• Tidak ada hasil yang ditemukan

POLISI HAK MILIK HARTA INTELEK UTHM. PEJABAT PENYELIDIKAN, INOVASI, PENGKOMERSILAN DAN PERUNDINGAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "POLISI HAK MILIK HARTA INTELEK UTHM. PEJABAT PENYELIDIKAN, INOVASI, PENGKOMERSILAN DAN PERUNDINGAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

1 POLISI HAK MILIK HARTA INTELEK

UTHM

2011

PEJABAT PENYELIDIKAN, INOVASI, PENGKOMERSILAN DAN PERUNDINGAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

(2)

2 KANDUNGAN MUKASURAT BAHAGIAN 1 Pengenalan 3 BAHAGIAN 2 Objektif 4 BAHAGIAN 3 Definisi 4

BAHAGIAN 4 Prinsip-prinsip dan Peruntukan Am 8

BAHAGIAN 5 IP (Hakmilik Harta Intelek) Dicipta Staf 9

BAHAGIAN 6 IP (Hakmilik Harta Intelek) Dicipta Penuntut 10

BAHAGIAN 7 IP (Hakmilik Harta Intelek) Dicipta Bersama oleh 12 Pihak Ketiga

BAHAGIAN 8 Kewajipan UTHM 12

BAHAGIAN 9 Kewajipan Staf dan Penuntut 13

BAHAGIAN 10 Pengkomersilan IP (Hakmilik Harta Intelek) 14

BAHAGIAN 11 Pembahagian Pendapatan 16

BAHAGIAN 12 Pengiktirafan Hak Moral 17

(3)

3 POLISI HAKMILIK HARTA INTELEK

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA BAHAGIAN 1

1. PENGENALAN

1.1 Polisi Hakmilik Harta Intelek(Intellectual Property - IP) -Universiti TunHussein Onn Malaysia (selepas ini dirujuk sebagai “Polisi IP UTHM”)merangkumisetiapStaf dan Penuntut yang berkaitan (selepas ini dirujuk sebagai “Ahli”) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (selepas ini dirujuk sebagai “UTHM”). Polisi IP UTHM ini juga

berkenaan pihak-pihak berkaitan yang akan mendapat faedahmelalui ikatan undang-undangatau mempunyaihubungan kontrak yang terikat dengan UTHM. 1.2 Polisi IP UTHM menggariskan polisi Universiti berhubungan denganHakmilik Harta

Intelek yang definisinya diterangkan dalam Bahagian 3, hak dan aset yang

timbul dari penyelidikan, inovasi, ciptaan dan hasil kreatif, dan juga pengurusan, penciptaan, perlindungan,pengkomersilan, eksploitasi dan pengembangan hak-hak tersebut.

1.3 Polisi IP UTHM akan menentukan definisi hakmilik IP, perkongsian hak IP yang bertambah kepada Pencipta, hak pengkomersilan yang berkaitan dengan teknologi dan juga membutirkan peraturan yang tertakluk dalam pembahagian teknologi tersebut dalam bentuk yang nyata.

1.4 UTHM berhak untuk mengubahsuai atau menambah kepada polisi ini bila-bila masa dengan syarat perubahan tersebut hanya berkaitan dengan kerja-kerja, ciptaan dan lain-lain perkara, di mana hakmilik harta intelek wujud, yang dilahirkan selepas tarikh perubahan berkuatkuasa.

(4)

4 BAHAGIAN 2

2 OBJEKTIF

2.1 Objektif polisi ini adalah:

2.1.1 Untuk membangunkan sistem yang inovatif sebagai galakan terhadap suasana yang penuh kreativiti, daya cipta dan inovasi;

2.1.2 Untuk menanam kefahaman yang meluas betapa mustahaknya hakmilik harta intelek;

2.1.3 Untuk membantu dalam pengkomersilan IP yang berkesan untuk manfaat bersama UTHM dan Ahli;

2.1.4 Untuk menyatakan hak pemilikan masing-masing, antara UTHM dan Ahli, yang berkaitan dengan IP;

2.1.5 Untuk menggalak dan menyokong suasana keusahawanan melalui budaya penyelidikan yang maju; dan

2.1.6 Untuk melindungi hak dan berkongsi secara saksama manfaat kesemua IP yang dikomersilkan.

BAHAGIAN 3

3. DEFINISI

Hakmilik Harta Intelek (IP) – setiap penemuan, inovasi, ciptaan, rupa, bentuk, imej, bunyi, penyataan, teknik atau proses yang merupakan hasil dari kemahiran , usaha atau intelek dan termasuk:

i. Kerja-kerja Hakcipta, bermaksud semua kerja-kerja asal yang dirujuk dalam Akta Hakcipta 1987, Akta ( Dipinda) Hakcipta 1990 dan Peraturan-peraturan di bawah akta-akta tersebut yang meliputi ‘kerja-kerja sastera dan seni’. Kerja-kerja tersebut bolehdipersembahkan dalam bentuk perkataan, simbol,

