• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kepimpinan Perilaku Dan Hubungannya Terh

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kepimpinan Perilaku Dan Hubungannya Terh"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 PENGENALAN

Sistem pendidikan malaysia telah melalui banyak perkembangan dan perubahan demi mencapai matlamat kerajaan supaya memberi pendidikan yang berkualiti keppda rakyat bagi melahirkan modal insan yang mampu bersaing di arena antarabangsa. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selaku agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk memperkenalkan berbagai inisiatif dan program-program pendidikan bagi memastikan hasrat murni ini menjadi realiti. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dan diikuti oleh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah satu blueprint yang diformulasikan bagi tujuan tersebut.

Kepimpinan merupakan satu elemen yang tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan manusia. Pemimpin memang diperlukan sama ada sesebuah negara itu primitif atau bertamadun. Hal ini adalah kerana, kepimpinan merupakan satu aspek kehidupan sosial yang memperlihatkan hubungan manusia khususnya hubungan antara pemimpin dengan pengikut. Hubungan ini biasanya diperlihatkan dalam bentuk fungsi kepimpinan seperti sifat mempengaruhi dan dipengaruhi. Pemimpin mempengaruhi pengikut dalam kebanyakan perkara terutamanya dalam membuat keputusan atau melakukan perubahan bagi meningkatkan kualiti kehidupan organisasi atau unit yang dipimpin. Manakala pengikut pula adalah golongan yang dipengaruhi oleh pemimpin berdasarkan hakikat yang manusia itu perlu dipimpin (Hussein Mahmood, 2005).

Hal ini bertitik-tolak daripada tanggapan sesetengah pengkaji lepas bahawa tingkah laku pemimpin adalah model kepada tingkah laku pengikut. Ini dapat dilihat dalam kebanyakan definisi kepimpinan yang menghubungkan tindakan-tindakan pemimpin dengan kejayaan-kejayaan yang memberi faedah kepada pengikutnya. Sebagai contoh, pengikut atau pekerja dapat meningkatkan kepuasan kerja, komitmen dan sebagainya hasil daripada tingkah laku kepimpinan ketuanya. Pemimpin-pemimpin yang berjaya mempengaruhi tingkah laku pengikutnya dikategorikan sebagai pemimpin yang berkesan (Yukl, 2002).

(2)

menyedari bahawa kepimpinan semua warga sekolah juga turut menyumbang ke arah kejayaan sesebuah sekolah. Pada dasarnya kepimpinan sekolah diterajui oleh kumpulan pentadbir yang diterajui oleh Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Petang, Penolong Kanan Kokurikulum dan Guru-guru Kanan Mata Pelajaran.

Sehubungan itu, kepimpinan sekolah masa kini perlu berubah atau diperbaharui untuk memastikan sekolah mengalami perubahan yang berterusan (Rahimah Haji Ahmad, 2005). Budaya kepimpinan sekolah daripada model hierarki ‘atas-bawah’ kepada struktur lebih mendatar yang melibatkan semua ahli komuniti sekolah perlu diperluaskan. Hal ini kerana corak kepimpinan dan sistem pendidikan kini sedang mengalami ledakan perubahan yang ketara. Kepimpinan semua pihak di sekolah diperlukan bagi meningkatkan kemajuan sekolah khususnya terhadap pembelajaran pelajar. Walaupun begitu, kecemerlangan pelajar turut dipengaruhi oleh perancangan program akademik disekolah.

Sebagai rumusannya, dapat disimpulkan bahawa kecemerlangan sesebuah sekolah bergantung pada kepimpinan yang berkesan, manakala pencapaian akademik pelajar pula diukur melalui pembelajaran pelajar yang bergantung pada kualiti pengajaran guru di sekolah. Seterusnya kualiti pengajaran guru pula bergantung pada kepercayaan guru secara individu dan kolektif terhadap keupayaannya untuk mempengaruhi pembelajaran pelajar. Berdasarkan kepada premis di atas, bagi meningkatkan pembelajaran pelajar di sekolah maka faktor kepimpinan pentadbir sekolah dan efikasi kolektif guru merupakan faktor penentu yang penting. Hal ini adalah kerana kecemerlangan sesebuah sekolah lebih banyak bergantung kepada faktor-faktor dalaman sekolah tersebut (Ghazali Othman, 2001).

(3)

2.1 KONSEP KEPIMPINAN

Kepimpinan atau leadership adalah proses mempengaruhi aktiviti kelompok dalam usaha menentukan hala-tuju (Aminuddin Mohd. Yusof, 2000). Rahimah (2004) menyatakan kepemimpinan bermaksud berfungsinya pemimpin dan orang bawahan dalam situasi tertentu. Dalam kepemimpinan harus terdapat unsur mempengaruhi orang lain, unsur bawahan (anggota organisasi) sebagai orang yang dipengaruhi, unsur situasi tertentu, sehingga semuanya berfungsi untuk mencapai tujuan organisasi.

David M. Traversi (2007) menyebut bahawa faktor kepimpinanlah yang membezakan antara sesebuah organisasi yang berjaya atau sebaliknya. Ini adalah kerana segala keputusan yang dibuat akan bergantung kepada visi dan misi yang ingin dicapai oleh pemimpin dalam sesuatu organisasi. Kepemimpinan merupakan satu bahagian yang sangat penting dalam sesebuah organisasi atau perusahaan di mana organisasi dan pekerja di dalamnya disusun dan diselaraskan mengikut peranan dan tugas yang berbeza. Adanya perbezaan ini maka setiap individu dalam organisasi bertanggungjawab menentukan kejayaan organisasi. Selain itu, adanya pelbagai peranan dan tugas mengakibatkan perlunya pengendalian dan koordinasi dilakukan oleh pemimpin. Beberapa definisi pemimpin yang diperoleh daripada Aziah, Yaakob dan Yahya (2006), iaitu pemimpin adalah seorang yang memiliki kelebihan sehingga dia mempunyai kekuasaan dan kewibawaan untuk menggerakkan, mengarahkan dan membimbing bawahan sehingga dapat menggerakkan orang bawahan ke arah mencapai tujuan tertentu.

