• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kementerian Pendidikan Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Kementerian Pendidikan Malaysia"

Copied!
73
0
0

Teks penuh

(1)

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

(2)

Isi kandungan

BIL. KANDUNGAN MUKA SURAT

Pengenalan 1

Pembelajaran Secara Konstruktivisme 8 Teori Kecerdasan Pelbagai 22

Teknologi Komunikasi dan Maklumat

(ICT) 29

Pembelajaran Akses Kendiri 33

Pembelajaran Masteri 39

Kajian Masa Depan 48

Pembelajaran Secara Kontekstual 51

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan

Kreatif 57

Contoh modul Pengajaran dan

Pembelajaran 64

Unit Pendidikan Seni Visual Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

(3)

1

Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL

PENGENALA N Rancangan Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah di Malaysia telah disusun semula supaya selaras dengan perkembangan terkini terutama yang lebih jelas dapat mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Tujuannya untuk melengkapkan keilmuan dan kemahiran murid ke aras pencapaian keilmuan yang tinggi dari aspek kesenian, reka bentuk, teknologi dan juga kepada alam kehidupan selepas persekolahan.

Kandungan kur ikulum digubal dengan memastikan keseimbangan penekanan kepada kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual, beberapa kemahiran generik, perkembangan potensi diri dan keupayaan diri sebagai seorang murid yang inovatif dan produktif dalam seni visual.

Tiga aspek utama modul telah dikenalpasti iaitu:

1. Per kembangan nilai diri telah dikenalpasti iaitu:

pendidikan dengan aktif.

2. Penguasan kemahiran dan teknologi buatan serta Penghasilan Seni Visual.

3. Per kembangan daya cipta dan nilai seni dan budaya menerusi sejarah dan apresiasi seni visual.

Modul ini merupakan panduan kepada guru dan jurulatih untuk memberi penerangan tentang kurikulum Pendidikan Seni Visual. Butiran dalam modul ini adalah sedutan daripada beberapa bidang kandungan atau butiran kegiatan yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.

Oleh kerana dokumen ras mi untuk memperjelaskan modul adalah daripada Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual, maka guru dan jurulatih sepatutnya memahami dan menghayati dokumen tersebut sebelum menyampaikan kandungan modul ini.

Untuk tujuan itu, modul ini dibahagikan kepada dua bahagian:

Bahagian 1

Penerangan ber kaitan Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Elemen Strategi Pengajaran dan Pembelajaran.

Bahagian 2

Contoh Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran yang mew akili bidang kegiatan dan kandungan Pendidikan Seni Visual bagi Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Contoh rancangan Pengajaran dan Pembelajaran di antaranya

(4)

2

Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL

menampakkan strategi pengajaran yang menerapkan elemen generik yang dinyatakan dalam bahagian 1.

Sekolah Rendah

Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif, dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan w arisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Sekolah Menengah

Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan w arisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Membentuk keperibadian

Generasi Malaysia/insan y ang:

• Celik budaya/harmonis

Nilai estetik tinggi

• Imaginatif

• Kritis

• Kreatif

• Inov atif

• Inv entif/produktif Tingkatkan rasa:

• Kesyukuran

• Hargai keindahan

• Hargai warisan budaya

Menyumbang ke arah pembangunan:

• Diri

• Keluarga

• Masyarakat

• Negara

(5)

3

Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL

ORGA NISA SI KURIKULUM

murid

pelbagai kegiatan seni visual

4 bidang

menggambar membuat corak dan rekaan

membentuk dan membuat

binaan

mengenalkraf tradisional

Memperkembang dan menyelaras persepsi dan konsepsi visual murid untuk menggalakkan pemikiran

kritis dan kreatif

Selaras perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor, mental

yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual

Pengetahuan yang dapat dimiliki:

• Mengenai bahan, alat dan teknik

• Pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan, proses pembuatan, kaedah dokumentasi, integrasi maklumat dan aplikasi perisian komputer.

Yang dipentingkan:

1. pemerhatian secara aktif

2. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan 3. apresiasi seni visual secara mudah

4. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan Sekolah Rendah

(6)

4

Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL

Sekolah Menengah

1. Penghasilan Seni Visual

Murid berpeluang mengaplikasikan kefahaman dalam penghasilan kerja seni berdasarkan asas seni reka dengan pelbagai alat dan bahan serta teknik. Murid juga dilatih memberatkan pernyataan idea ber kaitan diri, masyarakat dna negara dalam berkarya.

Bidang Penghasilan Seni Visual:

a) Asas Seni Reka

• Unsur Seni

• Prinsip Rekaan b) Seni Halus

c) Komunikasi Visual d) Reka Bentuk

e) Kraf Tradisional dan Dimensi Baru

2. Sejarah dan Apresiasi Seni Visual

Bidang ini memberi peluang murid membuat kajian pemahaman terhadap hasil seni dalam budaya tempatan

dan negara lain. Kajian perbandingan boleh dibuat untuk memperlihatkan pemikiran kritis dan kreatif semasa melakukan sesi apresiasi dan kritikan seni.

a. Perkembangan Seni Visual di Malaysia

• Seni Halus

• Kraf Tradisional dan Pr ibumi b. Peralatan

c. Alat Permainan d. Seni Bina e. Kenderaan f. Pakaian g. Perhiasan

(7)

5

Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL

Sekolah Rendah 1. Menggam bar

Menegaskan perkembangan persepsi, kemahiran dan kemampuan murid dalam kegiatan membuat gambar

dengan pelbagai media dan teknik.

2. Membuat Corak dan Rekaan

Peluang murid memahami pelbagai cara menghasilkan corak tidak terancang dan corak terancang serta mengaplikasinya menjadi rekaan.

kegiatan menggambar

secara catan kolaj

resis montaj

stensilan cetakan

percikan gosokan

lukisan

mozek capan poster

gurisan

Corak tidak terancang

pualaman tiupan titisan Ikatan dan celupan

renjisan dan percikan

Corak terancang

lukisan catan resis

cetakan kolaj

capan

kaligrafi

lipatan & guntingan

(8)

6

Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL

3. Membentuk dan Membuat Binaan

Menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan yang merangkumi objek 3D. Pelbagai bahan, alat dan teknik pembuatan boleh digunakan.

4. Mengenal Kraf Tradisional

Murid diperkenalkan dengan beberapa kraf. Antaranya:

Bidang ini member i kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Murid diperkenalkan dengan fungsi, proses dan teknik pembuatan, alat dan bahan,corak dan hiasan yang digunakan. Namun alat. Bahan dan teknik yang akan digunakan murid boleh dipilih alternatifnya berdasarkan suasana dan fizikal tempat atau daerah sekolah ditempatkan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai proses pembelajaran melalui cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan penceritaan.

Membentuk &

membuat binaan

arca timbul asemblaj mobail topeng

stabail origami

model

diorama

boneka

Kraf Tradisional

alat domestik batik tembikar

tekat anyaman

alat pertahanan diri tenunan

perhiasan diri ukiran

alat permainan

(9)

7

Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL

Sekolah Menengah

1. Penghasilan Seni Visual

Bidang ini memberi peluang mengaplikasikan kefahaman dalam penghasilan kerja seni berdasarkan asas seni reka dengan pelbagai teknik.

