• Tidak ada hasil yang ditemukan

KESEDARAN TERHADAP PERLINDUNGAN KETIRISAN MAKLUMAT DIGITAL MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "KESEDARAN TERHADAP PERLINDUNGAN KETIRISAN MAKLUMAT DIGITAL MENURUT PERSPEKTIF ISLAM"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

E-Prosiding Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2021

“Wawasan Kemakmuran Bersama 2030”

Khamis, 9 September 2021 Universiti Sains Islam Malaysia

E-Prosiding SAIS 2021 KESEDARAN TERHADAP PERLINDUNGAN KETIRISAN MAKLUMAT

DIGITAL MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Mohd Fared bin Abdul Khir

i

& Mohd Faizal bin Abdul Khir

ii

i

Program Keselamatan dan Jaminan Maklumat, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia. [email protected]

ii

Jabatan Usuludin, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Sultan Azlan Shah.

PENDAHULUAN

Transformasi digital sudah menjadi satu kemestian pada hari ini dalam rangka organisasi meningkatkan kualiti perkhidmatan. Selain lebih efisyen dan mudah, ianya juga menjimatkan kos pengurusan secara keseluruhan. Kesan daripada senario ini, pelbagai maklumat organisasi berada dalam bentuk digital termasuklah maklumat-maklumat sensitif seperti perancangan perniagaan, maklumat harta intelek dan data peribadi.

Tanpa kawalan keselamatan yang baik, kerahsiaan kesemua maklumat ini akan sentiasa terdedah kepada risiko ancaman siber seperti penggodaman berniat jahat dan juga penyebaran oleh orang dalam. Bagi sebuah organisasi, impak daripada ketirisan maklumat sangat signifikan, kerana terdapat risiko kehilangan reputasi, modal dan juga daya saing (Liu & Kuhn 2010). Laporan Lanskap Ancaman oleh ENISA melaporkan kes dengan kos tertinggi ialah sebanyak kira-kira 5.46 juta Euro dalam sektor penjagaan kesihatan (ENISA Threat Lanscape 2020). Kes pendedahan maklumat peribadi penderma organ di laman forum lowyat [NST18] dan ketirisan maklumat peribadi pelanggan SingHealth seramai 160000 orang termasuk perdana menteri Singapura sangat membimbangkan (Tham, I, 2018).

Abstrak

Ketirisan maklumat sensitif merupakan satu masalah yang kritikal dalam dunia serba digital pada hari ini. Artikel ini menyoroti masalah dalam pelaksanaan program perlindungan ketirisan maklumat dalam organisasi dengan mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan teknologi perlindungan ketirisan maklumat iaitu Data Loss Protection (DLP) oleh pengguna terutamanya faktor kesedaran dan latihan dan seterusnya melakukan penelitian dari sudut ilmu Naqli.

Pengumpulan maklumat menggunakan metode kepustakaan dan dianalisa berasaskan metode induktif dan deduktif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa program perlindungan ketirisan maklumat digital organisasi adalah selari dengan syariah Islam.

Kata kunci: Perlindungan ketirisan maklumat, DLP, Kesedaran

(2)

E-Prosiding Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2021

“Wawasan Kemakmuran Bersama 2030”

Khamis, 9 September 2021 Universiti Sains Islam Malaysia

491

E-Prosiding SAIS 2021

Dari kes-kes ini dapat dirumuskan bahawa wujud keperluan mendesak untuk pelaksanaan program perlindungan ketirisan maklumat dalam organisasi. Oleh kerana kerugian disebabkan ketirisan maklumat sensitif adalah sangat besar, banyak organisasi di seluruh dunia mula menggunakan teknologi berkaitan iaitu Data Loss Prevention (DLP).

Gartner menganggarkan saiz pasaran bagi teknologi perlindungan ketirisan maklumat (termasuk DLP) pada 2020 berjumlah USD 6.4 billion (Digital Guardian 2020). Namun adalah diketahui bahawa pelaksanaan program perlindungan ketirisan maklumat sering kali menemui halangan dan sukar untuk dilaksanakan.

Bagi sebuah organisasi yang meletakkan nilai-nilai Islam sebagai teras dalam tadbir urus organisasi, penerapan ilmu Naqli dalam perkara berkaitan perlindungan ketirisan maklumat sensitif dijangkakan dapat memberi kesan yang positif dari segi pelaksanaannya. Perkara pertama yang perlu diketahui ialah kepentingan mengelak ketirisan maklumat sensitif organisasi dengan melindungi kerahsiaannya.

