• Tidak ada hasil yang ditemukan

Aplikasi al Intiqal dalam Produk Berasas

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Aplikasi al Intiqal dalam Produk Berasas"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

Aplikasi al-Intiqal dalam Produk Berasaskan Makanan

Mohammad Aizat Jamaludin*, Mohd Anuar Ramli**, Shuhaimi Mustafa* dan Mahmood Zuhdi Ab Majid***

*Laboratori Polisi dan Pengurusan Halal, Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia

**Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

***Jabatan Fiqh dan Usul al-Fiqh, Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Abstrak. Isu halal haram merupakan polemik yang sering diperdebatkan. Antara isu tersebut adalah melibatkan yogurt yang dihasilkan dari aktiviti fermentasi oleh bakteria yang dipencilkan dari najis bayi. Selain itu, timbul juga isu produk makanan dan minuman yang dihasilkan secara alami seperti kopi luwak, iaitu daripada proses pencernaan musang. Kedua-dua bahan ini dikategorikan sebagai mutanajjis (dicemari najis) dan menimbulkan keraguan dalam kalangan pengguna Muslim. Bagi menangani isu tersebut, pengkaji akan menawarkan satu sumber verifikasi alternatif hukum Islam iaitu al-Intiqal. Ia boleh dihuraikan sebagai pemindahan bahan daripada satu keadaan kepada keadaan lain, yang mana ia memberi implikasi hukum sama ada halal ataupun haram. Pada dasarnya, kaedah ini tidak dibincangkan secara sistematik dalam perbendaharaan hukum Islam. Namun, dalam kajian ini pengkaji akan menjelaskan konsep, kategori dan kerangka al-Intiqal serta aplikasinya dalam penentuan status halal haram produk makanan dan minuman.

Kata kunci: al-Intiqal, makanan dan minuman, pengguna, fermentasi, halal haram

Pengenalan

Kajian berkaitan penentuan halal haram dalam produk makanan dan minuman masih berada pada tahap yang minimum. Sedangkan persoalannya kini telah berada pada tahap yang mendesak apabila memerlukan kajian baharu supaya selari dengan perkembangan sains dan teknologi. Keperluan kepada penentuan hukum Islam yang bersifat alternatif dan komprehensif perlu dibangunkan supaya setiap persoalan baharu yang timbul dapat diselesaikan dengan berkesan.

(2)

secara alami tetapi dilakukan secara sintetik atau bahan tiruan. Salah satu isu tersebut adalah menggunakan kaedah bioteknologi. Biasanya, antara perbincangan dalam bioteknologi adalah penggunaan teknologi dalam penghasilan makanan, kejuruteraan genetik yang mana ia melibatkan penghasilan organisma terubahsuai genetik (GMO) dan makanan terubahsuai genetik (GMF). Menerusi kaedah ini, produk baharu dapat dihasilkan dengan lebih berkualiti dan tinggi nilai nutrisi, mampu meningkatkan kesihatan haiwan dan manusia serta memelihara alam semulajadi (Holder, 2006; WHO 2005). Dengan nilai positif ini, ia boleh dikategorikan sebagai halal dan harus dimanfaatkan. Walaupun begitu, sumber bahan produk akhir tersebut juga boleh jadi haram sekiranya ia mendatangkan mudarat kepada manusia dan alam sekitar.

Selain produk akhir tersebut, proses pemindahan juga wajar diperhatikan. Ini kerana ia boleh memberi implikasi terhadap produk akhir sama ada bersifat halal ataupun haram. Sekiranya proses tersebut melibatkan elemen yang haram seperti khinzir atau bahan najis, ia boleh memberi kesan negatif terhadap produk akhir dan dihukum sebagai haram.

Dalam perundangan Islam, proses pemindahan ini boleh dikaitkan dengan kaedah al-Intiqal. Ia merupakan di antara kaedah alternatif verifikasi dalam penentuan produk halal haram selain al-Istihalah, al-Istihlak dan al-Istibra’ (Mohammad Aizat dan Mohd Anuar, 2011). Namun begitu, perbahasan berkaitan kaedah ini masih kurang dibincangkan dalam kalangan sarjana hukum Islam.

