• Tidak ada hasil yang ditemukan

I. MESEJ DARIPADA PENGERUSI LEMBAGA DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF... 3 II. PENGENALAN... 4 III. ASAS-ASAS... 5

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "I. MESEJ DARIPADA PENGERUSI LEMBAGA DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF... 3 II. PENGENALAN... 4 III. ASAS-ASAS... 5"

Copied!
39
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

ISI KANDUNGAN

I. MESEJ DARIPADA PENGERUSI LEMBAGA DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF ... 3

II. PENGENALAN... 4

III.ASAS-ASAS ... 5

1. MISI, NILAI DAN KEPERCAYAAN YANG MENDEFINISIKAN KAMI ... 5

IV.HUBUNGAN... 7

2. HUBUNGAN PEKERJA ... 7

3. HUBUNGAN PELANGGAN DAN URUSAN SAKSAMA... 10

4. HUBUNGAN PEMBEKAL DAN URUSAN SAKSAMA... 12

5. HUBUNGAN KERAJAAN... 14

6. HUBUNGAN KOMUNITI ... 16

V. OPERASI DAN AKTIVITI ... 18

7. PEMATUHAN ANTITRUST ... 18

8. KONFLIK KEPENTINGAN DAN PELUANG KORPORAT... 20

9. TANGGUNGJAWAB ALAM SEKITAR... 23

10. SUMBANGAN DAN AKTIVITI POLITIK... 24

VI.KESELAMATAN... 25

11. KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TEMPAT KERJA ... 25

12. MAKLUMAT SULIT ... 27

13. KAWALAN DAN REKOD KEWANGAN ... 30

14. PEMELIHARAAN ASET... 32

VII. PENGURUSAN ... 33

15. PENGURUSAN KOD ETIKA DAN PERATURAN PERNIAGAAN CEMEX ... 33

VII. SURAT KOMITMEN, KOD ETIKA DAN PERATURAN PERNIAGAAN CEMEX... 36

(3)

3

I. MESEJ DARIPADA PENGERUSI LEMBAGA DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Nilai dan prinsip yang mendasari Kod Etika dan Peraturan Perniagaan CEMEX merupakan kunci kejayaan dan pertumbuhan kami.

Semasa industri kami berkembang, nilai Kerjasama, Kepimpinan dan Integriti tidak berubah dan menjadi tiang yang terus berfungsi sebagai asas semua tindakan kami.

Namun, dalam usaha berterusan kami untuk memperkukuh keyakinan pekerja, pelanggan, pelabur, pembekal dan komuniti, kami perlu sentiasa mengemas kini dan menguatkan setiap perkara yang menyumbang kepada ketelusan tindakan kami.

Kami semua bertanggungjawab untuk mematuhi Kod Etika dan Peraturan Perniagaan CEMEX; bukan sahaja untuk menjamin kepatuhan kami kepada undang-undang dan peraturan berkenaan dalam setiap negara di mana kami berada, tetapi juga untuk memastikan kepatuhan kepada prinsip dan piawaian kewajipan sosial korporat yang tertinggi.

Saya mengharapkan sokongan, kesungguhan dan komitmen berterusan anda untuk membina masa depan CEMEX berserta nilai yang menyerlahkan setiap warga syarikat hebat ini.

Yang benar,

Lorenzo H. Zambrano

(4)

II. PENGENALAN

Sejak pengasasannya pada tahun 1906, syarikat kami telah mengamalkan nilai yang telah membantu CEMEX untuk bertumbuh sehingga hari ini. Dokumen ini membincangkan asas yang telah menjadi sumber inspirasi dan rujukan kami.

Proses globalisasi syarikat kami yang dicirikan oleh pertumbuhan rancak dan pengembangan kawasan geografi telah memerlukan penyepaduan pelbagai budaya yang berbeza. Untuk mengukuhkan dan menguatkan identiti di seluruh dunia, kami mesti memastikan bahawa nilai dan prinsip syarikat mendasari aktiviti kami di setiap negara yang kami beroperasi.

Berlandaskan matlamat ini, wakil dari semua kawasan operasi kami telah melibatkan diri dalam pembentukan Kod Etika dan Peraturan Perniagaan CEMEX pada awal tahun 1999. Lorenzo H. Zambrano, Pengerusi Lembaga dan Ketua Pegawai Eksekutif telah meluluskannya pada 13 April 2000. Semenjak itu, Kod telah menjadi panduan asas untuk Misi syarikat dan merupakan prinsip yang mendasari tindakan seharian kami.

Komitmen kami sebagai sebahagian daripada pasukan CEMEX ialah permulaan kepada dokumen ini melalui semua tindakan kami, supaya selaras dengan undang-undang dan peraturan negara di mana kami berada. Kami yakin bahawa budaya yang berteraskan nilai ini akan membantu pembangunan kebolehan dan kemahiran individu serta pertumbuhan seragam dalam nilai syarikat untuk semua pihak- pelanggan, pelabur, pekerja, pembekal dan komuniti kami.

Walaupun Kod Etika dan Peraturan Perniagaan ini mencakupi amalan dan hubungan perniagaan yang meluas, ia tidak boleh mencakupi setiap isu atau setiap keputusan etika yang perlu dibuat tetapi Kod ini menetapkan prinsip asas untuk pekerja CEMEX. Semua pekerja, pegawai dan pengarah mesti menjalankan tugas berdasarkan semangat dan kandungan Kod Etika dan Peraturan Perniagaan serta harus mengelakkan tingkah laku yang tidak sesuai.

Perlakuan beretika mengiktiraf kami sebagai individu dan menyokong cara perniagaan kami.

Salinan Kod Etika dan Peraturan Perniagaan CEMEX ini adalah di bawah jagaan: Nama: ______________________

(5)

5

III. ASAS-ASAS

1. MISI, NILAI DAN KEPERCAYAAN YANG MENDEFINISIKAN KAMI

1.1 Misi Kami

Misi CEMEX ialah memenuhi keperluan pembangunan sedunia pelanggan kami dan memberi nilai kepada pemegang saham dengan menjadi syarikat pembangunan yang paling cekap dan menguntungkan.

Untuk mencapai Misi kami, kami bekerjasama dengan pelanggan untuk membangunkan dunia yang lebih baik dengan membekalkan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi. Di samping itu, kami berkembang dan menempatkan syarikat sebagai opsyen terbaik dalam industri bahan pembinaan bagi pemegang saham.

1.2 Nilai Kami

Kami berjuang untuk kecemerlangan prestasi dan membentuk hubungan berkekalan berdasarkan kepercayaan dan nilai asas kami yakni Usaha Sama, Integriti dan Kepimpinan.

Definisi nilai CEMEX...

Usaha Sama: Bekerja dengan pihak lain dalam usaha mengejar kecemerlangan.

Integriti: Bertindak secara jujur, bertanggungjawab dan saling menghormati pada setiap masa.

Kepimpinan: Menggambarkan masa depan dan memfokuskan usaha kami pada perkhidmatan, kecemerlangan dan daya saing.

USAHA SAMA

KEPIMPIAN

(6)

1.3 Kepercayaan yang mendefinisikan sifat kami

Kami yakin bahawa kejayaan perniagaan kami bermula dari menjadi opsyen terbaik untuk pemegang saham dan justeru...

Kami berusaha untuk membangunkan dan melaksanakan strategi yang menjamin Kepimpinan kami, menjanakan nilai untuk pelanggan, pelabur, pekerja, pembekal dan komuniti. Kami tahu bahawa fokus berterusan kepada perkhidmatan efektif dan daya saing adalah asas untuk merealisasikan Misi.

Kami percaya bahawa pekerja yang bertindak dengan Integriti memberi kami kelebihan daya saing. Dengan menjalankan perniagaan yang jujur, bertanggungjawab dan saling menghormati, kami akan membentuk kepercayaan dan kebaikan bersama yang berkekalan. Kami menyokong komunikasi yang jelas dan terus terang kerana kami mengiktiraf bahawa latar belakang dan pendapat yang pelbagai adalah mengayakan.

Kami yakin bahawa Usaha Sama kami mencepatkan pencapaian keputusan dan membantu dalam mencapai keputusan yang lebih baik. Kami mengesahkan profesionalisme kami dengan mengetahui maklumat terkini, berkomunikasi dengan efektif dan bekerja dalam pasukan untuk berkongsi usaha dan pengetahuan. Kami sentiasa bersifat proaktif dan mencari jalan untuk memuaskan keperluan dan jangkaan pemegang saham dengan menjadi inovatif, berjuang untuk kemajuan berterusan, menyesuaikan diri terhadap perubahan dan melakukan dengan terbaik.

(7)

7

IV. HUBUNGAN

2. HUBUNGAN PEKERJA

Pekerja CEMEX merupakan kelebihan daya saing dan kami membentuk persekitaran

yang sesuai untuk pertumbuhan mereka.

Sebagai bahagian yang penting dalam syarikat, kami

mesti berjuang untuk merealisasikan Misi kami dengan bertindak selaras dengan Prinsip dan

Nilai kami.

2.1 Perekrutan

Kami merekrut pekerja berdasarkan kebolehan dan pengalaman kerjaya di samping pematuhan mereka dengan Nilai Korporat.

Proses pemilihan dan perekrutan kami dijalankan dengan penuh hormat, tanpa mencipta harapan palsu dan selaras dengan undang-undang dan amalan tempatan.

