• Tidak ada hasil yang ditemukan

SP 2: PELAKSANAAN AKTIVITI PEMBELAJARAN PERMATA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SP 2: PELAKSANAAN AKTIVITI PEMBELAJARAN PERMATA"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

2.1 MAIN BEBAS YA TIDAK CATATAN 2.1.1 Pendidik memberi peluang kanak-kanak memilih

alat-alat mainan yang diminatinya.

2.1.2 Kanak-kanak diberikan masa yang cukup untuk bermain sendiri mainan yang disukainya.

2.1.3 Pendidik mengesan minat kanak-kanak daripada aktiviti main bebas mereka.

2.2 MAIN PASIR YA TIDAK CATATAN

Sebelum Main Pasir

2.2.1 Kanak-kanak memakai kasut dan pakaian ganti sebelum keluar.

2.2.2 Pendidik memantau kanak-kanak mengambil alatan sand play dan bermain dengan baik dengan rakan-rakan.

Semasa Main Pasir YA TIDAK CATATAN

2.2.3 Pendidik bermain bersama kanak-kanak, memberi ransangan dan galakan untuk mereka meneroka dan bergembira bermain pasir.

2.2.4 Pendidik memastikan aspek keselamatan dijaga dan memantau supaya tidak ada sebarang masalah, seperti kanak-kanak membaling pasir ke arah kawan dan berebut alat mainan.

2.2.5 Pendidik menggalakkan kanak-kanak berfikir

mengenai konsep awal sains atau awal matematik yang mereka pelajari dari aktiviti main pasir.

2.2.6 Pendidik memberi perhatian kepada kanak-kanak yang berkudis, alahan, luka atau tidak sihat agar tidak bermain pasir.

Selepas Main Pasir YA TIDAK CATATAN

2.2.7 Kanak-kanak membersihkan alatan dan menyimpan di dalam bekas yang disediakan.

2.2.8 Kanak-kanak membasuh tangan dan kaki menggunakan sabun selepas bermain pasir.

2.2.9 Kanak-kanak menanggalkan pakaian dan mandi jika agak kotor selepas bermain pasir.

SP 2: PELAKSANAAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

PERMATA

STANDARD PEMATUHAN 2

(2)

2.3 MAIN AIR YA TIDAK CATATAN Sebelum Main Air

2.3.1 Pendidik memastikan kanak-kanak memakai pakaian yang sesuai, memberi arahan dengan jelas sebelum bergerak ke kolam/bekas air.

2.3.2 Pendidik telah memeriksa kolam/bekas air untuk memastikan keselamatan kanak-kanak dan sentiasa mengawasi pergerakan kanak-kanak dengan teliti semasa mereka mengambil alat mainan air yang disediakan.

Semasa Main Air YA TIDAK CATATAN

2.3.3 Pendidik bermain bersama kanak-kanak sambil mengawal keselamatan kanak-kanak.

2.3.4 Pendidik membantu kanak-kanak memahami konsep pembelajaran bermain air, memberi ransangan, menggalakkan penerokaan dan menyoal dengan pelbagai soalan.

2.3.5 Pendidik memastikan kanak-kanak bergembira bermain sambil belajar sesuatu dari pengalaman main air

Selepas Main Air YA TIDAK CATATAN

2.3.6 Kanak-kanak diarah menyimpan alat mainan air ke dalam bekas yang disediakan.

2.3.7 Pendidik menyelia kanak-kanak masuk ke bilik mandi, menanggalkan pakaian dan mandi (jika perlu). Pakaian basah dimasukkan ke dalam bekas yang disediakan. 2.3.8 Kanak-kanak diajar mengemas diri dengan baik.

2.4 NATURE WALK YA TIDAK CATATAN

2.4.1 Pendidik merancang aktiviti nature walk khususnya untuk menerapkan pemahaman tentang dunia persekitaran, perkembangan awal matematik, perkembangan sosio-emosi dan nilai estetika serta kerohanian (mengkagumi kebesaran Yang Maha Pencipta).

2.4.2 Sebelum nature walk, kanak-kanak dipastikan memakai kasut dan beratur mengikut kumpulan umur.

2.4.3 Pendidik memanggil nama dan mengira bilangan kanak-kanak yang turut serta dalam nature walk. 2.4.4 Pendidik menerangkan peraturan keselamatan kepada

kanak-kanak, dan memberitahu apa yang hendak dilihat semasa aktiviti.

2.4.5 Kanak-kanak mengenakan tali skipping (jika perlu) dan bergerak dalam kumpulan dengan teratur. Jika melintas jalan, kanak-kanak diajar cara melintas jalan.

2.4.6 Pendidik mesti selalu peka dan cekap mengawasi kanak-kanak terutama jika ada yang menyentuh, mengambil atau memegang sesuatu objek atau tumbuhan.

