Semua yang anda perlu tahu ketika anda melawan barah.
melawan barah.
Dibawa kepada anda oleh
Disokong oleh
PENDAHULUAN
Tahniah kepada Persatuan Barah Singapura (SCS) sempena Jubli Emas anda!
Anda telah memainkan peranan yang penting, menemani pesakit barah dan keluarga mereka,
menyokong mereka dari segi kewangan dan emosi. Mereka yang di bawah jagaan anda
tahu bahawa mereka tidak keseorangan.
Kita nampak semakin banyak kes barah di Singapura, seiring dengan meningkatnya umur penduduk kita. Namun diagnosis barah tidak bermakna maut yang pasti. Pelbagai bentuk penyakit ini boleh dirawat dengan baik, terutama yang masih pada peringkat awal. Walaupun barah tidak boleh diubati, rawatan yang betul biasanya boleh memanjangkan usia dan meningkatkan mutu hidup.
Saya menyeru kepada semua orang agar sama-sama memerangi barah. Buat pemeriksaan secara teratur. Jika anda sedang berjuang melawan barah, kuatkan semangat - anda bukan menghadapinya seorang diri.
Selama 50 tahun, SCS telah berkembang menjadi pertubuhan kebajikan sukarela terbesar yang berkhidmat kepada pesakit barah dan keluarga mereka daripada semua lapisan masyarakat. Terima kasih kepada para pemimpin, sukarelawan dan penderma.
Saya mengharapkan SCS memainkan peranan yang lebih besar pada masa akan datang, dalam mengurangkan seberapa boleh kesan barah di Singapura.
Lee Hsien Loong Perdana Menteri Republik Singapura
KANDUNGAN
PENDAHULUAN I
MENGENAI KIT INI V
PENGHARGAAN VI
MENGENAI PERSATUAN BARAH SINGAPURA VII
MESEJ VIII
APAKAH YANG SAYA TAHU MENGENAI BARAH? 01
Apa Itu Barah? 02
Apakah yang Menyebabkan Barah? 03
Jenis-jenis Barah yang Lazim di Singapura 07
Ketahui Istilah-istilah Barah 08
Mitos Barah dan Fakta Sebenar 09
BARAH & SAYA 13
Apakah yang Saya Perlu Buat Setelah Diagnosis? 14 Siapakah yang Terlibat Dalam Rawatan Saya? 16 Apakah Pilihan Rawatan yang Saya Ada? 18 Bagaimanakah Cara Mengatasi Kesan Sampingan? 22 Bagaimanakah Cara Mengatasi Emosi Saya? 25
BARAH & KELUARGA SAYA 27
Apakah Kesan Barah Terhadap Keluarga Saya? 28 Berkomunikasi Dengan Ahli Keluarga Anda 29 Mendapatkan Bantuan Mengatasi Kemurungan 33 Mendapat Sokongan Daripada Persatuan 34 Barah Singapura
Kit penjagaan barah ini menyediakan maklumat perubatan, kewangan dan psikososial yang mudah dibaca untuk menyokong pesakit yang baru didiagnosis dan keluarga mereka dalam membuat keputusan yang bijak untuk kehidupan mereka menghidap barah.
Diagnosis barah boleh jadi menakutkan dan mengelirukan. Kebanyakan orang mungkin akan menghadapi pelbagai emosi seperti marah, kebimbangan dan tidak percaya.
Setiap orang menunjukkan emosi dan cara menanganinya secara berlainan.
Di samping itu, kita sering takutkan perkara yang belum pernah dialami dan masa depan yang tidak pasti. Kami harap kit ini boleh menangani sebahagian daripada ketakutan dan kebimbangan ini.
Kit ini dibawa kepada anda oleh Persatuan Barah Singapura, disokong oleh Pusat Barah Nasional Singapura, Institut Barah Universiti Nasional, Singapura dan Hospital Tan Tock Seng.
MENGENAI KIT INI
BARAH & KEWANGAN SAYA 35
Bagaimanakah Cara Membiayai Rawatan Barah Saya? 36 Bagaimanakah Persatuan Barah Singapura 39 Boleh Membantu
BARAH & PERSEKITARAN KERJA SAYA 41
Apakah Kesan Barah Terhadap Pekerjaan Saya? 42 Membuat Keputusan Mengenai Kerja 43
Berbincang Dengan Majikan Anda 44
Menukar Pekerjaan 46
Bercakap Dengan Bakal Majikan Anda 46
HIDUP SAYA SELEPAS BARAH 47
Pemulihan Selepas Barah 48
Cara Anda Boleh Membantu 49
Merancang Masa Hadapan - Perubatan & Perundangan 50
Perkhidmatan Penjagaan Paliatif 53
PIHAK YANG BOLEH DIHUBUNGI 55
RUJUKAN 56
GLOSARI 57
LEMBAGA PENGARAH Dr Ang Peng Tiam
Anggotai Majlis, Persatuan Barah Singapura Pengarah Perubatan, Parkway Cancer Centre
Encik Albert L H Ching
Ketua Pegawai Eksekutif, Persatuan Barah Singapura
SEKRETARIAT
Encik David Matthew Fong
Ketua Pegawai Operasi
Cik Gloria Tan Shu Ling
Pengurus, Kerjasama Kemasyarakatan
Cik Jayne Chiara Leong
Karyawan Kesihatan Rohani, Khidmat Kebajikan
Encik Andrew Joseph Ng
Spiritual Care Professional, Welfare Services
Dr Rina Nga
Ketua - Khidmat Perubatan, Penjagaan Hospis
Cik Susan Leen
Pengurus Kanan, Pusat Pemulihan Barah
PERIHAL
Persatuan Barah Singapura
PENGHARGAAN
Di Persatuan Barah Singapura (SCS), kami percaya kehidupan adalah bernilai dan patut diperjuangkan. Sesiapa pun tidak patut berjuang melawan barah seorang diri. Bersama-sama para rakan kerja, sukarelawan, penderma dan masyarakat, SCS membantu orang ramai memerangi barah melalui pendidikan, pemeriksaan, perkhidmatan pesakit serta bantuan kewangan dan psikososial.
Persatuan ini mendekati rakyat Singapura di kawasan perumahan, sekolah- sekolah dan tempat kerja untuk mengurangkan kesan barah, bukan hanya untuk mengurangkan kejadian barah, bahkan mewujudkan kembali rasa normal ke dalam kehidupan pesakit barah dan ahli keluarga mereka.
Terima kasih kepada rakan-rakan kerja kami kerana bersama-sama membantu menghasilkan kit ini. Kami ingin memberi penghargaan kepada Cik Dewani Abbas, Sub-Editor Eksekutif Kanan daripada Berita Harian / Berita Minggu atas sumbangannya kepada kit ini.
Semua petikan kata-kata di dalam kit ini telah diterbitkan semula dengan pengetahuan dan persetujuan terlebih dahulu oleh mereka yang mengatakannya. Semua imej diambil daripada foto stok. Potret yang dipaparkan hanya gambaran dan bukan orang sebenar
untuk melindungi identiti mereka.
PASUKAN BERTINDAK KIT PENJAGAAN BARAH
Pengerusi Dr Yeo Wee Lee
Anggota, Rawatan Barah SCS Jawatankuasa Dana Konsultan, Onkologi Perubatan,
Hospital Tan Tock Seng
Penyunting Cik Eveline Gan Shuwen
Penyumbang Dr Angela Pang
Konsultan Bersekutu, Onkologi Perubatan, Institut Barah Universiti Nasional, Singapura
Dr Tan Wu Meng
Konsultan Bersekutu, Onkologi Perubatan, Pusat Barah Nasional, Singapura
Cik Eleanor Wong
Jururawat Onkologi,
Institut Barah Universiti Nasional, Singapura
Cik Terina Tan
Pegawai Sosial Perubatan, Hospital Universiti Nasional
Cik Yong Lee Ling
Pegawai Sosial Perubatan, Hospital Universiti Nasional
APAKAH YANG SAYA TAHU MENGENAI BARAH?
MESEJ
Kawan, jiran, rakan sekerja, bahkan orang tersayang. Dengan 33 orang rakyat Singapura didiagnosis menghidap barah setiap hari, sesiapa sahaja dalam hidup anda boleh terjejas oleh penyakit ini.
Satu dalam tiga kematian di Singapura adalah disebabkan oleh barah. Statistik ini mungkin akan melemahkan semangat anda. Walau bagaimanapun, diagnosis barah tidak semestinya petanda nasib malang dan suram.
Dengan pengesanan dan campur tangan awal, satu pertiga daripada barah boleh dirawat dengan berkesan. Kemajuan dalam rawatan perubatan juga telah meningkatkan peluang pesakit hidup lebih lama setelah mendapat barah.
Setelah menerajui perjuangan menentang barah di Singapura sejak 50 tahun yang lalu, SCS yakin bahawa setiap nyawa adalah bernilai dan perlu diperjuangkan.
Selama bertahun-tahun, persatuan ini telah berhubung dengan pesakit barah dari semua lapisan masyarakat untuk membantu mengurangkan kesan penyakit ini.
Sokongan kami juga meliputi ahli keluarga dan penjaga mereka. Melalui kempen dan perkhidmatan pemeriksaan barah percuma, kami telah meningkatkan kesedaran mengenai pencegahan dan pengesanan awal barah secara aktif.
Kit penjagaan barah ini merupakan komitmen terbaru kami untuk menyokong rakyat Singapura yang baru sahaja didiagnosis menghidap barah serta keluarga dan penjaga mereka.
Ia mengandungi maklumat perubatan yang mudah dibaca tentang diagnosis barah, rawatan dan kesan-kesan sampingan serta cara menangani penyakit ini.
