• Tidak ada hasil yang ditemukan

Isu Mengenai Penggunaan Media Sosial

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Isu Mengenai Penggunaan Media Sosial"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN

KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN

PENDEKATAN (SET 13)

PENDEKATAN (SET 13)

TAJUK:

TAJUK:

ISU MENGENAI PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL

ISU MENGENAI PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL

DALAM KALANGAN REMAJA MASA KINI

DALAM KALANGAN REMAJA MASA KINI

PENSYARAH:

PENSYARAH:

PROF. MADYA DR. MUHD. NAJIB BIN ABDUL KADIR

PROF. MADYA DR. MUHD. NAJIB BIN ABDUL KADIR

DISEDIAKAN OLEH:

DISEDIAKAN OLEH:

SITI

(2)
(3)

1.1 PENDAHULUAN

Perkembangan teknologi yang sentiasa berkembang telah memberi kesan kepada kehidupan dan  persekitaran manusia. Jika pada zaman awal, manusia menghantar maklumat melalui utusan  burung merpati atau utusan manusia, kemudian zaman mula berkembang apabila manusia mula menguasai sistem tulisan dan berutus surat. Sekitar abad ke-19, dunia Barat berjaya mencipta teknologi telegram yang disampaikan melalui kod khas; kod  Morse. Di sini mampu dilihat  bahawa teknologi adalah sentiasa berkembang, sehinggalah pada abad ke-21 ini pelbagai

teknologi canggih yang pada awalnya tidak terfikir ia mampu direalisasikan.

 Namun, apa yang ingin ditekankan disini adalah kewujudan media sosial yang merupakan salah satu hasil teknologi ciptaan manusia. Revolusi teknologi telah berjaya mengubah cara berkomunikasi manusia. Contoh yang dapat dilhat sekarang seperti Facebook, Wechat, Twitter  dan banyak lagi. Facebook merupakan salah satu laman sosial yang diminati dan sentiasa dominan walaupun semakin banyak muncul laman sosial lain. Malah, ia diminati oleh setiap lapisan masyarakat termasuk pelajar sekolah rendah dan para pekerja yang lebih tua telah menggunakannya sebagai alat komunikasi. Namun tanpa kewujudan internet, mustahil untuk  pengguna mendapat akses ke laman sosial atau mana-mana laman internet. Tidak salah untuk dikatakan bahawa kewujudan laman sosial turut memberi kebaikan, namun dalam kebaikan itu ada juga keburukannya.

Sejak kebelakangan ini juga, negara dikejutkan dengan kegawatan moral atau moral  panic  yang wujud dalam masyarakat Malaysia hari ini dengan pendedahan isu dan masalah sosial berkaitan dengan remaja. Menurut Cohen (1987), gawat moral adalah satu keadaan dan episod yang muncul dan dianggap sebagai mengancam nilai dan kepentingan masyarakat. Gawat sosial ini seringkali dikaitkan dengan budaya remaja yang kerap kali dianggap sebagai devian. Media dikatakan memain peranan dalam menimbulkan kegawatan moral dengan menonjolkan  perkara devian  dan juga membesarkan kemungkinan kesannya. Maka tidak hairanlah apabila

muncul pelbagai video yang pelik-pelik dan tidak berintelektual yang dimuat naik.

Sebelum masalah ketagihan media sosial, negara telah dilanda dengan isu budaya lepak di kalangan remaja pada tahun 1993, timbul pelbagai isu seperti gadis bohsia, kes buang bayi,  budaya punk dan sebagainya. Isu ini adalah tambahan kepada isu yang sedia ada seperti

(4)
(5)

 penagihan dadah dan kes HIV di kalangan remaja. Isu-isu remaja ini bukanlah sesuatu yang asing. Sebenarnya ia mempunyai rantaian kaitan antara satu sama lain. Kajian tingkah laku lepak di kalangan remaja menunjukkan remaja lepak terbabit dengan penyalahgunaan dadah, menonton dan membaca bahan lucah, melakukan hubungan seks tanpa nikah, minum minuman keras dan sebagainya.

Sebagai orang Islam, ada garis panduan yang patut diikuti. Tidak dapat dinafikan banyak kes salah laku dan jenayah melibatkan laman sosial telah berlaku. Hal ini sangat tidak patut dan memalukan kerana ia banyak berlaku dalam kalangan orang Islam.