Bidang Penghasilan Seni Visual:

a) Asas Seni Reka

• Unsur Seni – garisan, rupa, bentuk, ruang, jalinan dan w arna

• Prinsip Rekaan – har moni, penegasan, imbangan, kontra, irama & pergerakan, kepelbagaian dan kesatuan.

b) Seni Halus – lukisan, catan, arca dan cetakan c) Komunikasi Visual – reka bentuk grafik dan

multimedia.

d) Reka Bentuk – reka bentuk industri, reka bentuk persekitaran (hiasan dalaman dan lanskap)

e) Kraf Tradisional dan Dimensi Baru –

tembikar/seramik, batik, ukiran kayu, anyaman, tenunan dan tekat

2. Sejarah dan Apresiasi Seni Visual

a) Perkembangan Seni Visual di Malaysia

• Seni Halus – Gerakan Seni Halus, pelukis, penghasilan dan sumbangan

• Kraf Tradisional dan Pribumi – tokoh, penghasilan dan sumbangan

b) Peralatan – senjata dan domestik

c) Alat Permainan – gasing, w au dan alat muzik tradisional

d) Seni Bina – kediaman, masjid, w akaf, gerbang, makam dan taman

e) Kenderaan – darat, laut atau sungai

f) Pakaian – baju kurung, baju Melayu, baju Kedah, baju Cekak Musang

g) Perhiasan – hiasan kepala, hiasan leher, hiasan tangan, hiasan kaki dan hiasan pinggang

(10)

Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL

PENGENALAN PEMBELAJARAN SECARA

KONSTRUKTIVISME

DEFINISI

Apakah pembelajaran secara Konstruktivisme?

“Jika kanak-kanak tidak dapat belajar dengan cara kita mengajar, kita harus mengajar dengan cara mereka belajar”.

Pembelajaran secara Konstruktivisme berdasarkan beberapa pandangan baru tentang ilmu pengetahuan dan bagaimana boleh diperolehi ilmu tersebut. Pembentukan pengetahuan baru lahir daripada gabungan pembelajaran terlebih dahulu.

Pembelajaran ini menggalakkan murid mencipta penyelesaian mereka sendiri dan menguji dengan menggunakan hippotesis- hipotesis dan idea- idea baru. Pandangan ini bertolak daripada teori pembelajaran daripada Behavioris me kepada Kognitivisme dan seterusnya Konstruktivisme. Ciri teori tersebut ditunjukkan seperti di baw ah:

Behaviorisme Kognitivisme Konstruktivisme

• Menekankan tingkahlaku

• Perlakuan boleh dikukuh/dihentikan melalui ganjaran

• Pengajaran berdasarkan objektif perlakuan -boleh diukur

• Pengetahuan sedia ada dan perubahan yang berlaku dalam minda tidak perlu diambil tahu

• Semua idea dan imej dalam minda individu diw akili melalui skema

• Jika maklumat baru secocok, diterima. Jika tidak maklumat diolah atau dibuat

pengubahsuaian skema

• Pengetahuan dibina sendiri oleh murid secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada

Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan

dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk

membina pengetahuan baru

(11)

Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL

OBJEKTIF Selepas menggunakan modul pembelajaran secara

konstruktivis me dalam Pendidikan Seni Visual ini guru dapat membantu murid :

1. membina kefahaman dan pengetahuan baru.

2. menyelesaikan masalah berkaitan tugasan melalui kefahaman tentang konstruktivis me.

3. membuat interpretasi berkaitan maklumat yang sedia ada dan maklumat baru diterima.

4. mengaplikasi pengetahuan yang baru dalam kerja seni yang berkaitan.

5. membina kefahaman sendiri dalam pembelajaran seni visual.

Interaksi dengan objek

atau idea

pengetahuan baru Sintesis

pengalaman &

bentuk peraturan melalui refleksi

Pengalaman/

pengetahuan sedia ada

Bermakna/tidak

Menginterpretasi secocok dengan peraturan

(12)

Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL

CIRI

PEMBELAJARAN SECARA

KONSTRUKTIVISME

KEL EBIHAN PEMBELAJARAN SECARA

KONSTRUKTIVISME

Berfikir Dalam proses membina pengetahuan baru, murid berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan membuat keputusan.

Faham Oleh kerana murid terlibat secara langsung dalam mebina pengetahuan baru, mereka akan lebih faham dan boleh mengapliksikannya dalam semua situasi.

Ingat Oleh kerana murid terlibat secara langsung dengan aktif, mereka akan ingat lebih lama semua konsep.

Yakin Murid melalui pendekatan ini membina sendiri kefahaman mereka. Justeru mereka lebih yakin menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru.

Kemahiran sosial Kemahiran sosial diperolehi apabila berinteraksi dengan rakan dan guru dalam membina pengetahuan baru.

Seronok Oleh kerana mereka terlibat secara terus, mereka faham, ingat, yakin dan berinteraksi dengan sihat, maka mereka akan berasa seronok belajar dalam membina pengetahuan baru.

Ciri-ciri pembelajaran secara

konstruktivisme

Memberi peluang kepada murid membi na pengetahuan

baru mel alui penglibatan dalam duni a sebenar Menggalakkan

soalan/idea yang dimul akan oleh murid dan menggunakannya

sebagai panduan merancang pengajaran

Menyokong pembel ajaran secara koperatif

Mengambilkira sikap dan pembawaan

murid Mengambilkira

dapatan kajian bagaimana murid

belajar s esuatu idea

Menggalakkan &

menerima daya usaha & autonomi

murid

Menggalak kan murid bertanya

dan berdialog

dengan murid &

guru

Menganggap pembel ajaran sebagai s uatu proses yang sama penti ng

dengan hasil pembel ajaran Menggalakkan

proses inkuiri murid mel alui kajian dan eks perimen

(13)

Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL

STRAT EGI-STRAT EGI

PENGAJARAN GURU • Menggalak, menghormati idea-idea, menggalakkan fikiran bebas murid dan menerima autonomi serta initiatif murid.

• Membantu murid memperoleh identiti intelek dan memupuk perasaan hak milik (ow nership) mereka sendiri.

• Menggunakan data mentah dan sumber-sumber asas bersama dengan manipulatif-manipulatif, bahan-bahan interaktif dan fizikal.

• Menggunakan terminologi kognitif seperti ‘klasifikasi’,

‘analisis’, ‘meramal’ dan ‘mencipta’ dengan berleluasa bila hendak merangkakan sesuatu tugas.

• Membenarkan murid memberi sambutan kepada pelajaran gerakan (drive lesson), mengalik strategi-strategi yang bersifat ajaran atau bimbingan serta mengubah kandungan pelajaran.

• Menggalak murid terlibat dalam dialog dengan guru dan sesama rakan dan membina pengetahuan personal.

• Menggalak murid membuat siasatan melalui soalan-soalan yang penuh dengan fikiran (thoughtful) dan tidak terhad (open-ended) .

