• Tidak ada hasil yang ditemukan

GARIS PANDUAN PEMBEKAL

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "GARIS PANDUAN PEMBEKAL"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

Dipinda: 2017-01-30 Garis Panduan Pembekal 2 DEFINISI

Penilaian: Suatu proses yang sistematik, bebas dan berdokumentasi bagi mendapatkan bukti serta

membolehkan penilaian tepat ke atas darjah pematuhan dilakukan bersandarkan kepada syarat yang ditetapkan.

Pindaan Pelan Tindakan (“CAP”): Pelan tindakan yang memperincikan kaedah bagi membetulkan

sebarang penemuan di dalam laporan pematuhan sosial atau Penilaian keselamatan. CAP menyenaraikan setiap penemuan, sebab asas penemuan, tindakan yang perlu diambil untuk membaiki penemuan, pihak yang bertangungjawab, tarikh tutup, dan status bagi menyiapkan tindakan tersebut.

Kilang: Lokasi fizikal di mana tempat barangan dihasilkan atau disimpan.

Subkontraktor: Sebarang urusan selain daripada pembekal yang mana kepadanya pihak Fruit of the Loom

(atau anak syarikatnya) telah membuat pesanan pembelian yang melibatkan proses secara langsung untuk penghasilan produk bagi Fruit of the Loom oleh pihak pembekal. Contoh bagi proses yang disubkontrak adalah memotong, menjahit, atau sebarang operasi selepasnya (cth., sulaman, cetakan, atau cucian bagi sesuatu produk akhir yang berjenama).

(3)

PENGENALAN PROGRAM PEMATUHAN

Di Fruit of the Loom dan anak syarikat kami (keseluruhannya, “Fruit of the Loom” atau “FOTL”), kami komited dalam memastikan syarikat kami menjalankan perniagaan bersandarkan kepada tanggungjawab sosial, menseimbangkan keperluan perniagaan dengan impak kami terhadap alam sekitar, mereka yang terlibat dalam rantaian pembekal kami, dan juga komuniti di mana kami beroperasi. Kami memilih pembekal yang berkongsi komitmen yang sama dan bekerja dengan kami untuk mencipta rantaian bekalan yang berpanjangan.

Kod Pelaksanaan adalah titik permulaan membentuk amalan perniagaan yang beretika dan mengikut undang-undang, serta menghormati hak manusia dan alam sekitar. Pematuhan pembekal kepada Kod Pelaksanaan akan dipantau melalui Penilaian berkala yang dijalankan oleh pihak ketiga Firma Penilaian pihak ketiga dan pembekal diharapkan untuk bersikap telus mengenai khidmat operasi mereka pada sepanjang masa.

Kami mempromosikan sebuah persekitaran bagi tujuan penambahbaikan berterusan dan kami juga bersedia memberikan sokongan sebagai peluang untuk peningkatan dalam penambahbaikan. Kita berlu bekerjasama di dalam rantaian pembekal di mana keperluan perniagaan dan pelanggan dapat dipenuhi dan beroperasi dalam cara yang mengurangkan impak terhadap persekitaran perkongsian.

Garis Ppanduan Pembekal berfungsi sebagai sumber yang menggariskan jangkaan pematuhan sosial bagi Fruit of the Loom bagi Kilang yang menghasilkan rangkaian jenama kami sama ada secara langsung untuk Fruit of the Loom atau untuk sesebuah anak syarikat. Simbol tanda periksa di keseluruhan dokumen ini menunjukkan tindakan spesifik yang diperlukan.

