• Tidak ada hasil yang ditemukan

KATEGORI: PELANGGAN BARU AHLI RAKAN NIAGA BARU MENDAFTAR SEPANJANG TEMPOH PERADUAN.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KATEGORI: PELANGGAN BARU AHLI RAKAN NIAGA BARU MENDAFTAR SEPANJANG TEMPOH PERADUAN."

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Syarat-Syarat

• Setiap Ahli Rakan Niaga yang berada di rantau Asia digalakkan untuk menyertai.

• IsaRally terbuka kepada semua Ahli Rakan Niaga yang berada di Hong Kong, Taiwan, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Vietnam sahaja.

• Ketua dalam pasukan mesti berpangkat Konsultan atau berpangkat lebih tinggi, setiap pasukan hanya boleh mempunyai dua orang Pengarah atau berpangkat lebih tinggi*.

• Bersaing bersama-sama dengan 6 orang sepasukan (Anda + 5) dan melantik seorang ketua pasukan. 5 pasukan teratas berpeluang untuk melancong ke Las Vegas.

• Ahli kumpulan tidak semestinya berasal daripada organisasi yang sama, tetapi mesti tinggal di negara yang sama.

• Anda hanya layak untuk melibat diri dalam satu kumpulan sahaja.

• Hanya ketua pasukan anda berhak untuk menyemak maklumat pasukan mereka di Pejabat Belakang Ahli Rakan Niaga (ABO) semasa pendaftaran dibuka.

• Sedang mencari ahli kumpulan anda? Sila menghubungi kumpulan sokongan anda atau Ahli Bawahan Tajaan Peribadi anda untuk mengenal pasti sama ada mereka berminat untuk menyertai pertandingan ini. Sekiranya anda masih tidak dapat menyertai di mana-mana kumpulan semasa pendaftaran dibuka, sila menghubungi Bahagian Khidmat Pelanggan kami di +603-21670299.

Pekej Hadiah

5 pasukan pertama akan memenangi:

• Setiap individu mesti memperolehi 75 mata peribadi dalam pertandingan. • 5hb Ogos 2016 - 11hb Ogos 2016

• Tiket penerbangan pergi dan balik ke Las Vegas Nevada

• Pengangkutan antara hotel dan lapangan terbang akan disediakan • Penginapan berkongsi untuk 6 malam

• Tiket untuk Masjlis Sambutan Isagenix

• Jemputan untuk menghadiri parti bersama Kumpulan Maroon 5

MENGEMBANGKAN PERNIAGAAN ANDA DAN

JADILAH PEMENANG DALAM PERADUAN INI

PERADUAN AKAN

TAMAT PADA 12

hb

JUN

Pendaftaran

Pendaftaran hanya terbuka di Pejabat Belakang Ahli Rakan Niaga (ABO), di bahagian tab “Peraduan & Promosi” pada 18hb Mac 2016 hingga 8hb April 2016. Selepas tarikh itu, pendaftaran akan ditutup dan anda tidak

dibenarkan untuk mendaftar diri dalam IsaRally.

16-60

10INT • 230

316 • MY

(2)

KATEGORI: PELANGGAN BARU

AHLI RAKAN NIAGA BARU MENDAFTAR SEPANJANG TEMPOH PERADUAN.

• Memperolehi 1 mata dengan menjana seorang Ahli Rakan Niaga baru tajaan peribadi anda dengan pesanan sebanyak 100-149 BV.

• Memperolehi 2 mata dengan menjana seorang Ahli Rakan Niaga baru tajaan peribadi anda dengan pesanan sebanyak 150-299 BV.

• Memperolehi 3 mata dengan menjana seorang Ahli Rakan Niaga baru tajaan peribadi anda dengan pesanan sebanyak 300 BV dan keatas.