Perlindungan ketirisan maklumat sensitif dari perspektif Islam dapat dilihat dari sudut menolak kemudaratan. Prinsip ini dinyatakan sebagai (ِِلازي ِررضلا). Ia dilihat terpakai dalam pelbagai cabangan hukum dalam Islam yang berasaskan kepada nas-nas Quran seperti dalam ayat Surah al- Baqarah: 195 :

Berinfaklah pada jalan Allah dan janganlah kamu melemparkan diri kamu sendiri ke dalam kerosakan. Berbuat ihsanlah sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berbuat ihsan.

Serta Hadith (Hadis Hasan diriwayatkan oleh lmam lbnu Majah dan al- Daraqutni dan lain-lainnya dengan bersanad. la juga diriwayatkan oleh lmam Malik) iaitu:

Daripada Abu Sa'id al-Khudri r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah

bersabda: Tidak boleh memudharatkan dan tidak boleh dimudharatkan.

(3)

E-Prosiding Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2021

“Wawasan Kemakmuran Bersama 2030”

Khamis, 9 September 2021 Universiti Sains Islam Malaysia

E-Prosiding SAIS 2021

Seterusnya, keperluan kepada perlindungan ketirisan maklumat sensitif dari perspektif Islam dapat juga dilihat dari sudut menutup medium keburukan.

Ianya dinyatakan sebagai ( ةع ي رذل ا دس). Sadd al-dhari’ah bermaksud menghalang sesuatu tindakan yang dibenarkan yang mana ia membawa kepada kemudaratan (‘Abd al-Karim Zaydan (2009), al-Wajiz fi Usul al- Fiqh, Beirut: Maktabah al-Risalah, h. 195.

https://islamicbankers.files.wordpress.com/2015/08/blocking-the-means- 111.pdf (21/6/2017). Dalam ungkapan lain ia juga diertikan sebagai menghalang perkara-perkara yang pada zahirnya adalah harus tetapi membawa kepada tindakan yang dilarang (Ibn Rushd al-Jadd. 1988. Al- Muqaddimat al-Mumahhidat. Dar al-Gharb al-Islami. J. 2, h. 39). Ia berasaskan kepada prinsip hubungan antara sesuatu tindakan dengan kemudaratan yang berlaku natijah dari tindakan tersebut. Sehubungan dengan itu, sebagai contoh, berkhalwat dilarang kerana ia membawa kepada zina (Alizi Alias, (2005) “Social Science Research Methods and Statistics From an Islamic Perspective” (Paper presented at the International Conference of Quantitative Sciences and Its Application organised by Faculty of Quantitative Sciences, Universiti Utara Malaysia) 6th-8th December, UUM. Accessed from:

http://irep.iium.edu.my/673/1/social_science_research_methods_and_stat istics_from_an_islamic_per spective.pdf. (19/7/2017)).

Aplikasi Sadd al-dhari’ah juga digunakan dalam situasi yang mana perkara yang dilarang bertukar menjadi halal apabila perkara yang dilarang itu boleh menghalang kemudaratan yang lebih besar. Ia dapat dilihat dengan jelas dalam keharusan membayar wang tebusan kepada musuh bagi membebaskan orang Islam walau pun pada asasnya adalah haram memberikan wang kepada musuh.

6

Dalam kes ketirisan maklumat, terdedahnya maklumat sensitif kepada pihak yang tidak sah kebiasaannya akan menyebabkan kemudharatan kepada organisasi. Oleh itu, perbuatan melindungi maklumat sensitif organisasi merupakan satu keperluan yang selari dengan kehendak Islam.

Adalah wajar untuk dikaji seterusnya, pandangan-pandangan dari sudut

ilmu Naqli bagi dijadikan sebagai asas dalam menjayakan pelaksanaan

program perlindungan ketirisan maklumat sensitif organisasi.

(4)

E-Prosiding Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2021

“Wawasan Kemakmuran Bersama 2030”

Khamis, 9 September 2021 Universiti Sains Islam Malaysia

493

E-Prosiding SAIS 2021

METODOLOGI

Dalam kajian ini sebuah model dipilih sebagai rujukan dalam mengenal pasti faktor- faktor yang perlu diberi perhatian untuk menjayakan program perlindungan ketirisan maklumat dalam sesebuah organisasi.

Model yang dipilih bagi tujuan ini ialah model Technology Acceptance Model atau TAM yang diterangkan oleh Burton-Jones & Hubona (2006).