(3)

2.4.7 Pendidik hendaklah merangsang deria dan pemikiran kanak-kanak menjadi suka ingin tahu, suka bertanya, dan menyedari serta menghayati keindahan alam. 2.4.8 Selepas aktiviti, kanak-kanak dipastikan mencuci kaki

dan tangan dan berbincang tentang apa yang telah dilihat.

2.5 AKTIVITI MANIPULATIF YA TIDAK CATATAN

2.5.1 Pusat/taska menyediakan pelbagai peralatan mainan untuk aktiviti main manipulatif.

2.5.2 Bayi dan kanak-kanak digalakkan bermain dengan alat mainan manipulatif setiap hari.

2.5.3 Pusat/taska telah menyediakan alat-alat main

manipulatif utama yang dicadangkan dalam Buku Garis Panduan Penyediaan Peralatan Kurikulum PERMATA Negara (2008) (misalnya puzzle, blok mainan (berwarna), blok kayu, playard dan bola berwarna, cantuman bentuk (shape sorting box), mainan skru, manik besar dan mainan cantuman bayi)

2.5.4 Pendidik sentiasa bersama bayi dan kanak-kanak semasa main manipulatif untuk merangsang kebolehan berfikir mereka.

2.5.5 Selepas aktiviti, kanak-kanak digalakkan menyimpan alat-alat mainan dalam bakul atau di tempat asalnya sebagai latihan urus diri dan kebersihan taska.

2.6 AKTIVITI SENI DAN KRAF YA TIDAK CATATAN

2.6.1 Aktiviti Menggunting dan Menampal

2.6.1.1 Pendidik menyediakan peralatan seperti gunting, gam, kertas dan tuala lembab (untuk mengelap tangan).

2.6.1.2 Pendidik menunjuk cara yang betul memegang gunting, arah gunting dihalakan, dan aktiviti yang akan dijalankan.

2.6.1.3 Pendidik memberi bimbingan kepada kanak-kanak yang belum mahir cara menggunakan gunting dan menggalakkan mereka mencuba sendiri.

2.6.1.4 Pendidik telah mengambil langkah-langkah keselamatan dan sentiasa mengawasi kanak-kanak semasa aktiviti berjalan

2.6.1.5 Pendidik memastikan kanak-kanak dapat menghasilkan tampalan.

2.6.1.6 Pendidik bersama kanak-kanak mengemas dan membersihkan ruang yang telah digunakan. 2.6.1.7 Pendidik membina keyakinan diri kanak-kanak dan

memuji hasil seni kanak-kanak.

(4)

2.6.2.1 Pendidik menyediakan ruang dan alatan yang sesuai untuk aktiviti mewarna dan mengecat.

2.6.2.2 Kanak-kanak memakai apron/baju lama supaya baju mereka tidak kotor.

2.6.2.3 Pendidik memperkenalkan alatan/warna-warna yang disediakan, dan menerangkan cara mengecat, misalnya lukisan span, lukisan kanji, straw atau cap jari/tangan.

2.6.2.4 Pendidik memberi galakkan kepada kanak-kanak mencuba sendiri sambil memuji hasil kerja mereka. 2.6.2.5 Kanak-kanak menjalankan aktiviti dalam keadaan

tenang, ceria, gembira dan terangsang.

2.6.2.6 Pendidik membantu kanak-kanak mengemas dan membersihkan meja/lantai dan memastikan kanak-kanak mencuci tangan.

2.6.2.7 Pendidik menunjukkan minat dan menghargai hasil kerja kanak-kanak.

2.7 AKTIVITI FIZIKAL (PERMAINAN LUAR / OUTDOOR

PLAY) YA TIDAK CATATAN 2.7.1 Pendidik merancang aktiviti fizikal untuk kanak-kanak

dengan tujuan untuk membantu perkembangan fizikal dan sosial kanak-kanak.

2.7.2 Pendidik menyediakan alat permainan yang diperlukan dan memastikan alatan mencukupi untuk semua kanak-kanak.

2.7.2 Kanak-kanak beratur dan bersedia (memakai kasut/ selipar) sebelum keluar dari bangunan.

2.7.1 Pendidik menunjukkan cara bermain dan mengguna alat permainan dengan betul.

2.7.2 Pendidik terlibat bermain bersama kanak-kanak. 2.7.3 Pendidik pantas memerhati dan mengawasi

kanak-kanak semasa bermain bagi memastikan keselamatan mereka, bertindak segera jika keadaan merbahaya atau berlaku kemalangan atau kecederaan.