Anda juga akan mendapat maklumat tentang khidmat sokongan kewangan yang boleh membantu meringankan beban kewangan akibat barah. Bagi mereka yang telah sembuh daripada barah, buku ini menawarkan wawasan berkenaan hidup selepas rawatan barah.
Akhir sekali, melalui anekdot berinspirasi daripada mereka yang berjaya mengharungi barah, pesakit dan penjaga mereka, kit ini juga boleh dijadikan sumber harapan dan dorongan kepada mereka yang menghidap barah.
Jadikan kit ini panduan dan rakan anda sambil anda mengemudi pengembaraan anda menempuh barah. Sesiapa pun tidak patut menghadapi barah seorang diri.
Choo Eng Chuan Pengerusi
Persatuan Barah Singapura
Unsur-unsur utama untuk menang perjuangan melawan barah ialah Masa, Kasih Sayang dan Ilmu. Setiap pesakit barah memerlukan Masa untuk menerima dan menyesuaikan diri, Kasih Sayang untuk menguatkan semangat dan Ilmu untuk memahami. Mulakan kehidupan baru dengan barah - ia memberi peluang kedua untuk menghargai kehidupan dan orang-orang di sekeliling anda.
Dr Angela Pang
Konsultan Bersekutu, Onkologi Perubatan, Institut Barah Universiti Nasional, Singapura
APA ITU BARAH?
1. Cara barah bermula
Badan anda terdiri daripada bertrilion-trilion sel hidup. Di dalam setiap sel ada gen yang mengawal dan mengarah fungsi sel.
Sel-sel normal terus berkembang dan membahagi. Setelah beberapa lama ia mati dan diganti oleh sel-sel baru.
Dalam kebanyakan manusia, pertumbuhan sel semula jadi ini berlaku secara tersusun dan teratur.
Bagaimanapun, kadang-kadang proses ini menjadi bercelaru. Berbeza daripada sel-sel sihat, sel barah tidak mati. Sebaliknya, ia terus tumbuh dan membahagi secara tidak terkawal.
Sel-sel liar yang berlebihan ini membentuk jisim tisu yang dikenali sebagai tumor.
2. Memahami tumor
Tumor boleh jadi benigna (tidak berbarah) atau maligna (berbarah).
Tumor yang kekal di satu lokasi dan tidak merebak ke bahagian-bahagian badan lain dianggap sebagai benigna. Ia bukan barah dan jarang mengancam nyawa walaupun ia kadang-kadang boleh menyebabkan masalah, terutama apabila ia tumbuh terlalu besar.
Sebaliknya, tumor maligna boleh memusnahkan dan menyerang tisu-tisu normal lain dalam badan anda, menjadikan anda sangat sakit.
Walau bagaimanapun, bukan semua jenis barah menghasilkan tumor. Contohnya, tumor jarang berlaku dalam leukemia. Ini jenis barah yang biasanya bermula di dalam sumsum tulang dan memasuki aliran darah.
3. Apabila barah merebak
Sel-sel barah boleh merebak apabila ia berhijrah ke bahagian-bahagian badan yang lain melalui sistem darah dan limfa, membentuk tumor baru. Proses ini dikenali sebagai metastasis.
Walaupun setelah barah merebak, ia sentiasa dinamakan berdasarkan tempat ia bermula.
Contohnya, barah yang bermula di dalam payu dara dipanggil barah payu dara. Jika ia merebak ke bahagian-bahagian badan yang lain, seperti hati atau tulang, ia dipanggil barah payu dara metastatik.
Dengan begitu banyak jenis barah, adalah penting anda tahu jenis barah yang anda ada, agar anda dapat diberi rawatan yang betul.
Istilah barah merujuk kepada beberapa jenis penyakit. Walaupun terdapat lebih daripada 100 jenis barah, semua barah bercirikan pertumbuhan sel yang tidak normal. Jika dibiarkan tanpa rawatan, penyakit ini boleh membawa maut.
APAKAH YANG
MENYEBABKAN BARAH?
TAHUKAH ANDA?
Satu dalam tiga orang di Singapura meninggal dunia akibat barah. Anda boleh mengurangkan risiko barah anda dengan menjalani gaya hidup yang sihat
Anda mungkin akan terdorong untuk menyalahkan satu punca semata-mata seperti gen, merokok atau minum alkohol berlebihan sebagai punca barah.
Hakikatnya, barah tidak terjadi akibat satu sebab sahaja.
Seperti kebanyakan penyakit, barah boleh berlaku akibat gabungan beberapa sebab yang berbeza. Berikut beberapa penyebab barah yang diketahui.
1. Asal-usul Genetik Anda
Jika sesuatu jenis barah lazim berlaku dalam keluarga anda, anda mungkin dilahirkan dengan mutasi genetik yang meninggikan risiko anda menghidap barah tertentu.
Sesetengah jenis barah seperti barah payu dara dan barah kolorektal cenderung dihidapi secara turun-temurun. Perlu diingat bahawa mewarisi mutasi genetik tidak bermakna anda pasti akan menghidap barah pada kemudian hari. Kira-kira 5 hingga 10 peratus daripada semua jenis barah disebabkan secara
langsung oleh mutasi genetik yang diwarisi.
APA ANDA BOLEH LAKUKAN?
Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang terbukti menghidap barah, cuba berbincang dengan doktor anda. Ujian genetik mungkin berguna untuk memeriksa jika anda mewarisi mutasi genetik yang boleh meningkatkan risiko barah anda. Walau bagaimanapun, ujian ini tidak disyorkan kepada semua orang.
Doktor anda akan dapat menasihati anda.
2. Merokok
Tahukah anda asap tembakau mengandungi sekurang-kurangnya 69 jenis karsinogen berbeza? Merokok meningkatkan risiko anda mendapat barah tertentu seperti barah paru-paru dan mulut, serta barah perut, buah pinggang dan pundi kencing. Menghisap sebarang jenis rokok tembakau adalah berbahaya kepada kesihatan anda. Kajian mendapati walaupun merokok hanya satu hingga empat
batang rokok sehari boleh membawa kepada masalah kesihatan.
Asap rokok pihak kedua sama bahayanya kepada kesihatan anda. Apabila anda menyalakan rokok, kira-kira 90 peratus daripada asap rokok dilepaskan ke udara dan menjadi asap rokok pihak kedua. Walaupun anda tidak merokok, menyedut
asap orang lain boleh meningkatkan risiko barah paru-paru.
Asap rokok bukan sahaja membahayakan anda, malah meningkatkan risiko orang tersayang mendapat barah paru-paru.
3. Pendedahan Kepada Matahari dan UV
Kebanyakan orang mengaitkan kulit tubuh yang terdedah kepada matahari dengan kesihatan yang baik. Walau bagaimanapun, pendedahan langsung yang kerap kepada sinar ultraviolet (UV) - sama ada akibat berjemur di bawah matahari atau daripada sumber tiruan seperti tanning bed - boleh merosakkan kulit anda dan meningkatkan risiko anda mendapat barah kulit.
Selaran matahari bermaksud tindak balas kulit anda kepada cahaya UV yang berlebihan.
Jika anda berkulit cerah, risiko anda lebih tinggi mendapat barah kulit berbanding seseorang yang berkulit gelap. Ini kerana kulit pucat kurang melanin, pigmen yang melindungi kulit daripada sinaran UV yang merosakkan.
Singapura adalah antara negara-negara di dunia yang mendapat pendedahan UV tertinggi. Menurut Agensi Sekitaran Nasional, adalah perkara biasa sinaran UV di Singapura mencapai tahap sangat tinggi antara 11 pagi dengan 3 petang, pada hari- hari yang kurang berawan.
APA ANDA BOLEH LAKUKAN?
Cegah selaran matahari dan elakkan terlalu banyak terdedah kepada matahari.
Berlindung di tempat teduh jika boleh. Apabila keluar di bawah sinaran matahari, gunakan pelindung matahari dengan faktor perlindungan matahari (SPF) sekurang-kurangnya 15 pada bahagian badan anda yang terdedah. Pakai topi yang luas bibirnya dan cermin mata hitam dengan perlindungan UV. Jika anda terdedah kepada sumber sinaran UV tiruan di tempat kerja, sentiasa patuhi peraturan keselamatan.
APA ANDA BOLEH LAKUKAN?
Padamkan api rokok. Jika anda mendapati berhenti terus terlalu sukar, cuba kurangkan bilangan rokok yang anda hisap setiap hari secara beransur-ansur. Dapatkan bantuan pakar profesional untuk berhenti merokok, atau minta bantuan keluarga dan rakan-rakan untuk menyokong anda. Lungsuri laman web Quit4life di www.hpb.gov.sg/smokefree untuk maklumat dan bantuan lanjut.
APA ANDA BOLEH LAKUKAN?
Semasa ujian imbasan, anda boleh melindungi diri anda daripada pendedahan sinaran yang tidak diperlukan dengan mematuhi langkah-langkah keselamatan seperti menggunakan apron plumbum.
Berbincang dengan doktor anda mengenai kebimbangan anda.
APA ANDA BOLEH LAKUKAN?
Berbincang dengan doktor anda mengenai kebimbangan anda. Jika anda pernah menjalani rawatan barah, penjagaan susulan adalah penting.
5. Rawatan Barah Terdahulu Kemajuan dalam rawatan
barah seperti kemoterapi dan radioterapi telah membantu ramai pesakit barah hidup lebih lama. Tetapi ia juga boleh meningkatkan risiko barah dihidapi
semula pada masa hadapan.
Walau bagaimanapun ini agak jarang berlaku.
Ingat, adalah penting untuk merawat barah anda
dahulu. Untuk sesetengah jenis barah, radioterapi dan kemoterapi mungkin pilihan rawatan yang terbaik.