2.1 PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL MENGIKUT SKOP HIBURAN DALAM ISLAM

Perkembangan teknologi maklumat sememangnya menjadi satu rahmat kepada umat Islam keseluruhannya. Perkembangan mutakhir ini amat menuntut umat Islam agar bergerak lebih  pantas seiring dengan perkembangan semasa, pantas merebut peluang yang ada dan perlu bijak

menilai dan membuat pilihan terutama menerusi media sosial. Sekiranya umat Islam tidak mengambil peluang seiring dengan perkembangan media baru ini maka mereka akan terkebelakang dalam mencorak arus perdana. Sehubungan itu juga kita dapati ledakan maklumat yang dibawa oleh perkembangan teknologi maklumat ini turut membawa perubahan kepada kaedah untuk mendapatkan pelbagai maklumat. Perubahan yang berlaku kini amat hebat dan  pantas. Sebarang kelekaan dan kealpaan boleh menyebabkan individu itu terpinggir, tertinggal

atau barangkali tercicir dari arus perdana. Sepatutnya umat Islam lebih kehadapan terutama dalam menguasai kemahiran menerusi media sosial yang menjadi tumpuan utama golongan muda. Hari ini golongan muda misalnya sudah mula berlumba-lumba membina komuniti siber melalui laman sosial seperti Facebook, Twitter  dan You Tube.

(6)
(7)

2.2 DALIL Firman Allah: (

 

   

   

١

 



   ) (Surah An-Anbiya 16-17)

Maksudnya: Dan Kami tidak menciptakan Iangit dan bumi dan segala apa yang ada di antara keduanya dengan main-main. Seandainya Kami hendak membuat suatu permainan, tentulah Kami membuatnya dari sisi Kami. Jika Kami benar-benar menghendaki berbuat demikian.

Dapat difahami melalui ayat ini mengenai dua perkara: iaitu mainan dan kegembiraan (lahwu). Kedua-dua perkara tersebut tidak diharamkan. Hukumnya adalah harus. Pada umumnya, manusia telah lama terlibat dengan hiburan. Dari segi antropologi dan sosiologi manusia, hiburan memang telah wujud sejak sebelum kedatangan Islam lagi. terdapat juga

keadaan dimana, hiburan ini boleh menjadi haram. Seperti dalam firman Allah:

 

(Surah Luqman 31:6)

Seramai 24 daripada 26 ulama termasuk Imam Syaukani, Imam As-Sayuti dan Imam at-Tabari berpendapat lahwun  itu adalah lagu-lagu atau muzik dan perkara yang berkaitan dengannya. Walhal terdapat satu perkataan lagi iaitu lahwun yang ditafsirkan sebagai benda yang melalaikan dan sia-sia. Dalam perkara ini, Imam At-Tabari merumuskan terdapat 11 dalil yang menjelaskan muzik dan hiburan yang tidak dibenarkan dalam Islam. Hiburan dalam islam adalah dibenarkan namun perlu dibataskan, janganlah sehingga melalaikan manusia. Termasuk juga dalam kes penggunaan media sosial yang juga dianggap sebagai hiburan oleh kalangan remaja.

 





(8)
(9)

Adalah dibolehkan namun janganlah sehingga melanggar batasan syarak sehingga boleh mencetuskan pergaduhan dalam media sosial.

2.3 MEDIA SOSIAL SEBAGAI MEDIUM DAKWAH

Media merupakan alat yang berpengaruh bagi aktiviti komunikasi. Setiap individu memerlukan media sebagai perantara untuk berkomunikasi dan mendapatkan maklumat tidak kira sama ada melalui media cetak atau media elektronik. Kini, dengan perkembangan pesat teknologi komunikasi maklumat berjaya menjurus kepada penggunaan saluran Internet dengan lebih meluas dalam komunikasi seharian khususnya dalam aspek penglibatan pengguna dalam  berinteraksi melalui dalam talian dan dikenali sebagai komunikasi siber. Menurut Wakefield dan Rice (2008) komunikasi siber memberi peluang kepada pengguna Internet di dalam proses  pembelajaran, pekerjaan, maklumat, data, berkongsi pandangan dan sebagainya. Justeru, sejajar

dengan definisi tersebut adalah perlu bagi para dae’I untuk berkongsi maklumat dan pandangan menerusi media sosial. Para dae’i khususnya dan umat Islam tidak seharusnya menghadkan kepada hanya sesuatu media tertentu saja yang boleh digunakan dan dipakai dalam menyampaikan dakwah Islamiah di seluruh dunia ini (Muhammad Shahir 2013:34).