• Melibatkan murid dalam pengalaman yang akan mencabar atau bercanggah dengan hipotesis-hipotesis per mulaan mereka dan menggalakkan perbincangan serta belajar daripada kesilapan diri.

• Memberi peluang kepada murid berfikir bagi membina hubungan-hubungan dan mencipta metafora-metafora antara pengetahuan baru dengan pengetahuan sedia ada.

• Menekankan pembelajaran berpusatkan murid melalui konsep-konsep pendedahan, ramalan, penyelidikan serta penyiasatan.

• Mencungkil pengetahuan sedia ada murid mengenai sesuatu konsep.

• Pengajaran guru harus diseimbangkan dengan pengetahuan sedia ada murid.

(14)

Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL

Contoh pertama:

Tingkatan 4

Reka Bentuk Hiasan Dalaman

Ruang kediaman Ruang awam

Pengalaman sedia ada:

• Pengetahuan tentang unsur seperti garisan, ruang, warna, dan prinsip rekaan seperti imbangan, kontra, harmoni, ke satuan dan reka letak.

• Kemahiran melakar atau melukis dengan perspektif sebenar.

Pengetahuan yang diterima:

• Konsep reka bentuk hiasan dalaman bagi ruang terpilih.

Pengetahuan baru:

• Mengolah dan menyusun objek utama dan juga aksesori secara terancang.

• Membuat keputusan

• Menggubah satu reka bentuk hiasan dalaman yang

mengambilkira pelbagai faktor estetik dan fungsional termasuk faktor ergonomik.

Contoh:

Kandungan – Reka Bentuk Hiasan Dalaman

Definisi ruang dalaman (interior space)

Ruang dalam diertikan sebagai ruang kongkongan (dw elling) yang terbina melalui unsur-unsur asas seperti tiang, dinding, siling dan atap yang dikenali sebagai ‘Architectural Design of Building’. Konsep ‘interior design’ bertujuan menggunakan elemen-elemen hiasan untuk mengubah dan menaikan status ruang yang didiami, ter masuk ruang anjung kediaman. Susunan fizikal ruang dan gubahan rekaletak hiasan dalaman serta aksesori yang sempurna akan memberikan kepuasan fizikal dan emosi, keselesaan serta keselamatan penghuninya.

Konsep aw al yang mereka akan bentuk dalam fikiran mereka ialah:

• apakah elemen dan prinsip yang mempengaruhi reka bentuk hiasan dalaman?

Dalam hal ini murid akan mengaitkan pengalaman tentang prinsip rekaan dalam pemikiran mereka untuk menggubah reka bentuk hiasan dalam yang ditugaskan guru. Antaranya murid tentu akan fikirkan tentang imbangan. Bagaimana mereka mengolah dan menyusun idea untuk mendapatkan imbangan (sama ada simetri atau asimetri) dalam reka bentuk hiasan dalam rumah di ruang-ruang tertentu. Lakaran idea diterjemahkan dalam bentuk visual dengan pelbagai sudut pandangan. Interpretasi mereka perlu secocok dengan disiplin reka bentuk hiasan dalaman itu sendiri.

Mungkin begini……….

Imbangan asimetri mengguna dan menggabungkan serta menyusun elemen hiasan yang tidak serupa sama ada dari segi jenis, saiz dan kualiti.

(15)

Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL

Dalam masa yang sama, sewaktu konsep imbangan dipelajari, lakaran murid turut boleh diarah kepada nilai garisan, ruang dan rupa menggunakan pengetahuan dan kefahaman berkaitan perspektif. Dengan ini murid bukan sahaja cuba memahami pengertian imbangan malah mengukuhkan kefahaman lain yang berkait dengan reka bentuk hiasan dalam itu sendiri. Dalam hal ini guru perlu memahami ciri-ciri pembelajaran secara konstruktivisme agar proses pembelajaran berjalan dengan lancar tanpa menimbul sebarang rasa tercabar peranan guru sendiri.

Satu lagi perkara yang berkait dengan reka bentuk hiasan dalaman ialah pr insip penegasan. Seperti imbangan, penegasan juga per lu difahami konsepnya. Dengan bantuan guru, murid mungkin diminta mendapatkan beberapa contoh berkaitan kefahaman mereka mengenai penegasan (emphasis).

Secara amnya, titik penegasan dapat diw ujudkan melalui perbezaan saiz, rupa, w arna dan nilai. Tanpa elemen ‘unggul’

sesuatu rekabentuk akan membosankan. Kontras rupa boleh menarik perhatian pada sesuatu komposisi. Sesi penerangan guru boleh menggunakan bahan sokongan bagi memudahkan murid membuat tanggapan ber kaitan konsep yang ingin ditonjolkan. Mungkin gambar di baw ah boleh membantu murid membuat refleksi terhadap keadaan sekitar dan pengalaman sedia ada mereka untuk menjana idea bagi memperolehi pengetahuan baru berkaitan penegasan dalam hiasan dalaman.

Imbangan asimetri

(16)

14

Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL

Setelah beberapa prinsip difahami, murid mula membuat lakaran yang menggunakan garisan. Sekali lagi mereka terpaksa memikirkan fungsi garisan dan cara mana untuk mengaplikasikan dalam bentuk lukisan. Sekali lagi ia melibatkan struktur intelek mur id. Irama yang terbina melalui kefahaman konsep perspektif akan memandu mur id membuat lakaran dan lukisan menterjemahkan idea. Proses semasa membuat lakaran dalam pembelajaran secara Konstruktivis me adalah proses murid membuat interpretasi supaya secocok dengan aturan dan peraturan yang dikehendaki dalam mereka bentuk hiasan dalaman.

(17)

15

Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL

Kombinasi daripada elemen-elemen di atas dapat menghasilkan satu rekabentuk hiasan dalaman yang mantap.

Kemantapan ruang dari aspek estetik dan fungsi juga bergantung kepada ruang yang dipilih.

Proses merekabentuk (design process) ruang dalaman (interior space). Perlu membuat pertimbangan dalam kriteria ‘design’

seperti:

Membuat analisa ruang

• saiz ruang

• jenis ruang

• kenalpasti pengguna

• siapa pengguna

• jumlah pengguna

• kenalpasti perabot

• jenis perabot

• jumlah perabot

• kualiti dan w arna

Katakan lakaran begini telah dibuat, bagaimana kita akan memulakan kerja membuat model hiasan dalaman?

Apakah bahan yang akan digunakan? Saiz pula bagaimana? Warna pilihan antara perabot dengan w arna dinding dan lantainya? Semuanya ini akan menyebabkan kita berfikir dan konstrukkan dalam fikiran sebelum memulakan kerja. Kefahaman tentang konsep rekaan dengan berpandukan struktur asas akan memudahkan kita melaksanakan tugasan.

(18)

Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL

Contoh kedua:

Tingkatan 4 Membuat rekaan corak imbangan susunan cerminan dan selari

menggunakan warna anlogous

Dengan aplikasi perisian Adobe Photoshop

Pengalaman Sedia ada:

• pengetahuan tentang unsur dan prinsip rekaan seperti prinsip warna, susunan motif dan rekaletak.

