• Tidak ada hasil yang ditemukan

DEFINISI DAN ALAT EKONOMI ALAM SEKITAR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "DEFINISI DAN ALAT EKONOMI ALAM SEKITAR"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

   

SKPS 6053 

EKONOMI ALAM SEKITAR   

 

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA   FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN 

SARJANA PENGURUSAN PERSEKITARAN   

  TAJUK: 

Soalan 1 : Takrif Ekonomi Alam sekitar 

Soalan 2: Bincangkan ekonomi alam sekitar berdasarkan ulasan lima artikel jurnal 

Soalan 3 : Alat-Alat Ekonomi dalam Mengurus Alam Sekitar    

   

PENSYARAH: 

PROF MADYA DR. ER AH CHOR   

 

NAMA :  MAZNI BINTI BALI  

P74297 

(2)

  SOALAN 1: Takrifan Ekonomi Alam Sekitar

Ekonomi alam sekitar menerangkan saling hubungan antara alam sekitar dengan ekonomi, iaitu kesan ekonomi terhadap alam sekitar seperti pencemaran, dan pengaruh alam sekitar terhadap ekonomi. Dengan perkataan lain, ekonomi alam sekitar ialah sebahagian daripada ekonomi, dan bidang ekonomi ini menganalisis masalah pilihan berhubung dengan keadaan sekeliling, sama ada fizikal atau semula jadi, yang dihadapi oleh manusia dan masyarakat keseluruhannya.

Ekonomi alam sekitar juga mengambilkira nilai alam sekitar dan aktiviti ekonomi serta membuat pilihan berdasarkan nilai-nilai tersebut. Tujuannya adalah untuk mengimbangi aktiviti ekonomi dan kesan alam sekitar dengan mengambil kira semua kos dan faedah. Terdapat dua sebab utama ekonomi alam sekitar menjadi sutu budang kajian yang penting: pertama, masalah alam sekitar merupakan contoh amat jelas tentang kesan kuaran yang tidak diberi nilai ringgit (harga). Kedua, masalah kekurangan tenaga, pencemaran air dan udara, bahan buangan nuklear, pencemaran bunyi dan sebaginya semakin ketara sehingga dirasakan bahawa ekonomi perlu menyediakan alat dan cara-cara menyelesaikan masalah ini.

(3)

SOALAN 2: Bincangkan ekonomi alam sekitar berdasarkan ulasan lima artikel jurnal

ARTIKEL 1

Tajuk : Economic and environmental evaluation via an integrated method

based on LCA and MCDA , Procedia –Social and Behavioral Science 99 (2013) 1-10

Penulis : Fabio De Felice, Fabrizio Campagiorni, Antonella Petrillo

Penyelidikan serta penambahbaikan yang berterusan dapat mempertingkatkan keuntungan dan daya saing sesebuah organisasi. Selain dari sudut ekonomi, alam sekitar juga harus dianalisis dan dibuat penilaian. Walaupun terdapat pelbagai cara untuk menilai kedua-dua aspek ekonomi dan alam sekitar ini, namun untuk menjamin peningkatkan kualiti yang tinggi pengintegrasian metod dan teori yang berbeza diperlukan. Oleh itu, kajian ini mengunakan pengintegrasian dua metod yang berbeza iaitu: Life Cycle Assessment (LCA) dan Multi Criteria Decision Analysis (MCDA). Kaedah pertama membolehkan penganalisis untuk memahami masalah alam sekitar manakala, kaedah kedua membantu membuat pilihan penyelesaian yang terbaik untuk pernambahbaikan. Tujuan utama kajian ini adalah untuk membangunkan satu kaedah yang sistematik, mudah untuk digunakan dan memberikan hasil yang bermanfaat. Dalam kajian ini pendekatan yang sedia ada dikaji semula dan disepadukan dalam pendekatan baru agar dapat memberi peningkatan yang berterusan kepada sesebuah organisasi.

ARTIKEL 2

Tajuk : Economic Valuation of Forest Ecosystem Services in Heshui

Watershed using Contingent Valuation Method. Energy Procedia 6 (2011) 361–370

Penulis : Zhang Tao, Haiming Yan, Jinyan Zhan

(4)

daerah khas, Anfu, Yongxin dan Lianhua bagi untuk menganggarkan nilai ekosistem hutan. Responden diberi situasi semasa dan senario hipotetikal untuk meminta kesediaan mereka untuk membayar pemulihan dan perlindungan hutan di daerah tersebut. Hasil analisis daripada 170 soal selidik dan 80 [Willingness to pay (WTP)] menunjukkan bahawa responden akan membayar untuk pemulihan hutan dan perlindungan 238 yuan setiap tahun. Kertas kerja ini akan memberikan panduan ringkas mengenai aplikasi CVM dan membolehkan pembuat keputusan untuk menguruskan ekosistem hutan untuk pembangunan mapan.