Justeru itu, pengkaji akan mengupas kaedah al-Intiqal dari segi konsep, struktur dan pembahagiannya menurut perspektif hukum Islam. Selain itu, kaedah al-Intiqal juga akan diaplikasikan terhadap penetuan status produk makanan seperti yogurt dan kopi luwak.

Konsep al-Intiqal

(3)

Usul al-Fiqh, terdapat juga sumber verifikasi alternatif yang diaplikasikan oleh ulama

fiqh seperti al-Istihalah, al-Istihlak, al-Intiqal, al-Istisbah, al-Tab`iyyat, al-Ihraq dan al-Istibra’. Setiap kaedah ini boleh digunakan bagi menyelesaikan persoalan hukum yang timbul sesuai dengan keadaan, masa dan tempat. Dalam kajian ini, pengkaji hanya memfokuskan kepada kaedah al-Intiqal sahaja.

Dari segi bahasa, perkataan al-Intiqal berasal dari akar kata na-qa-la ( ), yang

bererti memindahkan dan mengalihkan. Manakala al-Intiqal bermakna mengalihkan dari satu tempat ke tempat yang lain (al-Mu`jam al-Wasit, 2004). Ia juga sinonim

dengan al-tahawwul ( ).

Dari segi istilah, pengarang Mu`jam Lughah al-Fuqaha’ menghuraikan al-Intiqal sebagai perubahan dari satu tempat ke tempat yang lain, atau pemindahan daripada satu keadaan kepada keadaan yang lain (Qal`ahji, 1996). Penjelasan yang sama turut disokong oleh pengarang Mu`jam al-Mustalahat wa al-Alfaz al-Fiqhiyyah (Mahmud, 1999).

Berdasarkan pentakrifan tersebut, konsep al-Intiqal adalah satu proses pemindahan daripada satu keadaan kepada keadaan yang laian, atau dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Kesan pemindahan ini menghasilkan implikasi terhadap bahan akhir sama ada halal ataupun haram.

Asas Pengambilkiraan al-Intiqal Sebagai Sumber Verifikasi Alternatif

Secara asasnya, perkataan al-Intiqal tidak terdapat di dalam al-Quran dan dibincangkan di dalam al-Sunnah, mahupun perbincangan ulama Usul al-Fiqh. Keadaan ini sesuai dengan kedudukannya sebagai sumber alternatif dalam penetapan hukum Islam.

(4)

menghasilkan kesimpulan yang umum berdasarkan hukum yang sama pada

data-data yang khusus ( ) (Saliba, 1982).

Kesimpulan yang dibuat ini dapat memberikan idea dan penemuan baharu secara

lebih menyeluruh khususnya dalam membangunkan al-Intiqal sebagai satu sumber

verifikasi alternatif dalam penentuan halal haram.

Berdasarkan pendekatan tersebut, al-Intiqal relevan untuk dijadikan sebagai

satu sumber verifikasi alternatif hukum dalam menangani permasalahan baharu

dalam masyarakat Islam. Kaedah ini tidak asing dalam khazanah perbendaharaan

hukum Islam. Ini kerana, walaupun ia tidak dibangunkan secara sistematik dalam

kalangan ulama Usul al-Fiqh, namun dari segi aplikasinya, ia telah diterapkan dalam

kalangan ulama fiqh (fuqaha) bagi menangani beberapa isu tertentu. Mahmud

(1999) membahagikan pemindahan ini sama ada ia bersifat haqiqi/hissi ataupun

ma`nawi. Al-Intiqal al-Haqiqi adalah pemindahan dari satu keadaan kepada satu

keadaan lain dalam bentuk fizikal (pemindahan fizikal). Manakala, Intiqal

al-Ma’nawi pula adalah pemindahan daripada satu keadaan kepada keadaan lain

dalam bentuk pemindahan tidak fizikal (pemindahan abstrak).

Pengkaji mendapati wujud beberapa contoh aplikasinya dalam

perbendaharaan hukum Islam. Misalnya, dalam bahagian al-Intiqal al-Haqiqi,

biasanya merujuk kepada pemindahan secara fizikal seperti seekor nyamuk

menghisap darah manusia lalu ia terbang ke tempat yang lain. Dalam hal ini,

terdapat jarak masa seterusnya untuk nyamuk tersebut menghisap darah manusia

yang lain. Darah baru yang dihisap oleh nyamuk tersebut kini bukan lagi

dinamakan darah manusia sebaliknya dinamakan sebagai darah nyamuk. Oleh itu,

darah nyamuk adalah suci dan dimaafkan dalam kuantiti yang sedikit (al-Zuhayli,

1997).