2.2 KEPIMPINAN BERKESAN

(4)

menyatakan ciri-ciri yang lazim perlu ada pada kepimpinan yang berkesan ialah semangat, integriti, kepintaran, keyakinan diri, kreativiti, fleksibiliti dan berpengetahuan dalam bidang yang dipegang (Azlin Norhaini Mansor, 2004).

Sehubungan dengan itu Muijs, D., & Harris, A. (2007) juga menyuarakan pendapat mereka tentang ciri-ciri kepemimpinan yang perlu dimiliki oleh pengetua sekolah dalam era globalisasi. Ciri yang dimaksudkan dikenali sebagai kepemimpinan profesional iaitu merujuk kepada sikap tegas pengetua dalam membuat keputusan, mempunyai matlamat yang realistik serta menekankan keunggulan sebagai pemimpin ketika di sekolah. Di samping itu, pengetua juga perlu menitikberatkan aspek pembangunan manusia seperti kepuasan kerja dan komitmen guru terhadap sekolah (Burrows dan Munday, R., 2003).

2.3 TINGKAH LAKU

Tingkah laku merupakan segala tindakan atau aktiviti manusia sama ada dilakukan secara langsung atau tidak (Dinham S., 2004). Skinner (1983) pula menyatakan perilaku merupakan respons atau reaksi seseorang terhadap stimulus. Perilaku akan berlaku melalui proses dengan adanya stimulus terhadap organisme.

Burrows dan Munday (2003) menyatakan tingkah laku merupakan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang ditonjolkan oleh manusia yang dipengaruhi oleh budaya, sikap, emosi, nilai, etika, pujukan, paksaan atau genetik. Donaldson, G. (2006) pula menekankan bahawa tingkah laku ialah perbuatan yang dilakukan mengikut persepsi diri sendiri dan sekiranya seseorang mempunyai konsep kendiri yang positif, maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin.

(5)

Menurut Kamus Dewan (2008), hubungan didefinisikan sebagai sambungan atau rangkaian. Dalam kajian ini, hubungan yang terlibat ialah gaya kepimpinan perilaku pengetua dan hubungannya dengan keberkesanan program akademik sekolah. Daripada kajian yang pernah dilakukan oleh pengkaji lain mendapati bahawa peningkatan kualiti sekolah amat bergantung kepada peringkat profesionalisme guru. Justeru, guru perlu mampu memberikan pengaruhnya bagi menjadikan persekitaran sekolah dan program kecemerlangan akademik yang dirancang mencapai kecemerlangan akademik pelajar. Keadaan ini disokong oleh gaya kepimpinan pengetua untuk melaksanakan kreativiti dan inovasi dalam pentadbirannya sehingga guru dapat memberikan pengaruhnya kepada murid-murid untuk menjadikan situasi dan keadaan sekolah menjadi kondusif untuk belajar (Mohd. Shaphri Bin Mohd Yusof, 2005).

2.5 KECEMERLANGAN PROGRAM AKADEMIK

Kecemerlangan merupakan kualiti unggul yang bersinar, indah, sangat baik serta bersepadu dan simbang dalam diri seseorang. Mengikut Omardin Ashaari (2006), kecemerlangan akademik didefiniskan sebagai segala aktiviti yang dilakukan bagi menentukan kejayaan, langkah-langkah dan aktiviti yang diambil untuk membentuk, menyebar, menilai dan memperbaharui akademik supaya semua matlamat yang telah ditentukan akan tercapai pada tahap maksimum.

Pengertian akademik sebenarnya meliputi pelbagai perkara yang berkaitan dengan pendidikan, kurikulum, pelajaran, peperiksaan dan juga kelulusan yang dicapai oleh seseorang. Untuk mendapat kelulusan yang baik dalam bidang akademik seseorang itu perlu menunjukkan tahap kecemerlangan yang tinggi semasa berada di sekolah atau pun di institusi pengajian tinggi (Zalizan dll, 2005).

(6)

aktiviti perkembangan staf, penilaian, peperiksaan dan lain-lain aktiviti berkaitan. Dalam hal ini lazimnya pihak pengetua bertanggungjawab memantau semua aktiviti berkaitan dengan pengajaran, pengurusan dalam bilik darjah, penggunaan buku rekod, peralatan dalam bilik komputer, kewangan dan pembelian barangan serta juga visi sekolah yang hendak dicapai.

Aziah Ismail dan Abdul Ghani (2011) menyatakan kejayaan akademik ialah kejayaan yang dinilai berdasarkan pencapaian seseorang pelajar dalam peperiksaan. Sekiranya pelajar tersebut berada di sekolah Menengah kejayaan diukur berdasar keputusan peperiksaan penggal ataupun keputusan PMR, SPM dan juga STPM. Bagi pelajar yang sedang belajar di institusi pengajian tinggi pula kecemerlangan akademiknya diukur berdasarkan kepada kuputusan Grade Point Average (GPA) ataupun Cumulative Grade Point Average (CGPA). Peperiksaan merupakan alat pengukur untuk membuktikan sejauh manakah persediaan yang telah dilakukan oleh setiap pelajar sebelum peperiksaan tersebut diadakan. Persiapan yang rapi dan mantap sudah pasti memberikan hasil yang memuaskan. Oleh yang demikian, setiap pelajar haruslah berusaha dengan sebaik mungkin untuk melaksanakan persiapan untuk menghadapi peperiksaan.

