• Tidak ada hasil yang ditemukan

Hakikat Beriman Kepada Allah Swt Dan Rasulullah Saw

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Hakikat Beriman Kepada Allah Swt Dan Rasulullah Saw"

Copied!
115
0
0

Teks penuh

(1)

MATERI PENGAJIAN

(1)Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah

[02] Permasalahan Sebenar

[03] Konsep Lailaha illallah Sebagai Suatu Cara Hidup Yang Menolak Jahiliah [04] Penyakit Yang Ada Dalam Jiwa Manusia : Bagaimana Mengubatinya... [05] Tauhid Menolak Jahiliah Dan Membentuk Masyarakat Islam

[06] Ciri-Ciri Mereka Yang Menghayati Dan Memperjuangkan Islam [07] Dua Jalan

[08] Al-Quran Al-Karim Mendidik Ummah [09] Ad-Din An-Nasihah

[10] Mencegah Al-Mungkar Al-Akbar Dan Menegak Al-Ma'ruf Al-Akbar [11] Islam Sebagai Penyelesaian

[12] Asas-Asas Penting Pembentukan Ummah Islamiyah [13] Islam Dagang Kali Kedua Dan Cara Mengatasinya [14] Apakah Tuntutan Islam Ke atas Kita

[15] Kesedaran Islam Sebenar

[16] Kemudharatan Kufur Dan Kesan-Kesan Buruknya [17] Ar Rasul Qudwatuna

[18] Ke arah Kesedaran Islam Semula

[19] Cara Islam Menanam Tata Rabbani Dalam Jiwa Dan Kehidupan Manusia [20] Nilai Hidup Menurut Islam

[21] Ke Arah Penghayatan Islam Yang Syumul [22] Islam Yang Dikehendaki

[23] Mengapa Manusia Diciptakan Dan Apakah Tanggungjawabnya? [24] Ke Arah Memperolehi Nikmat Allah

[25]

Hakikat Beriman Kepada Allah SWT Dan Rasulullah SAW [26] I M A N

▸ Baca selengkapnya: latar belakang hakikat mencintai allah swt. khauf raja' dan tawakal kepadanya

(2)

HAKIKAT BERIMAN KEPADA ALLAH SWT

DAN RASULULLAH SAW

Hakikat iman kepada Allah SWT adalah satu hakikat besar yang mencakupi seluruh bidang kehidupan manusia. Apabila iman bersemi di dalam hati seseorang, maka iman itu akan terus menjelmakan kesannya dalam bentuk amal perbuatan, kegiatan dan perjuangan yang mengharapkan Allah SWT atau redha Allah SWT. Dia taat kerana Allah SWT. Dia tunduk dan patuh kepada titah perintah Allah SWT samada kecil atau besar.

Tidak bersekongkol bersama-sama hakikat Iman itu hawa nafsu dan syahwat yang sering mengajak manusia menyeleweng daripada ajaran Allah SWT. Bahkan iman itu akan mengajak nafsu dan syahwat untuk tunduk mengikut ajaran Muhammad SAW yang didatangkan daripada Allah SWT.

Imanlah yang akan mencernakan keseluruhan aspek kehidupan manusia yang meliputi bisikan jiwa, cetusan hati, keinginan roh, kecenderungan fitrah, gerakan jasmani, tindakbalas pancaindera dan semua perbuatan samada semasa bersendirian mahu pun di depan orang ramai mengikut kehendak Allah SWT.

Sesungguhnya iman kepada Allah SWT dan Rasul-Nya itu merupakan keyakinan dan penyaksian dalam hati dengan segala kesungguhan yang membuatkan hati menjadi juru bicara Din Islam. Juru bicara yang hidup.

Iman itu akan hidup dalam perasaan dan menjadi roh bagi tingkah laku. Alangkah indahnya Iman ini. Alangkah baik dan sucinya.

Iman yang betul akan melahirkan contoh-contoh ta’at kepada Allah SWT pada diri seseorang. Contoh-contoh itu akan memberi kesan pula kepada hati kawan-kawannya. Contoh-contoh itu adalah penyaksian amalan Islam yang akan membekas ke dalam jiwa manusia lain. Justeru itu seseorang itu akan menjadi juru da’wah Islam kepada manusia, setelah ia memberikan keutamaan dan kelebihan terlebih dahulu kepada dirinya sendiri.

Iman adalah masdar yang melahirkan ma’ruf dan menolak munkar. Iman adalah asas yang akan mewujudkan kerajaan Allah SWT di muka bumi yang berfunngsi di dalamnya hukum-hukum Allah SWT. Iman mencorakkan kehidupan Islam dan

menentang kehidupan Jahiliyyah. Iman akan meletakkan seseorang di atas jalan hidup yang sempurna. Jalan hidup yang mengandungi segala perintah Allah SWT.

Amanah yang dipikul oleh manusia

Amanah yang besar telah ditolak oleh langit, bumi dan gunung ganang. Amanah itu akhirnya diterima dan diletakkan di atas bahu manusia. Amanah itu ialah amanah hidayah, amanah untuk mengenal Allah SWT dan amanah Iman kepada-Nya. Jiwa manusia telah diberikan persediaan-persediaan untuk membolehkannya memikul amanah tersebut. Untuk memikul amanah itu, manusia perlu insaf, sedar,

berkehendak, bersungguh-sungguh dan berkorban. Itulah amanah yang sesuai dengan fitrah asal manusia.

▸ Baca selengkapnya: allah swt menyeru setiap mu’min menjadi penyebar keadilan dimana dan kapanpun. peryataan diatas termasuk kesimpulan dari

(3)

Segala makhluk selain daripada manusia telah diilhamkan oleh Allah SWT untuk beriman, mendapat pertunjuk, mengenal, menyembah dan mentaati-Nya secara fitrah dan paksa tanpa perlu berikhtiar dan berusaha. Hanya manusia diberikan aqal,

ma’rifah, kehendak, kesungguhan dan pengorbanan untuk berikhtiar dan berusaha untuk sampai kepada Allah SWT dengan izin-Nya.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sesiapa berjihad kerana Kami akan Kami tunjuki mereka jalan Kami.”

Itulah amanah yang diterima manusia dan menjadi kewajipan baginya melaksana amanah itu dengan bersungguh-sungguh.

Mandat Allah SWT

Allah SWT telah berjanji untuk memberikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal saleh mandat membangunkan sistem Islam di bumi. Allah SWT telah berjanji kepada mereka bahawa Dia akan mengangkat mereka sebagai Khalifah atau penguasa di bumi. Seperti halnya diangkatkan orang-orang mu’min soleh sebelum mereka, agar mereka membangunkan syari’at Allah SWT. Dan melaksanakan keadilan mengikut kehendak Allah SWT serta membawa umat manusia ke jalan yang benar.

Kekhalifahan bukan semata-mata kerajaan, pemerintahan atau kekuasaan.

Kekhalifahan harus dipergunakan untuk kebaikan dan membina kemakmuran serta menegakkan jalan Allah SWT agar manusia dapat berjalan di atasnya.

Khilafah bukanlah bertujuan untuk membuat keruntuhan, kejahatan, kezaliman dan perkosaan. Khilafah bertujuan untuk meninggikan keperibadian manusia, bukan merosakkan keperibadian manusia ke lembah kebinatangan.

Al-quran membimbing manusia ke jalan tersebut. Iman adalah dasarnya. Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya apa yang tercantum dalam al-Quran ini sudah cukup untuk mereka yang berabdi. Engkau Kami utus untuk membawa rahmat kepada alam semesta.” - Al-Anbiya’: 106-107

(4)

TAUHID AR-RUBUBIYYAH DAN

TAUHID AL-ULUHIYYAH

Makna kalimah tauhid

Kalimah tauhid membawa pengertian mengetahui, berikrar, mengakui dan

mempercayai bahawa sesungguhnya sembahan yang benar dan berhak disembah ialah Allah Subhanahu Wa Ta’ala (SWT) semata-mata. Selain daripada-Nya, sama sekali tidak benar dan tidak berhak disembah. Penghayatan kalimah itu meliputi berikrar dengan hati, menyatakan dengan lidah dan membuktikan dengan perbuatan.

Tauhid ar-Rububiyyah ( ) dan Tauhid al-Uluhiyyah ( ) Tauhid ar-Rububiyyah bermakna beri’tiqad bahawa Allah SWT bersifat Esa,

Pencipta, Pemelihara dan Tuan sekelian alam. Tauhid al-Uluhiyyah pula bermakna menjadikan Allah SWT sahaja sebagai sembahan yang sentiasa dipatuhi.

Pengertian lanjut Tauhid ar-Rububiyyah Antara pengertian kalimah Rabb ( ) ialah: 1. As-Sayyid (Tuan)

2. Al-Malik (Yang Memiliki) 3. Pencipta 4. Penguasa 5. Pendidik 6. Pengasuh 7. Penjaga 8. Penguatkuasa.

Allah jua bersifat mutlak

Manusia, jika dia bersifat seperti memiliki dan berkuasa, maka sifatnya itu sementara. Segala sesuatu di alam ini kepunyaan Allah. Apa yang dimiliki makhluk hanyalah bersifat pinjaman dan majaz (kiasan). Hanya Allah sebagai Rabb al-’Alamin (Rabb sekelian alam) dan mempunyai segala sifat kesempurnaan. Dengan sifat-sifat-Nya yang Maha Sempurna mengakibatkan seluruh makhluk bergantung kepada-Nya, memerlukan pertolongan-Nya dan berharap kepada-Nya.

Manusia, jika dia cerdik, bijak dan pandai, maka semuanya itu datang daripada Allah. Segala kekayaan dan penguasaan manusia bukanlah miliknya yang mutlak tetapi datang daripada Allah.

Manusia dijadikan hanya sebagai makhluk. Dia tidak memiliki apa-apa melainkan setiap kuasa, tindak-tanduk, gerak nafas dan sebagainya datang daripada Allah. Allah, Dialah Maha berkuasa, mencipta, menghidup dan mematikan. Dia berkuasa memberikan manfaat dan mudarat. Jika Allah mahu memberikan manfaat dan kelebihan kepada seseorang, tiada siapa mampu menghalang atau menolaknya. Jika

(5)

Allah mahu memberikan mudarat dan keburukan kepada seseorang seperti sakit dan susah, tiada siapa dapat menghalang atau mencegahnya.

