• Tidak ada hasil yang ditemukan

132223633 Rancangan Makanan Tambahan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "132223633 Rancangan Makanan Tambahan"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada pensyarah yang saya hormati Cik Noni binti Maki serta rakan-rakan sekalian. Pertama sekali bersyukur ke hadirat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus PKE 3104 Program Kesihatan Sekolah ini dengan sempurnanya.

Di sini, saya sangat berbesar hati ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya kerana banyak membantu dalam menghasilkan tugasan ini. Sokongan dan tunjuk ajar yang berikan amat dihargai kerana mempermudahkan lagi kerja saya. Saya juga ingin berterima kasih di atas kerjasama semua pihak sama ada secara langsung atau tidak langsung membantu saya sepanjang proses penghasilan kerja kursus ini.

Selain itu, tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya yang benyak membantu dalam menghasilkan tugasan ini. Ribuan terima kasih di ucapkan di atas kerjasama dan bantuan yang telah diberikan. Hasil perkongsian idea dan hasil pertolongan mereka untuk mendapatkan bahan dapatan mempermudahkan lagi proses penghasilan tugasan ini.

Sekali lagi saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran saya kerana berjaya melaksanakan tugasan ini dengan jayanya dan tidak berlabihan rasanya jika saya ingin mengucapkan sekali lagi jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini, segala bimbingan dan sokongan yang saya terima amat saya hargai .

Sekian, terima kasih.

(2)

Guru yang mengajar di sekolah haruslah sentiasa peka terhadap ciri-ciri kesihatan, penerapan nilai-nilai kesihatan secara menyeluruh yang merangkumi aspek fizikal,mental,sosial-emosi dan kerohanian perlu diberikan penekanan dan perhatian bagi membangunkan dan membentuk sekolah sebagai model sihat dan amalan gaya hidup sihat. Program lawatan belajar di jabatan kesihatan ini dapat melatih guru supaya sentiasa peka kepada isu-isu kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat dan menyemai pengetahuan dan amalan baik di dalam kawalan Denggi dan sebagainya kepada murid-murid pada peringkat umur yang rendah supaya dapat diteruskan apabila dewasa nanti.

(3)

Program Rancangan Makanan Tambahan dilaksanakan bertujuan membantu seseorang murid sekolah rendah daripada kalangan keluarga yang miskin. Ianya bermaksud untuk memberi makanan tambahan secara imbuhan sebanyak 25% - 30% daripada keperluan hariannya. Rancangan ini merupakan satu usaha yang bersepadu dan selaras dengan usaha-usaha lain yang berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan murid tersebut. Murid berstatus “Warganegara Malaysia“ dan daripada keluarga berpendapatan di bawah paras RM 400.00 atau pendapatan perkapita RM 80.00 adalah layak untuk menyertai program ini.

Rancangan Makanan Tambahan (RMT) telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 1974 dan kemudian diambil alih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mulai tahun 1979. Perlaksanaan RMT telah diperluaskan ke semua sekolah rendah sehingga tahun 1982. Oleh kerana masalah ekonomi Negara, pada tahun 1983 hingga 1988 perlaksanaan RMT dihadkan kepada sekolah yang mempunyai jumlah murid 200 orang dan ke bawah. Hanya mulai tahun 1989, perlaksanaan RMT diperluaskan semula ke semua sekolah dengan mengutamakan murid-murid dari keluarga termiskin.

Objektif Rancangan Makanan Tambahan DI Sekolah Rendah

Untuk memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah,terutama daripada luar bandar, terutama deripada luar bandar dan daripada golongan berpendapatan rendah, secar imbuhana untuk sementaagra waktu, bagi memperbaiki keadaan kesihatan, sebagai suatu usaha, selaras dengan Dasar Ekonommi Baru. Selain itu,memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah, terutamanya dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah. Memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang untuk membantu mereka mengatasi masalah pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga . Menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan . Menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam usahasekolah mengelolakan RMT. Mengendalikan tabiat bersopan-santun, berdisiplin, bertimbang rasa serta amalan yang diinginkan berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan makanan dan alam sekitar.

Rancangan Makanan Tambahan

(4)

meningkatkan taraf pemakanan serta kesihatan murid sekolah rendah. Program ini yang pada asalnya dikendalikan oleh Jabatan Perdana Menteri diperluaskan pelaksanaannya selepas disyorkan dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran pada tahun 1979. Ia juga sebagai usaha kerajaan untuk menambah nutrisi harian para pelajar berkenaan (selain makanan di kantin sekolah) untuk memastikan mereka membesar dengan mendapat khasiat secukupnya.

