CTU 551 – TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
Maruwiah Ahmat
1
HASIL PEMBELAJARAN
• Menghuraikan teorikedatangan Islam dan faktor Islamisasi Alam Melayu.
• Menjelaskan pencapaian tamadun Melayu. • Menjelaskan aplikasi
nilai-nilai Islam di Malaysia
2 KANDUNGAN BAB 3 TAMADUN MELAYU
3.1 Islam dalam Tamadun Melayu 3.2 Sejarah Pencapaian Tamadun Melayu 3.3 Penghayatan Nilai-nilai Islam di Malaysia
3
PENGENALAN
Sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang digolongkan secara luas sebagai kumpulan orang Melayu dan bertempat di suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti Gugusan Kepulauan Melayu, gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu dan Tanah Jawi, Nusantara
Kepulauan Easter (LautanPasifik) hingga Madagaskar (LautanHindi), Formosa hingga ke New Zealand, diaspora Melayu pinggiran di Afrika Selatan, Sri Lanka, TimurTengah, Australia Barat, Britain.
Istilah Melayu boleh ditakrifkan berdasarkan: • Rumpun bangsa dan bahasanya iaitu Melayu.
• Tergolong dalam cabang Melayu-Indonesia bersama-sama suku Jawa, Sunda, Madura, Aceh, Minangkabau, Bajau, Murut, Bugis, Sasak, Melanau, Iban, Sulu dll.
PENGENALAN
4• Alam Melayu
termasuk
wilayah Asia
Tenggara yang
termasuk
pulau-pulau Melayu
seperti Borneo,
Sumatera,
Kepulauan Riau,
Jawa, Maluku,
Luzon, dan
Mindanao.
5
PENGENALAN
• Tiada bukti kewujudan
manusia di Alam Melayu pada
zaman Pleistosen.
• Fosil Java Man (tulang paha,
tengkorak, gigi) lebih mirip
mawas ditemui di Sangiran,
Jawa Tengah, Indonesia.
• Tiada bukti/ penemuan
artifak/fosil yang mewakili
budaya zaman ini.
ORANG MELAYU
6
PENGENALAN
1. Rangka lengkap manusia tertua.
2. Berusia kira-kira 11K tahun 3. Ditemui pada 1991 di Gua
Gunung Runtuh, Bukit Kepala Gajah, Lenggong.
4. Dari Zaman Paleolitik 5. Berusia 40-50 tahun ketika
mati 6. Panjang 157cm 7. Dikebumikan spt janin
bersama cengkerang, tulang haiwan, alat batu PERAK MAN
7
Terdapat 2 jenis kepercayaan yang menguasai Alam
Melayu iaitu:
1. Amalan warisan budaya tempatan yang kuat
berpegang kepada aninisme dengan
mempercayai wujudnya roh yang boleh
menguasai manusia.
2. Pengaruh Hindu-Buddha, ajaran Hindu-Buddha
yang mengagongkan dewa dewi telah
mempengaruhi masyarakat Melayu. Budaya
agama Hindu masih mempengaruhi masyarakat
Melayu.
8
• Pengaruh agama Hindu dari kitab-kitab Mahabratha,
Bhagawad Gita dan Baratayudha mempengaruhi
kesenian masyarakat Melayu.
Contoh seperti wayang kulit.
KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
9
China
India
Arab
TEORI KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYUKEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
10 Islam dari India
• Teori ini dibawa oleh sarjana Barat – Snouck Hugronje, Moquette, Brian Harrison, Thomas Arnorld, Weirtheim. • Kerana telah ada hubungan perdagangan masyarakat
Nusantara dengan pedagang India Muslim di sekitar abad ke-13 M.
• "…Setelah sebahagian bangsa India memeluk Islam, maka
orang Islam dari India turut mengambil bahagian lalulintas dan emigrasi di Nusantara, dan mereka itulah yang memasukkan Islam ke wilayah Nusantara.” – Snouck
Hugronje
• Namun orientalis Barat tidak sepakat dari mana tempatnya, sama ada Gujerat, Banggala atau Malabar.