Seterusnya faktor-faktor tersebut dikaji dengan meneliti pandangan- pandangan dari sudut ilmu Naqli.

Dari sudut pengumpulan maklumat, metode yang digunakan ialah metode kepustakaan. Sumber-sumber perpustakaan seperti buku dan artikel dijadikan sumber utama. Manakala maklumat dianalisis berasaskan metode induktif dan deduktif.

DAPATAN KAJIAN

Dalam sesebuah organisasi, perlaksanaan program perlindungan ketirisan maklumat, seperti mana-mana program yang melibatkan teknologi baharu, sangat bergantung kepada usaha yang saling berkait di antara tiga cabang iaitu teknologi, proses dan manusia. Dari segi teknologi, pelaksanaan program perlindungan ketirisan maklumat memerlukan sebuah sistem yang berupa perisian yang dapat melakukan sekatan ke atas penyebaran maklumat-maklumat sensitif kepada pihak yang tidak sah seperti teknologi DLP. Dalam kebanyakan implementasi, perisian ejen dipasang pada komputer pengguna di samping komputer pelayan untuk pemprosesan pusat. Perlaksanaan teknologi seperti ini memerlukan dua proses utama iaitu pengelasan maklumat dan pembangunan serta penetapan peraturan sekatan. Perlaksanaan kedua- dua proses tersebut memerlukan elemen manusia, secara khususnya elemen kesedaran dan latihan. Kesemua pengguna dalam organisasi yang terlibat dengan pengendalian maklumat sensitif perlu diberi kesedaran yang cukup manakala kumpulan pelaksana yang perlu melakukan konfigurasi dan pemasangan sistem tersebut perlu mempunyai tahap kompetensi yang sepatutnya.

Di antara ketiga-tiga faktor iaitu teknologi, proses dan manusia,

kejayaan pelaksanaan program berunsurkan keselamatan kebiasaannya

sangat bergantung kepada faktor manusia. Menurut Wilson & Hash (2003),

dalam meningkatkan keselamatan maklumat, perhatian patut diberikan

kepada faktor manusia kerana faktor manusia dianggap sambungan

(5)

E-Prosiding Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2021

“Wawasan Kemakmuran Bersama 2030”

Khamis, 9 September 2021 Universiti Sains Islam Malaysia

494

E-Prosiding SAIS 2021 terlemah apabila berkaitan keselamatan sistem dan rangkaian. National Institute of Standards and Technology (NIST) turut menyatakan keperluan terhadap kesedaran dan latihan untuk pekerja memahami tanggungjawab mereka berkaitan keselamatan IT dalam organisasi, dan bagaimana untuk menggunakan dan melindungi sumber IT (Wilson & Hash 2003).

Sehubungan itu, adalah sangat signifikan untuk mengkaji bagaimana sebuah program perlindungan ketirisan maklumat dapat dijayakan dengan meneliti elemen yang berkaitan dengan faktor manusia secara khususnya penerimaan teknologi DLP oleh pengguna dan pelaksana dalam sesebuah organisasi.

Penerimaan teknologi baharu oleh pengguna boleh dikaji salah satunya ialah dengan menggunakan model Technology Acceptance Model atau TAM (Burton-Jones & Hubona 2006). Model TAM telah digunakan oleh kajian terdahulu seperti oleh Shropshire et. al. (2015) sebagai rangka kerja untuk menilai penerimaan dan tahap motivasi pengguna terhadap peralatan keselamatan yang baru diperkenalkam. Rajah 1 menunjukkan gambaran model TAM.

Rajah 1: Model TAM [BJH06]

Fokus dalam model TAM ialah bagaimana faktor individu mempengaruhi penerimaan pengguna teknologi. Tahap penerimaan pengguna terhadap teknologi yang baharu diperkenalkan dinilai dengan beberapa faktor iaitu faktor pemboleh ubah luaran seperti usia, jantina dan pengalaman dan seterusnya tiga faktor yang dianggap faktor penggalak iaitu “Persepsi Berguna”, “Persepsi Mesra pengguna” dan

“Sikap” (Burton-Jones & Hubona 2006). Faktor “Persepsi Berguna” dan

“Persepsi Mesra Pengguna” memberi pengaruh kepada “Sikap”

pengguna, tujuan penggunaan dan seterusnya penggunaan sebenar oleh

pengguna.

