• Tidak ada hasil yang ditemukan

GAYA KEIBUBAPAAN MENGIKUT ETNIK DAN HUBU

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "GAYA KEIBUBAPAAN MENGIKUT ETNIK DAN HUBU"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

Gaya Keibubapaan Mengikut Etnik dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Di Luar Bandar

Anuar Bin Ahmad Norhaidawati Mohd Noor

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara gaya keibubapaan mengikut tema etnik dengan pencapaian akademik pelajar di luar bandar. Kajian ini berbentuk kuantitatif iaitu melibatkan analisis data deskriptif dan inferensi. Gaya keibubapaan yang dikaji merujuk kepada model gaya keibubapaan Baumrind 1971. Konstruk etnik pula merujuk kepada aspirasi, budaya dan tradisi serta kepercayaan ketiga-tiga kaum Melayu, Cina dan India. Manakala pencapaian akademik merujuk kepada keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2012. Sampel kajian ini terdiri daripada 189 pelajar tingkatan enam rendah yang bersekolah di SMK Pahi dan SMK Kuala Krai, Kuala Krai, Kelantan. Data gaya keibubapaan dikumpul dengan menggunakan soalan soal selidik daripada Parenting Style

Questionnaire dan Parental Authority Questionnaire (PAQ). Dapatan kajian

menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara aspirasi dengan pencapaian akademik di mana, 2=6.077 dan p<0.05. Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang siginifikan antara budaya dan tradisi dengan pencapaian akademik (2=1.690 dan p>0.05). Begitu juga dengan dapatan tentang kepercayaan tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik (2=2.889 dan p>0.05). Dapatan lain menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara aspirasi dengan gaya keibubapaan autoritatif, (r=.462** dan p<0.05) dan permisif (r=-.466** dan p<0.05) . Namun demikian, terdapat hubungan yang signifikan antara budaya dan tradisi dengan gaya keibubapaan (r=.288** dan p<0.05). Dari segi kepercayaan, didapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kepercayaan dengan gaya keibubapaan autoritarian (r=.048 dan p>0.05). Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya keibubapaan dengan pencapaian akademik, (r=-.109 dan p>0.05). Kajian ini menunjukkan ibu bapa haruslah mempraktikkan gaya keibubapaan yang sesuai supaya berfungsi mengikut peranan masing-masing.

ABSTRACT

(2)

showed there was a significant relationship between aspirations with academic achievement where (2=6.077 dan p<0.05). The results also showed that there was no significant relationship between culture and tradition with academic achievement (2=1.690 dan p>0.05). Similarly, the study did not have a belief significant relationship with academic achievement ((2=2.889 dan p>0.05). Other findings also signified there was a significant relationship between aspiration with authoritative parenting style (r=.462** dan p<0.05) and permissive (r=-.466** dan p<0.05). However, there is a significant relationship between culture and traditions with parenting style (r=.288 ** and p<0.05). In terms of belief, it was found there was no significant relationship between trust with authoritarian parenting style (r=.048 dan p>0.05). The results showed there was no significant relationship between parenting style with academic achievement where (r=-.109 and p>0.05). This suggests that parents should practice appropriate parenting style apply to their kids’ growth development to behave in accordance with their respective roles.

PENGENALAN

Walaupun sekolah merupakan satu institusi formal yang dipertanggungjawabkan untuk membentuk kejayaan pelajar. Namun, peranan keluarga terutama ibu bapa tidak boleh dipandang remeh. Oleh itu, ibu bapa perlu membina minda dan akhlak yang baik supaya timbul suasana yang seronok dan selesa untuk anak-anak menimba ilmu. Ibu bapa yang dapat mengamalkan tingkah laku keibubapaan yang menekankan kawalan autonomi dengan sokongan dan penyertaan dalam aktiviti anak-anak berupaya membentuk fungsi keluarga yang baik (Othman & Normalina, 2010). Keluarga pula dilihat sebagai institusi sosial dan karakteristik universal yang selalu ada dalam sesebuah masyarakat yang paling dasar dalam membentuk sebuah masyarakat (Adi Fahrudin, 2005). Keluarga juga adalah asas sesebuah masyarakat yang di dalamnya terjalin interaksi dari segi kognitif atau efektif antara ahli keluarga (Lily Mastura, 2007). Keluarga mempunyai hubungan yang rapat dengan seseorang individu (Siti Aminah, 2005). Tanpa unit keluarga yang berkualiti tidak mungkin ia mampu menyumbang ke arah pembangunan negara (Sidek Baba, 2007).