3.0 TEORI-TEORI KEPIMPINAN TINGKAH LAKU

3.1 TEORI PERILAKU

Teori tingkah laku merupakan perilaku seorang individu ketika melakukan kegiatan pengarahan suatu kelompok ke arah pencapaian tujuan. Dalam hal ini, pemimpin mempunyai deskripsi perilaku yang cenderung mementingkan bawahan memiliki ciri peramah, menyokong, membela, mendengar, menerima usul dan memikirkan kesejahteraan orang bawahan. Di samping itu terdapat pula kecenderungan perilaku pemimpin yang lebih mementingkan tugas organisasi (Ahmad Mohammad Sharif, 2006).

(7)

Leadership Continum pada dasarnya ada dua iaitu berorientasi kepada pemimpin dan bawahan. Sedangkan berdasarkan model grafik kepemimpinan, perilaku setiap pemimpin dapat diukur melalui dua dimensi iaitu perhatiannya terhadap hasil atau tugas dan terhadap bawahan serta hubungan kerja. Kecenderungan perilaku pemimpin pada hakikatnya terikat pada masalah fungsi dan gaya kepemimpinan (Rahimah Haji Ahmad, 2004).

3.2 TEORI SIFAT

Teori ini bertitik-tolak dari dasar pemikiran bahawa keberhasilan seorang pemimpin ditentukan oleh sifat-sifat, perangai atau ciri-ciri yang dimiliki pemimpin itu. Atas dasar pemikiran tersebut timbul anggapan bahawa untuk menjadi seorang pemimpin yang berjaya, harus mempunyai keperibadian sebagai seorang pemimpin. Keperibadian yang dimaksud adalah kualiti seseorang dengan perbagai sifat, perangai atau ciri-ciri di dalamnya.

Ciri-ciri ideal yang perlu dimiliki pemimpin menurut Sondang P Siagian (2000) adalah pengetahuan umum yang luas, daya ingat yang kuat, rasional, objektif, praktikal, fleksibel, adaptabiliti, orientasi masa depan, sifat intuitif, menepati masa, rasa kohesi yang tinggi, naluri relevan, keteladanan, ketegasan, keberanian, kesediaan menjadi pendengar yang baik, menentukan mengikut keutamaan, membezakan yang baik dan buruk, berketerampilan mendidik dan berupaya berkomunikasi secara efektif. Teori sifat yang dimiliki oleh seseorang pemimpin terutamanya yang dimiliki oleh pengetua atau guru besar akan berupaya meningkatkan akademik dan prestasi di sekolah (Wan Mohd Zahid Wan Mohd Noordin, 2006).

3.3 TEORI X DAN TEORI Y MCGREGOR

McGregor (1960) telah mempelopori Teori X dan Teori Y. Perbezaan gaya kepimpinan bergantung kepada tanggapan pemimpin terhadap orang bawahannya. Tanggapan umum yang terkandung dalam Teori X adalah seperti berikut:

(8)

II. Manusia, secara tabiinya tidak suka kepada kerja dan sedaya upaya cuba menggelakkan diri daripadanya.

III. Mereka tidak bercita-cita tinggi, suka melarikan diri daripada tanggungjawab dan suka di arah.

IV. Mereka mahu mengatasi orang lain dan mahukan keselamatan di dalam hidup.

V. Untuk memastikan manusia dapat bekerja bagi memenuhi matlamat organisasi atau kumpulan, perlu digunakan paksaan, kawalan dan tindakan hukuman.

Rajah 1: Teori X dan Teori Y yang diasaskan oleh McGregor (1960)

(Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada Donaldson, G., 2006)

(9)

yang terkandung dalam Teori Y pula adalah berlawanan dengan tanggapan-tanggapan umum dalam Teori X (Al. Ramaiah, 2002).

Pengagihan usaha dan segi mental dan fizikal dalam pekerjaan adalah proses biasa bagi manusia. Mereka bukan secara tabiinya bersikap pasif atau suka menentang kemahuan organisasi. Keadaan sedemikian berlaku kerana dipengaruhi oleh unsur-unsur pengalaman yang disediakan oleh organisasi. Kawalan luaran tekanan hukuman bukanlah satu-satunya kaedah untuk memastikan pekerja bekerja keras bagi mencapai objektif organisasi. Kalau pekerja sudah mempunyai komitmen terhadap organisasi, maka mereka akan mempunyai arah pengarahan diri. Manusia yang normal, bukan sahaja sanggup menerima tetapi mereka akan berusaha untuk mencari tanggungjawab. Mengelakkan diri daripada tanggungjawab, tidak beraspirasi tinggi dalam kerjaya dan malas bukanlah merupakan sifat-sifat semulajadi manusia.

Mengikut Teori Y, kepimpinan yang berkesan ialah kepimpinan demokratik, iaitu orang bawahan turut terlibat dalam proses membuat keputusan tentang matlamat dan polisi organisasi. Kawalan diri adalah konsep utama dalam kepimpinan yang berlandaskan gaya demokratik. Faktor-faktor kemanusiaan diberi keutamaan, maka bagi Teori Y, pemimpin mestilah berorentasikan manusia dalam proses kepimpinannya. Selain itu, proses delegasi kuasa pada tahap yang munasabah mesti berlaku sekiranya gaya kepimpinan pemimpin berasaskan Teori Y. Hal ini jelas menunjukkan bahawa, pemimpin yang mempunyai Teori Y akan lebih cenderung untuk bersama-sama dalam meningkatkan akademik pelajar di sekolah. Keputusan yang dilakukan adalah secara kolektif dan wujudnya hubungan 2 hala yang baik diantara guru dan pentadbir. Kerjasama yang erat ini berupaya untuk memaksimakan pencapaian akademik pelajar terutamanya dalam peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM.