Justeru, di sini timbul kepentingan untuk memberikan nutrien kepada para pelajar miskin ini khususnya. Makanan yang disediakan di bawah RMT mengandungi kalori yang lebih tinggi berbanding dengan hidangan yang dijual di kantin sekolah. Ini kerana, jika dibandingkan dengan hidangan yang dijual, pembekal makanan tambahan perlu mengikut jadual dan menu yang disediakan pihak bertanggungjawab. Lalu, ia sedikit sebanyak membantu menambah nutrisi harian yang diterima oleh pelajar terlibat. Pun begitu sejak kebelakangan ini, RMT dibelenggu masalah-masalah yang dilihat mencalar kelicinan dan perjalanan program berkenaan, hingga memaksa Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamudiin Tun Hussein sendiri turun padang bagi meninjau sendiri apakah masalah sebenar program ini.(http://www.yadim.com.my/Kesihatan/KesihatanFull.asp?Id=179)

Peranan Guru Besar/Guru adalah untuk memilih dan mengedarkan senarai murid yang layak menerima RMT mengikut kriteria kpd KPM. Merekodkan penerimaan makanan oleh murid-murid. Mengawasi murid ketika menikmati makanan sambil menunjuk ajar budaya makan yang sesuai Mengikut pertumbuhan fizikal murid seperti mengukur berat dan tinggi mereka sekurang-kurangnya di awal dan akhir tahun. Mengawasi penghidangan makanan. Memastikan rekod penerimaan perbelanjaan peruntukan RMT disimpan dan dikemaskini oleh pihak sekolah.

(5)

Program Susu Sekolah (PSS) dilaksanakan serentak dengan Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Program ini dilaksanakan untuk murid daripada keluarga miskin. Mendapat makanan seimbang semasa berada di sekolah. Program Susu Sekolah atau PSS merupakan satu usaha KPM untuk meningkatkan taraf pemakanan dan seterusnya taraf kesihatan murid-murid sekolah. Selain daripada memastikan murid-murid menerima makanan-makanan berzat, PSS juga bertujuan menggalakkan tabiat minum susu di kalangan murid-murid dari peringkat awal. PSS adalah hasil kerjasama enam buah syarikat pengeluar susu tempatan. Program ini juga menggalakkan daya kreativiti guru-guru dan juga murid-murid dalam penggunaan bahan-bahan terbuang seperti pek, straw dan dulang PSS. Mulai tahun 1989, semua sekolah rendah adalah terlibat dengan PSS tidak lagi terhad kepada sekolah-sekolah yang bilangan muridnya melebihi 200 seperti tahun-tahun sebelumnya.

PSS ialah program yang dilaksanakan oleh KPM bersama syarikat pengeluar susu selaras dengan konsep Pensyarikatan Malaysia. Program ini yang dilancarkan pada tahun 1983 telah diperluaskan ke seluruh negara mulai tahun 1995 kecuali Sabah yang mempunyai program susu yang tersendiri.

Program ini mengandungi dua skim iaitu:

Skim Susu Bayaran : Melibatkan penyertaan murid sekolah secara sukarela, sama ada secara subsidi atau tanpa subsidi kerajaan.

Skim Susu Percuma : Melibatkan bekalan susu percuma kepada murid sekolah yang dipilih di bawah anjuran syarikat susu yang menyertai Kementerian Pelajaran Malaysia dan atau pertubuhan masyarakat yang lain sama ada berbentuk persendirian atau sukarela.

(6)

 Meningkatkan tabiat meminum susu di kalangan murid sekolah rendah dalam Skim Susu Bayaran

 Membekalkan susu kepada murid terpilih daripada golongan taraf sosio ekonomi yang rendah dan mengalami kekurangan zat melalui Skim Susu Percuma

 Meningkatkan perancangan, perlaksanaan dan penilaian program melalui penglibatan bersama agensi kerajaan di bawah konsep pensyarikatan Malaysia.