2.7.4 Selepas bermain, kanak-kanak mengemas/menyimpan alat permainan

2.7.5 Kanak-kanak mencuci tangan dan kaki dan beratur dengan baik untuk masuk ke dalam bangunan.

Kepatuhan Menggunakan Alat-alat Permainan Luar YA TIDAK CATATAN (1) Buaian

2.7.6 Pendidik memastikan kanak-kanak tidak menghayun buaian terlalu laju.

2.7.7 Mengingatkan kanak-kanak tidak berada di depan atau di belakang buaian ketika kanak-kanak lain bermain buaian.

(5)

pemegang semasa menghayun buaian.

2.7.9 Pendidik sentiasa mengawasi kanak-kanak ketika mereka sedang bermain.

2.7.10 Pendidik memberi peluang bermain kepada semua kanak-kanak dengan cara membuat giliran.

(2) Jongkang-jongket YA TIDAK CATATAN

2.7.11 Kanak-kanak bermain jongkang-jongket dengan cara yang betul dan bilangan kanak-kanak seimbang di kedua-dua belah

2.7.12 Kanak-kanak memegang besi pemegang dengan kuat 2.7.13 Kanak-kanak tidak turun dengan serta merta, kerana

boleh menyebabkan rakan mereka yang berada di hujung jatuh

2.7.14 Kanak-kanak tidak memanjat/duduk di tengah jongkang-jongket.

(3) Gelongsor YA TIDAK CATATAN

2.7.15 Kanak-kanak bermain gelongsor dengan betul, naik ikut tangga dan turun ikut papan gelongsor (Tidak membenarkan mereka naik melalui papan gelongsor). 2.7.16 Tiada kanak-kanak lain berada di hadapan gelongsor

semasa kanak-kanak sedang menggelongsor turun (mengelak kemalangan).

2.7.17 Tidak lebih daripada tiga orang bermain dalam satu-satu masa dan berdiri di atas papan gelongsor (mengelak dari tolak menolak).

2.7.18 Pendidik sentiasa mengawasi dan memberi teguran pada kanak-kanak yang tidak mematuhi peraturan.

2.8 AKTIVITI BAHASA DAN LITERASI AWAL YA TIDAK CATATAN 2.8.1 Aktiviti Membaca

2.8.1.1 Pendidik merancang aktiviti membaca setiap hari untuk membantu perkembangan bahasa bayi dan kanak-kanak.

2.8.1.2 Pusat/taska menyediakan pelbagai jenis buku

mengikut umur dan kebolehan bayi dan kanak-kanak, contohnya buku untuk bayi, buku besar, buku sensori, dan buku abjad, buku nombor dan buku cerita kanak-kanak.

2.8.1.3 Kanak-kanak diajar menggunakan buku dengan betul, menjaga buku dan menyayangi buku.

2.8.1.4 Pusat/taska menyediakan persekitaran yang kaya literasi, abjad, gambar, perkataan, flash cards dsb. 2.8.1.5 Pendidik memperkenalkan bacaan kepada

(6)

2.8.1.6 Pendidik menggalakkan kanak-kanak berinteraksi dengan model berbahasa orang dewasa.

2.8.1.7 Pendidik suka berbual dengan kanak-kanak. 2.8.1.8 Pendidik melaksanakan aktiviti pembelajaran bahasa

dan literasi dengan pelbagai cara yang menarik.

2.8.2 Aktiviti Bercerita YA TIDAK CATATAN

2.8.2.1 Pendidik melaksanakan aktiviti membaca/bercerita kepada bayi dan kanak-kanak setiap hari.

2.8.2.2 Pendidik menggunakan cara bercerita yang betul, dari segi nada suara dan intonasi, gerak badan dan eskpresi muka untuk menarik minat kanak-kanak. 2.8.2.3 Pendidik menggunakan props untuk menarik minat

kanak-kanak kepada certita yang dibaca.

2.8.3 Aktiviti Menulis YA TIDAK CATATAN

2.8.3.1 Pendidik melaksanakan aktiviti menconteng bersama bayi dan kanak-kanak setiap hari.

2.8.3.2 Kanak-kanak lebih besar digalakkan menulis abjad, nombor, dan melukis gambar serta menceritakan apa yang ditulis/dilukis.

2.8.3.3 Pendidik sentiasa memberi pujian dan penghargaan kepada usaha bayi dan kanak-kanak

2.9 AKTIVITI SENI MUZIK, NYANYIAN, TARIAN DAN

PERGERAKAN KREATIF YA TIDAK CATATAN

2.9.1 Bermain alat muzik

2.9.1.1 Bayi dan kanak-kanak digalakkan bermain alat-alat muzik yang mereka sukai untuk menghasilkan bunyi-bunyian secara kerap.

2.9.1.2 Pendidik bermain bersama bayi dan kanak-kanak dan merangsang kemahiran bahasa dan estetika mereka. 2.9.1.3 Pendidik memastikan kanak-kanak menyimpan

kembali semua alat muzik yang digunakan di tempat asal.