ARTIKEL 3

Tajuk : Modeling for Environmental-Economic Management Systems under Uncertainty , Procedia Environmental Science 2 (2010) 192-189

Penulis : Y.F. Li, Y.P. Li ,G.H. Huanga, M. Zhou, Y.L. Xiea

Dalam kajian ini, Interval-Fuzzy Multiobjective Programming (IFMOP) dibangunkan untuk menyokong perancangan alam sekitar dan aktiviti pengurusan ekonomi daerah industri kimia di Tianjin, China. Dalam model IFMOP, kedua-dua kaedah Interval-Parameter Programming (IPP) dan Fuzzy Programming (FP) diperkenalkan ke dalam

pengaturcaraan rangka kerja multiobjektif. Model yang dibangunkan dapat membantu menangani ciri-ciri multi objektif sistem pengurusan alam sekitar dan ekonomi dalam industri kimia, serta boleh menangani isu-isu berkaitan dengan pelan pengeluaran perindustrian yang mempunyai kos yang efektif.

ARTIKEL 4

Tajuk : Environmental & economic life cycle assessment of current & future sewage sludge to energy technologies. Waste Management 34 (2014) 185–195

Penulis : N. Mills, P. Pearce, J. Farrow, R.B. Thorpe, N.F. Kirkby

Industri Air UK saat ini menghasilkan sekitar 800 GW h pa tenaga elektrik daripada enap cemar kumbahan. Kajian ini membuat perbandingan lima konfigurasi teknologi: Conventional AD with CHP, Thermal Hydrolysis Process (THP) AD with CHP, THP AD with bio-methane grid injection, THP AD with CHP dan THP AD AD. Penilaian

(5)

menyediakan alat untuk menentukan pilihan yang terbaik secara keseluruhan untuk situasi tertentu dan membolehkan sumber inovasi dan pelaburan yang akan memberi tumpuan sewajarnya.

ARTIKEL 5

Tajuk : Economic instruments for managing industrial waste in Malaysia Malaysian Journal of Environmental Management 6 (2005): 87 - 106 Penulis : Mohd Nasir Hassan, Rafia Afroz, Ahmad Fariz & M. Awang

Pembangunan industri pembuatan yang begitu pesat di Malaysia telah menyebabkan peningkatan penghasilan bahan buangan industri yang berbahaya. Sememangnya diketahui bahawa perindustrian mempunyai keseimbangan daripada segi ekonomi, alam sekitar dan sosial. Apabila wujud keseimbangan diantara pengekalan alam sekitar dengan pembangunan ekonomi, beberapa alternatif diambil untuk menangani akibat buruknya. Langkah sedemikian adalah diperlukan di bawah undang-undang dan peraturan alam sekitar sedia ada dan yang sedang dikaji semula serta galakan ekonomi yang dicadangkan. Pada masa lalu Malaysia menekankan kepada keuntungan ekonomi sesuatu pembangunan. Kini telah wujud penekanan terhadap alam sekitar. Seperti banyak negara membangun yang lain, Malaysia sepatutnya memikirkan tentang penggunaan alat ekonomi dan galakan untuk menjadi sebuah negara maju yang amat bingkas. Alat-alat tersebut diperlukan untuk menggalakkan pembuatan keputusan yang bertanggung jawab alam sekitar oleh pelabur, pengguna dan peserta ekonomi lainnya.

KESIMPULAN ULASAN ARTIKEL

(6)

SOALAN 3 :Bincangkan Alat-Alat Ekonomi Yang Boleh Dilaksanakan Oleh Kerajaan Untuk Mengurus Alam Sekitar Di Sebuah Negara Terpilih.