Oleh itu hanya Allah sahaja ‘mutafarriq’, bermakna hanya Allah yang berkuasa untuk memberikan manfaat atau mudarat.

Firman Allah SWT:

“Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tiada yang dapat menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dialah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”

(Al-An’am: 17)

Dengan sifat-sifat Allah tersebut, maka timbullah kesan tauhid kepada seseorang. Dia hanya takut kepada Allah, dan berani untuk bertindak melakukan sesuatu kerana keyakinannya kepada Allah.

Manusia bersifat fakir

Manusia di dunia ini bersifat fakir (tidak memiliki apa-apa), sebaliknya sentiasa memerlukan pertolongan Allah. Firman Allah SWT di dalam Al-Hadith Al-Qudsi: “Hai manusia, kamu semua berada di dalam kesesatan kecuali mereka yang Aku berikan taufiq dan hidayah kepadanya. Oleh itu mintalah hidayah daripada-Ku.” “Hai manusia, kamu semua lapar, kecuali mereka yang aku berikan makan, oleh itu mintalah rezeki daripada-Ku.”

“Hai manusia, kamu semua telanjang kecuali mereka yang Aku berikan pakaian. Oleh itu mohonlah pakaian daripada-Ku.”

Sifat fakir dan sifat kaya

Berhajatkan sesuatu adalah sifat semua makhluk. Manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan makhluk lain berhajatkan kepada Allah. Oleh itu semua makhluk bersifat fakir.

Allah Maha Kaya. Dia tidak berhajat kepada sesuatu. Jika manusia memiliki keyakinan ini maka dia akan sentiasa berbaik sangka terhadap Allah. Firman Allah SWT:

“Hai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah, dan Allah, Dialah Yang Maha Kaya (yang tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji.” (Fathir: 15) Fakir adalah sifat yang zati bagi setiap makhluk ciptaan Allah. Kaya adalah sifat yang zati bagi al-Khaliq (Pencipta).

(6)

Banyak dalil menunjukkan bahawa Allah itu Maha Esa dan tiada sesuatu menyamai Allah dari segi Rububiyyah. Antaranya:

1. Lihatlah pada tulisan di papan hitam, sudah pasti ada yang menulisnya. Orang yang berakal waras akan mengatakan bahawa setiap sesuatu pasti ada pembuatnya. 2. Semua benda di alam ini, daripada sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya, menyaksikan bahawa Allah itu adalah Rabb al-’Alamin. Dia berhak ke atas semua kejadian di alam ini.

3. Susunan alam yang mengkagumkan, indah dan tersusun rapi adalah bukti Allah Maha Pencipta. Jika alam boleh berkata-kata, dia akan menyatakan bahawa dirinya makhluk ciptaan Allah. Orang yang berakal waras akan berkata bahawa alam ini dijadikan oleh satu Zat Yang Maha Berkuasa, iaitu Allah. Tidak ada orang yang berakal waras akan menyatakan bahawa sesuatu itu boleh berlaku dengan sendiri. Begitulah hebatnya Ilmu Allah. Pandanglah saja kepada kejadian manusia dan fikirkanlah betapa rapi dan seni ciptaan-Nya.

Terdapat seribu satu macam ciptaan Allah yang memiliki sifat yang berbeza-beza antara satu sama lain. Semuanya menunjukkan bahawa Allah adalah Rabb yang Maha Bijaksana .

Fitrah mengakui Rububiyyah Allah

Berikrar dan mengakui akan Rububiyyah Allah adalah suatu perkara yang dapat diterima. Hakikat ini terlintas dalam setiap fitrah manusia. Meskipun seseorang itu kafir, namun jauh di lubuk hatinya tetap mengakui Rububiyyah Allah SWT. Firman Allah SWT:

“Dan jika kamu bertanyakan mereka tentang: Siapakah pencipta mereka? Nescaya mereka menjawab: Allah.” (Az-Zukhruf: 87)

“Dan jika kamu bertanyakan mereka tentang: Siapakah pencipta langit dan bumi? Nescaya mereka menjawab: Semuanya diciptakan oleh Yang Maha Perkasa dan Yang Maha Mengetahui.”(Az-Zukhruf: 9)

Tidaklah susah untuk membuktikan Rububiyyah Allah SWT. Fitrah setiap insan adalah buktinya. Manusia yang mensyirik dan mengkufurkan Allah juga mengakui ketuhanan Allah Yang Maha Pencipta.

Al-Quran mengakui adanya Tauhid ar-Rububiyyah di dalam jiwa manusia Al-Quran mengingatkan bahawa fitrah atau jiwa manusia memang telah memiliki rasa mahu mengakui Allah Rabb al-’Alamin. Firman Allah SWT:

“Berkata rasul-rasul mereka: Apakah terdapat keraguan terhadap Allah, Pencipta langit dan bumi.” (Ibrahim: 10)

(7)

“Dan mereka mengingkarinya kerana kezaliman dan kesombongan (mereka) pada hal hati mereka meyakini (kebenaran)nya.”(An-Naml: 14)

Keengganan dan keingkaran sebahagian manusia untuk mengakui kewujudan Allah sebagai al-Khaliq (Yang Maha Pencipta), sebenarnya didorong oleh perasaan

sombong, degil (‘inad) dan keras hati. Hakikatnya, fitrah manusia tidak boleh kosong daripada memiliki perasaan mendalam yang mengakui kewujudan al-Khaliq.

Jika fitrah manusia bersih daripada sombong, degil, keras hati dan selaput-selaput yang menutupinya, maka secara spontan manusia akan terus menuju kepada Allah tanpa bersusah payah untuk melakukan sebarang pilihan. Secara langsung lidahnya akan menyebut Allah dan meminta pertolongan daripada-Nya.

Telatah manusia, apabila berada di saat-saat genting, tidak akan terfikir dan terlintas sesuatu di hatinya kecuali Allah sahaja. Ketika itu segenap perasaan dan fikirannya dipusatkan kepada Allah semata-mata. Benarlah Firman Allah SWT:

“Dan apabila mereka dilambung ombak yang besar seperti gunung, mereka menyeru Allah dengan keikhlasan kepada-Nya, maka ketika Allah menyelamatkan mereka lalu sebahagian daripada mereka tetap berada di jalan yang lurus. Dan tiada yang

mengingkari ayat-ayat Kami selain golongan yang tidak setia lagi ingkar.” (Luqman: 32)

Sesungguhnya permasalahan mengenai kewujudan Allah adalah mudah, jelas, terang dan nyata. Kewujudan Allah terbukti dengan dalil yang banyak dan pelbagai.

Tauhid al-Uluhiyyah

Maksud Tauhid al-Uluhiyyah ialah kita mentauhidkan Allah dalam peribadatan atau persembahan. Allah SWT mengutuskan para rasul bertujuan menyeru manusia menerima Tauhid al-Uluhiyyah. Firman-firman Allah SWT yang berikut membuktikan hal tersebut:

“Dan Kami tidak mengutuskan seorang rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawasanya tiada tuhan melainkan Aku, maka kamu sekelian hendaklah menyembah Aku.” (Al-Anbiya’: 25)

“Dan sesungguhnya Kami telah utuskan pada setiap umat itu seorang rasul (untuk menyeru): Sembahlah Allah dan jauhilah Taghut.” (An-Nahl: 36)

“Dan sesungguhnya Aku telah utuskan Nuh (nabi) kepada kaumnya, lalu dia berkata (menyeru): Wahai kaumku, hendaklah kamu menyembah Allah, (kerana) sesekali tiada tuhan melainkan Dia.” (Al-Mu’minun: 23)

“Dan (Kami telah mengutuskan) kepada kaum ‘Ad saudara mereka Hud (nabi): Hai kaumku sembahlah Allah, sesekali tiada tuhan bagi kamu selain dari-Nya.” (Al ‘Araf: 65)

(8)

Menyembah atau beribadah kepada Allah dapat dilaksanakan apabila tercetus rasa cinta yang suci kepada Allah dan rela (ikhlas) menundukkan diri serendah-rendahnya kepada-Nya. Seseorang hamba itu disifatkan sedang menyembah Allah apabila dia menyerahkan seluruh jiwa raga kepada Allah, bertawakkal kepada Allah, berpegang teguh kepada ajaran-ajaran Allah, berpaut kepada ketentuan Allah, meminta

(mengharap) serta memulang (menyerah) sesuatu hanya kepada Allah, berjinak-jinak dengan Allah dengan cara sentiasa mengingati-Nya, melaksanakan segala syariat Allah dan memelihara segala perlakuan (akhlak, perkataan dan sebagainya) menurut cara-cara yang diredhai Allah.

‘Ubudiyyah yang semakin bertambah

Pengertian ‘ubudiyyah (pengabdian) kepada Allah akan bertambah sebati dan hebat kesannya dalam kehidupan manusia apabila semakin mendalam pengertian dan keinsafannya tentang hakikat bahawa manusia itu terlalu fakir di hadapan Allah. Manusia sentiasa bergantung dan berhajat kepada Allah. Manusia tidak boleh terlupus daripada kekuasaan dan pertolongan Allah walaupun sekelip mata.

Begitu juga dengan cinta atau kasih (hubb) manusia kepada Allah dan rasa rendah diri (khudu’) manusia kepada Allah yang akan bertambah teguh apabila semakin mantap ma’rifat dan kefahamannya terhadap sifat-sifat Allah, Asma’ Allah al-Husna (sifat-sifat Allah yang terpuji), kesempurnaan Allah dan kehebatan nikmat kurniaan Allah. Semakin terisi telaga hati manusia dengan pengertian ‘ubudiyyah terhadap Allah semakin bebaslah dia daripada belenggu ‘ubudiyyah kepada selain daripada Allah. Seterusnya dia akan menjadi seorang hamba yang benar-benar tulus dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Itulah setinggi-tinggi darjat yang dapat dicapai oleh seseorang insan.