Perempuan
Payu dara 29%
Kolo-rektum 13%
Paru-paru 8%
Corpus uteri 6%
(rahim)
Ovari, dll. 5%
Kulit, termasuk 4%
melanoma
Limfoid 4%
neoplasma
Perut 4%
Tiroid 4%
Uteri serviks (pangkal rahim) Lelaki
Kolo-rektum 17%
Paru-paru 15%
Prostat 12%
Hati 7%
Limfoid 7%
neoplasma
Kulit, termasuk 6%
melanoma
Perut 5%
Nasofarinks 4%
Buah Pinggang & 4%
Sistem Kencing Lain*
Neoplasma mieloid 3%
JENIS-JENIS BARAH YANG LAZIM DI SINGAPURA
Di Singapura, kira-kira 33 orang disahkan menghidap barah setiap hari.
Mujurlah dengan pengesanan dan rawatan awal, anda boleh mencegah penyakit ini.
* Sistem kencing lain merujuk kepada pelvis renal, ureter, uretra dan lain-lain.
# Sumber: Daftar Barah Singapura, Laporan Daftar Tahunan Sementara, Trend Insiden Barah di Singapura, 2009-2013.
4. Pendedahan Radiasi
Setiap hari, kita terdedah kepada radiasi, termasuk unsur-unsur semula jadi daripada bumi dan matahari. Sinaran juga boleh berpunca daripada prosedur imbasan perubatan yang digunakan untuk X-ray dan imbasan CT. Terlalu banyak pendedahan kepada radiasi boleh menyebabkan sel-sel dalam badan mengalami perubahan. Ini boleh meningkatkan kemungkinan anda mendapat barah.
Kadang-kadang, imbasan X-ray atau CT diperlukan untuk membantu doktor mendiagnosis keadaan perubatan anda. Pendedahan radiasi daripada sumber yang berbeza boleh terkumpul dari masa ke masa, tetapi ujian sekali tidak mungkin akan meningkatkan risiko barah.
Barah kolo-rektum barah yang bermula di dalam usus besar (kolon atau rektum) Barah payu dara barah yang bermula di dalam tisu payu dara. Ini barah jenis yang
paling lazim di Singapura
Barah paru-paru barah yang bermula dari dalam tisu paru-paru, biasanya di dalam sel-sel yang melapisi saluran udara
Barah hati
barah yang bermula dari dalam tisu hati yang dikenali sebagai barah hati primer. Barah hati sekunder merujuk kepada barah yang merebak dari bahagian-bahagian badan yang lain ke hati Barah prostat
barah yang bermula dari dalam tisu prostat, kelenjar yang terdapat pada orang lelaki. Ia terletak di bawah pundi kencing dan di hadapan rektum
Barah kulit barah yang bermula di lapisan luar kulit. Barah ini juga boleh terbentuk di dalam tahi lalat (melanoma kulit)
Barah perut barah yang bermula dari dalam lapisan perut. Ia juga dikenali sebagai barah gastrik
Barah nasofarinks barah yang bermula di bahagian atas tekak dan belakang hidung Barah buah
pinggang dan sistem kencing lain
barah yang bermula di dalam tisu buah pinggang, atau lain-lain struktur kencing seperti pelvis renal dan saluran kencing
Barah rahim barah yang bermula di lapisan dalam rahim (endometrium) atau lapisan tisu otot luar (myometrium) rahim
Barah Ovari barah ovari yang bermula dari ovari iaitu kelenjar reproduktif wanita
Barah serviks barah yang bermula dari dalam serviks yang terletak di pangkal rahim
Barah tiroid barah yang bermula di dalam kelenjar tiroid, kelenjar yang berbentuk rama-rama di bahagian depan leher
Neoplasma limfoid barah yang bermula dari barah nod limfa neoplasma Mieloid yang bermula daripada sel darah
Neoplasma Mieloid barah yang bermula daripada sel darah
MITOS BARAH DAN FAKTA SEBENAR KETAHUI
ISTILAH-ISTILAH BARAH
Mitos dan salah faham tentang barah boleh menyebabkan anda bimbang keterlaluan tentang kesihatan anda. Maklumat yang salah juga boleh mempengaruhi cara anda mencegah atau membuat keputusan untuk merawat penyakit anda. Di sini, kami paparkan mitos-mitos barah yang lazim.
MITOS 1 Barah pasti membawa maut.
FAKTA Kira-kira satu pertiga daripada semua jenis barah boleh disembuhkan, jika ia dikesan dan dirawat awal. Itulah sebabnya pemeriksaan kesihatan dan saringan yang berkala adalah penting.
Hari ini, kira-kira 9 daripada 10 pesakit barah tertentu seperti barah payu dara, prostat dan tiroid, hidup sekurang-kurangnya lima tahun selepas barah mereka didiagnosis. Rawatan barah baru juga bermakna lebih ramai pesakit barah peringkat lanjut boleh hidup lebih lama.
MITOS 4 Fikiran dan sikap yang negatif akan menyebabkan saya mendapat barah atau mati akibat barah.
FAKTA Tiada bukti saintifik yang menunjukkan anda boleh meningkatkan risiko mendapat barah atau mati daripadanya akibat sikap yang negatif atau sebaliknya. Jika anda telah didiagnosis dengan barah, anda mungkin mengalami pelbagai emosi. Anda mungkin berasa sedih, marah, takut atau kecewa. Apabila keadaan semakin sukar, sikap yang positif boleh membantu anda menangani lebih baik diagnosis barah atau kesan sampingan rawatan.
MITOS 5 Pembedahan atau biopsi tumor akan menyebabkan barah merebak.
FAKTA Boleh jadi, tetapi kemungkinannya sangat rendah. Pakar bedah anda mengikut beberapa prosedur yang ketat dan mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku ketika melakukan biopsi atau pembedahan untuk membuang tumor.
MITOS 6 Jika seseorang dalam keluarga saya menghidap barah, saya mungkin menghidapinya juga.
FAKTA Anda tidak semestinya mendapat barah walaupun sejarah keluarga yang kuat dengan penyakit ini bermakna anda berisiko tinggi.
Hanya kira-kira 5 hingga 10 peratus daripada barah berpunca daripada mutasi genetik yang diwarisi daripada ibu bapa anda.
Walaupun ini berlaku, tidak semestinya anda akan mendapat barah pada kemudian hari. Barah boleh terjadi akibat faktor- faktor lain juga seperti penuaan, merokok dan radiasi.
MITOS 2 Barah boleh berjangkit.
FAKTA Anda tidak boleh terkena barah daripada orang lain yang menghidapinya. Meluangkan masa dengan orang tersayang yang menghidap barah tidak akan menyebabkan anda dijangkiti.
Jarang sekali seseorang yang menjalani pemindahan organ atau tisu terkena barah daripada penderma yang pernah menghidap barah.
Walaupun barah itu sendiri tidak merebak kepada orang lain, virus-virus tertentu boleh meningkatkan risiko anda terkena barah.
Contoh virus ini termasuk:
Human papillomavirus (HPV): Ini jangkitan melalui hubungan seks yang boleh meningkatkan risiko anda mendapat barah serviks.
Hepatitis B atau C: Merebak melalui hubungan seks atau jarum yang tercemar, jangkitan Hepatitis B atau C meningkatkan risiko anda mendapat barah hati.
MITOS 3 Pengambilan gula akan menjadikan barah membesar lebih cepat.
FAKTA Penyelidikan telah menunjukkan bahawa sel barah menyerap lebih banyak gula berbanding sel-sel normal. Tetapi tiada bukti saintifik yang menunjukkan bahawa mengambil gula atau makanan manis akan menjadikan barah lebih teruk. Walau bagaimanapun, diet yang tinggi kandungan gula boleh menyebabkan anda gemuk dan meningkatkan risiko kencing manis.
Orang yang obes atau menghidap kencing manis berisiko tinggi mendapat barah tertentu.
MITOS 7 Saya selamat daripada barah kerana tiada siapa dalam keluarga saya menghidap barah.
FAKTA Kira-kira dua daripada lima orang akan didiagnosis menghidap barah sepanjang hayat mereka. Barah disebabkan oleh mutasi genetik yang berlaku di dalam sel. Anda mungkin telah mewarisi mutasi gen ini daripada ibu bapa anda.
Bagaimanapun, mutasi gen juga boleh berlaku akibat faktor-faktor seperti pendedahan kepada asap rokok, radiasi, lain-lain bahan penyebab barah, malahan virus. Faktor-faktor risiko yang lain seperti kegemukan dan kencing manis juga boleh meningkatkan risiko anda mendapat barah.
MITOS 8 Saya boleh mendapat barah akibat mewarnakan rambut saya.
FAKTA Pada masa ini, tiada bukti konklusif bahawa pewarna rambut meningkatkan risiko barah. Ada kajian menunjukkan orang yang kerap terdedah kepada pewarna rambut, seperti pendandan dan penggaya rambut, mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi mendapat barah. Walau bagaimanapun, tidak diketahui sebanyak mana pewarna rambut boleh meningkatkan risiko ini.
MITOS 9 Rawatan barah akan membuat saya muflis.
FAKTA Selain menghadapi kenyataan diagnosis barah, anda mungkin akan bimbang tentang kos rawatan. Mujurlah, bantuan dan sumber-sumber kewangan sedia ada untuk membantu anda menempuh tempoh yang sukar ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan kewangan SCS, rujuk kepada Barah dan Kewangan Saya..