(5)

5 muzik, gambar, objek tiga-dimensi, atau kombinasi daripadanya, termasuk program komputer;

ii. Paten yang diberi di bawah Akta (Dipinda) Paten Malaysia 1995 dan Peraturan-peraturan yang terdapat di bawahnya;

iii. Ciptaan dan kepakaran yang berkaitan yang boleh mendapat atau berpotensi mendapat paten;

iv. Pelbagai jenis tumbuhan dan bentuk kehidupan yang dilindungi; v. Rekabentuk yang boleh dan tidak boleh didaftar;

vi. Idea dan konsep yang terjelma;

vii. Pengkalan data dan maklumat yang berharga atau berpotensi berharga, termasuk hasil dan rekod penyelidikan;

viii. Rahsia perdagangan dan lain-lain bahan tertakluk pada kewajipan menyimpan rahsia.

ix. Rekabentuk susun atur bagi litar bersepadu;

x. Tanda-tanda atau lambang asli, bermutu, reputasi, atau hubungan komersil;

xi. Tanda dagangan berdaftar di bawah Akta Tanda Dagangan 1976; xii. Tanda dagangan dan nama perniagaan tidak berdaftar; dan

xiii. Bahan arahan, bermakna mana-mana bahan hakcipta yang disediakan khas untuk tujuan mengajar dan pembelajaran. Ini termasuk skrip kuliah dan rangka pengajaran, rakaman bunyi atau filem rakaman kuliah, transparensi overhed, persembahan slaid PowerPoint atau risalah sebaran untuk persembahan peribadi, perisian yang direka semata-mata untuk tujuan pembelajaran atau, sebagai contoh, sebagai perisian kebergunaan untuk sistem teknologi maklumat UTHM, dan boleh didapati di dalam domain awam.

(6)

6 Hak di atas Hakmilik Harta Intelek atau hak kepadaHakmilik Harta Intelek – sebarang

tuntutan, hak atau kepentingan di atas Hakmilik Harta Intelek, yang berkuatkuasa di bawah undang-undang dalam Malaysia atau mana-mana negara lain di mana lindungan Hakmilik Harta Intelek telah diperolehi, samada dengan kontrak atau dengan kuasa undang-undang. Ciptaan – setiap kemajuan yang baru dan berguna bagi proses, mesin, produk atau lain-lain keluaran kilang atau komposisi jirim samada ia boleh dipatenkan atau tidak atau ia telah direkodkan secara bertulis atau lain-lain cara ataupun tidak dan merangkumi apa-apa pengetahuan yang berkaitan dan dokumen, perisian komputer atau lain-lain media di mana ciptaan tersebut diterangkan atau terkandung.

Pencipta – mana-mana orang yang menghasilkan, mencipta, menemui, atau memulakan sebarang Hakmilik Harta Intelek, dan “mencipta”, “telah mencipta” dan “ sedang mencipta” bermaksud yang sama.

Komiti Hakmilik Harta Intelek – komiti yang dilantik oleh Timbalan Naib-Canselor Penyelidikan dan Inovasi. Komiti ini terdiri dari pakar-pakar utama yang berkaitan dan peserta-peserta dari industri yang boleh menasihati UTHM mengenai tahap komersil sesuatu ciptaan yang akan dilindungi. Komiti ini juga akan menasihati UTHM dalam hal-hal berkaitan melindungi Hakmilik Harta Intelek, pemfailan dan pencabulan; pemasukan teknikal; rundingan kontrak; dan pemilihan UTHM dari segi teknologi dan produk untuk pengkomersilan.

Ahli – termasuk Staf dan Penuntut Universiti.