Alat Ekonomi dalam Perancangan dan Pengurusan Alam Sekitar di Kawasan Timur Afrika

Proses pembinaan pembangunan, pengeluaran barangan dan perkhidmatan sememangnya dapat menyebabkan degradasi dan impak negatif kepada alam sekitar seperti pencemaran udara, pencemaran air, pembuangan sisa pepejal dan kumbahan. Selain daripada kawalan melalui pelaksanaa perundangan dan bukan perundangan, permasalah ini juga kaedah boleh dikawal menggunakan alat ekonomi. Alat ekonomi merupakan satu kaedah ekonomi bagi mengawal alam sekitar yang berasaskan pasaran untuk menggalakkan penggunaan dan pembangunan teknologi mesra alam dalam produk atau perkhidmatan. Penggunaan alat ekonomi dalan perancangan dan pengurusan alam sekitar dk kawasan Afrika Timur seperti Kenya, Tanzania, Eritrea dan Uganda. Antara alat ekonomi utama yang diimplentasi dalan perancangan dan pengurusan adalah:

1. Menyediakan intensif ekonomi dalam pengurusan pemuliharaan alam sekitar

Pertimbangan insentif ekonomi merupakan melaksanakan pemberian insentif positif kepada syarikat yang memelihara alam sekitar dalam perjalanan aktiviti ekonomi mereka, sebaliknya insentif negatif akan dikenakan terhadap pihak yang mendorong kemerosotan alam sekitar. Insentif ini dilihat sebagai dorongan kepada pihak tentu dalam menjaga kebajikan alam sekitar bukannya mengejar keuntungan semata-mata.

a) Property rights

(7)

ini perjanjian ini telah dilanjutkan kepada pengurusan komuniti kawasan perladangan dan pengeluaran.

b) Penggunaan Sumber

The Bazaruto Mozambique merupakan salah satu kawasan laut yang paling berharga dan kaya dengan sumber semulajadi namun mempunyai ekosistem yang paling lemah dan fragile (rapuh) di negara ini. Dalam usaha untuk memastikan pemuliharaan jangka panjang kawasan marin ini, beberapa aktiviti yang telah ditetapkan bertujuan untuk merangsang penggunaan lestari oleh masyarakat setempat. Strategi memberi tumpuan kepada eko-pelancongan dan penggunaan sumber yang diperkenalkan khusus untuk memberi pampasan kepada penduduk kampung yang telah kehilangan penempatan dan sumber makanan (perikanan) dengan penubuhan Taman Negara. Pada masa yang sama pelbagai aktiviti baru yang diperkenalkan kepada penduduk kampung, termasuk projek-projek permaculture dan penanaman sayur-sayuran yang dapat mengurangkan tekanan kepada sumber laut.

c) Fiskal dan Instrumen kewangan

(8)

subsidi untuk minyak tanah, promosi cekap tenaga dapur kayu bakar dan pembongkaran duti import teknologi solar.

2. Mekanisme pembiayaan dalam pemuliharaan alam sekitar.

Mekanisme pembiayaan yang merupakan sebahagian daripada elemen penting dalam perancangan dan pengurusan alam sekitar kerana mekanisme ini dapat menyediakan pembiayaan kewangan bagi pelaksanaan projek dan program pemuliharaan alam sekitar.

a) Caj, yuran dan pasaran

Sekiranya barang dan perkhidmatan alam sekitar yang diterima secara bebas atau pada kos yang rendah, yuran boleh ditubuhkan bagi penggunaannya. Hasil daripada caj, yuran dan cukai yang dikenakan kepada pengguna ini boleh digunakan dalam usaha membangunkan pasaran baru bagi produk dan perkhidmatan alam sekitar di samping memulihara sumber alam tersebut. Di Afrika Timur, langkah pemuliharaan Hutan Gunung Kenya dilaksanakan melalui pembiayaan Downstream water Levies. Strategi yang dilaksanakan dalam Pemuliharaan dan Pengurusan Hutan Adat Projek Hutan Simpan Gunung Kenya ini adalah mengenakan bayaran yang perlu ke atas skim tenaga air hiliran dan bayaran tersebut akan diperuntukkan kepada Jabatan Perhutanan. Gunung Kenya membentuk kawasan tadahan air bagi dua sungai Kenya dan kawasan ini merupakan lokasi semua skim hidroelektrik utama negara tersebut. Skim ini secara langsung bergantung kepada perkhidmatan tadahan kawasan tadahan air yang disediakan oleh hutan.

b) Bon dan Deposit

(9)

kerosakan kepada alam sekitar. Selain daripada memastikan terdapat dana-dana dan intensif dari pemaju dapat mengimbangi atau mengatasi pencemaran alam sekitar, kaedah ini juga dapat menggalakkan pemaju lebih peka untuk meminimumkan kewujudan impak negatif dan kerosakan alam sekitar yang berlaku agar bon dapat ditebus semula.

