• Tidak ada hasil yang ditemukan

Isu dan Cabaran Penjagaan Tidak Formal

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Isu dan Cabaran Penjagaan Tidak Formal"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

ISU DAN CABARAN PENJAGAAN TIDAK FORMAL

Fatimah Abdullah Profesor Madya

Program Kerja Sosial, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Most societies perceive caregiving as a woman’s social duty, an informal caregivers are mostly women. Informal caregiving is seen as an odd domestic chore which is conventionally delivered in care recipient’s and/or caregiver’s home environment and is assumed as free labour. Those perceptions have impacted ways in which informal caregiving and informal caregivers are defined, placed, and treated in our social care system. This article discusses basic notions of informal care and informal caregiving from a sociological perspectives. It also highlights important social issues pertaining to informal care and of being a caregiver.

PENGENALAN

Perubahan pesat yang berlaku dalam masyarakat, khususnya yang menyentuh tentang kesihatan, kesejahteraan ahli keluarga dan masyarakat menyebabkan isu berkaitan dengan penjagaan tak-formal, baik dalam keluarga, komuniti mahupun di peringkat institusi, kini menjadi satu bentuk perkhidmatan sosial yang semakin penting. Di samping itu, perubahan yang berlaku kepada struktur dan organisasi keluarga masa kini turut menimbulkan tekanan kepada ahli keluarga untuk menyediakan khidmat penjagaan dalam keluarga masing-masing. Akan tetapi perbincangan mengenainya terutama sekali dalam konteks akademik dan dasar sosial masih terbatas. Ini mungkin kerana penjagaan selalu dilihat sebagai urusan peribadi.

(2)

isu itu semakin penting. Bahagian ketiga adalah mengenai cabaran yang dihadapi oleh penjaga. Bahagian akhir adalah saranan bagi meningkatkan lagi pengupayaan penjaga dan keberkesanannya dalam melaksanakan peranan penjagaan.

KONSEP PENJAGAAN, MENJAGA DAN PENJAGA

“Penjagaan” adalah hasil perbuatan yang berkait dengan peranan “menjaga” yang dilakukan oleh penjaga (Sulaiman Masri 1997: 73). Penjaga pula ialah orang yang menjalankan tugas menjaga dan boleh disamakan dengan “pengawal, pengawas, pengasuh, pemelihara, penunggu, jaga” (Dewan Bahasa dan Pustaka dan Universiti Sains Malaysia 1990: 103) yakni orang yang “mengawal, mengawas, mengasuh, memelihara dan menunggu” orang lain. “Menjaga” pula adalah daripada perkataan “jaga” yang bermakna “sedar, bangun, bangkit, kawal, awasi, iringi, teman, pelihara, bela, kendali, selenggara, amati, gembala, lihat-lihat, rawat, selamatkan” (Dewan Bahasa dan Pustaka dan Universiti Sains Malaysia 1990: 103). Oleh itu menjaga bererti melakukan perbuatan atau membuat kerja seperti “mengajar, mengawal, mengawas, berikhtiar, berusaha, mengasuh, membela, memelihara, mendidik, mengelola dan membimbing” (Sulaiman Masri 1997: 58). Dalam konteks makalah ini maksud “jaga” yang bersamaan dengan “kawal, awasi, iringi, temani, pelihara, kendali, selenggara, amati, lihat-lihat, rawat dan selamatkan” didapati lebih sesuai digunakan kepada manusia. Oleh itu kerja-kerja “mengajar, mengawal, mengawas (termasuk melihat-lihat, memerhati dan menyelamatkan), merawat, mengasuh, memelihara, mendidik, mengelola dan membimbing” adalah berkaitan dengan konsep “jaga” yang dilakukan oleh orang yang menjadi “penjaga, pengawas, pengasuh dan pemelihara” yang akan disentuh dalam makalah ini.