Pendapatan Bersih – pendapatan setelah menolak semua kos berkaitan pembangunan, pelindungan, pemasaran dan pentadbiran hakmilik harta intelek dan meliputi semua kos berkaitan pembangunan seterusnya untuk pengkomersilan hakmilik harta intelek samada kos secara langsung atau tidak langsung. Pendapatan diakru setelah pembayaran kepada pihak ketiga di mana perlu.

(7)

7 Paten - suatu dokumen, dikeluarkan oleh sebuah pejabat kerajaan, yang menerangkan tentang satu ciptaan dan mengadakan suatu suasana perundangan di mana ciptaan yang dipaten biasanya hanya boleh dieksploitasi (dibuat, diguna, dijual, diimport) oleh, atau dengan kebenaran dari pemilik paten.

Permohonan Paten –pemfailan Permohonan kepada Pejabat Penyelidikan, Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan (ORICC) untuk mendapatkan paten bersama dengan spesifikasi sementara.

Hak-hakPaten –semua hak-hak paten dalam dan pada sesuatu ciptaan yang boleh wujud di mana-mana dalam dunia termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

i. hak untuk memohon dan mendapatkan paten atau lindungan lain dalam bentuk yang serupaberkenaan Ciptaan itu di dalam mana-mana negara;

ii. hak untuk menuntut keutamaan di bawah mana-mana konvensyen dan perjanjian antarabangsa;

iii. semua hak-hak yang termaktub di bawah mana-mana paten atau lindungan dalam bentuk yang serupa apabila diberikan; dan

iv. Permohonan Paten bersama dengan paten yang boleh diterima susulan Permohonan Paten tersebut dan mana-mana paten selepas itu dan Permohonan Paten yang berlandaskan di atas, atau mendapatkan keutamaan dari, atau mempunyai tuntutan yang sama terhadap Permohonan Paten di mana-mana negara di dunia (termasuk pecahan bahagian,sambungan, sambungan berbahagian, sijil lindungan tambahan, keluaran semula,lanjutan, paten inovasi dan paten runcit).

Kerja-kerja Ilmiah –monograf, rencana jurnal, buku atau kertaskerja persidangan (termasuk bab-bab dari buku dan mengemas kini teks dalam helaian keras atau terbitan elektronik) samada terbitan pertamadalam salinan cetak atau dalam format lain.

Staf – semua Staf akademik, penyelidikan dan pekerja am atau mana-mana pekerja UTHM yang digaji mengikut kontrak samada tetap atau bertempoh, sepenuh masa atau sambilan.

(8)

8 Ini juga termasuk mereka yang dijemput untuk mengambil bahagian dalam program

penyelidikan Universiti sebagai fellow (gelaran ahli ilmiah) melawat atau fellow penyelidik atau pasca-doctorals.

Penuntut – sesiapa lain dari Staf yang berdaftar untuk program pra ijazahatau pasca siswazah yang ditawarkan oleh atau bagi pihak Universiti, seperti definisi yang terdapat dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Dipinda 1996).

University – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, dipendekkan sebagai UTHM. Syarikat Universiti – syarikat milik penuh Universiti.

Sumber Universiti – duit, perkhidmatan, atau harta yang dimiliki, disediakan atau diperolehi oleh Universiti dan termasuk:

i. Hakmilik Harta Intelek yang sedia ada dan terletak haknya pada Universiti;

ii. Dana yang diperolehi oleh atau melalui Universiti (selain dari gaji Staf di mana masa pekerja tidak diluangkan untuk memenuhi kontrak perundingan atau penyelidikan); iii. Komputer, buku perpustakaan, makmal dan lain-lain perkakas, sokongan penyeliaan

oleh Staf untuk aktiviti Penuntut. BAHAGIAN 4

4. PRINSIP-PRINSIP DAN PERUNTUKAN AM

4.1 Semua definisi dalam Bahagian 3 berkait guna bagi keseluruhan polisi ini. 4.2 UTHM bertanggungjawab melindungi dan membangunkan Hakmilik Harta

Inteleknya, dan Ahlinya berkewajipan membantu mencapai objektif ini.

4.3 UTHM boleh tuntut hakmilik penuh dan hak di seluruh dunia, hakmilik dan faedah di atas atau dari setiap IP yang dicipta oleh Ahlinya yang menggunakan Sumber

(9)

9 4.4 UTHM mengiktiraf dan mengakui bahawa setiap Pencipta berhak mendapat

bahagian yang saksama dari pulangan kewangan yang diterima melalui

pengkomersilan mengikut Pengagihan Pendapatan yang ditetapkan dalam Bahagian 11 polisi ini.