2.9.2 Aktiviti Nyanyian dan Tarian

2.9.2.1 Pendidik mengajar bayi dan kanak-kanak pelbagai jenis lagu dan rhymes dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa ibunda.

2.9.2.2 Pendidik menyanyi bersama kanak-kanak dalam keadaan ceria, riang dan gembira.

2.9.3 Aktiviti Pergerakan Kreatif

2.9.3.1 Pendidik melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan kanak-kanak setiap hari. 2.9.3.2 Pendidik menggunakan bahan dan props dalam

aktiviti pergerakan kreatif.

2.9.3.3 Pendidik sentiasa peka keselamatan bayi dan kanak-kanak semasa aktiviti pergerakan kreatif

(7)

2.9.3.4 Pendidik mengintegrasikan muzik, nyanyian, tarian dalam aktiviti pergerakan kreatif.

2.10 MAIN PERANAN YA TIDAK CATATAN

2.10.1 Kanak-kanak diberi peluang memilih alat-alat mainan/ pakaian untuk bermain peranan/olok-olok (symbolic play)

2.10.2 Pendidik menggalakkan kanak-kanak bersosial semasa aktiviti main peranan/olok-olok.

2.10.3 Selepas aktiviti, kanak-kanak digalakkan menyimpan dan mengemaskan semua alatan mainan sebagai latihan urus diri dan kebersihan.

3.1 PENGAWASAN KESELAMATAN TASKA YA TIDAK CATATAN

3.1.1 Peraturan Dan Polisi Keselamatan Taska 3.1.1.1 Peraturan dan polisi keselamatan yang jelas

disediakan, mudah difahami oleh setiap pendidik dan juga ibu bapa

3.1.1.2 Mematuhi semua syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dan agensi yang terlibat seperti Kerajaan Tempatan, Kesihatan dan BOMBA

3.1.1.3 Mempunyai alat pemadam api yang belum tamat tempoh dan diletakkan di tempat yang sesuai 3.1.1.4 Mengadakan latihan berkaitan pengungsian premis

TASKA setiap 3 bulan

3.1.1.5 Kakitangan tahu mengguna alat pemadam api

STANDARD PEMATUHAN 3

PENGAWASAN KESELAMATAN, KESIHATAN, KEBERSIHAN DAN KUALITI

PERMAKANAN BAYI DAN KANAK-KANAK.

SP 3: PENGAWASAN KESELAMATAN, KESIHATAN,

KEBERSIHAN DAN KUALITI PERMAKANAN

BAYI DAN KANAK-KANAK.

(8)

3.1.1.6 Semua pintu keluar adalah bebas dari halangan pada setiap masa

3.1.1.7 Prosedur keselamatan dan kesihatan di kawasan permainan luar dipatuhi

3.1.1.8 Peti kecemasan dilengkapi dengan bahan perubatan dan rawatan asas disimpan di tempat selamat yang mudah dicapai oleh pendidik

3.1.1.9 Peralatan elektrik dan punca elektrik berada dalam keadaan selamat dan tidak dapat dicapai oleh kanak-kanak

3.1.2 Keselamatan Persekitaran Fizikal YA TIDAK CATATAN 3.1.2.1 Pintu pagar dan pintu utama sentiasa berkunci dan

kunci diletakkan di tempat yang senang dicapai oleh Pendidik/ Pembantu Pusat.

3.1.2.2 Kanak-kanak tidak memanjat atau bermain berhampiran pintu pagar.

3.1.2.3 Semua alat permainan disimpan dengan baik, kemas

dan tidak terdedah kepada hujan/panas. 3.1.2.4 Semua peralatan permainan luar berada dalam

keadaan bersih dan baik, tidak merbahaya, tidak berkarat, tiada skru longgar, tidak berselumbar dan diselenggara dengan baik.

3.1.2.5 Ada tong sampah yang mencukupi bagi melatih kanak-kanak membuang sampah. Sampah sentiasa dibuang.

3.1.2.6 Pasir mainan ditutup supaya tidak dikotori najis

kucing atau anjing.

3.1.2.7 Air dalam kolam sentiasa ditukar setiap 2 hari.

3.1.2.8 Tidak ada tempat air bertakung dan tempat nyamuk membiak di sekeliling kawasan bangunan.

3.1.2.9 Longkang sentiasa bertutup.

3.1.2.10 Kawasan padang rata dan rumput dipotong secara berkala.

3.1.2.11 Tidak terdapat pokok-pokok yang membahayakan kanak-kanak (berduri, bergetah dan beracun). 3.1.2.12 Tiada haiwan dan serangga berbahaya dan terdapat

langkah-langkah pencegahan.