KATEGORI: PEMBANGUNAN KUMPULAN

MEMPEROLEHI 2 MATA DENGAN MEMBANTU AHLI RAKAN NIAGA BARU TAJAAN PERIBADI ANDA UNTUK MENJANA KITARAN BARU. SETIAP AHLI RAKAN NIAGA BARU TAJAAN PERIBADI ANDA PERLU “DIBAYAR SEBAGAI KONSULTAN” SETIAP HARI PADA MINGGU PEMBAYARAN KOMISEN YANG LEPAS. 2 MATA AKAN DIBERI SEMASA ANDA MEMPEROLEHI KITARAN BARU:

• 5 kitaran • 10 kitaran • 15 kitaran • 20 kitaran • 30 kitaran • 40 kitaran

KATEGORI: PENINGKATAN KITARAN

MEMPEROLEHI MATA SEMASA ANDA MENCAPAI 1 KITARAN BARU. ANDA PERLU “DIBAYAR SEBAGAI KONSULTAN” SETIAP HARI PADA MINGGU PEMBAYARAN KOMISEN YANG LEPAS DAN BERKEMBANG BERDASARKAN “BENCHMARK” ANDA. SELEPAS MENCAPAI KE TAHAP BARU, ANDA PERLU BERUSAHA SECARA BERTERUSAN UNTUK MENCAPAI KE KITARAN YANG SETERUSNYA UNTUK MEMPEROLEHI MATA.

• 2 mata - setiap peningkatan 1 kitaran.

KATEGORI: MATA DARIPADA KENAIKAN PANGKAT INDIVIDU

MEMPEROLEHI MATA SEMASA ANDA MENCAPAI KE PANGKAT YANG BARU. TETAPI ANDA PERLU “DIBAYAR SEBAGAI KONSULTAN” SETIAP HARI PADA MINGGU PEMBAYARAN KOMISEN YANG LEPAS.

• 1 mata = Apabila anda berjaya mencapai pangkat Konsultan.

• 2 mata = Apabila anda berjaya mencapai pangkat Pengurus dan Pengurus Kristal. • 4 mata = Apabila anda berjaya mencapai pangkat Pengarah dan Pengarah Kristal. • 6 mata = Apabila anda berjaya mencapai pangkat Eksekutif atau Eksekutif Kristal.

KATEGORI: MENGEKALKAN “DIBAYAR SEBAGAI EKSEKUTIF”

MEMPEROLEHI 5 MATA APABILA ANDA KEKAL “DIBAYAR SEBAGAI EKSEKUTIF” UNTUK SETIAP MINGGU PEMBAYARAN KOMISEN. ANDA PERLU “DIBAYAR SEBAGAI EKSEKUTIF” SETIAP HARI PADA MINGGU PEMBAYARAN KOMISEN.

PERADUAN AKAN

TAMAT PADA 12

hb

JUN

(3)

SOALAN LAZIM (FAQ)

TERMA & SYARAT

PERADUAN AKAN

TAMAT PADA 12

hb

JUN

Bilakah tempoh pendaftaran?

Jumaat, 18hb Mac 2016 pada jam 12:00 awal pagi (Waktu Bahagian Timur Amerika Syarikat, EST) hingga 8hb April 2016 pada jam 11:59 malam (Waktu Bahagian Timur Amerika Syarikat, EST). Selepas itu, pendaftaran akan ditutup.

Bilakah tempoh mengumpul mata akan bermula?

Peraduan IsaRally Las Vegas akan bermula pada 18hb Mac 2016 pada jam 12:01 awal pagi (Waktu Bahagian Timur Amerika Syarikat, EST) dan berakhir pada 12hb Jun 2016, jam 11:59 malam (Waktu Bahagian Timur Amerika Syarikat, EST). Mata akan diambil kira bermula pada 14hb Mac, tanpa mengambil kira bila anda mendaftar.

Bagaimanakah cara untuk mendaftar?

Hanya Konsultan atau Ahli Rakan Niaga yang berpangkat lebih tinggi sahaja yang boleh membentuk pasukan mereka. Ini bermakna hanya Konsultan atau Ahli Rakan Niaga yang berpangkat lebih tinggi sahaja dapat mengisi maklumat pasukan mereka di Pejabat Belakang Ahli Rakan Niaga (ABO). Selepas anda daftar masuk ke ABO, layari tab “Peraduan & Promosi” di bahagian atas ABO anda, klik “IsaRally”.

Adakah setiap pasukan memerlukan ketua pasukan?

Ya, ketua pasukan bertanggungjawab untuk membentuk pasukan, mengemaskini maklumat mengenai pasukan, menetapkan matlamat mingguan dan memudahkan komunikasi di antara ahli dalam pasukan. Ketua pasukan juga berfungsi sebagai titik perhubungan utama korporat Isagenix untuk segala urusan dan maklumat terkini peraduan IsaRally.