Allah telah menggambarkan di dalam al-Qur’an keadaan para rasul-Nya yang mulia dengan sifat-sifat ‘ubudiyyah di peringkat yang tinggi. Allah telah melukiskan rasa ‘ubudiyyah Rasulullah SAW pada malam sewaktu wahyu diturunkan, ketika baginda berda’wah dan semasa baginda mengalami peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Firman Allah SWT:

“Lalu dia menyampaikan kepada hamba-Nya (Muhammad) apa yang telah Allah wahyukan.” (An-Najm: 10)

“Dan ketika berdiri hamba-Nya (Muhammad) untuk menyembah-Nya (beribadat), hampir saja jin-jin itu mendesak-desak mengerumuninya.” (Al-Jin: 19)

“Maha Suci Allah yang memperjalankan hambanya (Muhammad) pada suatu malam dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa.” ( Al-Isra’: 1)

Tauhid al-Rububiyyah menghubungkan Tauhid al-Uluhiyyah

Seperti yang telah dinyatakan di atas, Tauhid al-Rububiyyah ialah mengakui keesaan Allah sebagai Rabb, Tuan, Penguasa, Pencipta dan Pengurnia secara mutlak. Tidak ada sekutu bagi-Nya di dalam Rububiyyah.

(9)

Sesungguhnya kesanggupan dan kesediaan manusia mentauhidkan Allah dari segi Rububiyyah dengan segala pengertiannya akan menghubung atau menyebabkan manusia mengakui Tauhid al-Uluhiyyah iaitu mengesakan Allah dalam pengabdian. Secara spontan pula manusia akan mengakui bahawa Allah sahaja layak disembah, selain daripada-Nya tidak layak disembah walau dalam apa bentuk sekalipun. Al-Quran terlebih dahulu memperingatkan orang-orang musyrikin Quraisy agar mengakui Tauhid al-Rububiyyah. Apabila mereka menerima Tauhid al-Rububiyyah dan bersungguh-sungguh mengakuinya, maka terbinalah jambatan yang

menghubungkan mereka dengan Tauhid al-Uluhiyyah. Hakikat ini jelas dan tidak boleh dicuai atau diselindungkan lagi. Firman Allah SWT:

“Apakah mereka mempersekutukan Allah dengan berhala-berhala yang tidak dapat menciptakan sesuatu apapun? Sedangkan berhala-berhala tersebut adalah buatan manusia.” (Al-A’raf: 191)

“Apakah (Allah) yang menciptakan segala sesuatu itu sama dengan yang tidak dapat menciptakan (apa-apa)? Maka mengapakah kamu tidak mengambil pengajaran?” (An-Nahl: 17)

“Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala sesuatu yang kamu serukan selain daripada Allah tidak dapat menciptakan seekor lalat, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu daripada mereka, tiada mereka dapat

merebutnya kembali daripada lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah pula yang disembah.” (Al-Hajj: 73)

Ayat-ayat tersebut mengingatkan orang-orang musyrikin mengenai suatu hakikat yang nyata iaitu sembahan-sembahan mereka adalah lemah, malah tidak berkuasa untuk mencipta sesuatu walaupun seekor lalat. Jika lalat itu mengambil atau merampas sesuatu daru mereka, maka mereka tidak berkuasa untuk mendapatkannya kembali. Ini menunjukkan betapa lemah yang meminta dan lemah pula yang dipinta. Oleh itu akal yang sejahtera tidak boleh menerima penyembahan selain daripada Allah. Dalam peribadatan mereka tidak boleh mempersekutukan sesuatu dengan Allah. Allah adalah al-Khaliq Yang Esa. Selain daripada-Nya adalah lemah dan dhaif belaka.

Tuhan-tuhan palsu yang tidak memiliki apa-apa

Al-Quran menghujah dan mengingatkan orang-orang musyrikin bahawa apa yang mereka sembah selain daripada Allah tidak memiliki sebutir atom pun sama ada di bumi mahupun di langit. Malah sembahan mereka sama sekali tidak menyamai Allah walaupun sebesar zarah sama ada di bumi mahupun di langit. Allah tidak mempunyai apa-apa keperluan dengan tuhan-tuhan palsu yang mereka sembah. Jika mereka menyedari hakikat ini, mereka akan merasai kewajipan untuk beribadat dengan ikhlas kepada Allah semata-mata. Firman Allah SWT:

“Katakanlah: Serulah mereka yang kamu anggap (sebagai tuhan) selain Allah, mereka tidak memiliki (kekuasaan) seberat zarah pun di langit dan di bumi, dan mereka tidak memiliki satu saham pun dalam penciptaan langit dan bumi, dan sekali-kali tidak ada di antara mereka yang menjadi pembantu bagi-Nya.” (Saba’: 22)

(10)

Al-Quran mengakui bahawa orang-orang musyrikin mengiktiraf sebahagian daripada Rububiyyah Allah seperti Allah itu Pemilik langit serta bumi dan Allah itu Pengurus kejadian-kejadian di langit serta di bumi. Jika begitulah pengiktirafan mereka, sepatutnya mereka beriman dan menyembah Allah tanpa mempersekutukan-Nya. Firman Allah SWT:

“Katakanlah (kepada mereka): Kepunyaan siapakah bumi ini, dan semua yang ada padanya jika kamu mengetahui? Mereka akan menjawab: Kepunyaan Allah.

Katakanlah (kepada mereka): Apakah kamu tidak ingat?

“Katakanlah (kepada mereka): Siapakah yang mempunyai langit yang tujuh dan yang empunya ‘arasy yang besar? Mereka akan menjawab: Kepunyaan Allah. Katakanlah (kepada mereka): Apakah kamu tidak bertaqwa?

“Katakanlah (kepada mereka): Siapakah yang di tangan-Nya berada segala kekuasaan sesuatu sedang Dia melindungi, tetapi tidak ada yang dapat dilindungi daripada (azab)-Nya, jika kamu mengetahui? Mereka akan menjawab: Kepunyaan Allah. Katakanlah (kepada mereka): (Oleh yang demikian) dari jalan manakah kamu ditipu ?

“Sebenarnya Kami telah membawa kebenaran kepada mereka dan sesungguhnya mereka sebenarnya orang-orang yang berdusta.”

(Al-Mu’minun: 84-90) Sains dan aqidah tauhid

Penemuan-penemuan dalam bidang sains dan teknologi mengenai alam buana, atom, manusia, tumbuh-tumbuhan dan pelbagai bidang industri telah berjaya menyingkap keindahan dan ketelitian ciptaan Allah. Penemuan-penemuan dan rekaan-rekaan baru itu menguatkan lagi ajaran aqidah tauhid dan meneguhkan lagi keimanan orang-orang mu’min. Hasil-hasil kajian itu menunjukkan kebesaran dan keluasan kudrat serta ilmu Allah. Sesungguhnya di sebalik kehalusan ciptaan dan keindahan sistem sejagat ini pasti ada Penciptanya Yang Maha Basar dan Maha Berkuasa.

Kedudukan tauhid dalam Islam

Keseluruhan ajaran Islam berasaskan tauhid. Keseluruhan kandungan al-Quran berlegar di atas tauhid. Kandungan ayat-ayat al-Quran meliputi pengkhabaran tentang Allah, sifat Allah, kejadian Allah, perbuatan Allah dan pentadbiran Allah.

Al-Qur’an membincangkan tentang al-amr (perintah) dan anbiya’ Allah (nabi-nabi Allah) kerana kedua-duanya ada kaitan dengan penciptaan dan kekuasaan Allah terhadap makhluk-Nya. Al-Qur’an menerangkan segala bentuk balasan baik (pahala) untuk mereka yang mentaati Allah, Rasul dan syariat-Nya. Semua ini untuk

mengajak mereka menegakkan Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid al-Rububiyyah.

Al-Qur’an menerangkan segala bentuk balasan siksa (dosa) untuk mereka yang tidak mematuhi syariat-Nya, menceritakan tentang keadaan orang-orang zaman dahulu

(11)

yang telah menderhakai Allah. Semua ini untuk menjelaskan bahawa manusia perlu kembali kepada dasar tauhid dan ibadah kepada Allah.

Oleh itu tauhid adalah intipati atau asas Islam. Daripada tauhid terpancar segala sistem, perintah, hukum dan peraturan. Semua ibadat dan hukum dalam Islam bertujuan untuk menambah, memahir, menguat dan mengukuhkan lagi tauhid di dalam hati orang-orang mu’min.

Dengan tauhid seluruh dorongan manusia akan terbentuk

Dengan tauhid yang kuat, maka akan terbentukkan pelbagai dorongan yang ada dalam jiwa manusia. Dia akan takut hanya kepada Allah SWT dan berani mempertahankan keyakinannya seperti yang dipersaksikan dalam sirah Rasulullah dan para sahabat: 1. Rasulullah SAW pernah memerintahkan Ali RA agar tidur di atas katilnya sebelum baginda keluar berhijrah ke Madinah, sedangkan musuh Islam begitu giat mengintip. Namun Sayyidina Ali sanggup berbuat mengikut perintah Rasulullah SAW kerana beliau yakin atas Kehendak dan Kekuasaan Allah.

2. Khalid Ibn al-Walid RA pernah mengalami banyak calar dan luka pada badannya kerana berperang di jalan Allah. Namun dia tetap yakin dengan Kekuasaan Allah. Dia tetap meneruskan pertempuran melawan musuh.

3. Bilal bin Rabah RA sanggup diheret di padang pasir, dijemur di bawah kepanasan matahari dan diseksa dengan batu besar diletakkan di atas tubuhnya. Dia tetap

mempertahankan keimanannya.

Kini, ramai manusia yang kehilangan keyakinan ini. Mereka masih yakin kepada yang lain daripada Allah. Mereka takut kepada kegagalan, ketua, kematian dan sebagainya. Oleh itu menjadi kewajipan bagi pendakwah-pendakwah Islam untuk mengembalikan manusia kepada keyakinan yang betul.

Syahadah bahawa Nabi Muhammad itu Rasulullah

Syahadah merupakan teras Islam yang kedua. Syahadah ini menuntut manusia

mengetahui, membenar dan menyakini dengan muktamad (dengan i’tiqad yang jazim serta pegangan yang putus) bahawa Nabi Muhammad SAW adalah Rasulullah serta membuktikannya dengan perkataan dan perbuatan sekaligus.

Pembuktian dengan perkataan ialah melafazkan kalimah syahadah itu dengan lidah. Pembuktian dengan perbuatan ialah menegakkan tingkah laku (tatasusila) dan seluruh tindak-tanduk yang bersesuaian dengan ajaran Nabi Muhammad SAW serta menuruti jejak langkah baginda.

