lebih di fokuskan pada tindakan monopoli yang mengganggu

MAKMAL NO. AMALI PENYELARAS/ PENGAJAR BIL. KOD PROGRAM/ MAJOR/ KLASIFIKASI/ KUOTA BIL. ) JURIDAH BINTI MD RASHID ( PUAN ) JURIDAH BINTI MD RASHID ( PUAN ) JURIDAH BINTI MD RASHID (

Prota disusun oleh guru kelas dengan menjabarkan alokasi waktu untuk merancang dan memanajemen waktu berdasarkan kalender pendidikan yang telah disesuaikan oleh sekolah sehingga