4.5 UTHM akan berkongsi setiap manfaat yang berpunca dari IP dengan Pencipta IP yang berkenaan.

4.6 UTHM dan Pencipta berkenaan berhak untuk mengkomersilkan IP.

4.7 UTHM berhak membuat perjanjiankhusus dengan Ahli-Ahli berhubung dengan IP yang boleh diubah dari Polisi ini. Bagaimanapun, perubahan yang dibuat mesti disetujui oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi.

4.8 UTHM berhak membuat perjanjian dengan Pihak Ketiga berhubung dengan IP Universiti.

4.9 Sebarang pelanggaran peruntukan yang terdapat dalam Polisi IP UHTM akan menyebabkan tindakan yang sewajarnya diambil oleh Pihak Universiti ke atas pihak yang melanggar.

BAHAGIAN 5

5. IP DIREKA OLEH STAF

5.1 Tertakluk kepada fasal 5.2, pihak Universiti boleh tuntut hakmilik penuh IP yang direka oleh mana-mana Stafsemasa mereka bekerja dengan UTHM ataupun IP berhasil semasa menjalankan tugas yang berkaitan dengan pekerjaan mereka. Ini termasuk penyelidikan, perundingan, ciptaan dan apa-apa kemajuan, pembangunan, atau tambahan atau pengubahan kreatif, atau kerja-kerja lain yang menimbulkan Hakmilik Harta Intelek.

5.2 UTHM tidak menuntut hakmilik hak cipta di atas Kerja-kerja Ilmiah atau Bahan Arahan yang dicipta oleh Staf semasa mereka bekerja dengan Universiti, kecuali kerja-kerja atau bahan tersebut telah ditugaskan khusus oleh UTHM (ia itu dicipta

(10)

10 dengan menggunakan dana atau peruntukan sumber yang khusus), dan setuju bahawa hakcipta kerja-kerja sedemikian adalah kepunyaan pengarang.

5.3 Walau apa pun fasal 5.2, UTHM akan mempunyai lesen antarabangsa yang kekal, tidak eksklusif dan tanpa royalti untuk menggunakan Bahan Arahan yang dicipta Staf semasa mereka bekerja, dengan syarat kegunaan tersebut dihadkan pada

penyelidikan atau pengajaran kursus yang ditawarkan di Universiti, dengan syarat apabila terdapat halangan undang-undang untuk mendapatkan lesen tersebut (sebagai contoh, kemungkinan pelanggaran hak dalam Hakmilik Harta Intelek yang dipegang oleh Pihak Ketiga), oleh itu, lesen tersebut akan diberi setakat yang dibenarkan oleh undang-undang (ia itu setakat lesen tersebut tidak melanggar hak dalam Hakmilik Harta Intelek yang dipegang oleh Pihak Ketiga).

5.4 Sebelum diberi kebenaran untuk bekerja dalam sesuatu projek penyelidikan khusus (yang mungkin atau tidak mungkin timbul di luar tempoh pekerjaan atau timbul di luar menjalankan tugas yang berkaitan dengan pekerjaan), seseorang Staf boleh dikehendaki untuk membuat perjanjian IP dengan Universiti dan/ atau Pihak Ketiga, yang boleh melibatkan mengalihkan sebahagian atau kesemua hak IP beliau kepada Universiti dan/ atau Pihak Ketiga. Dalam keadaan begitu, Staf tersebut akan diberi keterangan mengenai keperluan tugas tersebut dan berpeluang untuk mendapatkan nasihat guaman sendiri.

BAHAGIAN 6

6. IP CIPTAAN PENUNTUT

6.1 UTHM adalah pemilik IP yang dicipta Penuntut-Penuntut hasil dari thesis dan disertasi mereka, kecuali dalam keadaan yang berikut di mana Penuntut berhak menuntut sebahagian atau kesemua hak pemilik apabila pihak Universiti (bertindak melalui Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi atau perwakilan mereka) nyatakan pengecualian ini secara bertulis:

(11)

11 6.1.2 IP tersebut tidak bersandar kepada IP terdahulu yang dimiliki Universiti;

6.1.3 IP tersebut bukan sebahagian dari set IP yang dihasilkan oleh kumpulan di mana Penuntut merupakan ahli dan Universiti menganggap untuk kepentingan terbaik bagi semua dalam kumpulan dan pihak Universiti, IP perlu diurus oleh pihak Universiti;

6.1.4 Penghasilan IP tersebut tidak melibat penggunaan Sumber Universiti dan/ atau perkhidmatan lebih dari itu yang diperlukan untuk mencapai penyelidikan terhadap topik Penuntut yang telah dipersetujui.