Para rasul menegakkan tauhid

Pada dasarnya pengutusan para rasul bertujuan untuk mengesakan Allah dalam Tauhid al-Rububiyyah dan Tauhid al-Uluhiyyah. Dialah Tuhan Rabb al-’Alamin dan Tuhan para Rasul tersebut. Tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah.

(12)

Tauhid al-Rububiyyah dan Tauhid al-Uluhiyyah menjelaskan kekuasaan Allah yang Maha Suci dalam pentadbiran urusan makhluk-Nya. Allah Pengurnia kemaslahatan dan kebaikan. Allah Penentu al-amr (perintah). Allah-lah Pengutus ar-Rasul untuk makhluk-Nya.

Manusia memerlukan rasul untuk mencapai kesempurnaan hidup Tidak syak lagi untuk mencapai kesempurnaan hidup, manusia bukan sahaja berkehendakkan kepada makanan, pakaian, tempat berlindung dan keperluan-keperluan jasmani yang lain, bahkan manusia juga berkehendakkan sesuatu untuk memenuhi tuntutan roh. Dengan memenuhi tuntutan roh, manusia akan dapat mencapai taraf kesempurnaan sebagai manusia yang mulia dan berbeza dengan makhluk-makhluk yang lain.

Tugas para rasul adalah untuk memberitahu kepada manusia bahawa Allah

adalah enciptanya yang layak disembah dan Dialah yang meletakkan manusia di atas jalan lurus (sirat al-mustaqim). Dengan keyakinan ini barulah manusia dapat sampai ke jalan kebahagiaan dan kesempurnaan sebenar.

Manusia sendiri tidak dapat mengetahui perkara-perkara ghaib mengenai Pencipta dan sirat al-mustaqim dengan menggunakan kudrat dan akalnya yang lemah. Manusia kerap melakukan kesilapan. Untuk memikirkan mengenai Pencipta dan sirat al-mustaqim adalah di luar kemampuan akal manusia. Oleh itu pengutusan para rasul Allah menunjukkan kebijaksanaan-Nya dan merupakan rahmat yang paling besar untuk umat manusia. Para rasul Allah dilantik daripada golongan manusia sendiri supaya mereka dapat menggunakan kebiasaan dan bahasa yang dapat difahami oleh manusia. Seterusnya menyampaikan ajaran Allah, menjelaskan cara-cara untuk sampai kepada risalah-Nya dan menghuraikan cara mana untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Sungguh tidak patut sikap manusia sekiranya dia mengingkari Rasul Allah SWT. Firman Allah SWT:

"Dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang sewajarnya ketika mana mereka berkata: Allah tidak menurunkan sesuatu pun untuk manusia.” (Al-An’am: 91)

Mengingkari kenabian Nabi Muhammad adalah kesalahan yang besar Mengingkari kenabian Nabi Muhammad SAW setelah nyata dalil-dalil mengenai kebenaran dan kenabiannya bererti merendah dan melemahkan akal manusia. Sikap seperti ini merupakan keingkaran yang sangat buruk, kedegilan yang sangat tebal dan dosa yang sangat besar. Allah akan membalas sikap sebegini dengan balasan pedih. Mengithbatkan (Mensabitkan) kenabian Muhammad SAW

Seseorang tidak boleh mendakwa bahawa dia nampak bintang-bintang di langit sekiranya dia mengingkari kewujudan matahari, sedangkan dia nampak matahari. Kalau dia mendakwa dan percaya juga, itu bertentangan dengan keimanannya

(13)

nabi-nabi lain sekiranya dia tidak mempercayai Nabi Muhammad SAW dan mengingkari kenabiannya.

Mengithbatkan (mensabitkan) kenabian Muhammad SAW bererti mensabitkan juga kenabian seluruh para anbiya’ AS sepertimana yang tersebut di dalam al-Quran. Oleh itu mengingkari perutusan sebarang rasul bererti membohongi sebahagian daripada apa yang terkandung di dalam al-Quran dan mengingkari risalah Islam. Kesan dan implikasi keimanan kepada Nabi Muhammad SAW

Mengimani Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasulullah bererti mengimani secara mutlak dan sempurna bahawa segala perkara yang dibawa dan dikhabarkan oleh baginda datang daripada Allah SWT. Implikasinya agar manusia wajib membenar dan mentaati segala suruhan dan larangan Nabi Muhammad SAW dengan penuh redha dan ikhlas, tanpa was-was, tanpa rasa keberatan, tanpa rasa sempit dan tanpa rasa terpaksa.

Manusia perlu taat sepenuhnya kepada ajaran Nabi Muhammad SAW tanpa menimbulkan suasana berhujah, berdebat dan berbincang, seolah-olah ajaran itu datang daripada seorang manusia biasa. Beriman dengan Nabi Muhammad SAW tidak boleh sama sekali dengan cara mempercayai atau mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian daripada ajarannya. Sikap sebegini adalah berlawanan dengan natijah yang sepatutnya lahir daripada keimanan terhadap Nabi Muhammad SAW. Al-Quran kerap menyatakan nas-nas yang qat’i tentang implikasi keimanan kepada Nabi Muhammad SAW. Firman Allah SWT:

Dan taatilah Allah dan Rasul, supaya kamu diberikan rahmat.”

(Ali ‘Imran: 132)

“Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kamu.” (Ali ‘Imran: 31)

“Katakanlah: Taatilah Allah dan Rasul-Nya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang kafir. (Ali ‘Imran: 32)

“Sesiapa yang mentaati Rasul maka sesungguhnya ia telah mentaati Allah.” (An-Nisa’: 80)

“Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan Rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka, lalu mereka berkata: Kami dengar dan kami patuh. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (An-Nur: 51)

“Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, nescaya Allah akan

memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan sesiapa yang berpaling nescaya Dia akan mengazab kamu dengan azab yang pedih.” (Al-Fath: 17)

(14)

maka tinggallah.” (Al-Hasyr: 7)

“Dan tidak patut bagi lelaki-lelaki mukmin dan bagi perempuan-perempuan Mu’minah, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan suatu ketetapan, ada pilihan lain bagi mereka tentang urusan mereka.” (Al-Ahzab: 36)

“Dan jika kamu berselisih pendapat tentang sesuatu maka kembalilah kepada Allah dan Rasul-Nya, jika kamu benar-benar beriman dengan Allah dan Hari Akhirat.” (An-Nisa’: 59)

“Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga menjadikan kamu sebagai hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima sepenuhnya.” (An-Nisa’: 65)

“Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah-Nya takut akan ditimpakan cubaan atau ditimpakan azab yang pedih.” (An-Nur: 63)

Nas-nas seperti yang tersebut di atas sememangnya banyak di dalam al-Quran yang mengingatkan orang-orang beriman akan tanggungjawab mereka selepas beriman kepada Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasul. Antaranya:

1. Nas-nas itu menyuruh manusia mentaati Nabi Muhammad SAW, kerana taatkan baginda bererti taatkan Allah SWT. Balasan orang yang mentaatinya ialah Syurga an-Na’im dan balasan orang yang mengingkarinya ialah Neraka.

2. Nas-nas itu menerangkan kepada orang-orang mukmin bahawa beriman kepada Nabi Muhammad SAW bererti mengikuti apa yang disuruhnya dan meninggalkan apa yang dilarangnya.

3. Nas-nas itu menyuruh orang Islam yang bertelingkah pendapat agar kembali kepada Allah dan Rasul-Nya serta redha menuruti hukum Rasulullah SAW. Natijah logik

Semua yang dinyatakan dalam nas-nas al-Quran di atas adalah natijah logik bagi seseorang yang beriman dengan Nabi Muhammad SAW. serta menerima dengan rela akan kerasulannya. Suatu hal yang bertentangan dan tidak diterima akal jika

seseorang itu beriman kepada Nabi Muhammad SAW tetapi menentang atau tidak menerima dengan rela hati perkara yang dibawanya dengan alasan, misalnya, tidak sesuai dengan sesuatu kepercayaan.

Umpama seorang yang telah menaruh kepercayaan kepada seorang doktor mahir, sudah tentu dia menerima nasihat doktor itu dan mengikuti cara pengubatannya. Dia akan mematuhi cara-cara memakan ubat dan segala pantang larangnya. Dia tidak boleh menentang atau membahaskan kata-kata doktor pakar itu. Jika kepatuhan dan kerelaan seseorang pesakit terhadap doktor adalah suatu yang dianggap lumrah dan munasabah, padahal doktor itu mungkin tersalah, maka bagaimana pula sikap

seseorang terhadap Rasulullah yang diutuskan oleh Allah SWT, sedangkan Rasulullah adalah penghulu bagi segala doktor?

(15)

Kewajipan terhadap Rasulullah SAW

Kewajipan seorang muslim terhadap Rasulullah SAW ialah membenarkan semua yang dibawanya, mematuhi segala perintah dan meninggalkan segala larangannya. Seseorang muslim itu hendaklah menerima ajaran baginda dengan sempurna, ikhlas dan rela seperti yang telah dinyatakan.

Kewajipan-kewajipan lain ialah:

1. Mengasihi atau mencintai Rasulullah SAW lebih daripada mengasihi atau mencintai diri, anak, isteri, harta dan isi alam.

Sabda Rasulullah SAW:

“Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah dia sanggup menjadikan aku lebih dikasihi daripada dirinya, anaknya, hartanya dan manusia seluruhnya.”

Tanda manusia yang benar-benar mengasihi Rasulullah SAW ialah mengikuti baginda dengan penuh ikhlas. Dia segera mengerjakan apa yang disukai atau dikasihi baginda. Itulah tanda-tanda manusia yang benar-benar kasihkan Rasulullah SAW. Firman Allah SWT:

“Mereka bersumpah kepada kamu dengan nama Allah untuk mencari keredhaanmu, padahal Allah dan Rasul-Nya itulah yang lebih patut mereka cari keredhaannya jika mereka itu adalah orang-orang yang beriman.”

(At-Taubah: 62)

2. Menghormati dan memuliakan Rasulullah SAW sama ada ketika baginda masih hidup atau telah wafat. Firman Allah SWT:

“Janganlah kamu jadikan panggilan Rasul di antara kamu seperti panggilan sebahagian kamu kepada sebahagian yang lain.” (An-Nur: 63)

Rasulullah SAW bukanlah seperti manusia biasa. Baginda adalah Nabi dan Rasul. Rasulullah diutuskan untuk seluruh manusia. Maka wajarlah manusia membesar dan memuliakan baginda sehingga apabila memanggil baginda hendaklah memanggil: “Ya Rasulullah”, “Ya Nabiyullah”, “Ya Habibullah” dan sebagainya.