(10)

Blase, J., & Blase J (2002) memperkenalkan Pendekatan Empat Faktor sebagai satu kaedah mengenalpasti gaya-gaya kepimpinan. Pendekatan ini adalah terbitan daripada usaha-usaha yang telah dipelopori oleh Likert dan kumpulan pengkaji Ohio State University. Bowers dan Seashore menggunakannya sebagai asas bagi mengemukakan pendekatan empat faktor yang mereka anggap lebih menyeluruh dan lengkap. Mereka telah mengenalpasti empat gaya kepimpinan yang berbeza iaitu:

I. Gaya Sokongan: Apabila gelagat pemimpin menganggap faktor kemanusiaan sebagai sangat penting dan mereka mengambil kisah tentang hal-ehwal kepuasan dan penghargaan diri pekerja bawahan.

II. Gaya Kemudahan Interaksi: Apabila pemimpin menekankan usaha mewujudkan suasana persaudaraan yang mesra di antara ahli kumpulan.

III. Gaya Penekanan Matlamat: Apabila gelagat pemimpin semata-mata pada soal pencapaian matlamat organisasi dengan prestasi paling memuaskan.

IV. Gaya Kemudahan Bekerja: Apabila gelagat pemimpin melaksanakan aktiviti-aktiviti tanggungjawabnya bagi mencapai matlamat organisasi. Ini dilakukan melalui proses perancangan penyelarasan, penjadualan dan dengan menyediakan peralatanperalatan, suasana kerja dan kemahiran-kemahiran teknikal yang diperlukan untuk melicinkan pelaksanaan sesuatu kerja.

Keempat-empat pendekatan gaya kepimpinan yang dikemukakan cuba menghuraikan gelagat-gelagat pemimpin melalui dimensi yang berbeza. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa kepelbagaian gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pihak pentadbir dalam melestarikan program peningkatan akademik semestinya memberikan impak yang maksima kepada pelajar.

4.0 GAYA KEPIMPINAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR.

(11)

Gaya kepimpinan merupakan cara seseorang pemimpin menggunakan kuasa yang dimiliki sebagai alat untuk mempengaruhi pekerja supaya bekerja kuat untuk mencapai objektif organisasi. Pada dasarnya stail kepimpinan dapat dibahagikan kepada tiga jenis seperti yang dijelaskan oleh Blake & Mouton (1993) iaitu gaya kepimpinan autokratik, gaya kepimpinan demokratik dan laissez-faire. Gaya kepimpinan yang manakah yang manakah yang paling terbaik dan sesuai digunakan untuk keberkesanan program akademik di sekolah? Sebenarnya, ketiga-tiga gaya kepimpinan tersebut boleh digunakan dalam keadaan tertentu, yang mana paling sesuai bergantung pada situasi ketua, pengikut dan persekitaran kerja (Ainon Mohd, 2004), Oleh itu, seseorang pemimpin yang berjaya akan menggunakan gaya kepimpinan yang berbeza untuk situasi yang berbeza. Gaya kepimpinan yang sesuai akan dapat meningkatkan motivasi dan moral guru-guru serta para pelajar untuk meningkatkan mutu prestasi dan kecemerlangan program akademik sekolah yang telah dirancang dan dirangka sejak awal tahun.

Pengetua atau guru besar merupakan pentadbir sekolah yang mempunyai autonomi yang dapat menjayakan sesuatu penambahbaikan melalui perubahan-perubahan dalaman dan luaran sekolah. hal ini termasuklah kesediaan dari aspek pemikiran, afektif dan tingkah laku pengetua untuk membuat perubahan dalam sekolah. Perubahan dalaman (mikro) dapat memperbaiki kelemahan pengurusan sekolah dan menambahbaik dengan program kecemerlangan pelajar (Abdul Ghani Abdullah et. al, 2008).

IV.1 Gaya Kepimpinan Autokratik Atau Kuku Besi

(12)

Namun sebenarnya masih ramai pemimpin terdiri daripada mereka yang mengamalkan gaya ini. Dalam keadaan-keadaan tertentu hanya penggunaan gaya ini yang berkesan umpamanya apabila berlaku krisis besar seperti hanya pemimpin sahaja yang boleh membuat keputusan. Dalam situasi begini, keputusan demi keputusan mesti dibuat dengan cepat manakala persetujuan ramai tidak diperlukan (Ishak dan Mastura, 2008). Sikap yang dimiliki seperti ini tidak disukai oleh kebanyakan guru kerana sikap memaksa ini membuatkan guru menjadi tertekan, tiada keseronokan bekerja dan merasai bebanan kerja. Hal ini sekaligus menjejaskan pencapaian akademik pelajar.

IV.2 Gaya Kepimpinan Demokratik

Pemimpin demokratik percaya kepada penyertaan semua orang dalam membuat sesuatu tindakan. Pemimpin juga percaya kepada musyawarah dan sering menurunkan kuasanya kepada orang-orang bawahan dan memberi kelonggaran kepada mereka untuk membuat sesuatu keputusan mengikut kebijaksanaan masing-masing. Pemimpin demokratik boleh menjadi pembimbing yang baik bagi organisasinya kerana pemimpin menyedari peranannya sebagai penyelaras tugas anggotanya dengan menekankan rasa tanggungjawab dan kerjasama yang baik kepada setiap orang. Selanjutnya pemimpin tahu urusan kumpulan bukan masalah peribadinya. Kekuatan kumpulan bergantung kepada penglibatan semua pihak kerana itu pemimpin sedar dia tidak mampu bekerja seorang diri.