(3)

terhadap perkembangan individu tersebut (Azizi, 2007). Ibu bapa adalah tulang belakang dalam pembinaan keluarga yang sejahtera (Khadijah Alavi et al, 2012). Keluarga pula berfungsi sebagai penyebar utama pengetahuan, sikap, nilai, moral, prinsip, tabiat dan cara berfikir serta bertingkahlaku yang akan dipindahkan dari satu generasi ke generasi yang berikutnya (Azizi, 2007). Kemajuan tidak mungkin akan dicapai tanpa pencapaian ilmu yang tinggi. Untuk tujuan ini, ibu bapa perlu memastikan bahawa perasaan cinta terhadap ilmu ini perlu dipupuk seawal mungkin. Bermula dari rumah, ibu bapa perlu menyediakan suasana yang kondusif yang boleh menggalakkan minat anak-anak kepada pertumbuhan ilmu (Ratna & Nik Haslinda, 2007).

GAYA KEIBUBAPAAN DAN MASYARAKAT PELBAGAI ETNIK DI MALAYSIA

Terdapat pelbagai perbezaan dari segi agama, bahasa dan kebudayaan dalam kekeluargaan dan masyarakat di Malaysia (Zaliza Mohd Nasir & Norlin Ahmad, 2009). Fakta sejarah telah menunjukkan orang Melayu merupakan penduduk asal atau pribumi (Najeemah Mohd Yusof, 2005). Manakala orang Cina dan orang India sebagai kaum imigran (Khoo Kay Kim, 1980). Setelah merdeka ramai daripada kumpulan imigran dan anak-anak imigran yang dilahirkan di Tanah Melayu mahu terus tinggal di Tanah Melayu mahu terus tinggal di Tanah Melayu sebagai penduduk tetap (Najeemah Mohd Yusof, 2005). Namun, dalam hal mendidik anak, setiap etnik berterusan mendidik anak-anak mengikut keperluan dan berdasarkan adat resam dan kepercayaan yang mereka bawa sejak dulu lagi. Setiap etnik menanamkan sifat-sifat yang baik dalam diri anak-anak mereka mengikut kebudayaan dan adat masing-masing (Amir Hasan Dawi, 2006).

(4)

dengan pembentukan sahsiah dan bersikap positif (Zukina, 2003). Namun demikian, kaedah pengasuhan kanak-kanak atau gaya keibubapaan berbeza antara satu kelompok ibu bapa dengan kelompok ibu bapa lain atau antara satu negara dengan negara yang lain (Siti Aminah, 2005).

(5)

keunggulan etnik Cina dalam bidang perniagaan dan pekerjaan yang dianggap professional (Amir Hasan Dawi, 2006).

Masyarakat India pula merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara ini (Amir Hasan Dawi, 2009). Kaum India telah memperkasakan diri untuk terus berjaya dan berpengaruh dalam semua bidang kehidupan, pendidikan, politik, ekonomi dan professional sejak 20 tahun kebelakangan. Dalam bidang pendidikan, seramai 1384 pelajar kaum India ditawarkan tempat di universiti-universiti awam pada pengambilan 2012/2013 (Pathma Selvarajoo, 2013). Masyarakat India sekarang telah berbeza dengan masyarakat India sebelum Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan. Kaum India tinggal di estet dan bekerja sebagai penoreh berbanding kini telah melibatkan diri dalam pelbagai profesion. Seiring dengan perubahan ini, ibu bapa masyarakat India lebih terbuka dalam mendidik anak-anak mereka. Ibu bapa masyarakat India turut mendidik anak-anak mereka mengikut gaya keibubapaan yang sesuai dengan adat-adat dan kepercayaan mereka. Pathma Selvarajoo (2013), juga menyatakan pencapaian akademik anak-anak etnik India turut dititik beratkan untuk menjadikan mereka satu bangsa yang berjaya. Satu ciri unik sekolah menengah di Malaysia ialah pelajar-pelajar yang terdiri daripada tiga kumpulan dan tema etnik yang berbeza iaitu Melayu, Cina dan India. Ketiga-tiga kumpulan etnik yang dominan mempunyai kepercayaan mereka sendiri, budaya, nilai-nilai dan norma-norma yang akan memberi kesan kepada gaya keibubapaan yang mereka amalkan, tingkahlaku dan tindakan mereka (Najeemah, 2006). Namun demikian, perkembangan anak dari segi fizikal (jasmani) , sosial, emosi, mental (kognitif) dan intelek banyak dipengaruhi oleh interaksi dan gaya keibubapaan yang diamalkan antara ibu bapa dan anak-anak. Sebahagian ibu dan bapa semesti berkerjaya untuk menyara ahli keluarga. Di samping itu mereka memerlukan kepakaran untuk menyempurnakan amanah, tugas dan tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada anak-anak walaupun berlainan bangsa dan agama.