Mengapakah saya perlu menetapkan bilangan ahli dalam pasukan saya?

Mata akan dikumpul secara kumulatif. Ini bermakna jika anda mempunyai bilangan ahli yang ramai, mata yang dapat dikumpul dalam pasukan anda akan menjadi lebih banyak.

Bagaimanakah jika saya ingin menukar pasukan pada tempoh pendaftaran?

Jika anda bukan ketua pasukan, anda perlu menghubungi ketua pasukan anda atau Bahagian Khidmat Pelanggan supaya anda boleh keluarkan nama anda pada pasukan tersebut. Jika anda merupakan ketua pasukan dan anda ingin menukar maklumat mengenai ahli pasukan anda, sila melayari ke ABO, seterusnya memilih “Peraduan & Promosi” dan klik pada logo IsaRally.

Bolehkan saya mengeluarkan nama ahli di dalam pasukan selepas tempoh pendaftaran tamat?

Anda tidak dibenarkan untuk mengeluarkan seseorang dalam pasukan anda menerusi Pejabat Belakang Ahli Rakan Niaga (ABO) anda. Walau bagaimanapun, anda boleh menghubungi Bahagian Khidmat Pelanggan di talian +603 2167 0299 dan mereka akan membantu anda.

Bolehkah saya menyertai peraduan ini, sekiranya saya masih belum mempunyai mana-mana pasukan?

Boleh, anda boleh menyertai dalam peraduan ini. Sila hubungi Bahagian Khidmat Pelanggan kami, mereka akan membantu anda.

Adakah semua ahli pasukan saya perlu berada di dalam organisasi saya?

Tidak, ahli pasukan anda tidak semestinya dari organisasi yang sama.

Adakah semua ahli pasukan saya perlu berada di negara yang sama?

Ya, setiap ahli pasukan anda perlu didaftarkan dalam negara yang sama.

16-60

10INT • 230

316 • MY

(4)

Bagaimanakah jika ketua pasukan saya menarik diri semasa peraduan ini berlangsung?

Sekiranya ketua pasukan anda membuat keputusan untuk menarik diri semasa peraduan ini berlangsung, anda masih boleh meneruskan pertandingan dan mengumpul mata bersama dengan ahli pasukan yang lain. Anda tidak

dibenarkan mengganti ketua ahli pasukan tersebut dengan Ahli Rakan Niaga yang baru.

Bagaimankah mata saya dipaparkan?

Mata individu dan kumpulan akan dipaparkan di ABO. Untuk menyemak mata yang terkumpul, daftar masuk ke ABO dan layari tab “Peraduan & Promosi”. Anda dapat menyemak jumlah mata yang terkumpul sepanjang pertandingan di “Laporan”. Klik “Laporan Individu IsaRally” untuk menyemak mata peribadi. Untuk mengetahui kedudukan pasukan anda, sila layari MY.IsaFYI.com.

Adakah ahli pasukan yang lain juga dapat melihat mata yang terkumpul?

Setiap minggu kami akan memberi pengiktirafan khas kepada kumpulan dengan mata tertinggi keseluruhan.

Bagaimanakah saya dapat memastikan mata yang dipaparkan itu adalah betul?

Anda boleh memperolehi maklumat mengenai mata yang terkumpul dalam laporan. Setiap mata yang anda dapat dari pencapaian ke pangkat baru akan dipaparkan pada setiap minggu. Bagi Indonesia masa yang perlu diambil adalah selama dua minggu.

Adakah semua mata yang dikumpul akan dipaparkan pada masa yang sama?

Tidak. Semua mata individu dan kumpulan akan dikemaskini pada setiap hari. Mata yang diperolehi dari pembangunan kumpulan hanya akan

dikemaskini pada setiap minggu. Mata keseluruhan pasukan dan individu akan dikemaskini dan dipaparkan setiap minggu.

Adakah pelanggan Utama juga dianggap sebagai pelanggan baru?

Tidak, untuk tujuan pertandingan setiap pelanggan baru anda mesti mendaftar sebagai Ahli Rakan Niaga kami yang aktif. Anda tidak akan memperolehi mata ganjaran sekiranya Pelanggan Utama anda ingin menukar ke Ahli Rakan Niaga semasa pertandingan sedang dijalankan.