3.1.2.13 Pondok atau playhouse berada dalam keadaan teratur, kemas dan selamat. Kerosakan dibaiki mengikut keperluan.

3.1.3 Keselamatan Persekitaran Dalaman: Ruang Dan

Peralatan Pembelajaran YA TIDAK CATATAN

3.1.3.1 Ruang aktiviti dan peralatan pembelajaran berada dalam keadaan selamat dan teratur.

3.1.3.2 Ruang makan, perabot dan peralatan makan kanak berada dalam keadaan selamat, mesra kanak-kanak lengkap dan mudah diakses.

3.1.3.3 Lantai bilik air tidak licin dan pintu tidak mudah

dibuka oleh kanak-kanak.

(9)

3.1.3.4 Saiz tandas sesuai, selamat untuk kanak-kanak dan sentiasa bersih dan kering.

3.1.3.5 Alat mandian diletak pada paras ketinggian yang

mudah diambil oleh kanak-kanak

3.1.3.6 Bahan pencuci bilik air diletak di tempat yang

selamat, jauh dari kanak-kanak.

3.1.3.7 Kanak-kanak tidak mengunakan hot shower tanpa

pengawasan orang dewasa.

3.1.3.8 Kanak-kanak tidak bermain atau berlari di dalam

bilik air dan mereka tidak boleh berada di bilik air tanpa pengawasan orang dewasa.

3.1.3.9 Ruang tidur kemas, teratur dan semua peralatan

tidur disusun dengan rapi.

3.1.3.10 Dapur dan peralatan dapur berada dalam keadaan

kemas, teratur dan selamat.

3.1.3.11 Semua peralatan bilik penyusuan ibu disusun kemas

dan selamat serta dilabelkan.

3.1.3.12 Pengudaraan, pencahayaan dan suhu bersesuaian. 3.1.4 Pengawasan Keselamatan Kanak-Kanak Ketika

Bermain Di Luar Taska YA TIDAK CATATAN

3.1.4.1 Kanak-kanak memakai pakaian yang sesuai 3.1.4.2 Kanak-kanak mesti memakai selipar/kasut semasa

melakukan aktiviti luar.

3.1.4.3 Kanak-kanak tidak dibenarkan masuk ke kawasan

dapur, pejabat dan stor.

3.2. PEMERIKSAAN DAN PENJAGAAN KESIHATAN BAYI

DAN KANAK-KANAK YA TIDAK CATATAN

3.2.1 Pemeriksaan kesihatan dijalankan oleh Pegawai Kesihatan secara berkala.

3.2.2 Pemeriksaan Pergigian dijalankan oleh Pegawai

Kesihatan secara berkala.

3.2.3 Rekod imunisasi dan vaksinasi bayi dan kanak-kanak adalah lengkap, kemaskini dan disimpan dengan baik. 3.2.4 Carta pertumbuhan ketinggian, berat badan dan

lilitan kepala lengkap dan dikemaskini.

3.2.5 Terdapat prosedur rawatan khas untuk bayi dan kanak-kanak yang sakit dan bilik sakit disediakan untuk mereka.

3.2.6 Pendidik peka dengan keadaan kesihatan dan alahan kanak-kanak.

3.2.7 Kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda sakit biasa (demam selsema, cirit birit, dll), tidak digalakkan datang ke pusat/taska.

3.2.8 Kanak-kanak yang sakit semasa berada di pusat/taska diasingkan daripada kanak-kanak lain, sementara menunggu ibu bapa datang mengambilnya.

3.2.9 Pendidik diwajibkan mencatat dalam buku Log Harian Anak PERMATA jika berlaku kecederaan kepada kanak-kanak semasa di pusat/taska.

(10)

3.3 PENJAGAAN KEBERSIHAN BAYI, KANAK-KANAK

DAN TASKA YA TIDAK CATATAN

3.3.1 Kebersihan Diri Bayi dan Kanak-kanak

3.3.1.1 Pendidik memastikan setiap kanak-kanak mempunyai peralatan kebersihan diri seperti sikat, sabun mandi, syampu, tuala, ubat gigi dan berus gigi.

3.3.1.2 Pendidik memastikan kebersihan kuku, rambut, telinga, gigi dan hidung kanak-kanak.

3.3.1.3 Pendidik menukar pakaian kanak-kanak sekurang-kurangnya dua kali sehari.

3.3.1.4 Pendidik menukar lampin bayi sekurang-kurangnya tiga kali atau lebih mengikut keperluan.

3.3.1.5 Pendidik memastikan kanak-kanak mandi dua kali sehari.

3.3.1.6 Pendidik memastikan kanak-kanak memberus gigi dua kali sehari iaitu selepas sarapan dan makan tengahari.

3.3.1.7 Pendidik memastikan kanak-kanak berkumur-kumur setiap kali selepas minum susu, makan buah dan minum petang.

3.3.2 Kebersihan Pusat/Taska YA TIDAK CATATAN

3.3.2.1 Pusat/taska berada dalam keadaan kondusif, bebas bau, bebas habuk, bebas serangga, bebas kuman, pengudaraan yang baik, mesra bayi/kanak-kanak 3.3.2.2 Pusat/taska melaksanakan pembersihan dan