(6)

Keluarga merupakan satu institusi sosial yang penting dalam masyarakat di mana keluarga yang sejahtera akan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat secara keseluruhannya dan melahirkan anak-anak yang cemerlang. Namun demikian, dengan kepesatan arus globalisasi cabaran terhadap keluarga semakin kritikal dan menuntut ibu bapa memainkan peranan yang paling efektif khususnya dalam hubungan dengan anak-anak agar kesejahteraan keluarga dapat dikekalkan seiring dengan perkembangan tersebut (Norsayyidatina, 2011). Fenomena sosial yang berlaku hari ini menunjukkan bahawa masalah yang berlaku dalam kalangan pelajar khususnya dalam pencapaian akademik mereka di sekolah, berpunca daripada kegagalan institusi keluarga berfungsi dengan baik. Masalah ini amat membimbangkan kerana ia sudah pasti mendatangkan kesan negatif ke atas pertumbuhan psikologikal, fizikal, ekonomi dan pembangunan seseorang individu, keluarga, masyarakat dan negara.

Menurut Zuria (1997) dalam Nuraini Nawwar (2009), kajian yang terdahulu telah menunjukkan bahawa tahap perkembangan seseorang remaja seperti pencapaian akademik dan sebagainya mempunyai hubungan dengan faktor-faktor kekeluargaan seperti gaya keibubapaan dan hubungan kekeluargaan. Memang tidak dinafikan lagi bahawa keluarga merupakan tempat awal bagi seseorang remaja mendapat pendedahan dan mempelajari tingkah laku. Corak keibubapaan yang betul akan menjadikan usaha pengasuhan akan menjadi lebih berkesan tanpa mengira bangsa dan agama yang dianuti. Mohd Taib Osman (1995), menyatakan bahawa semenjak kecil lagi perkara yang dilakukan oleh ahli keluarga adalah merupakan sebahagian daripada proses sosialisasi Berdasarkan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohd Taib Osman (1995), ini ia memberi satu persoalan kepada pengkaji adakah terdapat perbezaan antara gaya keibubapaan yang dipraktikkan oleh kaum Melayu, Cina dan India dan hubungannya dengan pencapaian akademik.

(7)

remaja mereka mempunyai masalah dalam pencapaian akademik. Sesetengah ibu bapa langsung tidak membantu memainkan peranan mereka sebagai ibu dan bapa untuk mendidik anak mereka sendiri dengan gaya keibubapaan yang sesuai. Apabila anak-anak remaja berasa mereka tidak dihargai kerana pencapaian akademik yang rendah, maka mereka akan mencari alternatif lain sama ada mencari keseronokkan bersama rakan-rakan yang mempunyai permasalahan yang sama (Norhafizah Abu Bakar, 2012). Penyelidikan selama bertahun-tahun telah mengesahkan bahawa gaya keibubapaan mempunyai kesan langsung dalam membentuk peningkatan pencapaian akademik. Sebagai contoh, Baumrind dan ramai pengkaji lain mendokumenkan mengenai hubungan antara amalan gaya keibubapaan dengan pencapaian akademik (Nik Hairi et, al,. 2012).

(8)

kanak-kanak sama ada dia diterima atau tidak, disayangi atau tidak, dan layak untuk hidup atau tidak imej diri awal kita dibentuk oleh komen-komen tentang diri kita oleh ibu bapa kita. Para penyelidik mendapati bahawa pertimbangan yang dibuat oleh ibu bapa bertahan lama dalam kalangan individu hingga ke zaman dewasa.