Antara cara menghormati dan memuliakan Rasulullah SAW ialah tidak mendahului baginda semasa bercakap dan tidak meninggikan suara. Firman Allah SWT:

“Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu meninggikan suaramu lebih daripada suara Nabi dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara yang keras sepertimana kerasnya suara sebahagian daripada kamu kepada

sebahagian yang lain, supaya tidak terhapus pahala amalan kamusedangkan kamu tidak menyedarinya. Sesungguhnya orang-orang merendahkan suara di sisi

Rasulullah mereka itulah orang-orang yang telah diuji hati mereka untuk bertaqwa. Bagi mereka keampunan dan pahala yang besar.” (Al-Hujurat: 1-3)

(16)

Menghormati dan memuliakan Nabi perlu terus berlanjutan sehingga selepas

kewafatan baginda. Seseorang Muslim tidak boleh mengangkat suara di dalam Masjid an-Nabawi atau di sisi maqam baginda. Seseorang muslim wajib bersopan,

bersungguh-sungguh dan redha ketika mendengar hadith baginda yang mulia. Seseorang muslim tidak boleh menafi atau menentang hadith-hadith baginda dengan pendapat-pendapat atau fikiran-fikiran yang karut dan menyesatkan. Jika seseorang muslim itu mendengar: “Qala Rasulullah S.A.W. (Sabda Rasulullah SAW), maka hendaklah dia memahami bahawa sabda baginda tidak boleh dibohongi oleh manusia. Oleh itu ia tidak boleh ditentang, bahkan hendaklah didengar, difahami dan

diamalkan.

3. Bersungguh-sungguh menghindarkan apa-apa yang boleh menyakiti Rasulullah Nabi SAW sama ada sedikit atau banyak. Menyakiti Rasulullah SAW adalah haram dan berdosa. Malah, menyakitinya boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada Islam. Firman Allah SWT:

“Dan tidak boleh kamu menyakiti hati Rasulullah.” (Al Ahzab: 53)

“Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu bagi mereka azab yang pedih.” (At-Taubah: 61)

Termasuk dalam pengertian menyakiti Rasulullah SAW ialah menghina atau mencerca para isteri baginda yang mulia. Isteri-isteri Rasulullah adalah “Ibu Orang-Orang Yang Beriman”. Begitu juga, dianggap menyakiti Rasulullah, sekiranya seseorang menghina atau mencerca “Ahl al-Bait” baginda.

4. Membaca salawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu kepada Nabi dan ucaplah salam dengan penuh penghormatan kepadanya.” (Al-Ahzab: 56)

(17)

PERMASALAHAN SEBENAR

Masalah terbesar

Masalah yang dihadapi umat Islam kini bukan sekadar keruntuhan akhlak, kelalaian melaksanakan ibadah khususiyyah, meringan-ringankan pelaksanaan upacara agama atau meniru-niru nilai-nilai asing. Namun masalah terbesar dan utama ialah samada manusia beriman atau tidak kepada Allah dan prinsip-prinsip keimanan yang lain. Permasalahan inilah yang menentukan sama ada Islam dapat terus hidup atau ditinggalkan usang tanpa dipelihara.

Islam dan umatnya diserang

Al-Islam adalah risalah daripada Allah SWT. Kini Islam bertembung dengan nilai barat dan timur yang bercirikan jahiliyyah. Keangkuhan fahaman mulhid (athiest) pula telah berdiri di pihak penentang syari’at Allah SWT dengan bersungguh-sungguh.

Jiwa dan pemikiran umat Islam sepanjang abad lalu menjadi mangsa buruan pihak musuh. Musuh telah memainkan peranan penting meruntuhkan nilai-nilai Islam dan mengetengahkan nilai-nilai batil dengan berbagai-bagai cara. Selama ini umat Islam hanya menjadi penonton menyaksikan keruntuhan itu. Umat Islam tidak mempedulikan segala fitnah yang dijalankan oleh musuh.

Masa umat yang terbuang

Umat Islam tidak berusaha untuk memahami cara musuh mengambil peluang dan menjalankan usaha memesongkan pemikiran mereka. Umat Islam tidak menyelidiki dan meneliti falsafah barat, falsafah timur dan cara hidup mereka secara kritikal. Masa umat Islam telah terbuang selama beberapa abad membicarakan perkara remeh temeh. Persoalan aqidah yang terancam dilupakan hingga lahir satu generasi yang

mempunyai keimanan dan keyakinan yang begitu tipis terhadap Islam sebenar. Anggapan yang salah

Sebahagian besar masa dan tenaga umat telah ditumpukan kepada hal ehwal politik dan yang berkaitan dengannya semata-mata. Hal ini terjadi kerana meluasnya anggapan bahawa keimanan umat telah kukuh dan teguh. Juga luasnya anggapan bahawa kepimpinan dan pemerintahan sudah berada di tangan orang Islam yang dikatakan bertanggungjawab untuk membangunkan ummah.

Hakikat sebenarnya

Hakikat sebenarnya adalah berbeza daripada anggapan-anggapan tadi. Umat yang dikatakan teguh dengan keimanan itu sedang mengalami keruntuhan moral dan rohani yang tenat. Umumnya, mereka yang dikatakan berpendidikan dan berpengaruh telah terpesong imannya dan dipengaruhi serta diresapi oleh nilai-nilai jahiliyyah, meskipun mereka mendakwa beriman dan berada dalam Islam. Mereka menjadi penentang aqidah Islam dengan membuat kenyataan bahawa nilai-nilai Barat mesti digunakan

(18)

untuk membentuk masyarakat. Jika tidak berbuat demikian, kehidupan masa depan masyarakat dikatakan tidak akan terjamin.

Berasaskan semangat ini mereka memproses dan mengembangkan cara hidup jahiliyyah di hadapan umat Islam. Mereka menjerumuskan umat ke lembah mulhid, cintakan dunia serta takutkan mati. Ada di kalangan mereka yang melakukan proses ini secara agresif dan ada juga yang melakukannya secara beransur-ansur. Namun matlamat mereka tetap satu.

Dimanakah ulama’ dan pemimpin masyarakat?

Mungkin timbul soalan - selama ini, apakah usaha para ulama’ dan pemimpin masyarakat untuk menghadapi cabaran di depan mata mereka? Di kalangan mereka, umumnya terdapat dua golongan, iaitu:

1. Golongan yang menentang habis-habisan semua bentuk kemajuan baru dan anti dunia, tanpa mencari sebab mengapa pemimpin yang mengaku Islam itu berminat dan cenderung terhadap mulhid. Golongan ini tidak berhubung dengan pemimpin yang mengaku Islam itu dan tidak memperbaiki aqidah batilnya .

2. Golongan yang berganding bahu dan berkerjasama dengan pemimpin yang mengaku Islam demi mendapatkan keuntungan duniawi. Mereka tidak langsung memberi perhatian untuk membetulkan aqidah pemimpin itu. Golongan ini tidak mempunyai sebarang risalah yang hendak disampaikan kepada masyarakat. Mereka tiada ‘izzah (kebanggaan) yang hendak ditonjolkan. Mereka tidak mempunyai rasa tanggungjawab dan amanah untuk memperbaiki dan membentuk semula ummah Islamiah.

Apakah yang perlu dilakukan?

Berasaskan realiti di atas, adalah penting lagi mendesak sekarang ini untuk berusaha mengembalikan muslim kepada aqidah yang sahih.Kejayaan bagi usaha-usaha ini hanya akan dapat dicapai dengan penyelidikan mendalam, kebijaksanaan dan

ketabahan. Adalah tidak wajar usaha-usaha itu dilakukan dengan tergesa-gesa, penuh dendam dan kemarahan.

Islam hari ini memerlukan pejuang-pejuang dan pekerja-pekerja. Pejuang-pejuang yang benar-benar beriman, yang sentiasa bersedia untuk berkorban dengan sepenuh tenaga, harta dan jiwa. Pejuang-pejuang Islam bersedia menggunakan segala kemampuan yang dimiliki untuk mencapai matlamat yang besar.

Oleh itu satu penyusunan yang sempurna, kuat dan kukuh diperlukan. Penyusunan yang berdaya dan berkemampuan untuk mengabdikan pemuda dan pemudi yang berpendidikan kepada Islam dalam erti kata yang luas. Penyusunan yang

membebaskan mereka daripada belenggu rantai yang sekian lama telah mencengkam. Sejarah akan berulang

Kini, tidak ada ibadah yang lebih utama melainkan usaha membebaskan masyarakat daripada kekeliruan dan perhambaan yang telah berakar umbi dalam jiwa. Segala ciri

(19)

kekufuran dan jahiliyyah yang begitu lama ditanam dalam pemikiran dan jiwa harus dibersihkan agar yang haq dapat bertapak dengan mudah.

Untuk matlamat ini Islam memerlukan du’at (penda’wah-penda’wah) yang bertaqwa di segenap penjuru dunia Islam. Du’at yang tidak mungkin akan meninggalkan perjuangan mereka hingga ke akhir hayat.

Sejarah telah membuktikan bahawa para pejuang dan du’at yang seperti inilah sahaja yang dapat berkhidmat untuk Islam di sepanjang hayat mereka demi mengembalikan Islam ke tempat yang adil. Sejarah sentiasa berulang dan akan berulang lagi. Sejarah akan menyaksikan bahawa kesungguhan, kebijaksanaan, kegigihan dan ketekunan melaksanakan da’wah dimiliki oleh mereka yang faham dan menerima hakikat kebenaran serta kekuatan Islam.

Allah SWT menciptakan manusia yang berwibawa

Allah SWT adalah Pengatur, Pencipta dan Pemilik alam ini. Allah SWT mempunyai kerajaan yang besar dan bahagian-bahagian kerajaan-Nya yang tiada batasan. Dia telah mencipta manusia di satu bahagian alam yang disebut ‘bumi’. Makhluk manusia ciptaan-Nya dilengkapi dengan kemampuan berfikir. Diberikan-Nya ilham untuk membezakan antara yang baik dan yang batil. Diberikan-Nya berbagai-bagai kebebasan dalam mencapai kehendak dan kemahuan seizin-Nya. Diberikan-Nya kekuasaan untuk mengulangi urusan menurut kesukaannya seizin-Nya. Diberikan-Nya kedudukan sebagai khalifah di bumi.