(13)

Pemimpin demokratik berfungsi sebagai pemangkin yang mempercepatkan perjalanan proses menuju matlamat dengan cara yang paling sesuai. Oleh kerana kepimpinannya bersifat membantu, pengetua akan dihormati dan dihargai serta dilihat sebagai lambang kebaikan. Guru tidak melihatnya sebagai majikan kerana apabila sesuatu hasil diperolehi, ia dianggap sebagai hasil dari usaha bersama bukan hasil dari usahanya kerana dia sedar dia bukan seseorang yang mempunyai kekuatan luar biasa. Contohnya,

IV.3 Kepimpinan Bebas (Laissez-Faire Leadership)

Menurut Aziah Ismail dan Abdul Ghani (2011), pemimpin jenis ini memberi sepenuh kebebasan kepada orang-orang bawahan untuk bertindak atau membuat keputusan. Dia tidak campur tangan langsung dalam sebarang aktiviti yang diajurkan. Dia melihat mereka sebagai orang sudah matang, tahu membezakan yang baik dan yang buruk serta tahu membezakan antara betul dan salah. Baginya, guru harus bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tindakan yang dilakukan, biarkan mereka bersendirian dan tidak diusik. Sesuatu yang diperlukan ialah matlamat yang telah dipersetujui dicapai. Keadaan yang sangat bebas dan liberal ini kadang-kadang memperlihatkan sesebuah kumpulan itu seolah-olah tidak mempunyai pemimpin kerana setiap orang bekerja mengikut cara tersendiri. Kalau orang-orang bawahannya betul-betul matang, maka hasilnya memang baik, tetapi jika ramai antara mereka yang kurang matang, maka hasilnya sangat tidak memuaskan kerana mereka seperti hilang pedoman kerana tiada pemandu yang menunjuk arah. Gaya laissez-faire akan menimbulkan banyak masalah apabila sesebuah organisasi besar dan aktivitinya menjadi sangat kompleks. Hal ini disebabkan dalam keadaan seperti ini, jumlah keputusan yang terpaksa diambil sangat banyak dan sifatnya kompleks (Ainon, 2004).

(14)

struktur tugas (Felton, 1996) dan sebagainya. Sementara itu, kepimpinan demokratik disamakan pula dengan Teori Y (Mc Gregor,1960), (berorientasikan timbang rasa (Rahimah Haji Ahmad. 2004) dan sebagainya.

V.1 TEKNIK MEMPENGARUHI ORANG BAWAHAN DALAM TINGKAH LAKU KEPIMPINAN

Sebagai seorang pemimpin, perkara yang paling penting ialah memastikan setiap program berjalan seperti yang dirancang, tidak kira program itu kecil ataupun besar. Dalam melaksanakan program, seorang pemimpin mungkin akan menghadapi pelbagai masalah, maka beliau perlulah memilih pendekatan sesuai dengan cabaran yang dihadapi (Institut Aminudin Baki, 2006). Pemimpin boleh melakukan tugasnya dengan penuh keyakinan sekiranya pengetau dapat memahami objektif utama dan membuat perancangan awal untuk mencapai objektif, mempunyai orang bawahannya yang komited untuk mengharungi cabaran bersama dan saling bantu membantu dalam menangani cabaran

Untuk membolehkan seseorang pemimpin menjalankan tugas serta mengendalikan isu-isu pada masa yang sama, beliau juga perlu mempunyai kebolehan untuk mempengaruhi orang bawahannya. Pelbagai cara untuk mempengaruhi orang bawahan boleh digunakan, terpulang kepada jenis individu yang perlu dihadapi pada sesuatu masa. (Noordin Yahya dan Shariffudin Ismail (2004) mengemukakan beberapa taktik yang boleh digunakan untuk mempengaruhi orang lain dalam organisasi oleh pemimpin, iaitu:

a) Taktik pujukan rasional penggunaan hujah yang logik dan mempunyai bukti-bukti nyata semasa memujuk orang bawahan digunakan dalam melaksanakan sesuatu. Akan tetapi taktik ini hanya berkesan jika pemimpin mempunyai sifat yang jujur dan mempunyai kemahiran berkomunikasi yang tinggi.

(15)

c) Taktik perundingan pula seseorang pemimpin itu memberi peluang atau mengajak orang bawahan memberi pendapat, pandangan, kaedah dan cara-cara melaksanakan sesuatu untuk mencapai sesuatu objektif. Taktik ini menjadi lebih berkesan jika pemimpin mempunyai kebolehan mendengar yang tinggi serta boleh memujuk orang bawahan.

d) Pemimpin yang menggunakan tahap hubungan setia kawan yang baik dengan orang bawahan untuk memujuk orang bawahan melaksanakan tugas adalah pemimpin yang menggunakan taktik daya tarikan peribadi. Taktik ini berkesan jika hubungan pemimpin dengan pengikut akrab dan pengikut takjub kepada pemimpin.

e) Pemimpin yang menggunakan orang lain untuk mempengaruhi orang bawahan melaksanakan tugas pula dikatakan telah menggunakan taktik gabungan. Namun taktik gabungan ini hanya berkesan jika pemimpin mempunyai ramai orang berpengaruh.