Kajian oleh Habibah Elias & Tan Huey Yee, 2009; Othman M. Johan & Normalina M. Nazeri, (2010); Zulkifli A. Hamid et al.,(2011); Che Hasniza Che Noh & Fatimah Yusooff, (2011); Zarinah Arshat & Rozumah Baharudin, (2011), Nik Hairi Omar et al., (2011), pula lebih menumpukan kepada penglibatan ibu bapa miskin di Selangor, tumpuan aspek komunikasi dan perbualan dalam keluarga Melayu, aspek latar belakang keluarga dan faktor sosio-ekonomi. Lantaran itu, ia telah mencetuskan minat dan kesedaran penyelidik sebagai pendidik terhadap kepentingan gaya keibubapaan dalam membantu pelajar pelbagai kaum di luar bandar meningkatkan kecemerlangan akademik, bagaimanakah pendekatan ibu bapa boleh membantu pelajar meningkatkan aspirasi dalam pendidikan? dan apakah gaya keibubapaan yang paling berkesan dalam meningkatkan kecemerlangan akademik?. Walau bagaimanapun, dalam ibu bapa mempraktikkan cara didikan kepada anak-anak, adakah bersesuaian diamalkan dalam keluarga dan adakah semua remaja merasai didikan seperti mana yang diimpikan? Seperti mana yang dapat kita lihat fenomena keluarga pada hari ini, jelas ibu bapa lebih mementingkan kerjaya daripada kehidupan berkeluarga. Banyak masa ibu bapa ditumpukan pada kerjaya berbanding anak-anak. Disebabkan kesibukan ini menyebabkan ibu bapa kekurangan masa untuk bersama dan terlibat dalam pembelajaran dengan anak-anak di rumah. Oleh itu, nilai gaya keibubapaan yang diamalkan oleh ibu bapa pada hari ini adakah ia memberi kesan terhadap pencapaian akademik anak-anak. Berdasarkan kepada permasalahan di atas, kajian berikut dilakukan untuk mengkaji perhubungan antara gaya keibubapaan yang diamalkan oleh kaum Melayu, Cina dan India dengan pencapaian akademik anak-anak di luar bandar.

(9)

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan antara gaya keibubapaan mengikut tema etnik dengan pencapaian akademik pelajar luar bandar. Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh mana wujudnya perbezaan antara gaya keibubapaan yang diamalkan mengikut tema etnik serta mengenalpasti hubungan antara gaya keibubapaan mengikut tema etnik dengan tahap pencapaian akademik pelajar luar bandar. Kajian ini juga dilakukan untuk membantu para ibu bapa untuk mendapatkan pengetahuan dan pemahaman yang lebih berkenaan persepsi anak berdasarkan amalan keibubapaan mereka seharian. Instrumen yang digunakan dalam kajian telah digunakan oleh pengkaji sebelumnya untuk mengkaji gaya keibubapaan. Namun begitu, kajian ini menilai persepsi anak-anak sebagai responden kajian. Tujuannya adalah untuk mengenalpasti pengaruh besar di dalam peningkatan potensi akademik atau intelektual anak-anak.

ULASAN KEPUSTAKAAN

(10)

mempersiapkan diri anak-anak dengan pembentukan sahsiah, persiapan kemahiran dan bersikap positif (Zukina, 2003).

(11)

Manakala Poh Bee Theen & Melissa (2008), menunjukkan bahawa pelajar Cina mempunyai pencapaian yang lebih baik berbanding dengan pelajar daripada kumpulan etnik yang lain. Implikasinya, ibubapa setiap etnik harus peka tentang perbezaan pencapaian yang wujud antara anak-anak masing-masing yang berlainan etnik supaya jurang perbezaan pencapaian tidak terus meluas. Sekaligus ini menunjukkan bahawa perbezaan pencapaian mengikut etnik ini mungkin disebabkan faktor gaya didikan ibubapa di rumah.

METODOLOGI

Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan. Kajian ini dijalankan di dua buah sekolah menengah harian kategori luar bandar. Responden yang terlibat dalam kajian ini seramai 189 pelajar tingkatan enam rendah yang terdiri daripada tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Pemilihan sampel di ambil mengikut nisbah etnik yang bersekolah dalam tingkatan enam rendah iaitu Melayu seramai 94 orang (49.7%), Cina seramai 57 orang (30.7%) dan India seramai 38 orang (19.6%). Disebabkan oleh sampel yang terlibat dalam kajian ini terbahagi kepada beberapa sub-sampel seperti kaum Melayu, Cina dan India maka penyelidik menggunakan persampelan rawak berstrata (berlapis) secara kuota.