2.2 Komitmen CEMEX

Kami secara sistematik menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan produktif dan berusaha untuk memaksimumkan kebolehan dan kreativiti individu di samping membentuk kerjasama dan kerja sepasukan.

Setakat ini, kami memberi keutamaan tinggi kepada:

Pematuhan undang-undang dan peraturan buruh.

Mempromosikan sifat saling menghormati untuk perbezaan individu dan pendapat dan sekali gus mengelakkan sebarang bentuk diskriminasi atau gangguan.

Melindungi pekerja dan kemudahan dengan peralatan, sistem dan prosedur keselamatan.

Mengekalkan persekitaran dan kesihatan pekerja kami.

Mendefinisikan, berkomunikasi dan memastikan pematuhan dengan polisi dan prosedur dalaman CEMEX.

Kami juga beriltizam untuk menawarkan faedah dan pampasan kompetitif, latihan dan pembangunan berterusan, pengiktirafan individu, komunikasi terbuka, maklum balas berkesan dan kenaikan pangkat berlandaskan merit.

2.3 Tanggungjawab Pekerja

Kami mengharapkan pekerja kami untuk:

Membiasakan diri dengan Misi kami dan menyumbang kepada pencapaiannya dengan mengamalkan Nilai organisasi dan mematuhi Kod Etika dan Peraturan Perniagaan CEMEX.

Membaca, memahami dan mematuhi polisi dan prosedur dalaman CEMEX.

(8)

Berkongsi pengalaman dan pengetahuan untuk faedah CEMEX dan pemiliknya.

Memenuhi komitmen mereka secara konsisten, berterus-terang dan bertanggungjawab.

Berkongsi tanggungjawab bersama dengan syarikat kami untuk pertumbuhan dan pembangunan individu, selalu mencari peluang yang ditawarkan oleh CEMEX untuk mengemas kini kepakaran diri.

Membangunkan persekitaran kerjasama dan kerja sepasukan.

Mematuhi dan menguatkuasakan piawaian kesihatan dan keselamatan.

Menayangkan imej terbaik syarikat pada setiap masa dengan memberi contoh dan teladan yang baik.

2.4 Hubungan antara perorangan

Kami berusaha untuk memastikan bahawa hubungan antara perorangan di tempat kerja mendorong usaha sama dan kerja sepasukan - faktor penting untuk mengatasi cabaran yang terus dihadapi. Lantaran itu, tindakan diambil untuk mempromosikan:

Usaha sama:

Menyediakan sokongan berkesan kepada orang lain dan mendorong kerja sepasukan dan rangkaian kepakaran di mana setiap orang berkongsi pengetahuan, pengalaman dan usaha terbaik.

Menempatkan prestasi korporat global syarikat di atas dan melebihi prestasi persendirian, unit, kawasan atau Unit Perniagaan.

Tidak mengorbankan pembaharuan jangka masa panjang syarikat untuk pulangan jangka masa pendek.

Mengenal pasti bahawa persaingan yang sihat di tempat kerja memulakan pertumbuhan persendirian dan kerjaya, dengan syarat ia tidak menjejaskan usaha sama, semangat sepasukan atau prestasi korporat secara keseluruhannya.

Komunikasi

Mempromosikan nilai yang dikongsi dalam syarikat dan menjadi model contoh positif untuk tingkah laku dan amalan yang dinyatakan dalam Kod Etika dan Peraturan Perniagaan CEMEX.

Mengemukakan idea dan pandangan dengan jelas, jujur dan dalam cara yang bertanggungjawab serta menyumbang kritikan konstruktif untuk melicinkan hubungan dan proses.

Menunjukkan sifat menghormati pendapat orang lain untuk mengukuhkan cadangan dan memperbaik hasil usaha kami.

(9)

9

Menyumbang kepada pembentukan dan pengekalan persekitaran kerja yang sihat dan produktif di mana setiap individu dilayan dengan adil dan penuh hormat.

Mengelakkan penghakiman yang tidak berasas terhadap orang lain.

Menetapkan matlamat yang mencabar, bersesuaian dengan kebolehan diri dan menekankan hasil dan keputusan.

Meminta maklum balas, mendengar dengan baik dan menggunakannya sebagai langkah untuk terus maju.

Menyediakan maklum balas yang jujur, konstruktif, tepat dan pada masa yang sesuai serta berdasarkan fakta di samping memastikan bahawa semua pendapat dipertimbangkan.

Membahagikan tanggungjawab kepada pekerja dan menyediakan tugasan yang mencabar minda.

Memberi pengiktirafan yang sewajarnya untuk tugas yang dilaksanakan dengan cemerlang.

Topik Berkaitan:

8. KONFLIK KEPENTINGAN DAN PELUANG KORPORAT 12.MAKLUMAT SULIT

(10)

3. HUBUNGAN PELANGGAN DAN URUSAN SAKSAMA

CEMEX bekerja untuk menjadi opsyen terbaik kepada pelanggan kami.

Semua urusan

perniagaan dilaksanakan dengan saksama dan profesional dan kami membekalkan perkhidmatan

dan produk berkualiti tinggi di masa dan tempat yang dipersetujui.

Sebagai syarikat dan secara individu, kami melakukan semua usaha yang mungkin untuk

bertindak dalam cara yang adil dan proaktif. Justeru, kami melebihi jangkaan pelanggan dan

meramalkan keperluan mereka untuk memastikan hubungan jangka masa panjang.

3.1 Pemilihan pasaran

Kami tidak mendiskriminasikan pelanggan atau pasaran untuk sebarang sebab melainkan pematuhan peruntukan perundangan.

3.2 Menjalankan perniagaan dengan pelanggan

Kami berusaha untuk mempromosikan piawaian Kod Etika dan Peraturan Perniagaan CEMEX kepada pelanggan kami. Justeru, kami menasihati pelanggan kami agar tidak menjalankan atau terlibat dalam sebarang tindakan yang dilarang oleh undang-undang atau Kod Etika dan Peraturan Perniagaan ini.

3.3 Komitmen dan janji-janji

Nilai Korporat kami memerlukan kami untuk melayani pelanggan dengan integriti dan tahap profesionalisme yang tinggi serta mengelakkan keangkuhan setiap masa. Untuk membina dan mengekalkan hubungan pelanggan berdasarkan kepercayaan dan kredibiliti, kami perlu membuat komitmen yang selaras dengan kebolehan kami. Jika faktor luar jangkaan mengakibatkan kegagalan untuk memenuhi komitmen, individu terlibat mesti memberitahu penyelia atasan dan pelanggan.

3.4 Promosi dan jualan

Promosi dan jualan kami akan bebas daripada perwakilan palsu berkenaan kualiti produk dan/atau ketersediaan, tarikh penghantaran dan terma-terma bayaran.

3.5 Globalisasi

Pengembangan sedunia kami telah mendedahkan pekerja kepada serbaneka budaya. Apabila bekerja dalam persekitaran yang berbeza, pekerja akan menjalankan perniagaan dengan menghormati budaya, tradisi dan amalan tempatan. Pekerja perlu berunding dengan peguam syarikat sebelum mendraf dan menandatangani perjanjian dan kontrak atau mengambil tindakan yang mungkin melanggar undang-undang atau peraturan dagangan dan persaingan.

Pekerja CEMEX adalah digalakkan untuk melaporkan tentang sebarang maklumat amalan dagangan tidak saksama yang sebenar atau bakal berlaku kepada penyelia.

(11)

11 Pekerja yang bertanggungjawab untuk kemudahan dan pengangkutan berkaitan operasi CEMEX mesti mematuhi amalan dan prosedur syarikat bagi mengelakkan pengedaran dadah dan penyalahgunaan harta sedemikian.

3.6 Hadiah, perkhidmatan dan pemberian lain

Hadiah, perkhidmatan dan pemberian lain untuk faedah pelanggan semasa atau bakal pelanggan hanya dibenarkan untuk sebab perniagaan yang sah. Dalam semua kes, pemberian dan tindakan mesti mematuhi peraturan dan memerlukan kebenaran bertulis daripada penyelia atasan pihak yang memberi. Sebarang perbelanjaan mesti direkodkan dengan khusus selaras dengan prosedur syarikat yang ditetapkan.

Pekerja tidak dibenarkan untuk memulakan atau menstrukturkan perundingan berasaskan sebarang hadiah, perkhidmatan atau pemberian lain daripada pelanggan.

Kecuali bahan promosi, perkhidmatan atau pemberian lain yang sah dan selaras dengan amalan perniagaan piawai dan sah, pekerja CEMEX tidak dibenarkan untuk menerima hadiah atau pemberian lain daripada pelanggan. Jika diterima, hadiah ini memerlukan kebenaran penyelia atasan penerima dan lebih penting lagi, penerimaan ini mesti tidak mempengaruhi atau memberi gambaran akan mempengaruhi sebarang perundingan.

Topik Berkaitan:

(12)

4. HUBUNGAN PEMBEKAL DAN URUSAN SAKSAMA

Hubungan pembekal berdasarkan kepercayaan dan faedah bersama adalah asas

kejayaan CEMEX.

Kami akan selalu menguruskan hubungan pembekal dengan jujur, saling

menghormati, penuh integriti dan menawarkan peluang yang sama untuk semua pihak terlibat.

4.1 Kesamaan dan keadilan dalam hubungan pembekal

Kami akan menyediakan pembekal dengan peluang yang sama untuk bida dan mendapatkan kontrak. Kami akan selalu menjalankan proses pengambilan secara konsisten, saling menghormati dan secara sulit.