BARAH DAN SAYA
Pada mulanya, saya sungguh tertekan mengetahui saya menghidap barah prostat. Bagaimanapun, saya berhenti bersikap negatif setelah menyertai kumpulan sokongan barah prostat Persatuan Barah Singapura (Walnut Warrior). Mereka yang berjaya meneruskan hidup berkongsi pengalaman dan semangat juang mereka memberi saya harapan. Bukan sekadar mendapat sokongan psikologi dan emosi, saya juga mendapat petua praktikal tentang cara untuk hidup dan makan dengan baik melalui aktiviti kumpulan sokongan. Sekarang saya membalas dengan berkongsi perjalanan barah saya dengan pesakit- pesakit yang baru didiagnosis.
Encik Vincent Lien
Pesara
Encik Lien didiagnosis dengan barah prostat pada 2012 dan sejak itu menjalani terapi radiasi dan hormon.
APAKAH YANG SAYA PERLU BUAT SETELAH DIAGNOSIS?
Pertimbangkan tip-tip berikut untuk membantu anda menghadapi diagnosis barah anda.
1. Dapatkan fakta yang betul
Huraikan kemelut dengan menulis segala soalan anda sebelum janji temu doktor. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai barah daripada Internet, pastikan anda memeriksa kembali maklumat tersebut dengan doktor kerana bukan semua kandungan dalam talian boleh dipercayai.
APA ANDA BOLEH LAKUKAN?
Antara soalan-soalan yang anda patut bertanya kepada doktor anda ialah:
• Apakah jenis barah yang saya ada dan di manakah ia?
• Adakah barah saya telah merebak?
• Apakah ujian seterusnya yang saya perlukan?
• Apakah pilihan rawatan yang saya ada?
• Apakah prognosis saya (peluang saya pulih)?
2. Cari doktor
Dapatkan rujukan daripada doktor penjagaan utama atau ahli keluarga, rakan-rakan atau rakan sekerja yang
berpengalaman. Anda juga mungkin ingin mendapatkan pandangan kedua daripada doktor lain untuk mendapatkan maklumat lanjut.
3. Dapatkan maklumat lanjut tentang rawatan perubatan yang ada bagi barah anda Doktor anda mungkin menasihatkan anda menjalani gabungan pelbagai kaedah rawatan untuk hasil yang terbaik. Ujian klinikal juga mungkin ada sebagai salah satu pilihan
rawatan anda.
4. Rancang dengan rapi
Cari cara yang berkesan untuk mendapatkan maklumat seperti janji temu perubatan, keputusan ujian makmal, kesan sampingan rawatan, maklumat insurans dan kewangan.
Wujudkan sistem fail yang mudah menggunakan folder dan lembaran untuk merekodkan maklumat penting.
Doktor baru sahaja memberitahu anda bahawa anda menghidap barah.
Sambil anda berhadapan dengan kemelut pelbagai emosi termasuk terkejut, gerun, takut dan tidak percaya, anda mungkin tertanya-tanya:
Apakah yang saya perlu buat sekarang?
5. Dapatkan sokongan ketika menghadapi cabaran
Ingat, anda bukan bersendirian. Jangan asingkan diri, dapatkan sokongan daripada keluarga, rakan-rakan, karyawan kesihatan atau masyarakat untuk membantu diri anda melalui masa yang mencabar ini.
Berikut beberapa cadangan menghadapi barah.
Sokongan emosi
• Bercakap mengenainya – Sertai kumpulan sokongan, dapatkan sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan, berbincang dengan pasukan penjagaan barah anda atau dapatkan
kaunseling profesional.
• Buat sesuatu untuk mengurangkan tekanan dan ketegangan - Anda boleh menyimpan jurnal perjalanan rawatan anda atau libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti lain yang menyeronokkan termasuk melukis,
mendengar muzik, membaca atau meditasi.
Sokongan praktikal
• Rancang lebih awal – Tanya doktor anda perkara yang dijangka semasa rawatan anda: Bolehkah saya meneruskan rutin biasa dan tanggungjawab saya?
Berapakah hari cuti perubatan yang dijangka? Maklumat ini akan membantu anda membuat perancangan awal.
• Belajar terima bantuan – Ini masanya untuk anda menerima bantuan daripada rakan-rakan dan keluarga. Bantuan boleh jadi dalam bentuk perbuatan mudah seperti menghantar anak ke sekolah atau menjaga mereka ketika
anda menghadiri janji temu perubatan anda.
Sokongan kewangan
• Buat anggaran belanjawan – Tanya doktor dan pasukan penjagaan barah anda mengenai anggaran kos rawatan barah serta perbelanjaan tidak dijangka lain untuk pengangkutan, imbasan atau aksesori dan perkakas perubatan. Mengetahui lebih awal perkara yang perlu
dijangka boleh membantu anda menguruskan kewangan anda dengan lebih berkesan.
• Dapatkan nasihat kewangan – Penyedia khidmat jagaan kesihatan, pengurus kes atau pekerja sosial boleh menawarkan nasihat mengenai pilihan kewangan. Dapatkan bantuan apabila ragu-ragu. Maklumat lanjut mengenai aspek kewangan barah boleh didapati di Barah dan Kewangan Saya.
SIAPAKAH YANG TERLIBAT DALAM RAWATAN SAYA
Mendiagnosis dan merawat barah biasanya melibatkan sepasukan karyawan kesihatan yang akan memastikan anda mendapat penjagaan yang terbaik.
Kenali kumpulan orang yang mungkin akan menjaga anda
Ini hanyalah panduan kasar. Bergantung pada jenis dan rawatan barah, karyawan kesihatan bagi penyakit barah anda mungkin berbeza.
1. Doktor
Doktor yang merawat pesakit barah dikenali sebagai pakar onkologi. Sepanjang rawatan barah, anda mungkin akan berjumpa dengan pakar-pakar
onkologi jenis berikut:
• Pakar Onkologi Perubatan – pakar mendiagnosis dan merawat barah dengan kemoterapi dan ubat-ubatan lain
• Pakar bedah – melakukan pembedahan untuk merawat barah
• Pakar Onkologi Radiasi – pakar menggunakan radiasi untuk merawat barah
3. Pegawai Sosial
Jika anda memerlukan bantuan untuk mendapatkan sumber-sumber bantuan kemasyarakatan dan perkhidmatan sokongan, pekerja sosial boleh
membimbing anda. Beliau juga boleh memberi kaunseling dan sokongan emosi.
4. Pakar Pemakanan
Karyawan kesihatan bersekutu ini akan membantu anda membuat pilihan pemakanan yang lebih baik agar anda berasa lebih selesa sepanjang rawatan barah anda. Anda juga boleh mendapatkan tip untuk menambah selera makan dan melawan gejala seperti loya
dan pedih ulu hati daripada mereka.
5. Pakar Pemulihan
Karyawan kesihatan bersekutu ini yang termasuk pakar terapi fizikal, pekerjaan, pertuturan atau riadah, akan membantu anda untuk pulih dari segi fizikal
selepas barah.
6. Pakar Penjagaan Paliatif
Mereka terdiri daripada doktor, jururawat, pakar kesakitan dan karyawan kesihatan lain lain yang boleh membantu anda menguruskan gejala menyedihkan akibat barah seperti sakit, loya atau letih, agar anda dapat membaiki mutu hidup anda.
Pakar penjagaan paliatif boleh membantu anda pada mana-mana peringkat barah, daripada masa anda didiagnosis hingga ke akhir hayat.
7. Karyawan Penjagaan Rohani
Ketika sedang sakit, rasa kehilangan dan sedih, anda mungkin memerlukan lebih daripada sekadar penjagaan fizikal untuk membantu anda. Seorang karyawan penjagaan kerohanian menyediakan penjagaan rohani dan sokongan untuk membantu anda menemui makna dan tujuan sebagai sebahagian daripada proses penyembuhan 2. Pasukan Jururawat, tanpa mengira bangsa, budaya,
sistem kepercayaan atau jantina.
2. Pasukan Jururawat
Mereka adalah orang yang yang doktor anda mungkin akan bekerja paling rapat semasa merawat anda. Jururawat anda memainkan banyak peranan - daripada melaksanakan rancangan rawatan dan penjagaan yang doktor sediakan untuk anda, memberi ubat, memantau kesan sampingan hingga menyelaraskan
proses penjagaan anda.
APAKAH PILIHAN
RAWATAN YANG SAYA ADA?
1. Pembedahan
Kebanyakan pesakit barah akan menjalani sesuatu jenis pembedahan.
Doktor mungkin mencadangkan pembedahan untuk mendiagnosis barah, memeriksa jika ia telah merebak atau membuang tisu barah.
Dalam barah peringkat awal yang belum merebak, pembedahan biasanya dilakukan untuk membuang tumor. Ia juga boleh dilakukan bagi barah peringkat lanjut yang telah merebak dan menyerang organ-organ dan tisu-tisu yang berhampiran.
Dalam keadaan ini, hanya sebahagian daripada tumor tersebut mungkin dibuang agar tidak merosakkan organ-organ atau tisu kritikal berdekatan. Barah yang tinggal kemudian dirawat dengan kaedah lain seperti terapi radiasi dan kemoterapi.
Kadang-kadang, pembedahan digunakan untuk mencegah atau mengurangkan risiko barah daripada berulang. Contohnya, seseorang yang mewarisi gen barah payu dara boleh memilih untuk menjalani pembedahan membuang payu daranya
sebelum barah terjadi sebagai langkah pencegahan.
TAHUKAH ANDA?
Kemajuan terkini dalam teknik pembedahan gangguan minimum bermakna masa pemulihan kini lebih pendek dan lebih ringan.
Berbincanglah dengan doktor anda.
Dalam bab ini, anda akan mengetahui tentang rawatan-rawatan barah yang lazim dan cara ia berfungsi.