Kajian ini menggunakan soal selidik yang diubahsuai daripada Parenting Style

Questionnaire yang dibangunkan oleh Robinson et al., (1995), dan Parental Authority

Questionnaire (PAQ) yang dibangunkan oleh Buri (1991), untuk mendapatkan maklumat

(12)

4.00=Sederhana Tinggi dan 4.01 hingga 5.00=Tinggi. Untuk pekali korelasi pula, kajian ini menggunakan skala Mohd Najib Abdul Ghafar (2003), r=0.00 hingga 0.20 tahap hubungannya sangat lemah, r=0.21 hingga 0.40 tahap hubungannya rendah, r=0.41 hingga 0.70 tahap hubungannya sederhana, r=0.71 hingga 0.90 tahap hubungannya tinggi dan r=0.91 hingga 1.00 tahap hubungannya sangat tinggi.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Hubungan Aspirasi Dengan Pencapaian Akademik

Tahap Pencapaian Akademik

Tahap Aspirasi

Jumlah Tahap Sederhana

(17-25)

Tahap Tinggi (26-35)

N % N % N %

Tahap Rendah (8-19) 4 13.3 9 5.7 13 6.9

Tahap Sederhana (20-30) 25 83.3 120 75.5 145 76.7

Tahap Tinggi (31-40) 1 3.3 30 18.9 31 16.4

2

=6.077dengan p<0.05

(13)

Hasil kajian mendapati terdapatnya hubungan yang signifikan antara aspirasi dengan pencapaian akademik. Dapatan ini selari dengan hasil kajian Siti (2000), yang menyatakan bahawa minat, bimbingan dan aspirasi ibu bapa terhadap anak-anak adalah penting untuk pencapaian. Kajian ini membuktikan bahawa aspirasi ibu bapa terhadap kejayaan anak-anak mempunyai hubungan dengan pencapaian akademik mereka. Menurut Siti (2000), ibu bapa memainkan peranan menokok-tambah sistem pendidikan di sekolah. Adelson & Douvan (1958), pula dalam satu kajian mereka terhadap tahap

aspirasi menyatakan tahap aspirasi yang tinggi akan meningkatkan ‘moodpencapaian seseorang pelajar. Apabila mempunyai ‘mood’ pencapaian yang tinggi, akan mempengaruhi penentuan matlamat pelajar dan seterusnya membantu seseorang pelajar dalam pemilihan kerjayanya. Mungkin terdapat faktor lain yang menyebabkan pencapaian akademik pelajar-pelajar masih berada pada tahap sederhana walaupun tahap aspirasi ibu bapa mereka adalah tinggi. Kajian-kajian pada masa hadapan perlu melihat faktor lain seperti persekitaran keluarga, pendidikan ibu bapa, kemiskinan dan jurang budaya, tahap IQ, EQ, personaliti, tingkat motivasi, minat, kesihatan diri dan pengaruh persekitaran yang lebih luas seperti rakan sebaya, sekolah dan masyarakat itu sendiri yang menjadi penghalang kepada kejayaan mereka di luar bandar. Hasil dapatan yang diperolehi menunjukkan ada hubungan yang signifikan antara aspirasi ibu bapa dengan pencapaian akademik. Ini menunjukkan bahawa aspirasi ibu bapa ketiga-tiga kaum Melayu, Cina dan India yang berada di kawasan luar bandar adalah tinggi untuk melihat kecemerlangan anak-anak dalam pendidikan. Namun berdasarkan analisa terhadap pencapaian anak-anak mereka mendapati masih berada pada tahap sederhana. Jelas menunjukkan bahawa seseorang anak tidak mengambil berat tentang harapan ibu bapa yang ingin melihat mereka berjaya. Dalam hal ini, anak-anak yang berada di kawasan luar bandar mungkin tidak mempunyai kesedaran yang tinggi dan usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan.