 Mengurangkan perbelanjaan sektor awam melalui penglibatan agensi sektor swasta.

i. Meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid-murid sekolah rendah dengan tabiat sentiasa meminum susu.

ii. Meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid-murid sekolah rendah dengan memupuk tabiat sentiasa meminum susu.

iii. Membekalkan susu kepada murid-murid terpilih dari golongan taraf sosio-ekonomi yang rendah dan mengalami kekurangan zat makanan melalui skim percuma.

iv. Meningkatkan perancangan pelaksanaan dan penilaian program melalui penglibatan bersama agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan di bawah konsep pensyarikatan Malaysia.

8.3.2 Isu-isu Program Susu Sekolah

(7)

Salah satu faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku adalah tiada tempat penyimpanan susu yang sesuai di kantin sekolah. Ruang sekolah yang terhad menyebabkan susu ini di simpan di tempat yang tidak sepatutnya dan didedahkan kepada cahaya matahari dan menyebabkan ianya lebih cepat basi dari yang dipaparkan dalam tarikh luput susu tersebut.

Susu Yang Di Bekalkan Kepada Pihak Sekolah Tidak Mencukupi

Kadang kala terdapat sekolah yang mempunyai bilangan murid yang layak menerima susu sekolah tidak di berikan. Hal ini mungkin di sebabkan faktor di mana ramai guru sendiri mengambil kesempatan mengambil susu tersebut. Guru besar haruslah membuat inventori atau semakan tentang jumlah murid yang layak menerima bantuan susu sekolah. Guru besar atau ihak berwajib juga perlu memantau penerimaan susu sekolah dari pihak pembekal.

Peranan Guru Besar/Guru Dalam Memastikan Program Susu Sekolah Lancar

Perkara yang paling utama adalah memilih dan menyediakan senarai murid yang layak menerima susu Skim Percuma. Guru juga perlulah menguruskan pesanan dan pengagihan susu Skim Percuma dan Skim Bayaran. Selain itu juga guru juga bertanggungjawab dalam menyimpan rekod kutipan dan penyerahan wang PSS. Guru juga berperanan dalam menggalakkan tabiat meminum susu di kalangan murid dan menekankan khasiat susu untuk kesihatan murid. bagi bahan buangan seperti kotak dan straw pula pihak sekolah boleh menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan melalui PSS (kraf tangan, karangan, kuiz dan lain-lain). Guru besar pula akan memberi penerangan kepada guru-guru mengenai pelaksanaan PSS di sekolah serta menubuhkan Jawatankuasa PSS yang dianggotai oleh guru-guru, agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, wakil masyarakat setempat dan juga badan-badan bukan kerajaan di ambil kira dalam merancang aktiviti dan program BPS. Kelebihan

(8)

 memastikan pertumbuhan fizikal semakin baik.

 kesihatan mental dan kesihatan umum murid sekolah bertambah baik.

 menggalakkan murid meminum susu di peringkat awal. Kelemahan

 Terberhenti kerana berlaku kes keracunan makanan yang berpunca daripada susu basi.

 Kurang penilitian daripada guru yang bertugas.

 Guru tidak memeriksa terlebih dahulu tarikh tamat tempoh susu yang dibekalkan.

 Pihak pembekal tidak membekalkan bekalan susu kotak yang segar. Rumusan

 Program susu sekolah ini sangat membantu murid-murid sekolah membesar dengan sihat.

 Program ini juga membantu keluarga serta murid-murid yang susah dan tidak mampu.

 Membantu menambah nutrisi murid-murid.

 Pelaksanaan program ini perlu dipantau dengan sebaik mungkin agar dapat mencapai objektif.

Sumber : http://www.moe.gov.my/?id=262&lang=my

PROGRAM KESIHATAN MULUT

(9)

“ Perkhidmatan kepakaran pergigian yang disediakan di negeri adalah dalam bidang bedah mulut, ortodontik(struktur gigi), periodontik(gusi), pergigian pediatrik (kanak-kanak) dan pergigian masyarakat. Kes-kes yang telah dikenalpasti hasil dari program saringan dan pengesanan awal pra-kanser dan kanser mulut yang memerlukan rawatan lanjut dirujuk kepada pakar bedah mulut di hospital untuk rawatan selanjutnya. ………….”

(dipetik daripada artikel Perkhidmatan Pergigian dalam laman web : http://jknsabah.moh.gov.my/modules/xt_conteudo/index.php?id=26 )

Pengenalan

Perkhidmatan Pergigian merupakan satu program dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Perkhidmatan Pergigian Kerajaan bermula pada dasarnya sebagai Perkhidmatan Pergigian Sekolah yang menyediakan rawatan pergigian asas untuk murid-murid sekolah.