(4)

Dipinda: 2017-01-30 Garis Panduan Pembekal 4 POLISI

KOD PELAKSANAAN

Di Fruit of the Loom dan anak syarikat kami, kami adalah komited untuk menjalankan perniagaan mengikut piawaian tertinggi dalam etika perniagaan serta menghormati hak manusia dan alam sekitar. Kami memerlukan para pembekal, pemberi lesen, pengedar dan lain-lain rakan kongsi kami untuk mematuhi Kod Pelaksanaan FOTL dan piawaian tertingginya, di mana, secara ringkasnya, kesemua rakan kongsi perlu beroperasi dalam pematuhan terhadap syarat perundangan dan layanan yang digunapakai Sambil kami maklumWalaupun kami menyedari wujudnya perbezaan budaya, perundangan dan sistem etika di dalam negara di mana barangan mungkin dihasilkan, Kod Pelaksanaan ini menetapkan beberapa syarat asas yang perlu dipatuhi oleh kesemua Kilang yang membekalkan produk kami, termasuk loji dalaman, kontraktor, pemunya lesen atau lain-lain rakan kongsi.

Kod Pelaksanaan FOTL perlu dipaparkan di dalam bahasa tempatan dan bahasa yang diperlukan oleh pekerja asing yang membentuk lebih 10% tenaga kerja di dalam kawasan Kilang yang mudah dilihat dan dicapai oleh kesemua pekerja dan pelawat. Ianya mesti bersaiz 11x17 inci atau saiz A3. Sekeping gambar yang menunjukkan Kod Pelaksanaan dipaparkan mesti dihantar kepada FOTL. Latihan tahunan berdasarkan Kod Pelaksanaan perlu diberikan kepada kesemua pekerja dan laporan latihan perlu dihantar kepada FOTL.

KESELAMATAN KILANG

Fruit of the Loom menitikberatkan isu keselamatan kilang sebagai satu proses penting di dalam penghasilan rangkaian produk jenama kami Ekoran itu, kami telah menggariskan Polisi Keselamatan Kilang untuk menjelaskan keperluan dan kami menjangkakan kesemua pembekal untuk melaksanakan kesemua terma yang tertera.

Polisi Keselamatan Kilang perlu dipaparkan bersebelahan dengan Kod Pelaksanaan FOTL di dalam bahasa tempatan dan bahasa yang diperlukan oleh pekerja asing yang membentuk lebih 10% tenaga kerja di dalam kawasan Kilang yang mudah dilihat dan dicapai oleh kesemua pekerja dan pelawat. Ianya mesti bersaiz 11x17 inci atau saiz A3. Sekeping gambar yang menunjukkan Polisi Keselamatan Kilang dipaparkan mesti dihantar kepada FOTL.

PERKONGSIAN PERDAGANGAN-KASTAM A.S. MENENTANG KEGANASAN (“C-TPAT”)

Kerajaan Amerika Syarikat telah menubuhkan program C-TPAT bagi melindungi jaringan perdagangan daripada keganasan serta melindungi sempadan A.S. Kami berjuang memastikan pengganas, barangan dan senjata, dan lain-lain barangan mereka tidak memasuki rangkaian pembekal kami dan produk serta barangan tidak rosak, hilang, atau dicuri.

Sila ambil maklum keperluan berikut bagi pembekal yang menghantar barang ke A.S. sebagai sebahagian dari sokongan terhadap usaha ini:

• Kesemua pembekal yang menghantar barangan ke A.S. adalah diminta untuk melengkapkan Borang Soalselidik Keselamatan FOTL’s C-TPAT (“C-TPAT Security Questionnaire”) setiap tahun.

• Kesemua pembekal yang menghantar barang ke A.S. mesti menggunakan pelekat ISO 17712:2013 berkeselamatan tinggi yang diiktiraf oleh C-TPAT.

(5)

• Kesemua pembekal yang menghantar barang ke A.S. mesti menjalani Penilaian keselamatan oleh pihak ketiga Firma Penilaian pihak ketiga. Penilaian keselamatan A FOTL, GSV, atau WRAP adalah diterima sebagai pematuhan kepada syarat tersebut.

• Kastam A.S. menilai pembekal secara rawak (yang menghantar barangan ke A.S.) untuk memastikan tahap keselamatan adalah baik.