Ingat, tiada satu pelan rawatan barah yang sama untuk semua pesakit Pilihan rawatan anda bergantung pada jenis barah yang anda hidapi dan juga faktor-faktor lain seperti sama ada barah telah merebak, pilihan anda, usia dan tahap kesihatan am anda. Berbincang dengan doktor anda untuk mengetahui pilihan rawatan yang sesuai untuk anda.
2. Kemoterapi
Kemoterapi ialah penggunaan ubat yang kuat untuk memusnahkan sel-sel barah.
Hari ini, terdapat lebih 100 jenis ubat kemoterapi.
Kebanyakannya dilakukan melalui suntikan ke dalam urat atau otot. Ubat ini kadang-kadang diambil melalui mulut dalam bentuk pil atau cecair, diletakkan ke dalam tulang belakang, dada, abdomen atau disapu pada kulit. Apabila ubat-ubatan ini memasuki aliran darah anda, ia akan merosakkan sel-sel yang membahagi dengan cepat. Sel-sel barah lebih terdedah kepada ubat kemoterapi daripada
sel-sel normal kerana pertumbuhannya yang luar biasa aktif.
TAHUKAH ANDA?
Ubat kemoterapi boleh merosakkan sel-sel sihat yang normal, menyebabkan kesan sampingan sementara seperti keguguran rambut, keletihan, loya dan muntah-muntah. Ubat-ubatan dan kaedah lain tersedia untuk membantu melegakan kesan- kesan sampingan sementara ini.
3. Terapi Radiasi
Terapi radiasi menggunakan sinaran bertenaga tinggi untuk memusnahkan sel-sel barah, melambatkan atau mengecutkan pertumbuhan barah. Berbeza daripada kemoterapi yang menjejas seluruh badan, terapi radiasi adalah rawatan yang
menjeja hanya bahagian badan yang sedang dirawat.
Semasa proses rawatan anda, dos radiasi yang tinggi boleh menjejas sel-sel normal tertentu berhampiran tumor. Anda mungkin akan mengalami kesan sampingan umpamanya perubahan kulit seperti ruam atau kemerahan, hilang selera makan atau keletihan. Ketidakselesaan ini hanya sementara dan biasanya akan hilang
secara beransur-ansur sebaik sahaja anda selesai rawatan.
TAHUKAH ANDA?
Terdapat had dos radiasi yang anda boleh jalani seumur hidup. Semasa rawatan, doktor anda dapat menilai jumlah radiasi yang anda boleh terima tanpa menyebabkan kerosakan yang tidak boleh dipulihkan. Berbincang dengan doktor anda mengenai kebimbangan anda.
4. Lain-lain Terapi Barah
• Terapi bersasaran – Berbeza daripada kemoterapi konvensional, generasi baru ubat barah ini berfungsi dengan menyasarkan mutasi tertentu di dalam sel barah.
Sesetengah ubat ini bertindak dengan mengganggu laluan yang terlibat dalam pertumbuhan barah. Ketika memusnahkan sel-sel barah, ia kurang cenderung untuk
memusnahkan sel-sel normal.
• Terapi Laser – Dalam terapi laser, sinaran cahaya intensiti tinggi ditumpukan dan diarahkan kepada kawasan tertentu. Laser b o l e h d i g u n a k a n untuk membakar tumor atau ketumbuhan, serta melegakan gejala-gejala seperti pendarahan. Ia biasanya digunakan dalam rawatan barah yang terdapat pada permukaan badan, seperti
barah kulit sel basal, atau pada barah peringkat awal.
• Pemindahan Sel Tunjang – Pemindahan sel tunjang, juga ada kala dikenali sebagai pemindahan sumsum tulang, kadang-kadang disyorkan kepada pesakit barah tertentu seperti leukemia, multiple myeloma dan sesetengah jenis limfoma. Prosedur ini melibatkan penggantian sumsum tulang yang rosak (tisu lembut di dalam tulang besar) dengan sel tunjang yang sihat.
• Imunoterapi – Juga dikenali sebagai terapi biologi, imunoterapi menggunakan sistem semula jadi daya ketahanan tubuh untuk
melawan barah.
• Terapi Fotodinamik – Ia satu kaedah rawatan yang melibatkan penggunaan ubat-ubatan yang dikenali sebagai ejen sensitif cahaya, dan cahaya, untuk membunuh sel-sel barah.
Diaktifkan hanya dengan jenis cahaya tertentu, ejen sensitif cahaya ini disuntik ke dalam aliran darah
melalui urat atau diletakkan pada kulit.
Apabila ubat ini diserap oleh sel barah, cahaya diarahkan ke bahagian ini untuk memusnahkan sel tersebut.
• Derma dan Pemindahan Produk Darah – Pesakit barah tertentu boleh mengalami pendarahan dalaman, kiraan darah yang rendah
dan memerlukan pemindahan darah untuk membantu mereka menggantikan darah buat sementara waktu. Pemindahan darah juga diberi kepada mereka yang telah menjalani rawatan barah yang boleh membawa kepada kehilangan
darah atau kiraan darah yang rendah.
BAGAIMANAKAH CARA
MENGATASI KESAN SAMPINGAN?
Tanya doktor anda untuk mendapatkan nasihat
Apabila anda berasa lebih sihat, anda mungkin akan dapat menghadapi rawatan barah dengan lebih mudah.
Tanya pasukan penjagaan barah anda untuk mendapatkan nasihat mengenai cara menguruskan kesan-kesan sampingan.
Adalah penting anda turut memaklumkan doktor anda, jika anda melihat gejala baru atau perubahan gejala.
Semasa rawatan barah, anda mungkin akan mengalami pelbagai kesan sampingan.
Atasinya dengan panduan ini.
1. Loya dan muntah
Ubat melawan loya dan muntah boleh membantu anda. Loya dan muntah jarang mengancam nyawa. Walau bagaimanapun, muntah berulang-ulang dan berpanjangan boleh menyebabkan anda kekurangan air yang boleh menjadi masalah serius jika anda tidak berbuat apa-apa. Dapatkan rawatan perubatan dengan segera jika anda asyik kehilangan cecair dan tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang anda perlukan.
2. Keletihan
Tukar gaya hidup dan diet anda. Contohnya, anda mungkin akan rasa lebih sihat jika anda mengurangkan beban kerja anda, makan diet yang berkhasiat, atau tidur, rehat dan melakukan senaman ringan dengan cukup (tanya doktor anda jika senaman adalah selamat untuk anda). Aktiviti menghilangkan kebosanan seperti membaca buku, mendengar muzik atau meditasi juga boleh membantu anda.
3. Kesakitan
Dalam kebanyakan kes, kesakitan akibat barah boleh dikawal melalui ubat-ubatan. Cara terbaik untuk mengawal kesakitan berkaitan barah adalah dengan mengelakkan ia daripada menjadi lebih teruk. Ambil ubat sakit anda sebagaimana yang ditetapkan. Anda juga boleh diberikan dos tambahan sekiranya anda mengalami sakit berbisa iaitu kesakitan yang tiba-tiba semakin teruk walaupun dirawat.
Dapatkan rawatan perubatan segera jika anda mendapati kesakitan semakin teruk atau menjadi tidak tertanggung. Ia mungkin petanda bagi keadaan yang lebih serius. Doktor anda boleh merujuk anda kepada pakar pengurusan kesakitan.
4. Isu kesuburan dan seksualiti
Jika anda belum selesai merancang keluarga, berbincang dengan doktor anda tentang kebimbangan anda sebelum memulakan rawatan. Sesetengah rawatan barah boleh menjejaskan keupayaan anda untuk mempunyai anak. Doktor anda boleh mencadangkan cara-cara untuk melindungi kesuburan anda.
Tanya doktor anda jika adalah selamat untuk meneruskan hubungan seks dan langkah-langkah keselamatan yang anda perlu ambil. Anda juga perlu berbincang secara terbuka tentang topik tersebut dengan pasangan anda. Biasanya tiada alasan perubatan untuk menghentikan hubungan seks sepanjang rawatan barah.
5. Hilang Selera Makan
Menguruskan gejala-gejala seperti loya, muntah, sakit dan keletihan boleh membantu meningkatkan selera makan anda. Cuba makan beberapa hidangan kecil penuh zatt sepanjang hari, minum kurang cecair pada waktu makan (ini boleh membuat anda berasa kenyang) dan makan di dalam persekitaran yang menyenangkan.
Pakar pemakanan juga boleh memberi nasihat tentang cara untuk merancang makanan anda dan mengesyorkan pemakanan tambahan jika perlu.
BAGAIMANAKAH CARA MENANGANI EMOSI SAYA?
Tanpa mengira usia, hidup dengan barah merupakan pengalaman yang mengubah hidup. Ia mungkin sukar pada mulanya, tetapi anda masih boleh mencari semula kedamaian dan kegembiraan dalam hidup anda. Berikut beberapa tip untuk membantu anda menangani emosi.
1. Kawal diri anda
Ketahui tentang penyakit anda dengan mempelajari tentang jenis barah anda, pilihan rawatan, perkara yang dijangkakan semasa dan selepas rawatan dan cara menangani keadaan. Anda tidak akan rasa begitu bimbang jika anda tahu perkara yang perlu dijangkakan.
2. Jejak perasaan anda
Menulis jurnal atau merakam emosi anda melalui fotografi, lakaran, lukisan dan muzik boleh menyenangkan hati.
3. Suarakan perasaan anda
Jangan pendam perasaan anda, kongsi emosi anda dengan keluarga dan rakan-rakan.
Jika anda mendapati sukar untuk bercakap dengan orang yang rapat dengan anda, dapatkan sokongan alternatif. Anda boleh berbincang dengan doktor atau jururawat tentang perasaan anda. Mereka akan dapat merujuk anda kepada sumber-sumber bantuan lain seperti kaunselor, pekerja kebajikan, pakar psikologi
atau penjaga kesihatan profesional lain.