Manusia tidak boleh lari daripada tugas yang Allah taklifkan

Sewaktu Allah SWT memberikan kedudukan yang penting kepada manusia di bumi, telah ditanzilkan-Nya ke dalam lubuk hati manusia pengertian-pengertian berikut: 1. Bahawa Aku (Allah) Rabbmu dan Rabb seluruh alam ini. Aku Penciptamu dan Pencipta alam ini. Aku Pengaturmu dan Pengatur alam ini. Di dalam kerajaan-Ku ini janganlah kamu lepas bebas dan bertindak sesuka hatimu. Janganlah kamu menjadi hamba kepada yang lain selain daripada Aku. Aku berikan kepadamu bermacam-macam kebebasan di dunia ini hanya untuk suatu waktu tertentu sahaja. Setelah waktu itu berakhir kamu akan kembali kepada-Ku dan Aku akan periksa setiap apa yang telah kamu lakukan. Aku akan berikan keputusan siapa berjaya dan siapa gagal. Ingatlah, sebaik-baik jalan yang kamu perlu lalui di dunia ialah jalan di mana kamu mengambil Aku sebagai Rabb-mu Yang Tunggal. Jalan di mana kamu hidup menurut pertunjuk-Ku. Jalan di mana kamu benar-benar sedar bahawa dunia adalah medan ujian dan matlamatmu yang hakiki ialah kemenangan di akhirat.

2. Bahawa jalan-jalan lain, selain daripada jalan-Ku, adalah sia-sia dan sesat. Apabila kamu mahu menempuh jalan-Ku ini, kelak kamu bukan sahaja akan menikmati kesenangan duniawi bahkan Aku akan berikan ganjaran di waktu kamu kembali kepada-Ku, iaitu suatu tempat bernama syurga. Di situ kamu akan menikmati kesenangan abadi dan kepuasan berpanjangan tanpa susah payah atau sukar.

Sebaliknya jika kamu mahu menempuh jalan lain, selain jalan-Ku, maka kelak kamu bukan sahaja akan merasakan keluh kesah dan menderita dengan bala bencana serta kerosakan di bumi, seperti yang berlaku di hari ini, bahkan di waktu kamu telah

(20)

menyeberang daripada alam dunia ke alam akhirat, kamu akan memasuki jurang neraka dan merasa azab siksa abadi. Di situ kamu akan menderita berpanjangan dan berduka nestapa tidak berpenghujung dan tidak berakhir.

PENYAKIT-PENYAKIT YANG ADA DALAM

JIWA JIWA MANUSIA DAN CARA

MENGUBATINYA MENGIKUT CARA

RASULULLAH SAW

Penyakit-penyakit yang biasa terdapat dalam jiwa manusia adalah seperti berikut: 1. Mensyirikkan Allah SWT.

2. Melakukan amalan yang berdosa kepada Allah SWT.

3. Lalai terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan Allah SWT kepada hamba yang Muslim.

4. Menghina dan memandang kecil kepada orang yang dikasihi dan disokong Allah SWT.

5. Meninggalkan keputusan Allah SWT dalam kehidupan, sebaliknya mengambil keputusan yang lain.

Dalam realiti kini, segala ketentuan dan ketetapan Allah SWT dipandang tidak baik dan tidak diredhai oleh manusia. Manusia tidak memberi harga dan nilai kepada kehendak Allah SWT. Manusia memandang sepi terhadap ketetapan Allah SWT. Mungkin terdapat segelintir manusia daripada umat ini yang memandang berat, mulia, tinggi dan agung dengan keputusan Allah SWT. Tetapi umumnya apabila

dikemukakan keputusan Allah SWT maka dirasakan menjatuhkan maruah, seterusnya bersikap tidak mempedulikan dan tidak mengendahkan keputusan tersebut. Inilah penyakit jiwa.

6. Tidak merujuk kepada Allah SWT, sebaliknya mengambil rujukan yang lain dalam permasalahan hidup meliputi di bidang ilmu pengetahuan, sistem, peraturan dan sebagainya.

7. Tidak bergantung harap kepada Allah SWT, sebaliknya bergantung harap kepada ilah-ilah selain Allah SWT.

Apabila manusia tidak merujuk kepada Allah SWT, maka sudah tentu tiada lagi pergantungan kepada Allah SWT. Hakikat ini dinilai berasaskan praktik hidup manusia hari ini, meskipun dari segi dakwaan sememangnya mereka mengakui merujuk dan bergantung Allah SWT. Inilah yang sedang nyata berlaku.

8. Mencurigai, syak dan sangsi kepada janji-janji dan ingatan-ingatan Allah SWT.

(21)

Allah SWT memberitahu orang-orang yang beriman, bertaqwa dan beramal saleh akan janji syurga. Allah juga memberitahu orang-orang yang menentang-Nya akan janji azab neraka. Namun dalam perlaksanaan hidup manusia kini, ramai merasa syak dan sangsi terhadap janji-janji Allah SWT.

Jika manusia yakin akan janji-janji itu, sudah tentu realiti manusia berbeza daripada apa yang ada sekarang. Kini secara meluas manusia berasa curiga dan syak dengan janji-janji dan ingatan-ingatan Allah SWT.

Itulah perkara-perkara atau sebab-sebab yang membawa penyakit kepada jiwa manusia.

Ubat yang mujarab

Tidak ada ubat bagi mengubati penyakit-penyakit itu melainkan ubat yang

ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Janganlah berusaha mencari ubat-ubat yang lain. Tidak akan sembuh penyakit-penyakit itu melainkan dengan ubat yang telah

digunakan oleh Baginda SAW.

Untuk mengubati sesuatu penyakit, perlu terlebih dahulu kita melihat jenis penyakit tersebut. Ubat yang mujarab ialah apa yang berlawanan dengan penyakit yang menyerang manusia.

1. Jika penyakit itu ialah mensyirikkan Allah SWT, maka ubatnya ialah mentauhidkan Allah SWT.

2. Jika penyakit itu ialah melakukan amalan berdosa, ubatnya ialah meninggalkan amalan itu dan bertaubat kepada Allah SWT.

3. Jika penyakit itu ialah lalai dengan tanggungjawab yang diberikan Allah SWT, ubatnya ialah menyedari akan tanggungjawab tersebut.

4. Jika penyakit itu ialah membenci dan memandang kecil terhadap perkara yang disukai Allah SWT, ubatnya ialah perlu mengambil berat, suka, redha dan cinta terhadapnya.

5. Jika penyakit itu ialah merujuk kepada selain daripada Allah SWT, ubatnya ialah kembali merujuk kepada Allah SWT dalam semua hal kehidupan.

Manusia perlu faham dan sedar bahawa setiap detik kehidupan tidak boleh terlepas daripada keputusan Allah SWT. Segala-galanya perlu dirujuk dan dikembalikan Taubat akan menutup segala pintu kejahatan dan membuka pintu kebahagiaan serta kebaikan. Ini boleh dilakukan dengan cara beristigfar kepada Allah SWT dan mentauhidkan-Nya. Sesiapa yang ingin menyihatkan badan hendaklah dia menjaga makan minum daripada makanan yang memudharatkan. Sesiapa yang ingin

menyihatkan jiwa dan hati maka hendaklah dia meninggalkan segala dosa. Dosa melemah dan mematikan jiwa

(22)

Thabit bin Qurrah berkata:

“Kerehatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa

bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi badan. Justeru itu dosa yang dilakukan seseorang umpama meminum racun. Jika dosa itu tidak

membinasakan jiwa secara menyeluruh, maka ia akan melemahkan jiwa (seperti racun, walaupun ia mungkin tidak memusnahkan badan tetapi ia tetap melemahkan badan). Jiwa yang lemah tidak lagi mampu melawan penyakit, sama seperti badan yang lemah tidak mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik.”

Abdullah bin Mubarak berkata:

“Saya dapati dosa itu mematikan jiwa manakala melakukan dosa hingga sampai ke peringkat ketagih akan mewarisi kehinaan. Meninggalkan dosa bermakna

menghidupkan hati. Oleh itu adalah baik bagi kamu agar menderhakai dosa.”

Realiti kini

Beralih kepada realiti hari ini, manusia secara umumnya mendurhakai syara’. Dosa bukan sahaja menjadi sahabat malah membuat dosa menjadi sumber mata pencarian. Dosa menjadi suatu kelazatan.

Hawa nafsu menjadi ganas. Jiwa manusia lebih cenderung kepada kejahilan dan kezaliman. Sifat fujur mengatasi sifat taqwa. Jiwa semakin sukar untuk menerima nasihat atau ubat. Jiwa masyarakat berasa cukup gelisah bila dengar kalimah syara’ lalu dipandang hina, sepi dan serong. Lebih tenat lagi apabila jiwa menolak ubat dan sukakan penyakit. Jiwa mengutamakan penyakit daripada ubat sehingga menganggap penyakit itu ubat dan ubat itu penyakit.

Penyakit mencerca Allah SWT berlaku dalam masyarakat. Cercaan ini berlaku dalam pelbagai bentuk sama ada secara tersurat atau tersirat. Contohnya, Allah SWT

menurunkan hujan. Kedapatan manusia mencerca Allah dengan cara berusaha menghalang hujan dengan alasan atau tujuan untuk menjayakan ‘malam amal’ atau majlis-majlis tertentu. Walaupun Allah SWT mengizinkan hujan berhenti tetapi itu adalah al-Istidraj.

6. Jika penyakit itu ialah memandang kecil dan hina terhadap nilai-nilai Allah SWT, ubatnya ialah kembali menilai dengan tinggi, agung dan baik akan nilai-nilai Allah SWT. Manusia harus diberi kefahaman sebenar terhadap nilai-nilai Allah SWT dan ditarbiyyah. Dengan cara ini barulah penyakit tersebut dapat sembuh.