Sebagaimana yang dinyatakan di perenggan sebelum ini, penjaga adalah orang yang menjalankan kerja menjaga. Secara umumnya kerja menjaga mencakupi tugas mengasuh anak dan ahli keluarga yang kurang upaya (sakit atau cacat) serta lain-lain urusan domestik. Malah menjaga rumah dan harta benda keluarga juga termasuk ke dalam kategori ini. Walau bagaimanapun dalam dalam konteks yang lebih khusus menjaga (care) adalah kerja yang berkaitan dengan memberi sokongan kepada orang yang mempunyai kecacatan fizikal, sakit kronik atau tidak berkemampuan dan kurang upaya untuk meneruskan kehidupan sendiri secara bebas (Jary dan Jary 2005: 57).

(3)

kaya atau miskin, yang tinggal di bandar atau desa, serta daripada agama, budaya dan keturunan yang berbeza. Malah, penjaga juga boleh terdiri daripada lelaki mahupun perempuan; tua, muda ataupun kanak-kanak.

Justeru, sesiapa sahaja yang menjaga orang yang sakit atau tidak upaya mempunyai peluang yang sama untuk membantu memberikan sokongan malah memberi maklumat dan perkhidmatan yang berkaitan kepada orang yang dijaga. Sementara itu, penjaga mungkin akan menjaga siapa sahaja, tua atau muda, lelaki atau perempuan, yang datang daripada latar belakang sosio-ekonomi serta kemampuan yang berbeza daripada penjaga. Tegasnya penjaga mungkin berbeza-beza mengikut budaya, ras/etnik, kelas sosial, umur dan orientasi seksual, nilai dan perspektif yang membentuk perhubungan antara mereka.

Davies (2000: 42) menyebut bahawa penjaga adalah seseorang yang menjaga atau membantu menjaga saudara mara, tetangga atau sahabat yang memerlukan sokongan daripada orang lain disebabkan ketidakupayaan, sakit atau lanjut usia. Jagaan yang diberikan itu bersifat informal dalam erti kata perbuatan itu tidak terikat dalam bentuk kontrak yang perlu dibayar gaji atau upah. Sebaliknya, perbuatan itu dilakukan atas rasa tanggung-jawab terhadap orang yang dijaga disebabkan kasih sayang, tugas dan keprihatinan.

Penjaga atau menjadi penjaga adalah satu fenomena baru. Di England kemunculannya sebagai satu kelompok atau kategori sosial yang khusus semakin jelas terutamanya dalam konteks dasar sosial berikutan lulusnya Carers Act 1995 (Davies 2000: 42). Sebelum penjaga diiktiraf sebagai satu kategori sosial, mereka sebenarnya telah pun memberi bantuan kepada tetangga, sanak saudara dan rakan-rakan. Berdasarkan General Household Survey (United Kingdom) Davies menganggarkan bagi setiap lapan orang terdapat seorang dewasa yang menjadi penjaga. Justeru, beliau menganggarkan terdapat 5.7 juta orang dewasa yang boleh dikategorikan sebagai penjaga.

Memandangkan kebanyakan penjaga adalah orang yang menjaga pasangan, suami atau isteri, anak-anak, ibu bapa, saudara mara atau rakan-rakan yang kurang upaya atau sakit maka lazimnya penjaga tinggal bersama-sama dengan orang yang dijaga. Akan tetapi seseorang mungkin juga menjaga orang yang tinggal berasingan di sesuatu tempat kediaman, di hospital, rumah kediaman atau institusi penjagaan (http://www.carers.org/).

(4)

kerja-kerja yang dilakukan oleh penjaga adalah seperti: (1) memberikan khidmat peribadi seperti membersihkan diri atau memandikan seseorang dan membawanya ke bilik air; (2) melakukan kerja-kerja yang memerlukan tenaga seperti menukar cadar, mencuci pakaian, membantu seseorang bergerak dari satu tempat ke satu tempat (bagi mereka yang tidak dapat bergerak); (3) menguruskan hal-hal berkaitan dengan surat-menyurat seperti membayar bil dan menulis surat; (4) memberi bantuan praktikal seperti membeli belah dan mengambil ubat dari doktor; (5) menemani seseorang; (6) membawa seseorang keluar bersiar-siar; (7) memberi ubat; dan (8) mengisi masa lapang seseorang.