• Kemahiran melakar atau melukis

• Memilih Pengetahuan yang diterima:

• Cara menggunakan perisian grafik dalam kerja seni visual.

• Konsep rekaan yang boleh dikawal su sunan serta perancangannya Pengetahuan baru:

• Aplikasi perisian komputer

• Mengolah dan menyusun imej bebas menjadi corak terancang

• Membuat keputusan

• Menggubah rekaan corak dengan pantas dan

memanipulasi gaya rekaan dan

rekaletak

Kita mulakan dengan mengingatkan semula cara menyediakan ruang kerja.

Klik File, klik New Klik File, klik New

Ruang kerjaterpapar di skrin

Melihat tajuk….kenalah fikirkan lakaran motif yang sesuai.

Hidupan laut mungkin sesuai untuk kali ini. Hidupan laut seperti sotong, ikan, udang, ketam, siput dan banyak lagi. Mula melukis dengan membuat lakaran mudah, tetapi ingatkan tentang pelajaran lukisan yang telah diajar oleh guru - yang hendak dikonstrukkan ialah dipermudahkan dan kena cuba beberapa kali dengan pelbagai jenis hidupan laut.

(19)

Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL

Motif sotong dipilih dan disusun secara bebasdalam beberapa kedudukan

Mula melukis beberapa hal benda berdasarkan tema menggunakan pencil tooldan gunakan spray tooluntuk dapatkan ton

Ini agak baik…pilih yang inilah

Dalam usaha membuat susunan motif yang sesuai kita mendapat satu lagi kemahiran iaitu kemahiran memilih atau membuat keputusan. Kemahiran ini amat penting kerana pilihan yang betul akan memudahkan kerja seterusnya dalam proses rekaan. Pengetahuan baru di sini ialah mengaplikasikan pengetahuan unsur dan prinsip seni dalam struktur rekaan dengan menyesuaipadankan antara motif, susunan dan w arna yang akan digunakan dalam gubahan. Semuanya difikir semasa perancangan aw al

(20)

Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL

Pengenalan kepada roda warna

Prmilihan warna - warna analogous

Pengetahuan baru seterusnya ialah mew arna analogous.

Guru akan menerangkan konsep ini. Kefahaman konsep baru ini akan dapat memahami tentang w arna analogous.

Mungkin kita akan dapatkan set-set w arna analogous lain setelah kita memahami konsep w arna analogous.

(21)

Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL

Susunan motif menjadi corak Masukkan warna analogous dalam gubahan corak

Panduan warna ana logous

Hasil rekaan corak

Kemahiran mew arna digunakan. Menentukan w arna analogous yang sesuai antara latar dan muka juga satu pengalaman baru yang akan kekal dalam ingatan bila menjalankan kerja-kerja di lain masa.

(22)

20

Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL

Hasil mengikut susunan cerminan

Bagaimana susunan cerminan ini dilanjutkan perulangannya untuk beberapa kali ke kiri / ke kanan dan ke atas / ke bawah. Elok cuba dan dapatkan kesan yang boleh diingat lama.

Hasil gubahan secara ulangan selari

Ini pula susunan selari. Kombinasi warna

analogous dengan gubahan motif yang disusun selari menampakkan kesinambungan arah.

(23)

21

Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL

Rum usan

Kita akan mengingat kembali bahaw a pendekatan konstruktivis me mengajar kita untuk menyusun satu tanggapan dan konsep serta pengetahuan baru jika dirancang dan disusun dengan teliti. Ini sesuai dengan pandangan Hilda Taba, bahaw a kerja yang dilakukan sendiri akan menguatkan Struktur Minda manusia. Sturktur ini berkait dengan Kognitif, Ingatan dan Luahan Semula (Memory and Retention), Pemikiran Bercapah, Pemikiran Bertumpu dan Penilaian

(24)

22

TEORI

KECERDASAN PELBAGAI

OBJ EKTIF

Pengenalan

Teori Kecerdasan Pelbagai ini telah diperkenalkan oleh How ard Gardner (1983). Dalam kajiannya How ard Gardner mendapati

`seven ways of know ing, preceiving and understanding life’. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak biasa dan istimew a, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimew a (special population). Gardner juga mengatakan bahaw a kecerdasan bukanlah semata- mata diw arisi. Jika kedua-dua ibubapa dikategorikan sebagai bodoh mengikut ukuran IQ tidak semestinya anak-anak mereka juga bodoh, begitulah juga sebaliknya. Kajian terhadap kanak-kanak istimew a mendapati ada di antara murid- murid yang lemah daya ingatannya adalah dilahirkan oleh ibubapa yang kedua-duanya adalah profesional.

Dr. Roger Sperry turut menyatakan kaitan kecerdasan dan fungsi otak manusia yang berbeza-beza mengikut perkembangan usia dan jantina individu. Otak kanan dan kiri mempunyai fungsi yang berbeza namun menurutnya manusia tidak boleh dianggap menggunakan sebelah otak sahaja. TKP berkembang mengikut konteks penggunaannya.

Di akhir modul ini guru boleh:-

i. memahami kepentingan TKP dalam meningkatkan potensi murid; dan

ii. mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan TKP.

TKP berperanan sebagai penjana kecerdasan serta mendefinisi konsep kecerdasan yang releven dalam pendidikan hari ini. Linda Campbell, Bruce Campbell dan Dee Dickinson merumuskan definisi How ard Gardner sebagai:-

(a) kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar;

(b) kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan; dan (c) kebolehan membuat sesuatu atau menaw arkan perkhidmatan

yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya.

OTAK KIRI

∗ BAHASA

∗ FORMULA MATEMATIK

∗ LOGIK

∗ NOMBOR

∗ URUTAN

∗ LINEAR

∗ ANALISIS

OTAK KANAN

∗ BENTUK DAN CORAK

∗ RUANG

∗ IRAMA DAN APRESIASI MUZIK

∗ IMEJ/GAMBAR

∗ IMAGINASI

∗ BERKHAYAL

∗ DIMENSI Modul Pengajaran & Pembelaj aran

PENDIDIKAN SENI VISUAL

(25)

23

CIRI-CIRI TEORI KECERDASAN PELBAGAI

JENIS-JENIS TEORI

KECERDASAN PELBAGAI

CIRI-CIRI

Boleh dipelajari, dididik dan ditingkatkan

Boleh

dipindahkan – contoh kecerdasan interpersonal ke linguistik

Tidak berkembang seiring Individu

mempunyai 8 kecerdasan

Boleh dirangsang

Satu atau dua kecerdasan berkembang sepenuhnya

Tidak boleh dinilai berasingan

Verbal-Linguistik

Logik-Matematik Naturalis

Visual-Ruang

Kinestetik

Muzi k Interpersonal

Intrapersonal

(26)

24 KECERDASAN

VERBAL- LINGUISTIK

KECERDASAN LOGIK-

MATEMATIK

KECERDASAN VISUAL-RUANG

KECERDASAN KINESTETIK

KECERDASAN MUZIK

KECERDASAN INTRAPERSONAL

KECERDASAN INTERPERSONAL

Seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini berfikir menggunakan perkataan untuk menyampaikan sesuatu secara berkesan samada dalam bentuk lisan atau penulisan. Mudah berbahasa bagi melahirkan perasaan dan pendapat serta suka kepada makna yang kompleks. Mudah mengingati maklumat dan boleh meyakini orang lain.

Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap.

Kecenderungan dalam kecerdasan ini membolehkan seseorang membuat persepsi tentang alam sekitar secara tepat. Dapat mengenali objek, bentuk, w arna dan corak dalam persekitaran.

Seseorang individu juga dapat berfikir dalam bentuk gambaran dan bayangan serta secara tiga dimensi. Berkebolehan menceritakan dan menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui. Bijak menghubungkaitkan antara objek dalam ruang. Kecerdasan visual-ruang ini membolehkan seseorang mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik.

Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruahan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah.

Cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh. Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain.

Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dengan mental.

Kecerdasan muzik pada seseorang membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang terdapat di persekitaran.

Individu dapat menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik. Selain daripada itu seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo dengan mudah.

Individu dapat mengenali diri sendiri secara mendalam serta mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan dir i sendiri. Kebolehan ini memberi keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri. Pandai menentukan hala tuju kehidupan serta mempunyai pegangan dan prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari. Secara keseluruahnnya seseorang itu kelihatan murung dan mengelamun tetapi sentiasa berw aspada dan bew aw asan.

Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Individu ini

(27)

25 KECERDASAN

NATURALIS

KEPENTINGAN KECERDASAN TKP DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BAGAIMANA MELAKSANAKAN TKP DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Dapat memberi motivasi kepada orang lain.

Seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna dan galian dengan mudah. Lebih menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat di alam sekitar. Individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan fauna.

1. Petunjuk kepada potensi murid.

2. Menjadi petunjuk kepada guru untuk merancang pengajarannya.

3. Membolehkan guru menjalankan pengajaran mengikut lapan kecerdasan.

4. Membangun bidang akademik dan ko- kurikulum pelajar.

5. Membangun bidang bakat dan kebolehan pelajar.

6. Mempelbagaikan cara penilaian.

7. Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan FPK dan keper luan murid.

8. Mew ujudkan suasana kolaboratif di sekolah

9. Menggalakkan inovasi dan penyelidikan baru dalam pengajaran dan pembelajaran.

Terdapat lima model yang dicadangkan dan guru boleh memilih kesesuaian murid, bilik darjah, mata pelajaran dan topik yang diajar, iaitu:

SISIPA N Guru boleh memilih satu atau dua kecerdasan dan digunakan dalam pengajaran secara tidak langsung.

JARINGAN Setiap kecerdasan digunakan dalam pengajaran matematik.

JALINA N Satu kecerdasan digunakan dalam beberapa mata pelajaran.

PERKONGSIA N Beberapa kecerdasan dipilih untuk digunakan dalam dua mata pelajaran.

KESEPADUA N Beberapa kecerdasan digunakan secara bersepadu merentasi mata pelajaran yang berlainan.

(28)

26 CONTOH

PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN DALAM

PENDIDIKAN SENI VISUAL

MODEL SISIPAN Tahun 1

Bidang : Mengenal kraf tradisional Tajuk : Membuat model tembikar

Guru mengajar murid menghasilkan model tembikar menggunakan plastisin. Secara tidak langsung murid menggunakan kecerdasan kinestetik yang menekankan aspek koordinasi dan keseimbangan.

Kecerdasan Visual-Ruang juga dipupuk melalui aktiviti ini.

Tingkatan 1

Bidang : Penghasilan Seni Visual Tajuk : Garisan

Guru membaw a murid-murid keluar bilik darjah untuk mengenali tumbuhan serta alam persekitarannya. Secara tidak langsung menggunakan kecerdasan naturalis murid- murid. Melalui aktiviti ini, murid dapat mengenali pelbagai jenis garisan yang w ujud dalam ciptaan Tuhan. Apabila berinteraksi dengan guru dan rakan sebaya dalam sesi perbincangan murid- murid menggunakan kecerdasan verbal-linguistik serta interpersonal. Apabila idea tersebut digunakan untuk mengubah sesuatu, murid- murid menggunakan kecerdasan visual-ruang masing- masing.

MODEL JA RINGA N Tingkatan 4 dan 5

Bidang : Komunikasi Visual Tajuk : Multimedia

Dalam penghasilan cerita beranimasi yang bertemakan fauna, sekumpulan murid yang terdir i daripada lima orang harus menggunakan kesemua kecerdasan untuk menghasilkan cerita tersebut.

(29)

27 Tahun 4

Bidang : Membentuk dan Membuat Binaan Tajuk : Boneka

Guru yang membimbing murid membuat boneka dapat mencungkil kecerdasan visual-ruang, verbal-linguistik ketika interaksi antara guru dan murid berlaku, kecerdasan logik- matematik diperlukan untuk mengukur boneka dengan tepat dan kecerdasan kinestetik digunakan secara tidak langsung ketika memanipulasi bahan.

Semasa sesi apresiasi, iaitu bercerita atau persembaan drama, kecerdasan muzik, intrapersonal dan interpersonal digunakan untuk menghasilkan persembahan yang menarik. Kesedaran naturalis pula digunakan ketika penghasilan boneka yang berasaskan motif dari alam semulajadi.

MODEL JALINAN Tingkatan : 1

Bidang : Prinsip Rekaan Tajuk : Gar isan Grid

Guru menerangkan konsep garisan grid. Perbincangan dibuat tentang garisan grid yang terdapat pada pelbagai objek buatan manusia dan pada alam semulajadi. Murid menggunakan kecerdasan visual-ruang untuk melukis garisan grid dan corak.

Murid boleh mengaplikasikan kecerdasan visual ruang ini dalam mata pelajaran lain seperti geografi dan sains.

MODEL PERKONGSIAN Tingkatan : 4

Bidang : Komunikasi Visual Tajuk : Risalah

Tema : Alam Sekitar

Guru berbincang dengan murid mengenai keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan. Mur id-murid diminta member i pendapat tentang aktivit manusia yang memberi kesan negatif terhadap sistem ekologi alam semulajadi yang seterusnya turut menjejaskan kehar monian kehidupan manusia. Guru memperjelaskan bagaimana kefahaman tentang perkara ini boleh disampaikan dalam bentuk risalah yang boleh memberi kesedaran pada

(30)

28 RUMUSAN

masyarakat. Murid akan menggunakan kecerdasan verbal- linguistik, visual-ruang dan naturalis. Murid mengaitkan pemahaman mereka dalam bidang sains dengan Pendidikan Seni Visual.

MODEL KESEPA DUA N Tingkatan : 4

Bidang : Rekabentuk persekitaran Tajuk : Lanskap

Guru dan murid membincangkan penggunaan ruang lanskap dan fungsi tumbuh-tumbuhan pada lanskap. Guru mengajar perancangan ruang lanskap dengan menggabungkan elemen alam semulajadi dan objek buatan manusia. Murid- murid menggunakan kecerdasan naturalis dan visual-ruang dengan pemahaman berkaitan sains (fungsi tumbuhan) dan penggunaan ruang berkenaan.