ISLAM DARI INDIA
KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
11
• Alasan yang mengukuhkan teori ini: – Batu-batu nisan awal yang
dijumpai di A.M telah diimport dari Kambay (Kembayat) Gujerat. – Peranan penting yang dimainkan oleh pedagang-pedagang Gujerat di Kepulauan Melayu dan kesannya terhadap penyebaran Islam.
– Tradisi kesusasteraan Melayu lebih mirip kepada tradisi India Islam.
Nisan India
KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
12 • Gujerat – Kebanyakan orientalis dan G. P. Moquette; hujah -
batu nisan di Pasai (Maulana Malik Ibrahim) bertarikh 1428 M dan Gerisek (Umar ibn Ahmad Kazaruni) 1419 M mempunyai bentuk di Gujerat.
• Tolak - Tetapi Kesultanan Pasai telah menerima Islam pada tahun 1042 M lagi, sedangkan Gujerat menerima Islam semasa berada di bawah Kesultanan Delhi iaitu tahun 1301 M.
• Banggala atau Malabar – Thomas Arnorld & B. Harrison; hujah - pedagang Mazhab Syafie yang terdapat di daerah-daerah ini adalah sama mazhab dengan mazhab di Nusantara. Sedangkan di Gujerat Mazhab Hanafi.
• Tolak – mereka mengatakan Islam datang pada abad ke-13 M, tetapi Islam telah bertapak di Nusantara sejak abad ke-7 M lagi berdasarkan batu nisan di Jawa.
13 Kelemahan teori ini juga:
• Kajian mutakhir – perhubungan di antara Alam Melayu dan Tanah Arab wujud sebelum lahirnya Islam lagi. Tidak tepat mengatakan Islam dari India berdasarkan batu nisan yang dijumpai menyerupai India.
• Bukan hanya pedagang India sahaja berdagang di Alam Melayu tetapi juga dari tempat lain seperti dari Arab dan China.
• Tradisi kesusasteraan berkembang lewat setelah Islam lama bertapak dan berkembang luas di India.
14
ISLAM DARI CHINA
• Berdasarkan laporan bahawa China telah menerima sejak zaman pemerintahan Maharaja Ta’I Tsuing dari Dinasti Pang (627-650M. • Dikatakan bahawa Rasulullah s.a.w
menghantar Wahab Abi Kabsyah dan akhirnya meninggal dunia di Canton. • Khalifah Uthman pula menghantar
Sa’ad bin Abi Waqas dan mengasaskan sebuah masjid di Canton.
KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
15
• Prof. S. Q. Fatimi – perpindahan beramai-ramai orang Islam dari Canton 876 (atau 878 M) akibat pemberontakan yang berlaku hingga korbankan 100,000 - 150,000 orang Islam: • Mereka yg selamat pergi ke
Alam Melayu, antaranya menurut S. Naquib ke Kedah dan Palembang. Selain itu ke Champa, Brunei, pantai timur Tanah Melayu (Patani, Kelantan, Terengganu & Pahang) dan Jawa Timur.
KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
16 • Hujah-hujah
– Di Champa terdapat dua inskripsi yang menguatkan lagi dakwaan sesetengah ahli sejarah mengenai kedatangan Islam di bawa dari daerah tersebut.
– Terdapat sebuah batu nisan yang bertulis "Khat Kufi"
bertarikh 1039 masihi dah sebuah Monumen "tugu“ bertarikh 1025 masihi. Pada Monumen tersebut terdapat catatan yang berhubung dengan hukum-hukum Islam.
KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
17
• Selain itu, terdapat sebuah batu nisan yang dikatakan seorang wali Allah keturunan Arab, bertarikh 419 H / 1028M yang dijumpai di Pekan, Pahang.
• Batu Bersurat Terengganu yang dijumpai di Kuala Berang bertarikh 702 H / 1303 M juga dikatakan bukti yang kukuh.
• Antara kandungan pada batu bersurat itu ialah ayat Al-Quran dan arahan-arahan yang dikenakan ke atas orang Islam supaya mematuhi hukum Allah.
18
KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
• Selain itu, kisah perdagangan di antara saudagar Oman dengan saudagar China di Kedah tercatat dalam karangan seorang pelaut Arab yang bernama Sulaiman di dalam kitabnya
Akhbar-Al-Sinwal-Hind (851 M).