pembasmian kuman secara berkala

3.3.2.3 Sinki dalam keadaan bersih dengan ketinggian yang sesuai. Sabun pencuci tangan dan tuala/tisu

disediakan

3.3.2.4 Lantai taska sentiasa bersih dan kering.

3.3.2.5 Tong sampah bertutup dan sampah sentiasa dibuang 3.3.2.6 Seluruh ruang yang digunakan oleh bayi yang

sedang merangkak mestilah bersih dan dimop setiap hari menggunakan bahan nyah kuman.

3.4 KUALITI PEMAKANAN BAYI DAN KANAK-KANAK YA TIDAK CATATAN 3.4.1 Peraturan-peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak

2012: Penyediaan Permakanan Bayi dan Kanak-kanak

3.4.1.1 Semua kakitangan mempunyai Sijil pengendalian makanan dan suntikan typhoid yang sah (TY2) yang dikeluarkan oleh Pegawai Kesihatan

3.4.1.2 Pengendali makanan memakai pakaian yang bersih dan menjaga kebersihan diri (kuku pendek, tiada barang kemas, rambut yang ditutup)

3.4.1.3 Menu harian dirancang dengan mengambil kira kesihatan, alahan dan amalan budaya mengikut perbezaan kanak-kanak

(11)

3.4.2.1 Makanan yang diberi kepada kanak-kanak seimbang dan berkhasiat.

3.4.2.2 Makanan disediakan mengikut menu yang telah ditetapkan.

3.4.2.3 Makanan mesti sentiasa ditutup

3.4.2.4 Menu yang dirancang mengambil kira alahan kanak-kanak dan kepelbagaian kaum.

3.4.2.5 Lebihan makanan tidak disimpan semalaman untuk diberi semula kepada kanak-kanak.

3.4.2.6 Makanan yang diberi tidak mengandungi garam dan gula yang berlebihan

3.4.2.7 Makanan ringan/junk food tidak dibenarkan diberi kepada kanak-kanak.

(12)

4.1 PENGURUSAN ASUHAN BAYI DAN KANAK-KANAK YA TIDAK CATATAN 4.1.1 Penyusuan Bayi

4.1.1.1 Bayi di bawah umur 6 bulan sebaik-baiknya disusukan oleh ibunya sendiri atau diberi susu ibu (yang

dibekalkan oleh ibu) melalui cawan atau botol susu yang telah disterilisasi.

4.1.1.2 Semasa menyusukan bayi, pendidik hendaklah memangku bayi dalam kedudukan selesa, tenang, sambil bercakap dengan lemah lembut kepada bayi. 4.1.1.3 Penyusuan bayi 0-6 bulan hendaklah dilakukan setiap

3 jam sekali dalam amaun yang telah ditetapkan dalam

Garis Panduan Penyusuan Bayi

oleh Kementerian Kesihatan Malaysia 2008.

4.1.1.4 Mula memperkenalkan makanan cerai susu (makan pelengkap) kepada bayi yang berumur 6 bulan ke atas.

4.1.2 Urutan Bayi YA TIDAK CATATAN

4.1.2.1 Pusat/taska memastikan hanya pendidik yang telah menerima latihan urutan bayi melakukan urutan bayi. 4.1.2.2 Urutan bayi dilakukan di tempat yang sesuai, dalam

keadaan bersih, tenang dan selesa bagi bayi. 4.1.2.3 Pendidik menggunakan teknik yang betul semasa

melakukan urutan bayi.

4.1.2.4 Urutan bayi dilakukan sekurang-kurangnya dua kali seminggu sebaik-baiknya selepas mandi (tidak dibenarkan melakukannya selepas atau sejurus sebelum makan/menyusu, atau semasa bayi mengantuk).

4.2 LATIHAN URUS DIRI KANAK-KANAK YA TIDAK CATATAN 4.2.1 Latihan ke Tandas

4.2.1.1 Pendidik bercerita kepada kanak-kanak kenapa perlu pergi ke tandas dan tidak perlu takut kepada tandas.

SP 4: PENGURUSAN ASUHAN, URUS DIRI DAN

TINGKAH LAKU BAYI DAN KANAK-KANAK

STANDARD PEMATUHAN 4:

PENGURUSAN ASUHAN, URUS DIRI DAN TINGKAH LAKU BAYI DAN

KANAK-KANAK

(13)

4.2.1.2 Tandas/potty yang disediakan sesuai dengan usia kanak-kanak.

4.2.1.3 Pendidik sentiasa memberi galakan/pujian kepada kanak-kanak yang berjaya melakukan latihan ke tandas.

4.2.1.4 Pendidik melatih kanak-kanak membasuh bahagian sulit dan kemudian membasuh tangan dengan bersih. 4.2.1.5 Elak melakukan latihan tandas pada masa yang tidak

sesuai, seperti waktu makan atau aktiviti dijalankan. 4.2.1.6 Cuba melatih bayi/kanak-kanak dari awal umur untuk

ke tandas.