6. Keguguran Rambut
Ceritakan perasaan anda kepada ahli keluarga atau rakan yang dipercayai, atau kaunselor. Cuba beralih kepada gaya rambut pendek sebelum rawatan dimulakan agar peralihan tidak begitu dramatik.
Anda juga boleh memakai topi, rambut palsu atau tudung untuk menutup keguguran rambut. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara- cara praktikal menguruskan perubahan fizikal, sertai Program Look Good and Feel Better. Untuk maklumat lanjut, hubungi 6499 9132.
7. Kekeringan Mulut
Ubat-ubatan untuk membantu meningkatkan
pengeluaran air liur dan mencegah jangkitan mulut boleh didapati - tanya doktor anda. Menjaga kebersihan gigi juga penting. Kumur-kumur setiap beberapa jam, terutama selepas makan, dengan larutan campuran garam dan baking soda untuk mengelakkan jangkitan. Campurkan satu sudu teh garam dan satu sudu teh baking soda ke dalam secawan air suam. Hirup air dengan kerap dan elakkan minuman yang boleh menyebabkan dehidrasi seperti kopi dan alkohol.
8. Sembelit
Minum lebih banyak air dan lakukan senaman ringan jika boleh. Jika anda tidak aktif secara fizikal itu boleh meningkatkan risiko sembelit. Masukkan lebih banyak makanan berserat tinggi ke dalam diet anda seperti bijirin penuh, buah-buahan, sayur-sayuran, kismis dan prun.
Walau bagaimanapun, makanan berserat tinggi mungkin tidak sesuai jika anda baru menjalani pembedahan usus atau tumor yang menyempitkan usus anda. Tanya doktor anda untuk mendapatkan nasihat Walaupun anda rasa tidak selesa, jangan sekali-kali menggunakan julap atau pelembut najis tanpa mendapat kebenaran daripada doktor anda.
4. Sertai kumpulan sokongan
Berjumpa pesakit lain dan penjaga yang mengalami situasi yang sama boleh membantu anda berasa tidak keseorangan dalam
menghadapi barah. SCS menyediakan program kumpulan sokongan untuk pesakit, bekas
pesakit dan penjaga barah.
5. Dapatkan sokongan kerohanian
Memenuhi keperluan rohani anda boleh membantu anda mencari kekuatan dan ketenangan ketika sakit dan mengalami kesukaran. Latihan rohani, ibadat,
muhasabah dan meditasi telah diperhatikan membantu ramai pesakit barah. Sesetengah kemudahan jagaan kesihatan menyediakan sokongan rohani. Tanyalah pasukan jagaan kesihatan anda untuk memastikan jika mereka boleh merujuk anda kepada karyawan jagaan kerohanian.
6. Luangkan masa dan ruang peribadi untuk diri anda
Di tengah-tengah jadual rawatan anda yang sibuk, luangkan masa untuk melakukan sesuatu yang anda suka setiap hari seperti mendengar muzik, membaca buku kegemaran, berjalan-jalan di taman atau melakukan senaman ringan. Pastikan anda bertanya dengan doktor anda sebelum memulakan sebarang program senaman.
Saya sedang belajar di Boston apabila saya disahkan menghidap barah ovari. Keluarga saya datang dari jauh untuk memastikan saya berasa seperti di rumah sendiri semasa pembedahan dan rawatan barah saya. Ibu saya memasak dan saudara perempuan saya bergilir-gilir mengambil cuti untuk melawat, sementara ayah saya tidak kisah mengeluarkan belanja agar kami semua dapat bersama-sama sebagai sebuah keluarga sepanjang tempoh sukar itu. Beliau tunggak kekuatan dan semangat, walaupun pada masa yang paling sukar.
Daphne Khoo
Penyanyi & Penulis Lagu
BARAH DAN KELUARGA SAYA
Kepercayaan kita memberikan ketenangan dan keupayaan untuk mengatasi cabaran.
P e n d e r i t a a n D a p h n e mengeratkan keluarganya dan kini kita sedar agar tidak mensia-siakan hidup kita. Setiap hari adalah bonus dan kita ingin hidup sejahtera.
Madam Denise Ang
Pengurus
1. Komunikasi
Walaupun sesetengah keluarga mudah berkongsi perasaan dan kebimbangan mereka, keluarga lain mungkin berasa sukar untuk bercakap tentang barah. Meneruskan komunikasi secara terbuka dan jujur dengan orang yang anda sayangi adalah penting ketika anda
mengemudi perjalanan barah anda.
• Cuba ceritakan kepada ahli keluarga anda perasaan anda. Beritahu mereka juga, jika anda belum bersedia bercakap mengenai aspek-aspek tertentu penyakit anda.
• Jika anda tidak sanggup bercakap mengenai barah dengan keluarga anda, cuba dapatkan bantuan daripada rakan kepada keluarga anda, doktor, jururawat, kaunselor atau ketua agama untuk membantu berkomunikasi.
2. Peranan dan Tanggungjawab
Peranan dan tanggungjawab anda di rumah mungkin akan berubah.
• Belajar menerima bantuan orang lain. Selain menerima bantuan daripada orang yang rapat dengan anda, pertimbangkan untuk mengupah pembantu untuk meringankan beban anda. Menerima dan diberi bantuan bukanlah
petanda kelemahan. Ia sebagai peringatan tentang cinta dan perhatian yang telah diberikan oleh orang yang kita disayangi pada masa kesusahan.
• Buat rancangan yang jelas dan maklumkan kepada ahli keluarga anda jangkaan anda untuk mengelakkan salah faham dan ketegangan yang
tidak diingini.
3. Kewangan
Rawatan barah boleh memakan belanja yang besar kepada keluarga. Bergantung pada jumlah perlindungan insurans kesihatan anda, anda mungkin perlu menampung sebahagian kos tambahan anda sendiri. Kos juga boleh meningkat jika rawatan tidak berjalan seperti yang dirancang, perlu dilanjutkan atau jika barah menyerang semula.
• Berbincanglah dengan keluarga anda mengenai kewangan anda.
• Periksa dengan syarikat insurans anda untuk mengetahui kos mana yang diliputi oleh pelan insurans kesihatan anda.
• Tanya kaunselor kewangan hospital untuk membantu anda menganggarkan bayaran rawatan. Jika perlu, beliau boleh membantu anda merujuk kepada program bantuan kewangan.
1. Pasangan
• Bersikap jujur adalah yang terbaik – Teruskan komunikasi dua hala, ini penting. Menyatakan
keperluan anda dengan jelas boleh membantu mengelakkan salah faham dan konflik.
• Beritahu pasangan anda tentang perasaan anda – Anda mungkin tidak suka membincangkan tentang emosi negatif, tetapi menyembunyikan perasaan anda akan membuat pasangan anda tidak dapat memberikan sokongan tambahan dan keyakinan yang anda perlukan
sepanjang perjuangan barah anda.
• Dapatkan bantuan profesional apabila perlu – Barah boleh menjejas keintiman seksual.
Anda mungkin akan berasa bimbang atau malu untuk membincangkan perkara ini. Dapatkan bantuan daripada kaunselor, ahli terapi atau doktor anda.
2. Anak
Apabila bercakap dengan anak-anak mengenai barah, beritahu perkara-perkara asas berikut:
• Jenis barah
• Lokasi barah di dalam badan
• Apa yang akan terjadi ketika rawatan
• Perubahan yang dijangka terhadap kehidupan mereka akibat barah dan rawatannya
Patutkah anda merahsiakan penyakit anda daripada anak-anak anda?
Anak-anak dapat merasakan kebimbangan anda dan akan menjadi lebih takut jika mereka tidak tahu kisah sebenar. Di samping itu, kepercayaan akan hilang jika mereka mendapat tahu tentang diagnosis barah anda daripada orang lain.
Adalah lebih baik mereka tahu daripada anda sendiri.
APAKAH KESAN BARAH
TERHADAP KELUARGA SAYA? BERKOMUNIKASI DENGAN AHLI KELUARGA ANDA
Barah bukan sahaja memberi kesan kepada pesakit. Ia juga memberi kesan kepada keluarga dalam pelbagai cara. Berikut beberapa cara barah boleh menjejas keluarga anda dan cara-cara menangani cabaran tersebut.
Setiap orang menghadapi barah dengan cara yang berbeza. Komunikasi
adalah penting dalam memupuk hubungan baik dengan orang yang anda
sayangi. Berikut beberapa tip untuk anda berkomunikasi dengan pelbagai
ahli keluarga dengan lebih baik sepanjang tempoh yang mencabar ini.
3. Ibu bapa
Dapatkan bantuan daripada ahli-ahli keluarga yang lain – Jika anda yang menguruskan janji temu perubatan atau kehidupan harian orang tua anda,
kini anda perlu mendapatkan bantuan untuk menjaga mereka.
Pertimbangkan perkara ini apabila memberitahu orang tua anda tentang diagnosis barah anda
a. Bagaimanakah kesihatan mereka?
b. Bolehkah mereka menghadapi berita ini?
c. Bolehkah saya mendapatkan bantuan daripada ahli keluarga atau rakan apabila saya memberitahu mereka?
Anak berumur sehingga 12 tahun
Gunakan kata-kata yang sesuai dengan umur – Contohnya, sebut “ubat”
bukannya “kemoterapi”. Bagi anak lebih besar, anda boleh mengibaratkan barah sebagai pertarungan antara “sel baik” dan “sel jahat”, dan rawatan sebagai pembantu untuk mengalahkan sel jahat yang membuat anda jatuh sakit.
Anda juga boleh menggunakan buku kanak-kanak untuk menjelaskan makna barah kepada anak anda.
Usah hanya beritahu kepada anak lebih besar – Ini boleh menjadi beban emosi yang berat kepada mereka.