6.2 Sebelum diberi kebenaran memulakan kerja untuk project penyelidikan yang tertentu, Penuntut dikehendaki untuk membuat perjanjian IP dengan Pihak Universiti dan/ atau Pihak-Pihak Ketiga, yang boleh melibatkan mengalihkan sebahagian atau kesemua hak IP beliau kepada Pihak Universiti dan/ atau Pihak Ketiga. Dalam keadaan begitu, Penuntut tersebut akan diberi keterangan mengenai keperluan tugas tersebut dan peluang untuk mendapatkan nasihat guaman sendiri. 6.3 Apabila Pihak Universiti memiliki Hakmilik Harta Intelek ciptaan seseorang Penuntut,

Pihak Universiti akan menentukan yang pemilikan tersebut tidak akan mengganggu penilaian di atas pencapaian akademik Penuntut tersebut atau pemberian geran kepadanya. Pihak Universiti selalunya tidak akan mempertimbangkan membantu Penuntut untuk mendapatkan paten bagi ciptaannya ataupun mengkomersilkan Hakmilik Harta Intelek yang dihasilkan Penuntut kecuali Penuntut tersebut bersedia untuk memindahkan hak paten atau lain-lain hak di atas Hakmilik Harta Intelek kepada pihak Universiti mengikut polisi ini.

6.4 Penuntut yang juga merupakan Staf Universiti akan dianggap sebagai Staf apabila timbul berkenaan dengan IP selama beliau bekerja di Universiti.

(12)

12 BAHGIAN 7

7. IP DICIPTA BERSAMA PIHAK KETIGA

7.1 Di mana pihak ketiga telah membuat sumbangan yang banyak terhadap usahasama yang menghasilkan ciptaan Hakmilik Harta Intelek, umpamanya, dengan

menyediakan pembiayaan dan mendapatkan khidmat kerjasama saintifik atau teknikal dari badan yang berkenaan, badan yang berkenaan tersebut boleh, melalui knotrak, bersetuju yang IP yang dihasilkan kelak dimilik bersama.

7.2 Semua perjanjian perkongsian hendaklah mengandungi syarat-syarat menentukan hah-hak semua pihak untuk mengkomersilkan mana-mana Hakmilik Harta Intelek yang akan dimilik bersama kelak.

7.3 Dalam rundingan perjanjian serupa itu dengan pihak ketiga, Pihak Universiti akan menentukan yang:

7.3.1 Penciptanya terlibat dalam rundingan pada setiap peringkat, dan 7.3.2 Syarat-syarat perjanjian adalah selaras dengan prinsip-prinsip yang

ditetapkan dalam polisi ini. BAHAGIAN 8

8. KEWAJIPAN UNIVERSITI

8.1 Pihak Universiti akan sedaya upaya berusaha untuk menentukan kebebasan Ahli untuk mengeluarkan penerbitan tanpa rintangan dari kontrak penyelidikan atau proses pengkomersilan yang tidak wajar.

8.2 Pihak Universiti akan menentukan bagaimana bahagiannya dari pulangan IP akan dimanfaatkan, tetapi bersetuju sebahagian yang wajar akan digunakan untuk menampung penyelidikan dalam bidang yang berkaitan.

8.3 Sebarang pengkomersilan oleh pihak lain yang dilantik oleh Pihak Universiti akan tertakluk kepada perjanjian perkhidmatan antara University dan pihak yang dilantik

(13)

13 sejajar dengan Polisi ini dan yang menetapkan pengharapan yang wajar di atas proses pengkomersilan berdasarkan usaha-terbaik.

Ini akan termasuk peruntukan:

8.3.1 Di mana Pencipta perlu dirunding dan terlibat dalam proses pengkomersilan; 8.3.2 Supaya mana-mana proses pengkomersilan perlukemajuan yang menepati

masa;

8.3.3 Untuk merunding semula dengan Pencipta apabila rancangan yang telah dipersetujui tidak berkembang seperti jangkaan; dan

8.3.4 Untuk membolehkan penyerahan semula hak IP kepada Pencipta di mana pihak Universiti tidak mahu mengkomersilkan IP tersebut.