Dalam semua kes, penilaian kami untuk pemilihan pembekal adalah berdasarkan kriteria syarikat.

4.2 Menjalankan perniagaan dengan pembekal

Kami berusaha untuk mempromosikan piawaian Kod Etika dan Peraturan Perniagaan CEMEX kepada pembekal kami. Justeru, kami menasihati pembekal kami agar tidak menjalankan atau terlibat dalam sebarang tindakan yang dilarang oleh undang-undang atau Kod Etika dan Peraturan Perniagaan ini.

4.3 Menganugerahkan kontrak dan hak milik, mematuhi undang-undang dan

peraturan

Kami mematuhi perjanjian dan komitmen kami, termasuk hak cipta, lesen dan tuntutan hak milik yang lain. Oleh itu, pekerja hanya akan menjalankan perniagaan dengan kontraktor atau pembekal yang memenuhi kriteria untuk menggunakan, memindahkan atau memasarkan produk dan/atau perkhidmatan dan tertakluk kepada royalti atau obligasi lain. Kontraktor dan pembekal perlu membuktikan keaslian dan ketulenan produk dan perkhidmatan mereka.

4.4 Hadiah, perkhidmatan dan pemberian lain

Hadiah, perkhidmatan dan pemberian lain untuk faedah pembekal semasa atau bakal pembekal hanya dibenarkan untuk sebab perniagaan yang sah. Dalam semua kes, hadiah dan tindakan mesti mematuhi peraturan dan memerlukan kebenaran bertulis daripada penyelia atasan pihak yang memberi. Sebarang perbelanjaan mesti direkodkan dengan khusus selaras dengan prosedur syarikat yang ditetapkan.

Pekerja tidak dibenarkan untuk memulakan atau menstrukturkan perundingan berasaskan sebarang hadiah, perkhidmatan atau pemberian lain daripada pembekal.

Kecuali bahan promosi, perkhidmatan atau pemberian lain yang sah dan selaras dengan amalan perniagaan piawai dan sah, pekerja CEMEX tidak dibenarkan untuk menerima hadiah

(13)

13 atau pemberian lain daripada pembekal. Jika diterima, hadiah ini memerlukan kebenaran penyelia langsung penerima dan lebih penting lagi, penerimaan ini mesti tidak mempengaruhi atau memberi gambaran akan mempengaruhi sebarang perundingan atau membentuk sentimen atau jangkaan obligasi persendirian.

Pekerja CEMEX tidak boleh meminta, berunding atau menerima diskaun atau pemberian daripada pembekal untuk faedah sendiri atau orang lain, kecuali jika tindakan ini merupakan amalan perniagaan yang diterima antara syarikat dan pembekalnya, dan penerima juga mendapatkan kebenaran bertulis daripada naib presiden/ketua (pengarah) kawasannya. Pekerja tidak akan meminta atau menerima derma untuk tujuan kebajikan atau kebaikan daripada pembekal semasa atau bakal pembekal kecuali jika CEMEX dengan usaha sama syarikat lain, membuat keputusan untuk menyokong kempen bagi memenuhi keperluan khusus.

Topik Berkaitan:

(14)

5. HUBUNGAN KERAJAAN

Operasi CEMEX memerlukan interaksi meluas dengan agensi kerajaan di banyak negara

di mana agensi ini bertindak sebagai pengawal, pelanggan, pembekal, pemegang saham

dan/atau pengiklan.

Kami akan selalu mengadakan interaksi secara konsisten dengan prinsip dan nilai

syarikat dan penekanan khusus kepada kejujuran dan sifat menghormati.

5.1 Kerajaan sebagai pengawal

Kami mempunyai polisi kesedaran tentang, dan pematuhan dengan undang-undang, peraturan, piawaian dan peruntukan perundangan lain di setiap negara yang kami beroperasi. Tiada pekerja, pegawai atau pengarah CEMEX yang akan melakukan tindakan yang menyalahi undang-undang atau tidak beretika atau mengarahkan orang lain untuk berbuat demikian, untuk sebarang sebab. Jika sebarang pekerja CEMEX menyoalkan tindakan dan pematuhan kepada undang-undang, peraturan atau pengaturan atau jika sebarang pekerja mempunyai soalan tentang undang–undang, peraturan atau pengaturan, pekerja patut menghubungi Jabatan Perundangan atau Jawatankuasa Etika tempatan mereka.

5.2 Kerajaan sebagai pelanggan

Pekerja CEMEX yang membekalkan produk atau perkhidmatan kepada agensi kerajaan adalah bertanggungjawab untuk mematuhi keperluan perundangan yang mendasari setiap urus niaga, di mana ia dilaksanakan.

5.3 Kerajaan sebagai pembekal

Dalam urus niaga di mana kerajaan atau agensinya bertindak sebagai pembekal produk dan/atau perkhidmatan, pekerja akan mematuhi prinsip yang ditetapkan di bawah "Hubungan Pembekal dan Urusan Saksama".

5.4 Kerajaan sebagai pemegang saham

Kerajaan yang merupakan pemegang saham dalam sebarang syarikat CEMEX akan selalu dilayan serupa dengan pemegang saham yang lain. Tiada pemegang saham yang akan diberi kelebihan khas.

5.5 Kerajaan sebagai pengiklan

Kami akan menyumbang kepada usaha pembangunan komuniti oleh kerajaan di mana-mana negara yang kami beroperasi setakat yang munasabah dan selaras dengan kriteria yang ditetapkan dalam "Hubungan Komuniti."

(15)

15

5.6 Hubungan dengan pegawai kerajaan

Sebelum pertemuan perniagaan yang pertama dengan kerajaan atau agensinya, pekerja syarikat akan memastikan bahawa mereka dibenarkan untuk berinteraksi dengan pegawai kerajaan bagi pihak CEMEX.

Hadiah, perkhidmatan dan pemberian lain untuk faedah sebarang agensi kerajaan, pegawai atau pekerja hanya dibenarkan untuk sebab perniagaan yang sah. Dalam semua kes, pemberian dan tindakan mesti mematuhi peraturan dan memerlukan kebenaran bertulis daripada penyelia langsung pihak yang memberi. Sebarang perbelanjaan mesti direkodkan dengan khusus selaras dengan prosedur syarikat yang ditetapkan.

Pekerja CEMEX tidak akan berjanji, menawarkan, memberi komitmen, membayar, meminjam, memberi atau memindah, sama ada langsung atau tidak langsung, sebarang bahagian daripada aset syarikat kepada agensi kerajaan, pegawai atau pekerja jika sumbangan ini adalah salah atau untuk tujuan yang salah di sisi undang-undang. Sumbangan yang sah memerlukan kebenaran daripada pengurus negara yang berkaitan. *

5.7 Usaha sama teknikal dengan kerajaan

Kami akan membekalkan pekerja terlatih sementara bagi menyediakan sokongan teknikal untuk projek kerajaan yang direka bentuk untuk faedah komuniti, dengan syarat tindakan ini diluluskan oleh presiden syarikat untuk negara tersebut.

Topik Berkaitan:

3. HUBUNGAN PELANGGAN DAN URUSAN SAKSAMA 4. HUBUNGAN PEMBEKAL DAN URUSAN SAKSAMA

Selaras dengan United States Foreign Corrupt Practices Act (the “FCPA), yang melarang pemberian sebarang benda berharga secara langsung atau tidak langsung kepada “pegawai asing” untuk tujuan mendapatkan dan mengekalkan perniagaan.

(16)

6. HUBUNGAN KOMUNITI

CEMEX mempunyai komitmen untuk mempromosikan dan menyumbang kepada

pembangunan komuniti dengan memelihara persekitaran, membentuk faedah bersama dan

mengekalkan talian komunikasi yang terbuka.

6.1 Peranan CEMEX dalam program pembangunan komuniti

Sebagai ahli komuniti sedunia yang bertanggungjawab, kami melibatkan diri melalui organisasi sah dalam program dan tindakan yang direka bentuk untuk mempromosikan integrasi, pembangunan dan peningkatan kualiti hidup di negara kami beroperasi.

Penglibatan kami mungkin termasuk khidmat runding, pengurusan, penajaan atau sebarang sokongan lain seperti produk, aset dan/atau perkhidmatan.

Asas untuk penglibatan kami dalam projek pembangunan komuniti ialah:

Undang-undang tempatan tidak melarang sokongan ini.

Program, tindakan atau penajaan adalah diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan.

Presiden negara atau rantau CEMEX, atau orang kanannya membenarkan sokongan ini.

Sokongan ini tidak bermakna syarikat akan mengambil alih obligasi dan kewajipan entiti kerajaan, organisasi lain atau komuniti sendiri.

Sokongan tidak akan membentuk atau mempromosikan sebarang kebergantungan kepada CEMEX.

Sokongan adalah berfokuskan pembangunan komuniti dengan mempromosikan budaya, kesihatan, pendidikan, sukan, persekitaran atau nilai serupa.

Sokongan direkodkan selaras dengan prinsip perakaunan yang diterima umum dalam negara tersebut.

Penerima menyediakan pengiktirafan sokongan, menyatakan nilai sokongan dan/atau bentuk, nama dan sebab sumbangan.

Pekerja CEMEX tidak dibenarkan untuk meminta atau menerima sebarang faedah persendirian atau bantuan dalam memegang jawatan perkhidmatan awam sebagai pertukaran untuk sokongan yang disediakan oleh CEMEX.