Perkhidmatan ini telah berkembang dan dasarnya telah diperluaskan untuk semua kumpulan masyarakat terutama sekali mereka yang berpendapatan rendah. Pergigian Kesihatan Pergigian di negeri diketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri ( Pergigian ) dan Pegawai Pergigian Kanan yang mengetuai daerah-daerah. Perkhidmatan pergigian sekolah

Melalui Perkhidmatan Pergigian Sekolah setiap murid sekolah mendapat penjagaan kesihatan pergigian secara komprehensif dan sistematik. Tujuannya adalah untuk memastikan murid-murid sekolah mempunyai tahap kesihatan pergigian yang baik. Setiap murid akan diperiksa dan hanya mereka yang ada kebenaran akan diberi rawatan.

(10)

Perkhidmatan Pergigian yang diberikan merangkumi kesemua aspek penggalakan kesihatan pergigian, rawatan dan pemulihan. Mempertingkatkan tahap kesedaran dan taraf kesihatan pergigian individu dan masyarakat ke tahap kesedaran dan taraf kesihatan pergigian individu dan masyarakat ke tahap optimum. Aktiviti penggalakan kesihatan pergigian meliputi pendidikan kesihatan pergigian, pameran, kempen, pencegahan klinikal dan pemfloridaan bekalan air minum.

 PENYAKIT-PENYAKIT MULUT a) ULSER DLM MULUT

 Sebahagian besar rakyat Malaysia mengalami ulser aftus berulang.  Ulser aftus boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:-

 Ulser aftus bertulang minor.  Ulser aftus bertulang major  Ulser aftus bertulang herpetiform b) BENGKAK-BENGKAK DLM MULUT

 Keadaan ini merupakan lesi-lesi (perubahan tuar biasa) yang berpedunkel (bertangkai) atau sesil (tidak bertangkai).

 Penyakit mulut yang meliputi bibir, lantai mulut, bahagian dalam pipi, lidah dan gusi. Ia mengganggu fungsi seseorang untuk makan, bercakap, bernafas, menelan dan menanggung kesakitan

 Lebih 90% kes kanser mulut melibatkan pada lapisan luar mukosa mulut.  PUNCA PENYAKIT

 Tabiat menyunyah sirih bercampur pinang atau tembakau  Tabiat mengunyah tembakau sahaja

 Merokok

(11)

 KAEDAH PENCEGAHAN

 Berus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari  Berus gigi selepas sarapan dan sebelum tidur  Berus gigi menggunakan teknik yang betul  Lakukan sekurang-kurangnya dua ke tiga minit

 CARA-CARA MENCEGAH NAFAS BERBAU  Berus gigi sekurang- kurangnya dua kali sehari  Gunakan alat khas untuk membersihkan lidah  Kunyah dengan gula-gula getah tanpa gula

 Gunakan ubat kumur yang bersesuaian dengan keperluan anda  Berhenti merokok dan kurangkan pengambilan minuman beralkohol  Lakukan pemeriksaan kesihatan pergigian setiap enam bulan

Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Sekolah disampaikan melalui:

Klinik Pergigian Sekolah

Klinik-klinik pergigian sekolah terletak dalam bilik khas di sekolah-sekolah rendah atau menengah tajaan kerajaan yang terpilih.

Pasukan Pergigian Bergerak

Pasukan ini memberikan perkhidmatan kesihatan pergigian kepada murid-murid sekolah, termasuk yang tinggal di kawasan pedalaman. Klinik pergigian sementara diadakan di tempat yang sesuai di sekolah, menggunakan peralatan mudah alih.

Klinik Pergigian Bergerak

Merupakan sebuah kenderaan yang diubah suai serta dilengkapi dengan kerusi dan peralatan pergigian. Klinik ini memberikan perkhidmatan kepada murid-murid di sekolah-sekolah yang mempunyai ruang terhad.

(12)

ADHOC

Definisi adhoc adalah untuk bertujuan tertentu dan bersifat sementara. Program ADHOC adalah berdasarkan masalah-masalah kesihatan semasa seperti program Anti Rubella, program Pencegahan Taun dan sebagainya. Program-program di bawah adhoc akan di jalankan apabila terdapat penyakit-penyakit baru yang muncul dan memerlukan langkah pencegahan semerta atau segera. Justeru program du bawah adhoc akan melakukan apa saja seperti kempen, iklan atau mengedarkan risalah yang berkaitan dengan penyakit tersebut. Namun kini, program adhoc tidak hanya tertumpu kepada masalah kesihatan malahan masalah social seperti buli, seks bebas juga adalah di bawah kendalian adhoc.