f) Taktik mendapatkan simpati pula berkaitan dengan taktik berbuat baik sambil merayu. Biasanya taktik ini dilaksanakan melalui orang ketiga hingga menyebabkan orang bawahan berasa mereka dihargai dan paling layak untuk melaksanakan sesuatu tugas. Taktik ini berkesan jika orang bawahan mengamati pemimpin mereka adalah jujur.

g)

(16)

Menurut Shahrul Arba’iah Othman, Norzaini Azman dan Manisah Mohd Ali (2008), matlamat persekolahan mencorak dan membentuk sumber manusia yang berpotensi menjana pembangunan negara. Bagaimanapun isu ini menjadi persoalan kerana sistem persekolahan yang berfungsi mengembangkan potensi manusia masih menjadi tanda tanya. Masalah ini menyebabkan berlaku pembaziran bakat yang dimiliki oleh pelajar dan generasi muda di Malaysia. Bagi menangani isu ini, penekanan kepada aspek pembangunan modal insan perlu dalam sistem persekolahan. Ini termasuk kepada penekanan kepada aspek penguasaan kemahiran, pengetahuan yang relevan, proses sosialisasi sistem persekolahan, meningkatkan pengetahuan dan kecekapan guru, motivasi ke atas pelajar dan guru, meningkatkan kemudahan pembelajaran, susunan pembelajaran yang konduktif dan sebagainya.

(17)

Tujuan belajar di sekolah pada umumnya memberikan pengetahuan dan mengembangankan kemahiran yang relevan dengan keperluan persekitaran semasa (Hussein, 2005). Sistem persekolahan yang sentiasa menghadapi pelbagai perubahan dan pembaharuan, memerlukan peningkatan inovasi dan kreativiti dalam sistem persekolahan. Ini kerana sekolah merupakan institusi yang berkesan bagi merangsang dan mengembangkan potensi pelajar. Malah dalam dunia yang global ini, kreativiti dan inovasi dianggap bidang kemahiran dan profesion yang penting bagi mencorak kualiti modal insan. Modal insan yang kreatif dan berinovasi, merupakan aset penting kepada kejayaan sesebuah negara.

Kepimpinan sekolah perlu berusaha untuk membentuk modal insan yang kreatif dalam sistem persekolahan bagi meningkatkan kemajuan dan kejayaan dalam bidang pendidikan (Aziah, Yaakob dan Yahya 2006). Selain itu, pemilihan gaya kepimpinan yang sesuai turut menyumbang ke arah pemantapan tenaga kerja iaitu guru untuk terus berkhidmat tanpa jemu dalam peningkatan akademik pelajar. Menurut Hussein (2005) pula, kepimpinan di sekolah perlu berusaha dalam membentuk tenaga pengajar yang mahir, profesional, kreatif dan inovatif secara berterusan. Idea strategi dan pendekatan kreatif dan inovatif dalam sistem persekolahan perlu dikembangkan di kalangan tenaga pengajar, sekolah dan sistem pelajaran itu sendiri.

Sebagai pemimpin peringkat sekolah, pengetua haruslah respons kepada perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan akibat globalisasi dan pengetua perlu mengerakkan sebarang perubahan dalam diri setiap staff. Menurut Ayob (2005), sebenarnya pengetua mengalami pelbagai cabaran, kekangan dan masalah dalam pengurusan rutin harian. Masalah disiplin, motivasi pelajar, kebersihan dan keceriaan, komitmen staff sokongan, etika dan profesion guru adalah antara masalah yang dihadapi oleh guru. Pelancaran Sekolah Bestari, Sekolah Berkualiti, Sekolah Berwatak, Sekolah Berkesan dan sebagainya adalah antara agenda kerajaan bagi melahirkan warga pelajar yang berkualiti pada masa hadapan.

(18)

Mentee, Hari Pelaporan Akademik, Hari Anugerah Cemerlang, Program Sentuhan Bonda dan Graf Prestasu Diri, Program Guru Muda (Membimbing pelajar yang lemah), Program Make A Different (MAD), Klinik Matematik, Program Anak Angkat dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, sikap dan kepimpinan pengetua amat mempengaruhi program yang telah diaturkan oleh pihak sekolah.

Dapatlah dilihat disini bahawa kepimpinan sekolah terutamanya pengetua mempunyai tanggungjawab yang besar bagi pembangunan modal insan. Ini kerana jika sekolah itu mempunyai daya kepimpinan yang berwibawa seperti gaya kepimpinan yang telah diterangkan seperti di atas, sekolah tersebut dapat melaksanakan pembangunan modal insannya dengan jayanya. Bukan itu sahaja, kepimpinan sekolah harus sedar aspek kreativiti dan inovasi dalam sistem persekolahan penting bagi pembangunan modal insan yang bermutu tinggi.

Manakala menurut Ayob Jantan (2005), pelbagai langkah telah di ambil bagi menjana pelajar Malaysia yang berkualiti untuk kemajuan negara selaras dengan Wawasan 2020 dan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 iaitu:

I. Memperkembangkan kecerdasan yang lebih tertumpu kepada penggunaan teknologi seperti komputer, media, peralatan dan reka bentuk pembelajaran dan kemahiran hidup berdasarkan ketangkasan fizikal dan kecerdasan lain (IQ, EQ dan SQ).

II. Literasi komputer seperti Internet, laman web, program pendidikan jarak jauh (PJJ) yang berasaskan teknologi telekomunikasi, telekonfrensi, modul pembelajaran terancang dan pembelajaran terancang dan pembelajaran sepanjang hayat.