Hubungan Budaya Serta Kepercayaan Ibu bapa Dengan Pencapaian Akademik

(14)

Akademik Tahap

Dapatan kajian menunjukkan bahawa budaya dan kepercayaan ibu bapa tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik. Secara keseluruhan, pengkaji melihat pencapaian akademik pelajar berada pada tahap sederhana. Hasil analisis inferensi menunjukkan tahap pencapaian akademik pelajar Melayu, Cina dan India adalah berada pada tahap sederhana. Data yang diperolehi menjelaskan kebanyakkan pelajar berada pada tahap sederhana iaitu seramai 145 orang. Jumlah pelajar yang berada di tahap tinggi ialah seramai 31 orang dan selebihnya berada di tahap rendah iaitu seramai 13 orang. Dapatan kajian ini menjelaskan bahawa faktor budaya dan tradisi serta kepercayaan beragama yang berbeza-beza tidak mempengaruhi pencapaian akademik anak-anak remaja ini. Perbezaan yang dapat dilihat berbanding dapatan kajian Raizah Uli (2001), yang menunjukkan bahawa pencapaian akademik pelajar dipengaruhi oleh faktor etnik, budaya, tradisi serta kepercayaan agama yang berbeza-beza. Berdasarkan analisa yang dibuat oleh penyelidik tentang penerapan budaya dan tradisi oleh ibu bapa terhadap anak-anak mendapati terdapat persamaan dengan pendapat Raizah Uli (2001).

Perbezaan Antara Gaya Keibubapaan Yang Diamalkan Oleh Ibu Bapa Berdasarkan Tema Etnik.

(15)

hubungan antara budaya dan tradisi dengan gaya keibubapaan autoritatif dan permisif. Tetapi tidak mempunyai hubungan dengan gaya keibubapaan autoritarian. Selaras dengan pendapat Mohamed Hatta (2003), yang menyatakan gaya keibubapaan yang autoritatif hendaklah ditekankan dalam didikan di rumah agar anak-anak dapat mengalami proses pembelajaran dengan lebih tenang kerana mereka merasakan bahawa setiap kejayaan yang diperolehi akan sentiasa dihargai. Peraturan dan budaya dalam keluarga juga diterapkan dengan gaya keibubapaan yang diamalkan iaitu gaya keibubapaan autoritatif. Namun demikian, penyelidik mendapati ibu bapa di luar bandar tidak mengamalkan gaya keibubapaan permisif iaitu memanjakan anak-anak. Bertepatan juga dengan kajian Nooraini (2002), yang menjelaskan bahawa ibu bapa perlu mengambil pendekatan belaian dalam ketegasan dan berusaha mengelakkan diri daripada bertindak secara kekerasan. Selain itu, hasil dapatan kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan antara gaya keibubapaan yang diamalkan oleh ibu bapa yang terdiri daripada ketiga-tiga kaum Melayu, Cina dan India. Mereka mengamalkan gaya keibubapaan autoritatif dalam mendidik anak-anak. Namun dari segi kepercayaan yang diamalkan dalam keluarga ketiga-tiga kaum Melayu, Cina dan India masih terdapat hubungan yang kuat antara kepercayaan dengan dua gaya keibubapaan iaitu gaya keibubapaan autoritatif dan permisif.

(16)

Hubungan Gaya Keibubapaan Ibu Bapa Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Di Luar Bandar

Pemboleh ubah Pencapaian Akademik

r p

Gaya Keibubapaan -.109 .135

Gaya Keibubapaan Autoritatif -.024 .748

Gaya Keibubapaan Autoritarian -.109 .134

Gaya Keibubapaan Permisif -.037 .612

(17)

bahawa gaya keibubapaan paternal dan maternal (dominan bapa atau ibu) yang autoritatif memberi kesan positif ke atas skor akademik pelajar berbanding permisif dan autoritarian. Namun demikian, dapatan kajian ini menyokong kajian oleh Hines & Holcomb-McHinesCoy (2013), yang dilakukan dalam kalangan pelajar lelaki Afrika Amerika di dua buah sekolah dan merumuskan bahawa tiada perhubungan yang signifikan antara gaya keibubapaan dengan pencapaian akademik. Dapatan kajian ini juga menyokong kajian Elias & Yee (2009), di Malaysia yang mendapati gaya keibubapaan paternal dan maternal berbentuk autoritatif, autoritarian dan permisif tidak berkorelasi positif dan signifikan dengan pencapaian akademik pelajar sekolah.