Selain itu juga al-intiqal al-hissi dapat dikenalpasti dalam menilai status

pemindahan organ daripada orang kafir sama ada organ tersebut masih lagi bersifat

najis hukmi atau telah suci. Ini kerana dalam Islam, status orang kafir adalah najis

hukmi. Walaupun demikian, apabila berlaku pemindahan organ daripada badan

(5)

Semula jadi

Proses Pemindahan

Proses Perubahan

Agen Pemindahan

Tidak Semula Jadi

Bahan Asal Bahan Akhir

lagi dinamakan sebagai organ orang kafir. Begitu juga status yang sama dalam isu

pemindahan darah dan anggota orang kafir. Justeru, ia kini merupakan sebahagian daripada anggota badan orang Muslim. Sejajar dengan itu, pemindahan yang

berlaku dalam misal yang pertama dan kedua menunjukkan adanya proses

pemindahan secara fizikal.

Dalam bahagian al-Intiqal al-Ma`nawi, iaitu pemindahan secara abstrak, ia dapat dilihat dalam perbincangan fuqaha misalnya dalam peralihan tempoh ‘iddah

bagi seorang wanita daripada beriddah talak kepada `iddah kematian suami

(Zaydan, 1993). Dalam situasi ini, pemindahan tidak berlaku secara fizikal tetapi secara abstrak.

Berdasarkan contoh-contoh tersebut, dapat dirumuskan al-Intiqal sebagai satu kaedah yang melibatkan proses pemindahan daripada satu keadaan kepada

keadaan lain sama ada berbentuk fizikal atau abstrak, yang mana ia memberi kesan terhadap bahan akhir sama ada bersifat halal ataupun haram. Justeru, kaedah

al-Intiqal bukanlah suatu yang asing dalam perbendaharaan hukum Islam, namun ia

tidak menjadi perhatian ulama Usul al-Fiqh berbanding ulama fiqh.

Struktur al-Intiqal

Struktur al-Intiqal tidak dibincangkan secara terperinci dalam kalangan sarjana

hukum Islam klasik. Walaupun begitu, ia boleh dibangunkan melalui penelitian dan

penganalisisan supaya terhasil kerangka dan struktur yang komprehensif. Ia dapat dilihat dalam ilustrasi rajah 1.

(6)

Berdasarkan rajah 1, struktur ini melibatkan tiga elemen utama iaitu bahan asal, agen pemindahan dan bahan akhir. Bahan asal akan mengalami proses pemindahan kepada bahan akhir melalui agen pemindahan sama ada yang semula jadi mahupun campur tangan manusia (sintetik). Proses pemindahan berlaku apabila bahan asal berpindah kepada bahan akhir yang berbeza dari segi fizikal ataupun kandungan daripada bahan asal. Secara terperincinya, struktur ini adalah seperti berikut:

Bahan Asal

Bahan asal merupakan elemen asas dalam struktur al-Intiqal. Terdapat beberapa sumber bahan asal dalam penghasilan bahan makanan dan minuman. Ia dapat diperolehi sama ada melalui sumber yang berasaskan haiwan atau tumbuhan (Lokman, 1999).

Haiwan merupakan di antara sumber utama terhadap penghasilan bahan makanan. Ia digunakan sebagai sumber daging, lemak, agen pembaikan makanan, penambahan hormon serta enzim dan sebagainya (Nickerson & Ronsivalli, 1989). Hampir sebahagian besar daripada kandungan badan haiwan dimanfaatkan untuk kepentingan tersebut. Sebagai contoh, pengambilan daging dan hasil-hasilnya termasuklah tisu otot serta organ-organ. Antara sumber haiwan yang digunakan dalam penghasilan bahan makanan ialah haiwan di daratan dan di dalam air (akuatik). Dalam Islam, semua haiwan adalah dibenarkan untuk dimakan dan dimanfaatkan melainkan beberapa spesis dan kriteria tertentu. Misalnya, khinzir dan anjing, haiwan yang tidak disembelih mengikut prosedur yang ditetapkan, haiwan yang bertaring, burung yang mempunyai kuku pencakar atau memakan secara menyambar, haiwan yang dipandang jijik oleh `uruf dan sebagainya (al-Qaradawi, 1978).