Sebagai wakil syarikat, pekerja CEMEX tidak akan menjejaskan masa depan CEMEX atau kualiti hubungan dengan komuniti tempatan melalui sokongan jangka masa pendek.

(17)

17

6.2 Peranan pekerja CEMEX dalam pembangunan komuniti

Tingkah laku pekerja kami dalam komuniti mesti menggambarkan nilai yang dipromosikan oleh CEMEX.

Kami menyokong penglibatan pekerja dalam perkara yang menyumbang kepada pembangunan komuniti, dan dalam komuniti yang membentuk pertumbuhan komuniti, dengan syarat penglibatan sedemikian tidak mengganggu prestasi kerja. Pekerja CEMEX mesti tidak mencipta jangkaan palsu tentang sokongan ini.

6.3 Pembangunan pembekal tempatan dan perekrutan pekerja

Kami percaya dalam pengambilan pekerja tempatan dan pembentukan hubungan dengan pembekal tempatan sebagai langkah menyumbang kepada pembangunan serantau. Peluang pekerjaan mesti berdasarkan kebolehan teknikal, prestasi, pendidikan dan pengalaman kerja yang ditakrifkan dengan jelas. Kriteria untuk pemilihan pembekal ialah harga kompetitif, kualiti, pengalaman dan perkhidmatan.

Topik Berkaitan:

2. HUBUNGAN PEKERJA

4. HUBUNGAN PEMBEKAL DAN URUSAN SAKSAMA 9. TANGGUNGJAWAB ALAM SEKITAR

(18)

V. OPERASI DAN AKTIVITI

7. PEMATUHAN ANTITRUST

CEMEX mempunyai dedikasi untuk menjalankan semua aktiviti perniagaan dengan

piawaian etika yang tertinggi.

Sementara kami berusaha untuk menjadi yang terbaik, nilai

korporat kami menyatakan bahawa ini hanya boleh dicapai melalui usaha tekun dan

perkhidmatan cemerlang.

Pematuhan dengan semua undang-undang berkenaan merupakan asas Nilai Korporat

kami.

Ini adalah benar untuk situasi perundangan antitrust.

Walaupun pematuhan antitrust

ialah amalan perniagaan yang baik, kita harus ingat bahawa melanggar undang-undang

antitrust akan membawa kesan yang besar kepada syarikat, pengarah, pegawai dan pekerjanya.

CEMEX beroperasi di banyak negara dengan undang-undang antitrust dan peraturan

berbeza. Justeru, pekerja CEMEX perlu sentiasa memastikan bahawa semua aktiviti mematuhi

undang-undang dan peraturan tempatan dan juga polisi syarikat.

Pekerja CEMEX perlu melaporkan amalan dagangan yang tidak adil kepada penyelia

mereka, sama ada yang sebenar atau bakal berlaku. Pekerja CEMEX boleh berunding dengan

jabatan perundangan sekiranya tidak pasti tentang amalan atau aktiviti tertentu.

7.1 Berurusan dengan pelanggan dan pembekal

Kami mesti melayan semua pelanggan dan pembekal secara adil dan bersesuaian dengan semua undang-undang antitrust dan persaingan yang bersesuaian, dan tidak mengambil kesempatan ke atas kedudukan pasaran bagai sebarang produk atau kawasan geografi tertentu. Mesti terdapat sebab perniagaan yang sah untuk menjual produk yang sama kepada pelanggan di tempat yang sama pada harga berlainan, seperti perbezaan kos atau penglibatan dalam bida kompetitif.

7.2 Berurusan dengan pesaing

Tindakan kompetitif mesti berdasarkan pertimbangan perniagaan yang baik. Kami tidak akan membuat sebarang perjanjian dengan pesaing bagi mengekang dagangan. Contoh perjanjian tidak sah seperti ini termasuk penetapan harga, pemulauan secara berkumpulan dan manipulasi bida. Dalam hampir setiap negara, perjanjian seperti ini membawa kepada akibat perundangan yang serius sehingga hukuman penjara dan denda yang sangat tinggi.

Pekerja perlu berunding dengan peguam syarikat sebelum mendraf dan menandatangani perjanjian dan kontrak atau mengambil tindakan yang mungkin melanggar undang-undang atau peraturan dagangan dan persaingan.

Berhubungan dengan pesaing tidak boleh dielakkan dan adalah sah. Namun, sila berunding dengan wakil dari Jabatan Perundangan SEBELUM anda mula berkomunikasi dan berhubungan. Sebagai contoh, apabila pesaing juga merupakan pelanggan atau pembekal, adalah sesuai untuk meneruskan urusan perniagaan seperti dengan pelanggan atau pembekal.

(19)

19 Namun, perbincangan patut dihadkan kepada terma urus niaga semasa sahaja. Pastikan individu yang bertemu dengan pelanggan bukan orang serupa yang bertanding dengan pelanggan ini.

Cara paling selamat untuk mengelakkan perjanjian tidak sah dengan pesaing ialah mengelakkan pertemuan dan komunikasi lain dengan pesaing, kecuali tujuan pertemuan adalah jelas dan sah.

7.3 Ambil langkah tambahan apabila anda mempunyai “kedudukan dominan”

Jika Syarikat mempunyai kuasa, sama ada sebenar atau bakal, untuk mendominasi kawasan geografi tertentu, ia harus berjaga-jaga dan mengelakkan taktik yang boleh dilihat sebagai direka bentuk khas untuk mengetepikan pesaing semasa dan bakal. Tindakan kompetitif mesti berdasarkan pertimbangan perniagaan yang baik. Menumpukan kepada syarikat tertentu atau mengambil langkah untuk “mengeluarkan’ syarikat dari arena perniagaan adalah tidak sesuai.

Selalunya, pengatur antitrust menggunakan dokumen syarikat sendiri (e-mel, tulisan tangan) untuk membuktikan salah laku. Oleh itu, untuk mengelakkan pentafsiran kurang tepat, anda harus mengelakkan daripada penggunaan bahasa yang remeh dan tidak sesuai dalam dokumen perniagaan. Peraturan yang baik ialah: Jangan tulis sebarang perkara yang anda tidak mahu baca pada halaman depan surat khabar.

Topik Berkaitan:

3. HUBUNGAN PELANGGAN DAN URUSAN SAKSAMA 4. HUBUNGAN PEMBEKAL DAN URUSAN SAKSAMA

(20)

8. KONFLIK KEPENTINGAN DAN PELUANG KORPORAT

Pekerja, pegawai dan pengarah kami mempunyai obligasi untuk membawa diri mengikut

cara yang jujur dan beretika dan bertindak berdasarkan kepentingan terbaik CEMEX.

Semua

pekerja, pegawai dan pengarah patut berusaha untuk mengelakkan situasi yang akan

menyebabkan konflik sebenar atau bakal antara kepentingan mereka dan kepentingan CEMEX.

“Konflik kepentingan” berlaku apabila kepentingan peribadi seorang mengganggu

dalam sebarang cara atau kelihatan mengganggu dengan kepentingan CEMEX, termasuk semua

anak syarikat dan sekutu.

Konflik kepentingan boleh berlaku apabila pekerja, pegawai atau

pengarah mengambil tindakan atau mempunyai kepentingan yang menyukarkannya untuk

melaksanakan kerjanya dengan objektif dan cekap.

Konflik kepentingan mungkin berlaku apabila

pekerja, pegawai atau pengarah (atau ahli keluarga) menerima faedah persendirian yang tidak

sepatutnya disebabkan kedudukannya dalam CEMEX.

8.1 Pekerja dengan kepentingan atau perniagaan luar

Pekerja dijangkakan untuk mendedikasikan bakat dan usaha mereka kepada CEMEX dan bersikap setia kepada syarikat. Ini bermaksud pekerja CEMEX tidak patut:

Melaksanakan atau terlibat dengan sebarang dagangan atau perniagaan yang secara langsung atau tidak langsung bersaing dengan CEMEX.

Menggunakan kedudukan kerja dalam CEMEX untuk mendapatkan faedah peribadi yang tidak sah, termasuk faedah untuk ahli keluarga atau parti ketiga.

Mendapatkan hasil atau faedah daripada pembekal, pesaing atau pelanggan. Pengecualian kepada peraturan ini ialah sebarang faedah yang diterima untuk keahlian Lembaga Pengarah korporat — jika diluluskan oleh ketua unit atau kawasan perniagaan CEMEX — atau kerja untuk organisasi bukan kerajaan.

8.2 Pekerja sebagai pelanggan CEMEX

Pekerja syarikat boleh membeli produk CEMEX untuk kegunaan sendiri dengan syarat mereka mematuhi polisi syarikat. CEMEX memelihara hak untuk menentusahkan destinasi akhir sebarang barangan sedemikian.

Pekerja tidak boleh memiliki sebarang perniagaan yang terlibat dalam pemasaran, pengedaran, pengangkutan atau pemprosesan produk atau perkhidmatan CEMEX.

8.3 Pekerja sebagai pembekal

Pekerja CEMEX tidak boleh menjadi pembekal kepada syarikat. Dalam cara yang sama, perniagaan yang dimiliki oleh pekerja CEMEX tidak boleh membekalkan produk dan/atau perkhidmatan kepada CEMEX.