Dalam konteks keluarga, penjaga mungkin merupakan kanak-kanak yang berusia seawal tujuh atau lapan tahun yang dipertanggung jawab menjaga ibu bapa yang sakit atau tidak berupaya atau menjaga adik-adik yang masih kecil. Dalam masyarakat di mana ibu bapa sakit atau mati kerana HIV/AIDS, kanak-kanak yang masih muda terpaksa menjaga ibu bapa mereka yang sakit di samping menjaga diri sendiri. Jika mereka masih ada datuk atau nenek, maka datuk dan neneklah yang mengganti ibu bapa menjadi penjaga kepada kanak-kanak berkenaan

Di sesetengah tempat (seperti Afrika), datuk nenek yang tua menjaga cucu yang masih muda kerana ibu bapa meninggal dunia akibat HIV/AIDS, kemalangan, peperangan atau bencana alam. Di Afrika dilaporkan bahawa sekurang-kurangnya terdapat lima juta datuk dan nenek yang menjaga kira-kira 12 juta kanak-kanak yang kematian ibu bapa akibat HIV/AIDS (http://medilinkz.org). Ada juga penjaga yang tua misalnya yang berumur 70 atau 80 tahun menjaga pasangan, saudara mara atau rakan yang lebih kurang sama usia dengan mereka. Keadaan sosial itu mempunyai kaitannya dengan migrasi keluar golongan muda atau remaja. Warga tua yang tinggal tidak mempunyai anak atau saudara mara yang lebih muda untuk melakukan peranan menjaga. Akibatnya, peranan ini terpaksa diambil-alih oleh warga tua lain yang berada berhampirannya.

Kebanyakan orang yang menjadi penjaga tidak sedar pun peranan tersebut. Ini kerana apa yang mereka buat yakni “perhati, lihat, awasi, urus dan jaga” sama ada terhadap ibu bapa atau ahli lain dalam keluarga merupakan urusan seharian yang selalunya terkandung dalam budaya masyarakat dan oleh itu memang dikehendaki atau dijangkakan oleh masyarakat. Malah setiap orang di sosialisasi agar dapat melaksanakan peranan tersebut.

(5)

menerapkan nilai, norma dan kepercayaan dalam masyarakat mengenai saling bekerjasama, bertanggung-jawab dan membalas budi, cinta, obligasi dan tugas kerana hubungan emosi yang telah lama berkembang dan mendalam pula sifatnya.

Sebagaimana yang disebut lebih awal, panggilan penjaga tidak formal adalah ditujukan kepada orang atau individu tertentu yang ada hubungan sosial dengan orang yang dijaga. Mereka menerima bayaran atau upah di atas kerja menjaga yang dilakukan itu. Ini kerana tugas itu dilakukan dalam struktur atau organisasi formal yang mempunyai peraturan khusus.

SOSIALISASI PERANAN SEBAGAI PENJAGA

Seseorang individu menjadi penjaga di sepanjang hayatnya, sama ada secara sedari atau tidak. Walau bagaimanapun, peranan itu berubah-ubah mengikut umur, gender dan masa. Semasa bayi, seseorang itu dijaga oleh orang lain khususnya ibu. Apabila anak meningkat usia, ibu melatih anak-anak kecil menjaga diri sendiri, khususnya kebersihan diri, pakaian dan persekitaran kediaman seperti tempat tidur, bilik tidur, dan rumah kediaman. Secara beransur-ansur dia mungkin diharap untuk menjaga adik-adik yang lebih kecil pula terutamanya jika ibu ada kerja lain yang lebih penting. Tugas menjaga meningkat lagi apabila seseorang mencapai usia remaja. Individu diberi tugas membantu ibu mengemas, masak, serta membersih. Tugas ini bukan sahaja berkait rapat dengan peranan penjagaan tetapi mempersiapkan dirinya untuk memikul peranan yang lebih penting pada masa akan datang yakni apabila dia berkahwin dan mempunyai keluarganya sendiri. Pada masa yang sama dia diajar agar menjaga tingkah laku, budi bicara, budi bahasa, tutur kata, bersopan santun terutamanya apabila berhubung dengan orang lain yang lebih tua sama ada ahli keluarganya atau orang lain di luar keluarga seperti tetangga, rakan taulan dan guru.