CONFLICT MINERALS

Pada Ogos 22, 2012, Badan Keselamatan dan Pertukaran A.S. telah menggunapakai rang terakhir yang diwartakan di dalam Seksyen 1502 Akta Perlindungan Pengguna dan Reformasi Jalanan Dodd-Frank Wall Street, untuk meminta syarikat umum, atau pelabur, untuk mengisytiharkan penggunaan conflict minerals yang berasal dari Republik Demokrat Congo (“DRC”) atau negara-negara bersebelahan (bersama-sama dengan DRC, “Negara-negara Terbabit”). Di bawah Seksyen 1502, istilah “conflict minerals” adalah termasuk tantalum (diambil daripada columbite-tantalite), timah (diambil daripada cassiterite), tungsten (diambil daripada wolframite), dan emas. Negara-negara Terbabit termasuk DRC, dan Negara-negara-Negara-negara jiran: Angola, Burundi, Republik Afrika Tengah, Republik Congo, Rwanda, Selatan Sudan, Tanzania, Uganda, dan Zambia.

Syarat tersebut adalah terpakai ke atas semua produk yang dihasilkan pada atau selepas 31 Januari, 2013.

Untuk membantu pengenalpastian dan pelaporan conflict minerals kepada kerajaan A.S., setiap pembekal dan pemunya lesen baru adalah dimestikan untuk menilai rangkaian bekalan mereka dengan melengkapkan Soal sSelidik elektronik FOTL’s Conflict Minerals (“Conflict Minerals Questionnaire”). Pembekal dan pemunya lesen akan dipilih secara rawak dan berkala untuk melengkapkan Soal selidik Conflict Minerals yang baru, di mana melengkapkan soal selidik tersebut juga akan digunakan untuk meluluskan dan mengesahkan kesemua jawapan sebelumnya dan ianya akan berterusan. Tambahan lagi, kami menjangkakan kesemua pembekal dan pemunya lesen untuk menilai semula rangkaian bekalan mereka secara berkala dan memaklumkan segera kepada kami sekiranya sebarang conflict minerals telah digunakan, dan sekiranya terdapat kemungkinan di mana jawapan kepada Soal selidik Conflict Minerals boleh menjadi tidak tepat.

(6)

Dipinda: 2017-01-30 Garis Panduan Pembekal 6

KAPAS UZBEKISTAN

Dalam beberapa tahun kebelakangan, terdapat beberapa laporan dan artikel, termasuk satu senarai yang diterbitkan oleh Jabatan Buruh Amerika Syarikat, telah mengutuk penggunaan kanak-kanak dan buruh paksa di dalam penuaian kapas di Uzbekistan. Amalan menggunakan kanak-kanak dan buruh paksa adalah dilarang sama sekali dan bercanggah dengan Kod Pelaksanaan syarikat dan tidak akan dibenarkan dalam apa jua keadaan.

Sebagai sebuah syarikat yang komited kepada hak asasi manusia, , kami memerlukan kesemua rakan kongsi kami menghentikan pembelian kapas sama ada secara langsung atau tidak langsung dari Uzbekistan atau tidak mendapatkannya dari pihak tengah yang mengambil sumber utama dari Uzbekistan dalam menghasilkan apa jua barangan Syarikat. Tambahan lagi, kami memerlukan kesemua rakan kongsi kami mengambil langkah sewajarnya untuk menyimpan rekod dan mengenalpasti tempat asal pengambilan kapas yang digunakan dalam penghasilan kesemua produk kami dan mempunyai rekod untuk penilaian.

Kami komited untuk terus dimaklumkan mengenai isu yang sangat serius ini, dan sebarang pelanggaran terhadap polisi ini akan cuba diperbaiki sewajarnya atau hubungan perniagaan dengan syarikat kami ditamatkan secara mutlak.

(7)

PENILAIAN PEMATUHAN

Kemudahan dan Subkontraktor mesti dinilai untuk pematuhan dengan elemen Kod Pelaksanaan. Penilaian dilakukan oleh wakil pihak ketiga Firma Penilaian pihak ketiga, yang memiliki kepakaran perundangan dan pengetahuan terhadap bahasa dan budaya tempatan.