(21)

21

8.4 Saudara pekerja sebagai pelanggan atau pembekal

Pekerja CEMEX tidak akan melibatkan diri atau mempunyai pengaruh langsung atau tidak langsung terhadap sebarang keperluan, perundingan atau proses mencapai keputusan berkaitan dengan pelanggan dan pembekal yang merupakan ahli keluarga.

Kami menjangka bahawa perniagaan kami akan dijalankan bebas daripada sebarang konflik sama ada sebenar atau bakal yang berlaku apabila kesetiaan pengarah, pegawai atau pekerja terbahagi antara kepentingan diri dan CEMEX. Pengarah, pegawai dan pekerja CEMEX akan mengelakkan situasi yang menyebabkan konflik antara kepentingan diri dan syarikat dalam perkara yang penting kepada perniagaan CEMEX. Situasi yang boleh menyebabkan konflik kepentingan patut diberitahu kepada Jawatankuasa Etika Unit Perniagaan.

Semua pekerja mesti memberitahu penyelia atasan jika perniagaan yang bakal menjadi pembekal atau pelanggan CEMEX adalah dimiliki oleh saudara rapat pekerja di situ.

8.5 Pemegang saham sebagai pelanggan atau pembekal

Kami akan melayan pemegang saham yang ingin mempunyai hubungan perniagaan dengan CEMEX serupa dengan sebarang pembekal atau pelanggan CEMEX, dan mereka tertakluk kepada prosedur dan terma yang sama seperti pembekal atau pelanggan CEMEX yang lain.

8.6 Pemegang saham dan/atau pekerja dengan ahli keluarga dalam CEMEX

Saudara-mara pekerja atau pemegang saham CEMEX boleh bekerja untuk syarikat dengan syarat mereka memenuhi keperluan pekerjaan. Dalam semua kes, pengambilan saudara akan mengikuti prosedur pemilihan yang ditetapkan oleh Jabatan Sumber Manusia tempatan CEMEX.

Pekerja CEMEX tidak boleh menyelia sebarang ahli keluarga secara langsung. Sebarang gerakan dalaman tertakluk kepada amalan yang teraplikasi untuk semua pekerja CEMEX.

8.7 Hadiah, perkhidmatan dan pemberian lain

Pekerja CEMEX tidak boleh menerima pemberian sebarang bentuk yang mungkin menjejaskan atau kelihatan menjejaskan pencapaian keputusan untuk rundingan semasa dan bakal. Namun, mereka boleh menerima pemberian promosi yang sah dan merupakan amalan perniagaan yang diterima umum, jika pemberian ini adalah diluluskan oleh penyelia atasan.

Pekerja CEMEX dibenarkan untuk menawarkan hadiah, perkhidmatan dan pemberian bagi pihak syarikat dengan syarat ia sah, diluluskan oleh penyelia atasan dan selaras dengan

(22)

kepentingan syarikat. Sebarang perbelanjaan untuk tujuan ini mesti direkodkan selaras dengan keperluan perundangan dan prosedur syarikat yang ditetapkan.

Menggunakan hadiah, perkhidmatan atau pemberian sebagai asas untuk mensyaratkan rundingan adalah dilarang.

8.8 Rasuah dan/atau paksaan

Rasuah dan paksaan adalah salah di sisi undang-undang untuk apa keadaan sekalipun. Ahli syarikat yang ditawarkan rasuah atau dipaksa menerimanya dalam hubungan kerja, sama ada di dalam atau di luar organisasi mesti melaporkannya dengan segera. Pekerja juga bertanggungjawab untuk melaporkan paksaan atau rasuah jika mereka sedar akan tekanan yang dikenakan ke atas individu lain dalam syarikat.

8.9 Paten dan hak cipta

Sebarang ciptaan, pembaharuan, inovasi atau pembangunan yang dijanakan oleh pekerja CEMEX, sebagai hasil langsung atau tidak langsung daripada kewajipan tugas adalah milik CEMEX, tertakluk kepada perundangan negara di mana pembangunan tersebut dijanakan.

8.10 Melaporkan konflik kepentingan

Situasi yang melibatkan konflik kepentingan bukan selalu ketara atau mudah diselesaikan. Pekerja CEMEX dikehendaki melaporkan konflik kepentingan sebenar atau bakal berlaku kepada Jawatankuasa Etika Unit Perniagaan. Dalam cara yang sama, pegawai eksekutif atasan dan pengarah mesti mendedahkan kepada Jawatankuasa Etika sebarang bahan urus niaga atau hubungan yang boleh menyebabkan konflik kepentingan dan Jawatankuasa Etika akan memberitahu Jawatankuasa Audit tentang pendedahan ini.

8.11 Mengendalikan konflik kepentingan

Dalam kejadian sebenar konflik kepentingan yang disebabkan hubungan peribadi dan profesional atau aktiviti pekerja, pegawai atau pengarah, maka pekerja, pegawai atau pengarah yang terlibat diharapkan untuk mengendalikan konflik kepentingan dalam cara yang beretika selaras dengan peruntukan Kod Etika dan Peraturan Perniagaan CEMEX ini.

Topik Berkaitan:

2. HUBUNGAN PEKERJA

3. HUBUNGAN PELANGGAN DAN URUSAN SAKSAMA 4. HUBUNGAN PEMBEKAL DAN URUSAN SAKSAMA 12.MAKLUMAT SULIT

(23)

23

9. TANGGUNGJAWAB ALAM SEKITAR

Salah satu keutamaan CEMEX ialah menjalankan operasi mengikut cara yang tidak

menjejaskan alam sekitar.

Kami menyokong pembangunan dan implementasi sistem yang

mengelakkan, mengawal dan mengurangkan impak operasi kami terhadap ekosistem.

9.1 Komitmen CEMEX

Kami berdedikasi terhadap pemeliharaan alam sekitar. Kami mempunyai dana dan menggunakan rancangan dan program yang diiktiraf sedunia untuk memastikan penggunaan optimum sumber alam.

Kami melatih orang kami secara berterusan untuk mengambil berat tentang alam sekitar dan komuniti.

9.2 Komitmen pekerja CEMEX

Pekerja CEMEX akan mengikuti dan menggalakkan orang lain untuk mematuhi semua polisi, piawaian dan prosedur alam sekitar syarikat. Lanjutan itu, kami menggalakkan pekerja untuk melibatkan diri dalam program persekitaran seperti yang dinyatakan dalam garis panduan syarikat.

9.3 Komitmen kepada komuniti

Kami melibatkan diri secara proaktif dalam organisasi awam dan swasta yang mengekalkan keseimbangan ekologi. Kami juga bekerjasama dengan reka bentuk dan pembaharuan peraturan alam sekitar selaras dengan rancangan dan program syarikat.

Topik Berkaitan:

(24)

10. SUMBANGAN DAN AKTIVITI POLITIK

CEMEX mengiktiraf dan menghormati hak pekerja untuk melibatkan diri dalam aktiviti

di luar syarikat, seperti politik tetapi dengan syarat ia adalah sah dan tidak mengganggu

kewajipan atau tugas pekerja atau tidak melibatkan syarikat dalam apa cara sekalipun.

Sumbangan politik ditakrifkan sebagai memberi wang, barangan, perkhidmatan atau

aset lain kepada parti politik, organisasi berorientasikan politik atau calon untuk jawatan awam.

Aktiviti politik ditakrifkan sebagai sebarang tindakan yang diambil untuk tujuan politik,

termasuk tetapi tidak terhad kepada keahlian dalam parti atau organisasi politik, bertanding

untuk jawatan awam, penglibatan dalam kempen pilihan raya atau memegang jawatan awam

atau sebarang jawatan dalam parti politik.

10.1 Sumbangan politik

Pekerja CEMEX mempunyai hak untuk membuat sumbangan politik, sama ada secara langsung atau melalui Jawatankuasa atau entiti lain yang disertai oleh CEMEX, dengan syarat sumbangan ini mematuhi peraturan yang berkenaan.

10.2 Aktiviti politik

Kami menghormati hak pekerja untuk melibatkan diri dalam aktiviti politik pilihan mereka, dengan syarat penglibatan mereka adalah untuk persendirian dan tidak akan menjejaskan prestasi kerja mereka dalam syarikat. Pekerja yang terlibat dalam aktiviti politik tidak akan mengaitkan diri mereka dengan CEMEX atau menggunakan nama, simbol, logo atau sebarang identiti syarikat.

Pekerja CEMEX tidak akan mengadakan aktiviti politik dalam bangunan syarikat atau menggunakan aset syarikat untuk tujuan ini.

CEMEX tidak akan bertanggungjawab dalam apa keadaan sekalipun untuk tindakan pekerja dalam aktiviti politik. Penglibatan CEMEX dalam politik tidak mengimplikasikan pilihan politik pihak syarikat.

Topik Berkaitan:

5. HUBUNGAN KERAJAAN

(25)

25

VI. KESELAMATAN

11. KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TEMPAT KERJA

Polisi CEMEX ialah memastikan operasi adalah selamat untuk pekerja dan komuniti

tempatan dan menjaga peralatan dan kemudahan kami.

Keselamatan dan kesihatan semasa bekerja merupakan bahagian penting dalam urusan

harian kami dan akan digambarkan pada setiap masa dalam tingkah laku pekerja.

Justeru,

pekerja perlu berhati-hati dan membetulkan keadaan yang tidak selamat dan mengelakkan

sebarang perkara yang berbahaya.

11.1 Keselamatan dan kesihatan sebagai keutamaan

Tindakan dan keputusan individu tidak patut menjejaskan keselamatan dan kesihatan pekerja, kontraktor, komuniti, peralatan dan kemudahan.