Persiapkan anak-anak kecil sebelum anda memulakan rawatan – Perubahan penampilan fizikal anda
semasa rawatan boleh menakutkan anak-anak kecil. Kurangkan kebimbangan dengan memberitahu
mereka terlebih dahulu.
Y a k i n k a n a n a k - a n a k a n d a sayangkan mereka – Beritahu mereka bahawa anda tidak selesa atau sedih kerana anda sakit, bukan
kerana mereka.
Galakkan anak-anak anda berkongsi perasaan mereka – Duduk bersama mereka agar
mereka boleh bercerita, dan minta pasangan anda dan ahli keluarga dewasa yang lain berbuat begitu juga.
Anak remaja berumur 13 hingga 19 tahun
Jawab soalan-soalan mereka dengan jujur - Pada usia ini, remaja mungkin lebih faham tentang barah dan ada lebih banyak soalan.
Jangan bebani anak remaja anda dengan tanggungjawab – Walaupun anak remaja anda mungkin sanggup membantu, mengharapkan terlalu banyak daripada mereka boleh
menyebabkan tekanan tambahan.
Kerap perhatikan anak remaja anda – Perhatikan perubahan tingkah lakunya seperti perubahan kelakonan akademik, menjauhkan diri daripada kegiatan yang biasa dilakukan serta kawan-kawannya, perubahan mood, penggunaan dadah atau alkohol.
Tanda-tanda ini boleh bermakna anak remaja anda mungkin perlukan sokongan tambahan untuk menangani keadaannya.
Kemurungan berlaku dalam kira-kira 1 daripada setiap 4 orang yang menghidap barah. Jika anda mengalami kemurungan, anda mungkin akan berasa sukar untuk melakukan aktiviti harian anda dan mengikuti pelan rawatan. Dapatkan bantuan perubatan, jangan menderita senyap-senyap.
MENDAPATKAN BANTUAN MENGATASI KEMURUNGAN
Belajar mengenal pasti tanda amaran kemurungan. Berjumpa doktor jika anda alami lima atau lebih gejala berikut yang berpanjangan selama dua minggu atau lebih, atau ia cukup berat sehingga menjejas aktiviti normal harian.
• Kesedihan atau rasa kekosongan hampir setiap hari pada kebanyakan masa dalam sehari
• Hilang minat untuk melakukan aktiviti
• Masalah pemakanan (hilang selera atau makan berlebihan) termasuk susut atau bertambah berat badan*
• Perubahan corak tidur (tidak dapat tidur, bangun awal atau terlebih tidur)*
• Keletihan atau susut tenaga hampir setiap hari*
• Orang lain perasan anda resah atau mula “memperlahankan rentak”
• Perasaan bersalah, tidak berguna dan tidak berdaya
• Susah menumpukan perhatian atau membuat keputusan
• Berfikir mengenai kematian atau membunuh diri, atau cubaan membunuh diri
• Perubahan mood mendadak daripada murung menjadi cepat marah dan bersemangat
*Sila ambil perhatian bahawa masalah fizikal seperti keletihan, kurang selera makan dan perubahan tidur mungkin kesan sampingan rawatan barah. Berbincanglah dengan doktor anda.
4. Penjaga
Bina pasukan yang utuh – Penjaga anda memerlukan bantuan dan sokongan untuk mengelakkan keletihan diri mereka sendiri.
Bersiap sedia dengan beberapa orang penjaga agar anda tidak perlu bergantung hanya pada seorang.
Galakkan penjaga anda berehat.
Sampaikan maklumat kepada penjaga – Berikan mereka maklumat terkini mengenai
rawatan dan penjagaan barah anda, nombor kecemasan, ubat-ubatan dan dokumen.
Jangan lupa ucapkan “terima kasih” – lambang penghargaan ringkas ini sangat membantu.
APA ANDA BOLEH LAKUKAN?
Tingkatkan semangat anda. Berseloroh, pelukan dan sokongan padu daripada orang tersayang akan dapat membantu menguruskan cabaran barah.
BARAH DAN KEWANGAN SAYA
Saya telah menghadapi masalah kewangan sejak saya disahkan menghidap barah tekak Peringkat 4 dan terpaksa berhenti kerja untuk menjalani terapi radiasi intensif. Mujurlah bil rawatan saya dilindungi oleh Medifund dan simpanan Medisave saya. Tabung Bantuan Kebajikan Persatuan Barah Singapura, Tabung Rawatan Barah dan Skim Pengangkutan Hospital juga memberi bantuan kewangan ketika saya menjalani rawatan.
Encik Christopher s/o Victor Manuel
Tidak bekerja
Encik Christopher, yang menghidap barah tekak peringkat lanjut, bersyukur dengan bantuan kewangan yang beliau terima untuk menampung perbelanjaan perubatannya.
Persatuan Barah Singapura menyediakan khidmat sokongan pemulihan untuk membantu pesakit barah mengorak langkah pertama ke arah pemulihan. Kumpulan sokongan dan program-program untuk pesakit, bekas pesakit dan penjaga kanser ialah:
Kumpulan Sokongan Keterangan Masa
Bishana untuk pesakit barah wanita dan juga wanita yang telah didiagnosis dengan apa jua jenis barah dan sedang menjalani rawatan.
Hari Jumaat ketiga setiap bulan 6.30 petang – 8.30 petang Kumpulan Sokongan
Kolorektal untuk pesakit dan bekas pesakit barah kolorektal.
Program ini juga bertujuan membantu ostomat yang baru menjalani pembedahan menyesuaikan diri secara fizikal dan psikologi dengan gaya hidup baru. Ostomat ialah mereka yang telah menjalani ostomi, yakni pembedahan membuat lubang pada badan untuk membuang sisa daripada tubuh badan.
Hari Sabtu keempat setiap bulan 2.00 petang – 5.00 petang
Kelab Suara Baru untuk pesakit dan bekas pesakit barah Laringektomi.
Ia menawarkan sokongan untuk pesakit yang telah dibuang peti suara mereka.
Setiap hari Selasa
12.00 tengah hari – 2.00 petang Hulur Bantuan untuk membantu pesakit dan bekas pesakit barah
payu dara menghadapi cabaran barah payu dara dan rawatannya.
Hari Sabtu keempat setiap bulan 10.30 pagi – 12.30 petang Pahlawan Kacang untuk membantu pesakit dan bekas pesakit barah
prostat menghadapi cabaran akibat barah prostat dan rawatannya.
Hari Sabtu kedua setiap bulan 2.00 petang – 5.00 petang Program Sihat dan
Cantik untuk membantu pesakit barah wanita yang sedang menjalani kemoterapi atau radioterapi menguruskan perubahan fizikal akibat rawatan barah dengan lebih baik.
Bengkel amali diadakan di kebanyakan hospital awam di Singapura.
• Hospital Besar Changi:
6850 3656
• Pusat Barah Nasional Singapura: 6436 8643
• Hospital Gleneagles: 6738 9333
• Hospital Raffles: 6311 2337
• Hospital Universiti Nasional:
6772 3027 Program Duta Pesakit
SCS program ini bertujuan untuk mempromosikan
kesejahteraan fizikal dan psiko-emosi pesakit kanser melalui sokongan daripada bekas pesakit barah melalui lawatan ke hospital/rumah, panggilan telefon dan pertemuan bersemuka.
Melalui rujukan oleh hospital/pusat jagaan
SCS menjalankan pelbagai program pengayaan minda percuma: kesihatan dan pemakanan, kecergasan dan gaya hidup, apresiasi muzik dan tarian, seni & kraf dan kelas bahasa untuk ahli-ahli kumpulan sokongan setiap hari dengan jadual berstruktur. Melalui aktiviti-aktiviti riadah sosial ini, pesakit barah dan bekas pesakit dapat mempelajari kemahiran baru bersama- sama dan menjalin hubungan antara satu sama lain. Untuk maklumat mengenai kumpulan sokongan barah, hubungi 6499 9132 dan untuk pertanyaan mengenai program pengayaan, hubungi 6499 9147
SCS juga mempunyai sepasukan pekerja sosial terlatih, kaunselor, dan karyawan jagaan kerohanian yang akan dapat menyediakan kaunseling serta sokongan emosi dan rohani apabila perlu. Jika anda ingin bercakap dengan seseorang daripada pasukan khidmat psikososial, sila hubungi 6421 5877 atau 6421 5878
MENDAPATKAN SOKONGAN DARIPADA PERSATUAN
BARAH SINGAPURA
APA ANDA BOLEH LAKUKAN?
Dapatkan nasihat daripada penyedia jagaan kesihatan, pengurus kes atau pekerja soaial.
Mereka akan dapat memberikan gambaran lebih baik berkenaan anggaran kos rawatan dan membantu anda menguruskan kewangan anda. Jika perlu, mereka juga boleh membantu menentukan jenis bantuan kewangan yang anda layak terima.
BAGAIMANAKAH CARA MEMBIAYAI RAWATAN BARAH SAYA?
Kos rawatan adalah salah satu daripada kebimbangan yang mendesak selepas diagnosis barah. Selain bimbang tentang kesihatan anda, anda juga akan prihatin dengan status kewangan anda. Adakah saya mempunyai perlindungan insurans kesihatan yang cukup untuk menampung kos rawatan? Apakah kos-kos tersembunyi lain? Bolehkah keluarga saya menghadapi masalah kewangan jika saya terpaksa berhenti kerja? Ini beberapa soalan yang mungkin bermain di fikiran anda.