Sebab-Sebab Program Adhoc Dijalankan

 Kewujudan penyakit Demam Chikugunya.

 Penyakit berjangkit- fenomena biososial

 hubungan yang kompleks antara manusia dengan mikroorganisma patogenik

(13)

PROSTAR

 PENGENALAN

PROSTAR merupakan akronim atau sinkatan bagi ”Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja”. Ianya diperkenalkan oleh KKM dalam usaha menangani masalah HIV/AIDS dalam kalangan remaja. Idea penubuhan PROSTAR telah dicetuskan pada tahun 1995 hasil perbincangan KKM dengan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri pada 24 November, 1996 di Dataran Merdeka, KualaLumpur. PROSTAR ditubuhkan dengan matlamat memberi kesedaran yang tinggi tentang jangkitan dan pencegahan HIV/AIDS di kalangan pelajar agar mereka dapatmengamalkan gaya hidup sihat berlandaskan ajaran agama dan nilai-nilai murni.Disamping itu ia juga bertujuan melahirkan generasi yang bermaruah danbertanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga, bangsa, agama dan negara,seterusnya memupuk minat para pelajar untuk meneruskan penyertaannya didalam program kawalan dan pencegahan AIDS setelah tamat alampersekolahan mereka

KONSEP

Konsep utama PROSTAR adalah ”Oleh Remaja, Melalui Remaja, Untuk Remaja”. Program ini menggerakkan remaja Malaysia yang berumur 13 ingga 25 tahun sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ke arah hidup sihat tanpa AIDS. Mereka ini akan menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan pendidikan HIV/AIDS kepada remaja dan rakan sebaya serta masyarakat lain.

KUMP SASARAN

Remaja berumur 13 hingga 25 tahun yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah, pelajar institusi penggajian tinggi, remaja lepasan sekolah.

OBJEKTIF

 Meningkatkan kesedaran serta pengetahuan remaja akan bahaya jangkitan HIV, cara pencegahan dan pengawalannya.

(14)

 Menggalakkan remaja mengamalkan cara hidup yang sihat, serta menghindari tingkahlaku berisiko tinggi kepada jangkitan HIV.

 Membentukkan segolongan PRS bagi mempengaruhi remaja ke arah cara hidup sihat dan menggerakkan remaja agar turut dalam usaha menentang ancaman AIDS.

 Melahirkan segolongan PRS yang berperanan sebagai sukarelawan khidmat sosial dalam memberi khidmat sokongan kepada remaja.

TUJUAN

 Memastikan semua Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah dapat melaksanakan perkhidmatan bimbingan dan kaunselinng

AKTIVITI

 Aktiviti-aktiviti pendidikan AIDS seperti ceramah, pameran, kempen kesedaran AIDS dan kem-kem motivasi di sekolah dan kilang.

 Sesi kaunseling remaja.

PRS adalah Pembimbing Rakan Sebaya ialah kelab dimana seorang pelajar dilatih dalam bidang kemahiran asas kaunseling dan komunikasi. Ia berfungsi sebagai seorang pembimbing yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan. Program ini telah diperkenalkan di sekolah-sekolah menengah seluruh Malaysia pada tahun 1987.

TUJUAN

Memastikan semua Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah dapat melaksanakan perkhidmatan bimbingan dan kaunselinng

PRINSIP

(15)

FALSAFAH

BANTU DIRI SUPAYA BERUPAYA MEMBANTU ORANG LAIN VISI

Sistem pengurusan perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang dan berkualiti

MISI

Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing Rakan Sebaya

MATLAMAT

Membina budaya kasih mesra dan saling membantu di kalangan pelajar. Membina pelajar yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan.