BAHAGIAN 9

9 TANGGUNGJAWAB STAF DAN PENUNTUT

9.1 Staf dan Penuntut tidak boleh berbuat perkara-perkara berikut yang berkaitan dengan IP Universiti:

9.1.1 Memohon paten atau pendaftaran hak harta yang lain tanpa kebenaran dari pihak Universiti;

9.1.2 Terlibat dalam kontrak, perbincangan atau rundingan yang bercanggah dengan IP Universiti bersama Pihak Ketiga tanpa kebenaran dari Pihak Universiti; atau

9.1.3 Dengan sengaja berbuat sesuatu yang bercanggah dengan hak IP Universiti. 9.2 Apabila seseorang Ahli Universiti dengan sengaja mencipta IP yang dimiliki Universiti

dan yang berpotensi dikomersilkan, beliau mestilah memberitahu pihak Universiti mengenai IP tersebut(melalui Timbalan Naib Canselor atau wakil yang diluluskan, iaitu wakil yang dilantik mengikut protokol yang diedarkan oleh Timbalan Naib Canselor dari masa ke masa) tepat pada masanya dan sebelum menjadi pengetahuan pihak luar.

(14)

14 9.3 Jika diminta pihak Universiti, Pencipta/ Pencipta-Pencipta dikehendaki

membekalkan semua butir-butir yang diperlukan untuk menilai dan melindungi IP.

9.4 Staf dan Penuntut yang mengambil bahagian dalam kontrak penyelidikan dengan Pihak Ketiga hendaklah menentukan yang mereka benar-benar tahu , dan mematuhi syarat-syarat kontrak tersebut.

BAHAGIAN 10

10. PENGKOMERSILAN IP

10.1 Pihak Universiti berhak mengkomersilkan IP dan akan mengambil tindakan sewajarnya yang dianggap perlu oleh ORICC dan Komiti Hakmilik Harta Intelek. Ini boleh merangkumi , tetapi tidak terhad pada satu atau lebih dari perkara-perkara berikut:

10.1.1 Perlindungan di atas hakmilik harta intelek dengan mengambil tindakan sewajarnya;

10.1.2 Mengenalpasti pemegang lesen berpotensi atau entiti untuk pengkomersilan secara lain seperti melalui perjanjian lesen; 10.1.3 Penyerahan hak-hak kepada pihak ketiga, dan/ atau

10.1.4 Penubuhan suatu syarikat start-up (tertakluk pada rundingan berasingan).

10.1.5 Penubuhan syarikat tambahan. 10.1.6 Usahasama dengan pihak ketiga. 10.1.7 Terus dijual.

(15)

15 10.2 Pihak Universiti bersetuju untuk berkongsi dengan Pencipta sebarang faedah bersih

yang didapati dari pengkomersilan IP.

10.3 Pihak Universiti dan Pencipta akan berunding atas niat baik mengenai mana-mana proses pengkomersilan dan bersetuju samada:

10.3.1 Pihak Universiti akan mengurus proses ini melalui SyarikatUniversity, di mana Pencipta akan membantu berkenaan dokumentasi dan perlesenan yang diperlu, dan pembahagian pendapatan seperti biasa yang ditetapkan di Bahagian 11 berdasar Pendapatan Bersih; atau

10.3.2 Pencipta/ Pencipta-Pencipta akan mengurus proses, di mana pihak Universiti akan menyerahkan IP kepada Pencipta dan sebagai pulangan mendapat suatu bahagian dari faedahnya yang dipersetujui; atau

10.3.3 Lain-lain keputusan yang boleh didokumentasi secara rasmi. Pihak Universiti boleh menolak untuk meletakkan IP di domain awam sekiranya berbuat demikian bolehmendedahkan Universiti terhadap potensi tanggungan. 10.4 Pihak Universiti dibolehkan tidak membenarkan Pencipta mengurus proses

pengkomersilan jika, contohnya, tidakan sedemikian boleh melanggar kontrak penyelidikan atau lain-lain perjanjian terdahulu atau membawa risiko terhadap pelaburan, perhubungan terdahulu dengan Pihak Ketiga, IP lain yang berkaitan atau hak-hak Staf atau Penuntut.