Per kembangan di atas menunjukkan bahaw a dimensi TKP sentiasa berkembang mengikut konteks penggunaannya yang merentas pelbagai disiplin pendidikan atau mata pelajaran sama ada kecerdasan ini dilihat sebagai cara atau gaya berkaitan.

Kesemua lapan kecerdasan dimiliki oleh semua individu tetapi tahapnya adalah berbeza. Oleh sebab itu, guru boleh memupuk kecerdasan tersebut dalam dirinya sendiri dan juga dalam murid- muridnya.

(31)

29

Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL

ICT DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

DEFINISI

RASIONAL

PENGGUNAAN ICT

PENGENALA N

Penggunaan Teknologi Komunikasi dan Maklumat atau ICT dalam Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual adalah merentas kandungan kurikulum Pendidikan Seni Visual itu sendiri. Penggunaan ICT mestilah dilihat sebagai satu tambahan kepada alat Pengajaran dan Pembelajaran atau Teknologi Pengajaran yang berkesan. Penggunaan ICT juga mampu menghasilkan kerja seni yang diberi nilai tambah dan juga kerja seni digital bermutu dalam komuniksai visual dan bukan dilihat sebagai alat untuk menggantikan penggunaan media secara manual dalam Pendidikan Seni Visual.

Pendekatan ICT yang terbaik apabila ICT digunakan secara bijak dan terancang mampu meningkatkan proses keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Persoalan seperti kenapa, perisian apa dan bila ICT perlu digunakan mestilah sesuai dengan keperluan sesuatu topik pengajaran Pendidian Seni Visual supaya dapat membuahkan hasil kerja seni yang dinamik dan memuaskan.

ICT dalam Pendidikan Seni Visual lebih merujuk kepada kemampuan teknologi itu sendiri, yang berfungsi sebagai satu alat kemahiran yang member i sokongan kepada mur id, guru, panitia serta organisasi sekolah bagi menyempurnakan tugas serta kew ajipan yang ada kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran serta sebagai salah satu kaedah melaksanakan kegiatan Seni Visual yang terancang dan menarik.

1. Untuk menyediakan w arga pendidik seni visual dalam menghadapi perkembangan ICT masa kini dan akan datang.

2. Untuk menyediakan murid dengan pengetahuan seni digital yang telah menjadi salah satu jurusan yang diminati serta kompetitif di IPT.

3. Sebagai satu tar ikan serta salah satu cara

penyelesaian masalah seni reka dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual yang lebih mudah, pantas dan berkesan.

(32)

30

Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL

CIRI-CIRI

PENGGUNAAN ICT

1. Penggunaan ICT adalah merentas kurikulum Pendidikan Seni Visual yang mengandungi dua bidang iaitu Penghasilan Seni Visual dan Sejarah dan Apresiasi Seni Visual. Dalam kedua-dua bidang utama ini ICT boleh digunakan secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran.

2. Penggunaan ICT dalam Pendidikan Seni Visual boleh dibahagikan kepada 4 bahagian utama.

Penghasilan Seni Visual

Sejarah dan Apresiasi Seni Visual

Penggunaan ICT

1

Aktiviti Penghasilan Seni Visual

2

Penghasilan Seni Digital (Computer- based art work)

3

Sejarah dan Apresiasi Seni (internet, sumber elektronik dan m edia lain )

4

Pengurusan Bilik Seni

1

Aktiviti Penghasilan Seni Visual

Peringkat aw al Mendapatkan contoh- contoh unsur seni dan

motif-motif seperti jalinan, muka taip, clip art dan lain-lain daripada program, cakera padat, hasil imbasan daripada mesin pengimbas atau kamera digital.

Peringkat Pertengahan Proses eksperimentasi dan perkembangan idea menggunakan kemudahan dari menu dan tools sesuatu program untuk membuat arahan seperti mew arna, copy, cut dan paste dsb.

Kurikulum Pendidikan Seni Visual

(33)

31

Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL

2

Penghasilan seni digital (computer-based art work)

• Digital catan

• Digital grafik

Peringkat awal/pertengahan Adakalanya perlu menggabungkan kedua-

dua teknik/kemahairan manual dan ICT atau hanya menumpukan kepada ICT sahaja

Peringkat Akhir Hasil kerja seni digital catan ataupun grafik mesti dicetak

menggunakan pencetak (printer)

3

Sejarah dan Apresiasi Seni (internet, sumber elektronik dan m edia lain)

• E-mail

• Laman Web

• CD

• E-book

E-m ail dan Laman Web, CD dan E-book Kemudahan komunikasi dan perolehan data dan maklumat berkaitan seni visual secara elektronik antara

murid, guru dan sumber luar sama ada dalam negeri mahupun di luar neger i.

4

Pengurusan Bilik Seni

Minit mesyuarat, perancangan pengajaran, program seni visual sepanjang tahun, rekod mar kah, JPU, data pelajar, stok/inventori terurus dengan baik

(34)

32

Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL

Contoh Pengajaran dan Pembelajaran Tingkatan 4

Bidang : Kraf Tradisional dan Dimensi Baru Tajuk : Batik (Corak berulang)

Pengajaran ICT boleh diterapkan di baw ah tajuk ini dengan memberi penekanan kepada cara mendapatkan maklumat berkaitan dengan perkara batik seperti sumber rekaan atau motif dan corak, w arna yang sesuai untuk sesuatu fungsi batik, atau pun susunan motif menjadi corak. Dengan ICT, kemudahan untuk menjalankan aktiviti rekaan juga akan menjadi mudah dengan memahami beberapa perisian dan manipulasi cara mengaplikasinya.

Guru mudah membantu dan berbincang tentang prinsip rekaan yang digunakan murid.

Rekaan yang siap boleh diterjemahkan atau dipindahkan kepada cara membatik yang dipilih, sama ada teknik batik lukis atau teknik blok mengikut proses yang berkaitan.

(35)

33

Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL

DEFINASI

PEMBELAJARAN AKSES

KENDIRI (PAK)

OBJ EKTIF

CIRI-CIRI

Pengenalan

Pembelajaran akses kendiri merupakan satu pendekatan pembelajaran yang membolehkan mur id mengakses sumber pembelajaran dan memperolehi pengetahuan dan kemahiran secara berdikari.

PAK adalah satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran yang memusatkan kepada murid. Murid belajar sendir i dengan menggunakan akses di baw ah pengaw asan dan bimbingan guru.

Persekitaran pembelajaran yang sesuai perlu disediakan kepada murid untuk memenuhi keperluan, minat, cara dan gaya pembelajaran masing-masing. PAK menghasilkan murid yang bertanggungjaw ab terhadap pembelajaran mereka

Pendekatan ini memberi kebebasan kepada murid memilih bahan yang sesuai untuk pembelajaran mengikut keper luan, minat, tahap serta gaya masing-masing. Proses pembelajaran ini dapat memotivasikan murid ke arah sikap kendiri.