(6)

isteri bertambah kerana status barunya sebagai ibu. Oleh itu dia harus melaksanakan peranan mengasuh anak-anak dan mengurus hal suami yakni antara tugas-tugas yang berkaitan dengan peranan “menjaga”.

Walaupun tanggung-jawab ibu menjadi ringan apabila anak telah besar dan meningkat usia, wanita dewasa perlu pula menjaga ahli keluarga yang tua dan tidak berupaya, khususnya ibu bapa dan ibu bapa mertua. Kebanyakan wanita yang berada pada usia dewasa pertengahan atau dewasa akhir dihimpit oleh dua peranan yang berat iaitu menjaga anak-anak yang sedang membesar dan cucu di samping menjaga ibu bapa yang tua dan uzur. Tanggung-jawab itu tentunya lebih berat lagi jika mereka mempunyai pekerjaan tetap di luar rumah. Tidak hairanlah jika golongan ini disebut sebagai “sandwich generation”.

Huraian di atas memperlihatkan bahawa sepanjang hayat seseorang dia menghabiskan masa dan tenaganya untuk menjaga orang lain di samping menjaga dirinya sendiri. Jika diteliti, tugas menjaga melibatkan penjagaan fizikal, sosial dan emosional sekali gus. Ini mendesak agar penjaga mesti mempunyai kedudukan ekonomi yang stabil, tubuh badan yang sihat, mempunyai cukup maklumat dan pengetahuan serta mempunyai kekuatan daripada segi emosional dan spiritual. Justeru, keupayaannya melaksanakan peranan tersebut sangat bergantung kepada keberkesanan proses sosialisasi awalnya dalam keluarga. Malah penjaga juga harus ada jaringan hubungan sosial yang kukuh yang boleh memberi sokongan bila-bila masa yang dia perlukan.

(7)

keluarga, peranan wanita adalah bersifat ekspresif sementara peranan lelaki bersifat instrumental. Malah pembahagian peranan sedemikian adalah penting kepada ke fungsian keluarga.

MENGAPA ISU BERKAITAN PENJAGAAN MENJADI PENTING?

Apabila ahli-ahli keluarga tidak lagi melaksanakan fungsi penjagaan, semakin ramai warga tua diabaikan atau ditempatkan di institusi penjagaan; kanak-kanak dihantar ke pusat jagaan semasa ibu bapa keluar bekerja, atau terdampar, dan ahli keluarga yang sakit atau memerlukan bantuan khas pula di hantar ke hospital atau lain-lain institusi penjagaan. Di negara-negara Kesatuan Eropah pada tahun 2005 anggarkan 19 juta orang berusia 25 tahun ke atas menyediakan khidmat penjagaan sekurang-kurangnya 20 jam seminggu menjaga warga tua, mereka yang kurang upaya atau sakit kronik di seluruh. Kira-kira 9.6 juta daripada mereka menyumbangkan sekurang-kurangnya 35 jam seminggu sebagai penjaga. Sebahagian besar daripada penjaga dan menerima jagaan adalah wanita (Glendinning et. al 2009).

Dua faktor utama yang mempengaruhi kefungsian keluarga dan komuniti dalam melaksanakan peranan penjagaan kedudukan sosioekonomi sesebuah keluarga dan kedudukan keluarga dalam struktur sosial. Hidup dalam keluarga yang berada memungkinkan seseorang akses kepada pelbagai kelebihan seperti makanan yang cukup, pembelajaran dan tahap pendidikan yang baik, pendapatan atau sumber kewangan yang stabil, mampu mendapatkan rawatan dan penjagaan yang baik (Merton 1995; Swedberg 2005). Di negara ini, satu kajian (Fatimah et. al. 2009) terhadap penjagaan pesakit mental dalam keluarga dan komuniti sebagai, mendapati bahawa sebahagian besar daripada penjaga adalah berumur lebih 50 tahun dan 82 peratus berpendapatan sehingga RM1000 sebulan. Hanya tujuh peratus yang tidak ada pendapatan langsung (melainkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat). Hal ini tidaklah menghairankan kerana 59 peratus daripada penjaga hanya bersekolah hingga peringkat rendah sahaja. Justeru tentulah dapat dibayangkan bagaimana penjaga berhadapan dengan tekanan untuk menyediakan penjagaan yang mencukupi untuk ahli keluarganya.