(19)

Pengurusan ke arah kecemerlangan akademik banyak bergantung kepada kepimpinan guru besar atau pengetua sekolah. Oleh itu seseorang pentadbir atau guru seharusnya bersedia mengaplikasikan pelbagai pendekatan untuk merancang aktiviti kecemerlangan akademik. Biasanya kebanyakan guru besar atau pengetua membuat program kecemerlangan akademik sekolah pada awal tahun dengan tujuan agar pelajar dapat kejayaan yang baik dalam pelbagai peperiksaan. Dalam masa yang sama program seperti ini boleh mengurangkan masalah pelajar tidak berdisiplin. Sebagaimana yang kita tahu, semasa aktiviti atau program dijalankan sekurang-kurangnya pelajar akan menggunakan masa secara yang berfaedah. Mereka juga mendapat asuhan, bimbingan dan nasihat yang berguna daripada guru-guru bagi kepentingan masa depan mereka.

Perubahan arena sistem pendidikan negara turut mempengaruhi kepimpinan pengetua. Hal ini dapat dilihat sejauh manakah pengetau menerima secara terbuka dan perubahan yang dilakukan oleh pentadbir. Pelbagai inovasi dan transformasi yang dirancang oleh Kementerian Pendidikan pencapaian pelajar, Model Pengurusan Fayol haruslah digunakan. Menurut Fayol, mengurus perlu kehadapan dan aktiviti meramal dan merancang adalah aktiviti utama, diikuti oleh penganjuran dan pengawalan. Dalam pengurus sekolah, pengetua perlu memastikan objektif setiap bahagian adalah sejajar dengan matlamat jangka pendek dan jangka panjang dan berupaya mengadaptasi dengan sebarang perubahan yang berlaku (Abdul Ghani, Abd. Rahman dan Tang Keow Ngang, 2008).

(20)

6.0 KESIMPULAN

(21)

Justeru, pengetua perlulah mengamalkan perbincangan secara dua hala dalam menjana pemikiran orang bawah dalam menyelesaikan sesuatu dan bekerja sebagai satu pasukan dan bukan secara individu untuk meningkatkan akademik pelajar. Malah, pengetua juga perlu sering berusaha untuk mempertingkatkan tahap keperluan dan kebolehan orang bawahnya supaya lebih bertanggungjawab dan berjaya menyelesaikan tugas organisasi ke peringkat maksimum walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran.

Pemikiran yang positif, tingkah laku yang dihormati disusuli dengan keseronokan serta integriti yang tinggi dengan menunjukkan kejujuran dalam membuat perubahan menjadikan perubahan yang dilakukan memberi manfaat kepada seluruh dimensi warga sekolah. Untuk menyediakan kepimpinan pengetua yang cemerlang pada abad ke-21, mereka harus bermula dari sekarang dengan menunjukkan sikap positif dan sentiasa mencari jalan yang untuk melakukan perubahan agar dapat melahirkan warga pelajar yang bermoral tinggi, bijaksana dan mampu melonjakkan nama negara pada masa akan datang.

BIBLIOGRAFI

Abdul Ghani Abdullah, Abd. Rahman Hj. Abd Aziz dan Tang Keow Ngang. 2008. Pincang Laku Kepimpinan Pengetua Menurut Perspektif Guru: Satu Kajian Kes. Jurnal Pendidikan Malaysia, 33. Pp. 47-60. ISSN 0126-6020/2180-0782.

Abdul Shukor Abdullah. 2004. Kepimpinan Unggul Tonggak Pengurusan Pendidikan Cemerlang. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan, 14 (1), 18 – 30.

Ahmad Mohammad Sharif. 2006. Leader Behavior, Organization Effectiveness and Job Satisfaction Vocational Teachers in Malaysia. Dissertasi Phd. Louisiana State University.

Aminuddin Mohd Yusof. 2000. Kepimpinan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ainon Mohamad. 2003. Komunikasi Untuk Pemimpin. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Ainon Mohd. 2004. Teori Dan Teknik Kepimpinan Panduan Aplikasi Di Tempat Kerja. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

(22)

Arksey, H., & Knight, P. 1999. Interviewing For Social Scientist. London: Sage Publications.

Ayob Jantan. 2005. Pengetua Sekolah Yang Afektif. PTS Profesional. Pahang.

Aziah Ismail dan Abdul Ghani. 2011. Cluster Scholls For Diverse Student’s Needs In Malaysia: A System Riview. International Journal Of Educations. 3 (2). P.1-13.

Aziah, Yaakob dan Yahya. 2006. Kepimpinan dan Pembangunan Pelajar Sekolah di Malaysia. Batu Caves Selangor. PTS Profefessional Publishing Sdn Bhd.

Azizi Yahaya & Rohaya Ahmad. 2006. Teori Sistem Yang Digunakan Di Sekolah. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.

Azlin Norhaini Mansor. 2004. Amalan Pengurusan Pengetua: Satu Kajian Kes. Prosiding Seminar Nasional Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan IAB Ke 12, 2004.

Blake, R. & Mouton, J. 1993. The Managerial Grid III: A New Look At The Classic That Has Booted Productivity And Profits For Thousands Of Corporations World Wide. Houston: Gulf Publishing.

Blase, J., & Blase J. 2002. Principal’s Instructional Leadership And Teacher Development: Teacher perspectives : Educational Administration Quarterly, 35, 349 – 378.

Burrows, L. and Munday, R. 2003. Leadership Substitute: Their Effects on Teacher Organizational Commitment and Job Satisfaction. Journal of Instructional Psychology, 23(1): 3 - 61. Carlson , D.S. and Perrewa, P.L.

David M. Traversi. 2007. Eight Drivers of the High-Impact Leader. Retrieved September 10, 2008 dari http://www.leader-values.com/Content/detail.

Dinham, S. 2004. Principal Leadership for Outstanding Educational Outcomes. Journal of Educational Administration, 43 (4), 338–356.