(7)

membawa faedah kepada tubuh badan dan tidak membahayakan kesihatan

(MS1500:2011).

Walaupun demikian, penentuan kepada bahan asal yang bersumberkan

tumbuhan tidak sukar dan rumit untuk dikenal pasti kandungannya sebagai bahan

asal berbanding sumber-sumber bahan asal yang berasaskan haiwan.

Dalam perkembangan teknologi masa kini, bukan setakat sumber

konvensional tersebut menjadi asas kepada makanan dan minuman, malah rekayasa

kejuruteraan mampu untuk menggembleng sumber baharu yang diperolehi

daripada mikroorganisma seperti mikrob, bakteria, virus dan seumpamanya bagi

menghasilkan produk makanan yang bermutu tinggi. Dengan kata lain,

kejuruteraan makanan yang berkembang kini dapat menyumbang kepada

terhasilnya produk yang lebih baik dan bermutu.

Agen Pemindahan

Agen pemindahan merupakan elemen asas yang kedua dalam struktur al-Intiqal.

Agen ini bertindak sebagai faktor pemindah kepada bahan asal. Antara agen

pemindahan tersebut sama ada semula jadi atau tidak semula jadi (sintetik).

Pada dasarnya, agen pemindahan secara semula jadi melibatkan beberapa

elemen yang menyebabkan pemindahan tersebut berlaku. Sebagai contoh suhu,

cuaca, keadaan dan persekitaran. Semua agen pemindahan ini akan mempengaruhi

keadaan sesuatu bahan tersebut. Manakala, agen pemindahan tidak semula jadi pula

boleh berlaku campur tangan manusia atau makhluk lain dan juga teknologi

semasa.

Bahan Akhir

Bahan akhir adalah elemen asas yang terakhir dalam struktur al-Intiqal. Ia adalah

bahan yang terhasil setelah melalui proses pemindahan daripada bahan asal.

Penentuan kepada ciri-ciri bahan akhir dapat dikenal pasti melalui pemerhatian

(8)

Bahan Asal

Justeru, keadaan bahan akhir merupakan penentuan kepada struktur

al-Intiqal. Pengenalpastian yang mendalam serta terperinci terhadap bahan asal serta

proses pemindahan memberi kesan terhadap bahan akhir yang terhasil sama ada

diterima (halal) atau tidak ditolak (haram) daripada perspektif hukum Islam.

Pembahagian al-Intiqal

Dalam perbincangan fiqh klasik, tiada satu pembahagian yang jelas dilakukan

terhadap kaedah al-Intiqal selain pembahagian kepada hissi dan ma`nawi. Meskipun

begitu, al-Intiqal sebagai kaedah verifikasi alternatif terhadap produk halal haram

wajar dilakukan pembahagian yang sistematik. Ini berdasarkan proses pemindahan

dan bahan akhir yang terhasil. Pembahagian ini juga sesuai dengan prinsip asas

dalam ilmu Usul al-Fiqh seperti maslahah, `uruf dan seumpamanya (al-Zuhayli, 1998).

Sehubungan dengan itu, ia dapat diklasifikasikan kepada dua pembahagian yang

utama iaitu, al-Intiqal al-Sahih dan al-Intiqal al-Fasid.

1. al-Intiqal al-Sahih

Al-Intiqal al-Sahih merupakan pemindahan yang diterima dalam kalangan sarjana

hukum Islam. Ia merujuk kepada pemindahan daripada satu bahan yang halal yang

mana bahan akhirnya juga adalah halal. Ia boleh dilihat dalam Rajah 2.

Rajah 2: Intiqal Sahih

Berdasarkan rajah 2, al-Intiqal al-Sahih merujuk kepada pemindahan bahan

asal yang halal kepada bahan akhir yang juga halal dengan disokong oleh proses

pemindahan yang halal. Misalnya, buah transgenik. Lihat rajah 3.