Malahan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga dalam aktiviti dakwahnya telah menggunakan teknologi terkini termasuklah penggunaan internet. Ini jelas menunjukkan  bahawa kemajuan media yang lebih canggih dapat diterima umum selagi ia tidak melanggar

etika penggunaan media itu sendiri. Oleh yang demikian, wujud pula pelbagai jenis media sosial hasil daripada penciptaan komunikasi siber menerusi internet dan inovasi teknologi baru. Dengan kepelbagaian fungsi media sosial tersebut, mesej dakwah boleh disampaikan dengan lebih menarik dan interaktif. Kewujudan media sosial ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan  boleh dijadikan medan berdakwah bagi para pendakwah untuk lebih dekat dan mesra dengan

masyarakat. Facebook, YouTube, Twitter, Instagram dan sebagainya adalah antara media sosial yang hangat pada masa kini. Buktinya, sejak kemunculannya pada tahun 2004, Facebook  secara  pantasnya telah menjadi alat asas untuk interaksi sosial, identiti peribadi dan juga pembinaan

(10)
(11)

Sehubungan itu, menurut sejak tahun 2000 terdapat beratus-ratus laman web rangkaian sosial dilancarkan sama ada yang berteraskan sudut professional seperti  Linkedln,  dan juga  bukan professional seperti  MySpace  dan juga blog (Liu 2008:23). Ini menunjukkan satu  perkembangan yang sangat maju dalam inovasi teknologi baru apabila mendapat sambutan yang

hangat daripada pengguna internet khususnya media sosial. Media sosial kini merupakan fenomena kepada masyarakat dunia dan dilaporkan terdapat lebih 500 juta pengguna Facebook dan lebih 100 juta pengguna Twitter di seluruh dunia. Manakala, di Malaysia direkodkan melebihi 12 juta rakyat mempunyai akaun Facebook. Dengan berasaskan jumlah pengguna yang  begitu ramai merentasi sempadan global, dapat dilihat potensi dan impak yang besar penggunaan

media sosial dalam aktiviti dakwah untuk manfaat masyarakat. Dakwah merupakan satu kewajipan ke atas setiap individu dan menjadi tonggak utama kepada agama dalam usaha mengangkat martabat Islam hingga ke puncaknya (Zulkifli 2008:45). Sejajar dengan itu, ruang dan peluang yang terdapat dalam media sosial ini sewajarnya digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam dan perkara-perkara yang bermanfaat.

Pada hari ini, beberapa dae'i yang terkenal itu telah menggunakan media sosial dalam dakwah mereka. Untuk menyebut beberapa , seperti Ustaz Azhar Idrus melalui Facebook  dan Youtube dan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid mempunyai laman peminat  Facebook untuk  berinteraksi dan berkongsi pengetahuan dengan peminatnya serta masyarakat secara

keseluruhannya. Malah, beliau juga telah program TV beliau sendiri yang bertajuk 30 Memproses Pengeluaran Ustaz Don di TV Alhijrah. Ini menunjukkan bahawa selain daripada  program TV atau mana-mana jenis media yang akan digunakan tetapi masih dia menggunakan

media sosial sebagai medium tambahan untuk misinya dakwah. Selain itu, Prof Dr Muhaya Mohamad adalah motivasi yang Islam dan Profesor Oftalmologi terkenal. Beliau mempunyai  blog sendiri (drmuhaya.blogspot.com),  Facebook   dan Twitter untuk berkomunikasi dengan masyarakat. Di  Facebook   , dia berkongsi banyak perkara bermanfaat dan maklumat mengenai aspek-aspek perubatan dan juga mesej Islam yang berkaitan dengan kehidupan sehari-hari.

(12)
(13)

3.1 KESAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL

Tidak dapat dinafikan bahawa kewujudan laman sosial turut memberi kesan positif kepada  pengguna. Ia telah memperkenalkan dimensi baru bidang komunikasi antara manusia. Yang jauh

dapat didekatkan. Selain itu, manusia dapat berkongsi pelbagai maklumat dan info berguna kepada pengguna. Namun, tanpa garis panduan dan adab, penggunaan media sosial boleh menjadi tidak terkawal dan membawa kesan buruk.