Bayaran segera kepada Penilaian adalah tanggungjawab pembekal atau pemunya lesen sebelum Penilaian dilakukan. FOTL berhak, walau bagaimanapun, untuk menjadualkan Penilaian yang tidak diumumkan di atas perbelanjaan syarikat.

Sebelum menerima pesanan pembelian yang pertama, Kemudahan dan Subkontraktor mestilah telah dinilai dan penerimaan bertulis mesti diberikan oleh jabatan Tanggungjawab Sosial Korporat FOTL. Untuk menerima pesanan secara berterusan, Penilaian tahunan adalah diperlukan. Kemudahan dengan kadar yang tidak dapat diterima akan dinilai semula dalam tempoh enam bulan daripada Penilaian terakhir. Pembekal juga bertanggungjawab untuk menambahbaik hasil penilaian, yang dikenalpasti di dalam CAP, dalam tempoh masa yang dipersetujui. Kami menjangkakan pembekal untuk berkerja dengan telus ke arah pematuhan Kod Pelaksanaan atau perundangan tempatan, mana-mana yang menyediakan perlindungan tertinggi kepada para pekerja.

Fruit of the Loom adalah sebuah syarikat peserta yang diiktiraf di dalam Persatuan Keadilan Pekerja (“FLA”), iaitu sebuah organisasi yang menggabungkan usaha daripada industri, masyarakat umum, kolej dan universiti untuk menambahbaik keadaan persekitaran pekerjaan secara global. Penilaian Bebas ke atas rakan kongsi kami adalah komponen kepada penyertaan ini. Kaedah Inisiatif Pematuhan Berpanjangan FLA (“SCI”) mengambil pendekatan sistem pengurusan dan adalah lebih bersifat praktikal, terbuka, dan interaktif berbanding Penilaian pematuhan sosial standard. FLA juga mengumpul, menganjur, dan menetapkan data pampasan di dalam skop SCI. Penilaian SCI dijalankan ke atas sehingga 5% pembekal kami setiap tahun dan pembekal adalah bertanggungjawab untuk membaiki penemuan dari sesebuahuatu SCI. Anda akan dimaklumkan lebih awal mengenai sebarang Penilaian SCI dan ianya hanya dijalankan di Kilang-kilang pembekal yang menghantar barangan ke A.S.

KETELUSAN RANGKAIAN BEKALAN

Pembekal dijangka untuk bersikap telus mengenai khidmat operasi mereka di sepanjang masa. Sekiranya perlu, kesemua pembekal yang menyokong produk FOTL mesti didedahkan, termasuk nama rasmi, alamat fizikal, produk, dan peratusan kapasiti yang diberikan kepada produk FOTL.

Referensi

Dokumen terkait

Setelah mendaftarkan proposal maka mahasiswa dapat memulai proses bimbingan dan ketika proposal mereka sudah dianggap siap oleh dosen pembimbing untuk mengikuti

 Kondisi fisik : (badan persegi panjang, dada lebar dan dalam, temperamen tenang, kondisi sapi boleh kurus tetapi sehat pertumbuhan kompensasi)7.  Bangsa : berasal

Penelitian ini bertujuan untuk m engetahui pengaruh Tangible, Responsiveness dan Assurance terhadap kepuasan pelanggan P T.Pelabuhan Indonesia III (Persero) Cabang Tanjung Emas

Di sisi lain, perusahaan yang memiliki tingkat kualitas pelaporan keuangan yang lebih tinggi, tidak akan terlalu membutuhkan pengawasan terhadap perilaku manajer pada

[r]

Melalui peringkat ini, murid perlu membuat penerokaan mengenai bahan dan teknik topeng yang dilihat dan digunakan.. Guru membuat satu perbincangan dan sesi soal jawab dengan

Setelah mendapatkan informasi, peserta didik dapat menyajikan hasil informasi fakta- fakta tentang penemuan baru dan manfaat yang dirasakan masyarakat di bidang ekonomi

Stress akibat tuntutan bekerja untuk memenuhi kebutuhan ekonomi keluarga (lelah secara psikis), tekanan yang timbul akibat peran ganda itu sendiri (kemampuan manajemen waktu