(6)

E-Prosiding Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2021

“Wawasan Kemakmuran Bersama 2030”

Khamis, 9 September 2021 Universiti Sains Islam Malaysia

495

E-Prosiding SAIS 2021

“Sikap” ialah tahap penilaian individu yang mengaitkan penggunaan sistem perlindungan ketirisan maklumat tersebut sebagai tugas. Ia berkait dengan tindak balas afektif dan faktor-faktornya melibatkan perasaan dan emosi terhadap teknologi yang digunakan. “Penggunaan sebenar” berkait dengan tindak balas tingkah laku pengguna terhadap sistem (Burton-Jones &

Hubona 2006). Dalam kes ini, sistem merujuk kepada teknologi DL.

PERBINCANGAN

“Persepsi Mesra Pengguna” ialah tahap seseorang individu mempercayai bahawa penggunaan sistem tersebut adalah bebas daripada usaha fizikal dan mental Burton-Jones & Hubona 2006). Dapat dilihat di sini, faktor “Persepsi Mesra Pengguna” berkait rapat dengan faktor teknologi. Contohnya ialah perisian yang digunakan. Dalam kes sistem DLP, antara muka perisian yang disediakan untuk mengklasifikasikan dokumen dan peraturan sekatan mestilah mudah untuk digunakan tanpa banyak memerlukan usaha bagi pihak pengguna dan pelaksana bagi memahami cara perisian tersebut berfungsi. Contoh seterusnya ialah seperti yang diterangkan oleh Liu & Kuhn (2010) yang menyatakan permasalahan peraturan sekatan yang sangat ketat sehingga mengganggu keberkesanan tugasan pekerja. Ini akhirnya membawa kepada pelanggaran peraturan sekatan. Sebagai jalan keluar, sebahagian pekerja mungkin akan mencari jalan mudah yang tidak dapat dikesan oleh sistem perlindungan ketirisan maklumat iaitu dengan menggunakan media peribadi atau emel peribadi untuk menghantar fail.

Jelas satu jalan penyelesaian yang dapat menyeimbangkan antara faktor keselamatan maklumat dan kecekapan tugas perlu dicari. Di sini, prinsip kesederhanaan iaitu wasatiyyah perlu diketengahkan.

Prinsip wasatiyyah bermaksud kesederhanaan dan keseimbangan. Ia

merupakan antara kriteria utama Islam berasaskan kepada beberapa nas

antaranya:

(7)

E-Prosiding Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2021

“Wawasan Kemakmuran Bersama 2030”

Khamis, 9 September 2021 Universiti Sains Islam Malaysia

496

E-Prosiding SAIS 2021

Begitulah kami jadikan kamu semua umat wasatiyyah

Surah al-Baqarah: 143 Imam al-Ghazali menerangkan makna wasatiyyah sebagai nilai mulia antara dua keburukan. Dimaksudkan dari keburukan adalah keburukan dari sudut berlebihan dan keburukan dari sudut kekurangan sesuatu yang perlu disempurnakan. Di dalam perbincangan ini keseimbangan di antara faktor keselamatan dan kecekapan tugas perlu dicari. Ia merupakan fokus perbincangan yang perlu ditentukan oleh pakar bidang dalam memastikan keseimbangan antara pelbagai elemen yang ada.

“Persepsi Berguna” ialah tahap di mana seseorang individu

mempercayai bahawa dengan menggunakan sistem tersebut akan

meningkatkan prestasi kerjanya (Burton-Jones & Hubona 2006). Dalam kes

pengawalan perlindungan ketirisan maklumat, pengguna tidak

mendapat manfaat langsung dari segi peningkatan prestasi kerja,

sebaliknya pengguna perlu berhati-hati agar tidak dihukum kerana

melanggar peraturan yang ditetapkan dalam sistem perlindungan

ketirisan maklumat sensitif organisasi. Di sini, pengguna perlu

memikirkan manfaat langsung secara umum kepada organisasi kerana

dapat memastikan kepentingan organisasi terjaga dan akhirnya

menguntungkan pengguna juga sebagai salah seorang pekerja atau ahli

organisasi. Pengguna perlu meletakkan kepentingan bersama iaitu

kepentingan organisasi mengatasi kepentingan individu. Di sini,

pengawalan ketirisan maklumat dari perspektif Islam dapat dilihat dari

sudut amanah.

(8)

E-Prosiding Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2021

“Wawasan Kemakmuran Bersama 2030”

Khamis, 9 September 2021 Universiti Sains Islam Malaysia

E-Prosiding SAIS 2021 Nilai amanah dinyatakan dalam Quran: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu untuk menyempurnakan amanah kepada ahlinya”

(Surah al-Nisa’: 58)

Aspek amanah begitu jelas apabila melibatkan hubungan antara dua pihak dengan satu perjanjian yang jelas untuk menjaga aspek kerahsiaan maklumat. Sehubungan dengan itu, pihak-pihak yang berhubungan boleh meletakkan undang-undang dan peraturan-peraturan yang perlu bagi memastikan kepentingan semua pihak adalah terjaga.