(8)

Walau bagaimanapun berbanding dengan anak-anak yang biasa, menjaga anak-anak yang kurang upaya lebih mencabar. Sekolah-sekolah khas untuk mereka masih terbatas. Ini menyebabkan masih ramai ibu bapa yang terpaksa memikul sendiri tugas menjaga anak-anak berkenaan. Adakalanya ibu terpaksa meninggalkan kerjanya kerana perlu membawa anak yang cacat untuk mengikuti kelas atau program pemulihan.

Penyertaan wanita (khususnya ibu yang mempunyai anak kecil) dalam pekerjaan tidak dapat dielakkan kerana desakan kewangan. Dalam keluarga ibu tunggal, si ibu terpaksa keluar bekerja jika dia dan anak-anaknya tidak mendapat sumber kewangan tetap atau nafkah daripada bekas suami. Oleh itu siibu terpaksa membahagikan masa bekerja di luar rumah dan masa menjaga anak-anak.

Migrasi ke bandar turut menyebabkan peranan penjagaan terbeban ke atas bahu seorang atau beberapa orang ahli keluarga sahaja. Berdasarkan kajian yang berkaitan, didapati anak-anak yang menetap di kampung sama ada tinggal bersama, berdekatan atau agak jauh dari rumah ibu bapa kerap kali memikul peranan penjagaan (Fatimah 2005, Fatimah et. al. 2009). Ada juga di antara anak-anak yang telah bersara pulang menetap di kampung dan tinggal berdekatan dengan ibu bapa yang sudah tua. Akan tetapi oleh kerana mereka telah bersara maka mereka kerap dihimpit pula dengan masalah kewangan kerana wang persaraan yang tidak mencukupi. Keadaan ini semakin buruk sekiranya mereka juga perlu menanggung beban menyara anak-anak sendiri yang masih belajar serta menjaga cucu.

Penjagaan untuk ahli keluarga yang tidak berupaya menjadi isu penting baik di bandar mahupun desa. Tidak hairanlah jikalau ada keluarga yang mengambil pembantu (warga asing) bagi mengurangkan bebanan penjagaan yang terpaksa dipikul oleh ahli keluarga. Anak-anak yang dewasa hanya menyumbang dari segi wang ringgit untuk bayaran kepada penjaga dan rawatan perubatan. Dalam konteks bandar pula, kewujudan institusi penjagaan memudahkan keluarga menghantar ibu bapa yang telah tua ke institusi berkenaan (Fatimah 2005).

(9)

pasangan.

Berkait dengan huraian di atas, penjaga kebanyakannya adalah wanita (Meyers 2000) yakni isteri, ibu, anak perempuan, adik-beradik perempuan atau saudara mara perempuan yang lain. Termasuk dalam kategori ini juga ialah menantu perempuan, ibu mertua dan ipar perempuan. Walaupun dalam masyarakat Melayu yang beragama Islam malah dalam konteks masyarakat lain juga, anak lelaki sepatutnya bertanggung-jawab menjaga ibu bapa mereka yang telah tua tetapi penjagaan fizikal selalunya menjadi tugas anak perempuan. Peranan anak perempuan yang lebih utama itu mungkin mempunyai kaitan dengan anggapan umum bahawa menantu perempuan tidak dapat memberikan jagaan sebagaimana yang dilakukan oleh anak perempuan sendiri. Pandangan lain pula ialah anak lelaki enggan menyediakan penjagaan kerana takut membebankan isterinya. Terdapat juga anak perempuan yang enggan menjaga ibu bapa yang telah tua kerana tidak mendapat persetujuan daripada suaminya.

Selain hal-hal yang dinyatakan di atas penjaga juga berhadapan dengan masalah kewangan, kurangnya sokongan sosial daripada orang lain terutamanya keluarga. Juga, penjaga yang bekerja secara formal berhadapan dengan masalah mengimbangi peranan dalam pekerjaan dan peranan sebagai penjaga.

