• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENDEKATAN PENGAJARAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PENDEKATAN PENGAJARAN"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

PENDEKATAN PENGAJARAN

1. KESEPADUAN 2. INDUKTIF

3. DEDUKTIF 4. EKLEKTIF

(2)

PENDEKATAN PENGAJARAN

Mengikut pendapat Ahmad Mohd Salleh dalam Pendidikan Islam:

Falsafah,Pedagogi dan Metadologi,

 pendekatan ialah wujud berasaskan tanggapan-tanggapan yang berhubung

dengan Falsafah agama dan pengajaran serta pengajian agama itu sendiri.Ia menghuraikan sifat mata pelajaran yang diajar.

 Ia menyatakan suatu pendapat,falsafah atau suatu pengajaran tetapi tidak

semestinya boleh dibuktikan secara mutlak.

 Umpamanya dalam sebarang pengajaran,kita membuat beberapa tanggapan

(3)

PENDEKATAN PENGAJARAN

Mengikut pendapat Ahmad Mohd Salleh dalam Pendidikan Islam: Falsafah,Pedagogi dan Metadologi,

 Mendekatkan sesuatu dalam bidang pendidikan dinamakan

pendekatan. Setiap pendekatan hendaklah mencerminkan satu pandangan atau pendapat tentang hakikat satu matlamat pelajaran.

 Ia bertujuan untuk memudahkan murid menerima dan memahami

isi pelajaran yang disampaikan oleh guru.

 Dengan adanya pendekatan guru dapat membuat tanggapan asas

(4)

PENDEKATAN PENGAJARAN

 Menurut pendapat Gestalt, kita mempelajari sesuatu

situasi itu secara keseluruhan dan kemudian memperinci elemen-elemen situasi satu pandangan atau sebagai teori pembelajaran,maka kita boleh menjadikannya sebagai satu pendekatan dalam sesuatu pengajaran.

 Ini membawa maksud sesuatu pengajaran itu harus

dimulakan dengan mengamati keseluruhannya terlebih dahulu dan kemudian dikaji bahagian-bahagiannya.

(5)

PENDEKATAN PENGAJARAN

 Menurut pendapat Edward M.Anthony (1963), pendekatan

ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik. Melalui pendapat ini, dapatlah kita merumuskan bahawa pendekatan harus berlandaskan kepada model, prinsip atau teori pembelajaran,

 contohnya

:-a) konkrit kepada abstrak b) mudah kepada kompleks

c) keseluruhan kepada bahagian d) umum kepada spesifik (deduktif) e) spesifik kepada umum (induktif) f) dekat kepada jauh

(6)

PENDEKATAN PENGAJARAN

Pendekatan merupakan aksiomatik iaitu kenyataan

yang dianggap benar tanpa memerlukan sebarang

bukti atau alasan.

Pendekatan ini bolehlah dirumuskan sebagai satu teori

pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan

dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran

(7)

PENDEKATAN PENGAJARAN

1. Kesepaduan:

Kesepaduan ialah kaedah pengajaran dan cara

mengelola program pengajaran agar pelbagai

mata pelajaran dan kemahiran dalam kurikulum

boleh dihubungkaitkan antara satu sama lain.

Pendekatan ini memberi kesepaduan kepada

(8)

PENDEKATAN PENGAJARAN

1. Kesepaduan:

 Pendekatan ini merupakan strategi induktif yang direka

bentuk untuk membolehkan murid meningkatkan pemahaman mereka terhadap pelbagai bentuk pengetahuan, di samping mengamalkan pemikiran aras tinggi tentang maklumat yang sedang mereka pelajari.

 Model kesepaduan ini melihat murid sebagai seorang

yang secara aktif membentuk fahaman mereka tentang topik yang dipelajari.

(9)

PENDEKATAN PENGAJARAN

1. Kesepaduan:

 Tujuan pendekatan kesepaduan ialah:

 untuk mengajar murid berdikari dan menjadi penyelesai

masalah yang bergantung kepada diri sendiri;

 untuk membantu murid memahami dan menghayati sejauh mana

mata pelajaran dan kemahiran di sekolah berhubung-kait satu sama lain dan bukannya wujud berasingan;

(10)

PENDEKATAN PENGAJARAN

1. Kesepaduan:

Tujuan pendekatan kesepaduan ialah:

 untuk mewujudkan minat murid yang tinggi terhadap

pembelajaran yang berbentuk peribadi dan individu.

 Pendekatan ini bertujuan membentuk situasi di mana murid

boleh belajar tentang apa mereka mahu dan ingin mengetahui berbanding dengan apa yang ditetapkan dalam kurikulum; dan

(11)

PENDEKATAN PENGAJARAN

1. Kesepaduan:

Tujuan pendekatan kesepaduan ialah:

 Untuk menekankan proses pembelajaran dan bukan isi

kandungan mata pelajaran dan kemahiran semata-mata.

 Pendekatan ini mementingkan nilai sosial pembelajaran di

mana pelajar digalakkan belajar secara koperatif dengan pelajar lain.

(12)

PENDEKATAN PENGAJARAN

2.