3.1.1 Pendedahan Kepada Budaya Luar/ Budaya Kuning

Budaya kuning biasanya dirujuk kepada budaya barat yang liberal dan tidak selaras dengan agama Islam. Contohnya, budaya hedonisme yang banyak dibawa oleh mereka dan dipengaruhi oleh masyarakat tempatan. Perkara ini berlaku apabila pengimportan cerita-cerita Barat oleh stesen-stesen televisyen yang banyak dan tidak ditapis sebetulnya oleh pihak berwajib. Selain itu, ia menjadi semakin mudah dan tidak dikawal apabila jaringan sosial ini mampu melangkau jauh ke setiap pelosok di dunia dan mampu untuk untuk mengakses semua tanpa batasan, dengan hanya satu klik.

3.1.2 Pembaziran Masa

Perkara ini tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun. Sememangnya ia tepat dan berlaku kepada semua orang. Pengguna yang lebih banyak menumpukan atau meluangkan masa dengan melayari laman sesawang dan aplikasi permainan. Contohnya, Facebook   adalah laman sosial yang banyak menyediakan permainan atas talian kepada penggunanya yang menyebabkan ramai ketagih. Jika tidak bermain permainan ‘ online’  , mereka banyak menghadap skrin komputer atau telefon pintar masing  – masing. Disebabkan hal ini ramai pengguna ketagih dengan aplikasi tersebut, sehinggakan seolah-olah menjadi suatu kerugian kepada mereka apabila meninggalkan games tersebut. Perkara ini memang secara terang-terangan menunjukkan berlakunya  pembaziran masa, kerana masa yang ada tidak dilakukan dengan perkara-perkara yang berfaedah

(14)
(15)

3.1.3 Mengurangkan Daya Produktiviti Kerja Setiap Pengguna

Dengan menggunakan laman media sosial boleh mengurangkan daya produktiviti kerja setiap  pengguna. Hal ini terbukti apabila kesukaran yang dihadapi oleh majikan dalam menyekat  pekerja dari melayari laman media sosial. Perkara ini boleh sahaja disekat dengan menyekat atau menghentikan laman-laman tersebut. Namun demikian dengan kecanggihan teknologi masa kini telah memudahkan laman-laman tersebut dapat dilayari dengan menggunakan telefon bimbit. Jika di sekolah pula, walaupun terdapat larangan untuk membawa telefon, terdapat pelajar yang melanggar peraturan sekolah. Situasi sama turut berlaku terhadap pelajar di pusat pengajian tinggi seperti kolej atau universiti. Walaupun di dalam kelas, mereka masih sempat untuk melayari laman sosial.

3.1.4 Mangsa Penipuan

Seterusnya, terdapat banyak penipuan yang berlaku di mana-mana termasuk dalam laman media sosial. Penipuan yang berlaku seperti skim cepat kaya, pelaburan haram terhadap agensi-agensi tertentu dan terdapat juga pengguna yang tertipu akibat terlalu percaya dengan kenalan di 'Facebook'.  Oleh itu, pengguna mestilah bijak dan tidak mudah mempercayai orang lain yang tidak dikenali. Akaun palsu atau ‘fake’  mampu dibuat oleh sesiapa pun tanpa mendedahkan diri mereka sebenar. Jenayah-jenyah rogol dalam kalangan remaja perempuan juga banyak dikaitkan dengan laman sosial. Mangsa berkenalan secara alam maya kemudian diumpan untuk berjumpa di mana-mana tempat.

3.1.5 Penyebaran Fitnah

Laman media sosial juga telah disalahgunakan sebagai tempat untuk menyebarkan fitnah dan menyebarkan berita yang tidak ada kesahihannya sehinggakan menimbulkan kekacauan, berita  palsu, dan lemparan fitnah. Kesan negatif yang terakhir ialah kebocoran maklumat, setiap  pengguna mestilah tahu bahawa ada sesetengah perkara yang boleh dikongsikan bersama orang lain, tetapi ada sesetengah perkara yang perlu untuk dirahsiakan. Jika perkara sulit yang dikongsikan boleh memberikan kesan yang negatif dan keburukan kepada syarikat, agensi atau kerajaan. Perkara ini sememangnya berlaku dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Mereka sangat ringan tangan untuk berkongsi (share)  perkara yang mereka sendiri tidak tahu kesahihannya. Ia banyak berlaku kebelakangan ini apabila negara Malaysia banyak menghadapi

(16)
(17)

ujian dan bencana. Bukan itu sahaja, terdapat sesetengah golongan yang muncul dengan  beraninya menimbulkan sensitivity agama dan bangsa. Hal ini memberi kesan kepada hubungan

dalam masyarakat Malaysia.