Donaldson, G. 2006. Cultivating Leadership In Schools : Connecting People, Purpose And Practice. New York: Teachers College Press.

Felton, S. L. 1996. Transactional and Transformational Leadership and Teacher Job Satisfaction. Dessertation Abstract International. Section A (DAI-A). 56(9): 2466.

Ghazali Othman. 2001. Sekolah Berkesan Dan Program Pembaikan Sekolah Di Malaysia. Diges Pendidik. 1 (2). 1-8.

(23)

Ishak bin Mad Shah dan Mastura Bte Mahfar. 2008. Impak Tingkah Laku Kepimpinan Transaksi Dan Transformasi Pengetua Ke Atas Tingkah Laku Kerja Guru-Guru. Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia.Universiti Teknologi Malaysia

Institut Aminudin Baki. 2006. Leadership Tips-Jack Welch Style. Artikal Buletin IAB. Bilangan 1/Jun 2006.

Kamus Dewan. 2008. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Katz, D. dan Kahn, R.L. 2000. The Social Psychology of Organization. New York: John Wiley & Sons

Mat Min Ruhani. 1998. Hubungan Penyesuaian dengan Pencapaian Akademik Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi. Masters Thesis. Universiti Pertanian Malaysia.

McGregor D. 1960. The Human Side of Enterprise New York McGraw-Hill.

Mohd. Shaphri Bin Mohd Yusof. 2005. Stail Kepimpinan Guru Besar yang Sebenarnya Berdasarkan Persepsi Guru-guru. Thesis Msc Mgt. Universiti Utara Malaysia.

Muijs, D., & Harris, A. 2007. Teacher Leadership In (In) Action: Three Case Studies Of Contrasting Schools. Educational Management Administration & Leadership, 35(1), 111-134.

Noordin Yahya dan Shariffudin Ismail. 2004. Tingkah laku Kepimpinan Pengetua Dan Hubungannya Dengan Tekanan Kerja dan Keberkesanan Organisasi, Di Beberapa Buah Sekolah Terpilih. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-12 pada 6-9 Disember 2004.

Omardin Ashaari. 2006. Pengurusan Sekolah. Kuala Lumpur: Cergas.

Quah Cheng Sim dan Wan Azmiza Wan Mohamed. 2003. Kajian Keberkesanan Program Pgce Dalam Membantu Pemimpin Sekolah Kluster Kecemerlangan Memimpin dan Mengurus Institusi Pendidikan Di Malaysia. Institute Aminuddin Baki.

Rahimah Haji Ahmad. 2004. Malaysian School Prinsipalship: Predicament Of Leadership And Management. Dlm Rahimah Haji Ahmad & Tie Ee Fatt (pnyt.), Principalship and School Management. hlm 1-17. Kuala Lumpur: Institut Pengetua, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

(24)

Shahrul Arba’iah Othman, Norzaini Azman dan Manisah Mohd Ali. 2008. Faktor Ibu Bapa Dalam Kecemerlangan Akademik Pelajar Pekak: Kajian Kes Retrospektif. Universiti Kebangsaan Malaysia. MJLI VOL. 5 (2008) 79.

Sondang P. Siagian. 2000. Teori Dan Praktek Kepemimpinan. Jakarta: Rineka Cipta.

Siti Khaidah Ab. Manan dan Rukiah Mohamad. 2003. Kajian Mengenai Pencapaian Akademik Pelajar-Pelajar Di UITM Shah Alam: Satu Analisa Perbandingan Antara Jantina. Fakulti Pengurusan Perniagaan. UITM. Shah Alam.

Wan Mohd Zahid Wan Mohd Noordin. 2006. Wawasan Pendidikan: Agenda Pengisian. Kuala Lumpur: Cahaya Pantai Publishing (M) Sdn. Bhd.

Yukl G. 2002. European Journal Of Work And Organizational Psychology. 8 (1), 33–48 An Evaluative Essay on Current Conceptions of Effective Leadership

State University of New York at Albany, USA.

Referensi

Dokumen terkait

Menurut Julian Ding, e-commerce, dalam buku E-commerce: Law And Office adalah suatu transaksi komersial yang dilakukan antara penjual dan pembeli atau dengan pihak lain dalam

Penelitian ini bertujuan untuk meningkatkan hasil belajar siswa pada aspek kognitif maupun aspek afektif pada materi ekosistem dengan menerapkan metode pembelajaran PBL (Problem

Dalam bagian akhir skrispi ini, penulis akan membuat kesimpulan dan saran yang kiranya penting diperhatikan bagi para guru PAK dalam kaitannya dengan pembinaan iman bagi para

Perencanaan pajak dan corporate governance yang terdiri dari komisaris independen, kepemilikan institusional, dan komite audit sebagai variabel independen

Proses masuknya Islam di Indonesia beberapa sejarawan menyebutkan pada abad ke-7 sebagian lainnya menyebut pada abad ke-13. Sumber sejarah yang menginformasikan Islam masuk ke

Pengaruh Latihan Penguatan Duduk-Berdiri dengan Periodisasi terhadap Gross Motor Function Measure Dimensi D dan E Cerebral Palsy Spastik Diplegi.. Galuppi: Development and

Maka perlu dilakukan penelitian mengenai penggunaan bioherbisida yang berasal dari ekstrak kirinyuh pada stadia pertumbuhan yang berbeda dengan beberapa konsentrasi,

Untuk menjawab tujuan penelitian yang ketiga yaitu mengetahui risiko usahatani padi sawah lahan irigasi teknis dan petani padi sawah lahan tadah hujan dengan menggunakan