PAK memberi latihan secara tidak langsung kepada murid untuk belajar berdikari serta berfikir secara kritis dan kreatif. PAK bertujuan melahir kan pelajar yang bertanggungjaw ab serta berautonomi.

1. Memperoleh kemahiran belajar dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

2. Berusaha memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara berdikari.

3. Belajar mengikut keperluan dan gaya pembelajaran sendiri.

4. Mentaksir sendiri pencapaian mereka.

5. Mempunyai autonomi dan bertanggungjaw ab ke atas pembelajaran sendiri.

6. Mengenalpasti bahan yang sesuai mengikut kebolehan dan minat masing- masing.

1. Pembelajaran lebih fleksibel, selesa dan tanpa tekanan.

2. Bahan PAK dan bantuan fasilitator mudah diakses.

3. Pemilihan bahan dan aktiviti pembelajaran yang luas.

4. Kemudahan yang membolehkan murid belajar secara bersendirian atau dalam kumpulan.

5. Membolehkan pembelajaran mengikut kadar dan kemampuan murid.

6. Membolehkan mur id mentaksir pencapaian sendiri.

7. PAK dilaksanakan di bilik atau sudut yang dikhaskan dan pusat mudah alih.

(36)

34

Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL

PENEKANAN

Program PAK memberi penekanan kepada 3 aspek penting.

a) Pembelajaran secara individu

Program pembelajaran yang mengambil kira keperluan dan apa yang diminati murid.

b) Pembelajaran Arah Kendiri

Satu proses pembelajaran di mana murid bertanggungjaw ab terhadap pembelajaran mereka dan belajar bagaimana untuk belajar.

c) Pembelajaran Sendiri

Satu proses pembelajaran yang murid bertanggungjaw ab sepenuhnya atas semua keputusan ber kaitan dengan pembelajarannya. Murid menentukkan sendiri apa yang hendak dipelajari mereka.

Contoh Tugasan:

Bidang C - Membentuk dan membuat binaan

Topik/tajuk - Topeng

Tahun - 4

Tujuan - Membentuk topeng makhluk fantasi Arahan - a) Baca arahan yang di beri

b) Hasilkan satu topeng menggunakan media pilihan.

c) Hantar kan hasil kerja kepada guru.

1. Ambil bahan yang sesuai dengan aktiviti seperti :

- manila kad , kertas kotak (box board), gunting, gam dan media w arna.

2. Lakar rupa topeng berdasarkan prinsip a) Imbangan

b) Ruang

3. Gunting rupa topeng .

4. Lukis mata, hidung dan mulut kemudian tebuk bahagian tersebut.

5. Mew arna dan menghias menggunakan bahan yang disediakan mengikut kreativiti.

6. Buat kemasan dan hantarkan hasil kerja.

Contoh

(37)

35

Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL

Contoh Kedua:

Bidang D - Kraf Tradisional Topik/Tajuk - Tembikar Tahun - 4

Tujuan - Membentuk sebuah pasu bunga hiasan menggunakan teknik lingkaran dan picitan.

Arahan - a) Baca arahan yang di beri.

b) Hasilkan sebuah pasu tembikar menggunakan teknik lingkaran dan picitan.

c) Hantar kan hasil kerja Tugasan

1. Melakar bentuk tembikar yang seimbang

2. Ambil bahan yang sesuai untuk membuat tembikar.

3. Membentuk tembikar menggunakan teknik lingkaran dan picitan.

(rujuk gambarajah)

4. Hiaskan pasu menggunakan teknik cetakan dengan menggunakan bahan-bahan seperti berikut :

a) mata pen b) penutup pen c) paku

d) skru

e) klip kertas dan lain-lain

5. Keringkan dan hantar kepada guru.

(38)

36

Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL

Bidang - Menggambar Topik/tajuk - Garisan Tahun - 1

Tujuan - Menghasilkan pelbagai jenis garisan Arahan - a) Baca arahan yang diberi.

b) Hasilkan satu corak menggunakan pelbagai teknik garisan.

c) Hantarkan hasil kerja kepada guru.

Tugasan

1. Ambil bahan-bahan yang diperlukan seperti krayon, pastel, w arna air dan pensel w arna.

2. Buat garisan secara raw ak.

3. Pilih w arna berdasarkan w arna sejuk.

4. Lukiskan pelbagai teknik garisan disetiap ruang kosong menggunakan pelbagai media.

5. Buat kemasan dan hantar hasil kerja kepada guru.

(39)

37

Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL

Bidang - Penghasilan Seni Visual

Topik/Tajuk - Kraf Tradisional/Dimensi Baru – Anyaman Tingkatan - 4

Tujuan - Menghasilkan sebuah bakul Arahan -a) Baca arahan yang diberi.

b) Hasilkan sebuah bakul untuk hiasan/ gubahan bunga.

c) Hantar kan hasil kerja kepada guru.

Tugasan

1. Ambil rotan untuk anyaman.

2. Potong lapan bilah rotan berukuran 60 c m setiap satu.

3. Susun rotan seperti gambarajah di baw ah.

4. Ambil sebilah rotan panjang yang telah dibasahkan/ direndam seketika Tandakan dibahagian tengah untuk proses

menganyam seterusnya. ( rujuk gambarajah )

5. Anyam sehingga siap seperti bentuk yang dikehendaki.

6. Untuk kemasan pilih salah satu teknik di baw ah. ( rujuk gambarajah )

Susun bilah rotan rapat-rapat

(40)

38

Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL

7. Hantar hasil kerja kepada guru.

Potong bilah rotan mengikut bilangan dan saiz yang mencukupi.

Pacakkan bersebelahan dengan bilah asal.

(41)

39

Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL

PENDEKATAN PEMBELAJA RA N MASTERI

DALAM

PENDIDIKAN SENI VISUAL

DEFINISI OBJEKTIF

DEFINISI

Pengenalan

Pembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui Pembelajaran Masteri murid diber i peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran.

Modul ini mengandungi penerangan tentang Pembelajaran Masteri, cara melaksanakan Pembelajaran Masteri bagi beberapa tajuk mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

1. Menyatakan konsep Pembelajaran Masteri.

2. Menerangkan dan melaksanakan langkah Pembelajaran Masteri dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya.

Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta berpandukan tahap penguasaan mur id.

Model Pembelajaran Masteri dimulakan dengan Penentuan Hasil Pembelajaran, dan diikuti dengan Pengajaran dan Pembelajaran.

Tujuan menentukan hasil pembelajaran murid adalah untuk memastikan murid semua berjaya menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diberikan dengan kadar kemampuan biasa seseorang murid di tahap tersebut.

Setelah dibuat penilaian, murid yang telah menguasai akan diteruskan dengan aktiviti pengayaan dan bagi murid yang belum menguasai akan diteruskan dengan aktiviti pemulihan.

i. Hasil pembelajaran per lu ditentukan, dan disusun mengikut hierarki atau unit pembelajaran.

ii. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermakna, berkesan, menarik dan mengembirakan.

iii. Keupayaan dan Pencapaian dinilai semasa aktiviti Pembelajaran.

iv. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkaitan.

v. Semua murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan setiap unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru.

vi. Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum menguasai aras masteri.