Apakah yang akan berlaku jika pelanggan baru memulangkan produk pesanan mereka?

Setiap pemulangan akan ditolak daripada jumlah mata anda apabila produk tersebut diterima di pejabat dan pemulangan itu akan terus dicatatkan ke dalam sistem. Ini bermakna mata tidak akan ditolak serta merta apabila pemulangan berlaku, tetapi, mata hanya ditolak selepas pemulangan tersebut diterima oleh pejabat Isagenix.

Siapakah yang akan dapat menerima mata sekiranya saya berjaya mencapai pangkat Konsultan, Pengurus Kristal, Pengarah Kristal atau Eksekutif Kristal?

Anda akan menerima mata tersebut, sekiranya anda berjaya mencapai pangkat Konsultan, Pengurus Kristal, Pengarah Kristal atau Eksekutif Kristal pada kali yang pertama dalam pertandingan IsaRally.

Bilakah mata yang diterima daripada pencapaian pangkat baru akan dipaparkan ketika pertandingan IsaRally Las Vegas sedang dijalankan?

Mata bagi pencapaian pangkat baru hanya akan dikemaskini pada setiap minggu (Indonesia mengambil masa selama dua minggu), anda hanya akan menerima mata tersebut pada minggu yang seterusnya selepas anda mencapai pangkat baru. Contoh: Jane Doe berjaya mencapai pangkat Konsultan baru pada 11hb April, bayaran hanya akan dibuat pada hari Isnin, 18hb April. Pada 25hb April, Isnin, Ahli Rakan Niaga tersebut akan menerima mata daripada pencapaian pangkat Konsultan baru, walaupun Jane sudah naik pangkat ke Konsultan pada 11hb April, Isnin.

SOALAN LAZIM (FAQ)

TERMA & SYARAT

PERADUAN AKAN

(5)

SOALAN LAZIM (FAQ)

TERMA & SYARAT

Bilakah tempoh pengumpulan mata akan bermula?

Mata akan diambil kira pada Ahad, 14hb Mac 2016, tanpa mengira masa anda mendaftar.

Saya merupa seorang Ahli Rakan Niaga

Malaysia, tetapi salah seorang Ahli Rakan Niaga saya adalah berada di pasaran lain, adakah mata tersebut diambil kira?

Boleh, walaupun peraduan ini hanya terbuka bagi Hong Kong, Taiwan, Malaysia, Singapura, Vietnam dan Indonesia sahaja, tetapi mata juga akan diambil kira sekiranya anda menolong pelanggan baru itu memulakan perniagaan beliau di pasaran tersebut.

Apakah kaedah yang terbaik untuk berkomunikasi dengan kakitangan korporat mengenai keperluan IsaRally, maklumat terkini atau soalan lazim?

Hubungi talian Bahagian Khidmat Pelanggan kami untuk mengetahui:

• Maklumat terkini mengenai pasukan • Penukaran ahli pasukan atau nama pasukan • Soalan mengenai IsaRally di ABO

• Soalan mengenai IsaRally yang biasa

• Sekiranya anda sedang mencari pasukan anda

Sekiranya saya telah memenangi hadiah utama, tetapi salah seorang ahli pasukan kami tidak dapat menyertai lawatan tersebut? Adakah setiap orang dalam kumpulan kami memenangi hadiah tersebut?

Untuk menikmati hadiah utama tersebut, setiap ahli dalam pasukan anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya 75 mata peribadi. Sekiranya ahli pasukan anda tidak mempunyai mata sebanyak 75, ahli pasukan itu tidak boleh menghadiri Acara Sambutan yang akan berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat. Tetapi, ahli pasukan lain yang mampu memiliki mata ganjaran sebanyak 75 atau ke atas akan diberi kelayakan untuk menghadiri acara tersebut.

Apakah batasan bagi menentukan siapakah tetamu yang boleh saya bawa bersama?

Hadiah ini khas untuk Ahli Rakan Niaga kami yang melibat diri dalam peraduan IsaRally. Sekiranya anda ingin membawa tetamu, anda bertanggungjawab untuk menempah tiket penerbangan, hotel, pengangkutan dari lapangan terbang ke hotel dan juga tiket Majlis Sambutan bagi tetamu anda.