11.2 Budaya keselamatan dan kesihatan semasa bekerja

CEMEX mempunyai komitmen kepada budaya keselamatan dan kesihatan semasa bekerja. Kami menyediakan latihan berterusan untuk semua pekerja dan menyumbang kepada pembaharuan kesihatan dalam komuniti kami melalui agensi kerajaan yang sesuai dan organisasi bukan kerajaan.

11.3 Pematuhan keselamatan dan kesihatan

Pekerja CEMEX mesti mematuhi semua undang-undang dan peraturan keselamatan dan kesihatan serta polisi, amalan, sistem dan prosedur CEMEX.

11.4 Kebersihan dan Susun Rapi

Pekerja CEMEX bertanggungjawab untuk memastikan persekitaran tempat kerja adalah bersih dan tersusun rapi dan dengan itu menyumbang kepada amalan operasi selamat dan mengelakkan perkara berbahaya.

11.5 Peralatan perlindungan persendirian

CEMEX menyediakan peralatan perlindungan yang diperlukan untuk setiap aktiviti yang dijalankan oleh pekerja di samping latihan untuk kegunaannya. Pekerja perlu menggunakan peralatan perlindungan ini dengan baik.

Sebarang pekerja yang menyelia perkhidmatan pihak luar mesti memastikan bahawa kaki tangan pihak luar ini mematuhi peraturan keselamatan dan kesihatan yang serupa dengan pekerja CEMEX sendiri.

(26)

11.6 Keselamatan dan pemeliharaan aset

Pekerja CEMEX perlu bekerjasama secara proaktif dalam reka bentuk dan implementasi langkah keselamatan yang diperlukan untuk memelihara aset kami. Pekerja di semua Unit Perniagaan mesti sedar akan kepentingan mematuhi prosedur keselamatan dan mesti melaporkan sebarang aktiviti yang mungkin membahayakan para pekerja, pusat operasi atau komuniti di mana kami beroperasi.

Topik Berkaitan:

5. HUBUNGAN KERAJAAN 6. HUBUNGAN KOMUNITI

9. TANGGUNGJAWAB ALAM SEKITAR 14.PEMELIHARAAN ASET

(27)

27

12. MAKLUMAT SULIT

Di CEMEX kami mempercayai bahawa perolehan maklumat dan penggunaannya dengan

baik merupakan kelebihan kompetitif. Justeru, kami perlu mengendalikan maklumat dalam cara

yang bertanggungjawab, selamat, tepat dan sah di sisi undang-undang.

Maklumat sulit secara umumnya adalah sebarang maklumat berkenaan syarikat atau

anak syarikat dan sekutunya, dan pegawai, pengarah, pemegang saham, operasi, aktiviti,

rancangan, pelaburan atau strategi yang belum diumumkan kepada orang awam secara sah dan

termasuk tetapi tidak terhad kepada senarai di bawah:

Maklumat perakaunan dan ramalan kewangan

Gabungan, pembelian, hubungan dan perkembangan serta rancangan perniagaan

Urus niaga dan kewangan sekuriti

Polisi dan amalan komersial atau operasi

Isu perundangan atau pentadbiran

Perubahan organisasi

Penyelidikan dan pembangunan produk baru

Maklumat persendirian pekerja

Harta intelektual seperti rahsia dagangan, paten, tanda niaga dan hak cipta

Senarai pelanggan dan pembekal, struktur kos dan polisi harga

12.1 Keselamatan dan pengendalian maklumat sulit

Sesiapa yang menyertai CEMEX mesti menandatangani perjanjian sulit dan menerima tanggungjawab untuk penggunaan maklumat dengan betul. Penyelia dan pengurus bertanggungjawab ke atas penggunaan maklumat oleh pihak yang bekerjasama dengan syarikat, dan mereka mesti mengambil langkah yang perlu untuk memastikan bahawa pihak ini mematuhi polisi syarikat berkenaan perlindungan maklumat.

Penggunaan yang tidak dibenarkan atau pengedaran maklumat sulit melanggar Kod Etika dan Peraturan Perniagaan CEMEX dan adalah salah di sisi undang-undang.

12.2 Penggunaan maklumat sulit

Pekerja CEMEX tidak boleh memberitahu atau mengumumkan maklumat sulit kepada parti ketiga dalam apa cara sekalipun kecuali jika diperlukan dan dibenarkan kerana sebab perniagaan. Dalam semua kes ini, pekerja mesti memberitahu penyelia atasan atau individu yang bertanggungjawab ke atas maklumat sulit sebelum sebarang pendedahan. Jika terdapat keraguan tentang pengendalian maklumat sedemikian, pekerja patut bertanya kepada penyelia langsung atau individu yang bertanggungjawab ke atas maklumat itu.

Pekerja yang perlu mendedahkan atau memberi maklumat sulit kepada pekerja CEMEX yang lain akan menasihati penerima tentang kesulitannya. Semua orang luar yang menerima maklumat ini perlu menandatangani perjanjian sulit.

(28)

CEMEX dengan tegasnya melarang penggunaan maklumat sulit sama ada secara langsung atau melalui orang lain untuk memperoleh faedah atau kelebihan yang tidak sepatutnya kerana ini mungkin menyebabkan kehilangan, kerosakan atau perkara tidak diingini oleh CEMEX dan pemegang sahamnya. Penyalahgunaan maklumat sulit boleh mengakibatkan tindakan disiplin dan mungkin mempunyai kesan perundangan.

Pemegang saham, ahli lembaga, pihak pengurusan syarikat, juru audit dalaman dan luaran statutori, pekerja, kontraktor, pembekal dan pelanggan mesti mengekalkan kesulitan maklumat ini.

12.3 Dagangan maklumat dalaman

Menggunakan maklumat bukan awam untuk dagangan sekuriti atau memberi maklumat sedemikian kepada ahli keluarga, kawan atau orang lain (tindakan yang dikenali sebagai “memberi tip”) adalah salah di sisi undang-undang. Semua maklumat bukan awam perlu dikira sebagai maklumat dalaman dan tidak patut digunakan untuk kebaikan dan perolehan persendirian. Pekerja CEMEX perlu membiasakan diri dan mematuhi polisi dagangan dalaman CEMEX dan salinan polisi diedarkan kepada semua pekerja, pegawai, pengarah dan sedia ada dari jabatan pematuhan.

12.4 Maklumat yang diperlukan oleh pihak berkuasa dan pihak lain

Apabila pihak berkuasa kerajaan memerlukan maklumat sulit, pekerja CEMEX hanya akan menyediakannya jika permintaan dibuat secara bertulis, memenuhi keperluan perundangan berkenaan dan diluluskan oleh penyelia atasan, Jabatan Perundangan dan kawasan lain yang terlibat. Pematuhan kepada keperluan yang ditetapkan oleh badan pengaturan berbeza yang mendasari tindakan syarikat adalah amat penting.

Hanya juru cakap rasmi CEMEX dibenarkan untuk menyediakan maklumat korporat kepada media, pihak analisis atau parti luar lain.

12.5 Maklumat peribadi daripada parti ketiga

Kami menghormati hak harta syarikat lain dan maklumat milik mereka dan kami memerlukan pekerja, pegawai dan pengarah kami untuk menghormati hak dan harta sedemikian.

12.6 Kesinambungan obligasi untuk mengekalkan kesulitan

Obligasi pekerja CEMEX untuk melindungi maklumat sulit dan hak milik CEMEX berterusan selepas pekerja meninggalkan CEMEX.

(29)

29

Topik Berkaitan:

8. KONFLIK KEPENTINGAN DAN PELUANG KORPORAT

(30)

13. KAWALAN DAN REKOD KEWANGAN

CEMEX berusaha untuk membina kredibiliti dan kepercayaan dengan pemegang

sahamnya.

Syarikat mengiktiraf tanggungjawabnya untuk berkomunikasi secara efektif dengan

pemegang sahamnya supaya mereka mendapat maklumat tepat sepenuhnya tentang keadaan

kewangan dan hasil operasi CEMEX.

Justeru, pekerja CEMEX akan memastikan bahawa, dalam

skop tanggungjawab dan tugas mereka, rekod kewangan adalah tepat dan kawalan kewangan

adalah efektif dan laporan serta dokumen yang diserahkan kepada pengatur sekuriti dan

komunikasi awam termasuk pendedahan penuh, tepat, adil dan mudah difahami.

Pekerja, pegawai dan pengarah CEMEX akan mengelakkan daripada lebihan kata, kerja

ramalan, kesimpulan perundangan dan pendapat serta pencirian yang mengancam individu dan

syarikat.

Ini termasuk semua jenis komunikasi seperti e-mel dan nota atau memo tidak rasmi.

Rekod selalu mesti dikendalikan berdasarkan polisi rekod CEMEX.

Jika pekerja, pegawai atau

pengarah tidak pasti sama ada dokumen perlu dikekalkan, mereka patut berunding dengan

Jabatan Perundangan sebelum meneruskan langkah.

Rekod kewangan termasuk pernyataan kewangan, laporan, pulangan cukai, bukti

sokongan dan sebarang dokumen lain yang menggambarkan operasi syarikat. Kawalan

kewangan merupakan prosedur berkaitan dengan penjagaan aset dan memastikan

kebolehpercayaan rekod kewangan.

Ia termasuk garis panduan untuk kelulusan urus niaga.