• Di dalamnya tercatat nama-nama seperti Ramni (Lamiri), Barus (Fansur). Di samping itu, Ibn Khordadheh juga ada menyebut nama-nama pelabuhan yang dinyatakan di atas dalam kitabnya yang berjudul Kitab
19
• Bukti lain:
– Hubungan diplomatik dgn
China
– Bentuk masjid = pagoda di
Kelantan, Melaka dan Jawa
20
• Teori ini mendapat sokongan ramai pada masa kini. • Menyatakan kedatangan Islam
ke Alam Melayu sejak abad 7M. • Melalui 3 tahap:
1. Persinggahan 2. Pertapakan 3. Secara meluas.
KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
21
• Pengislaman ke negeri-negeri Melayu adalah langsung dari Makkah iaitu dengan terutusnya Syeikh Ismail oleh Sharif Makkah yang singgah di Malabar untuk mengambil 'Fakir Muhammad' (keturunan Abu Bakar Al-Siddiq) menyertainya ke Nusantara utk mengislamkan Merah Silu dan menggunakan nama Sultan Malik al-Salih.
• Pengislaman Parameswara dilakukan oleh Sayyid Abdul Aziz yang datang dari Jeddah.
TEORI ISLAM DARI TANAH ARAB DAN PARSI ISLAM DARI TANAH ARAB
KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
22
• Pengaruh Asia Barat dalam tulisan jawi, yang mana tulisan Jawi adalah menggunakan huruf-huruf yang sama dengan huruf Arab.
• Ada pendapat mengatakan bahawa penambahan huruf-huruf seperti ga, cha, dari pengaruh Parsi. Sementara huruf nga pa, dan nya ialah huruf tempatan yang di ubah suai dari huruf arab untuk memenuhi keperluan tempatan.
KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
23
• Seni khat / kaligrafi
yang terdapat di
masjid dan istana.
KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
24
• Seni suara seperti
qasidah, marhaban,
berzanji, nasyid dan
lain-lain.
25
• Pengaruh bahasa Arab dalam bahasa Melayu. Di katakan lebih 7000 perkataan Arab diguna pakai dalam bahasa Melayu.
• Seperti nama-nama hari, kertas, dakwat, murid, madrasah dan sebagainya. • Selain itu penggunaan istilah
sultan, khalifah, menggantikan raja.
26
• Hubungan Kerajaan Khalifah Uthmaniah dengan Alam Melayu.
Contoh Meriam Turki Uthmaniyyah di Aceh
KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
Contoh Armada Kapal Uthmaniyyah ke Aceh
27
KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
28 Utusan Muhammad Dawud Syah kepada Sultan Abdul Hamid II mengenai serangan Belanda di Indonesia 26 June 1897
KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
29
Yaman
India
Nusantara Arab Saudi
China
FAKTOR PEMANGKIN ISLAMISASI DI ALAM
MELAYU
30 KEUNGGULAN ISLAM PERANAN PEMERINTAH PERKAHWINAN POLITIK/PENAKLUKAN PERDAGANGAN PENDAKWAHAN
HUBUNGAN DIPLOMATIK
31 KEUNGGULAN ISLAM
• Agama yang mudah difahami. • Menekankan kesamarataan
dan keadilan.
• Bersifat rasional dan praktikal dalam pelbagai bidang sama ada politik, ekonomi mahupun sosial
• Mengutamakan akhlak dan kehalusan budi. • Menganjurkan kebersihan
serta kesucian jasmani dan rohani.
32 PERANAN RAJA-RAJA / PEMERINTAH
– Konsep pendewaan terhadap pemerintah, daulat dan derhaka tertanam dalam jiwa. Bila pemerintah atau raja masuk Islam → rakyat pun turut masuk Islam
– Hikayat Merong Mahawangsa -pengIslaman Kedah. – Hikayat Patani – pengislaman
Patani.
FAKTOR PEMANGKIN ISLAMISASI DI ALAM
MELAYU
33 PERKAHWINAN
• Terdapat pedagang yang berkahwin dengan penduduk tempatan kerana pedagang-pedagang merupakan orang kaya dan sering dikagumi penduduk tempatan. • Setelah kahwin, biasanya keluarganya pun akan memeluk
Islam.