Sehubungan dengan itu, perlindungan ketirisan maklumat dari perspektif Islam dapat disempurnakan melalui perletakan undang- undang dan peraturan. Dasar serta garis panduan berkaitan perlu dibangunkan dengan mengambil kira aspek wasatiyah. Secara prinsipalnya ia berasaskan kepada kaedah:

Asal hukum segala perkara itu adalah harus sehingga adanya dalil yang menunjukkan ketidakharusannya (Dr. ’Abd al-Karim Zaydan (1982), al-Wajidh fi Usul al-Fiqh, Beirut: Maktabah al-Risalah, h. 215; Dr.

Harmy Mohd Yusoff et.al, Fikah Perubatan, Selangor: PTS Millenia Sdn.

Bhd., h. 67; Jalaluddin ‘Abdul Rahman bin Abi Bakr al-Suyuti (2005), Al- Asybah wa al-Naza’ir fi Qawa‘id wa Furu‛ Fiqh al-Syafi‘iyyah, c.3, Beirut:

Dar Al-Kutub al-’Ilmiyyah, j. 1, h. 131)

Ia juga boleh dilihat dari sudut kaedah “Kemudaratan membolehkan perkara dilarang.” Maksudnya; kemudaratan daripada ketirisan maklumat membolehkan perkara-perkara yang pada asalnya dilarang oleh syariat.

Prinsip ini dinyatakan sebagai ( ت ر ا وظ لمحا بت ي ح ر ة و ر ض ال ). Ia dilihat terpakai dalam pelbagai cabangan hukum dalam Islam sebagaimana boleh memakan makanan yang haram (lihat Surah al-‘An’am: 119) dan melafazkan ungkapan syirik ketika darurat (lihat 9 Surah al-Nahl: 106.) Namun begitu, penetapan keharusan itu perlu melalui proses dan prosuder yang betul khususnya dengan memastikan ia adalah benar-benar merupakan suatu yang disifatkan sebagai darurat atau hajiyyat.

Berasaskan kepada prinsip syariat yang dinyatakan, kesalahan berkaitan ketirisan maklumat adalah terletak kepada persetujuan dan perjanjian antara pihak- pihak yang terlibat dan peraturan yang ditetapkan. Ia berasaskan kepada nas berikut:

“Wahai orang beriman, patuhilah segala akad yang dimeterai”

(9)

E-Prosiding Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2021

“Wawasan Kemakmuran Bersama 2030”

Khamis, 9 September 2021 Universiti Sains Islam Malaysia

E-Prosiding SAIS 2021

(Surah al-Ma’idah: 1) Orang Islam adalah berpegang dengan syarat-syarat yang dipersetujui (Riwayat Abu Dawud).

Dapat dirumuskan bahawa peraturan yang mengikat antara dua pihak secara khususnya organisasi dan pekerja atau pun pengguna berkaitan ketirisan maklumat adalah dibenarkan dalam syariat Islam.

KESIMPULAN

Program kesedaran yang menggabungkan pendekatan integrasi ilmu Aqli dan Naqli wajar diketengahkan. Penambahan perspektif ilmu Naqli memberikan faktor tambahan yang dapat meningkatkan lagi kesedaran yang diperlukan dalam menjayakan program perlindungan ketirisan maklumat sesebuah organisasi terutamanya sebuah organisasi yang meletakkan Islam sebagai nilai teras. Kajian ini boleh diteruskan dengan melakukan kajian lapangan dan seterusnya membangunkan modul yang bersesuaian bagi program kesedaran dan latihan dengan menggabungkan ilmu Aqli dan Naqli.

RUJUKAN

Al-Quran dan Al-Hadith

Dr. ’Abd al-Karim Zaydan (1982), al-Wajidh fi Usul al-Fiqh, Beirut: Maktabah al- Risalah, h. 215

Dr. Harmy Mohd Yusoff et.al, Fikah Perubatan, Selangor: PTS Millenia Sdn. Bhd., h.67

Jalaluddin ‘Abdul Rahman bin Abi Bakr al-Suyuti (2005), Al-Asybah wa al-Naza’ir fi Qawa‘id wa Furu‛ Fiqh al-Syafi‘iyyah, c.3, Beirut: Dar Al-Kutub al-’Ilmiyyah, j. 1, h. 131.