(42)

40

Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL

CIRI-CIRI

PEMBELAJARAN MASTERI :

MODEL

PEMBELAJARAN MASTERI

vii. Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid yang telah mencapai aras masteri.

Dalam Pembelajaran Masteri terdapat beberapa langkah yang perlu dilaksanakan. Langkah tersebut digambarkan melalui model berikut :

Dalam pengajaran dan pembelajaran masteri, beberapa perkara perlu diketahui oleh guru. Antaranya:

1. Kebolehan dan keupayaan murid yang berbeza 2. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza 3. Kemudahan yang ada

4. Masa yang diperuntukan

Dengan mengetahui kebolehan dan keupayaan mur id yang berbeza, guru dapat merancang kaedah pengajaran yang juga berbeza dan berbagai-bagai bagi memudahkan murid menguasai ilmu yang disampaikan. Dengan merujuk kepada kadar penerimaan dan kesanggupan, murid akan dapat menguasai ilmu pada kadar kemampuan mereka. Untuk itu, guru seharusnya mengenali murid mereka.

Contoh bagaimana pembelajaran masteri berlaku dalam mata Unit Pembelajaran 1

Murid sudah menguasai ?

Unit Pembelajaran 2

Penentuan hasil pembelaj aran Pengajaran & pembelaj aran

Penilaian

Tindakan susulan akti viti

pengayaan

Tindakan susulan akti viti

pemulihan

YA TIDAK

(43)

41

Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL

CONTOH PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

pelajaran Pendidikan Seni Visual:

a)

Tingkatan : 1

Bidang : Penghasilan Seni Visual

Tajuk : Lukisan

Masa : 80 minit

Objektif : Menghasilkan bentuk dengan pelbagai garisan.

Bahan Sokongan : Pensil dan kertas

Persediaan Guru : Contoh Lukisan dan catan

Langkah Pembelajaran Masteri : 1. Penentuan Hasil Pembelajaran

i) Mengenal pasti jenis-jenis garisan

ii) Mengetahui dengan menggunakan pelbagai jenis garisan boleh menghasilkan bentuk.

2. Pengajaran dan Pembelajaran

Cadangan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran BUTIRAN

KEGIATAN HASIL

PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

GENERIK/NILAI Set Induksi

Murid dibawa melawat ke sebuah taman yang terdapat di kawasan sekolah.

Murid diminta mengenali jenis flora, objek dan warnanya.

Aktiv iti 1 Dengan menggunakan tetingkap murid memilih sudut pandangan yang se suai untuk menggambar.

Apresiasi keindahan alam sekitar.

Dapat banding beza warna-warna yang ada di taman.

Dapat menghadkan apa y ang hendak dilukis.

Contoh tetingkap :

Menghargai keindahan alam.

Berkumunikasi

Membuat pemilihan yang tepat

(44)

42

Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL

Aktiv iti 2 Murid melukis bentuk-bentuk flora dan objek yang ada di taman mengikut pilihan tetingkap.

Aktiv iti 3 Murid mewarna mengikut warna flora dan objek.

Pemulihan Serta Merta

Guru mengenalpasti murid yang belum dapat mencampur warna mengikut ke sesuaian warna flora dan objek.

Murid-murid dikumpulkan untuk dibantu.

Guru akan membantu murid yang lemah dalam proses mencampur warna.

Setiap murid akan mendapat sudut pandangan tersendiri .

Setiap flora dan objek mempunyai bentuk yang berbeza.

Memahami flora dan objek mempunyai pelbagai warna.

Warna Daun Hijau gelap -

ƒ Hijau + hitam

ƒ Biru + kuning + Hitam

Hijau biasa –

ƒ Hijau sedia

ƒ ada Biru + kuning

Hijau muda –

ƒ Hijau sedia ada

ƒ Hijau + kuning

Warna bunga Merah Gelap –

ƒ Merah sedia ada

ƒ Merah + biru + hitam

Merah –

ƒ Merah sedia ada

Merah Cerah –

ƒ Merah sedia ada

Kebebasan membuat pemilihan

• Kebolehan membancuh

warna.

Menikmati keindahan warna- warna flora.

Membancuh warna.

Guru mengawal aktiviti murid dan mengingatkan masa y ang diperuntukan

(45)

43

Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL

Aktiv iti 4

Selepas tunjuk cara guru, murid

meneruskan aktiviti.

Guru menilai kerja murid untuk memastikan hasil pembelajaran tercapai.

Jika ada yang masih tidak mencapai tahap yang sepatutnya, latihan ulangan hendaklah dilakukan (seperti di atas).

Murid yang boleh menguasai campuran warna, akan meneruskan aktiviti peringkatan dengan membuat penegasan pada

ƒ Merah +

kuning Kuning –

ƒ Kuning sedia ada

ƒ Kuning + putih Warna Pokok

Coklat gelap –

ƒ Coklat sedia

ƒ Coklat ada + hitam

Coklat –

ƒ Coklat sedia ada

Coklat cerah –

ƒ Coklat +

kuning/putih Coklat hijau –

ƒ Coklat + Hijau.

Murid berusaha menghasilkan campuran warna

Murid dapat menguasai kadar campur warna.

Murid mengetahui konsep perspektif warna

Membancuh warna.

pemulihan

pengayaan

Referensi

Dokumen terkait

Salah satu masalah yang dapat ditimbulkan bila perusahaan tidak melakukan penempatan mesin yang baik adalah jarak perpindahan untuk memproduksi suatu produk dari

Waktu operasional merupakan waktu pendistribusian air dari reservoir menuju ke sambungan rumah pelanggan. Waktu operasional dalam distribusi juga dipengaruhi tekanan

Tanda-tanda spesifik dari ayam ini adalah bentuk badan lebih kecil dibanding ayam Asia, Inggris atau Amerika, cuping telinga putih, cepat mencapai dewasa kelamin

1 LISTENING (Mendengarkan) Memahami makna teks lisan berupa percakapan sehari-hari dalam berbagai konteks situasi dan berbagai jenis monolog (naratif, deskriptif, dsb) serta teks

Kemudian, penelitian dari Departemen Kesehatan Tennesse tentang penggunaan tembakau pada orang dewasa menemukan hasil bahwa laki-laki yang merokok atau mengkonsumsi

baru yang diperoleh dari Yordania di samping Ekonomi Syariah adalah adanya Lembaga Pengelolaan Harta Anak Yatim yang dikelola oleh Negara. Pengadilan Agama dalam

Menimbang : bahwa dalam rangka melaksanakan Pasal 31 Peraturan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Nomor 41 Tahun 2012 tentang Organisasi dan Tata Kerja Pusat

Aliran fluida ke atas dengan kecepatan tertentu dan tetap, sehingga untuk butiran dengan ukuran atau densitas tertentu terbawa ke atas, ukuran atau densitas yang lebih besar