Induktif:

Dalam pendekatan ini guru memberi beberapa

contoh yang kesemuanya mempunyai konsep dan

peraturan konsep yang sama.

Walaubagaimanapun peraturan konsep tidak

dinyatakan. Murid cuba mencarinya melalui

contoh-contoh yang diberi.

(13)

PENDEKATAN PENGAJARAN

2.

Induktif:

Melalui

teknik

penyoalan,

guru

mencungkil

attribute kritikal

dan bukan kritikal yang

merupakan ciri-ciri penting dan tidak penting

konsep yang dipelajari. Melalui latihan sedemikian,

murid akan mulai faham akan konsep yang sama

yang terdapat dalam semua contoh.

(14)

PENDEKATAN PENGAJARAN

2. Induktif:

 Guru menunjukkan beberapa contoh dan bukan contoh

konsep yang dipelajari.

 Murid dikehendaki mengkategorikan contoh-contoh

tersebut kepada contoh dan bukan contoh dan menerangkan sebab berdasarkan ciri-ciri penting peraturan konsep yang sedang dipelajari.

(15)

PENDEKATAN PENGAJARAN

2. Induktif:

Satu contoh pendekatan induktif ialah seperti berikut:

 Seorang guru mengajar tentang konsep binatang kepada kelas. Beliau

meminta murid memberi pelbagai contoh binatang.

 Daripada contoh-contoh yang diberi oleh murid, murid-murid dikehendaki

mengenalpasti ciri dan bukan ciri binatang.

 Kemudian, binatang-binatang ini dikategorikan ke dalam kumpulan

masing-masing.

 Murid menyatakan satu peraturan am dan merumuskan bahawa binatang

terdiri daripada 5 kumpulan yang nyata (mamalia, amphibia, ikan, reptilia and burung).

(16)

PENDEKATAN PENGAJARAN

3. Deduktif

 Dalam pendekatan ini, guru memulakan dengan peraturan

konsep, atau suatu pernyataan am tentang apa yang akan dibuktikan dalam sesi pengajaran berkenaan.

 Guru memberi contoh yang memberi bukti tentang peraturan

konsep. Guru mencungkil ciri-ciri penting dan bukan penting konsep berkenaan dengan menyoal murid.

(17)

PENDEKATAN PENGAJARAN

3.

Deduktif

Guru membincangkan beberapa lagi contoh dan bukan

contoh konsep yang dipelajari.

Murid dikehendaki mengkategorikan contoh-contoh

tersebut kepada contoh dan bukan contoh dan

menerangkan sebab berdasarkan ciri-ciri penting

peraturan konsep yang sedang dipelajari.

(18)

PENDEKATAN PENGAJARAN

3. Deduktif

Satu contoh pendekatan deduktif ialah seperti berikut:

 Seorang guru mengajar topik Teorem Pythagoras dalam

Matematik.

 Mula-mula ia menerangkan formula tersebut dengan merujuk

kepada sebuah segi tiga bersudut tepat. Kemudian, beliau memberi beberapa contoh dan bukan contoh. Seterusnya, murid dikehendaki menyelesaikan beberapa soalan.

(19)

PENDEKATAN PENGAJARAN

4.

EKLEKTIF:

Pendekatan eklektif adalah gabungan kaedah

pengajaran seperti gabungan pendekatan induktif dan

deduktif.

(Source:

http://www.aber.ac.uk/~mflwww/seclangacq/

langteach8.html

)

(Layari laman web di atas untuk mendapatkan

maklumat tambahan)

Referensi

Dokumen terkait

Setelah bereksplorasi, siswa mampu menuliskan konsep segi banyak dalam bentuk diagram frayer (contoh, bukan contoh, ciri-ciri dan definisi) dengan benar.. Setelah

Menerapkan konsep yang merupakan suatu kemampuan untuk menggunakan konsep-konsep yang telah dipelajari dalam situasi baru atau menerapkan konsep itu pada pengalaman

Untuk dapat membuat sebuah rancangan Perangkat Lunak dengan pendekatan berbasis obyek, perlu dipelajari berbagai konsep dasar dari pendekatan tersebut serta tools (alat bantu

Indikator pemahaman konsep pada penelitian ini yaitu (a) menyatakan ulang konsep yang telah dipelajari, (b) mampu menerangkan secara verbal mengenai konsep yang

dapat dijelaskan bahwa kultur adalah ciri-ciri dari tingkah laku manusia yang. dipelajari, tidak keturunan secara genetis dan bersifat sangat

Dengan menggunakan contoh-contoh dialog yang kerap dilakukan dalam kehidupan sehari-hari seperti itu para peserta BIPA diajarkan untuk mengerti kondisi tuturan yang

Hipotesis dalam penelitian ini adalah pemahaman konsep matematis siswa dengan pengajaran terbalik lebih baik dari pada kemampuan pemahaman konsep matematika siswa dengan menerapkan

Rajah 1: Konsep Pedagogi Terbeza Differentiated Pedagogy Sumber: Tomlinson 2014 Rajah 1 di atas menerangkan tentang konsep pengajaran Pedagogi Terbeza Differentiated Pedagogy yang