(9)

Bahan Asal (Halal)

Agen Pemindahan

(Haram) Bahan Akhir

(Haram)

Bahan Asal (Haiwan)

(Halal)

Agen Pemindahan (Genetik khinzir)

(Haram)

Bahan Akhir (Haiwan transgenik)

(Haram)

Rajah 3 menunjukkan proses pemindahan genetik ikan kod ke dalam

buah-buahan transgenik atau disebut sebagai makanan terubahsuai genetik (Genetically

modified food). Ia bertujuan memastikan buah-buahan tersebut bersifat tahan rintang,

tahan lama, berkualiti dan segar. Dalam hal ini, genetik ikan tersebut adalah halal

yang dipindahkan ke dalam bahan asal yang mana menghasilkan bahan akhir yang

juga halal.

2. al-Intiqal al-Fasid

Al-Intiqal al-Fasid pula merupakan pemindahan yang tidak diterima atau rosak.

Dalam hal ini, pemindahan yang berlaku daripada satu bahan asal kepada bahan

akhir yang mana bahan akhirnya dihukum sebagai haram. Ia boleh dilihat dalam

rajah 4.

Rajah 4: al-Intiqal al-Fasid

Berdasarkan rajah 4, al-Intiqal al-Fasid merujuk kepada pemindahan bahan

asal yang halal kepada bahan akhir yang haram setelah tercemar dengan proses

pemindahan yang haram. Misalnya, haiwan transgenik. Lihat rajah 5.

Rajah 5: Proses pemindahan haiwan transgenik

Rajah 5 menunjukkan proses pemindahan genetik daripada khinzir ke dalam

bahan asal iaitu haiwan seperti lembu, kambing dan ayam yang kemudiannya

menghasilkan bahan akhir, iaitu haiwan transgenik yang dikategorikan sebagai

haram. Hal ini kerana penggunaan genetik daripada khinzir bertujuan penghasilan

(10)

mendatangkan manfaat kepada manusia, tetapi hukumnya tetap haram kerana

melibatkan proses pemindahan yang haram.

Aplikasi al-Intiqal dalam produk Yogurt

Yogurt merupakan produk tenusu yang dihasilkan daripada fermentasi bakteria

yang dipencilkan dari najis bayi. Bakteria ini digunakan bagi menghasilkan yogurt.

Susu yang terfermentasi daripada laktosa ini menghasilkan asid laktik, yang mana

bertindak sebagai bahan pemejal protein susu bagi memberikan tekstur dan sifat

yogurt. Di antara bakteria yang terlibat didalam proses fermentasi tersebut adalah

daripada jenis Lactobacillus bulgaricus dan Bifidobacterium.

Secara umumnya, sumber pemula yogurt adalah bakteria yang diperolehi

daripada najis bayi melalui proses asas mikrobiologi. Dalam proses penghasilan

tersebut, bakteria seperti Lactobacillus bulgaricus dipencilkan dan dibiakkan semula

dalam bentuk rekombinan supaya dapat menghasilkan bakteria yang tulen selepas

dikultur, diempar dan dibersihkan dengan air. Pemencilan dijalankan di mana

bakteria daripada najis bayi ini akan dibiak di atas medium solid pertumbuhan

bakteria (yang mempunyai nutrien untuk pertumbuhan dan pembiakan bakteria).

Bakteria yang membiak di atas medium pepejal ini akan dilihat sebagai koloni yang

berasingan antara satu sama lain. Proses pengayaan bakteria pula dijalankan apabila

koloni ini diambil secara steril untuk dibiak di dalam medium pertumbuhan

bakteria dalam bentuk cecair. Proses pembiakan bakteria di dalam medium

pertumbuhan pepejal dan cecair ini akan dijalankan secara berulang-ulang sehingga

diyakini koloni yang diambil merupakan bakteria yang boleh digunakan untuk

tujuan fermentasi.

Sepanjang proses ini, bakteria asal yang dipencil daripada najis bayi tadi telah

membiak dan hasil akhirnya adalah bakteria yang baharu. Medium pertumbuhan

bakteria sama ada dalam bentuk pepejal atau cecair juga tidak terdiri daripada

kandungan asal najis bayi. Akhirnya bakteria yang tulen terhasil dan digunakan

sebagai agen pemula dalam penghasilan yogurt. Hal ini dapat dilihat dalam Rajah 6.

(11)

Berdasarkan rajah 6, bahan asal daripada adunan yogurt yang telah

mengalami proses pemindahan secara langsung daripada agen pemindahan iaitu

bakteria. Agen pemindah asal iaitu bakteria daripada najis bayi yang dikategorikan

sebagai najis telah melalui proses pemindahan untuk menghasilkan bakteria tulin

sebelum dipindahkan ke dalam susu untuk menghasilkan bahan akhir iaitu yogurt.

