• Tidak ada hasil yang ditemukan

EDU 3033 MURID DAN ALAM BELAJAR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "EDU 3033 MURID DAN ALAM BELAJAR"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

1.0

ISI KANDUNGAN

BIL SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT

1 PENGENALAN 2

2 TUGASAN : SECARA INDIVIDU MENGHURAIKAN STRATEGI-STRATEGI DAN KAEDAH-KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG SESUAI BERDASARKAN PERBEZAAN INDIVIDU, GAYA PEMBELAJARAN SERTA MOTIVASI MURID UNTUK MENCAPAI MATLAMAT KSSR 3

3 RUMUSAN 10

4 REFLEKSI 11

5 RUJUKAN 12

6 LAMPIRAN 13

(2)

Perkembangan dunia yang sentiasa berubah mengikut arus globalisasi menyebabkan persaingan antarabangsa semakin meningkat. Menyedari hakikat ini, kerjaan telah mengambil inisiatif dengan mengkaji semula kurikulum yang sedia ada bagi memastikan kurikulum yang holistik, tidak mementingkan pencapaian akademik semata-mata bahkan memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Sehubungan dengan itu, kerajaan telah memperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang telah dilaksanakan secara berperingkat bermula tahun 2011. Kurikulum ini memberi penekanan terhadap pembangunan murid secara menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Oleh itu, bagi merealisasikan matlamat KSSR, guru perlu mengetahui strategi dan kaedah yang bersesuaian dengan isi pelajaran di samping mengambil kira tiga aspek penting iaitu perbezaan individu, gaya pembelajaran dan motivasi murid. Ketiga-tiga aspek ini merupakan aspek penting yang harus difokuskan bagi menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan.

(3)

BERDASARKAN PERBEZAAN INDIVIDU, GAYA PEMBELAJARAN

SERTA MOTIVASI MURID UNTUK MENCAPAI MATLAMAT KSSR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sejak tahun 2011 sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21 (Berita Harian Online, 29 Disember 2011). Hasrat KSSR untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri. Kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai. (Laman Web Rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum, 23 Februari 2015). Bertitik tolak daripada itu, murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai beberapa asas-asas seperti menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial, warganegara yang bertanggungjawab, warganegara yang boleh berperanan di arena global (Global Player) dan pekerja berilmu.

Untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan, segalanya bermula dengan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan. Bagaimana untuk memastikan agar proses PdP yang dijalankan berkesan? Segalanya bermula dengan peranan guru disamping kerjasama daripada setiap murid di dalam kelas.

Terdapat tiga aspek penting yang perlu dititikberatkan iaitu perbezaan individu, gaya pembelajaran dan motivasi murid. Ketiga-tiga aspek berikut merupakan aspek penting yang tidak boleh dipandang enteng oleh setiap guru. Oleh itu, setiap guru perlu menghayati ketiga-tiga aspek ini supaya matlamat KSSR dapat dicapai.

3.1 Perbezaan individu

(4)

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), guru perlu mengenal pasti jenis personaliti yang ada dalam kalangan pelajar supaya dapat menggunakan strategi serta kaedah yang sesuai, misalnya personaliti introvert dan ekstrovert.

Oleh itu, setiap guru perlu memahami konsep perbezaan individu ini supaya tidak berlaku perbandingan antara seorang murid dengan murid lain. Akhir sekali, melalui perbezaan individu ini juga guru dapat membantu murid untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan yang ada dalam diri masing-masing seterusnya merancang dan melaksanakan PdP yang berkesan.

3.2 Gaya Pembelajaran

Menurut Noriati (2009), gaya pembelajaran bermaksud cara seseorang menerima dan memproses maklumat dalam pelbagai cara yang berbeza. Setiap individu mempunyai peluang untuk menerima dan memproses maklumat dalam cara yang berbeza-beza. Perbezaan dalam melakukan sesuatu itu diklasifikasikan kepada dua jenis murid iaitu penerima konkrit dan abstrak serta pemproses yang aktif dan reflektif (Mohd, 2013).

Menurut Mok (2005) pula, gaya pembelajaran ialah cara seseorang pelajar memberi tumpuan dan tindakan untuk memproses dan memperoleh maklumat, ilmu atau pengalaman yang baru. Dunn dan Dunn (1982) dalam buku Learning Style Inventory Development and Research , menghuraikan gaya pembelajaran sebagai cara bagaimana unsur-unsur daripada lima rangsangan, iaitu persekitaran, emosi, sosial, fisiologi dan psikologi, dapat mempengaruhi keupayaan seseorang individu untuk memahami, berinteraksi dan bertindak balas kepada persekitaran pembelajarannya (Mok, 2005).

Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa gaya pembelajaran merupakan cara seseorang individu bertindakbalas terhadap persekitarannya untuk memproses maklumat, ilmu pengetahuan atau pengalaman baru.

(5)

Menurut Mohd (2013), motivasi bermaksud sesuatu kuasa yang mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Kamarudin (1993) pula berpendapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran, motivasi dianggap sebagai salah satu unsur penting yang membolehkan murid-murid melibatkan diri secara aktif, di samping menjadikan proses pembelajaran itu berlangsung dalam keadaan yang bermakna, berfaedah dan menggembirakan (Mohd, 2013).

Terdapat dua jenis teknik motivasi yang boleh digunakan dlaam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Motivasi intrinsik bermaksud sifat semula jadi untuk untuk belajar serta dorongan yang terdapat dalam diri seseorang. Bagi motivasi ekstrinsik pula ianya merupakan motivasi yang diwujudkan daripada faktor persekitaran.

Oleh itu, guru perlu memahami jenis teknik motivasi ini terutamanya motivasi ekstrinsik supaya dapat diaplikasi semasa proses PdP. Motivasi ekstrinsik ini paling sesuai digunakan, misalnya memberi pujian, hadiah dan penghargaan kepada murid apabila mereka berjaya menyelesaikan sesuatu aktiviti atau tugasan yang diberi. Motivasi ini adalah sebagai suatu inisiatif untuk mendorong murid kea rah kejayaan serta tingkah laku yang produktif di dalam kelas.

3.4 Strategi dan Kaedah pengajaran dan pembelajaran

Mengikut Kamus Dewan (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Di dalam bidang pendidikan, konsep strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan (Mok, 2005).

(6)

Terdapat empat jenis strategi pengajaran dan pembelajaran iaitu strategi pemusatan guru, strategi pemusatan murid, strategi pemusatan bahan dan strategi berasaskan tugasan atau aktiviti.

Bagi kaedah mengajar ianya merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dan berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih, dengan tujuan mencapai objektif pelajaran dalam masa jangka pendek (Mok, 2005). Selain itu, kaedah mengajar juga dapat digunakan sebagai teknik mengajar apabila ianya dilaksanakan dengan suatu teknik yang sesuai. Contoh kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran ialah belajar sambil bermain, main peranan, bercerita, simulasi, syarahan dan sebagainya.

3.4.1 Strategi Pemusatan Guru

Strategi pemusatan guru merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang telah lama diamalkan di sekolah. Guru memainkan peranan utama apabila menguasai dan mengawal segala aktivti pelajaran. Guru akan memberikan penerangan manakala murid hanya mendengar sahaja dan ianya hanya melibatkan interaksi sehala.

Strategi ini sesuai bagi murid yang mempunyai personaliti introvert kerana mereka akan lebih memberi tumpuan terhadap penerangan yang diberikan. Selain itu, murid ini juga lebih pendiam berbanding murid yang mempunyai personaliti ekstrovert.

Antara kaedah dan teknik yang sesuai untuk digunakan ialah kaedah penerangan, bercerita, demonstrasi dan syarahan. Sebagai contoh guru menggunakan kaedah bercerita, pertama guru perlu memilih cerita yang sesuai dengan minat, kebolehan, umur dan pengalaman murid serta objektif pelajarannya. Hal ini supaya isi pelajaran dapat difahami, diingati dan dihayati sebaik mungkin.

(7)

murid. Dalam penceritaan juga, guru perlu memilih perkataan serta ayat mudah supaya murid tidak terkeliru.

Motivasi murid pula mula terbentuk apabila guru memberi pujian dan penghargaan kepada murid. Hal ini kerana guru yang mendominasi proses PdP dan murid hanya memberi fokus kepada guru. Misalnya guru memuji murid yang memberi tumpuan. Melalui peneguhan positif ini murid akan berasa gembira dan akan lebih fokus terhadap setiap isi penyampaian guru seterusnya dapat memahami dan menghayati isi pelajaran.

3.4.2 Strategi Pemusatan Murid

Strategi ini memfokuskan kepada murid dengan memainkan peranan paling penting dalam proses PdP. Murid sangat digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti PdP manakala guru hanya bertindak sebagai pembimbing murid dalam menjalankan aktiviti.

Pemusatan murid melibatkan interaksi dua hala iaitu di antara guru dengan murid. Murid digalakkan memberi pendapat masing-masing melalui kaedah perbincangan. Selain itu, secara tidak langsung dapat memupuk sifat sosial positif seperti tolong-menolong, bekerjasama dan bertolak ansur. Strategi ini sangat sesuai bagi kumpulan murid yang mempunyai gaya pembelajaran aktivtis kerana mereka lebih cenderung untuk meneroka sendiri sesuatu perkara, mempunyai sifat inkuiri yang tinggi serta bergerak pntas dan memberi tindak balas dengan cepat.