IMPLIKASI KAJIAN

Implikasi kajian dibuat berdasarkan kepada gambaran keseluruhan hasil dapatan kajian. Perbincangan bahagian ini tertumpu kepada aspek implikasi kajian terhadap beberapa pihak seperti ibu bapa, pelajar sekolah, kaunselor, kerajaan dan masyarakat umumnya. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan pelajar-pelajar mempunyai tahap pencapaian akademik yang sederhana tanpa mengikut perbezaan tema etnik. Hasil kajian juga melihat tidak wujudnya jurang perbezaan gaya keibubapaan yang diamalkan oleh ketiga-tiga kaum Melayu, Cina dan India. Oleh itu, semua pihak perlu memainkan peranan sama ada pihak ibu bapa, pelajar sekolah, kaunselor, kerajaan dan masyarakat perlu lebih proaktif untuk memastikan kecemerlangan pelajar luar bandar pada tahap terbaik.

KESIMPULAN

(18)

bersatu mendidik anak-anak menyesuaikan diri dan mengekalkan nilai-nilai murni dan tradisional kekeluargaan.

RUJUKAN

Adi Fahrudin. 2005. Ketahanan Institusi Keluarga Dan kesejahteraan Anak.Bahan perbincangan dalam Workshop Penguatan Institusi Keluarga Dalam Meningkatkan Kesejahteraan Anak anjuran Pusat Kajian Perempuan dan Keluarga (PUSKAPEGA) STKS Bandung, 21 September 2005.

Amir Hasan Dawi. 2006. Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Edisi Ketiga. Tanjong malim: Quantum Books

Amir Hasan Dawi. 2009. Sekolah Dan Masyarakat. Tanjong Malim: Quantum Books Azlina Mohd. Kosnin, Saniah Sayuti & Azizah Rajab.2001. Pengaruh Persepsi Terhadap

Tingkah Laku Keibubapaan Terhadap Penghargaan Kendiri Pelajar Awal Dewasa.Laporan Penyelidikan, Pusat Pengurusan Penyelidikan. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Azizi Yahaya. 2007. Pembentukan Keluarga Yang Bahagia: Cara mengatasi masalah

untuk kecemerlangan keluarga. Skudai : UTM

Ishak Ismail. 2012. Budaya Nilai-Nilai Keagamaan Dan Disiplin pelajar di Sekolah

Menengah Agama Negeri Selangor Darul Ehsan. Tesis dr. Falsafah. UKM

Lily Mastura Harun. 2007. Asas Kaunseling keluarga. Shah Alam : Universiti Teknologi Mara

Mohamad Shafii Abd.Manap. 2013. Amalan keibubapaan, pengaturan kendiri dan

tingkah laku sosial dalam kalangan remaja. Tesis PHD. Fakulti Pendidikan:

Universiti Kebangsaan Malaysia

Othman Md. Johan & Normalina.2010.Profil Gaya Didikan Ibubapa Pelajar Cemerlang

Berbanding Pelajar Lemah. (tidak diterbitkan), pp 1-9

Siti Aminah Zin. 2005. Gaya Keibubapaan Di Kalangan Ibu Bapa Kanak-Kanak Tabika

Kemas Kawasan Cheras. Projek Sarjana Pendidikan: Fakulti Pendidikan, UKM

Referensi

Dokumen terkait

Perkaitan Antara Pola Komunikasi Orientasi Keakuran dengan Tahap Penguasaan Kompetensi Komunikasi Interpersonal Pelajar 5.2.4 Hubungan Antara Gaya Keibubapaan Ibu Bapa Pelajar

Kajian Gottman ( 1 997) telah menunjukkan bahawa ibu bapa perlu menjadi pembimbing emosi kepada anak dengan memberi tumpuan kepada pembentukan EO yang tinggi. Variabel

Oleh itu, Ibu bapa, guru- guru dan orang dewasa akan menjadi agen atau tonggak utama dalam merealisasikan aspek ini dalam

Ini memudahkan ibu bapa dan guru membantu dan menyokong pembelajaran anak mereka Secara khususnya, kajian ini melihat kepada faktor-faktor yang mencirikan budaya

Satu kajian telah dijalankan oleh Hindman dan Morrison (2012) bertujuan untuk melihat perbezaan kemahiran keibubapaan di kalangan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang

Faktor Kesedaran ibu bapa dalam penglibatan pembelajarn murid pendidikan khas etnik dusun di rumah dan sekolah Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa ibu bapa anak bekeperluan