Bakteria pemula ini dianggap sebagai suci kerana ia tidak lagi tercemar dengan najis

bayi. Dalam proses ini, al-Intiqal yang terhasil adalah al-Intiqal al-Sahih yang mana

bahan asalnya halal tetapi telah melalui proses pemindahan dan pemencilan

bakteria baharu melalui kaedah mikrobiologi terlibat yang mana bahan akhirnya

juga dikategorikan sebagai halal.

Pandangan ini selaras dengan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis

Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-62 yang bersidang pada

16 Mac 2004. Muzakarah majlis telah membincangkan mengenai hukum

menggunakan bakteria yang diambil daripada najis bayi sebagai agen pemula dalam

yogurt dan telah memutuskan bahawa hukum menggunakan kultur bakteria yang

dipencilkan daripada sebarang najis sebagai agen pemula dalam yogurt adalah

harus dengan syarat telah melalui proses pengasingan dan penyucian yang sejajar

dengan hukum syarak kerana bakteria yang terdapat di dalam najis bayi adalah

mutanajjis.

Hujah muzakarah majlis adalah bahawa bakteria merupakan makhluk yang

dijadikan oleh Allah SWT dan tiada nas yang menyebut tentang pengharaman atau

statusnya sebagai najis. Walaupun bakteria selalu digambarkan menyebabkan

penyakit namun kajian sains menyingkap satu lagi rahsia bukti kebesaran Allah

SWT bahawa setiap sesuatu yang dijadikan di atas muka bumi ini tidak sia-sia.

Berdasarkan kepada prinsip "setiap sesuatu pada asalnya adalah halal" dan "setiap

(12)

sesuatu pada asalnya adalah harus" maka memanipulasi bakteria baik untuk manfaat

manusia adalah tidak bertentangan dengan syariat (www.e-fatwa.gov.my).

Aplikasi al-Intiqal dalam produk Kopi Luwak

Kopi luak adalah kopi yang bersumberkan najis daripada musang atau disebut

sebagai luwak (Paradoxurus hermaphroditus). Pelbagai lapisan masyarakat

menggemari kopi sebagai minuman penyegar, sumber kekuatan serta tenaga dalam

tubuh badan. Namun dalam keghairahan menikmati minuman tersebut, masyarakat

juga tidak sedar tentang sumber pemerolehan kopi juga boleh menimbulkan

pertanyaan (Schoenholf, 1999).

Asasnya, kopi adalah halal dimakan kerana ia bersumberkan tumbuhan yang

tidak beracun dan memudaratkan kesihatan. Walaupun begitu, kopi luwak adalah

sejenis kopi yang diperolehi melalui kutipan yang dilakukan oleh petani-petani di

ladang dengan menjadikan musang atau luwak sebagai agen pencari kopi terbaik.

Kopi luwak terkenal di Indonesia semenjak penjajah Belanda membuka ladang kopi

di Nusantara (sekitar 200 tahun yang lalu) sebelum Indonesia menyatakan

kemerdekaannya pada 1945. Manualnya, kopi luwak dihasilkan bermula dengan

pekerja ladang mengambil dan memisahkan biji kopi dari kotoran Luwak (Marcone,

2004).

Kopi Luwak dihasilkan daripada proses fermentasi buah kopi di dalam

saluran pencernaan haiwan luwak dengan menggunakan enzim yang khas sehingga

menghasilkan rasa dan aroma istimewa bagi peminat kopi (Hayes & Laudan, 2009).

Luwak mampu memilih buah kopi terbaik dan masak dengan matang untuk

dimakan. Seterusnya, biji kopi tersebut mengalami proses pencernaan di saluran

penghadaman luwak sehinggalah ia keluar kembali sebagai tinja atau najis dengan

mengekalkan struktur asas fizikal biji kopi tersebut yang keras. Kemudian, petani

mengutip dan mengambil biji kopi yang dijumpai di ladang bersama najis luwak

yang keluar bersamanya. Biji kopi tersebut dibasuh, dikeringkan, ditumbuk

sehingga hancur dan melalui proses biasa seperti penghasilan kopi.