Antara teknik dan kaedah yang sesuai digunakan ialah inkuiri-penemuan, bermain, simulasi, main peranan dan sumbangsaran. Sebagai contoh guru memilih kaedah permainan iaitu belajar sambil bermain. Belajar sambil main ialah sesuatu kaedah dan teknik mengajar yang memberi peluang kepada murid-murid melakukan aktiviti bepura-pura di bawah keadaan terkawal (Mok, 2005). Melalui kaedah ini murid-murid berpeluang untuk mengembangkan potensi intelek, jasmani, rohani, sosial dan mengukuhkan kemahiran baru yang dipelajari.

(8)

penerangan ringkas tentang permainan dan murid dibahagikan mengikut kumpulan kecil dan guru hanya memantau.

Sebagai motivasi kepada murid, pasukan pemenang akan diberi ganjaran seperti hadiah atau penghargaan manakala galakan dan kata-kata semangat agar kumpulan lain terus berusaha untuk berjaya.

3.4.3 Strategi Pemusatan Bahan

Bahan diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan pengajaran adalah bahan yang digunakan oleh guru seperti carta, peta, gambar, model, video dan slaid manakala bahan pembelajaran pula ialah bahan yang digunakan oleh murid dalam aktiviti pembelajaran seperti buku teks, bahan bercetak, ala-alat ujikaji dan komputer.

Strategi ini sangat sesuai digunakan kepada golongan pelajar yang memiliki gaya pembelajaran pragmatis. Kumpulan murid ini lebih gemar menggunakan bahan-bahan konkrit untuk menjalankan aktiviti pembelajaran. Oleh itu, dalam proses PdP, guru akan menggunakan bahan seperti komputer, carta, gambar, rajah dan sebagainya yang bersesuaian dengan isi pelajaran.

Guru perlu cekap dan kreatif dalam menghasilkan bahan terutamanya seperti rajah, gambar atau slaid di samping mampu menarik minat murid-murid untuk belajar. Hal ini kerana penggunaan bahan bantu mengajar ini dapat membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas. Misalnya bagi subjek Sains tentang tajuk “Kitaran Hujan”, guru dapat mempamerkan gambar kitaran dari satu peringkat kepada peringkat seterusnya menggunakan gambar, rajah atau slaid.

(9)

Aktiviti bermaksud gerak kerja atau tindakan. Dalam konteks pendidikan, ia merupakan segala gerak kerja yang dijalankan oleh guru dan murid-murid untuk mencapai objektif pelajaran.

Mengikut John Dewey (1910), pelajaran harus berasaskan kepada aktiviti murid (Mok, 2005). Melalui aktiviti ini potensi seseorang murid dapat dikembangkan sepenuhnya dengan menyeluruh dan bersepadu. Guru akan melibatkan murid untuk melakukan aktiviti secara praktikal. Aktiviti ini lebih berkesan kerana penglibatan murid secara sepenuhnya menyebabkan murid lebih seronok untuk belajar seterusnya proses PdP lebih berkesan.

Aktiviti ini sesuai untuk semua kategori pelajar kerana tidak memfokuskan kepada mana-mana kategori murid.. Antara kaedah yang sesuai digunakan ialah kaedah perbincangan. Misalnya guru memberi tajuk tentang “Contoh perbuatan yang baik”. Murid akan diagih mengikut kumpulan kecil dan guru hanya membimbing murid membuat rumusan tentang isi perbincangan mereka.

Setiap murid akan diberi peluang untuk melontar pendapat masing-masing, secara tidak langsung memotivasikan murid dengan perasaan ingin tahu. Selain itu, murid juga akan mencuba untuk membuat rumusan sendiri terhadap isi perbincangan mereka. Akhir sekali, peneguhan positif dapat diberi supaya murid akan berusaha untuk menyiapkan tugasan dengan baik.

(10)

Sebagai rumusan, dapat disimpulkan bahawa proses transformasi dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dapat memenuhi matlamat dan tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Jika setiap guru menggunakan strategi dan kaedah yang bersesuaian ketika proses PdP di samping mengambil kira aspek perbezaan individu, gaya pembelajaran dan motivasi murid, tidak mustahil kita dampat melihat generasi akan datang lebih seimbang pencapaiannya dan tidak mementingkan akademik semata-mata.