4.1 KESIMPULAN

Kesimpulannya, meskipun media sosial ini dianggap khazanah yang menyajikan beraneka jenis maklumat, namun ada yang berupa maklumat yang perlu diproses dan ditapis terlebih dahulu. Sebarang maklumat yang menyeleweng serta bahan-bahan paparan yang memberi kesan negatif kepada fikiran perlu dihindarkan. Ini kerana ada maklumat palsu yang dikongsi di media sosial tanpa kesahihan. Begitu juga perlu diingatkan kepada masyarakat sebelum berkongsi apa-apa jua maklumat dengan rakan-rakan, mereka perlu tahu bahawa maklumat tersebut diyakini kebenaran dan kesahihannya terlebih dahulu.

Oleh yang demikian, dalam menangani masalah ini ilmu pengetahuan yang dimiliki terutamanya ilmu agama memainkan peranan penting yang boleh bertindak selaku sistem  penapis minda dalam membentuk minda yang sihat dan sejahtera. Justeru, setiap anggota

masyarakat perlu memainkan peranan dalam menguasai kemahiran dalam media sosial, bukan sekadar menjadi pengguna biasa sahaja bahkan mampu untuk berjihad membangunkan sistem maklumat atau perisian tersendiri berasaskan panduan dan acuan Islam. Namun, apa yang lebih  penting individu itu perlu sedar dalam diri masing-masing untuk sekurang-kurangnya mengetahui apakah kepentingan media sosial ini, ke manakah halatujunya kepada masyarakat dan bagaimana ia boleh dimanfaatkan sebagai medan untuk berjihad dan berdakwah ke arah kesejahteraan ummah.

(18)
(19)

RUJUKAN

AL-Quran Karim.

Mohamad Shahir Abdullah. (2013). Berdakwah Dalam Era Multimedia. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar 'Islam dan Multimedia' di IKIM. Diakses daripada http://www.islam.gov.my/en/berdakwah-dalam-era-multimedia

Musa Abu Hassan, Zulkiple Abd. Ghani, Mohd Shobi Ishak, Jusang Bolong & Siti Zobidah Omar. (2011). Tahap Penerimaan Maklumat Berkaitan Islam di Iternet Dari Perspektif  Model Penerimaan Teknologi (TAM). Wan Amizah Wan Mahmud, Faridah Ibrahim,

Samsudin A.Rahim & Normah Mustafa (pnyt). Bangi: UKM.

Zulkiple Abd Ghani. 2001. Komunikasi Islam Sebagai Komunikasi Alternatif. Jurnal Islamiyyat. 22: 79- 89

Lamanweb: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0612&pub=Utusan_Malays ia&sec=Bicara_ Agama&pg=ba_01.htm#ixzz3e0hcwLwm

(20)

Referensi

Dokumen terkait

Dalam pengertian yang lebih luas, penelitian NCS dikategorikan menjadi dua bagian : ( 1 ) Control of network : Studi dan penelitian tentang komunikasi dan jaringan untuk

The Leonard-Barton Model The Knowledge Management model of Leonard-Barton (1995) is based on two basic components: a) the basic capabilities of organisations, and b)

Hasil penelitian ini sesuai dengan penelitian yang dilakukan oleh Fransiska Kovinna dan Betri (2014) yang menjelaskan bahwa dalam uji F yang dilakukan menunjukkan bahwa

Penduduk Berumur 15 Tahun Ke Atas yang Bekerja Selama Seminggu yang Lalu Menurut Lapangan Pekerjaan Utama dan Sekolah Menengah Atas - Kejuruan, 2000-2012... Pertanian,

[r]

(3) Hasil pertimbangan Senat Fakultas sebagaimana dimaksud pada ayat (2) huruf i disampaikan oleh Dekan kepada Rektor selambat-lambatnya dua bulan sebelum masa jabatan Dekan

The data itself is opaque to the optimizer, which means Spark gets an object either in Scala, Java, or Python and the only thing Spark as a Framework can do is to take a Serializer

[r]