13.1 Rekod, Penjagaan dan Penyediaan Laporan Kewangan

Rekod, penjagaan dan penyediaan laporan kewangan untuk pemegang saham berbeza CEMEX mesti mematuhi undang-undang/peraturan negara, negeri dan tempatan, prinsip perakaunan yang diterima umum dan garis panduan kawalan yang dikeluarkan oleh syarikat.

Semua urus niaga kewangan akan disediakan dengan perincian munasabah, dengan bukti yang diperlukan oleh undang-undang berkenaan dan dimasukkan dalam akaun yang betul selepas dilengkapkan.

13.2 Pendedahan Maklumat Kewangan

Maklumat kewangan hanya akan didedahkan seperti di bawah "Maklumat Sulit". Mengubah atau memalsukan dokumen, rekod atau laporan untuk menyembunyikan maklumat yang mungkin mengubah pentafsiran maklumat kewangan adalah dilarang sama sekali.

13.3 Kawalan Kewangan

Operasi yang berkaitan dengan kawalan dan rekod kewangan akan dilaksanakan selaras dengan Prosedur Kawalan Dalaman yang dikeluarkan oleh Pejabat Pengawal.

(31)

31 Pengawal bertanggungjawab untuk memastikan bahawa polisi kawalan dalaman disebarkan dan dilaksanakan. Juru audit dalaman bertanggungjawab untuk menentusahkan secara berkala bahawa prosedur kawalan syarikat diikuti.

Sebarang pertanyaan tentang perakaunan, kawalan kewangan dalaman atau perkara audit perlu dilaporkan terus kepada Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah, melalui tapak web yang selamat dan boleh diakses melalui pautan yang siarkan dalam CEMEX Plaza.

Topik Berkaitan:

12. MAKLUMAT SULIT

TATACARA UNTUK MENGHANTAR PERTANYAAN, CADANGAN DAN LAPORAN.

(32)

14. PEMELIHARAAN ASET

Penggunaan dan pemeliharaan aset CEMEX adalah penting untuk mencapai Misi.

Aset adalah harta ketara dan tidak ketara yang dimiliki oleh CEMEX seperti bangunan,

mesin, peralatan, inventori, tunai, wang belum diterima, saham, sekuriti dan maklumat hak milik,

ciptaan, rancangan perniagaan, paten, jenama, tanda niaga dan nama, identiti korporat dan

teknologi maklumat.

14.1 Penjagaan aset

Pekerja CEMEX bertanggungjawab untuk penjagaan aset di bawah kawalan langsungnya. Mereka tidak boleh melibatkan diri, mempengaruhi atau membenarkan situasi dan/atau tindakan yang melibatkan pengambilan, penyalahgunaan, pinjaman, pembuangan atau penjualan aset syarikat.

14.2 Penggunaan aset untuk faedah persendirian atau tujuan selain daripada

tujuan dalam polisi syarikat

Aset yang dimiliki CEMEX dan perkhidmatan yang disediakan kepada pekerjanya adalah bertujuan untuk menyokong pekerja dalam pelaksanaan tugas dan untuk kepentingan dan faedah syarikat. Sekiranya pekerja ingin menggunakan aset sedemikian dan perkhidmatan untuk tujuan lain, mereka mesti mendapatkan kebenaran bertulis daripada penyelia atasan.

Jika barangan dan/atau perkhidmatan adalah untuk tujuan kebajikan atau kebaikan, kebenaran bertulis terlebih dahulu diperlukan seperti di bawah polisi yang bersesuaian.

14.3 Penggunaan dan penyelenggaraan kemudahan, mesin dan peralatan

Hanya pekerja terlatih dan diberi kuasa yang boleh mengendalikan kemudahan, mesin dan peralatan CEMEX. Pekerja bertanggungjawab untuk menjaga aset di bawah mereka, menyimpankannya dalam keadaan yang baik mengikut prosedur penyelenggaraan yang sesuai, dan melaksanakan semua program sedia ada untuk mengelakkan kemalangan, menyokong operasi tidak terganggu dan melanjutkan usia kegunaan aset ini.

Topik Berkaitan:

8. KONFLIK KEPENTINGAN DAN PELUANG KORPORAT 12. MAKLUMAT SULIT

(33)

33

VII. PENGURUSAN

15. PENGURUSAN KOD ETIKA DAN PERATURAN PERNIAGAAN CEMEX

Bahagian ini menjelaskan cara pengurusan Kod Etika dan Peraturan Perniagaan

CEMEX untuk memastikan Nilai kami terus membara dan diamalkan di seluruh organisasi dan

untuk menyediakan pendekatan berstruktur untuk menyelesaikan pelanggaran etika.

15.1 Prosedur untuk pertanyaan, cadangan dan laporan

CEMEX menggalakkan semua pekerja, pegawai dan pengarah untuk melaporkan sebarang pelanggaran dengan segera. Syarikat akan menyiasat dengan teliti semua laporan pelanggaran ini.

CEMEX tidak akan menerima sebarang tindakan balasan kerana laporan atau aduan berkenaan pelanggaran etika. Komunikasi terbuka untuk isu dan pendapat oleh semua pekerja, pegawai dan pengarah tanpa perlu bimbang akan tindakan balasan adalah penting untuk kejayaan pelaksanaan Kod ini. Pekerja CEMEX perlu bekerjasama dalam penyiasatan dalaman tentang salah laku dan perlakuan tidak beretika. Sebarang maklumat yang diberi dalam kes tertentu akan diberi layanan segera, profesional dan sulit.

Kod Etika dan Peraturan Perniagaan CEMEX teraplikasi merentasi seluruh organisasi. Setiap pekerja perlu mematuhi dan menguatkuasakan garis panduan yang ditetapkan dalam Kod ini. Sehingga kini, syarikat telah menetapkan pelbagai saluran komunikasi di mana pekerja CEMEX boleh mengemukakan soalan, pendapat, memberitahu kes contoh di mana nilai CEMEX diamalkan di samping melaporkan kejadian dan menyerahkan bukti untuk perlakuan tidak baik. Situasi yang melibatkan pelanggaran Kod Etika dan Peraturan Perniagaan bukan selalu ketara atau sedang diselesaikan. Pekerja CEMEX dikehendaki melaporkan sebarang pelanggaran Kod Etika dan Peraturan Perniagaan kepada salah satu individu, jabatan atau badan ini:

Penyelia atasan

Jabatan Sumber Manusia atau Jabatan Undang-Undang

Jawatankuasa Etika Unit Perniagaan

Sebarang perkara tentang pelanggaran Kod Etika dan Peraturan Perniagaan ini oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan ahli Jawatankuasa Etika CEMEX perlu dilaporkan dengan segera kepada Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah.

Pelanggaran atau pelanggaran yang disyaki terhadap perakaunan, kawalan kewangan dalaman, atau hal pengauditan, hendaklah dilaporkan terus kepada Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah melalui tapak web yang selamat dan boleh diakses melalui pautan yang disiarkan dalam CEMEX Plaza.

(34)

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara untuk menghantar pertanyaan, cadangan dan laporan, sila baca tatacara berkaitan yang disiarkan dalam CEMEX Plaza.

15.2 Akibat

Dengan mengamalkan Nilai kami setiap hari, kami memberi faedah kepada diri sendiri dan orang lain. Syarikat menggalakkan tingkah laku yang beretika. Apabila pekerja bersikap tidak beretika, di samping sebarang tindakan, obligasi atau sanksi yang diperlukan oleh undang-undang, CEMEX akan menguatkuasakan tindakan disiplin yang termasuk penamatan kerja.

Penyelia CEMEX bertanggungjawab untuk mendemonstrasikan Nilai Syarikat. Mereka perlu mengiktiraf ahli sepasukan apabila sesuai atau mengambil tindakan disiplin apabila mereka terlibat dalam tingkah laku yang tidak baik.

Setiap pekerja dikehendaki memastikan bahawa kita menghayati nilai dan garis panduan kod kita. Kegagalan untuk mematuhi apa yang dinyatakan dalam Kod Etika dan Peraturan Perniagaan CEMEX akan dianggap sebagai salah laku dan mungkin akan menyebabkan pekerja berkenaan dikenakan tindakan tatatertib.

15.3 Struktur pengurusan kod

Pihak yang bertanggungjawab untuk pengurusan Kod adalah:

Penyelia atasan

Jawatankuasa Etika Unit Perniagaan

Jawatankuasa Etika CEMEX

Jawatankuasa Etika Unit Perniagaan bertanggungjawab untuk memastikan kesedaran, pematuhan dan penguatkuasaan Kod dengan:

Menggalakkan amalan nilai dan perlakuannya

Bertindak sebagai lembaga penasihat

Merujuk kes kepada pihak berkenaan

Meluluskan tindakan pembetulan untuk menjamin keseragaman sedunia

Menjanakan statistik dan laporan

Melihat kepada permintaan untuk pemerincian

Selain di atas, Jawatankuasa Etika CEMEX mempunyai tanggungjawab berikut:

Mengemas kini dan mengubahsuai Kod

Meluluskan keahlian calon untuk Jawatankuasa Etika Unit Perniagaan

Menyiasat dan mendokumenkan kes terpilih

(35)

35

Mempromosikan keseragaman sedunia dalam penterjemahan dan penguatkuasaan Kod.