Interim Concession Deposit Bonds telah dijalankan di Republik Demokratik Congo untuk pembalakan secara lestari. Bon deposit ini dibentuk pada pada awal 1990-an untuk operasi perhutanan komersial yang menyediakan insentif ekonomi bagi firma untuk mengelakkan kerosakan pembalakan dan menggalakkan pertumbuhan semula hutan. Pelaksanaan ini memberikan satu interim concession licence kepada pembalak. Syarikat konsesi perlu membayar jumlah pendahuluan untuk aktiviti pembalakan yang akan dijalankan. Jika pemegang konsesi tidak membuat pelaburan yang diperlukan dalam tempoh 3 tahun, lesen sementara dibatalkan dan wang tidak dikembalikan.

c) Menggalakan pelaburan dan sumbangan sektor swasta

Terdapat pelbagai cara dalam menggalakan penglibatan sektor swata dalam melabur dan memberikan sumbangan terhadap pemuliharaan alam sekitar.penglibatan ini bukan sahaja dapat menjana kewangan, malah meningkatkan penglibatan masyarakat dalam pemuliharaan. Peluang pelaburan haruslah diberikan kepada sektor swasta untuk terlibat langsung dalam pemuliharaan. Pemberian kredit, francais dan konsesi dalam sumber alam sekitar boleh menggalakkan pelaburan. Selain itu, sektor swasta juga boleh digalakkan untuk membuat sumbangan amal atau sumbangan sukarela bagi kos pemuliharaan dan aktiviti institusi, terutama jika mereka mempunyai kepentingan langsung dalam memelihara alam sekitar. Kaedah ini telah dijalankan dalam menggalakkan pelaburan sektor swasta dalam pemuliharaan hidupan liar di sekitar Taman Negara Seregeti, Tanzania.

d) Pelepasan Hutang Antarabangsa

(10)
(11)

Rujukan

Fabio De Felice, Fabrizio Campagiorni, Antonella Petrillo. 2013. Economic and environmental evaluation via an integrated method based on LCA and MCDA. Procedia –Social and Behavioral Science 99 (2013) 1-10

Lucy Emerton. 1999. Economic Tools for Environmental Planning and Management in Eastern Africa . IUCN – The World Conservation Union

Marlies Wierwnga. 2003. A Brief Introduction to Environmental Economic. Environmental Law Alliance Worldwide (ELAW)

Mohaini Tajudin. 1989. Teori Alam Sekitar. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur

Mohd Nasir Hassan, Rafia Afroz, Ahmad Fariz & M. Awang. 2005. Economic instruments for managing industrial waste in Malaysia. Malaysian Journal of

Environmental Management 6 (2005): 87 - 106

N. Mills, P. Pearce, J. Farrow, R.B. Thorpe, N.F. Kirkby. 2014. Environmental & economic life cycle assessment of current & future sewage sludge to energy technologies. Waste Management 34 (2014) 185–195

Y.F. Li, Y.P. Li ,G.H. Huanga, M. Zhou, Y.L. Xiea. 2010. Modeling for Environmental-Economic Management Systems unde Uncertainty . Procedia Environmental Science 2 (2010) 192-189

Referensi

Dokumen terkait

Retribusi Pemakaian Kekayaan Daerah berupa Penggunaan Rumah Susun Sederhana Sewa (Rusunawa), yang selanjutnya disebut Retribusi adalah pungutan Retribusi sebagai

Faktor lain yang menyebabkan pernikahan usia dini adalah perjodohan. Hal tersebut sebenarnya bukan menjadi suatu masalah. Namun yang menjadi masalah adalah usia saat

Meningkatkan dukungan masyarakat terhadap orang dengan gangguan jiwa dan keluarganya..

Dalam rangka memperoleh kompetensi tersebut para mahasiswa UNNES wajib mengikuti proses pembelajaran lapangan melalui kegiatan Praktik Pengalaman Lapangan (PPL) meliputi

Upaya memanusiakan manusia melalui pendidikan memerlukan paradigma yang jelas, guna dijadikan dasar dalam penetapan tujuan yang ingin dicapai. Banyak aliran filsafat

Berikut akan dipaparkan beberapa penyakit yang dapat disembuhkan dengan manfaat daun sirsak beserta takaran seduhan air

Penelitian yang dilakukan oleh Silvia Losiana Lomanto (2012) hasil pengujian menunjukkan adanya pengaruh secara signifikan antara gaya kepemimpinan terhadap kepuasan

Untuk menghitung arus kas (cash flow) yang terdiskon diperlukan analisa cost of capital untuk menentukan besaran faktor diskonnya. Penilaian investasi dilakukan