10.5 Tanpa pendapat bertentangan yang lebih meyakinkan, kaedah yang terpilih untuk pengkomersilan adalah seperti fasal 10.2.1.

10.6 Dalam keadaan yang wajar, sekiranya pihak Universiti membuat keputusan tidak akan mengkomersilkan IP yang selepas itu dimajukan terus oleh Staf atau dengan menggunakan Sumber Universiti, pihak Universiti berhak menuntut hakmilik pembangunan IP tersebut ataupun menyerah semula hakmilik kepada Pencipta.

(16)

16 10.7 Di mana terdapat bilangan Pencipta, pembahagian faedah antara mereka akan

dipersetujui di antara mereka dengan bantuan Universiti. Sekiranya persetujuan tidak tercapai, pihak Universiti akan menyimpan faedah tersebut sebagai pemegang amanah sehingga pembahagian dapat ditentukan oleh proses Penyelesaian

Pertikaian dalam Bahagian 13.

10.8 Bagi IP di mana pihak Universiti tiada hak menuntut hakmilik, Penciptaboleh membuat permintaan kepada pihak Universiti untuk menguruskan atau membantu untuk pengkomersilan, di mana pembahagian faedahakan dirundingkan. Pihak Universiti boleh menolak untuk membantu.

BAHAGIAN 11

11. PEMBAHAGIAN PENDAPATAN

11.1 Pendapatan bersih atau ekuiti kepada Universiti hasil dari IP akan dikongsi bersama seperti di bawah ini. Pembahagian pendapatan juga mengambil kira bayaran

pendahuluan dan royalti dalam hal perlesenan, pengkomersilan produk yang tidak mempunyai IP, geran pra-pengkomersilan.

11.2 Kos langsung atau perbelanjaan yang ditanggung Universiti, atau pihak lain yang dilantik Universiti, dalam pembangunan, lindungan, melalui paten atau lainnya, dan eksploitasi dan pemasaran, komersil atau tidak,berkenaan IP (termasuk kos-kos mentadbir pendapatan royalti) akan dibayar kepada Universiti atau lain pihak yang dilantik sebagai caj pertama di atas apa-apa faedah ekonomi. Bayaran ini mestilah berdasarkan rekod-rekod rasmi perbelanjaan tersebut.Kos- kos yang dimaksudkan selalunya termasuk berikut:

11.2.1 Kos-kos untuk masa dan perjalanan Staf mengikut kadar yang telah

dipersetujui (sekiranya tidak adaperjanjian wujud, dasarkan pada kadar yang wajar);

11.2.2 Kos permohonan paten;

11.2.3 Kos perundangan berhubungan atauberkaitan denganeksploitasi, pemasaran atau pengkomersilan;

(17)

17 11.2.4 Kos pengiklanan dan publisiti;

11.2.5 Kos-kos menyediakan pelan perniagaan awal sekiranya dijalankan

dengan persetujuan Pencipta/Pencipta-Pencipta dan tidak dibiayai pelabur; 11.2.6 Caj perolehan perundingan atau kejayaan dibayar kepada Pihak Ketiga untuk

mengaturkan pembiayaan pelabur atau pembiayaan kontrak penyelidikan. 11.3 Pendapatan Bersih (Pendapatan tolak kos-kos) akan dibahagikan antara Pencipta dan

Universiti mengikut jadual berikut. Pengagihan kepadaUniversiti dibagi kepada tiga bahagian: (1) Fakulti atau Pusat Kecemerlangan(COE) atau Pusat Penyelidikan (RC) di mana Pencipta bertugas; (2) ORICC; dan/ atau (3) Syarikat University. Dalam keadaan dimana Syarikat Universiti tidak terlibat dalam pengkomersilan IP, peratusan

bahagiannya akan dikongsi sama rata antara bahagian (1) dan (2). Pendapatan Bersih (NI) dalam

Ringgit Malaysia

NI≤ 1juta 1 juta <NI≤ 2.5juta NI > 2.5juta Pencipta 70% 60% 50% Universiti Fakulti 7.5% 10% 12.5% ORICC 7.5% 10% 12.5% Syarikat Universiti 15% 20% 25% BAHAGIAN 12

12. PENGIKTIRAFAN HAK MORAL

12.1 Pihak Universiti akan mengambil langkah-langkahsewajarnya untuk menghormati hak-hak seorang Pencipta IP agar diberi pengiktirafan, dan berusaha menentukan orang lain juga menghormati hak-hak tersebut.