Untuk memastikan kecekapan, setiap jawatankuasa terdiri daripada lima ahli dari kawasan CEMEX yang berbeza. Setiap satu mempunyai reputasi dan latar belakang cemerlang dan diiktiraf untuk kejujuran dan pemahaman komprehensif perniagaan.

Jawatankuasa Panduan CEMEX menetapkan ahli untuk Jawatankuasa Etika CEMEX; Ahli Jawatankuasa Etika Unit Perniagaan dilantik oleh pengarah serantau dan diluluskan oleh Jawatankuasa Etika CEMEX.

15.4 Surat komitmen

Kami semua berkongsi Nilai Syarikat dan memikul tanggungjawab untuk mengamalkan dan mempromosikannya. Kami mengiktiraf tanggungjawab ini dengan menandatangani surat komitmen ini selepas menerima Kod Etika dan Peraturan Perniagaan CEMEX.

Garis panduan dalam Kod Etika dan Peraturan Perniagaan ini tidak termasuk semua; dan merupakan sampingan kepada polisi syarikat.

Topik Berkaitan:

(36)

VII. SURAT KOMITMEN, KOD ETIKA DAN PERATURAN PERNIAGAAN CEMEX

Saya mengesahkan bahawa Saya telah membaca Kod Etika dan Peraturan Perniagaan CEMEX dan memahami sepenuhnya Misi, Nilai dan tingkah laku standard yang melambangkan organisasi kami. Saya memahami bahawa pematuhan kepada Kod Etika dan Peraturan Perniagaan CEMEX adalah wajib untuk setiap pekerja CEMEX. Saya juga percaya bahawa dengan mematuhi Kod Etika dan Peraturan Perniagaan CEMEX, kami akan menyumbang kepada pembentukan persekitaran kerja yang lebih baik dan kami akan menjadi profesional dan individu yang lebih baik. Saya mengesahkan bahawa saya mematuhi piawaian ini dan saya telah mendedahkan sebarang konflik kepentingan sebenar atau bakal berlaku.

Tempat dan tarikh: ______________________________________________

Tandatangan: _________________________________

Nama: ___________________________________

ID Pekerja: _____________________________

Jabatan: _____________________________

(37)

37 INDEKS TOPIK

I. MESEJ DARIPADA PENGERUSI LEMBAGA DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF ... 3

II. PENGENALAN... 4

III.ASAS-ASAS ... 5

1. MISI, NILAI DAN KEPERCAYAAN YANG MENDEFINISIKAN KAMI ... 5

1.1 Misi Kami... 5

1.2 Nilai Kami ... 5

1.3 Kepercayaan yang mendefinisikan sifat kami... 6

IV.HUBUNGAN... 7

2. HUBUNGAN PEKERJA ... 7

2.1 Perekrutan... 7

2.2 Komitmen CEMEX ... 7

2.3 Tanggungjawab Pekerja ... 7

2.4 Hubungan antara perorangan... 8

3. HUBUNGAN PELANGGAN DAN URUSAN SAKSAMA... 10

3.1 Pemilihan pasaran ... 10

3.2 Menjalankan perniagaan dengan pelanggan... 10

3.3 Komitmen dan janji-janji... 10

3.4 Promosi dan jualan ... 10

3.5 Globalisasi... 10

3.6 Hadiah, perkhidmatan dan pemberian lain ... 11

4. HUBUNGAN PEMBEKAL DAN URUSAN SAKSAMA... 12

4.1 Kesamaan dan keadilan dalam hubungan pembekal... 12

4.2 Menjalankan perniagaan dengan pembekal... 12

4.3 Menganugerahkan kontrak dan hak milik, mematuhi undang-undang dan peraturan ... 12

4.4 Hadiah, perkhidmatan dan pemberian lain ... 12

5. HUBUNGAN KERAJAAN... 14

5.1 Kerajaan sebagai pengawal... 14

5.2 Kerajaan sebagai pelanggan ... 14

5.3 Kerajaan sebagai pembekal ... 14

5.4 Kerajaan sebagai pemegang saham ... 14

5.5 Kerajaan sebagai pengiklan... 14

5.6 Hubungan dengan pegawai kerajaan ... 15

(38)

6. HUBUNGAN KOMUNITI ... 16

6.1 Peranan CEMEX dalam program pembangunan komuniti... 16

6.2 Peranan pekerja CEMEX dalam pembangunan komuniti ... 17

6.3 Pembangunan pembekal tempatan dan perekrutan pekerja... 17

V. OPERASI DAN AKTIVITI ... 18

7. PEMATUHAN ANTITRUST ... 18

7.1 Berurusan dengan pelanggan dan pembekal... 18

7.2 Berurusan dengan pesaing... 18

7.3 Ambil langkah tambahan apabila anda mempunyai “kedudukan dominan” ... 19

8. KONFLIK KEPENTINGAN DAN PELUANG KORPORAT... 20

8.1 Pekerja dengan kepentingan atau perniagaan luar ... 20

8.2 Pekerja sebagai pelanggan CEMEX ... 20

8.3 Pekerja sebagai pembekal... 20

8.4 Saudara pekerja sebagai pelanggan atau pembekal ... 21

8.5 Pemegang saham sebagai pelanggan atau pembekal ... 21

8.6 Pemegang saham dan/atau pekerja dengan ahli keluarga dalam CEMEX ... 21

8.7 Hadiah, perkhidmatan dan pemberian lain ... 21

8.8 Rasuah dan/atau paksaan ... 22

8.9 Paten dan hak cipta ... 22

8.10 Melaporkan konflik kepentingan ... 22

8.11 Mengendalikan konflik kepentingan... 22

9. TANGGUNGJAWAB ALAM SEKITAR... 23

9.1 Komitmen CEMEX ... 23

9.2 Komitmen pekerja CEMEX ... 23

9.3 Komitmen kepada komuniti... 23

10. SUMBANGAN DAN AKTIVITI POLITIK... 24

10.1 Sumbangan politik ... 24

10.2 Aktiviti politik... 24

VI.KESELAMATAN... 25

11. KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TEMPAT KERJA ... 25

11.1 Keselamatan dan kesihatan sebagai keutamaan ... 25

11.2 Budaya keselamatan dan kesihatan semasa bekerja ... 25

11.3 Pematuhan keselamatan dan kesihatan... 25

11.4 Kebersihan dan Susun Rapi ... 25

(39)

39

11.6 Keselamatan dan pemeliharaan aset ... 26

12. MAKLUMAT SULIT ... 27

12.1 Keselamatan dan pengendalian maklumat sulit ... 27

12.2 Penggunaan maklumat sulit... 27

12.3 Dagangan maklumat dalaman ... 28

12.4 Maklumat yang diperlukan oleh pihak berkuasa dan pihak lain ... 28

12.5 Maklumat peribadi daripada parti ketiga ... 28

12.6 Kesinambungan obligasi untuk mengekalkan kesulitan ... 28

13. KAWALAN DAN REKOD KEWANGAN ... 30

13.1 Rekod, Penjagaan dan Penyediaan Laporan Kewangan... 30

13.2 Pendedahan Maklumat Kewangan ... 30

13.3 Kawalan Kewangan ... 30

14. PEMELIHARAAN ASET... 32

14.1 Penjagaan aset ... 32

14.2 Penggunaan aset untuk faedah persendirian atau tujuan selain daripada tujuan dalam polisi syarikat ... 32

14.3 Penggunaan dan penyelenggaraan kemudahan, mesin dan peralatan ... 32

VII. PENGURUSAN ... 33

15. PENGURUSAN KOD ETIKA DAN PERATURAN PERNIAGAAN CEMEX ... 33

15.1 Prosedur untuk pertanyaan, cadangan dan laporan... 33

15.2 Akibat ... 34

15.3 Struktur pengurusan kod... 34

15.4 Surat komitmen ... 35

VII. SURAT KOMITMEN, KOD ETIKA DAN PERATURAN PERNIAGAAN CEMEX... 36

Referensi

Dokumen terkait

Dengan demikian dapat disimpulkan bahwa ada pengaruh yang signifikan penggunaan metode quantum teaching terhadap prestasi belajar matematika materi dalil pythagoras siswa kelas

motivasional adalah hal-hal pendorong berprestasi yang sifatnya intrinsik, yang berarti bersumber dari dalam diri seseorang, sedangkan yang dimaksud dengan faktor hygiene

pembinaan dan pengawasan terhadap pelaksanaan peran Badan permusyawaratan Desa, seperti yang dimaksud dalam Pasal 32 Ayat (2) Peraturan Daerah Kabupaten Katingan

Hasil analisis regresi korelasi diperoleh persamaan Y=0,467X, dengan koefisien determinasi yaitu variasi panjang kaki depan tengah pedet dipengaruhi oleh panjang kaki depan

Perusahaan tempat saya bekerja dalam memberikan gaji setiap bulan kepada karyawan cukup layak serta sesuai.. dengan

“pegawai” berhubung dengan Koperasi ertinya seorang pengerusi, setiausaha, bendahari atau mana-mana anggota lain Lembaga, dan termasuklah ketua pegawai eksekutif,

Anda mesti mendapatkan kelulusan bertulis daripada Pengarah Urusan Syarikat, Pengarah Korporat, anggota Pasukan Kepimpinan Eksekutif yang relatif atau Lembaga Ekesekutif jika anda

Rangka kerja kemapanan baharu kami ke arah Perniagaan Lebih Baik, Masyarakat Lebih Baik dan Planet Lebih Baik, serta komitmen untuk tahun 2025, akan mempercepatkan kemajuan