(16)
(17)

Pada 23.2.2012 yang lepas, kami PISMP PJ semester 5 telah menerima satu lagi tugasan kerja kursus pendek dari subek PJM 3113 permainan hoki . Kerja kursus ini hendaklah disiapkan dalam tempoh 2 minggu. Taklimat telah di berikan seawal sehari dari tarikh tugasan diberikan. Tugasan ini meminta kami untuk ukuran spesifikasi padang hoki dan kemahiran asas dalam Permainan Badminton dan Hoki dengan menekankan aspek pemerolehan kemahiran, penganalisisan perlakuan, konsep biomekanik dan pembelajaran motor serta strategi pengajaran dan pembelajaran

Semasa penyediaan rancangan pengajaran harian ini banyak yang telah kami lalui. Pengalaman yang lepas banyak mengajar kami untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan lebih baik. Walaupun kami di beri tempoh hanya 2 minggu, kami berusaha untuk menyiapkan KKP ini mengikut tempoh yang di tetapkan..

Pada pendapat saya, tugasan sebegini amat sesuai untuk kami sebagai proses penyediaan diri kami ke arah profesionalisme perguruan. Lebih-lebih lagi, kami akan keluar untuk latihan mengajar pada semester ini. Tugasan sebegini akan melatih mental dan emosi kami untuk menjadi seorang uru. Dengan adanya tugasan seperti ini, saya lebih mengenali kelemahan diri saya untuk di perbaiki dan lebih faham mengenai peraturan dalam hoki.

Bukan itu sahaja, dari segi peningkatan kualiti diri juga dapat saya perolehi. Saya lebih tahu untuk menyusun organisasi murid saya dan tahu apa faktor yang perlu diambil kira sebelum semasa dan selepas melakuan aktiviti. Dalam pengajaran pendidikan Jasmani, kita bukan sahaja menginginkan objektif pembelajaran tercapai, malah kita juga perlu mengambil kira faktor keselamatan murid. Penglibatan yang menyelruh oleh murid dalam semua aktiviti juga penting agar mereka tidak tercicir serta dapat menguasai kemahiran asas tersebut, terutamanya melibatkan aktivti yang merbahaya seperti perainan hoki.

Saya telah dibantu oleh ramai pihak semasa penyediaan KKP ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada En. Ravi terutamanya kerana banyak memberikan idea baru serta tunjuk ajar kepada saya dan rakan lain. Selain itu juga, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan lain yang yang sudi menjadi murid dan yang membantu saya samada secra langsung atau tidak.

(18)

BIBLIOGRAFI

http://www.scribd.com/doc/73910058/KERTAS-KERJA-Lawatan-Belajar-Pke-3104-PGSR

http://www.scribd.com/doc/37155218/P-Kesihatan-mulut

http://www.scribd.com/doc/56642271/7/DASAR-KELAB-PROSTAR-SEKOLAH

http://www.scribd.com/doc/17373277/Rancangan-Makanan-Tambahan-Di-Sekolah-1

http://www.scribd.com/doc/60227837/070710-Perlaksanaan-Rancangan-Makanan-Tambahan-RMT-Di-Sekolah-Negeri-Sembilan-2010

Referensi

Dokumen terkait

Dalam kerangka keterkaitan antara sistem pendidikan dengan bidang-bidang kehidupan di luar sistem tersebut terdapat beberapa faktor di luar sistem pendidikan yang perlu memperoleh

Dari hasil perhitungan didapatkan total biaya kerusakan lingkungan akibat tumpahan minyak di perairan Cilacap dari skenario yang telah ditentukan adalah Rp.. 1,9 triliun,

orang perseorangan yang bertindak mewakili kepentingan Perusahaan Efek yang melakukan kegiatan usaha sebagai Perantara Pedagang Efek, yang khusus melakukan fungsi pemasaran

Berdasarkan temuan tersebut di atas penulis menyatakan tidak dapat meyakini kewajaran terhadap nilai akun Aset Lain-lain yang tercantum dalam Laporan Keuangan

total bakteri asam laktat pada yogurt ganyong substitusi sari kacang merah juga dapat dipengaruhi beberapa faktor antara lain lama waktu fermentasi, dan bahan tambahan yang

Kegiatan investasi harus sudah menentukan batas-batas lahan yang diperlukan, jumlah warga yang terkena dampak, informasi umum mengenai pendapatan serta status pekerjaan

Populasi dalam penelitian ini adalah perusahaan- perusahaan publik yang terdaftar di Bursa Efek Indonesia yang mengumumkan akuisisi dari tahun

kesempurnaan penghormatan adalah engkau bersalaman dengan saudaramu”. Disebutkan Imam al-Bukhari dalam Adab al-Mufrad. Dinyatakan Syekh al-Albani sebagai hadit shahih dalam Shahih