Cree (2000) menyebut perhubungan antara penjagaan dan pekerjaan sangat kompleks dan meninggalkan kesan kepada berbagai-bagai faktor termasuk intensiti penjagaan, sifatnya pekerjaan yang diceburi, ciri-ciri penjaga dan hubungannya dengan orang yang dijaga. Jika penjagaan tidak “intense” dan bersifat sambilan, maka peranan menjaga tidak berkonflik dengan kerja. Sebaliknya jika peranan menjaga bersifat “heavy duty” maka tugas itu akan berkonflik dengan kerja. Malah beban penjagaan yang berat memungkinkan penjaga yang bekerja bersara awal daripada pekerjaannya.

STRATEGI MENINGKATKAN PENGUPAYAAN PENJAGA TIDAK FORMAL

Berdasarkan kepada huraian di atas, kertas ini cuba mencadangkan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian khususnya dalam meningkatkan pengupayaan penjaga tidak formal. Hal ini penting memandangkan kebanyakan mereka memikul pelbagai peranan lain misalnya bekerja di luar rumah dan menguruskan rumah tangga dan sering menghadapi masalah kewangan dan kurangnya jalinan hubungan dengan komuniti (baik komuniti perubatan, pekerja sosial, pentadbir mahupun penduduk setempat).

(10)

Definisi yang mengaitkan pengupayaan sebagai produk melihat bahawa individu yang “diperkasakan” telah mencapai tahap penghujung dan ditandai dengan pemerolehan produk. Umpanya klien mendapat maklumat yang diperlukan dalam membuat sesuatu keputusan mengenai rawatan. Berkait dengan hal ini klien memperoleh “self-worth, efficacy dan rasa berkuasa”. Sebagai satu proses pula pengupayaan dilihat sebagai satu kontinum (lihat Rajah 1).

Rajah 1: Pengupayaan sebagai satu proses Dipetik daripada Dann (dalam Slevin 2003: 71)

(11)

(lihat Rajah 2).

Rajah 2: Ahli-ahli yang perlu bagi pengupayaan komuniti Sumber: Dann (dalam Slevin 2003: 77)

Memandangkan sebahagian besar daripada penjaga adalah juga pekerja maka beberapa perkara bersangkutan dengan pekerjaan (khususnya pekerjaan formal) perlu diberikan perhatian agar penjaga dapat meneruskan peranan mereka sebagai penjaga dengan lebih efektif. Perkara-perkara berkenaan termasuklah;

1. memperkenalkan masa bekerja yang anjal bagi wanita yang menjadi penjaga.

2. cuti yang anjal untuk menjaga ahli keluarga. Cuti yang diperuntukkan mungkin boleh diambil lebih awal. Cuti bergaji juga penting untuk memastikan sumber kewangan untuk menyara hidup keluarga mereka tidak terputus.

3. menyediakan bantuan kewangan atau kemudahan rawatan perubatan oleh pihak majikan bagi membolehkan pesakit mendapat rawatan yang berterusan.

4. menubuhkan kumpulan sokongan di tempat kerja yang boleh membantu mengambil alih peranan penjaga yang terpaksa bercuti kerana menjaga ahli keluarga.

5. bekerja dari rumah adalah satu alternatif yang penting.

Pusat Komuniti

Keluarga dan Rakan

Pesakit/Klien

Penjaga Professional

(12)

Dalam konteks keluarga dan komuniti pula perkara-perkara berikut mungkin boleh difikirkan;

1. membentuk kumpulan sokongan keluarga pada peringkat kejiranan/komuniti bagi membantu penjaga yang memerlukan bantuan. Kumpulan ini boleh mengambil alih peranan penjagaan agar penjaga dapat berehat atau menyelesaikan keperluan peribadi. 2. menyediakan pusat penjagaan dalam komuniti atau berkelompok di

mana penjagaan boleh dilakukan dalam kumpulan dan para penjaga boleh bertugas secara bergilir-gilir.

3. mempertingkatkan pengetahuan dan maklumat kepada penjaga berhubung dengan kaedah mutakhir dalam menyediakan penjagaan yang efektif.