• Terdapat juga pedagang yang berkahwin dengan puteri pemerintah tempatan. Oleh itu Islam lebih mudah tersebar. • Terdapat juga perkahwinan wanita Islam dengan lelaki
bukan Islam.
FAKTOR PEMANGKIN ISLAMISASI DI ALAM
MELAYU
34 POLITIK DAN PENAKLUKAN
– Peperangan bukanlah satu cara untuk menyebarkan Islam sebagaimana pendapat para orientalis:
– Penaklukan Melaka ke atas Pahang bukanlah bertujuan untuk mengislamkan Pahang tetapi lebih kepada matlamat politik kerana Pahang dikatakan kaya dengan emas. – Pengislaman ke atas negeri yang ditakluk adalah lebih
mudah di bawah pemerintahan yang sama.
FAKTOR PEMANGKIN ISLAMISASI DI ALAM
MELAYU
35
• PERDAGANGAN
– Para pedagang berdakwah mengembangkan Islam selain dari berdagang.
– Ini dijelaskan oleh Marco Polo tentang pengislaman Perlak 1292M.
– Peranan pegawai perdagangan dalam negeri Islam di Alam Melayu seperti Syahbandar Melaka menyebabkan ramai pedagang masuk Islam.
FAKTOR PEMANGKIN ISLAMISASI DI ALAM
MELAYU
36 PENDAKWAHAN
– Pendakwahan para ulama dan ahli sufi lebih meluas dan berkesan.
– Dakwah lebih mudah kerana akhlak baik mereka. – Semasa pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz –
hantar pendakwah ke seluruh pelusuk termasuk Alam Melayu.
– Abad 10M – semasa kelemahan kerajaan Bani Abasiyyah lemah ada ahli sufi yang berdakwah keluar dari Tanah Arab. Merekalah yang memainkan peranan penting dalam penyebaran dakwah di Alam Melayu abad 13M dan selepasnya.
– Lahir ulama di Alam Melayu seperti Hamzah Fansuri, Abdul Rauf al-Singkeli, Wali Songo dll.
37 HUBUNGAN DIPLOMATIK
– Melaka telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan China pada 1404 untuk melindunginya dari ancaman Siam.
– Dasar perlindungan China terhadap negeri-negeri di Alam Melayu bertujuan politik dan menyebarkan Islam. – Perlindungan terhadap Melaka
memberikan impak yang sama terhadap negeri-negeri di Kepulauan Melayu yang lain seperti Kedah, Johor,
Kampar dsb. 38
• Pencapaian tamadun Melayu menjadi bukti
kegemilangan bangsa Melayu pada lembaran sejarah
silam. Pencapaian ini boleh dilihat daripada aspek
material (benda), intelektual (ilmu pengetahuan) dan
spiritual (agama/kepercayaan).
• Pencapaian Tamadun Melayu banyak mempengaruhi
perkembangan tamadun Malaysia sekali gus
mengaplikasikan tamadun Islam dalam semua aspk
kehidupan.
Kerajaan Sribuza Islam, Palembang
• Kerajaan Samudera-Pasai, Acheh • Kerajaan Melayu Melaka
Kerajaan Islam Demak, Jawa
• Kerajaan Acheh Darussalam • Kerajaan Pattani, Thailand
Kerajaan Buton, Ternate
• Kerajaan Johor Riau Lingga • Kerajaan Brunei Darussalam
SEJARAH PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU
39 KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM DI ALAM MELAYU
SEJARAH PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU
40 • Kota Pasai • Kota Melaka • Kota Aceh • Istana Demak • Istana Banten
Pembentukan ibu kota dan istana pemerintah
• Undang-undang Laut Melaka • Hukum Kanun Melaka • Kanun Meukuta Alam • Undang-Undang Kedah • Hukum Kanun Pahang • Undang-undang 99, Perak
Sistem pemerintahan bertulis (Manuskrip Melayu):
SEJARAH PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU
41
PENDIDIKAN
– Wujud pendidikan formal
dan informal.
