iktikad IMAM ABU HASAN AL-ASY'ARI Mengenai Allah Di Atas Arasy
didalam Al-Ibanah an-Usul ad-Dianah
by : Dermawar As-Salafy
Imam Abul Hasan al-Asy‟ari berkata:
"Di atas langit-langit itulah „Arasy, maka tatkala „Arasy berada di atas langit-langit Allah berfirman: Apakah kamu merasa aman terhadap Zat yang berada di atas langit?
Sesungguhnya Ia istiwa (bersemayam) di atas „Arasy yang berada di atas langit dan tiap -tiap yang tinggi itu dinamakan As-Sama (langit), maka „Arasy berada di atas langit. Bukanlah yang dimaksudkan di dalam firman: Apakah kamu merasa aman terhadap Zat yang berada di atas langit? Bukan di seluruh langit, tetapi „ArasyNya yang berada di atas langit."[1]
Beliau rahimahullah seterusnya berkata:
Sesungguhnya setelah seseorang bertanya: Apa yang kamu katakan berkenaan istiwa? Katakan kepadanya: Kami sesungguhnya berkata bahawa Allah ‘Azza wa-Jalla bersemayam di atas ‘ArasyNya yang sesuai denganNya sebagaimana firman Allah: }Ar-Rahman (Allah) bersemayam di atas „ArasyNya{ Taha. 5. Firmannya lagi: }KepadaNyalah naik perkataan-perkataan yang baik{ Fatir. 10. Firman Allah: }Tetapi (yang sebenarnya) Allah telah mengangkat Isa kepadaNya{ An-Nisa. 158. Firman Allah: }Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadaNya{ As-Sajadah. 5. Firman Allah: }Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang di langit bahawa dia akan menjungkir- balikkan bumi bersama kamu{ Al-Mulk. 16. Maka langit di atasnya adalah „Arasy, maka apabila „Arasy di atas langit-langit maka Allah berfirman: }Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang di langit{ kerana Allah beristiwa di atas „Arasy di atas langit….Dan kita lihat sekalian orang-orang Islam mengangkat tangan mereka menghadap langit apabila berdoa kerana Allah Azza wa-Jalla beristiwa di atas „Arasy yang berada di atas langit-langit, jika sekiranya Allah Azza wa-Jalla di atas „ArasyNya pasti mereka tidak mengangkat tangan mereka menghadap langit (menghadap „Arasy)”.
Lihat: يد ا وصا ع باا oleh Imam Abu Hasan Al-Asy‟ari. Hlm. 97-98. Lihat: ء سأا فص او oleh Al-Baihaqi. Lihat: ر ا فصو ديحوت ا oleh Al-Imam Ibn Khuzaimah. Lihat: ر فغ ا ي ع و ع ا oleh Az-Zahabi.
Imam Abu Hasan al-Asy‟ari seterusnya menegaskan:
Sesungguhnya firman Allah (Allah bersemayam di atas „ArasyNya) mereka berkata Istaula (bukan istiwa) dan Allah Azza wa-Jalla disetiap tempat ( م ك ىف), mereka menentang bahawa Allah Azza wa-Jalla di atas „ArasyNya”.
Lihat: يد ا وصأ ع باا hlm. 97.
Imam Abu Al-Asy‟ari menjelaskan melalui hadis:
“Dari Nafi‟ bin Jabir dari bapanya sesungguhnya Nabi sallallahu „alaihi wa-sallam bersabda: Turun Tuhan kami „Azza wa-Jalla setiap malam ke langit dunia, lalu
berfirman: Adakah sesiapa yang meminta maka Aku akan memberinya, adakah sesiapa yang meminta pengampunan maka Aku akan mengampunkannya, sehinggalah terbit fajar”.
Lihat: Al-Ibanah an-Usul ad-Dianah. Hlm. 99 – 100.
Beliau menjelaskan lagi:
“Sebagaimana telah dipastikan bahawa Allah Azza wa-Jalla beristiwa di atas „ArasyNya dan menolak semua yang bertentangan dengannya, sebagaimana yang disalin dari Ahli Rawi dari Rasulullah sallallahu „alaihi wa-sallam: Diriwayatkan dari Nafi‟ bin Jabir dari bapanya bahawa Nabi sallallahu „alaihi wa-sallam bersabda: Tuhan kita „Azza wa-Jalla turun pada setiap malam ke langit dunia kemudian berfirman: Adakah sesiapa yang meminta Aku akan memberinya, Adakah sesiapa yang meminta ampun Aku akan mengampunkannya sehinggalah terbitnya fajar”.
Lihat: Al-Ibanah an-Usul ad-Dianah, hlm. 99. Dikeluarkan oleh Ad-Darimi, Ibn Majah 1367. Ibnu Khuzaimah dalam “At-Tauhid” 87. Ahmad 4/16. Al-Ajiri dalam “As-Syariah” 310-311. Isnadnya sahih, rijalnya thiqah dan perawinya termasuk perawi Bukhari dan Muslim.
Seterusnya Imam Abu Hasan al-Asy‟ari menekankan:
menyendiri dengan kewahdaniatanNya beristiwa di atas „Arsay dengan istiwa yang sesuai dengan kebesaranNya tanpa berhulul (menyerap) dan berittihad (bersatu)”.
Lihat: Al-Ibanah an-Usul ad-Dianah. Hlm 100.
[1]. Lihat: Al-Ibanah an-Usul ad-Dianah. Hlm. 48.