Peraturan pertandingan adalah tertakluk kepada perubahan oleh Isagenix pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Isagenix berhak untuk mengaudit, menyesuaikan atau menafikan apa-apa jumlah, pampasan, pengiktirafan, atau insentif lain yang dianugerahkan semasa atau akibat daripada peraduan ini untuk memastikan semangat dalam peraduan ini tercapai. Setiap mata dan pesanan produk akan diaudit dan melalui pengesahan oleh Bahagian Pematuhan. Isagenix juga berhak untuk menghantar bil untuk segala kos perjalanan jika kami mendapati bahawa mata yang diterima itu telah melanggar peraturan peraduan selepas anda menghadiri lawatan tersebut. • Mata yang anda dapat dari pencapaian pangkat baru akan dipaparkan pada setiap minggu. Bagi Indonesia masa yang perlu diambil

adalah selama dua minggu.

• Pencapaian pangkat lateral Ahli Rakan Niaga dalam organisasi tidak akan diambil kira. Untuk layak memenangi hadiah utama, Ahli Rakan Niaga perlu memperolehi sekrang-kurang 75 mata peribadi.

• IsaRally terbuka kepada Ahli Rakan Niaga Indonesia, Malaysia, Singapura, Vietnam, Hong Kong dan Taiwan.

• Peraturan pertandingan adalah tertakluk kepada perubahan oleh Isagenix pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.

• Untuk mengumpul mata, anda mestilah seorang Ahli Rakan Niaga yang aktif. Sekiranya Ahli Rakan Niaga menjadi tidak aktif, semua mata akan dilucutkan.

• Akaun anda perlu kekal aktif di sepanjang pertandingan sehingga tarikh lawatan. Sesiapa yang gagal memenuhi syarat ini, dia akan hilang kelayakannya dan tiket akan dibatalkan.

• Mata individu dan kumpulan akan dipaparkan di ABO. Untuk menyemak mata yang terkumpul, daftar masuk ke ABO dan layari tab “Peraduan & Promosi” dan klik pada “Laporan IsaRally”.

• Hadiah utama tidak dibenarkan ditukar milik dan tidak boleh menukar kepada sebarang bentuk wang tunai yang sama nilai sekiranya pemenang tidak dapat menyertai atau menerima hadiah yang diberikan.

• Wang tunai yang diterima melalui pelan pampasan dan promosi atau hadiah bukan dalam bentuk tunai seperti lawatan perlu dilaporkan sebagai pendapatan bercukai. Sila hubungi perunding cukai anda untuk memastikan pendapatan yang dilaporkan adalah betul. • Penajaan Ahli Rakan Niaga dan pesanan produk semata-mata untuk kemajuan dalam peraduan ini tidak akan diambil kira. Jika

Isagenix membeli semula produk daripada Ahli Rakan Niaga, Isagenix akan memotong volum dan pampasan akibat daripada pulangan produk tersebut.

• Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Isagenix Negara anda.

PERADUAN AKAN

Referensi

Dokumen terkait

Preservasi, kegiatan yang perlu dilakukan pada fasade bangunan kolonial di Jalur Belanda Kota Singaraja adalah kegiatan pemeliharaan bentukkan fisik dalam kondisi

Penelitian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan metode penelitian kuasi eksperimen. Hal ini dilakukan untuk melihat pengaruh dari program pembelajaran komputer

[r]

daging pada LCD. Alat yang dikembangkan masih sebatas untuk keperluan riset ilmiah, sehingga masih belum dapat digunakan secara langsung di masyarakat karena harus melalui

Gambar 4.7 peserta didik sedang berdiskusi dengan kelompok masing-masing.. Setelah peserta didik selesai berdiskusi dan menemukan jawabannya, jawaban tersebut ditempelkan

Dalam proses akuntansi diidentifikasikan berbagai transaksi atau peristiwa yang merupakan kegiatan ekonomi perusahaan yang dilakukan melalui pengukuran,

− Kerahasiaan adalah layanan yang digunakan untuk menjaga isi informasi dari siapapun kecuali yang memiliki otoritas atau kunci rahasia untuk membuka informasi yang

Hal tersebut disebabkan karena pada setiap data/informasi yang dikirimkan menggunakan digital signature dan enkripsi, setiap penerima data/informasi akan dapat