– Wujud institusi pendidikan:
masjid, madarasah,
muenasah, pondok, surau,
langgar, dayah, pesantren.
– Penulisan dan penyalinan
naskhah kitab berdasarkan
manuskrip Melayu
SEJARAH PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU
42
SOSIAL DAN BUDAYA
– Budaya menulis: manuskrip
Melayu
– Budaya berpuisi: pantun &
gurindam
– Tradisi lisan: tukang cerita,
tok dalang, tok selampit.
– Budaya beradat dan pantang
43 EKONOMI
– Pelabuhan Melaka – Pelabuhan Aceh – Pelabuhan Betawi – Penggunaan mata wang :
– Mata wang Kesultanan Melayu Melaka – Mata wang Kesultanan
Aceh
44
• Kemunculan intelek Melayu:
– Hamzah Fansuri – Shamsuddin al-Sumaterani – Nuruddin al-Raniri, – Abdul Rauf Singkel – Abdul Samad al-Palembani
• Kecenderungan Sultan-Sultan mempelajari
Islam:
– Sultan Mansur Syah dalam Kesultanan Melaka – Sultan Alauddin Riayat Syah dalam Kesultanan
Selangor
SEJARAH PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU
45
BAHASA DAN SASTERA
Pertambahan kosakata dalam bahasa Melayu dari bahasa Arab, India dan Cina.
Penghasilan manuskrip Melayu dalam sastera prosa dan puisi.
Penggunaan tulisan Jawi.
SEJARAH PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU
46
KESENIAN DAN
KEMAHIRAN PEMBUATAN
– Seni bina: rumah, masjid & wakaf
– Seni kraftangan: tenun, anyaman, sulaman & tekat
– Seni tekstil & seni tembikar – Peralatan rumah
berasaskan kayu dan peralatan menulis
PENGHAYATAN NILAI ISLAM DI MALAYSIA
47
• Dasar penerapan nilai-nilai islam dalam pentadbiran diperkenalkan 1985
• Usaha kerajaan untuk memasukkan unsur-unsur islam dalam pentadbiran kehidupan rakyat malaysia • Membimbing dan membentuk akhlak yang
berfaedah dalam kehidupan setiap rakyat ke arah ketinggian maruah
• Menanam nilai-nilai murni ke dalam sistem pentadbiran negara.
Dasar Penerapan Nilai Islam di Malaysia
PENGHAYATAN NILAI ISLAM DI MALAYSIA
48
• Membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang
bermaruah, beridentiti kukuh dan disegani oleh
masyarakat lain
• Menubuhkan sebuah 'negara bahagia’
• Menghapuskan sikap yang negatif dalam
menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan
• Menghasilkan perkhidmatan yang bermutu.
OBJEKTIF DASAR PENERAPAN NILAI ISLAM DI MALAYSIA49 PENTADBIRAN PERUNDANGAN SOSIAL PENDIDIKAN EKONOMI KESENIAN PENGHAYATAN NILAI-NILAI ISLAM DI MALAYSIA
50
• Kerajaan telah menubuhkan sebuah kementerian yang diletakkan di bawah portfolio Perdana Menteri yang dinamakan sebagai Jabatan Perdana Menteri. • Jabatan ini khusus untuk memberi perhatian tentang pelaksanaan agama
Islam di Malaysia secara keseluruhan.
• Badan-badan Islam yang lain adalah termasuk di bawah tanggungjawab jabatan ini.
JABATAN PERDANA MENTERI – HAL EHWAL AGAMA ISLAM
• Memastikan ajaran Islam tersebar serta terpelihara kesuciannya di kalangan masyarakat dengan penuh dedikasi, cekap dan berkesan
• Membangun dan meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran Hal Ehwal Islam di kalangan pengurus dan pentadbir agensi kerajaan, NGO’S dan pemimpin masyarakat;
• Membentuk para daie’ yang berdisiplin, berwawasan, berketerampilan dan profesional.
JAKIM PENTADBIRAN
PENGHAYATAN NILAI ISLAM DI MALAYSIA
51
• Pelbagai badan dan institusi telah ditubuhkan oleh kerajaan dan swasta yang berperanan memantapkan syiar Islam di Malaysia.