Sebelum anda memulakan rawatan, anda patut berfikir tentang pelbagai kos yang boleh meningkat semasa proses rawatan dan pemulihan anda. Ini akan membantu anda menjejak kewangan anda, memberikan anda masa untuk mencari sokongan dan bantuan kewangan jika perlu. Sesetengah kos lazim bagi penjagaan berkaitan barah termasuk kos pesakit luar, ubat-ubatan, bayaran pengangkutan dan perbelanjaan keluarga, dan lain-lain.
Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang pilihan kewangan sedia ada yang disediakan untuk pesakit barah.
1. Insurans Kesihatan
Perlindungan insurans kesihatan anda memainkan peranan dalam menentukan jumlah kos tambahan yang anda perlu bayar daripada saku anda
sendiri. Jika anda mempunyai pelan insurans kesihatan, pastikan anda memeriksa dengan syarikat insurans anda sebelum memulakan rawatan untuk mengetahui kos perubatan
yang dilindungi.
Memahami cara polisi insurans anda digunakan dan sekatan yang ada boleh menimbulkan cabaran.
Itulah sebabnya penting untuk berbincang dengan ejen insurans anda dan mengenal pasti liputan pelan
anda dan apa yang perlu untuk membuat tuntutan.
2. Skim dan Subsidi Pemerintah
Semua rakyat Singapura dilindungi oleh subsidi pemerintah yang banyak, sehingga 80 peratus daripada jumlah bil di wad akut hospital awam. Tahap-tahap lain perlindungan jagaan kesihatan disediakan oleh skim-skim pemerintah berikut.
Medisave – Skim simpanan perubatan wajib ini membantu rakyat Singapura yang bekerja memperuntukkan sebahagian daripada pendapatan bulanan
mereka untuk perbelanjaan perubatan pada masa depan.
Anda boleh menggunakan simpanan daripada akaun Medisave anda untuk membayar rawatan hospital peribadi atau ahli keluarga terdekat anda, pembedahan hari dan perbelanjaan pesakit luar tertentu. Anda juga boleh menggunakan Medisave anda untuk siasatan berkaitan barah tertentu. Lungsuri www.moh.gov.sg untuk maklumat terkini mengenai had pengeluaran Medisave.
MediShield – MediShield ialah skim insurans perubatan yang direka untuk membantu menampung bil hospital yang besar, yang tidak dapat dilindungi dengan cukup oleh Medisave. Ia meliputi perbelanjaan kemasukan ke hospital dan rawatan pesakit luar tertentu yang diluluskan, seperti kemoterapi dan radioterapi untuk barah. MediShield dikendalikan oleh Tabung Simpanan Pekerja (CPF). Lungsuri www.cpf.gov.sg untuk mengetahui tentang had pengeluaran.
Medifund – Ini jaring keselamatan perubatan yang ditubuhkan oleh Pemerintah untuk membantu rakyat Singapura yang tidak dapat
menampung bil perubatan subsidi mereka, walaupun mempunyai perlindungan Medisave dan MediShield.
Jika anda atau keluarga anda menghadapi masalah membayar bil perubatan, anda boleh bertanya kepada pekerja sosial perubatan di institusi-institusi yang diluluskan Medifund
untuk bantuan.
Lungsuri www.moh.gov.sg untuk mengetahui lebih lanjut.
Medifund – Ini jaring keselamatan perubatan yang ditubuhkan oleh Pemerintah untuk membantu rakyat Singapura yang tidak dapat menampung bil perubatan subsidi mereka, walaupun mempunyai perlindungan Medisave dan MediShield. Jika anda atau keluarga anda menghadapi masalah membayar bil perubatan, anda boleh bertanya kepada pekerja sosial perubatan di institusi-institusi yang diluluskan Medifund untuk bantuan. Lungsuri www.moh.gov.sg untuk mengetahui lebih lanjut.
Medication Assistance Fund – Di bawah skim ini, pesakit Singapura yang layak akan menerima subsidi untuk membayar ubat mahal yang tidak dilindungi di dalam Senarai Ubat Standard tetapi telah dinilai sebagai perlu dari segi klinikal.
Ambil perhatian bahawa sesetengah ubat-ubatan diberikan subsidi hanya untuk keadaan perubatan tertentu dan ada atau tidak ubat itu berbeza di setiap institusi jagaan kesihatan awam.
Untuk mengetahui sama ada anda layak untuk skim ini, pastikan dengan pasukan jagaan kesihatan anda. Lungsuri www.moh.gov.sg untuk mengetahui lebih lanjut.
Prinsip Persatuan Barah Singapura (SCS) ialah sesiapa pun tidak patut menghadapi barah seorang diri akibat masalah kewangan. Sepanjang 50 tahun yang lalu, SCS telah membantu pesakit yang memerlukan di Singapura melalui skim-skim kewangan dan kebajikan berikut.
CARA PERSATUAN BARAH SINGAPURA BOLEH MEMBANTU
Persatuan Barah Singapura ialah sebuah pertubuhan kebajikan sukarela. Program dan perkhidmatannya dibiayai oleh sumbangan orang ramai. Untuk pertanyaan mengenai skim kewangan dan kebajikan SCS, sila hubungi 6421 5877 atau 6421 5878 atau e-mel kepada [email protected].
1. Tabung Penjagaan Barah SCS
Sambil anda cuba menghadapi diagnosis barah anda, anda juga mungkin bimbang dengan keadaan kewangan anda. Perbelanjaan di luar jangkaan, wang dari sakut untuk tambang pengangkutan dan perbelanjaan harian lain boleh menjejas
kewangan anda dan menambah kebimbangan anda.
Untuk melengkapkan skim kewangan dan kebajikan semasa, SCS memperkenalkan Dana Penjagaan Barah. Skim kewangan sekali sahaja yang
baru ini membantu pesakit barah yang baru didiagnosis mengharungi hari-hari permulaan yang sukar dengan meringankan beban kewangan mereka supaya
mereka boleh memberi tumpuan kepada rawatan.
BARAH DAN
PERSEKITARAN KERJA SAYA
Dari awal hingga akhir, tiada apa yang saya ingin sembunyikan daripada bos dan rakan-rakan sekerja. Apabila saya kembali bekerja selepas mendapatkan semula kekuatan, rakan-rakan membantu bagi memudahkan saya kembali ke tugas biasa saya secara beransur-ansur. Saya percaya komunikasi terbuka adalah sangat penting dalam mengekalkan hubungan baik ketika mengharungi barah. Ingat, anda bukan bersendirian menghadapinya.
Berbaik-baiklah dengan orang di sekeliling anda.
Cik Teoh Hooi Leng
Guru
2. Tabung Rawatan Barah SCS
Ditubuhkan pada tahun 2005, Tabung Rawatan Barah SCS menawarkan bantuan kewangan kepada pesakit barah yang memerlukan dengan memberi subsidi bagi sebahagian kos ubat-ubatan kemoterapi dan IMRT (Intensity Modulated Radiation Therapy).
Walaupun tabung ini tidak dapat memenuhi semua keperluan setiap pesakit barah yang memerlukan wang, ia telah menangani kebimbangan ramai pesakit yang sukar membayar belanja perubatan mereka. Sehingga kini, lebih $12 juta telah
diserahkan untuk membantu lebih 3,000 pesakit barah.
Pada masa ini, tabung ini membantu pesakit-pesakit barah yang memerlukan dari Pusat Barah Nasional Singapura, Hospital Besar Singapura, Hospital Universiti
Nasional, Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK dan Hospital Tan Tock Seng.
3. Tabung Bantuan Kebajikan SCS
Sejak tahun 1967, SCS telah menyediakan bantuan kewangan dan pengangkutan percuma kepada pesakit barah yang memerlukan. Skim kewangan ini menyediakan bantuan kewangan sementara dan/atau bekalan perubatan seperti makanan susu dan beg kolostomi kepada pesakit-pesakit daripada keluarga
berpendapatan rendah.
Tanya pekerja kebajikan perubatan daripada hospital, hospis atau pejabat khidmat kebajikan untuk mengetahui jika anda layak menerima bantuan kewangan.
Proses permohonan dan kelulusan untuk kes-kes bantuan kebajikan adalah tertakluk pada kriteria kelayakan dan penilaian kewangan, yang akan dikaji oleh
Jawatankuasa Bantuan Kebajikan.
4. Skim Pengangkutan Hospital SCS
Skim pengangkutan percuma SCS membantu pesakit yang memerlukan bantuan kewangan untuk perjalanan dari rumah mereka ke hospital yang disusun semula untuk mendapatkan rawatan. Pada masa ini, khidmat ini disediakan melalui van
penumpang kami dan pemandu sukarela.
Pemilihan bagi khidmat ini adalah berdasarkan saranan pekerja kebajikan perubatan setiap hospital dan bergantung kepada sama ada ia disediakan atau tidak. Sila hubungi pekerja kebajikan perubatan anda atau SCS jika anda
memerlukan khidmat ini.
5. Program Membantu Kanak-kanak dan Belia SCS
Program membantu kanak-kanak dan belia SCS (HCYP) cuba membantu kanak- kanak dan remaja yang pernah mengalami kesan barah, sama ada secara langsung sebagai pesakit atau tidak langsung seperti orang yang disayangi mereka adalah pesakit. Mengharungi barah sangat mencabar – dari segi kewangan, emosi, psikologi dan rohani – kepada kanak-kanak dan remaja ketika mereka berjuang mencari makna dan tujuan kehidupan dalam kesulitan mereka. Melalui aktiviti-aktiviti yang bermakna, golongan muda diberi kuasa dengan alat-alat yang diperlukan
untuk mengharungi kehidupan sambil menghadapi kesan barah. Program ini terdiri daripada 5 komponen berikut:
• Skim Bantuan Kewangan Pendidikan
• Program Tuisyen
• Penglibatan Belia dan Perkhemahan
• Penglibatan Keluarga
• Penyampaian Hadiah Buku