4.2.2 Asuhan Budi Pekerti dan Adap Sopan YA TIDAK CATATAN 4.2.2.1 Pendidik hendaklah melatih kanak-kanak bersalam

dengan ibu bapa, pendidik dan tetamu (jika sesuai). 4.2.2.2 Menundukkan badan apabila melintasi di hadapan

orang dewasa atau rakan-rakan.

4.2.2.3 Tidak makan/minum sambil berjalan atau berlari 4.2.2.4 Mengucapkan terima kasih, walau kepada

rakan-rakan.

4.2.2.5 Memohon maaf sekiranya terlanggar rakan, terambil barang mainan rakan atau apabila melakukan sesuatu kesalahan.

4.2.2.6 Beratur dan menunggu giliran dengan sabar semasa mengambil barangan atau makanan.

4.2.2.7 Membantu sesama rakan semasa bermain, atau menjalankan aktiviti pembelajaran.

4.2.2.8 Tidak berebut dan mengganggu rakan yang sedang bermain atau semasa tidur.

4.2.2.9 Sentiasa mendengar nasihat dan tunjuk ajar pendidik.

4.2.2.10 Menggunakan bahas yang sopan semasa berbual.

4.2.3 Latihan solat (untuk kanak-kanak Muslim sahaja) YA TIDAK CATATAN 4.2.3.1 Pendidik menunjukcara memakai telekung

(kanak-kanak perempuan) dan memakai jubah dan berkopiah (kanak-kanak lelaki).

4.2.3.2 Pendidik mengajar cara mengambil wuduk. 4.2.3.3 Kanak-kanak dilatih membaca ayat-ayat Al-Quran

yang biasa dibaca dalam sembahyang setiap hari sehingga mereka boleh menghafalnya secara kasar 4.2.3.4 Pendidik menunjukacara sembahyang kepada

kanak-kanak

4.2.3.5 Pendidik membaca zikirullah bersama kanak-kanak setiap hari.

4.2 PENGURUSAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK YA TIDAK CATATAN 4.2.1 Pengurusan Tingkah laku Bermasalah

4.2.1.1 Kanak-kanak aktif/terlalu aktif

(14)

terlalu aktif (misalnya: mengguna aktiviti menuang air, mengasing, memadan dan mencantum puzzle bagi meningkatkan tahap penumpuan kanak-kanak). 4.2.1.2 Kanak-kanak pemalu

 

Pendidik memastikan kanak-kanak pemalu tidak diejek oleh kanak-kanak lain dan dilatih bermain dalam kumpulan

Berinteraksi dengan kanak-kanak pemalu dengan pelbagai cara. Misalnya: berbual secara individu, bincang perkara-perkara yang digemarinya, guna puppet/boneka untuk menarik perhatian, dakap dan peluk untuk tunjuk kasih sayang.

4.2.1.3 Kanak-kanak murung

Pendidik memeriksa tubuh badan kanak-kanak sekiranya terdapat kesan-kesan penderaan fizikal

 

Pendidik menyoal kanak-kanak untuk mencari punca kemurungan

Pendidik memantau untuk melihat apa yang dilakukan oleh kanak-kanak

Pendidik memberi perhatian dengan kasih sayang, mendengar dengan teliti luahan kanak-kanak Pendidik memberi masa rehat yang secukupnya kepada kanak-kanak

4.2.1.4 Kanak-kanak mengamuk (temper tantrum) Pendidik cuba memahami punca kanak-kanak mengamuk dan memujuknya dengan cara mengalihkan perhatiannya kepada perkara lain.

 

Pendidik memeluk dan membelai kanak-kanak bagi menenenteramkannya.

Pendidik memberi pujian apabila kanak-kanak telah menunjukkan perubahan positif.

4.2.1.5 Kanak-kanak bergaduh

Pendidik perlu meleraikan kanak-kanak yang bergaduh dan mengenalpasti punca pergaduhan

 

Pendidik memastikan kanak-kanak bermaafan dan memberi bimbingan dan penerangan kepentingan berbaik-baik, berkongsi mainan dan

bantu-membantu sesama rakan.

Pendidik memberi pujian kepada kanak-kanak kerana mereka telah berdamai.