• Antara badan-badan tersebut seperti YADIM, ABIM, IKIM, PERKIM dan banyak lagi.
• Badan-badan tersebut mmepunyai fungsi-fungsi yang khusus untuk menjaga kepentingan masyarakat Islam di Malaysia.
PERANAN PELBAGAI BADAN DAN INSTITUSI ISLAM
• Di peringkat pentadbiran negeri, setiap negeri mempunyai majis Islam masing-masing yang menjaga hal ehwal Islam di kawasan masing-masing. • Antara majlis Islam tersebut seperti MAIS, MAIK, MAIM, MAINS dan lain-lain.
MAJLIS ISLAM NEGERI
PENGHAYATAN NILAI ISLAM DI MALAYSIA
52 EKONOMI PERBANKAN ISLAM DAN TAKAFUL INSTITUSI ZAKAT/BAITUL MAL INSTITUSI WAKAF LEMBAGA TABUNG HAJI YAYASAN PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM MALAYSIA (YaPIEM) AMANAH IKHTIAR MALAYSIA
PENGHAYATAN NILAI ISLAM DI MALAYSIA
53 • Mahkamah Syariah di Malaysia menjalankan tugas yang
diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan. • Pindaan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan pada
1988 memberi Mahkamah Syariah bidang kuasa berasingan daripada mahkamah sivil, menjadikan Mahkamah Syariah bebas daripada campur tangan mahkamah biasa dan dianggap setaraf. Kuasa Mahkamah Syariah adalah di bawah enakman negeri antaranya:
• MAHKAMAH RENDAH SYARIAH • MAHKAMAH TINGGI SYARIAH • MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH
MAHKAMAH SYARIAH
PERUNDANGAN
PENGHAYATAN NILAI ISLAM DI MALAYSIA
54
• Pengislaman & Pemulihan Akidah • Pentadbiran Zakat • Pentadbiran & Pengurusan
• Wakaf, Faraid, Wasiah, Fidyah & kaffarah, Hartanah Baitulmal
PERANAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI DAN JABATAN-JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI
• Memperuntukkan kumpulan agama membentuk dan menyelenggara institusi
• Termaktub dalam perkara 12(2) PPM • Mentakrifkan orang Melayu sebagai yang yang
menganut agama Islam • Perkara 160(2) PPM
PERUNTUKAN KUASA KEPADA KETUA AGAMA ISLAM DI SETIAP NEGERI
55
• Kedudukan Sultan dan raja-raja Melayu dalam PPM termaktub dalam Perkara 3(2)
• Sultan dan Yang Dipertuan Agong menjadi ketua Agama Islam
YANG DIPERTUAN AGUNG SEBAGAI KETUA AGAMA ISLAM
• Kedudukan Agama Islam dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia(PPM) Termaktub dalam Perkara 3(1) • Agama Islam menjadi agama Persekutuan
KEDUDUKAN AGAMA ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 56 SOSIAL PENGUKUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM PEMBANGUNAN INSTITUSI MASJID PROMOSI MAKANAN HALAL (HUB HALAL
ANTARABANGSA PENGHAYATAN AL-QUR’AN MEMBANGUNKAN SYIAR ISLAM
MEDIA
ISLAM
KESENIAN
ISLAM
KALIGRAFI
ISLAM
SENIBINA
ISLAM
PENGHAYATAN NILAI ISLAM DI MALAYSIA
57
KESIMPULAN
• Tamadun Melayu telah bermula lebih awal sebelum kedatangan Islam.
• Dicatatkan zaman Hindu-Buddha, Melayu telah mempunyai pemerintahan dan berkebudayaan sendiri.
• Walau bagaimanapun tamadun Melayu hanya bersemarak dan terus mantap setelah kedatangan Islam pada awal abad ke-15. Walaupun Islam telah sampai lebih awal, perkembangan syiar Islam semakin pesat setelah raja-raja di Tanah Melayu memeluk Islam sepenuhnya.
• Kini Islam menjadi agama orang Melayu. Orang Melayu sinonim dengan Islam.
• Sebagai agama rasmi Malaysia, Islam telah merancakkan lagi pembangunan negara selaras dengan tuntutan agama.