Dalam kitab ulama Melayu klasik yang berorientasikan mazhab Syafie,

(13)

Bahan Asal (Biji Kopi)

Agen Pemindahan

(Musang/Luwak)

Biji Kopi

Proses Perkumuhan

Proses Penyucian Proses pemindahan

Bahan Akhir (Tinja Musang)

dimakan apabila disembelih (al-Banjari, 1343H). Namun begitu, dalam isu ini

persoalannya bukan musang akan tetapi sumber pemerolehan biji kopi tersebut

sama ada ia dikategorikan sebagai suci atau sebaliknya. Para ulama mazhab Syafie

berpendapat, sekiranya sumber pemerolehan bahan itu najis, ia adalah haram

dimakan. Biji kopi luwak kini bukan lagi diperolehi terus dari pokok malah dari

hasil tinja haiwan luwak. Oleh kerana itu, berasaskan tersebut ia tetap dipandang

menjijikkan kerana biji kopi luwak tersebut telah tercemar dan kini disebut sebagai

najis dari musang.

Namun terdapat juga sebilangan para ulama berpandangan yang

menyatakan ia adalah halal. Ini kerana jika ada haiwan memakan biji tumbuhan

kemudian dikeluarkan dari perut, jika kekerasannya tetap dalam keadaan asal, yang

sekiranya jika ditanam dapat tumbuh, maka tetap suci tetapi harus disucikan

bahagian luarnya kerana terkena najis. Ini kerana apabila musang memakannya ia

tetap tidak mempengaruhi struktur asas biji kopi. Kemudiannya, ia dibersihkan dan

melalui proses biasa menghasilkan serbuk kopi untuk diminum. Dalam kata lain,

para ulama Melayu klasik berpandangan ia adalah halal (al-Banjari, 1343H).

Dalam mengaplikasikan kaedah al-Intiqal terhadap isu kopi luwak, biji kopi

tersebut telah dipindahkan oleh musang yang mana akhirnya ia melalui proses

pencernaan dalam bentuk tinja. Pemindahan atau Intiqal yang berlaku ini telah

menghasilkan kopi yang terbaik. Ini kerana musang hanya memilih kopi yang

terbaik sebagai bahan makanan. Bahan akhir yang dihasilkan ini adalah halal. Lihat

Rajah 7.

(14)

Berdasarkan rajah 7 tersebut, bahan asal iaitu biji kopi telah melalui proses

pemindahan yang dilakukan oleh musang atau luwak sehingga haiwan tersebut

menjalankan proses perkumuhan untuk menghasilkan bahan akhir iaitu tinja

musang. Dalam hal ini, tinja tersebut dihukumkan sebagai haram. Walau bagaimana

pun, biji kopi luwak tersebut boleh berubah menjadi halal setelah melalui proses

penyucian.

Pandangan ini turut disokong dengan fatwa yang telah diputuskan oleh

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam

Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan

Hukum Meminum Kopi Luwak (Musang). Muzakarah telah membuat keputusan

bahawa biji Kopi Luwak (musang) adalah bersifat mutanajjis dan ia harus dijadikan

bahan minuman dengan syarat:

1. biji kopi tersebut masih dalam keadaan baik, tidak berlubang, tidak pecah

dan dapat tumbuh jika ditanam; dan

2. biji kopi tersebut hendaklah disucikan terlebih dahulu daripada najis.

Justeru, dalam isu meminum kopi luwak, para ulama Melayu klasik telah

mendepani masa dengan berpandangan statusnya yang halal. Ini kerana sifat kopi

tersebut adalah mutanajjis dan ia boleh melalui proses penyucian semula disebabkan

struktur fizikal kopi tersebut tidak mengalami perubahan bentuk asalnya,

sebaliknya ia hanya dipindahkan oleh luwak melalui proses perkumuhan.

Sehubungan dengan itu, dalam konteks ini kopi luwak adalah halal untuk diminum.

Kesimpulan

Sumber verifikasi alternatif dapat membantu menguatkan lagi sumber yang sedia

ada. Walaupun tidak dibincangkan secara sistematik, sumber ini telah diaplikasi

dalam kalangan fuqaha klasik. Dalam aplikasi al-Intiqal terhadap produk yogurt dan kopi luwak, telah berlaku proses pemindahan, yang mana produk akhirnya

(15)

Rujukan

al-Banjari, Syeikh Muhammad Arshad (1343H), Sabil al-Muhtadin, Pulau Pinang: Dar al-Mu‘arif.