Seterusnya pada peringkat dasar, pelbagai perkara berkaitan dengan penjagaan boleh di fikir dan dilaksanakan. Antara yang penting ialah mewujudkan satu daftar banci isi rumah dan keluarga dengan tujuan mengumpul maklumat mengenai bilangan ahli keluarga yang memerlukan bantuan khas (kerana sakit, tua, sakit mental, cacat dan lain-lain), dan bilangan orang yang boleh melaksanakan peranan penjagaan. Berdasarkan data demografi itu satu pemetaan sosial (social mapping) boleh dihasilkan dan boleh dijadikan panduan untuk mewujudkan pusat penjagaan ataupun kumpulan penjaga. Berhubung dengan itu, bantuan-bantuan kewangan, sokongan perawatan dan bantuan praktikal yang lain boleh dirancangkan dengan lebih efektif. Usaha pemetaan sosial ini boleh dilakukan di setiap kawasan perumahan, kampung, mukim atau daerah sama ada melalui Pejabat Daerah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Kawasan Parlimen, atau Agensi-agensi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

(13)

PENUTUP

Dalley (1988) menyebut bahawa dalam kehidupan masa kini penjagaan oleh komuniti bukanlah jawapan kepada isu berkaitan dengan penjagaan terhadap mereka yang kurang upaya atau sakit. Ini kerana beliau melihat bahawa penjagaan komuniti biasanya didasarkan kepada kerja yang dilakukan oleh wanita untuk ahli keluarganya dan kerja itu dilakukan secara percuma. Sosialisasi menjadi asas utama dalam melatih individu melaksanakan peranan masing-masing sesuai dengan statusnya dalam keluarga. Oleh itu setiap individu harus tahu apa yang dia patut lakukan, untuk siapa dia perlu lakukan dan kenapa perlakuan itu penting. Sedar atau tidak, sebahagian besar daripada peranan-peranan yang seseorang lakukan dalam hidupnya adalah menjaga atau menjadi penjaga yang dipelajarinya secara langsung atau tidak melalui proses sosialisasi.

Dalam kehidupan masa kini, isu penjagaan menjadi semakin penting. Hal ini mempunyai hubungan dengan perubahan semasa yang berlaku kepada struktur sosial amnya dan keluarga khasnya. Tekanan hidup akibat daripada pelbagai proses sosial dan ekonomi pula menyebabkan stres kepada individu sehingga boleh menyebabkan gangguan mental. Meningkatnya penyakit berbahaya seperti HIV/AIDS dan pelbagai lagi menambahkan bilangan golongan yang tidak berupaya dan memerlukan bantuan khas. Berdasarkan kepada penemuan daripada kajian di Kg Simee didapati keluarga khususnya wanita tidak lagi dapat menyediakan peranan penjagaan sebagaimana yang diharapkan. Persoalannya ialah setakat mana pula komuniti dapat membantu keluarga dalam menyediakan pekhidmatan itu. Dalam kehidupan di bandar khususnya apabila pola perhubungan primer yang diasaskan kepada hubungan semuka (face-to-face) yang erat dan berkekalan semakin sukar ditemui maka fungsi penjagaan tidak lagi dapat dilaksanakan sepenuhnya oleh komuniti. Di desa pula, penghijrahan ke bandar, perpecahan atau pemisahan keluarga turut mempengaruhi peranan dan kualiti penjagaan.

(14)

RUJUKAN

Basford, L. Slevin, O. 2003. Theory and Practice of Nursing: An Integrated Approach to Caring Practice, Glasgow: Nelson Thrones.

Björnberg, U. & Kollind, Anna-Karin. 2005. Individualism and families. London: Routledge.

Bornat, J., et. al. 1997. Community care: A reader, London: McMillan. Canavan, J. ; Dolan, Pat & Pinkerton, J. (ed.). 2000. Family support:

Direction from diversity. London: Jessica Kingsley Publishers.

Cree, V. E. 2000. Sociology for social workers & probation officers, London: Routledge.

Dalley, G. 1988. Ideology of caring: Rethinking community and collectivism. London: McMillan.

Davies, M. (ed.). 2000. The Blackwell encyclopedia of social work, Oxford: Blackwell.