Keriangan mentauhidkan Allah

Keseluruhan cara pergubatan di atas dipanggil cara pengubatan Rasulullah SAW terhadap penyakit-penyakit jiwa. Penyakit mensyirikkan Allah SWT, disembuhkan dengan cara kembali mentauhidkan Allah SWT. Tauhid kepada Allah SWT akan membuka pintu kebaikan, kegembiraan, dan keriangan. Riang dan gembira orang-orang yang beriman ialah riang yang hakiki dan tidak berpura-pura. Keringan mereka lahir daripada tindakan mentauhidkan Allah SWT. Keriangan mereka adalah

(23)

Inilah keriangan dan kegembiraan bagi orang-orang yang mentauhidkan Allah SWT. Mereka sentiasa bertindak di atas landasan syara’. Sekiranya mereka bertindak di atas landasan syara’ tetapi tidak merasai kepuasan, kelazatan dan keriangan, bermakna tauhid itu belum mantap. Mungkin masih terdapat penyakit di jiwa mereka. Taubat

Taubat bermakna manusia kembali kepada Allah SWT, peraturan-Nya dan hukum-Nya. Taubat ialah membuang dan mengosongkan diri daripada segala bentuk campuran yang buruk atau campuran yang boleh merosakkan jiwa. Taubat ialah menjaga diri daripada percampuran nilai-nilai lain dan kembali kepada nilai-nilai Allah SWT sahaja dalam setiap aspek kehidupan. Sekiranya seseorang itu termasuk ke dalam golongan orang-orang bertaubat kepada Allah SWT maka campuran itu tidak wujud lagi pada dirinya. Inilah sifat orang bertaubat.

TAUHID MENOLAK JAHILIYYAH DAN

MEMBENTUK MASYARAKAT ISLAM

Islam nizam yang lengkap

Islam adalah nizam atau sistem yang lengkap dan menyeluruh. Islam terbina di atas asas yang kukuh. Islam terdiri daripada rukun-rukun yang besar, cabang-cabang dan ranting-ranting yang kecil saling memaut dan tertegak di atas asas yang kuat. Islam laksana pokok, berasal daripada sebiji benih, kemudian mengeluarkan akar,

seterusnya tumbuh batang, dahan, cabang, ranting dan daun sehingga menjadi pokok rendang. Namun setiap helai daun berhubung rapat dengan akar pokok itu.

Islam bererti penyerahan diri

Islam bererti penyerahan diri dan kepatuhan hamba sepenuhnya kepada Allah SWT. Islam menarik manusia daripada menyembah sesama hamba kepada menyembah Allah Yang Maha Esa. Islam menghendaki manusia tunduk dan patuh kepada kekuasaan dan peraturan-Nya sahaja dalam semua urusan hidup.

Islam dibawa oleh Rasulullah SAW bertujuan untuk memperbetulkan perhambaan manusia sama seperti ia datang melalui para rasul sebelum baginda. Islam datang untuk mengalihkan kepatuhan manusia kepada kehendak dan pemerintahan Allah SWT seperti alam ini yang sentiasa berjalan di atas landasan pemerintahan Allah SWT. Manusia adalah sebahagian daripada alam. Justeru itu manusia dan alam mestilah selaras dalam kepatuhan kepada Pencipta.

Hamba yang memperhambakan diri kepada Allah

Semua manusia adalah hamba Allah SWT. Namun, manusia tidak akan menjadi hamba Allah SWT yang sebenar melainkan apabila dia tunduk dan patuh kepada kekuasaan Allah dengan memegang panji-panji Lailaha Illallah ( ) mengikut fahaman:

(24)

“Tiada kekuasaan yang lain selain daripada kekuasaan Allah SWT. Tiada peraturan yang lain selain daripada peraturan Allah SWT. Tiada syariat yang lain selain

daripada syariat Allah SWT. Tiada kekuasaan seseorang ke atas seseorang yang lain, kerana kekuasaan itu seluruhnya kepunyaan Allah SWT.”

Hamba-hamba yang beginilah yang akan membentuk rupa bangsa (ummah) yang dikehendaki Islam. Rupa bangsa aqidah yang menggabungkan seluruh bangsa dan warna kulit di bawah panji-panji Allah SWT.

Tauhid menolak jahiliyyah

Mentauhidkan Allah SWT atau mengesakan Allah SWT sebenarnya menolak jahiliyyah. Ini kerana tauhid membawa implikasi mengabdikan diri kepada Allah SWT semata-mata dalam semua lapangan hidup, sedangkan jahiliyyah ialah keluar daripada mengabdikan diri kepada Allah SWT, atau tidak melakukan pengabdian kepada-Nya semata-mata.

Aqidah yang tidak betul akan melahirkan jahiliyyah. Juga akan terbina di atasnya segala rupa bentuk penyelewengan dalam konsep hidup, tingkah laku dan aktiviti manusia.

Aqidah yang betul akan ...

Aqidah yang betul akan meletakkan manusia pada darjat sebenar dan membetulkan tindak-tanduk manusia pada setiap zaman dan tempat. Aqidah yang betul

mengarahkan manusia kepada matlamat hakiki melalui jalan sahih.

Aqidah yang betul hidup dan nampak kesannya yang sempurna dalam perasaan, tingkah laku, pegangan, konsep dan amalan manusia, tanpa terpisah antara satu sama lain.

Aqidah yang salah melahirkan jahiliyyah

Sekiranya kesan dalam kehidupan manusia berlaku dalam bentuk yang lain daripada yang dinyatakan di atas, bererti ada ciri-ciri jahiliyyah meskipun pelaku-pelakunya mengaku beriman kepada Allah SWT. Kesan jahiliyyah itu lambat laun akan terserlah dengan nyata lantaran aqidah yang salah atau tidak tepat. Begitulah sunnah Allah SWT.

Orang Arab jahiliyyah pun mengakui ketuhanan Allah SWT, tetapi natijah jahiliyyah tetap tertonjol dalam kehidupan mereka. Firman Allah SWT:

“Sekiranya engkau bertanyakan mereka: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi? Nescaya mereka berkata: Allah.” (Luqman: 25)

“Sekiranya engkau bertanyakan mereka: Siapakah yang menjadikan mereka? Nescaya mereka berkata: Allah.” (Az-Zukhruf: 87)

“Katakanlah: Siapakah yang memberikan rezeki kepada kamu daripada langit dan bumi atau siapakah yang berkuasa (mencipta) pendengaran dan penglihatan,

(25)

siapakah yang mengeluarkan hidup dari mati dan mengeluarkan mati dari hidup, siapakah yang mentadbir semua ini? Nescaya mereka berkata: Allah.” (Yunus: 31) Walaupun orang Arab jahiliyyah mengetahui Allah SWT, mengakui segala sesuatu ciptaan-Nya dan di bawah tadbiran-Nya, tetapi mereka tidak beriman dalam ertikata sebenar. Mereka menolak peraturan dan hukum Allah S.W.T dalam kehidupan. Mereka tahu tetapi tidak mengikuti apa yang mereka tahu. Mereka memperhambakan diri kepada ilah-ilah yang lain daripada Allah S.W.T. Mereka melaksanakan syari’at yang lain daripada syari’at Allah S.W.T. Mereka disebut Jahiliyyun (golongan yang jahil).

Syari’at dan aqidah tidak boleh dipisahkan

Syariat tidak boleh dipisah dan diceraikan daripada aqidah. Garis pemutusnya ialah sama ada berhukum dengan apa yang Allah SWT tanzilkan atau sebaliknya

(berhukum dengan jahiliyyah).

Jika seseorang itu beriman kepada Allah SWT dan menerima Uluhiyyah-Nya (ketuhanan), sudah tentu juga menerima Hakimiyyah-Nya (hukuman dan undang-undang-Nya). Allah SWT adalah Pencipta dan Pemilik, maka Dia-lah yang berhak ditaati. Syariat-Nya sahaja yang berhak dipatuhi dan diikuti. Jika tidak, maka lahirlah jahiliyyah.

Oleh kerana jahiliyyah itu tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah SWT, sudah pasti jahiliyyah itu mengikut hawa nafsu.

Firman Allah SWT:

“Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara kamu menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu daripada sebahagian yang diturunkan Allah kepada kamu. Jika mereka berpaling (daripada hukum yang diturunkan Allah), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasiq.” (Al-Maidah: 49)

Sebarang peraturan atau hukum yang tidak bersumberkan syara’ sebenarnya termasuk dalam ahwa’. Syariat Allah bersih daripada pengaruh ahwa’. Seseorang itu perlu membuat keputusan sama ada ingin mengikut syariat Allah SWT (lalu dia menjadi muslim) atau mengikut ahwa’ (lalu dia terdiri daripada golongan jahiliyyah). Hanya satu yang benar

1. Kedatangan Islam untuk menetapkan satu tali atau satu alat sahaja yang

menghubungkan manusia dengan Allah SWT. Apabila tali itu putus maka tidak ada lagi tali dan alat penghubung yang lain. Firman Allah SWT:

“Kamu tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya,

(26)

sekalipun mereka itu bapa-bapa atau anak-anak atau saudara-saudara atau keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang telah Allah tanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukkan-Nya mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sunagi, mereka kekal di dalamnya. Allah redha terhadap mereka dan mereka puas terhadap limpah (rahmat)-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahawa golongan Allah itulah golongan yang beruntung.” (Al-Mujadalah: 22)

2. Terdapat satu sahaja golongan Allah SWT. Golongan Allah SWT tidak berbilang-bilang atau berbelah bahagi. Golongan atau puak lain adalah golongan atau puak syaitan dan thaghut. Firman Allah SWT:

“Orang-orang yang beriman berperang pada jalan Allah dan orang-orang yang kafir berperang pada jalan thaghut, sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu, kerana tipu daya syaitan itu adalah lemah.” (An-Nisa’: 76)

3. Hanya terdapat satu jalan yang boleh sampai kepada matlamat keredhaan Allah S.W.T. Jalan-jalan lain tidak akan sampai kepada keredhaan-Nya. Firman Allah SWT: “Dan yang Kami perintahkan ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah ia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan lain, kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu daripada jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepada kamu agar kamu bertaqwa.” (Al-An’am: 153)

4. Hanya satu sistem yang benar iaitu sistem Islam, manakala sistem-sistem lain adalah jahiliyyah belaka. Firman Allah SWT:

“Apakah hukum jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih baik dari hukum Allah bagi orang-orang yang yakin? “ (Al-Maidah: 50)

5. Hanya satu undang-undang atau syariat yang benar iaitu undang-undang atau syariat Allah SWT, manakala undang-undang lain adalah berlandaskan hawa nafsu belaka.