(15)

5.1 PENGURUSAN TASKA YA TIDAK CATATAN 5.1.1 Falsafah Dan Prinsip Taska

5.1.1.1 Falsafah dan dasar Program PERMATA Negara dipamerkan di lokasi yang mudah dilihat.

STANDARD PEMATUHAN 5:

PENGURUSAN TASKA, SUMBER MANUSIA, DAN KOLABORASI DENGAN IBU

BAPA DAN KOMUNITI

SP 5: PENGURUSAN TASKA, SUMBER MANUSIA

DAN KOLABORASI DENGAN IBU BAPA DAN

(16)

5.1.1.2 Ibu bapa telah diberi taklimat mengenai Kurikulum PERMATA Negara apabila mendaftarkan anak di pusat/taska.

5.1.1.3 Ibu bapa telah ditandatangani kontrak dan akujanji untuk terlibat di pusat/taska Permata.

5.1.2 Pengurusan Rekod

5.1.2.1 Pusat/taska menyimpan rekod-rekod berikut dengan sistematik, teratur dan dikemaskini:

Rekod pendaftaran taska

Rekod staf

Rekod kanak-kanak

Rekod pengurusan

Rekod inventori dan aset

Rekod kewangan

Menu harian

5.1.2.2 Rekod staf lengkap, kemaskini, dan mengandungi maklumat berikut:

Maklumat peribadi

Maklumat kesihatan

Rekod kehadiran

Rekod cuti

Senarai/Jadual tugas

Rekod ganjaran

Rekod Latihan/ Perkembangan profesional

Rekod kenaikan pangkat

5.1.2.3 Penyediaan dan penyimpanan rekod kanak-kanak adalah mengikut Peraturan TASKA 2012 dan mengandungi maklumat berikut:

Maklumat pendaftaran

Maklumat peribadi

Rekod kesihatan

Dokumen kontrak/akujanji

Rekod pentaksiran perkembangan kanak-kanak 5.1.2.4 Rekod kewangan disediakan dan dikemaskini

Rekod Aliran Tunai

Rekod Perbelanjaan Operasi

Rekod Imbuhan

Rekod Dana Khas

5.2 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA YA TIDAK CATATAN 5.2.1 Gaji dan Keperluan Asas Staf

5.2.1.1 Gaji dan elaun-elaun staf dibayar mengikut kadar yang telah diluluskan.

5.2.1.2 Setiap staf mempunyai caruman KWSP dan PERKESO seperti yang diwajibkan.

(17)

5.2.1.3 Pusat/taska menyediakan waktu rehat untuk staf dalam jadual harian.

5.2.1.4 Pusat/taska menyediakan bilik/ruang khas untuk staf. 5.2.2 Pembangunan Profesional dan Latihan

5.2.2.1 Pusat/taska menyediakan latihan/kursus dalaman secara berkala untuk meningkatkan prestasi staf. 5.2.2.2 Pusat/taska memberi peluang staf menghadiri latihan/

kursus yang dianjurkan oleh pihak luar.

5.2.2.3 Semua pendidik telah menjalani latihan mengenai Dasar Perlindungan Kanak-Kanak dan Hak Perlindungan Kanak-kanak berdasarkan CRC CRP. 5.2.2.4 Semua pendidik telah menjalani latihan mengenai

CRP.

5.3 KOLABORASI DENGAN IBU BAPA DAN KOMUNITI YA TIDAK CATATAN 5.3.1 Pengurusan Hubungan dengan Ibu bapa dan

Komuniti

5.3.1.1 Pusat/taska mempunyai garis panduan dan perancangan yang jelas untuk mengadakan kolaborasi dengan ibu bapa dan komuniti.

5.3.1.2 Semua ibu bapa telah mematuhi polisi penglibatan 1 jam semingu atau 4 jam sebulan dalam pendidikan kanak-kanak di pusat/taska seperti yang ditetapkan dalam kontrak.

5.3.1.3 Pusat/taska juga telah melibatkan agensi-agensi dalam komuniti secara berkala dalam pendidikan kanak-kanak.

5.3.1.4 Aktiviti melibatkan ibu bapa dan komuniti dalam dan luar pusat/taska dimasukkan dalam takwim tahunan.

5.3.1.5 Pusat/taska telah menubuhkan Jawatankuasa PIBP dan senarai AJK yang dipaparkan serta bidang tugas yang jelas.

5.3.1.6 Mesyuarat AJK dan Agung Tahunan PIBP diadakan mengikut jadual dan minit mesyuarat disediakan. 5.3.2 Pelaksanaan Aktiviti Kerjasama dengan Ibu bapa

dan Komuniti

5.3.2.1 Pendidik mengadakan lawatan ke rumah kanak-kanak mengikut jadual atau mengikut keperluan.

5.3.2.2 Sesi perbincangan bersama ibu bapa berkaitan perkembangan kanak-kanak diadakan secara berkala. 5.3.2.3 Aktiviti bulanan dan tahunan bersama ibu bapa dan

Referensi

Dokumen terkait