Davies, M. (ed.). 2002. The Blackwell companion to social work. Oxford: Blackwell.

Dewan Bahasa dan Pustaka & Universiti Sains Malaysia. 1990. Tesaurus Umum Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Fatimah Abdullah, Nor jana Saim, Nur Saadah Mohamad Aun & Mohd.

Suhaimi Mohamad. 2009. Fungsi keluarga dalam penjagaan: Kes penjagaan pesakit mental dalam keluarga dan komuniti. Laporan penyelidikan UKM-SG-05-FRGS0012-2006. Tidak diterbitkan. Fatimah Abdullah. 2006. Fungsi keluarga alam penjagaan, Prosiding

Seminar Psikologi dan Masyarakat ISM-UKM: Pendekatan Psikososial dalam Pengupayaan Pembangunan Komuniti. Bangi: Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, UKM.

Fatimah Abdullah 2005. Urbanisasi dan transformasi keluarga. Laporan Penyelidikan Biaya FSSK, UKM.

Glendinning, C., Arksey, H. , Tjadens, F. Moree, M. Moran, N & Nies, Ś

2009. “Care provision within families and its socio-economic impact on care providers across the European Union”, Research Works No. 2009-05 July. Social Policy research Unit, The University of York. http://medilinkz.org /journal/default2.asp?Journal_ID=172).

Jary, D. & Jary, J. 2005. Collins web-link dictionary: Sociology. Glasgow: Harper Collins.

Lloyd-Sherlock, P. (ed.). 2004. Living longer: Ageing, development and social protection. London: Zed Books.

Meyer, M. H. (ed.) 2000. Care work: Gender, labor and the welfare state. London: Routledge.

(15)

University course, Community Care, pp 62-93, Milton Keynes: Open University.

Parker, G. & Lawton, D. 1994. Different types of care, different types of carer: Evidence from the General Household Survey. HMSO: London.

Parsons, T. & Bales, R. F. (1956 reprinted 2002). Family, Socialization and interacting process. London: Routledge.

Sulaiman Masri. 1997. Tatabahasa Melayu. Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti.

Swedberg, R. 2005. The Max Weber Dictionary: Key words and central concepts. Stanford: Stanford University Press.

Ungerson, C. 1995. “Gender, cash and informal care: European Perspectives and dilemmas” Journal of Social Policy 25, 1: 31-53.

Wearness, K 1987. “on the rationality of caring” dalam A. S. Sassoon (ed). Women and the State. London: Hutchinson: 207-234.

Referensi

Dokumen terkait

§ Dapat memberikan sumbangan pemikiran bagi Perusahaan (Telkom), khususnya dalam upaya perbaikan Supply Chain Management ( SCM ) di unit Witel untuk mempertahankan

Badan Pemberdayaan Masyarakat dan Pemerintahan Desa Kabupaten Pelalawan 47 37 Perencanaan Paving Blok Kantor Kepala Desa Lubuk Kembang Sari.. 38 Perencanaan Paving

Berdasarkan hasil angket respon mahasiswa maka rata-rata skor yang diperoleh mahasiswa 79,74 dari sekor maksimal 80, ini menunjukkan respon mahasiswa terhadap

Selanjutnya berdasarkan hasil koefisien determinasi atau daya penentu kode etik pustakawan dengan kinerja pustakawan di Badan Perpustakaan, Arsip dan Dokumentasi

Faktor lingkungan lain seperti kondisi keluarga, guru dan fasilitas sekolah. Anak yang dibesarkan dalam lingkungan keluarga yang baik, bersekolah di sekolah yang

Arsitektur pembangunan aplikasi IoT untuk rumah cerdas berbasis Android pada Gambar 2 ini menjelaskan seorang pengguna dapat menggunakan sebuah perangkat telepon pintar

terdapat dua tujuan yang ingin di capai yakni tujuan pembangunan dan pegawai. Menganalisis Pekerjaan, mengrekrutmen, serta menyeleksi calon pegawai di MTs Negeri

ST Segment Distance between S wave and beginning of T wave Measures time between ventricular depolarization and beginning of repolarization T Wave Rounded upright (positive)