Ibn Rushd al-Jadd. 1988. Al-Muqaddimat al-Mumahhidat. Dar al-Gharb al- Islami. J.2, h. 39.

Andrew Burton-Jones and Geoffrey S. Hubona. 2006. The mediation of external variables in the technology acceptance model. Information &

Management, 43(6):706 – 717, 2006

Alizi Alias, (2005) “Social Science Research Methods and Statistics From an Islamic Perspective”. International Conference of Quantitative Sciences and

Its Application, Faculty of Quantitative Sciences, Universiti Utara Malaysia. 6th-8th December, UUM. Diakses pada 29 Julai 2021.

http://irep.iium.edu.my/673/1/social_science_research_methods_and_st

atist ics_from_an_islamic_perspective.pdf. (19/7/2017)

(10)

E-Prosiding Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2021

“Wawasan Kemakmuran Bersama 2030”

Khamis, 9 September 2021 Universiti Sains Islam Malaysia

E-Prosiding SAIS 2021 Information Leakage. 2020. ENISA Threat Landscape. Diakses pada 29 Julai

2021. https://www.enisa.europa.eu/publications/information-leakage.

Jr. Fred D.Davis. 1986. A technology acceptance model for empirically testing new enduser information systems: Theory and results. Massachusets Institute of Technology, , page 291, 02 1986.

Jordan Shropshire, Merrill Warkentin, and Shwadhin Sharma. 2015.

Personality, attitudes, and intentions: Predicting initial adoption of information security behavior. Computers & Security, 49:177 – 191, 2015.

Lyong S.L. Liu and Richard Kuhn. 2010. Data loss prevention. IT Professional, 12(2):10–13, March 2010.

Mark Wilson and Joan Hash. Information 2003. technology security awareness, training, education, and certification. iTL Bulletin, 10 2003.

Faisal Asyraf. 2018. Police to summon lowyat.net admins over organ donors data leak. New Straits Times. Diakses pada 29 Julai 2021.

https://www.nst.com.my/news/nation/2018/01/328266/police-summon- lowyatnet- admins-over-organ-donors-data-leak

Irene Tham. 2018. Personal info of 1.5m SingHealth patients, including PM Lee, stolen in Singapore’s worst cyber attack. Diakses pada 29 Julai 2021.

https://www.straitstimes.com/singapore/personal-info-of-15m- singhealth-patients- including-pm-lee-stolen-in-singapores-most

Digital Guardian. 2020. What is DLP. Diakses pada 29 Julai 2021.

https://digitalguardian.com/blog/what-data-loss-prevention-dlp- definition-data-loss-prevention

Samia Mair. 2017. What do Islam and Public Health have in common?

Diakses pada 29 Julai 2021.

http://www.irfi.org/articles4/articles_5001_6000/what%20do%20islam%20a

nd% 20public%20health%20have%20in%20commonhtml.htm.

Referensi

Dokumen terkait

Untuk memisahkan satu jenis fage rekombinan dari yang lainnya, maka plak yang memberikan signal hibridisasi diisolasi dan ditapis kembali dengan jumlah fage yang

Bentuk dari chippertext tersebut yang diterima oleh penerima pesan dan kemudian proses dekripsi dari isi pesan tersebut dilakukan pada aplikasi yang sama, agar isi

Pada gambar 3.9 parameter gejala pada mata terdiri dari sub parameter penglihatan kabur, penurunan ketajaman, penglihatan ganda, silau pada matahari, lapangan pandang

Analisis kuadran dalam penelitian ini digunakan untuk melihat dampak implementasi program PEMP periode 2005-2009 terhadap 20 kabupaten/kota pesisir, yaitu

Dari hasil tersebut terlihat 3,3% responden yang mempunyai pengetahuan kurang memiliki perilaku yang sesuai dengan perilaku hidup bersih dan sehat, hal tersebut tampak bahwa

Dari hasil uji statistik dan uji t diketahui bahwa peran serikat pekerja berpengaruh positif dan signifikan terhadap kesejahteraan buruh wanita, dimana

Personalisasi reward dalam penelitian ini masih terbatas karena menggunakan Finite State Machine yang perilakunya terbatas, sehingga jika dimainkan berulangkali maka

Oleh karena itu bagi lembaga pendidikan yang mengembangkan pendidikan vokasi tidak perlu minder dan kemudian mengubah menjadi pendidikan akademik, karena akan