Firman Allah SWT:

“Kemudian kami jadikan kamu di atas satu syariat (peraturan) urusan (agama) itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui.” (Al-Jathiyah: 18)

6. Kebenaran hanya satu, tunggal dan tidak berbelah-bahagi. Selainnya adalah sesat belaka. Firman Allah SWT:

“Maka (Zat yang demikian) itulah Allah Tuhan kamu sebenarnya; maka tiada sesudah kebenaran itu, melainkan kesesatan, maka bagaimanakah kamu dipalingkan daripada kebenaran?” (Yunus: 32)

7. Akhirnya, hanya satu negara atau masyarakat yang diredhai Allah SWT iaitu negara Islam atau masyarakat Islam. Masyarakat Islam ialah masyarakat yang di dalamnya tertegak Din Islam, berjalan syariat Islam dan berkuatkuasa peraturan-peraturan Allah. Semua warganya bersatu dan saling hormat menghormati.

(27)

Negara atau masyarakat yang dimaksudkan itu pernah wujud dan terbentuk pada zaman Rasulullah SAW dan para sahabat baginda. Tenaga pembentuknya adalah aqidah tauhid yang dibawa oleh Rasulullah SAW mengikut arahan Allah SWT. Jalannya bermula dengan penegakan kalimah tauhid Lailaha Illallah ( ) yang membawa manusia tunduk dan patuh kepada kekuasaan Allah SWT.

Jalan yang terpaksa menempuh kesusahan

Tiada jalan lain melainkan satu jalan sahaja untuk mengembalikan Islam dan masyarakat Islam, iaitu jalan iman. Jika di permulaan Islam, iman telah menjadi tenaga pembangunan Islam, maka iman juga mesti menjadi tenaga pembangunan Islam pada zaman mutakhir ini.

Jalan untuk sampai kepada pembentukan masyarakat Islam ini terpaksa menempuh kesusahan, rintangan, kesakitan dan sebagainya. Allah SWT Yang Maha Suci, Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana tidak bermaksud menyeksa orang-orang mu’min. Malah Allah SWT Maha Mengetahui bahawa inilah satu-satunya jalan untuk

menegakkan masyarakat Islam yang tunduk dan patuh kepada-Nya. Jalan inilah yang dapat memebersihkan muka bumi daripada thaghut. Bumi tidak akan bersih

melainkan setelah terkibarnya panji-panji Lailaha Illallah ( ). Masyarakat akan menikmati kebebasan sebenar

Apabila aqidah sudah bertapak dan menjadi asas yang kukuh, umat manusia mengenal Allah SWT dan menyembah-Nya. Setelah manusia memisahkan diri daripada

penguasaan hawa nafsu durjana dan iman meresap ke dalam hati dan jiwa manusia, maka Allah SWT akan melakukan apa hendak dilakukan-Nya. Bumi akan bersih daripada kekuasaan taghut seluruhnya. Masyarakat akan menikmati kebebasan daripada sebarang penginayaan dan penindasan sosial, akan tertegaklah sistem Islam yang adil mengikut perintah Allah SWT.

Senario yang sama

Angkatan pejuang Islam kini sedang menghadapi keadaan yang sama seperti yang dihadapi oleh angkatan Islam pertama. Umat Islam ketika itu adalah golongan yang kecil. Mereka menghadapi empayar besar iaitu Rom di barat dan Farsi di timur. Kedua-dua empayar itu memiliki kekuatan tentera, senjata, kekayaan, kepandaian berperang, pengalaman dan politik yang lebih hebat daripada umat Islam. Walaupun demikian, suatu yang luar biasa dan paling mengagumkan telah berlaku dalam

sejarah. Umat yang kerdil ini telah berjaya mengalahkan dua empayar itu dalam masa tidak sampai setengah abad. Bagaimana hal ini boleh terjadi? Penafsiran sejarah berdasarkan kebendaan dan ekonomi tidak dapat menjelaskannya. Hanya satu sahaja dapat memberi penjelasan yang kukuh, iaitu kekuatan Iman. Iman mendorong umat Islam untuk berjihad dengan penuh keberanian.

Perlukan persediaan yang lengkap

Bagi mewujudkan umat Islam sedemikian rupa bukanlah boleh dengan pengakuan mulut sahaja. Sebelumnya mesti melalui susur galur dan perencanaan kukuh,

(28)

sempurna dan mantap. Dengan ini barulah akan lahir kesabaran dan ketahanan untuk menghadapi berbagai rupa rintangan dan ancaman.

Jahiliyyah tidak menjelma dalam bentuk teori semata-mata. Jahiliyyah wujud dalam bentuk gerakan kemasyarakatan yang serba lengkap. Jahiliyyah telah lama bertapak dan berakar umbi dalam masyarakat. Oleh itu usaha untuk menghapuskan jahiliyyah mestilah tidak terbatas sekadar teori semata-mata. Bahkan mestilah dilakukan usaha bersungguh-sungguh dengan persediaan yang rapi dalam semua bidang. Usaha yang teratur dan penyusunan yang kuat perlu diwujudkan agar dapat melumpuh dan menghapuskan pengaruh jahiliyyah yang meluas dan melebar.

CIRI-CIRI MEREKA YANG MENGHAYATI

DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM

Bentuk kehidupan seseorang yang menghayati dan memperjuangkan Islam tentulah berbeza dengan manusia lain. Antaranya ialah:

1. Terikat dan menurut ajaran Islam.

Iman bukan sekadar cita-cita. Iman adalah suatu yang tertanam di dalam hati dan dibuktikan melalui amal perbuatan. Allah SWT sering mengaitkan iman dengan amalan.

Firman Allah SWT: maksudnya;

“...orang-orang yang beriman dan beramal soleh ...” (Al-’Ashr: 3)

Dalam hubungan ini Allah SWT mengingatkan janganlah kita mengajak manusia lain berbuat baik sedangkan kita melupai diri kita sendiri.Firman Allah SWT:

“Mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri padahal kamu membaca Al Kitab, tidakkah kamu berfikir?”. (Al-Baqarah : 44)

2. Mengutamakan kepentingan Islam. Sabda Rasulullah SAW: mafhumnya;

“Berkisarlah untuk kepentingan Islam di mana kepentingannya berkisar.”

Baginda mengingatkan lagi dengan sabda yang bermaksud;

“Sesiapa yang berpagi-pagian tidak mengambil berat hal ehwal orang Islam yang lain maka ia bukanlah dari golongan mereka (Islam).”

(29)

“Engkau memegang pos-pos penting daripada pos-pos Islam, maka (awas) jangan sampai musuh dapat lolos daripada penjagaanmu.”

3. Berasa mulia dengan kebenaran Islam dan yakin kepada Allah SWT.

Berasa mulia dengan kebenaran Islam dan yakin kepada Allah SWT adalah antara sifat-sifat orang-orang beriman. Allah mengingatkan dalam al-Quran di dalam firman-Nya yang bermaksud;

“Janganlah kamu berasa hina (lemah) dan jangan kamu berasa duka cita dan kamu adalah lebih tinggi (mulia) jika kamu (benar-benar) beriman.” (Ali Imran: 139)

Ketika para sahabat Rasulullah SAW berada dalam perlindungan kerajaan Habsyah dan menemui rajanya, Najasyi, paderi dan pendita yang ada di Istana Najasyi meminta mereka sujud untuk menghormati Raja Najasyi. Tetapi Ja’far bin Abi Thalib r.a yang menjadi ketua rombongan itu menjawab: “Kami tidak sujud melainkan untuk Allah SWT.”

4. Bekerja untuk Islam dan bekerjasama dengan pekerja-pekerja Islam.

Apabila kita mengaku Muslim, kita harus bekerja untuk Islam. Kita patut bekerja secara berjama’ah, bekerjasama dengan para pendakwah lain yang menyeru kepada Allah SWT, menyuruh melakukan kebaikan dan melarang melakukan kemungkaran. Kita harus bekerja keras untuk mewujudkan individu muslim, rumah tangga muslim, masyarakat muslim dan negara yang melaksanakan Islam dalam pemerintahan. Firman Allah SWT: maksudnya;

“Kami akan perkuatkan tenagamu dengan saudaramu.” (Al-Qashash: 35)

Firman Allah SWT lagi: bermaksud;

“Bertolong-menolonglah kamu dalam urusan kebaikan dan jangan kamu bertolong-menolong dalam dosa dan permusuhan.” (Al-Maidah: 2)

Sabda Rasulullah SAW: maksudnya;

“Seorang muslim dengan seorang muslim yang lain adalah seperti binaan yang tersusun. Sebahagiannya meneguhkan sebhagian yang lain.”

“Tangan (pertolongan) Allah di atas (bersama) jamaah.”

“Sesungguhnya serigala itu memakan kambing yang terpencil (daripada kumpulannya).”

“Hendaklah kamu bersama-sama Jama’ah al-Muslimin dan kepimpinan mereka.”

Referensi

Dokumen terkait

Temuan penelitian ini menunjukkan bahwa: (1) Karakter tokoh yang patut diteladani dalam novel Pesantren Impian karya Asma Nadia diantaranya: Ina (mandiri, tangguh, baik

(4) Dalam hal rapat paripurna memutuskan memberi persetujuan dengan pengubahan terhadap usul rancangan undang-undang yang berasal dari DPD sebagaimana dimaksud pada

Jumlah responden 44 orang dari 11 pokmaswas yaitu Bina Bersama, Lumba – Lumba, Batee Meudero, Muefakat, Aceh Damai, Aneuk Laot, Ci Bina, Camar Laut, Pante Timur,

menciptakan peluang dalam menghadapi tantangan hidup, maka seorang wirausaha harus mempunyai kemampuan kreatif didalam mengembangkangkan ide dan pikiranya

Login Index daftar Login List Lapangan Tampil Lapangan pesan form pesanan pesanan saya cetak detail Cek Jadwal pembayaran logout login Data Lapangan lihat data lapangan

Oleh karena skor rata-rata ke- mampuan pemecahan masalah matema- tika siswa kelas eksperimen yang dibe- lajarkan menggunakan metode IMPROVE lebih tinggi dari skor

Menurut berita pihak hotel tidak bertanggung jawab dengan menggunakan alasan isi dari papan peringatan yang menyatakan pengalihan tanggung jawab, oleh sebab itu diperlukan

Hasil penelitian ini menunjukkan bahwa aplikasi pupuk organik diperkaya berpengaruh nyata terhadap pertambahan jumlah daun dan jumlah cabang primer, tetapi tidak