Di samping itu, murid juga akan menjadi lebih aktif, berdaya saing, berfikiran di luar kotak dan sentiasa menunjukkan perilaku positif kesan daripada kaedah dan teknik yang digunakan. Setiap kaedah yang daiplikasikan dalam kelas perlu mengambil kira tahap kepelbagaian dan perbezaan murid. Motivasi juga penting sama ada ianya wujud secara semula jadi iaitu motivasi intrinsik atau faktor persekitaran iaitu motivasi ekstrinsik.

(11)

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya siapkan tugasan EDU 3033 Murid dan Alam Belajar walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan dengan tugasan harian.

Berdasarkan tugasan yang diberi iaitu, pada awalnya saya agak keliru kerana kurang pengetahuan tentang soalan yang diberi. Di samping itu, saya juga tidak memahami kehendak soalan. Namun dengan bantuan pensyarah serta rakan-rakan yang banyak membantu serta memberi penerangan berkaitan soalan yang diberi, segala kesamaran yang dihadapi sebelumnya sudah semakin jelas. Segala cabaran dan rintangan yang dihadapi tidak sedikitpun mematahkan semangat saya untuk menghasilkan tugasan yang terbaik bermula dengan mencari nota dan isi yang berkaitan melalui internet dan mencari bahan rujukan yang berbentuk ilmiah seperti buku atau bahan bercetak lain.

Dalam menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu pengetahuan baru yang diperoleh terutamanya yang melibatkan pendidikan di negara pada masa kini seperti transformasi kurikulum iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang memberi penekanan terhadap perkembangan individu secara holistik. Selain itu, sebagai bakal guru, saya juga dapat menghayati dan memahami setiap strategi dan kaedah yang sesuai digunakan dalam proses PdP.

Akhir sekali, pelbagai maklumat telah saya perolehi sepanjang menyiapkan tugasan ini seperti pentingnya peranan seseorang guru dalam memastikan proses PdP lebih berkesan supaya dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan seiring dengan aspirasi dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

(12)

6.0 RUJUKAN

Ee Ah Meng. (1999). Pedagogi II Pelaksanaan Pengajaran, Selangor Darul Ehsan : Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR),

Diakses pada Februari 20, 2015 daripada

http://apps2.moe.gov.my/kurikulum/v2/index.php?option=com_content&view= article&id=311&Itemid=477&lang=en

Kementerian Pendidikan Malaysia. Murid Alam Belajar, Diakses pada Februari 22, 2015 daripada mab.html?m=0

Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali & Ramlah Jantan. (2011). HBEF 2103 Psikolgi Pendidikan, Selangor Darul Ehsan : Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Mohd Fuad Sam et al. (2013). Murid dan Alam Belajar, Selangor Darul Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (2005). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sekolah Rendah : Komponen 1 & 2) Psikologi Pendidikan & Pedagogi, Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Praktis), Selangor Darul Ehsan : McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon Poon Ying & Sharifah Fakhriah. (2009). Murid dan Alam Belajar, Selangor Darul Ehsan : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Sharifah Alwiah Alsagoff. (1986). Ilmu Pendidikan : Pedagogi, Kuala Lumpur : Heinemann (Malaysia) Sdn. Bhd.

Utusan Online, Kurikulum baharu KSSR meningkatkan kualiti pendidikan, Diakses

pada Februari 18, 2015 daripada

(13)

Referensi

Dokumen terkait

Dalam rangka pengembangan bisnis tersebut, pada tahun 2020 ini, kami membentuk perusahaan berbadan hukum yang bernama PT Tirta Mina Radhika , sehingga Surya

Berdasarkan kebijakan strategis pertahanan negara Indonesia, maka Pimpinan TNI AD mengambil suatu kebijakan yaitu meningkatkan kemampuan prajurit Batalyon Infanteri

Sedangkan pada program kelompok kontrol menunjukkan pengaruh yang signifikan meskipun data yang diperoleh relatif kecil terhadap keseimbangan sebesar 21,93%

Penelitian ini dilatarbelakangi karena pada umumnya yang sering terserang asam urat adalah seseorang yang sudah lanjut usia karena telah terjadi penurunan fungsi dari berbagai

Bangsa Indonesia menganut sistem politik luar negeri yang bebas aktif. Bebas dalam pengertian bahwa Indonesia tidak memihak pada kekuatan- kekuatan yang tidak sesuai dengan

Balikpapan Barat, Kota Balikpapan, Kalimantan Timur... 21 Januari, Baru

Mengenai batasan perjudian sendiri diatur dalam Pasal 303 ayat (3) KUHP sebagai berikut: “Yang dikatakan main judi yaitu tiap- tiap permaian yang mendasarkan

tiup kepala. Misalkan seandainya orang yang sakit tidak datang cukup kita bawakan air kita baca ayat yang tadi sebanyak dua kalau yang pertama di baca stengah