Hayes, D. & Laudan, R. (eds.) (2009), Food and Nutrition. New York: Marshall Cavendish.

Holder, B. 2006. Defining genetically engineered organisms. In Genetically engineered organisms and the Environment. Report of the ENVS 4800 Critical Thinking 2006 Class.

Lokman Ab. Rahman (1999), Halal dan Kepenggunaan, Melaka: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Mahmud `Abd al-Rahman, Mu`jam al-Mustalahat wa al-Alfaz al-Fiqhiyyah. Kaherah: Dar al-Fadilah.

Malaysian Standard 2011, MS1500:20011, Cyberjaya: Department Standard of Malaysia.

Alternatif Terhadap Penentuan Halal Haram Produk Makanan Dan

Bukan Makanan” dalam Suhaimi Ab Rahman & Mohammad Aizat

Jamaludin (eds.), Halal Haram Dalam Kepenggunaan Islam Semasa. Serdang: Penerbit UPM.

Mohd Michael Abdullah (1995), Pemikiran Kritis, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

al-Mu‘jam al-Wasit (2004), cet. 4, Mesir: Maktabah al-Syuruq al-Dauliyyah.

Nikerson, T.R. & Ronsivalli, J. (1989), Pengenalan Sains Makanan, (terj.) Mohd Khan Ayob et al. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Qal‘ahji, Muhammad Rawwas (1996), Mu’jam Lughah al-Fuqaha’, Beirut: Dar

al-Nafa‘is.

al-Qaradawi, Yusuf (1978), Halal wa Haram fi Islam, Arab Saudi: Ittihad al-Islami al-‘Alami.

Saliba, Jamil (1982), al-Mu‘jam al-Falsafi bi-al-Alfāẓ al-‘Arabiyyah wa-al-Faransiyyah wa-al-Inkiliziyyah wa-al-Laṭīniyyah, Beirut: Dār al-Kitāb al-Lubnāniyyah.

Schoenholf, D.N., (1999), “Kopi Luwak: The Stercoaceous Coffee of

Indonesia”, Tea and Coffee Trade Journal, pp. 142-146.

(16)

www.e-fatwa.gov.my, “Hukum Menggunakan Bakteria Yang Diambil Daripada Najis Bayi Sebagai Agen Pemangkin Dalam Yogurt”.

Zaydan, `Ab al-Karim (1993), al-Mufassal fi Ahkam al-Mar’ah wa al-Bayt al-Muslim.

Beirut: Mu’assasah al-Risalah.

Referensi

Dokumen terkait

Pemberlakuan peraturan pemerintah tersebut merupakan sebagai penjelasan dalam pelaksanaan ketentuan pasal-pasal dalam undang-undang wakaf yang tertuang pada delapan

berbasis PCR antara lain dengan menggunakan sekuen tertentu yang spesifik spesies yang merupakan penanda molekuler seperti gen ITS2 DNA ribosom, domain 2 dan 3 (D2 dan D3) DNA

Seiring dengan kemajuan teknologi, maka tempat wudhu semakin memiliki banyak variasi, mulai dari yang sangat sederhana dan hanya memenuhi secara fungsional, hingga

Sebelum penulis melakukan penelitian lapangan terhadap pengaruh pelayanan sintua terhadap peningkatan Tri Tugas Panggilan Gereja, yakni meningkat atau

Upaya untuk dapat memanfaatkan cadangan batubara yang tersedia pada suatu lapangan secara optimal guna memenuhi kebutuhan konsumen sesuai atas persyaratan nilai

Maka dari itu, hasil profesi dikategorikan sebagai jenis harta wajib zakat berdasarkan kias analogi atas kemiripan syabbah terhadap karakterisk harta zakat yang telah ada, yakni:

Pendapat lain memberikan definisi demam reumatik sebagai suatu sindroma klinik penyakit akibat infeksi kuman Streptococcus beta hemolitycus grup A pada tenggorokan yang terjadi

Tujuan lainnya adalah untuk melakukan penelitian mengenai pengaruh Loan to Deposit Ratio (LDR), Biaya Operasional Pendapatan Operasional (BOPO) dan Net