12.2 Di mana pihak Universiti menggunakan sesuatu IP, ia akan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk berunding dengan Pencipta sebelum mengubahsuai atau mengadaptasi IP tersebut, kecuali dalam keadaan di mana Universiti merupakan

(18)

18 pemilik hak cipta bahan mengajar dari luar. Dalam keadaan yang tersebut, pihak Universiti boleh mengubahsuai atau mengadaptasi bahan-bahan itu mengikut budi bicaranya untuk tujuan mengeluarkan bahan mengajar dari luar yang diubahsuai atau diadaptasi.

BAHAGIAN 13

13. PENYELESAIAN PERTIKAIAN

13.1 Sekiranya pertikaian timbul mengenai pengendalian polisi ini ataupun apa-apa hal yang mana pengendalian polisi ini bergantung, KomitiHakmilik Harta Intelek akan melantik seorang pengantara untuk membantu pihak-pihak bertikai untuk mencapai penyelesaian.

13.2 Sekiranya sesuatu pertikaian tidak dapat diselesaikan melalui pengantara, Komiti Hakmilik Harta Intelek akan melantik seorang penimbang tara untuk menyiasat dan mengambil keputusan di atas perkara yang dipertikaikan.Penimbang tara tersebut bolehmenggunapakai apa sahaja prosedur yang sesuai, dengan syarat setiap pihak diberi perbicaraan yang adil.

13.3 Semasa memilih pengantara dan penimbang tara, Komiti Hakmilik Harta Intelek akan sedaya upaya yang terlaksana, memilih seorang yang dapat diterima semua pihak.

13.4 Keputusan penimbang tara akan dilaporkan kepada Komiti Hakmilik Harta Intelek tanpa berlengah dan Komiti Hakmilik Harta Intelek akan menyampaikan keputusan tersebut secepat yang mungkin kepada pihak-pihak yang bertikai.

13.5 Pihak-pihak yang bertikai mempunyai hak untuk membuat rayuan menentang keputusan penimbang tara di atas alasan perbicaraan tidak adilatau penyangkalan keadilan semulajadi. Sebarang rayuan mesti diajukan kepada Naib Canselor secara bertulis dalam tempoh 30 hari dari penerimaan keputusan penimbang tara.

13.6 Naib Canselor akan berunding dengan pihak-pihak yang bertikai, penimbang tara dan sesiapa sahaja yang Naib Cancelor memutuskan, dan akan menentukan keputusan rayuan tersebut tanpa berlengah.

Referensi

Dokumen terkait

Pengujian ini dilakukan terhadap hipotesis kausalitas yang dikembangkan dalam model persamaan regresi dengan menguji signifikansi hubungan variabel independen dan variabel dependen

Stabilitas sisa hasil usaha BMT Al-ittihat Pekanbaru terbukti setiap tahun meningkat, artinya pendapatan BMT Al-Ittihad Pekanbaru setiap tahun selalu lebih besar

Wakaf merupakan ajaran Islam yang menyangkut kehidupan masyarakat. Harta benda wakaf dapat digunakan untuk pembiayaan dakwah, pendidikan, kesehatan, pembangunan sarana

Selain melihat dari sudut pandang pola asuh keluarga terhadap anak yang obesitas, banyak upaya pencegahan obesitas pada anak yang dapat dilakukan, tetapi dalam 6 artikel ini

Tetapi ketahuilah satu hal bahwa saat kita diperhadapkan dengan ujian, itu berarti Allah sedang bersiap untuk meningkatkan mutu hidup kita menjadi lebih baik bila kita

Dari hasil karakterisasi dapat diperoleh kondisi optimum yang dihasilkan plastik biodegradabel dengan perbandingan limbah LDPE, pati TKS, maleat anhidrida, benzoil

Hasil penelitian menunjukkan bahwa terdapat beberapa bentuk pergeseran dalam pernikahan adat Batak Samosir di Kuantan Singingi yaitu : Mebat atau Paulak Une atau merupakan

d. Membantu Ketua Umum dalam memimpin rapat-rapat Pimpinan Pusat. Bertanggung jawab dalam pelaksanaan konsolidasi Wilayah dan pembinaan Organisasi Otonom Muhammadiyah.